Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
SIVIK TINGKATAN
4
TEMA : KEPEKAAN DAN TINDAKAN
TERHADAP ISU DAN MASALAH
SOSIAL DALAM MASYARAKAT
KANDUNGAN
Langkah mengatasi masalah sosial
Didikan agama. yang paling penting. Ini ilmu dunia dan akhirat. Tidak sepenting ilmu sekunder
dunia tapi ia cukup untuk membentuk seseorang menjadi manusia yang tahu menilai baik dan buruk.
Mengharapkan asas agama di sekolah dan mengaji tidak mengcukupi, ia perlu lebih meluas dari
pandangan bermula dari kanak-kanak.
Cara hidup. Lihat keadaan rumah, cara hidup keluarga mangsa amat menyedihkan. Tidak mustahil
anak-anak mencari kehidupan diluar semuda usianya. Kehidupan diluar yang tiada kawalan dan
mungkin akan terjebak ke dalam kelompok remaja bermasalah yang lain.
Negara. Terlalu besar marginnya tetapi ia adalah antara punca yang boleh sebabkan masalah-masalah
sosial meningkat. Lambat bertindak, tetapi organisasi masyarakat terlalu besar. Memang tidak mampu
nak halang kesemuanya. Tetapi kerajaan perlu bekerja lebih keras untuk capai tahap masalah sosial
yang rendah.
Maksud masalah sosial
Pengenalan
Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai
remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat
malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.
Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak
sempurna
Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
o Kehilangan darah
o Jangkitan kuman
Murung
Rasa bersalah
Belajar berkata "Tidak, belum lagi". Anda sentiasa boleh berkata "Tidak"
walaupun pernah berkata "Ya" sebelum ini. Lihat ketegasan
Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan
meminta seks sebelum kahwin
Ingat: badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baik
Gejala sosial
1.0 Pengenalan
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah
melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang
dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja
dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat
diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media
massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang
masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat
kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja
benar-benar membimbangkan kita.
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang
amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman
inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran
ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak
perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada
persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja
mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada
alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950).
Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri
atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah
, lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita..
Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai
kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata
api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme
penyalahgunaan dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya.
Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar,
malah disekolah luar bandar. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku
sekolah digelar pelajar devian.
4.0 Penutup
Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja kita
pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap
yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia.
Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan
tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan
tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu
banyak punca yang diramalkan , tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus.
Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir
di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk
remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja
dan lebih bersifat komersial.. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding
bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar.
Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam
masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk
dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan
satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya
menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan
nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan
undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan
negara.. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting
dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak
di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang
akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang
dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan
ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.
Kes penderaanKes penderaan terhadap kanak-kanak semakin meningkat. Media cetak dan media
elektronik sering melaporkan kes penderaan yang berlaku di negara kita. Siapakah yang harus
dituding jari,pihak masyarakat atau ibu bapa sendiri?Apakah punca berlakunya kes-kes ini? Marilah
kita bincang bersama-sama.
Banyak faktor yang menyebabkan kes-kes ini berlaku. Salah satu puncanya ialah pasangan suami
isteri yang berkahwin pada usia yang terlalu muda dan belum benar-benar bersedia untuk
menempuh alam rumah tangga terdorong untuk melakukan penderaan. Mereka masih ingin
mengekalkan keseronokkan dan kebebasan yang dinikmati ketika masih bujang . Tambahan pula,
mereka kurang mahir untuk berperanan sebagai ibu bapa. Disebabkan hasrat mereka terhalang oleh
kerenah anak-anak,maka mereka mudah marah-marah lalu bertindak melulu sehingga memukul
anak-anak
Selain itu, sikap ibu bapa yang agak keras dalam usaha mendisplinkan anak-anak juga
menyumbang kepada kejadian ini. Mereka menjatuhkan hukuman yang keterlaluan,misalnya
menampar atau merotan, yang mungkin sebenarnya tidak setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan oleh anak-anak.Memang ada anak yang agak nakal, tetapi kesalahan yang
dilakukan mungkin tidak disedari atau tidak disengajakan oleh mereka.Oleh itu, anak-anak
sedemikan harus ditegur dan dinasihati.
Seterusnya, didikan dan pegangan agama yang longgar di kalangan sesetengah ibu bapa juga
merupakan salah satu sebab. Mereka beranggapan bahawa anak-anak sebagai beban dan bukan
sebagai tanggungjawab serta amanah yang wajib diurus dengan sebaik-baiknya. Mereka melepaskan
kemarahan kepada anak-anak hingga terlanjur memukul mereka dengan teruk hanya disebabkan
perkara remeh temeh.
Tekanan kerja dan masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakkan keluarga terutamanya di
bandar selalu menyinggung perasaan ibu bapa. Mereka tidak dapat mengawal perasaan kemarahan
lalu memarahi anak malah meronta dengan teruk hanya untuk melepaskan geram. Anak yang
kasihan dijadikan 'alat pelepas kemarahan'.
Penderaan terhadap anak-anak merupakan suatu penyakit sosial yang harus ditangani bersama-
sama oleh anggota keluarga, jiran tetangga, serta anggota masyarakat. Jangan beranggapan bahawa
penyakit sosial ini hanya masalah peribadi. Anak-anak yang belum mengerti apa-apa harus diasuh
serta dibelai dengan penuh kasih sayang dan bukannya didera.
APA ITU SALAHLAKU MORAL MENERUSI INTERNET?
Salahlaku moral menerusi internet bukanlah suatu perkara baru tetapi kebelakangan
ini ia telah dibincangkan secara meluas. Artikel ini akan menumpukan kepada tiga aspek
perbincangan utama iaitu gangguan seksual di tempat kerja, kegiatan plagiarisme di
kalangan pelajar dan juga keruntuhan moral di kalangan anak-anak muda yang melayari
internet. Secara ringkasnya, salahlaku moral menerusi internet merupakan satu perbuatan
yang melanggari etika penggunaan internet dengan melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan ta!asusila dan salah di sisi undang-undang.
Gangguan seksual menerusi internet di tempat kerja merupakan salah satu bentuk
atau cabang gangguan ;eksual. Gangguan seksual menerusi internet secara umumnya
boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu:
i) gangguan seksual yang hanya berlaku di internet sahaja iaitu di alam siber.
ii) gangguan seksual di internet yang bertukar menjadi gangguan seksual di alam nyata
dan yang lebih berbentuk fizikal (Cyberangels, 1999).
Gangguan seksual menerusi internet boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya
penghantaran e-me1 yang tidak diingini oleh seseorang yang berbentuk mengancam dan
lucah kepada seseorang lain (McGraw, 1 995). Ini merupakan gangguan seksual menerusi
internet secara langsung di mana ia melibatkan sabotaj secara elektronik, iaitu
menghantar mesej lucah dalam bentukjunk e-mail kepada mangsanya atau dikenali juga
sebagai spamming (Ellison & Akdeniz, 1998). Penghantaran ini biasanya dilakukan
dengan menghantar mesej lucah kepada ratusan mangsa dan bukan hanya kepada seorang
sahaja.
Gangguan seksual menerusi internet juga boleh berlaku dalam bentuk khidmat
pesanan ringkas (SMS) melalui telefon bimbit dan chatting. Gangguan h i berlaku dalam
keadaan penghantaran pesanan serta mesej yang berunsur seksual dan perihal aktiviti
seks dengan mangsa melalui talian Internet ReZq Chat (IRC) atau Usenet (Cyberangels,
1999). Ia berlaku dalam situasi seperti seseorang bertanyakan soalan berbentuk peribadi
yang menyentuh perkara sulit yang tidak sepatutnya disoal. Antaranya ialah mengenai
bentuk fizikal badan ataupun kegiatan seks pasangannya (Bell, 1999). Manakala
CyberstaZking pula merupakan bentuk gangguan yang tidak langsung yang merujuk
kepada penggunaan internet, e-me1 atau alat komunikasi elektronik lain untuk
mengganggu pengguna lain secara berterusan (Hatcher, 2000).
Selain itu, melayari laman web lucah juga dikatakan salahlaku moral menerusi
internet. Kemudahan melayari internet pada era teknologi sesungguhnya merupakan satu
perkara yang senang. In i berikutan tiada terdapat sebarang tapisan terhadap bahan- bahan
dalam internet. Fenomena ini menyebabkan ramai remaja khususnya yang dikatakan
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mencari laman-laman web seks untuk
memenuhi naluri tersebut.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Sehubungan dengan itu, kes salahlaku moral menerusi internet haruslah diberi
perhatian serius sebelum ia merebak dan pihak terbabit dikehendaki mengambil tindakan
tegas dalam menangani kejadian tersebut daripada bermaharajalela. Untuk itu, langkahlangkah
seperti berikut wajar diambil:
a) Gangguan seksual di tempat kerja:
i) Syarikat perlulah melaksanakan polisi untuk mencegah penyalahgunaan
ii) Syarikat juga boleh mewujudkan prosedur kekilanan berhubung dengan
perkhidmatan e-me1
gangguan seksual menerusi internet.
Selain daripada itu, para majikan juga harus bertindak lebih proaktif berkenaan
dengan masalah gangguan seksual menerusi internet (Fox, 1999). Majikan boleh
memanfaatkan mekanisme komputer untuk mengawal penerimaan e-me1 yang lucah.
Mekanisme ini termasuklah:
i) mekanisme kill file yang menghalang penghantaran mesej daripada penghantar
tertentu. Bagaimanapun, kaedah sebegini mungkin tidak sesuai untuk keadaan
tertentu apabila pengirim dan penghantar harus berhubung selalu untuk urusan kerja
rasm i .
ii) program pemantauan, yang akan memadamkan perkataan atau gambar yang tidak
disenangi dalam e-mel.
iii) prosedur mengaudit e-me1 secara rawak.
Menurut perspektif undang-undang, Seksyen 2 1 1 (i) Akta Multimedia dan
Komuni kasi 1 998'memperuntukkan :-
"Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yang
menggunakun perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikun
kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya
dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu
mana-mana orang".
Peruntukan undang-undang ini menyatakan bahawa menjadi satu kesalahan j ika
seorang individu menghantar kandungan yang dianggap tidak sesuai, lucah atau
mengancam orang lain menerusi internet. Dari segi hukuman pula, Seksyen 2 1 l(ii) Akta
Multimedia dan Komunikasi 1998 menyatakan:-
“Seseorang yang melanggar sub@) adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,OOO. 00 atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi I tahun atau kedua-duanya dan juga boleh
didenda selanjutnya RMI, 000.00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada
sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabit. ”