Anda di halaman 1dari 28

Pengenalan

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam
masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti
dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme,
rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes
melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain
kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam
bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah
rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%).
Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya
krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik,
pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani
kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan
nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu
bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan
sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :

a) Tahap awal kanak-kanak

b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak

c) Tahap baligh dan remaja

Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini
amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi
dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan
sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-
anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan
emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari
umurnya yang sebenar.

Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan
kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia
bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh
perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya
menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya
sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat
malu dan merasa serba kekurangan.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup
penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti
sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3
hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang
lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi,
banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak
dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu
sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang
berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti
kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana
kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka
hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W.
sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu
hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu ‘Asr. Beliau bersembahyang
sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku’, beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia
dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada
cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau
membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah
ibadah yang suci dalam Islam.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya
dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-
kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula
membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau
sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa,
menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses
pembentukan akhlak yang luhur.

Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk
menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan
dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam
peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak
sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan
guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana
sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping
mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja

Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula
berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di
mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan ‘sense of
belonging‘ kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat
komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan
peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan
hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah.
Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.
Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia
mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia
menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat
moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud
dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.

Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan


akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : “Janganlah
kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik.
Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika
orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula
kalian melakukan.”

Pembentukan Akhlak Remaja Islam

Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai dengan pengukuhan akidah melalui ikrar bahawa
tidak ada Tuhan sebenarnya yang disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah.
Bagi kanak-kanak yang baru lahir pendedahan ini dimula dengan azan dan iqamat. Dalam
peringkat berikutnya kanak-kanak dilatih dengan budaya hidup beragama Islam oleh ibu bapanya
. Apabila lidah anak-anak sudah boleh bertutur mereka dilatih menyebut nama Allah dan
beberapa ayat ringkas seperti:

ٌ ‫َوقُ ْل ْالحَ مْ ُد هَّلِل ِ الَّذِي لَ ْم َي َّتخ ِْذ َولَ ًدا َولَ ْم َي ُكنْ لَ ُه َش ِري‬
ُّ ْ‫ك فِي ْالم ُْلكِ َولَ ْم َي ُكنْ لَ ُه َولِيٌّ مِن‬
)111(‫الذ ِّل َو َكبِّرْ هُ َت ْك ِبيرً ا‬

Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya
sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu
kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan
bersungguh-sungguh!”

atau doa kepada ibu bapa:

ُّ
َ ‫انِي‬BBBBBBBBBBBَ‫ا رَ َّبي‬BBBBBBBBBBBَ‫ا َكم‬BBBBBBBBBBBَ‫ ْل رَّ بِّ ارْ حَ مْ ُهم‬BBBBBBBBBBBُ‫ ِة َوق‬BBBBBBBBBBBَ‫ذ ِّل مِنْ الرَّ حْ م‬BBBBBBBBBBB‫ال‬
)24 (‫غِيرً ا‬BBBBBBBBBBB‫ص‬ ْ ‫َو‬
َ‫اح‬BBBBBBBBBBB‫ا جَ َن‬BBBBBBBBBBBَ‫اخفِضْ لَ ُهم‬
dan lain-lain.

Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses pembangunan akhlak bergandingan dengan tujuh
syarat yang mustahak dipenuhi seperti mana yang disebutkan oleh Saikh Yusuf al-Badri:

a) Ilmu yang menafikan kejahilan

b) Kecintaan kepada Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya

c) Keyakinan yang menafikan keraguan

d) Penerimaan yang menafikan penolakan

e) Kepatuhan yang menidakkan keingkaran


f) Keikhlasan yang menafikan kesyirikan

g) Kejujuran yang menafikan sifat mendustakan atau sekadar berlakon.

Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan membentuk pemikiran, perasaan


serta penanaman nilai-nilai keimanan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60 atau 70
lebih cabang dalam diri umat Islam. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang
kewujudan, kebesaran, kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t. tentunya akan menimbulkan
keperihatinan yang tinggi terhadap arahan-arahanNya.

Dalam konteks yang sama, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim ialah
memastikan dirinya bersih dari kekufuran atau tanda-tanda kekufuran kepada Allah dan
Rasulnya; iaitu samada menafikan perkara-perkara asas agama, atau melakukan perkara-
perkara yang membatalkan syahadat. Kemudian, ia harus memastikan dirinya terlepas dari sifat-
sifat kemunafikan, samada yang bersifat tanggapan mahupun yang bersifat amalan.
Kemunafikan dalam tanggapan umpamanya, meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat
Islam yang sebenar walhal lidahnya mengatakan ia menurut Islam yang sebenar. Kemunafikan
dalam amalan ialah melakukan akhlak-akhlak orang yang munafik seperti tidak mematuhi janji,
membiasakan diri dengan berdusta dan bersifat khianat. Ia hendaklah memastikan dirinya bersih
daripada kefasikan atau penderhakaan kepada Allah. Tidak melakukan apa yang dilarang oleh
Allah. Tidak menyalahi perintah Allah. Manusia muslim mesti menghindarkan diri dari segala
kejahatan ; lahir dan batin.

Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan :


1- solat.
2- zakat dan infak.
3- puasa.
4- haji.
5- membaca al qur’an.
6- zikir.
7- memikirkan penciptaan allah.
8- mengingati mati dan memendekkan angan-angan.
9- muraqabah, muhasabah, mujahadah dan mu’atabah.
10- jihad, amal makruf dan nahi mungkar.
11- dedikasi dan bersifat tawadduk.
12- mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya.
13- mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya.

Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam

Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani; akhlak manusia memang boleh berkembang dan boleh
dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui:

a- Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin

Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada masyarakat
di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga pendidikan akhlak
boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan
umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar,
namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya
memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda
( maksudnya ) :

“Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka
kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun.

Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil , maka puasa, zikir dan tilawatul
Qur’an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga menjadi amalan
yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau
kebiasaan seseorang.

b- Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh

Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut


merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak.
Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta
mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan
masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan
dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang
disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia
akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.

Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman:


َ‫ ُكرُون‬BBBBBB‫و ٍم ي َْش‬BBBBBB ِ ‫ا‬BBBBBBَ‫رِّ فُ اآْل ي‬BBBBBB‫ص‬
ْ ‫ت ِل َق‬ َ ‫دا َك‬BBBBBBِ
َ ‫ذلِكَ ُن‬BBBBBB َ ‫إِ ْذ ِن رَ ِّب ِه َوالَّذِي َخب‬BBBBBB‫ ُه ِب‬BBBBBB‫ ُر ُج َنبَا ُت‬BBBBBB‫الطيِّبُ ي َْخ‬
ً ‫ ُر ُج إِاَّل َنك‬BBBBBB‫ُث اَل ي َْخ‬ َّ ‫ ُد‬BBBBBBَ‫َو ْال َبل‬
Maksudnya :

“Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan
izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran
yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada kaum yang
bersyukur.”
Surah al ‘Araf, ayat 58 :

Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka
menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan
Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah
sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang
berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan.

c-Qudwah Hasanah

Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan
mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik, artis,
seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang
paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah
hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha
menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Penghayatan
golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan
keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh
dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi malah ianya
suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini

Allah SWT berfirman:

‫ُول هَّللا ِ أُسْ َوةٌ حَ سَ َن ٌة لِ َمنْ َكانَ َيرْ جُو هَّللا َ َو ْالي َْو َم اآْل خِرَ َو َذ َكرَ هَّللا َ َكثِيرً ا‬
ِ ‫َل َق ْد َكانَ لَ ُك ْم فِي رَ س‬

Bermaksud;
“sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang
mengharapkan Allah, mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati
Allah.” Surah al Ahzab, ayat 21.

d- Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam

Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta
memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang
komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang
besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan
norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk
mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang
suka dipuji, dihormati dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di
mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak
kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang aktif
boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga boleh
membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal
mak’ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipan
menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah proses penghakisan moral,
akhlak dan martabat umat berkenaan.

e- Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya

Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti
yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara tanggungjawab negara Islam
ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk
memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika negara
tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-
undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui puluhan
kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis.
Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang
akhlak tetapi juga dalam semua hal.

Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh media
massa, sekolah, rakan sebaya, masjid atau surau dan sebagainya. Untuk lebih jelas ada baiknya
kita terangkan satu persatu peranan tersebut :

f – Peranan Media Massa


Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan
berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan
memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di
dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat
khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham
sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup
secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-
dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa
hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk
memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa,
guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah,
membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan
memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang
yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana
“cultural domination dan imperialisme” melalui berbagai saluran teknologi maklumat
yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.

g – Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam.
Antara lain sekolah boleh :

1. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya,


meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau
petugas.

2. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam


khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota
sekolah atau institusi.

3. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan
atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan
orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai,
bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama’ dan
sebagainya.

4. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka
dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat
memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka
menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang
yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi
dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan
yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud
dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan.
Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak menguap
besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak
membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar
menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang, lebih-lebih lagi jika orang yang
bercakap itu lebih tua daripadanya.

Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang yang
celupar. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan
yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk
menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh
kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka.

Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan
tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan
kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan
kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. Bagi seorang pendidik menggunakan
tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya; samada
mereka golongan guru atau bapa. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid
biarlah sekadar yang perlu sahaja.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan
kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang
merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang
baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi
untuk digunakan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :


“Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah
mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun”. (Hadith
diriwayatkan oleh Abu Daud).

Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di
dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji
seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi
pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa.
Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut
tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit
kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya.

Firman Allah :

ِ ‫ظ ْال َق ْل‬BBBBBBBBBBBBBBB‫ِي‬
ُّ ‫ب اَل ْن َف‬
َ‫ك‬BBBBBBBBBBBBBBBِ‫وا مِنْ حَ ْول‬BBBBBBBBBBBBBBB‫ض‬ َ ًّ ‫و ُك ْنتَ َف‬BBBBBBBBBBBBBBB
‫ا غَ ل‬BBBBBBBBBBBBBBB‫ظ‬ ْ َ‫ ٍة مِنْ هَّللا ِ لِ ْنتَ لَ ُه ْم َول‬BBBBBBBBBBBBBBBَ‫ا رَ حْ م‬BBBBBBBBBBBBBBBَ‫َف ِبم‬
“Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka.
Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu.
(Surah Ali Imran : ayat 159)
Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat,
kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut terpengaruh
dengan akhlak ini. Demikianlah sebaliknya. Pandangan negatif murid bukan setakat terhad
kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran, kepada sekolah dan seterusnya
kepada sistem persekolahan keseluruhannya.

Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar, nazir, guru,
murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. Ini bermakna harus ada penerimaan
dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua
pihak agar masing-masing melindungi dan mempertahankannya.

Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab pokok


atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. Ini termasuk menghapuskan suasana yang
membantu atau menyokong salah laku dari murid . Di samping itu juga penyelesaian boleh di
usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan suasana yang lebih positif.
Ini di dasarkan kepada prinsip “mencegah lebih baik dari merawat”.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak ialah
dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati disiplin
sekolah, menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan memperbanyakkan aktiviti
sekolah dengan mempelbagaikannya, menggunakan atau memenuhi masa lapang murid,
menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan diri dan masyarakat mereka dan
langkah-langkah yang lain.

h – Peranan rakan sebaya

Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu
ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam
tingkah laku mereka. Perasaan “sense of belonging” kepada kumpulan adalah suatu
yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan
sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang
menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka
sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih
tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan
remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang
generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa
mereka.

Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :

1. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan
para penjaga mereka

2. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka
lakukan
3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa
dan penjaga mereka.
Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial
tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam
memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster
atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak
golongan remaja dan dewasa .

i – Peranan rumah ibadah

Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering
berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam
negara umat Islam; bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai
bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang
kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan
pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam.
Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini.
Sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke
Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi.

Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, ruh Islam dan
akhlak . Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah . Ilmu
yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah.
Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan
imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan
manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran
Allah itu sendiri.

Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan
di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat .
Antaranya ialah:

1. Kelas Fardu Ain


2. Kelas Tajuid & Qiraat.
3. Kelas Bimbingan Remaja.
4. Kelas Bahasa Arab.
5. Ceramah Berkala.
6. Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah.
7. Kursus Rumahtangga Bahagia.
8. Kursus Pengurusan Jenazah.
9. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal.
10. Kursus Dakwah dan Imamah.
11. Acara Tadarus al-Quran.
12. Khemah Ibadan & Qiamullail.
13. Kursus Pengurusan Masjid.
14. Kegiatan Amar Ma’ruf & Nahi Munkar.
15. Seminar Pengurusan Sumber Masjid.
16. Kempin Memakmurkan Masjid.
17. Membentuk organisasi Belia Masjid ( Rakan Masjid )

Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO
dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama
berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup
beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai
akhlak tersebut dan sebagainya.

Rumusan

Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya
di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya
kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus
bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa.
Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam,
mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk
membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas
memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf,
mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa
yang diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang
membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang
melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.

Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera
kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika
dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv, filem,
internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat. Dasar-dasar
kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan
tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja membangun dan merosak akhlak
serentak dalam jentera-jentera berkenaan.

Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun
dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana
kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenaran keadilan dan
ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta’at dan bukan
hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang
dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin
berleluasa, khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini..

http://pewarisserdang.wordpress.com/2008/05/18/masalah-sosial-di-kalangan-remaja-kini-
makin-meruncing/
Membendung gaya hidup sintetik

Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

DEWASA ini kita sedang menyaksikan pertumbuhan pesat budaya asing dan gaya hidup
sintetik yang sedang menjalar dalam kerangka kehidupan generasi muda kini. Apa yang
dimaksudkan penulis dengan gaya hidup sintetik ialah suatu budaya tiruan yang cukup
asing daripada nilai-nilai tradisi, akar agama dan citra tempatan yang selama ini menerasi
keperibadian dan pandangan hidup (worldview) Melayu-Islam.

Kecenderungan membudayakan gaya hidup sintetik ini jelas mengakar dan menjalar
dalam bidang-bidang seperti muzik, filem, fesyen dan pelbagai bentuk cabang hiburan
dan seni yang lain. Budaya sintetik yang berasal dari Barat ini amat memuja nilai rasa
pancaindera iaitu kenikmatan yang dapat ditonton, didengar, disentuh dan dikecap
dengan hanya menumpukan kepada keseronokan dan keselesaan jasmaniah semata-mata.

Dari situlah timbulnya seni yang berorientasikan keseronokan rakus, hedonistik


melampau, hiburan melulu yang merungkai ikatan agama dan merobek kawalan moral
dan nilai-nilai tradisi. Natijahnya wujud pula istilah ‘art for art’s sake’ yang
menghalalkan sebarang bentuk tindakan dan perilaku termasuklah unsur-unsur seksual,
erotik dan ganas atas nama memartabatkan seni.

Isu terkini seperti polemik pembotakan kepala artis wanita untuk memenuhi tuntutan
skrip filem merupakan salah satu contoh bagaimana seni dan hiburan kadangkala
dimartabatkan setinggi malah melebihi kesucian prinsip agama dan tradisi. Semuanya
dilakukan atas nama seni yang pada hakikatnya cukup asing daripada norma-norma
keagamaan dan nilai-nilai tradisi yang selama ini mendasari budaya hidup masyarakat
kita.

Kecenderungan para artis memperagakan gaya hidup Barat secara total juga mampu
mempengaruhi muda-mudi untuk turut sama meniru budaya yang cuba diketengahkan
oleh model-model sintetik ini. Ternyata kekuatan pengaruh penghibur dalam
mencorakkan pemikiran, perwatakan dan gaya hidup muda-mudi hari ini adalah sesuatu
yang tidak boleh dinafikan.

Malah golongan remaja dan kanak-kanak khususnya, cukup mudah terdorong dengan apa
jua bentuk penampilan artis pujaan mereka. Dari aspek pertuturan dan perawakan
hinggalah kepada fesyen rambut, gaya dan pakaian.

Keghairahan membudayakan gaya hidup sintetik ini akan menyebabkan lahirnya generasi
sintetik yang hilang jati diri dan tidak lagi mengendahkan batasan halal dan haram dalam
agama. Seringkali juga prinsip agama bagaikan diperkotak-katikkan dan ditanggapi
sebagai halangan kepada pembangunan seni dan industri hiburan tanahair.

Lebih menyedihkan apabila media massa tempatan juga berperanan dalam aktiviti
penyebaran dan perkembangan budaya sintetik yang membinasakan ini. Iklan-iklan yang
dipaparkan dalam pelbagai media turut merangsang ke arah kehidupan rakus, foya- foya
dan bermewah-mewah yang hakikatnya cukup asing dari pola gaya hidup tradisi umat
kita.

Perkembangan seni dan budaya seperti ini pada hakikatnya sudah terlepas dari kawalan
dasar-dasar rasmi yang telah disepakati seperti falsafah agama, rukun negara dan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan. Sebaliknya pertumbuhan seni dan pembangunan budaya
negara tampak lebih banyak dicorakkan dan didorong oleh kepentingan ekonomi dan
perkiraan untung rugi.

Para artis kita umpamanya rata-rata telah terlepas dari bimbingan intelektual dan akal
budi keagamaan hingga menuruti sahaja kemahuan penaja, promoter, penerbit mahupun
pengarah yang dasar perhitungannya adalah untung rugi ekonomi. Malah persaingan
sengit stesen-stesen televisyen menganjurkan program-program hiburan beraneka ragam
lebih banyak berorientasikan kepentingan ekonomi daripada kepentingan membangunkan
generasi muda yang bermaruah dan merdeka.

Fenomena seperti ini jika dibiarkan berlarutan mampu melunturkan citra budaya dan
keperibadian bangsa. Penat lelah generasi terdahulu merangka dan merumuskan dasar
kebudayaan kebangsaan yang bercirikan keperibumian dan keislaman bagaikan tidak
punya makna dan harga.

Justeru sudah tiba masanya pihak berwajib memandang serius masalah pembudayaan
gaya hidup sintetik yang semakin membelenggui pemikiran dan perawakan generasi
muda kini. Krisis budaya dan kegersangan nilai dalam industri hiburan tanah air
memerlukan penyelesaian yang berupa perancangan dan pengarahan budaya secara
menyeluruh sesuai dengan wawasan dan citra ummah.

Ini termasuklah melakukan usaha bersepadu, terancang dan tersusun untuk melatih dan
membimbing artis-artis agar akhlak dan peribadi mereka juga sentiasa terkawal dan
menjadi idola yang baik kepada khalayak. Pelbagai insentif juga boleh diperkenalkan
sebagai satu usaha menggalakkan artis-artis tempatan berwatak luhur dan
berkeperibadian mulia.

Media massa juga wajar berperanan dengan lebih proaktif dalam menampilkan artis
secara positif dan konstruktif seperti menjadikan mereka agen moral yang mampu
mempengaruhi generasi muda. Seharusnya usaha membina budaya bangsa berteraskan
agama dan nilai-nilai tradisi yang unik tidak lagi terikat cuma berdasarkan perkiraan
untung- rugi ekonomi semata-mata.

Sebaliknya usaha memperkasa budaya bangsa menuntut ketulusan dan kesediaan semua
pihak untuk sama-sama menggalas tanggungjawab mempertahankan khazanah bangsa
yang tidak ternilai ini.

Apa yang harus dikhuatiri ialah kelewatan melaksanakan tanggungjawab ini akan
semakin mendekatkan kita kepada bencana total sebagaimana yang diperingatkan Allah
dalam al-Quran: Dan jika Kami hendak membinasakan sesuatu negeri, maka Kami
perintahkan kepada orang-orang yang hiduo mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah),
tetapi mereka melakukan kedurhakaan di negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku
terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-
hancurnya. (al-Isra:16).

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?
y=2007&dt=0624&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_02.htm&arc=hive

Pendahuluan
Hubungan antara media dengan persoalan jati diri bangsa dan nilai patriotisme adalah
amat rapat. Media hari ini berperanan sebagai satu institusi budaya dalam masyarakat
moden yang membentuk apa yang kita ketahui, dan bagaimana kita mengetahuinya
dengan maksud media menjelaskan pengalaman manusia itu sendiri. Justeru dari
perspektif budaya, kandungan media tidaklah hanya berita, iklan atau hiburan semata-
mata. Sebaliknya media menjadi pengikat yang dapat menghubungkan pelbagai lapisan
dan ragam ahli masyarakat. Dengan itu media mempengaruhi bagaimana kita
berkomunikasi dengan ahli masyarakat yang lain. Media lantas memberikan impak
kemasyarakatan yang besar. Media bukan semata-mata menyalurkan maklumat tetapi
sebenarnya membentuk masyarakat yang menerima maklumat tersebut. Ini telah disebut
oleh sosiologis Michael Schudson sebagai:
The greatest effects may not be measurable influences on attitudes orbeliefs produced by
media but the range of information the media makeavailable to individual human minds,
the range of connections theybring to light, the particular social practices and collective
rituals bywhich they organize our days and ways. The media ... are moreimportant, not
less important, than popular opinion would have it, butrarely in the ways that popular
views assume. The media organize notjust information but audiences. They legitimize not
just events andsources that report them but readers and viewers. Their capacity
topublicly include is perhaps their most important feature. That you andI read the same
front page or see the same television as the President of the United States and the chair
of IBM is empowering; the impression it promotes is equality and commonality .
*
Pembinaan Jati Diri dan Nilai PatriotismeOleh kerana media memiliki satu kedudukan
yang amat dominan dalam masyarakat moden maka media dapat dimanfaatkan sebagai
satu agen atau instrumen pemerkasaan jati diri bangsa. Yang dimaksudkan dengan jati
diri bangsa itu ialah kriteria atau ciri-ciri khusus yang membezakannya dari yang lain.
Jati diri terdapat tiga dimensi yang boleh dikenalpasti:
Kepercayaan dan nilai-nilai.
Kepercayaan ialah satu-satu idea yang dipegang oleh ahli masyarakat atau bangsa sebagai
sesuatu yang benar sementara nilai-nilai yang dimaksudkan di sini ialah penilaian
terhadap apa yang dianggap baik, penting, diingini dan tidak diingini. Kepercayaan dan
nilai-nilai ini menjadi pedoman kehidupan harian kita selain menjadi pangkalan kita
bereaksi ketika berdepan dengan sesuatu yang baru. Dengan mengenepikan makna dalam
konteks politik, ideologi adalah satu himpunan kepercayaan dan dan norma-norma yang
dikongsi oleh masyarakat.
*
Adat resam.
Manusia yang berpegang pada satu sistem kepercayaan dan nilai-nilai bersama dengan itu
berkongsi juga satu adat resam. Adat resam ialah satu rutin atau tingkah laku yang lazim
dan berulang yang dapat dikenal pasti pada satu-satu masyarakat atau bangsa. Adat resam
meliputi majlis perkahwinan, kematian, meraikan hari lahir, hinggalah kepada aktiviti
meniru gaya rambut terkini. Hari ini antara adat yang sudah menjadi lazim ialah apa yang
kita namakan media rituals di mana ahli masyarakat bersama-sama melakukan satu aksi
seperti menonton televisyen, membaca novel yang digemari, melakukan tai-chi di taman-
taman rekreasi atau berkumpul meraikan artis yang disayangi. Apabila adat resam ini
diulang-ulang ia menjadi satu set tingkah laku yang dapat dikenalpasti pada satu-satu
masyarakat. Justeru adat resam menjadi khazanah budaya satu-satu masyarakat.
*
Artifak budaya.
Yang dimaksudkan dengan artifak budaya ialah apa sahaja yang mewakili, luahan, atau
gambaran terhadap aspek kepercayaan dan nilai-nilai bergabung degan aspek adat resam
tadi. Artifak dengan itu tercermin pada karya-karya sastera bangsa, kraftangan, hasil
kesenian pertukangan, bahasa, imej-imej termasuklah gestures. Artifak menampilkan
kepercayaan dan resam ahli atau entiti masyarakat yang menghasilkannya. Segelintir imej
visual yang dapat dihubungkan dengan satu-satu budaya misalnya dinamakan ikon.
Sementara objek fizikal yang menjadi sasaran keghairahan dan pujaan dilabelkan sebagai
idola.
*
Dalam konteks bangsa Melayu, jati diri bangsa itu amat rapat berhubungan dengan
agama (sebagai tambatan yang mengawal kepercayaan dan nilai-nilai penganutnya),
budayanya (yang terlihat pada adat resam orang-orang Melayu yang penuh halus dan
berbudi bahasa) serta bahasanya (yang tercermin pada bahasa yang diucapkan serta karya
sastera yang dihasilkan).Justeru kerana media telah menjadi satu institusi budaya yang
dapat membina jati diri bangsa atau memperkukuhkan semangat patriotismenya kita
wajar melihat bagaimana media dapat membentuk manusia. Untuk mengukur bagaimana
ini berlaku, salah satu keajaiban ilmu psikologi dapat diterapkan di sini. Dalam disiplin
psikologi proses pembelajaran (dalam hal ini pembinaan jati diri) dapat dihitung
menerusi kaedah prosedur Pavlovian secara conditioning. Prosedur yang dimaksudkan
ialah apabila satu-satu entiti (E) memiliki kawalan penuh terhadap semua peristiwa, (E)
boleh menentukan kekerapan masa, ketepatan aksi percubaan selain menguruskan
tingkah laku sasarannya.Latihan terhadap seekor anjing dengan memberinya makan pada
jam 3 petang sahaja, dengan menghantar satu isyarat denting loceng, dilakukan berulang-
ulang, hingga sang anjing terbiasa dan terlatih oleh tubi dan asakan latihan yang sama
akan menatijahkan anjing menunggu makanan pada setiap jam 3 petang dengan bunyi
loceng dengan penuh selera. Latih tubi appetite behaviour ini dari dahulu hingga
sekarang memperolehi jawapan yang sama. Iaitu sasaran prosedur conditioning di
akhirnya akan mengikut, taat, patuh dan meniru apa yang disogokkan oleh (E).
*
Sejak Pavlovian mengemukakan gagasan conditioning ini tokoh-tokoh psikologi ulung
seperti K. Wolf (1963), D.r Williams (1965), M.M Shapiro (1961) dan W. Kintsch and
R.S Witte (1962) semuanya memutuskan bahawa prosedur conditioning dengan latih tubi
appetite behaviour ini sangat berkesan dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran
sasaran (dalam erti kata lain pembinaan jati diri) .
*
Media justeru menjadi medium pengajaran sosial yang efektif kepada kanak-kanak dan
remaja dan proses ini dinamai socialization atau proses bagaimana mempelajari
menyertai dan menjadi dewasa dalam masyarakat. Orang dewasa yang mempelajari
mengenai jati diri lain dari yang dikenalinya akan melalui proses yang kita namakan
acculturation.
*
Masyarakat yang telah dilatih tubi oleh (E) dalam hal ini, media elektronik dan cetak,
akan mengutip dan menyerap terlalu banyak pesan media. Oleh kerana ia merupakan satu
proses conditioning, masyarakat akan akhirnya mengikut, taat, patuh dan meniru apa
yang disogokkan oleh media elektronik mahupun cetak.Instrumen-instrumen sosial yang
membantu perkembangan jati diri bangsa seperti ibu-bapa, generasi tua, madrasah,
pondok dan tuan guru, seni persembahan tradisional dan karya sastera sebagai contoh
telah diambil alih oleh institusi media baik elektronik mahupun media cetak.
*
Penumpuan terhadap media elektronik telah memberi kesan kepada hubungan
kemanusiaan secara tradisional. Salah seorang pemikir Faith Popcorn telah menamakan
trend ini sebagai cocooning iaitu ahli masyarakat memenggap di dalam rumah. Manusia
kini boleh bekerja dan berhubung menerusi ahli masyarakat yang lain menerusi telefon,
faks, sms, internet malahan televisyen dan tidak perlu berhubung secara fizikal dengan
anggota masyarakat yang lain. Hubungan fizikal telah berganti dengan hubungan
parasosial iaitu hubungan yang diasaskan oleh dan kepada manusia yang mereka lihat
atau dengar menerusi media seolah-olah kenalan-kenalan yang ditemui menerusi media
ini adalah manusia dalam dunia nyata. Cocooning juga menyebabkan manusia lebih
mengenali, mendalami dan rapat dengan bintang telenovela, idola dan artis berbanding
jiran sebelah rumah, atau lebih mengetahui plot drama televisyen berbanding masalah
asasi yang menimpa masyarakat . Fenomena ini jadi lebih sengit saat majlis aidilfitri
berlangsung, anggota masyarakat lebih rela duduk menghadap televisyen daripada ziarah
menziarahi kerana hidangan program televisyen yang menarik.
*
Kewujudan televisyen menyebabkan fenomena sindrom couch potato di mana kita duduk
di hadapan televisyen dan dunia di datangkan kepada kita bukan kita yang pergi
mendapatkan dunia .Oleh kerana conditioning process berlaku secara giat dan
masyarakat telah terjerumus ke dalam dunia binaan media termasuk televisyen
(cocooning), proses pembinaan jati diri bangsa telah bergantung sepenuhnya kepada
media dan peranan instrumen sosial tradisional beralih kepada institusi media.
**
Apa yang dibina oleh televisyen?
Adalah penting untuk difahami bahawa kini media telah menjadi satu makhluk yang
dipatuhi, dikasihi bahkan dilindungi. Sebarang cacian ke atas media misalnya akan
membibitkan respon yang kritikal semula. Ini berlaku kerana media amat rapat dengan
manusa, menjadi teman setia, memberi rasa tenteram dan senang, memberikan berita
terkini dan hiburan yang sensasi. Proses perorangan ke atas media ini khususnya media
elektronik telah diakui oleh ramai tokoh futuris dalam karya-karya mereka.
*
Kajian Byron Reeves dan Clifford Nass dari Stanford University membuktikan menerusi
satu set kajian dan penyelidikan bahawa manusia kini melayani peti televisyen dan
komputer sebagai entiti sosial dan ini dilakukan penuh natural. Kini ramai bercakap
dengan televisyen, bersahabat dan percaya hanya televisyen memahami mereka .John
Naisbitt mengakui trend ini dan mngatakan inilah prinsip asas kemajuan teknologi iaitu
high tech=high touch. di mana kesan kejayaan teknologi telah mempengaruhi hubungan
manusiawi .
Apakah yang dilatih tubikan oleh televisyen hari ini? Apakah yang disogokkan oleh
media elektronik mahupun cetak kepada masyarakat sebagai pusingan appetite
behaviour? Dan bagaimana masyarakat menerima dan terlazim malah terasuh serta
terbina jati diri dan keperibadian mereka dengan apa yang disalurkan oleh televisyen itu?
*
Terdapat sekurang-kurangnya tiga implikasi buruk ke atas manusia oleh kemunculan
institusi media yang berkuasa ini:
Buta budaya.
Buta budaya bermaksud keterasingan dari artifak budaya bangsa. Kemunculan media
elektronik khususnya menjauhkan masyarakat dari budaya besar bangsa . Masyarakat
misalnya tidak lagi mengenali karya sastera klasik. Atau mereka tidak memahami atau
tidak berusaha memahami seni persembahan tradisional bangsa. Buta budaya langsung
menghasilkan fragmentasi yang memisahkan individu dari masyarakat kerana kurangnya
hubungan dua hala (hubungan yang dikemukakan oleh media adalah hubungan sehala
dan jika adapun dua hala adalah hubungan tanpa jiwa yang tidak real) .
*
Kitsch
Istilah kitsch dipelopori oleh tokoh sosiologis Dwight Macdonald yang menggambarkan
kelahiran budaya popular (produk media elektronik dan cetak) sebagai produk sampah .
Secara mudahnya kitsch adalah budaya pop yang tidak berjejak oleh satu peradaban dan
jati diri yang berwibawa. Kehadiran program realiti tv atau rancangan telenovela sebagai
contoh adalah hasil kitsch. Dalam industri buku, kitsch menyebabkan kelahiran
‘chapbooks’ atau buku untuk kesenangan pembaca. Karya dengan nilai sastera dan
estetika tidak lagi dibaca sebaliknya tumpuan diberikan kepada buku masakan, buku
ramalan astrologi termasuklah bahan lucah.
*
Kehadiran majalah yang memainkan persoalan tahyul, lucah dan misteri adalah
sebahagian dari kitsch. Ini malah boleh dihadirkan menerusi media elektronik. Di sini
jugalah muncul karya picisan yang hanya mementingkan selera rendah
pembaca.Kelewahan kepenggunaan atau perbelanjaan.Kelahiran media sebagai institusi
juga melahirkan budaya kelewahan kepenggunaan atau perbelanjaan.
*
Thorstein Veblen mendebatkan budaya conspicuous consumption, atau kelewahan
perbelanjaan untuk mencapai prestij sosial. Budaya ini telah menjadi nilai yang dominan
dalam masyarakat moden . Antara muatan media ialah ragam pengiklanan moden. Para
pengiklan ini mengenalpasti ahli masyarakat sebagai individu dan memainkan kehendak
dan kepuasan pengguna dengan penerimaan sosial. Pertumbuhan budaya materialisme
(meraikan kebendaan), hedonisme (pengejaran kepada keseronokan) dan narcissism
(penurutan hawa nafsu)
*
Fenomena kelewahan dan pembaziran ini menjadi lebih sengit dengan kemunculan
saluran membeli-belah dan latih tubi iklan yang mengasak dengan nilai-nilai yang
ditentukan oleh pengiklan dengan perintah kapitalis.Terdapat banyak lagi implikasi buruk
yang dibibitkan oleh keperkasaan media sebagai pembina jati diri tetapi tiga dikira
memadai untuk diturunkan di sini.
**
Apakah ideologi media?
Apakah ideologi media? Media sosiologis yang tersohor Herbert J.Gans menekankan
bahawa terdapatnya kecenderungan bias dalam berita-berita yang dipaparkan di media.
Ideologi media ini antara lain ialah lima kunci penting yang disebutkan olehnya sebagai
‘nilai-nilai bertahan’ yang telah meresapi media dan disampaikan secara halus tanpa
memikirkan keadilannya untuk khayalak.
*
Lima noktah penting ideologi ini sudah memadai untuk menunjukkan bahawa pembinaan
jati diri bangsa atau nilai patriotisme sedang dikawal media secara rakus.
Demokrasi altruistik - Ia adalah satu kepercayaan bahawa politik harus berdasarkan
kepentingan awam dan servis.
Individualisme - Penekanan terhadap kebebasan individu mengatasi kepentingan dan
keperluan masyarakat umum yang lebih besar.
Moderatisme – Penekanan diberikan supaya bersederhana dalam berpolitik, menetapkan
nilai-nilai dan juga pemerkasaan budaya.
Kawalan – Penekanan ke atas ketenteraman sosial, mengelakkan konflik, menghormati
autoriti politik dan sosial.
Kepimpinan – Pemaparan bahawa kepimpinan yang baik ialah kepimpinan yang dapat
mengatasi apa jua persoalan menerusi visi, stamina dan keberanian .
**
Kucuplah televisyen anda.Hari ini, seeloknya kita memulakan pagi dengan mengucup
televisyen kita sebagai tanda sayang yang tidak berbelah bahagi. Setiap hari lebih dari
lima puluh peratus rancangan televisyen (lihat lampiran) menumpu kepada kategori
hiburan (meskipun tidak dapat dinafikan definisi hiburan sangat tricky memandangkan
satu rancangan mungkin dapat menghiburkan seseorang tetapi tidak dapat menghiburkan
yang lainnya). Pecahan untuk sukan misalnya tidak sampai sepuluh peratus dalam
seminggu, pecahan untuk agama pula jauh lebih rendah dengan mengenepikan segmen
bacaan al-Quran dan azan.
*
Pengisian pendidikan dengan mengenepikan segmen berita juga tidak diberi peruntukan
yang besar. Perhatikan juga setiap hari hampir atau lebih enam jam diperuntukkan untuk
telenovela asing, ini bermakna lebih satu perempat dari rancangan televisyen kita
dipenuhi dengan jati diri asing atau nilai patriotisme yang tidak dapat langsung
dihubungkan dengan Malaysia. Ini belum ditolak campur atau perhitungan dilakukan
dengan rancangan bukan dalam bahasa kebangsaan.
*
Haruslah diingat penekanan terhadap pendidikan dan agama (sekiranya ada) misalnya
tidak disiarkan pada waktu perdana (yakni waktu ramai penonton: kebiasaannya waktu
perdana merujuk dari jam 8 malam ke jam 10 atau 11 malam tetapi kita juga harus
mengambil kira waktu perdana kedua yakni dari jam 2 ke 6 petang).Rasa sayang terhadap
media elektronik ataupun cetak (khususnya elektronik ini) berkait rapat dengan fenomena
panopticon.
*
Michel Foucault menggunakan metafora panopticon untuk menggambari bagamaina
sesebuah organisasi besar mengawasi manusia, langsung mengawal dan menentukan
kehidupan awam. Panopticon adalah adalah sejenis alat kawalan di penjara yang berpusat
dan membolehkan pihak penguasa melihat dan memerhatikan banduan. Tujuan
panopticon bukanlah untuk mengawasi semata-mata tetapi lebih untuk mewujudkan satu
keadaan yang dirasai dan disedari kewujudannya dengan itu sekaligus menjamin
kewujudan semacam satu kuasa sedang menentukan gerak laku banduan.
*
Meskipun Foucault tidak secara terang merujuk media sebagai satu jenis panopticon
tetapi media hari ini telah mendapat tempat dan kedudukan di menara kawalan tersebut.
Lebih aneh, media disayangi sebagai fungsi panopticonnya itu. Sesuatu yang perlu
diingat tentang panopticon ialah sifatnya di mana sedikit menentukan yang banyak.
Minoriti menguasai majoriti melalui satu kawalan yang dimomok-momokkan, bukanlah
satu kawalan yang sebenar .Tidak dapat dielakkan dan dikesali media arus perdana hari
ini telah menjadi ejen pembudayaan jati diri asing.
*
Perleluasaan penggunaan bahasa Inggeris dalam rancangan televisyen seperti yang
terlihat pada stesen televisyen 8tv menunjukkan adanya ejen comprador yang menjadi
musuh utama kepada pembinaan jati diri bangsa mahupun pemupukan nilai patriotisme.
Golongan comprador ini adalah musuh sebenar negara. Comprador bermaksud, golongan
pewaris idea Barat.Penjajah Inggeris sebelum meninggalkan India untuk memberi
kemerdekaan kepada orang-orang India telah meninggalkan segolongan manusia, yang
tidak ramai, taasub kepada Inggeris, mentah-mentah menerima Inggeris, berkulit hitam
bertopeng putih dan ini telah dirancang secara sistematik. Satu proses pembinaan jati diri
jahat untuk mengancam jati diri sejati orang India. Malah ini terakam dalam dokumen
sejarah Thomas Macaulay (lihat Minute on Indian Education, 1835) bahawa kelompok
yang berpegang kepada budaya Inggeris, berminda Inggeris, percayakan supremacy
Inggeris harus dilahirkan oleh sistem pendidikan supaya meskipun Inggeris keluar dari
India, golongan comprador ini wujud dan meneruskan kelangsungan penjajahan Inggeris.
Golongan Comprador ini sangat bijak menunjukkan seolah-olah merekalah golongan
yang bertindak demi kepentingan masyarakat, untuk membangunkan maruah bangsa dan
bermacam alasan lagi bila mencipta satu-satu dasar yang merugikan bangsa tetapi
melebihkan dan mendaulatkan bangsa Inggeris. Istilah comprador ini diperkenalkan oleh
orang-orang Inggeris sendiri. Rujuk Post-Colonial Studies: The Key Concept, 2000,
tulisan dan susunan bersama Bill Ashcroft, Gareth Griffiths dan Helen Tiffin.Ejen
comprador dalam media dengan mudahnya meruntuhkan apa sahaja hasrat pembinaan jati
diri bangsa. Sebagai misalan di salah satu saluran televisyen sedang berlangsung program
pemupukan pendidikan atau dokumentari yang bernas, di saluran lain rancangan
nyanyian atau konsert Britney Spears menggoda penonton muda.
*
Sebahagian generasi muda akan menonton rancangan nyanyian kerana kemeriahan
budaya popular (ingat peranan kitsch) dan tidak mempedulikan saluran yang bersungguh
menerapkan pembinaan jati diri bangsa. Dengan sendirinya media telah menjadi ejen
comprador yang jahat dan anti jati diri sejati atau nilai patriotisme.
*
Sesuai dengan fungsi media sebagai penentu ideologi, ejen jati diri, panopticon, dan
mempunyai kuasa untuk memberikan pelbagai kesan kepada masyarakat, sekali lagi
ditekankan di sini media telah mengambil alih peranan instrumen sosial tradisional dalam
membina jati diri manusia. Media telah mengambil alih peranan ibu-bapa, guru dan
madrasah, kawan-kawan, malah media telah menjadi satu kuasa, satu pemimpin yang
dipercayai dan dapat menentukan jalan serta arah.
*
Jika merujuk lampiran yang disediakan adalah jelas pengisian jati diri bangsa dan nilai
patriotisme dalam keadaan genting. Satu dasar penyiaran perlu digubal oleh kabinet
dengan menetapkan jumlah tertentu jam (pada waktu perdana) diserahkan kepada
rancangan tempatan dan satu dasar sekatan terhadap produk drama asing segera digubal.
Ini akan membolehkan juga pertumbuhan produk drama tempatan yang harus disyaratkan
mengenengahkan elemen jati diri bangsa dan nilai patriotisme .
*
Jati diri menurut surah LuqmanSurah Luqman adalah surah ke 31 dan terdiri dari 34 ayat.
Surah ini termasuk dalam kategori ayat-ayat Makkiyah . Ini bermakna surah ini memberi
penekanan kepada persoalan akidah, keimanan kepada Allah, ingatan kepada hari
pembalasan selain menyeru akhlak yang mulia dan melakukan kebaikan.Surah Luqman
amat sesuai digunakan sebagai satu pendekatan dalam membina rangka atau program jati
diri bangsa khususnya generasi muda. Ini memandangkan di dalam surah Luqman
ditekankan perihal disiplin anak-anak meliputi hubungan penuh adab dan akhlak dengan
ibu-bapa, guru, jiran dan sahabat.
*
Persoalan sistem hidup kekeluargaan yang murni dan penuh tatasusila menunjukkan
surah ini memiliki asas-asas ta’dib yang sesuai untuk diterapkan pada peribadi
remaja.Terdapat lapan ayat yang menyebut mengenai Luqman dan anaknya secara
khusus iaitu ayat 12 hingga 19. Ayat-ayat ini menampung nasihat-nasihat Luqman setelah
Allah berfirman memperkenalkan Luqman dalam ayat 12:
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Luqman hikmah kebijaksanaan (serta
Kami perintahkan kepadanya): ‘Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya
kepada-mu), dan sesiapa yang bersyukur, maka faedahnya itu hanyalah terpulang
kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal
kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Amat Terpuji.’
**
Terdapat tiga tunjang pendidikan yang dikemukakan oleh Allah menerusi Luqman untuk
dijadikan pegangan.
(A) Tunjang pertama ialah dasar akidah yang disentuh menerusi ayat ke-13:Dan
(ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat
kepadanya,
‘Wahai anak kesayanganku. Janganlah engkau menyekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar!’
*
Ayat ini memberi isyarat supaya remaja diberikan pengukuhan pada doktrin tauhid. Inilah
asas pembinaan jati diri. Remaja pada hari ini wajib disedarkan bahawa Allah adalah
segala sumber dan bukan yang lain. Oleh itu apa sahaja datangnya daripada Allah, dan
pada ketikanya, akan perlu kembali kepada Allah. Tidak ada yang kekal di muka bumi ini
dan hanya Allah tempat bergantung.Doktrin ini amat penting dipantakkan dan diasuhkan
kepada remaja. Doktrin tauhid ini menjadi perkara paling dasar dalam merangka program
membina jati diri. Hal tauhid ini menjadi sangat genting untuk disuguh memandangkan
remaja hari ini telah menjadi generasi tanpa jati diri. Budaya hedonisme misalnya telah
menjadikan remaja muslim leka, lemah dan khayal, serta memuja makhluk ciptaan Allah.
Perhambaan secara halus ini adalah jelas satu kesyirikan yang harus dibanteras segera.
*
Remaja kita harus disedarkan dengan hakikat penciptaan seperti yang telah diakui kepada
Allah di hari penciptaan dan hari termeterai perjanjian. Hari di mana manusia bersedia
memohon jawatan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Hakikat kejadian khalifah
Allah itu misalnya terpancar pada firman-Nya, surah al-A’raf, ayat 172:
Dan ingatlah wahai Muhammad ketika Tuhan-mu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam
turun-temurun – daripada tulang belakang mereka, dan Ia menjadikan mereka itu saksi
terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firman-Nya): Bukankah Aku
Tuhan kamu (yang mengasuh serta menjaga kamu)? – mereka semua menjawab: Benar
(Tuan hamba adalah Tuhan kami) kami menjadi saksi (yang demikian ini) supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi
peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
*
Inilah huwiyyah atau jati diri sebenar manusia, yang membezakannya dengan ciptaan-
ciptaan Allah yang lain (al-imtiyaz ‘an al-aghyar). Jika manusia dapat memahami dan
mengimani hakikat ini maka soal pembinaan jati diri tidak lagi timbul kerana apa juga
gugahan luar akan membawa semula mereka kepada hakikat di atas. Apabila aspek
internal dan fundamental kukuh maka aspek luaran hanya akan menjadi satu pinggiran.
*
(B) Tunjang kedua ialah dasar ibadah yang disentuh antara lain pada ayat ke-17, surah
Luqman:‘Wahai anak kesayanganku. Dirikanlah solat dan serulah berbuat kebaikan, serta
laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar.’Ayat ini secara terang
menyebutkan tuntutan menunaikan solat. Solat adalah tiang agama. Solat juga adalah
pagar manusia dari tipu daya syaitan. Dalam solat terdapat banyak khasiat khususnya
untuk perkembangan psikologi remaja (seperti yang kita maklumi pembinaan jati diri
sangat rapat dengan aspek psikologi). Juga yang lebih penting solat mengandungi satu
falsafah yang luar biasa untuk keamanan dunia dan akhirat. Bukan sahaja pada solat
tetapi secara keseluruhannya setiap ibadah yang dianjurkan Islam punya falsafah dalam
pembinaan jati diri. Di dalam solat kita memulakan ibadah tersebut dengan takbir iaitu
pengakuan kepada Allah yang Maha Esa akan kebesarannya. Di dalam solat kita
menghiasinya dengan doa-doa. Di dalam solat juga kita berjanji bahawa hidup dan mati
hanya untuk Rabb, pemilik sekalian alam. Di luar solat kita tidak boleh mengingkarinya.
Dan kita mengakhiri solat dengan salam, memalingkan wajah ke kiri dan kanan
menandakan kesejahteraan untuk seluruh umat manusia.
**
Inilah yang wajar dihayati dan difahami dalam solat, bukan sekadar menyempurnakan
rukun-rukunnya sahaja.Ayat ini juga menuntut penjelmaan hizmet atau pun melakukan
kebajikan. Tiang jati diri pada batang tubuh manusia adalah segala yang makruf. Namun
begitu penyuburan makruf iaitu hal-hal kebaikan, tidak dapat berjalan dengan sempurna
andainya nahi mungkar tidak berjalan serentak.
*
Ketika mengemukakan program membina jati diri aspek menanamkan kefahaman dalam
beribadah dan menyeru kepada kebaikan dianjurkan serentak dengan ketegasan dalam
melaksanakan fiqhul inkar (fikah nahi mungkar). Dalam dunia yang penuh kelalaian,
kemungkaran, noda dan maksiat, pengarang harus teguh, cekal dan bertanggungjawab
membaiki kerosakan-kerosakan ini. Kita harus menyedari bahawa penampilan amar
makruf sahaja belum memadai kerana kebaikan tidak dapat tertegak di sisi kejahatan. Jati
diri yang telah dibina dengan dorongan makruf boleh sahaja runtuh oleh satu aksi kecil
mungkar.
*
(C) Tunjang ketiga ialah dasar akhlak dan komunikasi yang disentuh dalam banyak ayat
dari surah Luqman:
Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu-bapanya, ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam
masa dua tahun: (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-ku dan kepada kedua-
dua ibu-bapamu: (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan) (surah Luqman ayat 14)Firman Allah seterusnya:Dan jika mereka berdua
mendesakmu supaya engkau menyekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau -dengan
fikiran sihat - engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat
kepada mereka: Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan
turutilah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan tauhid dan amal-amal
yang soleh) kemudian pada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan
menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan. (surah Luqman ayat 15)
*
Firman Allah lagi:
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata), ‘Wahai anak kesayanganku,
sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) seberat biji sawi
sekalipun, serta ia tersembunyi di dalam batu besar ataupun di langit ataupun di bumi,
sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalas-Nya) kerana
sesungguhya Allah amat luas pengetahuan-Nya, lagi amat meliputi segala yang
tersembunyi.’ (surah Luqman ayat 16)Firman Allah yang lain:Dan bersabarlah atas
segala bala bencana yang menimpamu…(surah Luqman ayat 17)
*
Atau dalam firman Allah pada ayat ke 18:
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada
manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong
sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi
membangga diri. (surah Luqman ayat 18)
Tidak ketinggalan juga pada ayat:
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa
berkata-kata). Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (surah Luqman
ayat 19).
*
Ayat-ayat ini menunjukkan pemugaran prinsip akhlak, adab dan moral amat signifikan
dalam pembesaran dan perkembangan remaja. Apakah lagi yang paling penting dalam
membina jati diri bangsa sekiranya bukan kembali kepada nilai-nlai akhlak, moral dan
adab yang senonoh. Isu hubungan dengan ibu bapa menunjukkan peri pentingnya nilai-
nilai kekeluargaan dihayati semula dan disuburkan di dalam setiap program jati diri
termasuklah di kalangan media. Hubungan dengan ibu-bapa itu pula mestilah berasaskan
akidah. Institusi media yang akan menganjurkan program jatri diri itu juga memahami
bahawa dasar mereka adalah tauhid seperti yang dikemukakan di awal tadi.Salah satu
keruntuhan yang dibawa oleh penjajah dengan fahaman sekularisme ialah menggangu
nilai kekeluargaan malah kemasyarakatan Islam.
Media boleh membantu kita menyekat hal ini dari terus berlaku dan berleluasa. Masih
belum terlambat meski remaja hari ini terlupa setiap tindakan dan apa sahaja yang
diperolehinya di dunia ini hanyalah satu kenderaan untuk menuju Allah taala. Media
punya tanggungjawab besar kerana setiap amal perbuatan meskipun sebesar zarah
diperhatikan oleh Allah, bahkan Allah Yang Maha Mengetahui sentiasa dapat mengecam
apa yang terselindung dalam hati. Ini adalah prinsip yang harus ditekankan dalam
program jati diri bahawa manusia tidak terlepas dari pandangan Allah.
*
Justeru remaja yang ingin atau terliur dengan noda akan segera terhalang oleh
pemahaman bahawa Allah sedang memerhati. Satu konsep muqarabah (pengawasan diri)
yang telah dihancurkan oleh fahaman sekularisme.
Selain itu ayat-ayat ini mengajarkan hubungan sesama manusia dan kritikan Allah
terhadap golongan yang takbur dan lupa daratan. Bercakap mengenai akhlak mereka yang
ditugaskan untuk membina jati diri bangsa termasuk remaja tadi juga dituntut menjadi
qudwah salihah seperti yang tercermin pada peribadi Rasulullah SAW, suri teladan yang
wajar dicontohi. Ini bermakna institusi media adalah satu institusi qudwah hasanah bukan
suri teladan yang hodoh dan buruk.
**
Memahami asas akhlak yang dihadapkan menerusi surah Luqman ini juga memahamkan
kita betapa tugas media itu meliputi fungsi untuk menjaga darurat khams, lima aspek
yang wajib dipelihara menurut ajaran Islam iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta
benda.Penekanan terhadap tunjang akidah, ibadah dan akhlak tidak bermakna media
hanya menyiarkan rancangan agama atau berunsur agama sahaja tetapi tertakluk dalam
rangka tiga tiang besar tersebut.
**
Kekuatan jati diri bangsa Melayu misalnya tertanam pada pandangan sarwanya (world
view), epistemologinya (falsafah keilmuan) dan aksiologinya (sistem nilai). Dan semua
ini kembali kepada ajaran Islam. Pendekatan surah Luqman hanyalah satu pedoman
bukan bermakna televisyen atau media cetak semata-mata mengenengahkan program
agama sahaja. Program yang tidak membangunkan akhlak misalnya dan hanya
meruntuhkan adalah jelas tidak sejajar dengan tunjang akidah mahupun akhlak dan bukan
pula satu ibadah maka wajarlah dielakkan atau diketepikan langsung.
**
Karya sastera sebagai pedoman
Salah satu kaedah lain dalam membangunkan jati diri bangsa ialah dengan
memperbanyakkan program yang memaparkan keagungan sastera dan budaya bangsa.
Atau dengan menjadikan karya-karya sastera agung sebagai panduan dalam
merencanakan susunan dan intisari rancangan. Karya-karya sastera agung kita sangat
baik digunakan untuk pembangunan jati diri. Di sini akan dikemukakan dua misal.Dalam
tahun 1857 Raja Ali Haji, pendekar, ulama dan ahli falsafah Melayu telah menulis kitab
Tsamarat al Muhimmah. Semasa perlantikan Sultan Badrul Alam Syah sebagai Sultan
Lingga dan Riau, Raja Ali Haji menekankan dari awal supaya baginda Sultan ‘mengikuti
titah Allah dan Rasulnya’. Ini juga terlihat misalnya dalam Tuhfat al Nafis.Di dalam kitab
Tsamarat al Muhimmah, ulama terkemuka itu mengingatkan kedudukan Sultan sebagai
khalifah dan imam yang bertanggungjawab memelihara Islam dan undang-undangnya.
*
Menurut pengarang pengabaian Islam dan syariat menandakan permulaan kerosakan
pentadbiran negara, kekacauan kestabilan sosial dan tanda nifaq menolak kesejahteraan
akhirat.Di dalam kitab tersebut, Raja Ali Haji terang-terang menyebutkan hukum-hakam
negeri mestilah berasaskan al-Quran, hadis Nabi Muhammad SAW dan kias. Selain
mengiktiraf sumber hukum dari konsep maslahah dan uruf atau adat. Hal ini misalnya
boleh rujuk di dalam kitab tersebut .
*
Satu panduan yang dapat dipegang dari intipati khazanah kita tersebut ialah peranan
pemerintah dalam memelihara kesejahteraan umat Islam dan bangsa Melayu tentunya.
Jati diri bangsa Melayu amat bergantung dengan Islam., jati diri bangsa Melayu hanya
dapat ditambat dengan Islam dan tidak boleh diapungkan dan ditambat dengan nilai-nilai
lain. Pemerintah harus mengakui hal ini dan apa kala pemerintah menghayati nilai-nilai
yang terkandung dalam karya klasik ini dengan mudah pula aplikasi Islam dapat
diterapkan kepada masyarakat.Dalam konteks hari ini, media telah mengambil alih
peranan pemimpin (seperti yang telah dijelaskan media telah menjadi sangat dominan
dalam hidup seharian dan mengambil alih banyak fungsi sosial instrumen yang sedia
ada), justeru media harus kembali bertindak sebagai pemimpin tradisional yang
memelihara agama dan sentiasa bergerak dalam panduan al-Quran dan hadis selain
meraikan nilai-nilai lokal atau setempat.Contoh kedua dari karya sastera yang dapat
dijadikan pedoman media ialah Kitab Nasihat Raja-raja. Syeikh Duyung menulis:
Raja yang sejahat-jahat raja itu iaitulah raja yang menukarkan agamanya dengan dunia
dirinya .
*
Ingatan keras lain datangnya daripada penulis kitab Safinat al Hukkam:
Bermula seyogianya bahawa diketahui pohon segala adab memerintahkan rakyat oleh
segala raja-raja dan gantinya itu iaitu dua kaedah. Maka kaedah yang pertama itu ilmu
akan hukum Islam dan akan hukum syariat Rasul Allah sallallahu alaihi wasallam
seperti yang lagi akan datang. Insya-Allah Taala. Kerana jikalau tiada ilmu serta
perintah maka binasa yang diperintahkan itu terlebih banyak daripada baiknya. Dari
kerana tatkala itu mengaranglah hawa nafsu kepada segala kehendaknya seperti
mengarang gajah liar dalam hutan.Dan kaedah yang kedua itu mengambil hawa nafsu
kerana betul bicara dan tersalahnya daripadanya jua datangnya. Maka apabila kuat cita
fikirnya, maka adalah alamat keras sultan bicara dalamnya dan hinalah hawa itu. Dan
apabila daif cita fikirnya, maka alamatnya mengeras hawa itu atas nafsu, maka
tertutuplah akal dalamnya dan tersalahlah bicaranya. Dan tatkala itu tiadalah ia dapat
menghukumkan orang yang lainnya .
*
Apakah yang dapat dimanfaatkan oleh pemimpin dan pengamal media supaya dapat
dijadikan pedoman berguna merangka intisari rancangan media elektronik atau muatan
media cetak? Secara permukaan dapat diingatkan supaya media (sebagai pemimpin atau
raja) jangan sampai jadi seperti gajah liar di hutan. Kebijaksanaan sebagai pemimpin
diperlukan. Rancangan tv yang menerjah kepada kelalaian dan pemugaran hawa nafsu
tidak boleh ditolak ansur. Dalam konteks hari ini rancangan hiburan rendah tidak dapat
diterima sebagai satu program pembinaan jati diri. Rancangan telenovela asing sebagai
contoh tidak dapat mendorong kepada kebijaksanaan fikiran malahan menyuburkan hawa
nafsu dengan adengan-adengan berahi, dengan sendirinya menjadi sesuatu yang amat
batil dalam usaha menerapkan jati diri bangsa (yang berakar kuat dengan Islam) apatah
lagi tidak jelas caranya untuk mengukuhkan nilai patriotisme.
**
Media elektronik mahupun cetak tidak boleh mengutamakan keuntungan kantung
semata-mata. Sebaliknya penerapan rancangan yang mengutamakan ilmu harus
dirimbuni.Mengambil kira kekuatan media untuk menentukan jati diri bangsa dan
memupuk nilai patriotisme, malah kuasa media yang sudah melebihi pemimpin,
sekiranya media dapat menerapkan dua pendekatan dari sub tajuk di atas dalam sukatan
atau muatannya dan merubah sifatnya dari panopticon yang bersifat memomok-
momokkan kepada panopticon bersifat mengasuh, mengingatkan dan mengawasi dari
jatuh ke dalam jurang noda, maka media dikira dapat membantu membina jati diri
manusia. Membina jati diri manusia sesuai dengan ukuran langit akan membantu
menjadikan jati diri manusia sesuai dan sempurna di bumi.
**
Pemupukan media alternatif
Setelah menyediakan pedoman, tunjang dan kayu ukur untuk media berdasarkan al-
Quran dan hemah bangsa, harus disebutkan di sini bahawa kewujudan media sebagai
kuasa baru ini boleh disaingi. Oleh siapa? Tentunya oleh media juga sendiri.Galakan
terhadap media elektronik dan cetak alternatif harus disuburkan dan disemarakkan supaya
media alternatif ini dapat berperanan sebagai pengimbang kepada media arus perdana.
Media cetak yang bebas dari ideologi sempit media seperti yang diutarakan oleh Herbert
J.Gans perlu ada. Media ini akan berfungsi untuk menampung kekurangan dan lompong
kosong yang ditinggalkan oleh media arus perdana kerana mengejar keuntungan. Media
alternatif tidak berminat dengan kuasa dan persaingan pasaran tetapi mementingkan
kebenaran (meskipun kebenaran tersebut terhad dalam rangka yang difahami
mereka).Media alternatif sangat sesuai ditegakkan dan diperkasakan kerana media ini
mampu menawarkan jurnalisme sivik. Apakah yang dimaksudkan dengan jurnalisme
sivik? Ia adalah jurnalisme yang membebaskan diri dari kongkongan ideologi lapuk
media.
*
Metodologi yang dapat diambil oleh media alternatif ialah dengan mendekati masyarakat
awam dan mendapatkan daripada mereka apakah isu yang mereka prihatin dan
pandangan mereka tentang isu tersebut. Jurnalisme sivik ini dapat memerdekakan diri
dari sumber rasmi, dan dapat menjadi media yang terbuka, tidak elitis, dan lebih
mendekati egalitarian .Media alternatif ini dengan itu lebih berani, lebih bersedia dan
lebih fleksibel dalam merencanakan pengisian pembinaan jati diri bangsa atau
pemupukan nilai patriotisme (dengan mengambil kira fleksibeliti di sini akan diisi dengan
muatan yang baik tentunya).KesimpulanAspek jati diri dan nilai patriotisme sangat rapat.
*
Meskipun kertas kelihatan menekankan aspek jati diri sahaja tetapi persoalan sebenar
bukanlah apa itu jati diri atau apa itu patriotisme tetapi ialah bagaimana media dapat
mempengaruhi manusia dalam pembinaan jati dirinya. Adalah jelas media telah menjadi
satu institusi yang amat berpengaruh dalam masyarakat untuk membangunkan jati diri.
Persoalannya hari ini ialah pembinaan jati diri (yang kita harapkan) yang ditonjolkan oleh
media khususnya elektronik ditahap amat rendah. Pengamal media adalah juga dhaei dan
tidak terlepas dari pertanyaan Allah di hari pembalasan kelak.
Pendekatan surah Luqman dapat dijadikan asas pembinaan jati diri secara berperingkat
selain menjadikan karya sastera agung sebagai panduan merangka program dan kayu
ukur pegangan media. Adalah satu kemestian program dan pembinaan jati diri bangsa di
pelbagai media disemak semula, sesuai dengan tuntutan dan desakan ahli politik semasa.
Percambahan media alternatif untuk menyemarakkan jati diri bangsa dan nilai patriotisme
pula harus digalakkan sekiranya media perdana terkekang oleh faktor memenuhi
kehendak pengiklan dan mahu kekal sebagai panopticon.
**
Rujukan
Michael Schudson, The Power of News, hlm: 24-25. Cambridge, MA: Harvard U. Press,
1995.
Shapiro M.M, Journal of Comparative and Physiological Psychology, 1962, 55, hlm:
567-571.
Kintsch W. dan Witte. R.S, dalam jurnal yang sama di hlm: 963-968.Faith Popcorn, The
Popcorn Report. Faith Popcorn on the Future of YourCompany, Your Life, 3rd ed. New
York: Doubleday, 1991. Juga rujuk FaithPopcorn dan Lys Marigold, Clicking. 16 Trends
to Future Fit Your Life, YourWork and Your Business. New York: HarperCollins,
1996.Jerry Mander, Four Arguments for the Elimination of Television. New
York:Morrow Quill, 1978.
Byron Reeves dan Clifford Nass, The Media Equation: How People TreatComputers,
Television and New Media Like Real People and Places. NewYork: Cambridge U. Press,
1996.
John Naisbitt, Megatrends. New York: Warner Books, 1982.
William J. Donnelly, The Confetti Generation: How the New
CommunicationsTechnology is Fragmenting America, New York: Holt, 1986.Richard
Saul Wurman. Information Anxiety. New York: Doubleday, 1988.
Dwight Macdonald, "Masscult and Midcult," 1960. Juga diterbitkan semula dalam
Against the American Grain. New York: Random House, 1962.
James B. Twitchell, Carnival Culture: The Trashing of Taste in America. New York:
Columbia University Press, 1992.Thorstein Veblen, The Theory of the Leisure Class. An
Economic Study ofInstitutions. New York: Macmillan, 1912. Terbitan pertama 1899.
Richard Wrightman Fox dan T. J. Jackson Lears., eds. The Culture of Consumption. New
York: Pantheon, 1983. Lihat juga Jackson Lears, Fables of Abundance, A Cultural
History of Advertising in America. New York: Harper Collins, 1994; dan William Leiss,
Stephen Kline dan Sut Jhally, Social Communication and Advertising. London: Metheun,
1986.Herbert J. Gans, Deciding What's News. A Study of CBS Evening News,NBC
Nightly News, Newsweek and Time. New York: Pantheon Books, 1979, hlm: 39-69.
Michel Foucault, Discipline and Punish: The Birth of the Prison. Trans. AlanSheridan.
New York: Vintage Books, 1979.Seruan ini adalah satu seruan tulen dan padu suara
Melayunya kerana kedua-dua parti terbesar orang Melayu, Pas dan Umno sama-sama
menyuarakan kebimbangan terhadap natijah buruk media elektronik ini. Lihat Harakah
16-31 Julai 2005 di hlm 30 dengan judul: Kerajaan tiada kuasa pantau rancangan
ASTRO. Juga lihat perbahasan perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno
2005, Berita Harian 24 Julai 2005 di hlm 19 dengan judul: Isu penularan budaya di TV
jadi tumpuan.
Berdasarkan pandangan yang masyhur, Makkiyah ialah ayat-ayat yang diturunkan
sebelum Rasulullah berhijrah. Ayat kategori kedua pula ialah ayat-ayat Madaniyyah iaitu
ayat-ayat al-Quran yang diturunkan selepas hijrah Rasulullah ke Madinah.
Raja Ali Haji, Tsamarat al Muhimmah Diyafat li al Umara wa al Kubara li Ahl al
Mahkamah, Rumah Cap Kerajaan, Lingga, 1304H, hlm: 29.
Syeikh Duyung, Kitab Nasihat Raja-raja, MS ANM/SD 8 Arkib Negara Cawangan
Trengganu, hlm: 9.Safinat al Hukkam, Pustaka A. Hasjmy, Banda Acheh, hlm: 20-21.
Rujuk Rob Anderson, Robert Dardene dan George M. Killenberg, The Conversation of
Journalism. Communication, Community and News. Westport, CT: Praeger, 1994. Atau,
Davis "Buzz" Merritt, Public Journalism & Public Life. Why Telling the News is Not
Enough. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum, 1995; Jay Black, ed., Mixed News. The
Public/Civic/Communitarian Journalism Debate. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum, 1997.
http://belia-malaysia.blogspot.com/2007/08/media-sebagai-agen-pembangunan.html
C. MORAL
Moral berasal dari bahasa latin yakni mores kata jamak dari mos yang berarti adat kebiasaan.
Sedangkan dalam bahasa Indonesia moral diartikan dengan susila. Sedangkan moral adalah
sesuai dengan ide-ide yang umum diterima tentang tindakan manusia, mana yang baik dan
mana yang wajar.
Antara etika dan moral memang memiliki kesamaan. Namun, ada pula berbedaannya, yakni
etika lebih banyak bersifat teori, sedangkan moral lebih banyak bersifat praktis. Menurut
pandangan ahli filsafat, etika memandang tingkah laku perbuatan manusia secara universal
(umum), sedangkan moral secara lokal. Moral menyatakan ukuran, etika menjelaskan ukuran
itu.
Namun demikian, dalam beberapa hal antara etika dan moral memiliki perbedaan. Pertama,
kalau dalam pembicaraan etika, untuk menentukan nilai perbutan manusia baik atau buruk
menggunakan tolak ukur akal pikiran atau rasio, sedangkan dalam pembicaran moral tolak ukur
yang digunakan adalah norma-norma yang tumbuh dan berkembang dan berlangsung di
masyarakat.
Istilah moral senantiasa mengaku kepada baik buruknya perbuatan manusia sebagai manusia.
Inti pembicaraan tentang moral adalah menyangkut bidang kehidupan manusia dinilai dari baik
buruknya perbutaannya selaku manusia. Norma moral dijadikan sebagai tolak ukur untuk
menetapkan betul salahnya sikap dan tindakan manusia, baik buruknya sebagai manusia.

http://dendy93.wordpress.com/2008/10/14/makna-etika-dan-moral/

Anda mungkin juga menyukai