Anda di halaman 1dari 2

Apakah yang boleh dilakukan?

Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa anak masih
kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah yang
mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai terapi bagi autisme telah dicuba.
Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan. Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi
sebarang tindak balas manakala ubat yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan
untuk mengawal kelakuan yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa
digalakkan memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan
emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta
dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.

 11. SOKONGAN UNTUK IBU BAPA


i) Terima kekurangan anak seadanya: ibu bapa seharusnya tidak malu dengan keadaan anak
mereka yang mengalami TS. Ini kerana, pesakit ini masih mampu hidup normal seperti orag lain
dan penyakit ini kebiasannya merupakan faktor keturunan. Kajian membuktika ramai pesakit TS
mampu berjaya dalam kerjaya masing-masing (Handler, 1998; Landau, 1998).
ii) Yakin anak-anak TS mampu berjaya seperti insan lain : dengan keyakinan dan kasih sayang
serta perhatian yang baik terhadap anak-anak Ts ini, mereka akan rasa terbela dan bermotivasi
dalam hidup walaupun mempunyai kekurangan. Ini akan membuatkan ibu bapa dan anak-anak
saling menguatkan antara satu sama lain.
iii) Sentiasa mendapatkan maklumat tentang anak-anak yang bermasalah ini: ibu bapa
seharusnya perihatin tentang penyakit anak mereka dan mencari maklumat tentang penyakit
mereka. Ini akan membuatkan mereka lebih faham tentang anak mereka dan keperluannya.
iv) Bantu anak-anak ini cara menangani tics dengan baik: dengan bantuan dan nasihat dari ibu
bapa akan membuatkan pesakit TS ingat dan sentiasa bersemangat dalam menangani masalah
kekurangupayaan mereka. Apabila kerap ditangani denganbaik segala gejala ini, lama-kelamaan
ia akan berkurangan dan tidak mustahil boleh hilang.
v) Adakan aktiviti yang membuatkan anak-anak fokus: usaha ibu bapa dan guru dalam
membantu kanak-kanak TS ini menangani tics mereka dengan melakukan aktiviti berfaedah ini
pastinya amat berfaedah dari segi membina jati diri anak-anak dan mengasah bakat mereka. Ini
akan membantu mereka lebih maju dalam kehidupan walaupun dalam kekurangupayaan.
vi) Bantu dan beri semangat kepada anak-anak TS: bantuan dan semangat dari ibu bapa
merupakan faktor penting dalam menangani pesakit TS. Ini kerana ibu bapa merupakan orang
paling rapat dengan mereka dan lebih tahu serta memahami mereka
vii) Terangkan pada masyarakat sekeliling tentang anak anda & tidak malu dengan
kekurangannya: ini merupakan suatu cara untuk ibu bapa dalam membuatkan masyarakat Faham.
Dan menerima anak mereka seadanya selain dapat menguatkan hati mereka dalam menghadapi
masyarakat dalam keadaan anak mereka berbeza dari kanak-kanak yang lain.

Anda mungkin juga menyukai