Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KAMPUNG KERANDANG,

BESUT, TEREENGGANU

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2010

NAMA PENYELIDIK

MOHAMAD AZRIQ BIN MOHAMAD YUNUS

TAJUK KAJIAN

Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam Tajuk


Merancang Dan Menyediakan Jualan
Menggunakan Peta Minda.

1
Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam Tajuk
Merancang Dan Menyediakan Jualan Menggunakan Peta Minda.

1. PENDAHULUAN

Tajuk Merancang Dan Menyediakan Jualan dalam mata pelajaran Kemahiran


Hidup Bersepadu Sekolah Rendah merupakan satu tajuk yang sukar,agak
panjang, skop yang luas serta kurang digemari oleh pelajar. Tajuk ini juga sukar
diajar terutama kepada pelajar yang lemah, tetapi dari segi penilaian isi
kandungan tajuk ini merupakan tajuk yang penting dikuasai oleh pelajar dalam
matapelajaran ini berdasarkan peruntukan waktu yang banyak dalam sukatan
pelajaran Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah. Merancang dan menyediakan
jualan merupakan satu daripada 4 tajuk dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah
Rendah Tahun 5. Kandungan tajuk ini didapati agak panjang dan kurang
dikuasai oleh pelajar. Hasil tinjauan dan pengalaman lalu, saya mendapati
pelajar sukar mengingati cara–cara merancang jualan dan menentukan barang
jualan yang sesuai untuk dijual serta tidak dapat mengenalpasti contoh-contoh
dalam menghasilkan sendiri barangan jualan. Untuk itu, dalam perancangan
tindakan saya akan memilih 15 orang pelajar dari Tahun 5 Merah sebagai
sampel untuk dicuba pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minta
sebagai strategi untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk ini. Pelajar
akan didedahkan kepada teknik peta minda selama 35 minit dan kajian ini
diselesaikan dalam masa 4 minggu. Keputusan ujian yang akan saya jalankan
selepas pengaplikasian teknik peta minda akan menunjukkan prestasi pelajar
dalam tajuk ini samada keputusannya setanding, lebih baik atau atau lebih lemah
berbanding pelajar dalam Tahun 5 Biru yang dari segi kognitifnya lebih tinggi
tetapi diajar secara kaedah biasa.

2. FOKUS KAJIAN/ ISU

Kajian ini cuba mengalih perhatian pelajar supaya bukan sahaja dapat
menguasai tajuk ini dengan baik tetapi cuba mengaplikasi pengetahuan
menggunakan peta minda dan borang grafik sebagai satu cara mencatat nota
dan memudahkan proses menyimpan maklumat dan mengingatkan kembali
yang mana ianya adalah antara kelemahan pelajar dalam tajuk ini. Ini penting
dalam kemahiran belajar secara berkesan untuk meningkatkan prestasi dalam
semua matapelajaran.

2
3. OBJEKTIF KAJIAN

i. Meningkat penguasaan pelajar dalam tajuk Merancang Dan Menyediakan


Jualan

ii. Mencuba menggunakan kaedah peta minda sebagai strategi untuk


meningkatkan pencapaian pelajar.

iii. Mengubah cara pengajaran guru supaya tidak terlalu berpusatkan guru
dan dan proses pembelajaran lebih menarik
iv. Meningkatkan daya ingatan pelajar menggunakan kaedah yang mudah
dan berkesan dalam kemahiran belajar.

4. KUMPULAN SASAR

Kajian ini akan melibatkan 15 orang pelajar daripada Tahun 5 Merah yang mana
prestasi semasa mereka adalah sederhana dan pencapaian mereka dibuat
perbandingan dengan 16 orang pelajar dari kelas 5 Biru yang prestasi
semasanya lebih baik tetapi diajar menggunakan teknik biasa

5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan


Bagi meningkatkan pencapaian murid melalui permasalahan yang telah
saya kenalpasti, saya akan merangka peta minda, borang grafik dan
jadual untuk pelajar mencatat isi -isi penting semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Sebelum itu saya menerangkan serba sedikit tentang
struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja dan bagaimana untuk
memahami peta minda dan borang grafik.. Seterusnya saya membimbing
pelajar menggunakan kaedah membina peta minda dan lembaran grafik
untuk memudahkan proses menyusun dan mengingati maklumat yang
diterima.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data


Untuk pengumpulan data, saya akan melakukan pemerhatian ke atas
tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlansung sebelum dan selepas kajian. Pemerhatian sebelum kajian
dijalankan adalah amat penting untuk saya mengetahui tahap semasa
prestasi pelajar. Untuk mengguna pakai kaedahsdidapati ramai pelajar
gagal memberikan jawapan yang tepat bagi soalan yang
dikemukan.semasa sesi soal jawab dan kebanyakan pelajar tidak cuba
menjawab soalan yang dikemukan kerana tidak dapat mengingati isi

3
pelajaran yang diajar tanpa merujuk kepada buku teks. Pengalaman lalu
juga menunjukkan pelajar sukar mengingati isi pelajaran tajuk ini terutama
subtajuk kumpulan tanaman landskap kerana kandungannya terlalu
banyak iaitu terdiri dari 11 kumpulan tanaman dan nama-nama saintifik
tanaman sukar diingati oleh mereka.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data


Untuk menganalisa data saya akan menggunakan kaedah analisa
dokumen dimana melalui kaedah saya akan mendapat data yang tepat
dan penting. Data ini akan menunjukkan samada penggunaan peta minda
dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam tajuk merancang dan
menyediakan jualan. Saya akan menggunakan keputusan-keputusan
daripada ujian yang saya jalankan terhadap pelajar untuk mendapatkan
data yang dikehendaki, ujian-ujian ini akan saya jalankan pada 3 peringkat
iaitu ujian sebelum, semasa dan selepas pengaplikasian kaedah peta
minda dalam tajuk merancang dan menyediakan jualan.

5.4 Perancangan Perlaksanaan Tindakan


Kajian tindakan ini akan dilaksanakan selama 4 minggu dan semasa saya
menjalankan kajian tindakan ini saya akan menghabiskan tajuk
merancang dan menyediakan jualan bagi kelas 5 Merah dan 5 Biru .Saya
akan memperuntukkan satu waktu pengajaran dan pembelajaran untuk
menerangkan kaedah membina peta minda dan 2 waktu untuk
menghabiskan tajuk ini. Pelajar diminta mengisi maklumat maklumat
penting pada rangka peta minda dan borang grafik yang disediakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Setelah selesai
dengan tajuk ini saya akan meminta pelajar menjawab 20 soalan aneka
pilihan berbentuk soalan peperiksaan akhir tahun yang sama juga dijawab
oleh pelajar dari kelas 5 Biru yang diajar menggunakan kaedah biasa.

4
JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH

01 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

02 Menulis Proposal Kajian Tindakan

03
Merancang Kajian Tindakan
04 Ujian untuk mengesan pencapaian murid
05 Melaksanakan tindakan - aktiviti 1

06
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

07 Melaksanakan tindakan - aktiviti 2

08
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2

09 Ujian untuk mengesan pencapaian murid


10 Melaksanakan tindakan - aktiviti 3

11 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3

12 Ujian untuk mengesan pencapaian murid

13 Analisis Data

14 Menulis Laporan Kajian Tindakan

5
KOS KAJIAN

BIL JENIS BAHAN KOS (RM)


1 INK PRINTER RM 65

2 KERTAS UJIAN RM50


3 KERTAS A4 RM 40
4 FOTOSTAT BAHAN RM 50
JUMLAH RM 205

6
6. TINJAUAN LITERATUR