Anda di halaman 1dari 4

Untuk Dirimu Dan 

Diriku
Posted on 13/02/2010 by Syamie 'AbDeen

UNTUK DIRIMU DAN DIRIKU

Dikongsi Oleh:

Mujahidah Sejati

hatiperantau.wordpress.com

“Sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya,


maka dia adalah seorang yg syahid” (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)

Tangan yang menaip lebih dekat dari mata-mata yg membaca. Terlebih dahulu saya memohon
kemaafan andai artikel ini menggetarkan hati sesetengah pihak. Andainya sahabat merasa
terkesan dengan artikel ini, ucapkanlah Alhamdulillah kerana hati sahabat-sahabat masih hidup.
Artikel ini tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa ,cuma hati dan  jiwa saya tidak tenteram
dengan keadaan sekarang. Saya bukanlah siapa-siapa untuk memberi peringatan atau nasihat,
tetapi atas dasar kewajipan sesama muslim dan mukmin, terasa bagaikan hati ini memberontak
supaya saya berbuat sesuatu. Hanya ini yang terdaya saya usahakan.

Hati manusia sangat suka akan kebaikan. Tidak betah jiwa ini melihat keadaan umat hari ini.
Tidak juga hati ini redha dengan keadaan sekeliling. Sudah hilang rasa malu pada umat Nabi
Muhammad sehinggakan semuanya tampak manis dan redho pada pandangan mereka. Andai
Rasulullah masih hidup hari ini, pastinya beliau tersangat sedih melihat kita semua. Tepuk dada
tanyalah iman masing-masing. Adakah bersms & bergayut phone dengan ‘kekasih hati’ adalah
bukti kita mencintai Allah dan rasulNya melebihi cinta kita kepada dunia dan seisinya?
Tenteramkah jiwa kita, jika cinta manusia mengisi hati malah mungkin kita tidak menyedari
cinta kita pada manusia sudah melebihi cinta pada Allah & Rasulullah. Sedangkan Rasulullah
memberi amaran yang tegas tetapi penuh kelembutan kepada kita bahawa kita tidak dikatakan
beriman andai mencintai dunia dan seisinya melebihi cinta kepada Allah dan Rasulullah.
Naudzubillah, jika kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman, lalu
dimanakah kita pada pandangan Allah?

”..Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta


kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-
rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta
berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya…”(At
Taubah:24)

Rasulullah bersabda ‘Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau & engkau benci bahawa
di lihat oleh manusia kepadanya’. Cuba renungkan kembali pernahkah sahabat2 merasa gelisah,
resah& tidak aman? Terfikirkah kita bahawa kita semakin jauh dari DIA. Mabuk di telan rindu
pada si dia yang belum pasti ditakdirkan untuk kita.

Allah amat menyayangimu tetapi perbuatanmu terlalu melampau. Dia jadikan hatimu satu, tetapi
kita mengisinya dengan pelbagai kecintaan. Kita  lebih cinta pada seruan nafsu dan syaitan,
bahkan kita berpaling dari seruanNYA melalui petunjuk RasulNya. Jika begitu, bagaimana kita
mahu mencapai kebahagiaan? Kita  tidak akan menemui syurga dalam kehidupan di dunia,
apatah lagi di akhirat kelak. Jika kita memeluk apa yg ada di sekeliling kita, kita akan jauh dari
cahaya kasih sayangNya. Cinta yang datang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila disusuli
tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah memahami fitrah
ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya tiada yang
berani, katanya masih lambat lagi, atau tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?
Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Zina banyak cabangnya sahabat-sahabat.
Zina mata, mulut, telinga, kaki dan lain-lain. Untuk apa menikmati cinta sebelum perkahwinan?
Bimbang selepas perkahwinan cinta yang disuburkan sebelum berkahwin itu menjadi tawar dan
hambar, telah banyak bukti-buktinya. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Mahukah sahabat-
sahabat, rumah tangga yang bakal di bina tiada serinya, tiada kebahagiaan kerana rasa bahagia
itu sudah diamati lama dahulu semasa sibuk bercinta.

Bukan redha ibu bapa atau seisi manusia yang kita cari, tapi hanya redha Ilahi. Keindahan cinta
manusia hanya merampas rasa cinta pada DIA YANG LEBIH SEMPURNA. Berfikirlah dengan
mata hati, bukan dengan emosi juga nafsu. DIA telah memberikan kita pelbagai nikmat, tetapi
kita membalas dengan memberikan cinta kita pada insan yg tidak halal buat kita. Jika merasakan
sudah tidak mampu menahan gelora di jiwa, sebaiknya berkahwinlah. Pilihlah jalan yang
diredhai Allah bukan jalan yang mengundang murkaNYA. Cinta itu terlalu suci kerana ia
merupakan ikatan antara dua hati tapi ia bukan untuk dicemari oleh insan-insan yang hanya
didorong oleh syaitan semata-mata. Bercinta untuk berkahwin bukanlah kunci untuk
menghalalkan berkapel kerana tiada lansung dalil yang membenarkan cinta sebelum berkahwin.

Wahai para pemuda! Sesiapa yang berkemampuan hendaklah dia berkahwin, kerana ia akan
menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Sesiapa yang tidak berkemampuan hendaklah
dia berpuasa, kerana berpuasa adalah pendindingnya.

(Riwayat Bukhari Dalam Bab Nikah)

Usah gusar sahabat-sahabat andai kau tidak mempunyai pasangan sekarang kerana tiada jaminan
andai kita berkapel dengan seseorang kita akan berkahwin dengan orang itu. Jodoh itu semuanya
perancangan Ilahi, tiba masanya Allah akan menemukan kita dengan insan itu. Gunakanlah masa
yang kita ada untuk memperbaikkan diri agar kita lebih dekat dengan DIA.

Sahabat-sahabat, marilah kita sama-sama menunggu jodoh dari Allah. Jodoh dari Allah: tika
Adam dan Hawa berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu , Adam terus meminang Hawa dan
Hawa menerimanya. Keduanya bernikah, insyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat dan itulah
dikatakan ‘syurga cinta’. Biarlah perasaan cinta yang lahir hanya kerana Allah. Jagalah cinta itu
untuk insan yang lebih berhak. Wallahualam……..

Filed under: Cinta & Remaja

« Cara Duduk Yang Betul Ketika Makan Panduan Mengenali Lelaki Baik »

Anda mungkin juga menyukai