Anda di halaman 1dari 40

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA

“Kesultanan Melayu”

HALIQ MAULANA BIN MOHAMMAD NURDIN BIN IBARAHIM


840918-13-5737 88888-88-8888

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENINGAU


PENGENALAN
LATAR BELAKANG KESULTANAN MELAYU MELAKA
KELEBIHAN MELAKA SEBAGAI KOTA METROPOLITAN
PERDAGANGAN
MELAKA SEBAGAI PUSAT KEBUDAYAAN SERANTAU
KESIMPULAN
Kota Melaka pada abad ke-15 adalah sebuah pelabuhan
entrepot juga merupakan sebuah Empayar Kesultanan Melayu
yang terunggul di eranya.
Di asaskan sekitar akhir abad ke-14 dan awal abad ke-15 oleh
Parameswara dengan bantuan 32 Orang Laut.
Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kepada pensejarahan
Malaysia moden.
Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah berdarah raja
Palembang(Srivijaya) dan kronologi pensejarahan sehinggalah
tertubuhnya Kota Melaka iaitu sekitar akhir abad ke-14M iaitu
pada tahun 1394M .
Terdapat pelbagai nama raja pertama Kota Melaka adalah Raja
Iskandar Syah , Raja Parameswara , Permaisura dan sumber-
sumber Cina danPortugis menamakannya Palisula, Pailimisula,
Parameswara dan Permicura .
Kota Melaka dibina berdasarkan kronologi kisah pelarian
Parameswara yang tewas mempertahankan Kerajaan Srivijaya
di Palembang kepada Kerajaan Jawa Majapahit membawa diri
ke Singapura (Temasik).
Di Singapura, sungguhpun menerima layanan yang baik
daripada Tamagi (anak menantu raja Siam) pemerintah
Singapura ketika itu, setelah lapan hari, baginda membunuhnya
dan menjadi pemerintah Singapura selama 5 tahun.
Selepas itu, Singapura diserang oleh Kerajaan Siam dan
baginda buat kali kedua gagal mempertahankan pemerintahan
dan melarikan diri bersama pembesar dan 32 orang Orang Laut
Selitar dan kemudian ke Muar .
Seterusnya baginda berpindah lagi sehingga terserempak
dengan kejadian seekor pelanduk putih menendang anjing
perburuannya.
Lantas baginda berpendapat kawasan tersebut adalah kawasan
yang baik untuk mendirikan negeri dan mengambil nama pohon
Melaka yang menjadi tempat teduh baginda sebagai nama
negeri tersebut iaitu Melaka.
• Mengikut sejarah Malaysia , terdapat beberapa ciri negeri-
negeri perdagangan yang menjadi pilihan para pedagang
iaitu
• sikap berbaik-baik terhadap orang asing,
• kecekapan dalam aktiviti pemungahan barangan,
• terdapat hasil-hasil yang diminati untuk dibeli
• pentadbiran yang berwibawa serta sedia bekerjasama.
 Raja memainkan peranan yang penting dalam memastikan
keberterusan kerajaan pemerintahannya.
 Di samping raja, rakyat berperanan penting dalam membantu
raja bersama-sama mempertahankan dan memajukan negara
sepertimana yang terkandung dalam waat tersebut di mana
rakyat tidak boleh sesekali menderhakai raja walaupun raja
tersebut zalim dan melampui batas .
• Sungguhpun demikian mengikut Muhammad Yusoff Hashim ,
terdapat beberapa faktor yang menentukan kejayaan pentadbiran raja
Melaka Parameswara iaitu :
 karisma baginda yang mewarisi daulat raja-raja Melayu-
Palembang atau Srivijaya, faktor pembesar Melayu yang telah
bersama-sama beliau sejak dari Palembang
 faktor sokongan Orang Laut (Orang Selat )semenjak dari
Palembang dan Singapura sehinggalah ke tahap sepanjang
pendudukan awal Parameswara di Melaka.
• Kesemua faktor ini menjadi faktor induk yang membantu untuk
mewujudkan sebuah kerajaan yang mempunyai sistem
pentadbiran dan politik tersusun kelak.
• Karisma Parameswara sebagai raja dan pemerintah telah sedia
ada melalui pengalaman menyusun sistem pentadbiran untuk
menubuhkan penubuhan sebuah kerajaan dalam suatu institusi
politik telah pun dimiliki oleh Parameswara sejak berada di
Palembang lagi.
• Wujud sistem pentadbiran yang kompleks pada zaman
Palembang .
• Pembesar turut memainkan peranan yang penting dalam
membantu Raja Melaka mentadbir wilayah pemerintahannya.
• Ini dapat dilihat kepada kewujudan hierarki sistem pembesar
empat lipatan yang diamalkan di Melaka yang kemudiannya
menjadi panduan dan warisan oleh kebanyakkan pemerintahan
kesultanan di negeri-negeri Melayu.
• Hierarki dilihat dalam Sejarah Melayu dan sumber-sumber lain
seperti ‘Suma Oriental’.
Pembesar Empat Lipatan

Sultan

Bendahara

Temenggung

Laksamana
Bendahara adalah menteri yang paling penting sekali
kedudukannya dan menjalankan urusan dengan para saudagar
asing serta menjadi penimbang tara dalam pertikaian.
Di bawah Bendahara pula adalah Penghulu Bendahari iaitu
ketua para Syahbandar dan berkuasa memungut segala hasil
negeri. Beliau juga bertanggungjawab ke atas semua hamba
raja dan kakitangan istana.
 Pembesar yang ketiga pula adalah Temenggung yang kemudiannya
telah melangkaui kedudukan Penghulu Bendahari dan dianggap
sebagai bakal pengganti Bendahara.
 Temenggung berperanan menjaga keselamatan negeri Melaka dan
dalam hubungan itu beliaulah orang yang berkuasa ke atas polis serta
bertindak sebagai Ketua Majistret.
 Selepas Temenggung, pembesar keempat adalah Laksamana yang
bertangggungjawab terhadap urusan ketenteraan dan perhubungan
luar negeri setaraf Bendahara dan menjadi Panglima Pengawal Raja.
Sistem pembesar empat lipatan ini menunjukkan bahawa
Kesultanan Melayu Melaka telah pun mempunyai sistem
pentadbiran dan pemerintahan yang tersusun dan
sistematik.
Selain sistem pentadbiran yang tersusun, kedudukan politik
raja-raja Melaka turut diperkukuhkan dengan konsep daulat
dan kekudusan yang menjadikan raja Melaka seolah-olah
mempunyai kesaktian.
Ini menjadikan rakyat takut untuk menyalahi kehendak Raja
Ini disebabkan wujud konsep tulah sekiranya melanggari
kehendak raja seperti kisah Sang Rajuna Tapa pembesar
Raja Iskandar Syah yang menjadi batu akibat terkena tulah
kerana membenarkan orang Majapahit masuk ke Singapura
Selain itu, penderhaka juga akan mengalami
penderaan fizikal daripada pihak kerajaan sendiri iaitu
individu dan keluarganya akan ‘dibelasah’ sehingga
tidak meninggalkan zuriat.
Kesultanan Melayu Melaka
adalah sebuah kerajaan
melayu maritim yang berjaya
menguasai perairan Selat
Melaka melalui penguasaannya
ke atas kedua-dua kawasan
pantai Selat Melaka iaitu
sepanjang pantai bahagian
barat Semenanjung Tanah
Melayu dan pantai timur
Sumatera.
Hal ini menjadikan Kesultanan Melayu Melaka satu
kawasan yang strategik dalam aktiviti perdagangan
antarabangsa kerana menguasai jalan laut yang
menghubungkan negara di sebelah Barat seperti India dan
Arab dengan negara di sebelah timur khususnya negara
China.
Bahkan disebabkan kedudukan inilah Melaka menjadi
tarikan China yang memerlukan pelabuhan bertaraf
antarabangsa untuk menjalankan aktiviti perdagangan .
Penyediaan kemudahan-kemudahan kepada para pedagang
seperti kemudahan pergudangan bawah tanah.
Sistem penyimpanan ini penting bagi mengelak barangan
terbakar mahupun dicuri atau rosak sementara menanti ketibaan
kargo untuk mengangkut barangan ke negara asal pedagang.
Kesultanan Melayu Melaka juga sangat memementingkan
keselamatan para pedagang yang melalui perairan Selat Melaka
Justeru tidak hairanlah kenapa raja-raja Melaka menjalinkan
perhubungan yang erat dengan Orang Laut sebagai satu
perwarisan daripada amalan kerajaan Srivijaya.
Kepentingan Orang Laut memang tidak dapat dinafikan kerana
mereka berpengetahuan luas dalam selok-belok kawasan
perairan Selat Melaka dan sekelilingnya.
Satu pentadbiran baru turut diperkenalkan untuk memenuhi
keperluan dan kehendak sebuah masyarakat yang sedang
bertumbuh di Melaka.
Seramai empat orang Syahbandar telah dilantik iaitu setiap orang
mewakili setiap bangsa yang terdapat di pelabuhan Melaka ketika
itu .
Salah seorang mewakili bangsa Gujerat seramai 1000 orang
pada tahun 1501, seorang mewakili kaum India dari bahagian
selatan India, Benggala, Pegu (Burma) dan Pasai.
 Setiap Syahbandar ini ditugaskan mengawasi setiap yang diwakilinya,
menguruskan pasar dan gudang, membuat pemerikasaan ke atas alat-
alat timbang sukat dan mata wang, dan juga menghakimi sebarang
pertikaian yang timbul antara nakhoda kapal dengan pedangang yang
berkenaan.
 Raja Melaka sendiri pula bertindak sebagai penimbang tara.
 Sistem percukaian adalah elemen yang terpenting dalam setiap aktiviti
perdagangan di setiap pelabuhan khususnya pelabuhan Melaka.
Terdapat prosedur percukaian yang lebih mudah di mana
cukai dikenakan secara pukul rata iaitu sebanyak 6%
daripada nilai dagangan dan selalunya dikenakan ke atas
kapal-kapal dagang yang besar terutama dari Gujerat dan
mereka tidak perlu lagi membuat persembahan kepada
pihak tersebut.
Sistem perdagangan yang tersusun dan sistematik yang
diamalkan pastinya telah menarik ramai pedagang berdagang di
pelabuhan Melaka akibat penyediaan kemudahan yang
memenuhi keperluan para pedagang dan kapal dagang di
samping jaminan keselamatan daripada aktiviti pelanunan.
Sistem pengurusan dan percukaian yang mudah turut menjadi
aset kepada kekuatan Melaka sehingga mampu menjadi pusat
perdagangan yangterpenting di rantau ini sekitar kurun ke-15
dan ke-16 Masihi.
Melaka dalam perspektif pusat kebudayaan serantau iaitu
mengintegrasikan masyarakat di zaman awal penubuhan Kota
Melaka
Menjadi kekuatan untuk meningkatakan kegiatan dan cabaran
ekonomi, politik, ketenteraan dan sosial pada tahap-tahap yang
berikutnya untuk mewujudkan satu kebudayaan serantau yang
menjadi warisan sehingga sekarang.
Setelah pengislaman raja Melaka dengan memakai gelaran dan
nama Sultan Muhammad Syah kerajaannya mula berubah
corak.
Taraf Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan
antarabangsa telah menyebabkan kehadiran pelbagai bangsa
dan suku kaum sehingga terdapat 84 jenis bahasa dipertuturkan
oleh masyarakatnya .
Kehadiran pelbagai bangsa di pelabuhan Melaka telah
menyebabkan bahasa Melayu digunakan secara meluas dan
berkembang sebagai satu bahasa ‘lingua franca’ untuk
berhubung antara satu sama lain.
Bahkan tidak sekadar itu, bahasa Melayu juga menjadi bahasa
kebudayaan, kesusateraan dan digunakan di dalam dan di luar
istana, bahasa rasmi untuk surat menyurat dalam hubungan
diplomatik Melaka dengan negeri-negeri asing.
Perkembangan berterusan dalam kebudayaan serantau yang
berpusatkan Melaka akhirnya menyebabkan kemunculan
istitusi-institusi kebudayaan dalam sistem pentadbirannya iaitu
terdapat bukti yang menujukkan bahawa telah wujud golongan
masyarakat yang mempunyai peranan tertentu dalam sistem
kemasyarakatan dan akhirnya membawa kepada kewujudan
kelas-kelas dalam masyarakat .
Setelah kedatangan Islam, raja atau sultan yang
memerintah dianggap sebagai Khalifatullah fi al-ard
(khalifah Allah di dunia).
Di kalangan rakyat merdeka dan pembesar pula wujud satu
kelasa sosial yang terdiri daripada para intelektual dan alim
ulama yang pakar dalam hal-ehwal Islam. Sungguhpun bilangan
mereka kecil, tetapi amat berfungsi
Demikian juga dalam kelas rakyat biasa yang terdiri daripada
pedagang dan saudagar.
Raja dan kerabatnya akan bertutur menggunakan bahasa dalam
yang tidak boleh dituturkan oleh rakyat kebanyakan.
Antara perkataan tersbut ialah bersiram, beradu, mangkat,
santap, beta, patik, dan juga gering.
Manakala terdapat peraturan pemakaian iaitu raja dan kaum
kerabatnya sahaja boleh emakai barangan daripada emas
manakala rakyat biasa kecuali dianugerahkan raja tidak boleh
memakainya.
 Begitu juga dengan penggunaan warna kuning dan putih yang hanya
dikhaskan untuk pakaian dan peralatan peraduan diraja, payung, dan
sebagainya oleh golongan diraja sahaja.
 Manakala peralatan nobat pula hanya boleh dimainkan diistana
sahaja.
 Rakyat dalam hieraraki sosial Melaka mengamalkan gaya hidup
bekerjasama antaranya konsep berderau dan bergotong –royong,
beraya atau bersambatan. Selain itu dalam aktiviti ekonomi, kelas
rakyat terlibat dalam pertanian dan ekonomi sara diri.
Bahkan terdapat undang-undang yang digubal bagi
menyelesaikan permasalahan yang mungkin wujud dalam
sektor ekonomi ini seperti hakmilik tanah, tatacara dan undang-
undang berdusun serta undang-undang jual beli tanah dan hasil
tanaman serta soal buruh dalam kegiatan pertanian.dalam
Hukum Kanun Melaka.
Paling utama adalah Kesultanan Melayu Melaka menubuhkan
sebuah kerajaan Melayu maritim di Selat Melaka yang
berkembang menjadi sebuah empayar ulung dan merosot
apabila mendapat tentangan hebat daripada kuasa luar iaitu
serangan Portugis pada 10 ogos 1511
Sultan Mahmud berundur dan seterusnya menubuhkan sebuah
kerajaan Melayu baru yang berdaya saing iaitu Empayar Melayu
Johor-Riau.
Justeru dalam menyimpulkan kekuatan dan kelebihan Melaka
sehingga muncul sebagai pusat kegiatan politik, perdagangan,
dan budaya yang penting di rantau Melayu pada kurun ke-15
dan kurun ke-16 dengan mengambil kira perkembangan yang
berlaku sejak zaman Srivijaya, jelas sekali antara Kesultanan
Melayu Melaka dan kerajaaan Srivijaya adalah
berkesinambungan sehinggalah ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai