Tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan
baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan
dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat
baru.
…usaha mencari data yang akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk
memecahkan sesuatu persoalan tertentu, atau hanya sekadar ingin mengetahui samada
wujudnya ataupun tidak sesuatu persoalan itu.
In carrying out research the purpose is to try to make some claim to knowledge; to try to show
something that was not known before. However small, however modest the hoped for claim to
knowledge is, provided it is carried out systematically, critically and self-critically, the search
for knowledge is research.
(Bassey, 1990)
Dari segi sejarah perkembangan penyelidikan, jelas membuktikan kajiselidik adalah satu
langkah sistematik yang mengkaji perhubungan di antara pembolehubah. Langkah sistematik
ini merupakan elemen yang terpenting didalam konsep asas penyelidikan. Seseorang mungkin
melakukan sesuatu kajian ataupun pemerhatian, tetapi tindakan tersebut tidak akan membawa
sebarang makna yang berkesan sekiranya proses langkah sistematik diabaikan.
Penyelidikan ialah satu kaedah yang tersusun, sistematik atau teratur dan bersifat objektif, bukan
subjektif dan bebas dari pertimbangan nilai. Dengan lain perkataan, penyelidikan yang
bersandarkan kepada pertimbangan fakta dan logik pemikiran manusia. Logik pemikiran
manusia tentulah berdasarkan apa yang ditanggap oleh pancaindera manusia.
Ciri-ciri penyelidikan
Tujuan penyelidikan.
Penyiasatan
Tidak banyak perbezaan antara penyiasatan dan penyelidikan kerana masing-masing mencari
kebenaran dan bertujuan menambahkan ilmu pengetahuan atau maklumat baru. Perbezaan yang
wujud adalah dari segi metodologi dan jenis masalah. Kedua-duanya berjalan dengan teratur
mengikut langkah-langkah tertentu. Penyiasatan adalah lebih bersifat 'penyelidikan bagi sesuatu
kes'. Oleh itu penemuannya boleh digunakan hanya untuk kes itu sahaja atau kes yang sama
dengannya. Penyiasatan tidak membuat keputusan atau kesimpulan mengenai alam. Penyiasatan
juga tidak menegakkan prinsip dasar tentang ilmu atau teori.
Pengertian penyelidikan
Kemajuan yang dicapai di dunia ini adalah hasil dari penyelidkan yang dijalankan oleh
manusia. Kehidupan seharian manusia juga sentiasa dipengaruhi oleh hasil-hasil
penyelidikan. Penyelidikan sentiasa dilakukan oleh seluruh lapisan masyarakat manusia.
Organisasi kerajaan dan swasta sentiasa menjalankan penyelidikan yang dirancang
dengan teliti untuk memperbaiki lagi perkhidmatan dan produktiviti masing-masing.
Ahli-ahli antropologi pula sentiasa menjalankan penyelidikan tentang kesan-kesan
tinggalan tamadun silam untuk mengetahui corak kehidupan dahulukala. Penyelidikan-
penyelidikan dijalankan samada untuk mengetahui apa yang sedang, telah dan akan
berlaku bagi menambahkan pengetahuan manusia. Ada manusia mendapat pengetahuan
baru secara spontan, melalui pengalaman dan wahyu dari Allah, tetapi terdapat manusia
yang memperolehi pengetahuan melalui metod yang logik untuk mendapatkan
generalisasi yang dinamakan pengetahuan.
Kebanyakan orang yang berkerja di industri tidak menyedari tentang nilai penyelidikan
pemasaran yangmembawa keuntungan kepada sesebuah syarikat serta menolong menjauhinya
dari bencana-bencana yang dialami tanpa penyelidikan.
Oleh kerana sesuatu anggapan atau andaian itu mungkin benar atau salah dan akan digunakan
untuk membuat keputusan, maka anggapan yang berupa hipotesis itu harus diuji terlebih dahulu
dengan cara mengumpul data dan kemudian menggunakan asas-asas pengujian tertentu untuk
mengujinya. Sesuatu penyelidikan sering dijalankan untuk menguji hipotesis atau anggapan yang
mungkin benar atau salah. Anggapan yang salah akan menghasilkan keputusan yang salah. Data
dapat memberikan gambaran mengenai sesuatu keadaan atau persoalan. Di dalam kehidupan
seharian, seseorang itu sering membuat keputusan. Oleh itu sesuatu keputusan yang hendak
dibuat perlulah berdasarkan kepada hasil penyelidikan agar tidak mendatangkan kesan buruk
kepada orang lain. Pada dasarnya, data itu merupakan satu alat yang digunakan sebagai asas
untuk proses membuat keputusan atau memecahkan persoalan-persoalan. Keputusan yang baik
hanya boleh diperolehi dari pembuat keputusan yang baik dimana keputusan tersebut dibuat
berdasarkan kepada data yang baik.
Kategori penyelidikan
1. Penyelidikan asas
2. Penyelidikan gunaan
Penyelidikan Asas
Penyelidikan Gunaan
Penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan sering perlu memerlukan dan saling kait mengait
antara satu sama lain
CADANGAN PENYELIDIKAN
Seseorang penyelidik perlu menyediakan cadangan penyelidikan terlebih dahulu sebelum projek
penyelidikan dilaksanakan. Cadangan boleh disediakan secara ringkas atau terperinci mengikut
keadaan tertentu. Sekiranya penyelidikan yang akan dijalankan adalah persendirian, cadangan
penyelidikan bolehlah disediakan secara ringkas sahaja, sebaliknya jika penyelidikan itu
memerlukan peruntukan luar, bantuan kewangan, material dan tenaga - cadangan penyelidikan
perlulah disediakan dengan terperinci.
Tujuan cadangan penyelidikan disediakan adalah untuk dinilai oleh pihak penganjur bagi tujuan
pembiayaan dan kelulusan. Cadangan penyelidikan juga perlu dibentangkan sebagai kertas kerja
dalam seminar untuk diteliti dari pelbagai aspek terutamanya dari segi metodologi.
1. Tajuk Penyelidikan
Menerangkan secara ringkas dan tepat tentang masalah dan skop kajian. Sebaik-baiknya hadkan
perkataan tidak melebihi sepuluh perkataan sahaja. Elakkan penggunaan rangkai kata seperti
‘Suatu kajian...’ atau ‘ Suatu analisis...’
2. Kenyataan Masalah
Tujuan penyelidikan adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari jawapan kepada
sesuatu persoalan. Dalam kenyataan masalah, perlu dinyatakan sedikit latarbelakang perkara
yang hendak diselidiki seperti sejarah, yang berhubung dengan masalah itu. Juga dinyatakan
mustahaknya masalah yang dikaji dan implikasinya jika dibiarkan begitu sahaja. Tujuan
kenyataan masalah juga adalah untuk cuba mengorientasikan pemikiran atau menarik perhatian
pembaca kepada masalah yang mahu diselesaikan dalam penyelidikan kita. Ia juga bertujuan
untuk menguatkan kepentingan masalah yang dikaji. Oleh itu kenyataan masalah bertujuan untuk
meyakinkan penyelia atau penaja yang akan membiayai penyelidikan. Dalam kenyataan masalah
juga kita perlu menekankan tajuk penyelidikan yang telah dipilih itu benar-benar berguna kepada
pihak-pihak tertentu. Jika cadangan penyelidikan itu ditujukan kepada penaja, kenyataan masalah
tidak perlu terlalu panjang, cukup satu paragraf sahaja. Tetapai jika untuk tujuan ilmiah, maka
kenyataan masalah perlu ditulis dengan panjang lebar, merangkumi banyak aspek dan
mengandungi data perangkaan serta maklumat-maklumat yang berdokumentasi. Cara penulisan
juga perlulah secara ilmiah. Faedah kenyataan masalah ialah membantu kita menyediakan
objektif penyelidikan dan keseluruhan kenyataan masalah tadi dapat dijadikan sebahagian dari
laporan penyelidikian kelak iaitu dalam Bab1 di bawah pendahuluan atau pengenalan.
3. Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan meliputi aspek-aspek yang hendak dicapai atau dilaksanakan dalam
sesuatu penyelidikan. Biasanya disebut objektif umum (matlamat) dahulu sebelum dituliskan
objektif khusus. Objektif khusus adalah bersifat lebih terperinci, tegas dan berkaitan rapat
dengan objektif umum. Objektif penyelidikan perlulah;
4. Hipotesis/soalan kajian
Hipotesis adalah ramalan atau andaian yang berdasarkan kepada logik. Soalan kajian adalah
alternatif kepada hipotesis sekiranya hipotesis tidak dapat dibentuk dari tajuk penyelidikan.
5. Kesignifikanan kajian
Metodologi penyelidikan ialah bagaimana tiap-tiap satu objektif penyelidikian itu hendak
dicapai. Metodologi penyelidikan perlulah menyatakan;
Ringkasan:
1. Tajuk Penyelidikan
2. Kenyataan Masalah
3. Objektif Penyelidikan
4. Hipotesis/soalan kajian
5. Kesignifikanan kajian
6. Ulasan Bahan Rujukan
7. Metodologi/Kaedah penyelidikan
8. Anggaran Belanjawan dan Jadual Kerja
Bab 1: 1 hingga 5
Bab 2: 6
Bab 3: 7 dan 8
QUESTION CONTENT
Behaviour
Beliefs
Attitudes
Attributes
WORDING QUESTION
1. Simple?
2. Shortened?
3. Double-barreled?
4. Leading?
5. Negative?
6. Respondent likely to have the necessary knowledge?
7. Have the same meaning for everyone?
8. A prestige bias?
9. Ambiguos?
10. Need direct or indirect question?
11. Is the frame of reference for the question suuficiently clear?
12. Does the question artificially create opinion?
13. Is personal or impersonal wording preferable?
14. Is the question wording unnecessarily detailed or objectionable?
Reliability
1.Sources of unreliability.
2. Testing reliability.
3. Increasing reliability
o the best way to create reliable indicators is to use multiple item indicators: they
are more reliable.
o asking their sex in different way.
Validity
1. Criterion validity.
o compare new question (our own) with the established measure - but the old one is
valid/hard to find?
2. Content validity
3. Construct validity.
5 steps:
Systematic sampling.
Divide population by required sample size e.g. 50/10 = 1/5. We will select one person for every 5
in the population. Where to start? Since fraction = 1/5 - starting point is somewhere between
persons 1 - 5 , so decide from table of random numbers.
Stratified sampling.
Non-probability sampling.
1. Purposive sampling.
o the quotas are given; e.g. 20% of population between 20 - 30 years old etc.
o non - random - select by a certain criteria.
3. Availability sample.
Sample size