Anda di halaman 1dari 2

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7

Baru-baru ini, Sekolaha Menengah Kebangsaan Seksyen 7 (SMK S7), Shah


Alam telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan sempena Ulangtahun
Kemerdekaan Ke-53. Sabutan yang bertujuan memupuk semangat cinta akan
negara kepada warga sekolah ini berjaya diadakan dengan cemerlang.
Sambutan yang diadakan pada pagi Sabtu 28 Ogos 2010 lalu telah disertai oleh
seluruh warga SMK S7 termasuk guru-guru dan para pelajar SMK S7 sesi pagi
dan sesi petang yang turut hadir untuk menyambuthari yang penuh bermakna
bagi seluruh rakyat Malaysia. Segala perancangan dan persiapan untuk
sambutan dilakukan seminggu sebelum sambutan.

Tugasan untuk persiapan sambutan dibahagikan kepada empat kategori,


iaitu sambutan, persembahan, aturcara dan persiapan tempat. Dalam usaha
untuk menjayakan sambutan tersubut, guru-guru dan para pelajar bekerjasama
membuat persiapan. Latihan persembahan diadakan selama dua hari berturut-
turut untuk memastikan acara berjalan dengan lancar pada hari sambutan.
Perhiasan dan persiapan pentas diadakan pada hari terakhir sebelum sambutan
untuk memastikan tiada sebarang kesilapan teknikal ketika acara sambutan
sedang berlangsung. Guru-guru bertungkus lumus mencari lagu patriotik untuk
dimainkan pada hari sambutan kemerdekaan. Beberapa orang pelajar dipilih
untuk membantu guru menyusun kerusi untuk guru-guru dan tempat duduk
tetamu jemputan khas sempena hari sambutan itu. Walaupun tugas yang
dilakukan sangat berat, namun apabila dilakukan bersama pekerjaan tersebut
menjadi mudah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Apabila jarum jam menunjuk kearah nombor lapan dan jarum minit
menunjuk kearah nombor enam pada jam sekolah menandakan waktu ketika itu
adalah pukul 7.30 pagi para pelajar telah pun berkumpul di dataran
perhimpunan dikawal oleh pengawas sekolah dan guru-guru berada di pintu
hadapan sekolah menanti kedatangan tetamu jemputan. Tepat pada jam 8.05
pagi ketibaan tetamu jemputan. Para guru mengambil tempat masing-masing.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar Muhammad Azim bin
Kamil, Tingkatan 5 Gemilang Emas 3. Diteruskan dengan bacaan ikrar oleh
pelajar Tingkatan 5 Gemilang Emas 1, Subhan Sudarshan a/l Ganisen. Ucapan
dimulakan oleh GKMP Sejarah, Puan Raja Arbaiyah. Seterunya diikuti oleh
ucapan puan Pengetua yang turut merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan.

Acara teruskan dengan istiadat perbarisan badan beruniform yang


membawa jalur gemilang, diikuti dengan nyayian lagu negaraku dengan penuh
bersemangat oleh para pelajar. Acara dimeriahkan lagi dengan nyanyian
kumpulan koir sekolah bertajuk 'Warisan' dan 'Si Baju Hijau' oleh Zulkarnain.
Persembahan kompang formasi pula mengambil tempat selepas itu. Sebelum
sesi pertama tamat, nyayian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia oleh
pelajar sambil mengibarkan jalur gemilang bersama guru-guru menaikkan rasa
bangga dalam diri setiap warga. Pelajar direhatkan sebelum bermulanya sesi
kedua sambutan hari kemerdekaan selama sepuluh minit. Pelajar bukan islam
dibenarkan ke kantin untuk membeli makanan. Manakala, pelajar islam yang
berpusa di bulan Ramadan yang mulia ini, ditempatkan di dewan terbuka
sekolah sementara menunggu persiapan sesi kedua sambutan.

Sesi kedua sambutan dimulakan dengan lakonan oleh pelajar Tingkatan 4


Ekonomi 1 dengan iringan guru Pendidikan Sivik dan Kewaraganegaraan , Datin
Hjh. Mahidah. Datin Hjh. Mahidah turut menyampai sebuah pantun direka sendiri
yang bertajuk ‘Melaka’. Sambutan diteruskan dengan persembahan nasyid oleh
kumpulan nasyid lelaki sekolah. Seterusnya, ialah peragaan pakaian-pakaian
tradisioanl dalam dan luar negara mengambil tempat. Persembahan wakil
pelajar TingkataN 5 Gemilang Emas 5, Syafiqah dengan nyanyian lagu ‘Warisan’.
___

Suasana ketika itu, amat meriah. Pelejar seronok menyaksikan


persembahan oleh rakan-rakan mereka serta guru-guru yang terlibat. Sambutan
hari kemerdekaan yang meriah buat pengetua kami yang baru sahaja bertugas
di sekolah kami pada awal tahun ini. Majlis berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah.__

Majlis diakhiri dengan sepatah dua kata oleh Ketua PIBG dan nyanyian
lagu ‘Malaysiaku Gemilang’ dan ‘ Tanggal 31’ yang diketuai oleh Guru-guru
Kanan Mata Pelajaran Kemanusian.