Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS JASAMU DIKENANG,ANUGERAH NILAM& PELANCARAN BULAN BAHASA

KEBANGSAAN 2009

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA


KEBANGSAAN,ANUGERAH NILAM & MAJLIS JASAMU DIKENANG.

Sungguh manis madunya lebah


Lebah bersarang di pokok palas
Lafaz bismilah memulakan madah
Di majlis bahagia di SMK Nyalas

Bismilahirahmanirahim,
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Nyalas En.Mat Nor Bin Md Dan, Yang Dihormati
Puan Hajah Jamilah Binti Konel Guru Penolong Kanan 1 SMK Nyalas, Tuan Haji
Abdul Razak Othman Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Nyalas, En Sarip
Jumaat Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Nyalas, Guru-guru Kanan
MataPelajaran , Guru Cemerlang,En Mohd Azam Bin Ahmad, Guru Kaunselor
Cemerlang En. Muhaidin Bin Tamby, Guru-Guru dan Murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Bersyukur kita pada pagi yang indah ini, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang
berbahagia ini iaitu MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN
serta ANUGERAH NILAM & MAJLIS JASAMU DIKENANG.
________________________________________________________________________

Makan Sireh pinang selapis,


Adat Melayu Pusaka Bangsa,
Doa dilafaz pembuka majlis,
Moga direstu seri sempurna

Bagi memulakan majlis yang penuh bermakna kepada semua warga SMK Nyalas ini,
marilah terlebih dahulu kita sama-sama memanjatkan doa kehadrat Allah S.W.T. agar
majlis kita ini diberkati oleh-Nya.

Untuk itu, majlis dengan sukacita mempersilakan ………………………………untuk


memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada …………………………….


atas bacaan doa sebentar tadi.

________________________________________________________________________

Seterusnya majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan
Melaka Maju Jaya. Di harap semua telah bersedia dan berdiri tegak.
________________________________________________________________________

NHS2009
MAJLIS JASAMU DIKENANG,ANUGERAH NILAM& PELANCARAN BULAN BAHASA
KEBANGSAAN 2009

Sebagaimana yang kita ketahui matlamat Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan
ini adalah bertujuan memartabatkan Bahasa Kebangsaan di SMK Nyalas dan disamping
itu juga ia bertujuan meningkatkan rasa cinta dan kesedaran terhadap Bahasa Kebangsaan
serta perananya di kalangan warga SMK Nyalas .

Tirai senja dilabuhkan,


Bulan mengambang muncul lagi,
Agenda majlis kita teruskan,
Masa berlalu tidak menanti.

Para hadirin hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan bacaan teks ucapan oleh TPM sempena Pelancaran Bulan
Bahasa Kebangsaan 2009 yang akan disampaikan oleh TN.PENGETUA, EN.MAT
NOR BIN MD DAN. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada TN PENGETUA atas ucapan beliau sebentar tadi.
________________________________________________________________________

Yang Kurik Itu Kundi


Yang Merah itu Saga
Yang Molek itu budi,
Yang Indah itu bahasa.

Majlis Kita Diteruskan Lagi Dengan Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Hadirin dan
hadirat sekalian diminta berdiri.

Demikianlah tadi Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Hadirin Dan Hadirat Dipersilakan
Duduk.

Majlis pada pagi ini akan dihidangkan dengan beberapa persembahan bersempena dengan
Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan ini dari Murid-murid SMK Nyalas seperti Pidato ,
Pendeklamasian sajak, Bercerita dan juga diikuti dengan Persembahan Koir Lagu
Patriotik yang bertajuk Perwira dan Nekad. Untuk itu majlis dengan sukacitanya
mempersilakan .

Persembahan

Demikianlah tadi persembahan-persembahan yang telah disampaikan oleh murid-murid


SMK Nyalas.
________________________________________________________________________

NHS2009
MAJLIS JASAMU DIKENANG,ANUGERAH NILAM& PELANCARAN BULAN BAHASA
KEBANGSAAN 2009

Budaya membaca amalan mulia,


Usah dipinggir dalam hidup,
Banyak membaca menjadi mulia,
Akal terpinggir menjadi hidup.

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian cenderahati kepada murid-
murid yang terlibat dalam Pertandingan Koir Patriotik Peringkat SMK Nyalas dibawah
_________________________( 5 ) , Pertandingan Kawat Kaki , ANugerah Nilam dan
seterusnya Majlis Jasamu Dikenang.

Maka dengan ini, majlis mempersilakan Tuan Pengetua En.Mohd Nor Bin Md Dan
dengan diiringi oleh Pn Hajah Jamilah Bt Konel ke hadapan pentas untuk
menyempurnakan majlis.Dipersilakan.

_______________________________________________________________________

Bagi Pertandingan Koir Patriotik Tempat ke lima dimenangi


oleh_________________________ Keempat.....Ketiga ...Kedua atau naib johan............
Dan Johan Pertandingan Koir Patriotik Peringkat SMK Nyalas ialah...............................

Seterusnya bagi Pertandingan Kawat Kaki. Pemenang-pemenangnya ialah.....................

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Nilam. Majlis dengan ini
menjemput pemenang –pemenang Anugerah NILAM 2009 untuk ke hadapan pentas
bagi menerima cenderahati tersebut. Dengan itu majlis
mempersilakan..................................................................

Seterusnya bagi Acara Jasamu Dikenang, majlis dengan ini mempersilakan...........

Majlis mengucapkan tahniah kepada para penerima cenderahati.


Dan majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha En Mat Nor Bin Md
Dan dan Pn.Hjh Jamilah Bt Konel kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.

NHS2009
MAJLIS JASAMU DIKENANG,ANUGERAH NILAM& PELANCARAN BULAN BAHASA
KEBANGSAAN 2009

Hadirin hadirat sekalian

Sebagai acara penutup tirai pada hari ini, Marilah kita bersama-sama berdiri
untuk sekali lagi bagi menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

Sekian Terima Kasih


Wabillahitaufikwalhidayah Wassalamualaikumhiwabarakatu dan Salam Satu Malaysia.
________________________________________________________________________

NHS2009

Anda mungkin juga menyukai