Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PERGURUAN KUALA TERENGGANU,

21030 KUALA TERENGGANU,


TERENGGANU DARUL IMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA
(JANUARI 2007)

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI


2007

NAMA : MUHAMAD SYAFIK BIN AZMI


NO. I/C : 870415-02-5277
UNIT : PPPR(4T)-MATH1
Pensyarah : Puan Wan Hamedah Binti Wan Endot

Puan Normah Binti Ali


PENGENALAN

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi


menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang.
Dalam pendidikan jasmani,pembelajaran mengenai pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor telah ditetapkan bagi setiap individu yang mempelajari subjek
ini. Oleh itu, kami telah diberikan tugas supaya mengenalpati dan
mengaplikasikan beberapa pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan
menggunakan alatan. Di samping maklumat dan demonstrasi serta bahan bukti
yang disertakan,diharapakan agar kertas kerja ini dapat dijadikan panduan yang
menepati saranan dan kriteria yang dikehendaki.Sehubungan dengan itu,pada
semester dua, program Pendidikan Rendah 4 tahun ini, telah menuntut kami,
mengikuti kursus Pendidikan Jasmani yang telah di atur oleh pihak Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) dalam sukatan pelajaran kami. Kami diwajibkan
mempelajari dan melakukan pergerakan asas yang melatih fizikal dan mental
kami sebagai bakal guru satu hari nanti. Kami juga dikehendaki menyiapkan satu
portfolio yang mengandungi kedua-dua pergerakan asas yang terdiri daripada
pergerakan lokomotor, bukan lokomotor. Oleh kerana kami akan menghadapi
pelajar-pelajar sekolah rendah yang memerlukan bahan-bahan konkrit untuk
mengukuhkan lagi pemahaman mereka, kami juga dilatih untuk melakukan
pergerakan-pergerakan tersebut dengan memanipulasi alatan tangan dan alatan
berat yang disediakan. Setiap orang daripada kami dikehendaki membuat
demonstrasi berdasarkan pergerakan asas yang telah kami rencanakan di dalam
portfolio. Berikut adalah tiga komponen pergerakan asas:
1. Pergerakan lokomotor

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang melibatkan perubahan


kedudukan seseorang individu yang bergerak dari satu titik ke satu titik yang
lain.

Contoh pergerakan lokomotor:

 Lompatan yang bergerak ke suatu kedudukan yang lain.


 Berjalan
 Berlari.
 Gulingan yang bergerak ke suatu kedudukan yang lain.
 Larian seperti seekor kuda atau gallop.

2. Pergerakan bukan lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor ialah gerakan bahagian tubuh badan sahaja


yang terlibat dan tidak melibatkan peralihan dari satu titik ke titik yang lain di
mana kita berada dalam keadaan statik.

Contoh pergerakan bukan lokomotor:

 Meregang sisi
 Membongkok
 Mengilas
 Mengembang
3. Gerakan dengan memanipulasi alatan

Gerakan bahagian-bahagian badan tertentu dengan koordinasi yang betul


dengan memanipulasikan alatan tangan.

Contoh manipulasi alatan:

 Membaling bola ke udara dan menyambutnya kembali


 Mengawal gerakan badan sambil mengimbang bola.
 Mengawal arah gerakan bola ke kiri dan ke kanan.
MATLAMAT
Matapelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sains sukan melalui amalan teori
dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan meningkatkan penghayatan
nilai
sebagai persediaan di bidang .Selain itu,aktiviti serta tugasan ini dijalankan
adalah untuk membuktikan bahawa calon-calon guru,penuntut IPGM memahami
serta dapat mengaplikasi segala rentak dan irama haluan dalam pendidikan
jasmani semasa mereka mengajar di sesuatu sekolah nanti.Selain ini,di samping
merealisasikan matlamat kementerian pendidikan Malaysia dalam
mengkehendaki bakal guru yang bukan aktif dan cerdas dari segi minda,tetapi
juga cerdas dari segi fizikal mereka serta melihat sejauh mana kefahaman guru
pelatih terhadap pergerakan asas (lokomotor dan bukan lokomotor) dan
kemahiran-kemahiran yang dapat diaplikasikan di masa hadapan.
OBJEKTIF.
Objektif daripada ujian amali ini adalah untuk :

 Mengaplikasikan pergerakan-pergerakan asas yang telah dipelajari untuk


diajar kepada murid-murid sekolah pada masa hadapan.
 Memupuk dan memperkembangkan daya pemikiran kreatif dalam
melakukan sebarang aktiviti.
 Menguji daya ketahanan anggota badan yang terlibat dalam pergerakan
asas.
 Menyedari tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.
 Memahami hubung kait antara sistem tubuh badan dengan pergerakan;
 Memahami kesan senaman ke atas fisiologi tubuh badan dan kaitannya
dengan prestasi sukan
 Mengamalkan aktiviti fizikal dan memahami kesannya terhadap kehidupan
dan kesihatan diri;
 Mengaplikasi kaedah pengukuran dan penilaian dalam mengkaji
komponen kecergasan;
 Memahami dan mengamalkan prinsip asas keselamatan dan
mengurangkan risiko kecederaan sukan; dan
 Memahami pembelajaran proses lakuan motor dan asas kawalan
pergerakan
TARIKH
Setelah mengenal pasti tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini adalah
pada hari Isnin bersamaan 3 September 2007.

MASA
Bertepatan dengan tarikh yang telah ditetapkan,masa yang sesui pula adalah
pada pukul 9.00 pagi.

TEMPAT
Gimnasium Institut Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit.

KUMPULAN SASARAN
Kanak-kanak tahap 2 ( had umur antara 10-12 tahun)
PANDUAN PERLAKSANAAN DEMONSTRASI

1)prosedur perlaksanaan demonstrasi


-pelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
-jenis pergerakan(gambarajah lokomotor dan bukan lokomotor)

SENARAI PERALATAN BERAT


1) Bangku panjang
2) Bangku bentuk ‘A’
3) Tilam
4) Skitel
5) Papan anjal

SENARAI ALATAN TANGAN


1) Bola
SENARAI PERGERAKAN DAN CONTOH GAMBAR

Pergerakan 1(Bukan Lokomotor)


-Memegang bola ke atas sambil jengket kaki

Pergerakan2(Lokomotor)
-meleretkan bola/gallop
Pergerakan3(bukan Lokomotor)
-Duduk sambil kaki terangkat/bola dikepitkan di paha

Pergerakan4(lokomotor)
-Meleretkan bola/silang kaki
Pergerakan5(Bukan lokomotor)
-Menbuat imbangan “V”

Pergerakan6(lokomotor)
-Gulingan
Pergerakan7(Bukan lokomotor)
-Imbangan

Pergerakan8(lokomotor)
-Meleret bola sambil teng-teng
Pergerakan9(bukan lokomotor)
-Memusingkan badan mengikut arah jam dengan memegang bola

Pergerakan10(lokomotor)
-Melantunkan bola sambil mengelilingi kon
Pergerakan11(bukan lokomotor)
-Membuat pusingan 360 darjah sambil guna bola

Pergerakan12(lokomotor)
-Meniti bangku sambil mengimbang bola
Pergerakan 13(bukan lokomotor)
-Melantunkan bola mengelilingi badan

Pergerakan14(lokomotor)
-Melakukan lompatan “zig zag”
Pergerakan 15(bukan lokomotor)
-Membaling dan menangkap bola

Pergerakan 16(lokomotor)
-Membaling bola ke udara dan melakukan lompat rusa
Pergerakan 17(bukan lokomotor)
-Imbangan bola sambil meniarap

Pergerakan 18(lokomotor)
-Lompat kucing
Pergerakan 19( lokomotor)
-Lompat “flip”

Pergerakan20(bukan lokomotor)
-Imbangan
RUMUSAN

Objektif amali pergerakan asas dan manipulasi alatan ini dicapai kerana
pergerakan asas ini dapat diaplikasikan berdasarkan kreativiti pelajar-pelajar
tersebut.
Aktiviti-aktiviti sebegini dapat mengembangkan kemahiran pelajar dalam
mengukuhkan kefahaman mereka dalam pergerakan asas ini. Secara tidak
langsung aktiviti ini sebenarnya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian
kita.
Alatan-alatan yang digunakan perlulah bersesuaian kerana ia akan
memudahkan mereka memahami apa yang diajarkan dan menjadikan aktiviti itu
lebih menarik.
Untuk memantapkan kemahiran ini, mereka perlulah diajar dengan
kaedah yang betul seperti yang telah ditunjukkan. Sebagai hasilnya individu yang
cerdik dan cergas dapat dihasilkan.
BORANG REKOD KOLABORASI
NAMA : MUHAMMAD SYAFIK BIN AZMI
KURSUS/UNIT : MATEMATIK 1 (PPPR4T)

MATA PELAJARAN: PERGERAKAN ASAS (PJM3102)


PENSYARAH : 1) PUAN WAN HAMEDAH BINTI WAN ENDOT
2) PUAN NORMAR BINTI ALI

TARIKH PERKARA YANG ULASAN T/TANGAN


DIBINCANGKAN PENSYARAH

Anda mungkin juga menyukai