Anda di halaman 1dari 23

SMK ALOR PONGSU

34300 BAGAN SERAI,PERAK

e-Disiplin
Konsep dan Operasi
Senarai Kandungan

1. KONSEP
2. VISI
3. MISI
4. SENARIO SEDIA ADA
4.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU
4.2 PENGURUSAN DISIPLIN
5. SENARIO SEPATUTNYA
5.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA
5.2 PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA
5.3 PENYIMPANAN REKOD
6. KAEDAH
6.1 SALAH LAKU
6.1.1 JENIS SALAH LAKU
6.1.2 MARKAH
6.2 HUKUMAN
6.2.1 AMARAN DISIPLIN PERTAMA (AD1)
6.2.2 AMARAN DISIPLIN KEDUA (AD2)
6.2.3 HUKUMAN GANTUNG SEKOLAH (AD3)
6.2.4 AMARAN DISIPLIN AKHIR (AD4)
6.2.5 HUKUMAN BUAG SEKOLAH (AD5)
6.2.6 HUKUMAN ROTAN
6.2.7 AMARAN LISAN
6.3 PEMULIHAN
6.3.1 KERJA AMAL
6.3.1.1 JENIS KERJA AMAL
6.3.1.2 MARKAH KERJA AMAL
6.3.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
6.3.2.1 JENIS KAUNSELING
6.3.2.2 PROGRAM LAIN (Sokongan)
7. PERANAN PERSONEL
7.1 PERANAN GURU BESAR / PENGETUA
7.2 PERANAN GPK HEM
7.3 PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN
7.4 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
7.5 PERANAN GURU
7.6 PERANAN MURID
7.7 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
7.8 PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH
7.9 PERANAN JABATAN PELAJARAN
7.10 PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK
8. OPERASI SISTEM
8.1 TERAS OPERASI
8.2 KEUPAYAAN SISTEM
8.2.1 AMARAN DISIPLIN
8.2.2 TANDA RUJUKAN KAUNSELING
8.2.3 MENCETAK BAHAN

2
a. Laporan Bulanan
b. Laporan Tahunan
c. Laporan lengkap disiplin seseorang murid
d. Senarai pelajar bermasalah
e. Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar)
f. Statistik disiplin
g. Senarai murid untuk rujukan kaunseling
h. Surat Akuan sahsiah murid
8.2.4 IMPORT / EKSPORT
9. PENUTUP

e-Disiplin
Oleh: Mohammad Bin Harun

3
1. KONSEP

Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan
mengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang
dan dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari
aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

2. VISI

Modal Insan Murid Terbilang

3. MISI

Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai
daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.

4. SENARIO SEDIA ADA

Kaedah pengurusan dan amalan sedia ada agak pelbagai dan merumitkan. Hal ini berlaku
kerana setiap sekolah mempunyai gaya dan cara pengurusan tersendiri. Keadaan ini
semakin menyulitkan apabila ada antara guru-guru yang tidak memahami peraturan dan
Pekeliling berkaitan disiplin, ditambah pula dengan gangguan emosi dalam kalangan
guru. Justeru banyaklah tersiarnya berita kecacatan pengurusan disiplin sekolah di media
masa.

4.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU

Dalam amalam biasa, aspek yang sering diberi perhatian dalam pengurusan disiplin
murid adalah terhadap tingkah laku negatif murid. Murid-murid akan dihukum dengan
pelbagai cara dan kaedah (adakalanya melangar peraturan yang ada).

4.2 PENGURUSAN DISIPLIN

Amalan biasa juga, menjadikan Setiausaha Disiplin dan GPK HEM sebagai personel
penyelesai masalah disiplin. Mereka menjadi orang yang dilonggokkan dengan pelbagai
masalah disiplin, sedangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab khusus, yang sama
seperti guru-guru lain. Akhirnya, tugas menyelesaikan masalah disiplin menjadi bebanan
tambahan yang merungsingkan.

Justeru kita melihat bahawa lantikan Guru Disiplin terdiri dalam kalangan guru-guru
lelaki yang garang, brutal dan berani. Keadaan ini menimbulkan ketidakadilan, sehingga
membolehkan sebahagian guru terselamat atau mengelak daripada dilantik sebagai Guru
Disiplin.
5 SENARIO SEPATUTNYA

4
e-Disiplin cuba mewujudkan senario baru dan sepatutnya dalam pengurusan disiplin.

5.1 TUMPUAN TINGKAH LAKU SEPATUTNYA

e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk
negatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses
memulihkan murid. Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala
tingkah laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan
diadun untuk menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula
dengan sesi bimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang
terbaik.

5.2 PENGURUSAN DISIPLIN YANG SEPATUTNYA

e-Disiplin cuba merealisasikan pekeliling bahawa semua guru adalah guru disiplin.
Manakala Setiausaha Disiplin berperanan sebagai penyelaras pengurusan disiplin.
Melalui kaedah pengurusan disiplin yang minimum, keadaan ini akan dapat dicapai.

Lantikan Setiausaha Disiplin boleh dibuat tanpa perlu mengambil kira perwatakan dan
jantina seseorang guru. Hakikatnya sesiapa sahaja boleh dilantik sbagai Setiausaha
Disiplin.

5.3 PENYIMPANAN REKOD

e-Disiplin menyediakan kaedah penyimpanan rekod dalam komputer atau pemacu lain..
Kaedah ini akan mengurangkan beban dan ruang kerja pengurusan disiplin khususnya
berkaitan kerja-keja perkeranian dan sistem fail. Malah keadah ini juga akan
mengurangkan penggunaan kertas.

6 KAEDAH

e-Disiplin adalah kaedah memulihkan disiplin murid. Justeru itu, e-Disiplin bergerak atas
laporan salah laku murid, dan akan disusuli dengan usaha-usaha pemulihan dan
bimbingan.

5
6.1 SALAH LAKU

6.1.1 JENIS SALAH LAKU

Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalam
Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajran, seperti berikut.

Kod
Kesalahan
Kesalahan
  TINGKAH LAKU JENAYAH
A01 BERJUDI
A02 MENCURI
A03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU
A04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN
A05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID
A06 PERAS UGUT
A07 GENGSTERISME
A08 BAWA SENJATA MERBAHAYA
A09 MENCABUL KEHORMATAN
A10 MENCEROBOH
A11 TUNJUK PERASAAN
A12 MERUSUH
A13 MEMBUNUH
A14 MEROGOL
A15 BERGADUH

  PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN


B01 MEMILIKI / MENYIMPAN
B02 MEMBEKAL / MENAWARKAN
B03 MENJUAL / MENGEDAR
MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM /
B04
MENGHIDU
B05 MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN

  BULI
C01 BULI BAHASA
C02 BULI FIZIKAL
C03 BULI ISYARAT
C04 BULI PERHUBUNGAN

  ROKOK
D01 MEMILIKI / MENYIMPAN
D02 MEMBEKAL / MENAWARKAN
6
D03 MENJUAL DAN MENGEDAR
D04 MENGHISAP
  1. Kali Pertama (1 Rotan)
  2. Kali Kedua (2 Rotan)
  3. Kali Ketiga ( 3 Rotan)
  4. Kali Keempat (Gantung)
  5. Kali Kelima (Buang)

  PONTENG
E01 PONTENG SEKOLAH
  1. 3 hari berturur-turut atau 10 hari tidak berturur-turut
  2. 10 hari berturur-turut atau 20 hari tidak berturur-turut
  3. 17 hari berturur-turut atau 40 hari tidak berturur-turut
  4. 31 hari berturur-turut atau 60 hari tidak berturur-turut
E02 PONTENG KELAS
E03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM
E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN
E05 PONTENG PREP
E06 PONTENG ASRAMA
E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH
E08 PONTENG PERHIMPUNAN

  TINGKAH LAKU LUCAH


F01 BERCUMBUAN
F02 BERKHALWAT
F03 BAWA BAHAN LUCAH
F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH
F05 MENGINTAI
F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH
F07 MELUKIS & MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH
F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH
F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA
F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK

  TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP


G01 BIADAP KEPADA GURU
G02 BIADAP KEPADA KAKITANGAN
G03 BIADAP KEPADA TETAMU
G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID
G05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID
MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR
G06 MINUMAN YANG MEMABUKKAN
G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA
G08 INGKAR ARAHAN GURU
7
G09 INGKAR ARAHAN PENGAWAS
G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA

 
KESALAHAN VANDALISME
H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH
H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA
H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN
H04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS

H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN


H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH
H07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA
H08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT
H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN
MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA /
H10 GURU / KAKITANGAN
H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID

 
TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH
J01 PECAH AMANAH
J02 BERBOHONG
J03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
J04 TIDAK JUJUR

 
KENAKALAN
K01 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH
K02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA
K03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN
K04 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-
K05
TOLAK
K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN
K07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK
KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA
K08
KEBENARAN
K09 BERMAIN DALAM DORM
K10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA

 
TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA
L01 LEWAT KE SEKOLAH
L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN
L03 LEWAT MASUK KELAS

8
L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM
L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA

 
KEKEMASAN DIRI
M01 BERKUKU PANJANG
M02 MEWARNA KUKU / BERINAI
M03 BERAMBUT PANJANG
M04 RAMBUT BERFESYEN
M05 BERMISAI / BERJANGGUT
M06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN
M07 PAKAI BARANG KEMAS
M08 MENCUKUR BULU KENING
M09 MEMAKAI ALAT SOLEK

 
PENGLIBATAN POLITIK
PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN
N01 POLITIK
N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA
MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA
N03 POLITIK

6.1.2 MARKAH

Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;

a. Markah hendaklah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang
dianggap ringan. Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan
ringan yang diulang-ulang, Markah 10 bermaksud salah laku yang berat.
b. Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.

6.2 AMARAN DISIPLIN

Amaran Disiplin mestilah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah
seperti berikut;

6.2.1 Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) – (AD1)

Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah.
Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

6.2.2 Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) – (AD2)

Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah.
Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

9
6.2.3 Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) – (AD3)

Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah.
Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran Disiplin
Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas), bermaksud
Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan serentak
bersama-sama hukuman gantung sekolah. Prosedur hukuman gantung sekolah adalah
seperti berikut;

a. Keluarkan Surat Pertuduhan (dari sistem)


b. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan
c. Serahkan Surat Pertuduhan Gantung.
d. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.
e. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-
mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk
menggantung atau tidak murid berkenaan.
f. Jika dihukum gantung, gunakan borang dalam sistem untuk mengeluarkan Surat
Hukuman Gantung

6.2.4 Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) – (AD4)

Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah.
Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang persekolahnnya.

6.2.5 Buang Sekolah – (AD5)

Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 dan ke atas.
Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan Pengetua.
Prosedur hukuman buang sekolah adalah seperti berikut;

g. Keluarkan Surat Pertuduhan buang sekolah (dari sistem)


h. Panggil murid untuk dibicarakan atau diambil pengakuan
i. Serahkan Surat Pertuduhan buang sekolah.
j. Murid diberi peluang untuk membuat Surat Rayuan dalam tempoh 14 hari.
k. Selepas murid menghantar Surat Rayuan, atau selepas tempoh 14 hari (mana-
mana yang terdahulu) Pengetua boleh membuat pertimbangan sama ada untuk
membuang atau tidak murid berkenaan.
l. Jika dihukum buang sekolah, gunakan borang dalam sistem.

6.2.6 Amaran-Amaran Lisan

Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes
salah laku.

6.2.7 Hukuan Rotan – Kes Merokok

Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok.

10
6.3 PEMULIHAN

6.3.1 KERJA AMAL

Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara
sukarela. Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin
yang diberikan kepada murid-murid.

Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;


a. Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu
persekolahan
b. Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerja-
pekerja / kakitangan sekolah.
c. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid
d. Dikawal selia oleh guru
e. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah

6.3.1.1 JENIS KERJA AMAL

Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut;

 
KERJA AMAL
KA01 MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAH
KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM DAN JAGA POKOK
KA02 BUNGA DLL
KA03 KERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERAT
KA04 KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMAS
KA05 KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAU-RAJIN/TERTIB/TEKUN
KA06 KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAH
KA07 RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURU
KA08 MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS
KA09 MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHAS
KA1O MEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH
KA11 MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAH
MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA
KA12 SEKOLAH
KA13 AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL)
KA14 AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN
PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAH AKTIVITI
KA15 SEKOLAH
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-
KA16 NILAI MURNI

11
6.3.1.2 MARKAH KERJA AMAL

Markah Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10. 3 bermaksud Kerja Amal yang
dianggap ringan. Markah 5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah 10
bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat.

Penetapan markah mestilah berdasarkan kelulusan Pengetua dan GPK HEM.

6.3.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan dan Kaunseling merupakan elemen yang penting dalam usaha memulihkan
murid yang bermasalah. Konsep bimbingan dan kaunseling di sini ialah aktiviti khusus
dan berfokus kepada individu murid yang dikenal pasti sebagai bermasalah, dan
bukannya aktiviti yang dibuat secara umum.

6.3.2.1 JENIS KAUNSELING

Pelbagai jenis aktiviti bimbingan dan kaunseling boleh dilaksanakan. Antaranya


kaunseing individu dan kaunseling kelompok, yang berfokuskan murid bermasalah.
Selain kaunseling individu dan kelompok, aktiviti lain juga boleh dilaksanakan seperti
Kem Waja Diri.

6.3.2.2 PROGRAM LAIN (Sokongan)

Aktiviti sokongan juga perlu dilaksanakan, khususnya yang berbentuk pencegahan dan
pemulihan. Setelah mengetahui masalah sebenar murid-murid langkah-langkah
pemulihan dan pencegahan hendaklah diambil secara lebih drastik. Sebagai contoh,
masalah ponteng kelas. Antara langkah pemulihan adalah kem khusus untuk murid-murid
yang suka ponteng kelas. Di samping itu, langkah pencegahan juga boleh diusahakan
oleh pihak sekolah.

12
Jadual pemarkahan e-Disiplin

FORMULA TANPA KERJA AMAL


 
TAMBAHAN JUMLAH       KAUNSELING
KERJA
MATA MARKAH TINDAKAN AMAL BAKI (MIN)
           
  3 - 19 AMARAN LISAN
20 20 - 30 AD1 0 20 1
10 31 - 40 AD2 0 30 1
  41 - 59 PEMANTAUAN / BIMBINGAN 3
AD3
30 60 - 70 (GANTUNG) 0 60 1
  71 - 79 BIMBINGAN INTENSIF 2
20 80 - 90 AD4 (T/S) 0 80 1

100 AD5 (BUANG)


20  

100   5     9

FORMULA DENGAN KERJA AMAL  


 
TAMBAHAN JUMLAH       KAUNSELING
KERJA
MATA MARKAH TINDAKAN AMAL BAKI (MIN)
           
  3 - 19 AMARAN LISAN
20 20 - 30 AD1 (-)20 0 1
30 31 - 40 AD2 (-)20 10 1
  41 - 59 PEMANTAUAN / BIMBINGAN 4
AD3
50 60 - 70 (GANTUNG) (-)20 40 1
  71 - 79 BIMBINGAN INTENSIF 3
40 80 - 90 AD4 (T/S) (-)20 60 1
  90 - 100       3

100 AD5 (BUANG)


40  

180 100 5 80   14

13
7 PERANAN PERSONEL

e-Disiplin menggariskan peranan setiap personel yang ada kaitannya dengan uruan
disiplin sekolah

7.1 PERANAN GURU BESAR / PENGETUA

1. Membuat keputusan/tindakan serta menandatangani surat gantung dan buang


sekolah.
2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)
3. Mengarah siasatan kes salahlaku.
4. Mengarah SU Disiplin memanggil mesyuarat.
5. Melapor/merujuk PPD/JPN bagi kes khas dengan segera.
6. Mengarah murid menjalani kaunseling.
7. Mengarah murid membuat kerja amal.
8. Menandatangani surat pertuduhan.
9. Menandatangani surat tunjuk sebab
10. Menandatangani surat hukuman
11. Menjatuhkan hukuman
12. Berbincang dengan ibu bapa/penjaga
13. Memantau pelaksanaan sistem e-Disiplin

7.2 PERANAN GPK HEM

1. Menerima laporan daripada SU Disiplin bagi menandatangani surat amaran


disiplin 1, 2 dan tunjuk sebab.
2. Mengesahkan Borang Salahlaku (BSL)
3. Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa/ penjaga murid yang menerima surat
amaran disiplin.
4. Mengarah murid membuat kerja amal.
5. Mengarah murid menjalani sesi kaunseling
6. Bertindak sebagai Timbalan Pengerusi semasa mesyuarat Jawatankuasa disiplin.
7. Mengambil tindakan terhadap maklum balas murid / penjaga.
8. Memfailkan surat akujanji antara murid dengan pihak sekolah.

7.3 PERANAN SETIAUSAHA DISIPLIN

1. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Sekolah.


2. Menyiasat kes salahlaku.
3. Mengambil pengakuan murid /saksi/guru.
4. Menerima atau menolak borang BSL setelah siasatan dibuat.
5. Mencetak surat amaran disiplin untuk ditandatangani oleh pengetua/ Guru Besar/
Penyelia Petang/PK HEM.
6. Mencadangkan murid menjalani sesi kaunseling dan kerja amal.
7. Memasukkan maklumat salahlaku / kerja amal ke dalam sistem.
8. Mengemaskini/simpan BSL.
9. Memfailkan salinan surat amaran , akujanji yang telah dikeluarkan.
10. Menyediakan analisa laporan bulanan/ tahunan.
11. Menyelaras program disiplin sekolah

14
7.4 PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Menjalankan sesi kaunseling individu.


2. Menjalankan sesi kaunseling kelompok.
3. Menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok.
4. Menjalankan sesi kaunseling intervensi
5. Membuat lawatan ke rumah murid .
6. menyelaraskan program pengukuhan murid seperti kem jati diri, ceramah dan lain
lain.
7. Memasukkan maklumat sesi kaunseling ke dalam sistem e-Disiplin
8. Menyelaras program disiplin sekolah

7.5 PERANAN GURU

1. Memantau salahlaku di kalangan murid.


2. Memberi bimbingan kepada murid
3. Mengisi BSL.
4. Mengisi borang ponteng berterusan / berkala dan menghantar kepada SU Disiplin.
5. Membantu tugas SU Disiplin.
6. Menentukan jenis kerja amal, menyelia dan memberikan markah.

7.6 PERANAN MURID

1. Berkerjasama dengan semua guru.


2. Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan
oleh SU Disipin Sekolah.
3. Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat.
4. Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.
5. Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman.
6. Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah salah laku
7. Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah

7.7 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.


2. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabila
pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihak
sekolah atau hadir sendiri ke sekolah.
3. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anak
mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah.
4. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam proses
menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman Gantung
Sekolah.
5. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah Pelajaan
Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang Sekolah ke
atas anak mereka.

15
7.8 PERANAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH

1. Membuat siasatan kes-kes khas.


2. Menerima laporan kes-kes khas dari sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin

7.9 PERANAN JABATAN PELAJARAN

1. Menerima laporan kes khas dari Pejabat Pelajaran Daerah.


2. Menerima dan menyelesaikan kes-kes rayuan buang sekolah.
3. Memantau pelaksanaan dan dokumen e-Disiplin.

7.10 PERANAN JKK / MAJLIS PENDUDUK

1. Menerima laporan disiplin murid-murid daripada pihak sekolah


2. Berbincang dengan penjaga murid berkenaan
3. Memantau murid-murid berkenaan di kawasan masing-masing
4. Mengatur program berkaitan motivasi diri

8 OPERASI SISTEM

8.1 TERAS OPERASI

Sistem beroperasi secara automasi. Antara maklumat yang diperlukan oleh sistem adalah;

8.2 Maklumat murid (Diimport dari data SMM)


8.3 Maklumat guru
8.4 Maklumat salah laku (Borang Saman)
8.5 Maklumat kerja amal
8.6 Maklumat respon penjaga
8.7 Maklumat sesi kaunseling
8.8 Maklumat akujanji

8.9 KEUPAYAAN SISTEM

8.9.1 AMARAN DISIPLIN

Sistem memberikan petunjuk jika seseorang murid perlu dikenakan tindakan disiplin.
Berikut ialah tindakan disiplin yang disediakan oleh sistem

a. Amaran Disiplin Pertama (AD1)


b. Amaran Disiplin Kedua (AD2)
c. Gantung Sekolah (AD3)
d. Amaran Akhir (AD4)
e. Buang Sekolah (AD5)
f. Hukuman rotan (Kes menghisap rokok)

16
8.9.2 TANDA RUJUKAN KAUNSELING

Sistem juga mengeluarkan tanda secara automasi jika seseorang murid perlu dirujuk
kepada kaunseling.

8.9.3 MENCETAK BAHAN

Sistem menyediakan pelbagai bahan untuk dilihat atau dicetak;

i. Laporan Bulanan
i. Laporan kes disiplin
ii. Laporan jenis kes
iii. Laporan mengikut tingkatan
iv. Laporan penglibatan guru
v. Laporan tindakan disiplin
vi. Laporan kerja amal
vii. Laporan sesi kaunseling
viii. Laporan respon penjaga

j. Laporan Tahunan
i. Laporan kes disiplin
ii. Laporan jenis kes
iii. Laporan mengikut tingkatan
iv. Laporan penglibatan guru
v. Laporan tindakan disiplin
vi. Laporan respon penjaga
vii. Laporan kerja amal
viii. Laporan sesi kaunseling
ix. Laporan ponteng sekolah
x. Laporan pergerakan murid
xi. Laporan disiplin berdasarkan lokasi
k. Laporan lengkap disiplin seseorang murid
l. Senarai pelajar bermasalah
m. Laporan disiplin semasa (Ranking pelajar)
n. Statistik disiplin
o. Senarai murid untuk rujukan kaunseling
p. Surat Akuan sahsiah murid

8.9.4 IMPORT / EKSPORT

Untuk memudahkan pengurusan disiplin, sistem menyediakan menu untuk mengeksport


dan mengimport data.

9 PENUTUP

Pelaksanan e-Disiplin secara menyeluruh dan mantap pastinya dapat mengurangkan


masalah disiplin, dan mewujudkan iklim sekolah yang lebih baik.

17
Panduan e-Disiplin

1. Setup

i. Masukkan CD ke dalam Pemacu


ii. Klik ikon e-Disiplin 2 kali
iii. Klik Setup
iv. Klik Next / Yes untuk semua paparan

2. Menukar Logo

i. Scan logo sekolah dalam format bitmap imej


ii. Save fail dalam drive C, Program File, e-Disiplin.
iii. Namakan file sebagai Logo

3. Masuk ke Sistem

i. Ada dua cara untuk masuk ke system

A) Melalui butang Start, All Program, e-Disiplin.


B) Melalui ikon e-Disiplin pada desktop

ii. Masukkan Kod ID: KPM


iii. Masukkan Kod Rahsia: SKE-D, dan klik OK
iv. Paparan berikutnya, masukkan Kod Pegawai yang memasukkan data,
dan tekan Enter

4. Kemas Kini Maklumat Asas

i. Klik menu Kemas Kini Maklumat Asas


ii. Delete maklumat yang dipaparkan dan masukkan maklumat yang
sesuai dengan sekolah

5. Memasukkan Maklumat Guru

i. Klik Menu Maklumat Guru


ii. Masukkan Maklumat semua guru yang bertugas di sekolah
iii. PERHATIAN
a. Setiap maklumat guru yang telah di’key in’ tidak boleh
di’delete’
b. Pastikan setiap guru mempunyai kod tersendiri, yang tidak
boleh menyamai guru lain
c. Sekiranya guru berkenaan berpindah sekolah, biarkan
maklumat tersebut dalam system

6. Memasukkan Maklumat Murid (Bilangan Kecil)

i. Klik menu Maklumat Murid

18
ii. Masukkan Maklumat yang dikehendaki dalam boring
iii. PERHATIAN
a. Borang ini digunakan untuk memasukkan maklumat murid
dalam bilangan yang kecil
b. Untuk maklumat murid secara ‘borong’ gunakan disket
SMM

7. Memasukkan Maklumat Murid Secara ‘Borong’

i. Gunakan disket SMM.


ii. Buka disket, Data HEM, dan ‘copy’ TMurid dan Tlbsek.
iii. ‘Paste’kan di luar Data HEM.
iv. Masuk ke e-Disiplin
v. Klik menu Maklumat Murid
vi. Klik menu Import Data HEM
vii. Pilih / Klik pemacu A
viii. Klik Yes untuk semua paparan berikutnya.

8. Memasukkan Maklumat Salah Laku

i. Klik menu Borang Salah Laku untuk memasukkan data / maklumat


borang saman
ii. Masukkan No Kad Pengenalan, dan Enter. Nama pelajar akan
dipaparkan. Sekiranya tiada paparan nama pelajar, ada kemungkinan
No Kad Pengenalan tersalah, atau mungkin maklumat pelajar
berkenaan belum ada dalam system
iii. Masukkan tarikh dalam format HH/BB/TTTT. Contoh 16, Enter, 01,
Enter, 2008, Enter
iv. Masukkan Kod Salah Laku (Cetak senarai kod salah laku untuk
memudahkan rujukan)
v. Masukkan markah, sama ada 3 (untuk kesalahan yang dianggap
ringan), 5 (untuk kesalahan yang dianggap sederhana), dan 10 (untuk
kesalahan yang dianggap berat)
vi. Masukkan waktu kes dilakukan
vii. Masukkan tempat kes dilakukan
viii. Masukkan Kod Guru yang menyaksikan kes
ix. Masukkan keterangan yang lengkap berkaitan kes. Contoh:
a. Bahawa kamu telah dengan sengaja ponteng kelas Bahasa
Melayu
b. Bahawa kamu telah dengan sengaja mencuri wang Ahmad
bin Abu berjumlah RM 10.00 yang disimpan oleh Ahmad
bin Abu di dalam beg sekolahnya
c. Bahawa kamu telah menghisap rokok jenama Dunhill
bersama-sama Ali bin Hassan. Bukti sebahagian rokok
Dunhill
d. Bahawa kamu telah bermain daun terup dengan pertaruhan
wang bersama-sama Osman bin Samad dan Yusuf bin
Harun. Bukti: Daun terup dan wang tunai berjumlah RM
10.00

19
x. PERHATIAN:
a. Perhatikan menu-menu yang mungkin timbul semasa anda
memasukkan maklumat salah laku
b. Ikuti / Klik menu-menu yang timbul untuk langkah /
tindakan seterusnya.

9. Memasukkan Maklumat Kerja Amal

i. Klik menu Borang Kerja Amal


ii. Masukkan maklumat yang dikehendaki dalam boring tersebut

10. Memasukkan Maklumat Sesi Kaunseling

i. Klik menu Borang Sesi Kaunseling untuk memasukkan maklumat


pelajar yang telah menjalani sesi kaunseling
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki
iii. Klik / tandakan ruang yang berkenaan dalam borang tersebut

11. Memasukkan Maklumat Respon Penjaga

i. Klik menu Borang Sesi Penjaga untuk memasukkan maklumat


perhubungan dengan penjaga sama ada penjaga hadir ke sekolah, atau
melalui telefon.
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut.

12. Menyisih Rekod

i. Klik menu Sisih Rekod untuk menukar status pelajar sekiranya pelajar
tersebut telah berpindah sekolah, berhenti dan sebagainya.
ii. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar untuk menyisihkan rekod
seorang pelajar.
iii. Untuk menyisihkan rekod ramai pelajar (borong) klik 2 angka awal No
Kad Pengenalan dan diikuti butang *. Contoh 90*, dan tekan Enter
iv. Tukarkan status pelajar pada ruang yang berkenaan.

13. Borang Pertukaran Sekolah

i. Klik menu Borang Tukar Sekolah untuk mencetak borang tukar


sekolah para pelajar.
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki dalam borang
iii. Klik menu Cetak Borang untuk mencetak borang tersebut

14. Borang Akur Janji

20
i. Klik menu Borang Akur Janji untuk memasukkan maklumat pelajar
yang menandatangani Surat Akur Janji
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki
iii. PERHATIAN: Pelajar perlu menandatangani borang bercetak (hard
copy) untuk simpanan / fail.

15. Amaran Disiplin

i. Ada dua cara untuk mengeluarkan Amaran Disiplin


a. Melalui menu yang timbul semasa memasukkan maklumat
salah laku
b. Melalui menu Amaran Disiplin
ii. Penuhkan maklumat yang dikehendaki
iii. Cetak Surat Amaran Disiplin
iv. PERHATIAN.
A) Sila patuhi carta aliran kerja yang dicadangkan.
B) Amaran Disiplin yang dikeluarkan mestilah dari Amaran
Pertama, Kedua, Ketiga dan serusnya.
C) Seboleh-bolehnya elakkan dari melangkau Amaran Disiplin.

16. Membuat Pembetulan / edit Kes Salah Laku

i. Klik menu Borang Salah Laku


ii. Klik menu Semak
iii. Cari maklumat yang ingin dibetulkan dan buat pembetulan, atau delete
maklumat tersebut.

17. Import Data (e-Disiplin)

i. Klik menu Import / eksport Data


ii. Klik menu Import Data
iii. Pilih dan klik pemacu yang sesuai
iv. Klik Yes untuk semua paparan yang muncul

18. Eksport Data

i. Klik menu Import / eksport Data


ii. Klik menu Eksport Data
iii. Pilih / Klik pemacu yang sesuai dengan penggunaan anda

19. Mencetak Laporan

i. Laporan Bulanan
Untuk melihat pelbagai laporan bulanan seperti Laporan Kes Bulanan,
Laporan Jenis Kes, Laporan Penglibatan Guru dan sebagainya.

21
ii. Laporan Tahunan
Untuk melihat pelbagai laporan bulanan seperti Laporan Kes Bulanan,
Laporan Jenis Kes, Laporan Penglibatan Guru dan sebagainya.

iii. Kad disiplin pelajar


Untuk melihat / mencetak Kad Laporan Disiplin Seseorang pelajar

iv. Senarai Pelajar bermasalah


Untuk melihat kumpulan pelajar yang dianggap bermasalah berserta
kes-kes yang dilakukan. Menu ini sesuai untuk Guru Kaunseling
merancang tindakan / bimbingan

v. Laporan disiplin semasa


Untuk melihat senarai pelajar, markah merit dan amaran-amaran yang
dikeluarkan

vi. Senarai Pengurusan disiplin


Untuk melihat / menyemak senarai guru yang ada dalam system

vii. Senarai pelajar


Untuk melihat / menyemak senarai pelajar yang ada dalam system

viii. Kod Salah laku


Untuk membuat rujukan kod-kod kes salah laku

ix. Kod kerja amal


Untuk membuat rujukan Kod-kod Kerja Amal

x. Statistik
Untuk melihat rumusan data-data disiplin semasa dan tahunan

xi. Penggunaan system


Untuk melihat laporan pegawai-pegawai yang mneggunakan system.

xii. Borang-borang
Untuk mencetak pelbagaai borang bagi kegunaan system

xiii. Akuan sahsiah


Untuk mencetak Sijil Akuan Sahsiah para pelajar. Hanya pelajar yang
ada melakukan kesalahan, dan atau melakukan kerja amal sahaja aka
nada sijil ini.

xiv. Rujukan kaunseling


Untuk memudahkan Guru Kaunseling mendapatkan klien.

Disediakan oleh
MOHAMMAD BIN HARUN
0199228343 / 0139838843

22
23

Anda mungkin juga menyukai