Anda di halaman 1dari 6

Imej yang menakutkan merosak erti wajah yang sebenar.

IMEJ TAMPAK YANG JUJUR SEBAGAI WAJAH MEMOIR SEJARAH

Pada suatu petang, saya mengunjungi pameran seni lukis di sebuah Balai Seni
terkenal di tengah-tengah kota raya KL. Pamerannya menarik kerana lukisan yang
diperagakan berkaitan panorama dan figura yang berkaitan Malaysia, indah, unik dan
yang mempersonakan. Lukisan-lukisan itu dihasilkan oleh pelukis yang bukannya orang
Malaysia. Beliau hadir ke Malaysia dalam tempoh masa yang padat dengan pengisian
dan pencarian. Sebagai seorang pengembara, pelukis, pencatat dan pemerhati atas
apa yang dilihat menarik yang berbeza dari tempat kelahirannya akan dirakamkanya di
atas kanvas. Dilihat dan dikaguminya aktiviti sosial, budaya serta agama di Malaysia
dalam senario pelbagai kaum. Dirakamkannya wajah dan imej Malaysia dari berbagai
sudut.
Siang dan malam, berubah warna pagi dan petang dijadikan rakaman indah dalam
lukisan yang menampakkan kejujuran dan kesungguhan. Ditelitinya, diperhalusi setiap
wajah, gerak-geri dan makan-pakai pelbagai kaum yang mendiami tanah subur, aman
dan sentosa dalam sudut mata seorang luar. Semuanya diterjemahkan mengguna cat
minyak dalam saiz kanvas yang memenuhi bidang 12 kaki hingga 15 kaki panjang dan
kelebaran 5 hingga 6 kaki.

Setiap watak yang dilukis itu kelihatan dalam situasi yang berbeza mengikut aktiviti
sosial masing-masing. Setengah pihak percaya wajah dan watak itu adalah bayangan
ketika itu dan berubah mengikut waktu dan masa. Ada pihak yang juga percaya wajah
dan watak itu berubah apabila persekitarannya berubah. Terdapat juga pihak yang
terus percaya wajah dan watak boleh dicipta menjadi benar atau pura-pura, tulen atau
kepalsuan. Paling penting pada pendapat peribadi, fokus utama beliau ialah berusaha
mengajak dan mendekatkan kita sebagai rakyat Malaysia menjadi pemerhati yang jujur
untuk turut merasai dan dapat bersama secara dekat dengan kejujuran yang ada.

Dalam mencari dan melihat kesemua peluang ini yang datang hanya sekali.
Kedatangannya membawa satu kesedaran buat kita rakyat Malaysia. Itulah idea yang
saya maksudkan sebagai peluang. Ianya hadir dan diterjemah dalam bentuk imej
tampak yang boleh bertutur sendiri sebagai satu maksud dan boleh berdiri sendiri.
Keistimewaan yang dapat dilihat dalam lukisan-lukisannya ialah kemampuan bersama
usaha dan kehendak yang tinggi berikhtiar keluar mencari kesemua peluang itu untuk
dijadikan karya yang menarik. Sekalipun semua peluang itu ada berhampiran kita,
namun yang dekat itu tidak terusik kerana kita menjauhkannya.

Begitulah analogi antara pelukis luar yang mempamerkan keistimewaan imej


Malaysia dengan pelukis lain yang mencari imej di luar Malaysia. Barangkali juga
hasilnya nanti berbeza dengan hasil anak Malaysia kerana pelukisnya melihat dari kaca
mata orang asing yang ikhlas untuk mencari sesuci bersih imej Malaysia yang masih
cantik dan unik.
Jika diambil kesimpulan, pelukis sendiri yang menentukan imej dalam karyanya.
Andainya imej yang dipaparkan ganas, menakutkan, terharu, sengsara maka itulah
imejnya nanti yang akan diinterpritasi oleh mata yang melihat. Kesemuanya terpulang
kepada artis untuk mencorak dan mengolahnya hanya dengan itu seni terus
berkembang. Seni boleh mengusik emosi, mampu menaikkan nafsu dan bertenaga
untuk mengubah persepsi sesiapa sahaja.

Dari perspektif sejarah Malaysia, imej itu menjadi fakta pensejarahan


(historiography), sebagai kenyataan dan kebenaran. Sifat lukisan itu boleh diterima
sebagai versi tentang sejarah sosiologi rakyat Malaysia. Versi tampak ini dari
pandangan ikhlas seorang pelukis yang bukan rakyat Malaysia dirakam berdasarkan
tahun 2009 atau barangkali lebih awal dari itu yang boleh dianalisis pada masa depan
apabila berlaku fakta-fakta baru. Tidakkah semua ini memberi manfaat kepada kita dan
rekod yang menunjukkan sejarah Malaysia boleh dirujuk melalui seni tampak?

Sebelum ini kita banyak melihat karya seni tampak Malaysia menonjol kecintaan
seni yang meyeluruh sebagai simbol tempatan. Selain itu siri himpunan karya yang
meliputi akar jatidiri moden, pengenalan nasionalisme dan liputan identiti Malaysia yang
semuanya telah membantu menjelaskan makna-makna sebenar lukisan yang ada.
Tidak diragukan terdapat ramai artis Malaysia berusaha mengatasi masalah budaya
sosial yang rumit dengan halangan perpaduan dan isu kebelbagaian budaya di
Malaysia dapat dijelmakan dengan baik. Semuanya cuba dinyatakan secara halus dan
diespreskan dengan gaya seni yang terkawal. Terdapat juga ramai di kalangan artis
Melayu, Cina dan India bergabung menghasilkan karya yang memberi kesan-kesan
seni yang ada bagi mencabar daya fikir orang ramai dalam aspek bahasa, ekonomi,
pendidikan, budaya dan nilai yang mempengaruhi gambaran sebenar perkembangan
seni tanah air.

Terdapat juga karya penampilan patriotisme yang boleh ditonjolkan dalam tema-tema
persilatan seperti dalam karya-karya Amron Omar. Penonjolan seni bela diri, silat dan
sebagainya. Melihatkan pergerakan badan, langkah kaki dan gerak tangan dengan
tolehan kepala melambangkan kesatriaan, kegagahan, keberanian menumpas
kebatilan.

Kekayaan nilai falsafah di sebalik imej-imej visual itu apabila dikaji bersungguh-
sungguh hal yang berkaitan patriotisme itu hanya simbol luaran tetapi nilai itu tertanam
di dalam fikiran. Semangat dari nilai itu menguatkan lagi jati diri patriotisme yang tidak
serupa pada semua orang.

Simbol atau lambang patriotisme boleh dilihat pada bendera, tugu peringatan, status
bangunan parlimen, istana pembesar, nama pahlawan bangsa, berita dan kisah-kisah
sejarah, nyanyian lagu kebangsaan. Istilah-istilah yang menjadi pengganti kepada
simbol seperti ibu pertiwi telah dicipta kembali.

Namun masih banyak sudut menarik yang boleh dijadikan hasil seni tampak
khususnya karya seni lukis dalam mengangkat sejarah peradaban Malaysia. Dari segi
budaya, pegangan agama, ekonomi, agihan kekayaan bumi Malaysia yang dikongsi
oleh rakyat asing boleh terpilih sebagai fokus utama. Kebanjiran rakyat Indonesia, India,
Republik Rakyat China, Myanmar, Bangaladesh, Vietnam, Kemboja, Nepal, Pakistan
dan sebahagian warga Afrika yang mencari rezeki, melabur modal dan mencari
kekayaan yang ada merupakan realiti. Setiap ceruk dan lorong yang gelap dan terang,
sah dan haram boleh membangkitkan reaksi kepada pemerhati dalam lukisan-lukisan
tersebut.

Imej-imej tampak ini mencerminkan keadaan sebenar yang murni di sebaliknya atau
kesan-kesan sosial yang keterlaluan. Sudut-sudut yang tersorok itu menarik untuk
ditonjolkan sebagai imej tampak yang membawa erti indah di segi estetik dan maksud
tersurat di sebaliknya. Seni tampak bertemakan memoir sejarah menggambarkan realiti
sosial bagi rakyat dan negara Malaysia dapat ditonjolkan dan ia menjadi imbasan untuk
difikirkan oleh generasi muda. Jangan sampai nanti generasi muda hilang arah. Sudah
wujud minda pops, menjadi pecandu pada budaya murahan, hilang jatidiri dan jahil
tentang sejarah negara bangsa sendiri.

Manakala pemimpin organisasi, pemikir dan perancang pendidikan negara, pelukis


dan penggiat budaya perlu memikir tempoh 10 hingga15 tahun akan datang generasi
yang bakal lahir dari sistem pendidikan yang ada mahu dibawa ke mana. Selai itu perlu
dilihat kepentingan sejarah itu melalui seni tampak supaya anak-anak kita diasuh
menghargai seni dan menghormati sejarah yang boleh merangka masa kini dan masa
depan.

Dalam tulisan lain, saya pernah menyentuh adanya kesan bahaya yang perlu kita
semua sedari. Iaitu sebahagian pengkaji menyedari bentuk pemikiran falsafah pasca
modenisme begitu ghairah mempopularkan petanda dalam kod seni moden. Ada
keghairahan mencabar budaya jatidiri, melenturkan patrotisme sesuatu negara bangsa,
memanipulasikan informasi dan kemeriahan teknologi. Menjadikan dunia tanpa
sempadan sebagai lapangan untuk melahirkan keindahan dalam berkarya dan nilai seni
mengalami kefahaman baru melalui nilai tanda dan nilai simbol. Pemikiran pasca
moden ini mengujudkan proses dekonstruk iaitu mematikan makna. Menyakini idea
tidak lahir dari subjek atau objek yang dilihat. Karya yang dihasilkan dibuat dan dinilai
dengan mengaitkannya dengan pemikiran realiti yang setiap satunya menjadi
prasangka pada yang lain. Pemikiran ini dianggap sebagai satu senjata ideologi yang
bahaya dan berpuaka. Jangan sampai sejarah kita diperbetulkan melalui karya seni
tampak oleh tangan-tangan yang jahat.

Pada tahun 1997, sebuah muzium di London telah mengadakan pameran berkaitan
penduduk Patogonia. Wajah dan imej yang dipaparkan dalam bentuk fotografi telah
membuka ruang untuk pemerhati menghayati setiap sudut wajah yang dipaparkan.
Mood dan mainan emosi pada wajah-wajah itu digambarkan penuh kesengsaraan,
ganas dan menakutkan. Dengan air muka dan campuran emosi, orang ramai
mengaitkan wajah-wajah itu dalam kehidupan peribadi yang kesannya merosakkan erti
wajah yang sebenar. Beberapa pandangan lain juga sependapat mengatakan
pemikiran pasca modenisme ini ditunjangi oleh ideologi kapitalisme yang melihat seni,
budaya, teknologi, media massa dan konsumanisme sebagai saluran yang baik untuk
dimanipulasikan sehingga menyakinkan orang ramai.

Apabila kembali ke destinasi, masuk ke dalam studio, mulai memegang berus,


teringat kembali kata-kata daripada guru saya. Dalam berkarya, seorang artis itu perlu
mengenaldiri, perlu mendengar keperluan dirinya, belajar bercakap kepada dirinya,
hingga akhirnya dengan ikhlas dirinya menjadi teman karibnya sendiri. Menyedari
bahawa kesempurnaan bukannya hak manusia, maka waraslah seseorang artis itu
menerima dirinya seada-adanya dan bergerak maju dari situ di bawah kesedaran di
mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Dalam saya menghasilkan seni, pernah ditegur supaya melihat seni itu sebagai
suatu kewujudan sebenar. Dari situ kita menjumpai persepsi yang tersembunyi.
Persepsi adalah suatu proses yang rumit dan jika kita tidak dapat memahaminya maka
sudah tentu banyak visualisasi pada alam ini tertutup dari penglihatan kita. Walaupun
mata kita dapat melihatnya, sekalipun ianya berada dekat dengan kita, di tempat
tumpah darah kita namun kita tidak mampu menampilkan wajah sebenar kerana masih
percaya hujan emas di negeri orang.

Anda mungkin juga menyukai