Anda di halaman 1dari 2

Muhd Faiz bin Isahak.

Ketua Program Ceramah Dan Pameran Anti Dadah Peringkat Institut.


Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh.
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Pusat Khidmat AADK Daerah Kinta (Pentadbiran),


No 67, Jalan Wan Mohamad,
Off Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh Perak Darul Ridzuan.
30 Ogos 2010

Tuan/Puan

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM ANTI DADAH DAN


PAMERAN

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Unit PISMP-IPGM Kampus Ipoh F4


dengan kerjasama pihak pengurusan Institut Pendidikan Kampus Ipoh akan
menganjurkan Program Anti Dadah Dan Pameran Peringkat Institut pada 27
September 2010 di Dewan Seri Melati, Institut Pendidikan Guru Kampuh
Ipoh.

Sehubungan dengan itu, pihak Unit PISMP-IPGM Kampus Ipoh F4 amat


berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menjadi penceramah dan juga
membuat pameran berkaitan dadah dalam program tersebut seperti berikut:

Tarikh : 27 September 2010


Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Melati

Sebarang pertanyaan berkenaan hal ini sila hubungi pihak Muhd Faiz bin
Isahak di talian 0195611894. Kerjasama dan kesudian tuan/puan menerima
jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
"Dadah Pemusnah, Musnahkan Dadah"

Yang benar

……………………..
Muhd Faiz bin Isahak
Unit PISMP-IPGM Kampus Ipoh,
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh.