Anda di halaman 1dari 64

PENGENALAN: ASAL USUL

ORANG JEPUN

Walaupun orang Jepun seperti


bangsa-bangsa moden yang
lain berasal daripada berbagai-
bagai keturunan darah,
mereka adalah pada dasarnya
berketurunan Monggol yang
rapat pertalian dengan jiran-
jirannya di negeri Korea dan
negeri China. Mengikut teori-
teori yang diketahui umum,
orang Jepun yang mula-mula
menduduki kepulauaan Jepun
adalah dari Selatan melaui
Pulau Farmosa dan Ryukyu,
tetapi bukti-bukti dari segi kaji
purba menunjukkan dengan
jelas bahawa kebanyakkan
daripada orang Jepun yang
mula-mula sampai ke Jepun
melaluiKorea. Setengah-
setengahnya pada mulanya
mungkin berasal dari daerah
yang lebih jauh di timur laut
Asia, dan lain-lainnyamungkin
berasal dari kawasan pantai
China Selatan. Di sana mereka
mungkin telah berhubung
dengan orang Asia Tenggara
dan pulau-pulau yang
berdekatan dan kenyataan ini
mungkin boleh menerangkan
banyaknya persamaan yang
rapat antara institusi Jepun
yang kuno dengan institusi di
kawasan-kawasan selatan di
Timur Jauh.

Meskipun orang Jepun itu pada


hakikatnya berketurunan
Monggol, penduduk-pemduduk
yang pertama menduduki
pulau-pulau Jepun nampaknya
adalah nenek moyang orang
Ainu moden sekarang, suatu
bangsa yang mungkin
sebahagian daripada rumpun
proto puteh, iaitu suatu
kumpulan yang terpisah
daripada rumpun bangsa puteh
pada masa yang begitu awal,
maka tidak semua cirri jenis
Caucasian lengkap
berkembang pada masa itu.
Kaum Ainu barangkali pernah
pada suatu masa, menduduki
seluruh negeri Jepun tetapi
mereka mempunyai
kebudayaan zaman batu
baharu yang dipunyai oleh
oarng Monggol yang datang ke
Jepun. Sebagai hasilnya
dengan beransur-ansur
mereka telah ditolak kearah
Timur dan Utara melalui pulau-
pulau Jepun yang bertali-tali
sehingga mereka sekarang
wujud hanya sebagai suatu
bangsa yang cepat pupus,
duduk diperkampungan yang
primitif di bahagian-bahagian
yang lebih terpencil di pulau
Hokkaido di Utara dan di
pulau-pulau yang lebih kecil
lebih jauh di Utara.

Sumbangan orang Ainu kepada


kebudayaan kebudayaan Jepun
hanya sedikit, tetapi mereka
mungkin telah mepengaruhi
sifat-sifat bentuk badan orang
Jepun , satu diantaranya ialah
sifat orang-orang Jepun yang
lebat bulu badannya
berbanding dengan kaum
Monggol yamg lain. Misai kasar
pegawai-pegawai tentera dan
saudagar-saudagar Jepun itu
mungkin disebabkan oleh
darah Ainu mereka ini.

Gansa dan besi mungkin mula-


mula sampai ke Jepun kira-kira
pada kurun Masehi yang
pertama yang dibawa oleh
gelombang-gelombang
serangan kaum Monggol dari
Korea.penyerang-penyerang
ini ketara sekali berhubung
rapat dengan kebudayaan
yang separuh nomad orang-
orang di timur laut Asia.
Mereka ialah pejuang-pejuang
berkuda, yang menggunakan
pedang besi panjang lurus
seperti yang didapati di Asia
Utara, dan seperti kaum-kaum
nomaddirantau itumereka
mengkebumikan mayat-mayat
ketua mereka ditempat-tempat
yang bercangkat. Satu
daripada lambing-lambang
mereka yang biasa ialah satu
jenis batu yang agak berharga
dibengkokkan dalam bentuk
koma yang besar, dan satu
lagi ialah sebagai suatu
lambing matahari. Permata-
permata yang berbentuk agak
serupa selalu dijumpai dalam
usaha kaji purba yang
diseluruh negeri Korea, dan
cermin-cermin gangsa ternyata
sekali dipinjam daripada
orang-orang
China,menunjukkan bahawa
orang-orang ini telah pun ada
sedikit hubungan dengan
tamadun China yang lebih
tinggi sebelum datang ke
Jepun.

Penyerang-penyerang ini,
dengan tamadun gangsa dan
besinya yang lebih tinggi,
dengan cepat menjadi
kumpula yang unggul diantara
berbagai bagai kaum di negeri
Jepun pada masa awal itu.
Mereka adalah peneroka
negara Jepun yang ada
dalamsejarah. Tiga diantara
kepunyaan-kepunyaan mereka
yang penting ialah pedang,
permata yang melengkung dan
cermin, akhirnya menjadi “
Tiga Lambang Kerajaan” iaitu
sehingga hari ini masih
menjadi lambing kuatkuasa
kerajaan.

Penyerang-penyerang dari
Korea berkumpulan ke dalam
suku-suku yang kecil.
Pedagang-pedagang China
yang sampai ke Jepun Barat
kira-kira pada tahun Masihi
200, mendapati negeri itu
berpecah-pecahmenjadi
negeri-negeri kecil berpuluh-
puluh banyaknya dan
berdasarkan menjadi negeri-
negeri kecil berpuluh-puluh
banyaknya dan berdasarkan
persukuan, tiap-tipa suku di
perintah oleh seorang paderi
lelaki atau permpuan. Kira-kira
pada masa itu juga,
pemerintahan oleh kaum
wanita, yamg selalu
dibayangkan dalam cerita
dongeng Jepun, diagakkan
telah lemah dan memberi
tempat kepada pemerintahan
oleh kaum lelaki.

Perasaan perpaduan
persukuan dan kepercayaan
tentang pentingnya hak-hak
dan kekuasaan turun temurun,
dengan tidak syak lagi kuat
dikalangan orang-orang ini,
kerana kuasa-kuasa ini adalah
unggul disepanjang sejarah
Jepun dan masih lagi hidup di
zaman moden ini. Barangkali
tokoh perajurit aristokat,
orang yang menunggang kuda,
telah pun setakat ini penting
dalam masayrakat Jepun,
sebab bayangan tentang
orang-orang ini dapat
mengelakkan diri dari di nodai
oleh tamadun China yang
dipinjam, dan muncul pada
suatu hari yang terkemudian
sebagai tulang belakang negeri
Jepun di zaman feudal.

Agama orang Jepun pada


mulanya, adalah pad dasarnya
hanya menyembah alam
sekeliling, tetapi barangkali
disebabkan oleh pengaruh
China, kemudiannya
memasukkan unsure
menyembah nenek moyang.
Dengan tidak bernama pada
mulanya, akhirnya cara
menyembah ini di beri nama
Shinto, suatu nama yang
bunyinya kecinaan. Erti Shinto
ialah ‘kehendak-kehendak
tuhan’. Shinto adalah usaha
untuk membezakannya dengan
ugama di tanah besar Asia
yang di panggil ugama
Buddha. Ia adalah didasarkan
kepada perasaan takwa
dihadapan suatu kejadian alam
yang mengkagumkan seperti
air terjun, gunung meruncing,
pohon yang besar, batu yang
aneh bentuknya atau benda-
benda yang lebih rendah
seperti ulat. Apa sahaja yang
mengkagumkan dipanggil
‘kami’, suatu perkataan yang
jika diterjemahkan bermakna
‘tuhan’ tetapi pada dasarnya
bermakna ‘di atas’ dan ‘lebih
tinggi atau mulia. Konsep
kedewaan Shinto yang mudah
ini hendaklah diingati dalam
usaha memehami bagaimana
di zaman moden orang Jepun
menganggap maharaja-
maharaja yang masih hidup
dan kesemua perwira Jepun
yeng telah terkorban kerana
negara sebagai dewa-dewa.

Tempat di mana orang-orang


berasa diri mereka kagum
menjadi tempat suci dan
akhirnya menjadi tempat
keramat. Hari ni berpuluh-
puluh ribu tempat yang
seumpama itu berselerak di
seluruh di negara Jepun. Di
antaranya sekarang ini
merupakan institusi-institusi
terbesar yang umurnya tidak
dapat ditentukan, dan yang
lain merupakan pondok-
pondok kecil bersama batu
atau kayu yang didirikan baru
ini di hadapan suatu pohon oak
yang tua atau didalam lubang
gua yang dalam.

Kepercayaan asas Shinto hari


ini masih kekal dengan tidak
ada perubahan sejak zaman
prasejarah. Banyak usaha
telah dilakukan dalam masa
1500 tahun yang lepas untuk
mewujudkan satu agama yang
tersusun dari adat yang
menyembah alam yang mudah
ini, dan baru-baru ini, denagn
menegaskan cerita-cerita
dongeng lama yang
bersangkut-paut dengan
Shinto, untuk menggunakan
sebagai suatu alat perpaduan
kebangsaan dan suatu ilham
untuk semangat kebangsaan
yang fanatik. Tetapi walaupun
ada susunan-susunan yang di
paksakan ini asas Shinto yang
sebenar kekal tiada berubah,
iaitu menyembah alam dengan
cara yang mudah.

Penganut-penganut
kebudayaan besi dan gangsa
mula menyeberang dari Korea
ka-Kyushu Utara dan Honshu
Barat kira-kira dalam kurun
yang pertama tahun Masihi,
tetapi pemindahan ini
berlarutan hingga beberapa
kurun kemudiannya. Apabila
bilangan mereka bertambah di
Jepun, mereka mara ke Utara
melalui Laut Pendalaman ke
bahagian tengah negeri Jepun,
dengan menakluki dan
menyerap penduduk-penduduk
yang lebih awal sambil mereka
bergerak.

Satu daripada suku-suku


mengikut tradisinya sendiri
yang kabur, bergerak ke Utara
melalui Laut Naikai dari
tempatnya yang lebih awal di
Kyushu dan akhirnya bertapak
di Dataran Yamato yang kecil
itu tidak jauh dari pantai
sebelah timur laut Naikai. Di
sana ia tumbuh dan
berkembang, menerbitkan
pecahan-pecahan di daerah-
daerah baru dan meresapi
kaum-kaum lain, sehingga ia
mendapat suatu kedaulatan
yang sederhana meliputi
semua Jepun Tengah dan
Jepun Barat dan juga beberapa
bahagian di Korea Selatan.

Penguasaan Jepun ke atas


Korea Selatan dihuraikan
dalam sejarah tradisi Jepun
sebagai hasil daripada
penaklukan yang setengah
ajaib oleh seorang perajurit.
Suatu huraian yang lebih tepat
ialah bahawa suku-suku di
Korea Selatan, yang merasai
diri mereka lebih hampir
persaudaraannya dengan
suku-suku yang telah
menyeberang ke Jepun lebih
awal, meminta pertolongan
daripada orang-orang di Jepun
Barat untuk menentang
penyerang-penyerang baru
dari Korea Utara.
Walaubagaimanapun kuasa
Jepun di Korea Selatan adalah
pada kemuncaknya dalam
bahagian kedua kurun yang
keempat dan beransur lemah
selepas itu, dan berakhir
dalam tahun Masihi 562.

Kedaulatan suku Yamato


dalam negeri Jepun tidak pula
melenyapkan hak-hsk otonomi
suku-suku, tetapi paderi besar
kumpulan Yamato itu menjadi
ketua di antara ketua kaum-
kaum lain dan pemujaan
istimewa suku ini menjadi
pemujaan utama di dalam
seluruh negeri. Dengan cara ini
mereka menyembah Dewi
Matahari, nenek moyang
ketua-ketua suku Yamato yang
bersifat mitos, menjadi
pemujaan yang utama
kepercayaan Shinto Jepun.

Daripada ketua-ketua paderi


suku Yamato yang mendapat
kuasa di atas ketua-ketua
paderi yang lain dalam kurun
ketiga dan keempat, maka
terpancarlah keluarga di raja
Jepun. Asal usul yang
demikian tidaklah berapa
mengagumkan sebagai
keturunan langsung daripada
Dewi Matahari seperti yang
tersebut dalam tradisi Jepun.
Walaubagaimanapun ia
merupakan keturunan yang
sangat awal apabila
dibandingkan dengan asal-usul
keluarga di raja di tempat-
tempat lain di dunia.
Kedaulatan suku Yamato itu
adalah permulaan negara
Jepun sendiri, suatu hubungan
yang longgar di bawah satu
suku yang utama, sangat kecil
untuk dipanggil empayar
seperti yang dinyatakan dalam
sejarah tradisi Jepun, tetapi
disangkal lagi suatu titik
permulaan sebuah negara
baru.
http://dukeamienerev.blogspot.co
m

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:50 pm Post #2

SEJARAH AWAL JEPUN


Administrator/Anggota SPTians
Jepun atau Nihon(Nippon) dalam bahasa jepun
Posts:
dikenali secara meluas sebagai Tanah Matahari
2,766 Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari,
iaitu matahari terbit. Jepun juga pernah dikenali
Group: sebagai Yamato. Nihon, telah diterima secara am
sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan
Admin
buat pertama kalinya oleh cendiakawan-
Member cendiakawa. Korea yang telah ramai datang ke
Jepun pada awal abad ke 7. Istilah Nippon telah
digunakan dengan meluas semasa era Meiji(186-
#1 19120 dan Taisho(1912-1926). Selepas perang
kedua, nihon disebaliknya lebih banyak digunakan
Joined: dirujukkan kepada jepun.

October 6, 2004 Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu,


Shikoku, Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang
berhampiran. Honshu, yang merupakan pulau
yang terbesar dan menjadi tempat tinggal empat-
perlima daripada penduduk Jepun masakini.
Beberapa buah daripada bandar-bandar yang
terbesar di Jepun, seperti Tokyo, Osaka, Kyoto,
Nagoya, Yokohama, dan lain-lain terletak di pulau
ini. Jepun adalah sebuah negara yang kekurangan
kawasan-kawasan dataran, prairi, dan sungai-
sungai yang panjang lebar. Bagaimanapun, oleh
kerana kedudukannya di zon monsun, ia
mendapat hujan dan kelembapan yang
secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya
dengan tumbuh-tumbuhan. Secara am iklim
adalah sederhana, dan kempat-keempat musim,
(bunga, panas, luruh, dan sejuk) adalah jelas
berbeza.

Empat-perlima daripada negara Jepun diliputi oleh


kawasan pergunungan dan seperlima oleh dataran
lanar. Antara dataran-dataran lanarnya ialah yang
terkaya terletak di Honshu, terutamanya di
sebelah kawasan timur Jepun. Ketiga-tiga dataran
tersebut ialah Kanto(terletak di Tokyo),
Kinai(terletak di teluk Osaka) dan yang ketiga
terletak di teluk Ise. Ketiga-tiga dataran ini
mempunyai penduduk yang padat. Dataran-datarn
tersebut amat penting dalam sejarah Jepun
kerana ia merupakan kawasan-kawasan
pengeluaran makanan dan juga sumber kekayaan
dan kuasa utama. Oleh itu, Dataran datarn-
dataran ini telah menjadi punca perselisihan dan
persaingan di kalalangan tuan-tuan tanah dan
keluarga-keluarga feudal.

Orang-orang Jepun sebahagian besarnya


berketurunan Mongoloid dan dengan itu mereka
mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang
Cina, Korea, Thai, Burma dan lain-lain. Mereka
berbadan sederhana dengan potongan muka yang
berbentuk bujur serta rambut dan mata yang
berwarna hitam. Orang-orang Jepun berketurunan
Mongoloid ini telah sampai ke Kyushu melalui
negara China dan kemudian berhijrah ke Honshu,
Shikoku, dan Hokkaido. Orang-orang Jepun juga
telah bercampur aduk dengan kumpulan-
kumpulan bangsa lain, misalnya orang-orang Ainu.
Orang-orang Ainu merupakan bangsa proto-
Caucasoid yang telah menduduki Jepun terlebih
awal daripada orang-orang Mongoloid. Beberapa
ahli antropologi telah menganggarkan bahawa
orang-orang Ainu hidup di jepun lebih kurang
5000 tahun yang lalu. Hasil-hasil penyelidikan
arkeologi, misalnya pertukangan barang-barang
tembikar, siput dan lain-lain, menunjukkan
kewujudan suatu kebudayaan neolitik yang
mungkin telah diteruskan oleh orang-orang Ainu.
Apabila semakin ramai orang-orang Jepun (suatu
proses yang telah berlanjutan sehingga abad ke8
TM), orang-orang Ainu, telah berpindah ke utara
ke Hokkaido. Dalam proses tersebut, ramai orang
Ainu kini merupakan suku bangsa Jepun. Orang-
orang Ainu kini merupakan suatu bangsa yang
sedang mengahadapi proses pemupusan dan
mereka hidup dalam penempatan-penempatan
kecil di Hokkaido.

Orang-orang Ainu merupakan salah satu


penduduk yang paling awal mendiami Jepun. Pada
asasnya mereka merupakan masyarakat primitif
yang hidup memburu dan memungut makanan.
Kemungkinan juga mereka telah menduduki
beberapa ribu tahun yang lalu. Mereka juga telah
memiliki kebudayaan yang meyerupai zaman
neolitik. Orang-orang neolitik ini telah
menggunakan alat-alat harian yang telah
diperbuat daripada serpihan batu yang telah
digilapkan, tulang ikan dan tanah liat.

Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai


Jomon. Perkataan Jomon ini berasal daripada
barang-barang yang telah direka oleh orang-orang
Jepun dari tanah liat jenis Jomon. Pertukangan
tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah
menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak
yang luar biasa. Ini menunjukkan bahawa
penduduk asli Jepun telah mencapai taraf seni
kebudayaan yang agak tinggi menjelang tahun
5000 SM.

Menjelang tahun 5000 SM dipercayai suku kaum


ini telah mengikut aliran hidup yang kolektif dan
tetap tanpa jurang perbezaan antara miskin dan
kaya. Mereka juga mempercayai suatu jenis kuasa
ghaib. Ini boleh disimpulkan dari rupa-rupa patung
patung dewi yang diperbuat daripada tanah liat
dan gada-gada batu besar yang dipercayai
mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Orang-orang
yang sudah meninggal dikebumikan tanpa
keranda, dengan tangan dan kaki dilipatkan dan
kadangkala diletakkan sebuah batu yang besar di
atas dada mereka supaya mereka tidak menjelma
semula.

Pada hampir tahun 200 SM, pengaruh kebudayan


dari negara China mula mengalir masuk ke Jepun.
Dinasti han di negara China(206SM-24SM) mula
menekankan pengaruhnya ke atas penduduk awal
Jepun. Akibatnya masyarakat Jepun mula
mengalami banyak perubahan. Seni berkebun dan
meembuat perkakas-perkakas tembaga dan besi
serta jenis periuk-belanga tembikar yang telah
direka pada waktu itu iaitu dari zaman-prasejarah
Jepun sehingga hampir abad ke14M. Barang-
barang tembikar ini telah dicirikan oleh garisan-
garisan inrus dan corak-corak ibi mudah dan
kemas.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:52 pm Post #3

ZAMAN-ZAMAN DALAM TAMADUN JEPUN

2.1 Zaman Yayoi

Administrator/Anggota SPTians Era Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan


Posts: alat-alat logam dari benua asia terutamanya dari
negara China. Suatu bentuk ekonomi pertanian
2,766 telah juga diperkenalkan. Tanah-tanah telah
dibuka untuk penanaman padi dan teknik-teknik
Group: pengairan telah digunakan dengan meluas yang
Admin telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam
pengeluaran padi. Setelah amalan menyimpan
Member beras dan hasil-hasil pertanian yang lain mula
berkembang, maka wujud perbezaan di antara
#1 orang-orang kaya dengan orang-orang miskin.
Perbezaan-perbezaan di dalam perkembangan
Joined:
sosial dan politik juga wujud di antara pihak
October 6, 2004 pemerintah dan rakyat. Lama-kelamaan lebih
ramai pemimpin-pemimpin politik mula muncul di
jepun, seperti di Yamato(kini merupakan daerah
Nara) dan Kyushu. Kumpulan Yamato atau Nara
ini (nenek-moyang keluarga Imperial Jepun yang
bertakhta sekarang) telah berjaya mendapat
keunggulan ke atas golongan-golongan lain yang
dipanggil Uji. Menjelang pertengahan abad ke 4
TM. Kekuasaan pemimpin-pemimpin yamato telah
meluas ke hampir seluruh negara jepun kecuali di
beberapa daerah di Kyushu, seperti bahagian
timur-laut dan selatan pulau ini.

Pemerintah-pemerintah Yamato telah menuntut


bahawa mereka berketurunan dari Dewi
Matahari(Amateresu) dan dengan demikian
mereka telah meneNtukan bahawa pemujaan dewi
ini menjadi penyembahan yang ulung di negara
ini. Simbol kekuasaan pemimpin-pemimpin
Yamato ialah sebuah cermin tembaga, sebuah
pedang besar yang panjang dan permata
melengkung(digelar magatama) yang dibentuk
seperti tanda koma yang kecil. Sebenarnya,
ketiga-tiga khazanah ini menjadi bahagian yang
penting Alat Kebesaran Imperial keluarga diraja
yang sedang memerintah di Jepun pada masa
sekarang. Pemerintah-pemerintah Yamato(yang
merupakan keturunan keluarga diraja jepun pada
masa sekarang) telah memberi kepimpinan awal
di Jepun. Mereka juga telah berjaya membawa
perpaduan kepada negara tersebut. Kerajaan
yamato juga telah memperluaskan kuasa dan
pengaruhnya ke beberapa bahagian di Korea
Selatan, tetapi pengaruh tersebut berakhir pada
562 TM.

Kepercayaan agama orang-orang Jepun


purba(iaitu dalam beberapa abad pertama TM)
dikenali sebagai Shinto. Shinto atau “cara tuhan-
tuhan” (ways of the gods) telah wujud lebih awal
daripada Confucianisme atau Buddhisme di Jepun.
Shinto yang telah dianggap sebagai agama
pribumi jepun telah tidak mewujudkan prinsip-
prinsip moral atau doktrin-doktrin falsafah seperti
yang terdapat di dalam agama Buddha. Berbeza
dari agama Buddha atau kristian atau islam,
Shinto tidak mempunyai pengasas, tiada buku suci
atau kitab, tiada guru-guru, tiada syahid dan tiada
wali.

Shinto dalam bentuk asalnya mungkin boleh


diterangkan sebagai suatu jenis pemujaan alam
dan ia tidak merupakan agama yang teratur. Ia
hanya memberi tumpuan kepada pemujaan alam,
pemujaan roh-roh nenek moyang dan lain-lain.
Shinto mempunyai banyak tuhan. Setiap golongan
atau ‘Uji’ memuja satu Tuhan. Apabila masyarakat
Jepun telah bersatu-padu di bawah pemerintahan
Yamato, agama, tradisi-tradisi tempatan dan lain-
lain telah bergabung ke dalam suatu polisi
keagamaan dengan sistem upacara dan dan metos
seluruh negara tertumpu kepada Dewi Matahari.
Tuhan-tuhan Shinto diistilahkan juga
sebagai’Kami’. Suatu perasaan kehairanan
terhadap seringkali telah diterjemahkan sebagai
tuhan tetapi konsep ini (iaitu Kami) berbeza sekali
daripada pengertian tuhan sepertimana dalam
agama islam dan kristian. Seperti yang telah
dinyataknan terlabih dahulu, ‘Kami’ ialah Dewi
Matahari yang dianggap sebagai nenek-moyang
ulung keluarga diraja Jepun.

Pada keseluruhannya, Shinto telah mempunyai


pengaruh yng kuat dalam sejarah Jepun. Beribu-
ribu rumah berhala Shinto boleh didapati di Jepun
pada masa sekarang dan rumah-rumah berhala ini
biasanya dicirikan oleh pintu-pintu masuk yang
dikenali sebagai torii. Shinto tidak melalui
perubahan-perubahan yang besar sama ada dalam
bentuk atau kandungannya. Tetapi dengan
peredaran masa, ia telah menjadi suatu agama
yang teratur di Jepun. Pada abad-abad ke19 dan
20, Shinto telah digunakan untuk membangkitkan
perasaan nasionalisme dan perpaduan Jepun.
Dalam tahun-tahun 1930an telah digunakan untuk
mendorong kafanatikan orang-orang. Selain dari
aspek ini, Shinto masih memberi tumpuan ke atas
pemujaan alam dan tuhan-tuhan nenek moyang.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:54 pm Post #4

2.2 Zaman Nara Dan Heain ( 710- 1185


Masihi )

2.2A: Zaman Nara


Administrator/Anggota SPTians
Posts: Zaman Nara bermula pada tahun 710 Masihi dan
berakhir pada tahun 749 Masihi. Pada zaman
2,766 Nara, Jepun banyak menjalin hubungan dengan
Korea dan China sehingga membawa kepada
Group: Jepun dipengaruhi oleh sistem pemerintahan di
Admin China iaitu pemerintahan dibawah Dinasti Tang
( 618-906 Masihi).
Member
Terbinanya tamadun Jepun zaman Nara bermula
#1 dengan perhubungan Korea dan China yang
membawa akibat yang besar. Di antaranya ialah
Joined:
kemasukan kelompok-kelompok orang Korea yang
October 6, 2004 datang menetap di Jepun; mereka ini terdiri
daripada tukang yang mahir, seperti pekerja
logam dan pakar dalam menternak ulat sutera.

Menjelang kurun ke-6 terdapat lebih daripada 100


000 orang Korea dan China dari Manchuria yang
lahir di Jepun. Kebanyakan mereka terdidik
dengan lebih sempurna sama ada dalam bidang
pendidikan mahupun dalam pengetahuan
pertukangan dan kemahiran seni- daripada orang
Jepun yang kemudian meyerapi mereka.
Sumbangan mereka kepad perkembangan
kebudayaan Jepun tidak boleh diperkecilkan.
Kepentingan Jepun dari segi mutu dapat diukur
dari hakikat bahawa menjelang permulaan kurun
ke-8 lebih daripada satu per tiga keluarga
bangsawan Jepun mengaku diri mereka keturunan
dari benua Asia, sama ada Korea atau China.

Oleh kerana begitu banyak menerima dari Korea


dan China melalui Korea, orang Jepun tidak
bersedia menahan kemasukan sesuatu agama
yang akan berasing dengan kepercayaan asli
mereka sungguhpun akhirnya kedua-dua agama
ini melengkapi satu sama lain. Agama tersebut
adalah agama Buddha, dan sampai di Jepun kira-
kira pertengahan kurun ke-6.

Dari segi pengukuhan tamadun pada zaman Nara,


maharaja Jepun iaitu Putera Shotoku sangat
tertarik untuk mempelajari dan meniru corak
pemerintahan Dinasti Tang yang unggul dalam
tamadun China. Rombongan serta utusan-utusan
Jepun dihantar ke China dalam menyelidiki corak
pemerintahan Dinasti Tang. Walaupun perjalanan
melalui laut dari Jepun ke China bukanlah satu
perkara yang mudah tetapi rombongan-
rombongan dari Jepun dan juga utusan –utusan
yang dihantar telah berjaya sampai terus ke China
dan mengunjungi ibu kota Empayar Tang iaitu
Ch’ang-an. Rombongan utusan ini terdiri daripada
beberapa sarjana Jepun yang kemudiannya tinggal
di negeri China dan sering kali untuk tempoh yang
lama supaya boleh mengkaji pelbagai aspek
kebudayaan Tang sama ada yang bersifat agama
atau politik. Di sini dapat kita lihat sifat unggul
orang Jepun yang bersungguh - sungguh mahu
belajar sesuatu yang baru apabila mereka
bertembung dengan satu tamadun yang berbeza
dengan tamadun mereka sendiri. Ini membuktikan
bahawa orang Jepun mempunyai semangat dan
sifat ingin tahu yang amat kuat dan mereka
mempunyai minat yang mendalam untuk belajar
kelebihan orang lain dan bijak memilih,
meminjam, menyesuaikan serta ‘menjepunkan’
pengetahuan dan teknik orang asing.

Cabaran yang dihadapi pada zaman Nara ialah


selepas kemangkatan Putera Shotoku pada 621
Masihi, suku Soga telah mengukuhkan dan
menambah kekuasaan mereka serta menunjukan
tanda-tanda yang mereka bersedia hendak
merampas kuasa. Pada tahun 645 Masihi berlaku
rampasan kuasa yang diketuai oleh Nakatomi-no-
Ktamari yang dikenali sebagai Fujiwara Katamari.

Satu kerajaan pusat yang amat kompleks telah


didirikan dan sekurang-kurangnya di atas kertas
dapat dilihat setiap tingkat pentadbiran telah
diubahsuai supaya selaras dengan sistem yang
terdapat di China. Pada kurun ke-7, masih
terdapat satu gabungan kesukuan yang agak
longgar kerana bentuk muka bumi yang
bergunung -ganang itu telah mernyebabkan
masyarakat Jepun terpaksa menerima keadaan
ini.

Walaupun nama keluarga yang memerintah itu


disanjung tinggi kerana ianya didirikan atas tradisi
agama asli Shinto yang diterima umun tetapi
kuasanya sebagai pemerintah sebuah kerajaan
tidak begiti kukuh. Kebangkitan keluarga Soga
membuktikan bahawa sesuatu suku yang bercita-
cita tinggi bukan sahaja boleh merampas kuasa
tetapi juga mampu mengancam keluarga
maharaja Jepun.
Oleh itu, untuk menguatkan kerajaan Maharaja
Imperial dan sekaligus menyokong kuasanya
sendiri, Fujiwara telah meniru contoh pentadbiran
pusat dari China. Sebenarnya pentadbiran ini tidak
berapa sesuai di Jepun dan sistem ini akhirnya
telah runtuh kerana pelbagai suku di Jepun telah
berusaha menghancurkan sebahagian besar
sistem tiruan daripada Dinasti Tang ini.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:55 pm Post #5

2.2B: Zaman Heian

Dalam sejarah Jepun, Zaman Heian yang


dikatakan mahsyur dianggap bermula pada tahun
Administrator/Anggota SPTians 794 Masihi apabila istana di Heian-kyo didirikan di
Kyoto dan berakhir pada tahun 1185 Masihi.
Posts: Dalam tempoh itu sebuah kerajaan tentera telah
ditubuhkan di bawah pimpinan Minamoto-no-
2,766 Yoritomo.

Group: Zaman Heian boleh dianggap sebagai suatu zaman


yang penuh tradisi Jepun dan amat memberi
Admin
perhatian kepada hidup berperaturan, beradab
Member dan dilafazkan dengtan indah dalam kehidupan
serta kesenian. Zaman Heian merupakan
#1 kebudayaan yang sangat mengambil berat tentang
gaya terutama untuk mencapai kesempurnaan
Joined:
dalam bidang seni lukis, puisi, kesusasteraan,
October 6, 2004 ukiran dan seni bina.

Sepanjang zaman Heian, keluarga Fujiwara iaitu


pemerintah sebenar di Jepun pada keseluruhannya
bersifat berperikemanusiaan dan memetingkan
keindahan. Golongan penentang atau musuh
mereka hanya dihukum buang negeri berbanding
dengan cara tradisi iaitu dihukum mati. Walaupun
keluarga Fujiwara tidak dapat menyebarkan
kebudayaan Heian ke segenap lapisan masyarakat
Jepun, tetapi mereka telah berjaya
memperkenalkan adat memuliakan pelajaran dan
ilmu serta cintakan kesenian.Budaya cintakan ilmu
dan kesenian ini menjadi asas dan pengaruh untuk
merebut kuasa di Jepun hingga kurun –19.

Pada zaman Heian, terdapat satu perubahan


penting dalam kedudukan politik maharaja. Kuasa
politik sebenar maharaja telah merosot dan susur
galur maharaja telah masuk ke dalam keluarga
Fujiwara kerana mereka telah menggunakan taktik
berkahwin dengan keluarga diraja. Dengan
perkahwinan seorang puteri dari keluarga Fujiwara
dengan seorang bakal maharaja Jepun yang masih
muda, telah menyebabkan maharaja dengan
mudah dipujuk melepaskan tahtanya dengan
alasan tanggungjawab maharaja adalah berat
kerana bersangkut paut dengan hal-ehwal agama
dan negara. Kemudian anak lelaki daripada hasil
perkahwinan ini akan dilantik menjadi maharaja
dengan dibantu oleh seorang Pemangku Maharaja
( Kampaku). Anggota keluarga yang paling
berjaya, berkuasa dan terkenal ialah Fujiwara-no-
Michinaga yang memeritah selama lebih 30 tahun
di bawah lapan orang maharaja.
http://dukeamienerev.blogspot.com

 
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:57 pm Post #6

2.3 Zaman Kamakura

Kerajaan Kamakura ini ditubuhkan oleh Yoritomo


pada 1192M , beliau dilantik sebagai Sei-I-
Administrator/Anggota SPTians Taishogun. Kamakura terletak diwilayah sagami
Posts: telah menjadi ibu negara dan pusat kegiatan
politik Jepun. Zaman Kamakura juga merupakan
2,766 kerajaan keshogunan iaitu bersifat kediktatoran
tentera yang pertama dalam sejarah negara
Group: Jepun. Kerajaan seperti ini dipanggil kerajaan
Admin “Khemah” atau Bakufu dalam bahasa Jepun.

Member Apabila dilihat dari aspek pembinaan kerajaan


Kamakura pada zaman Kamakura ini, secara
#1 keseluruhannya kerajaan ini mempunyai dua
pusat pemerintahan iaitu Kyoto dan Sagami.
Joined:
Kyoto mengekalkan keagungan pentadbiran
October 6, 2004 tradisional Jepun, yang mana ia menempatkan
maharaja Jepun bersemayam dan lebih
menumpukan kepada perkembangan sastera yang
merangkumi penulisan sastera Jepun. Manakala
Sagami pula merupakan jentera pentadbiran
Kamakura. Ia menjadi pusat dominasi kuasa
tentera oleh golongan Samurai.

Bagi mengekalkan kestabilan negara yang baru


pertama kali menerima suasana pemerintahan
yang berorentasikan kuasa tentera, Yorimoto
dikatakan mengekalkan pentadbirannnya di
bahagian Timur. Dari aspek pentadbiran kerajaan
Kamakura pada asasnya mempunyai tiga jabatan
iaitu Samurai Dakoro, Mandokoro dan Manchujo.
Selain dari tiga unit asas utama dalam
pentadbiran kerajaan, dua lagi jawatan
diwujudkan oleh Yoritimo iaitu Shugo dan Jito.
Dengan wujudnya jawatan-jawatan ini maka
pentadbiran kerajaan Kamakura menjadi semakin
kukuh. Tanggungjawab dan tugas utama setiap
jabatan dalam kerajaan ini adalah seperti Samurai
Dokoro yang diketuai oleh kumonjo
bertanggunjawab menguruskan hal ehwal tentera
dibawah autonomi jabatan supaya dapat
mendisiplinkan golongan samurai.

Mondoro pula menguruskan urusan harian bakufu


sementara manchujo pula menguruskan
mahkamah agong dan membicarakan semua kes-
kes awam. Sementara itu bagi jawatan shugo dan
jito pula, kedua-duanya dianggap sebagai pegawai
kerajaan dan mempunyai klasifikasi tugas yang
berbeza. Shugo bertindak sebagai pegawai tinggi
polis manakal jito bertanggungjawab
menguruskan semua perkara berkaitan dengan
tanah awam dan persendirian di wilayah-wilayah.
Pemerintahan banyak memberi penekanan dari
segi ketenteraan dan kehakiman. Ini bertujuan
untuk mengukuhkan lagi kerajaannya.

Dalam Zaman Kamakura menyaksikan


pertumbuhan bilangan estet-estet persendirian
atau ianya dipanggil juga Syo atu Syoen. Ini
adalah hasil daripada pertumbuhan feudalisme.
Dengan itu secara tidak langsung menyebabkan
pemindahan kuasa dari kerajaan pusat kepada
pengusaha-pengusaha wilayah dan tuan-tuan
tanah wilayah. Calon-calon bagi jawatan Jito dan
Shugo ditentukan sendiri oleh Bakufu Yamakura.
Ini terbukti semasa pemerintahan Yorimoto telah
memberi keutamaan kepada golongan tentera
atau perwira yang dikenali sebagai Buke untuk
mendapat tempat dalam jawatan tersebut. Ini
adalah disebabkan oleh semasa menentang
keluarga imperal Taira di Kyoto pada tahun 1184
dan keluarga imperal pusat iaitu keluarga imperal
Fujiwara di Hiraizumi bagi menguasai
pemerintahan seluruh Jepun.

Jika dilihat secara keseluruhannya, Bakufu


Kamakura ini mempunyai sistem yang mudah dan
ringkas. Hanya beberapa ribu pegawai-pegawai
feudal yang kebanyakkannya berselerak sebagai
Jito di seluruh Jepun dan ditadbir dibawah
pemerintahan yang longgar dari pentadbiran pusat
Bukufu Kamakura di Kanto. Walaupun begitu,
namun ianya berjaya mengekalkan pemerintahan
selama hampir 150 tahun iaitu dari 1192M-1333M
dan menangani pelbagai masalah dan ancaman
yang menjatuhkan kerajaannya.

Dalam Zaman Kamakura ini juga telah


merakamkan pertumbuhan ekonomi yang positif
dalam sejarah Jepun. Ini dilihat dalam
peningkatan dan pertambahan hasil sektor
pertanian yang besar. Seiring dengan itu
menyebabkan kepelbagaian penggunaan
barangan dan alatan pertanian serta pembukaan
kedai-kedai dan pasar yang meningkat. Tanaman
padi diberikan perhatian yang khusus dalam
sector pertanian ini. Ia juga merupakan makanan
utama.

Akibat perdagangan yang semakin meningkat


wujudnya pertumbuhan ekonomi wang. Wang
kemudian menjadi perantaraan yang sah untuk
tujuan pembayaran seperti tebusan cukai dan
sebagainya. Ekoran dari kepesatan perdagangan
dan aktiviti perdagangan telah membentuk satu
seranta sosial masyarakat Jepun yang
diklasifikasikan daripada bidang pekerjaan dan
status mereka dalam masyarakat. Secara tidak
langsung muncul satu lagi golongan pedagang
yang menjual hasil barangan secara borong
seperti beras, sake dan lain-lain. Golongan
pedagang ini membentuk persatuan pedagang
terutama di bandar dan di pekan.

Antara cabaran yang dihadapi semasa Zaman


Kamakura ialah krisis politik Bakufu Kamakura.
Beberapa ancaman dan permasalahan dalam
kerajaan Kamakura antaranya ialah dua krisis
utama iaitu hilangnya waris Minamoto dalam siri
kepimpinan Bakufu Kamakura yang diasaskan oleh
Yorimoto dan digantikan dengan pengganti-
pengganti raja Hojo. Selain itu terdapat juga
ancaman luar iaitu dari negara Monggol dan Genjiz
Khan.

Selepas kematian Yoritomo pada 1199,


Kepimpinan Kamakura Bakufu telah beralih
kepada jandanya iaitu Masako bersama ayah serta
adiknya iaitu Hojo Yoshitoki. Mereka telah
berkuasa dan bersama-sama dalam komplot
pembunuhan anak Yoritomo yang bakal
menggantikan kepimpinan Kamakura iaitu Yoriie
dan Sanetomo yang berumur 11 tahun. Mereka
kemudian meletakkan Fujiwara yang masih kecil
sebagai pemerintah yang akhirnya berfungsi
sebagai puppet begitu juga maharaja Kyoto hanya
kekal sebagai maharaja tetapi jentera pentadbiran
sebenarnya adalah ditangan kerajaan tentera di
Kanto.

Walau bagaimanapun terdapat buku menyatakan


bahawa selepas kematian Yoritomo, beliau telah
diganti oleh anaknya Yoriie yang baru berusia 17
tahun. Jeneral-jeneral Yoritomo ingin merebut
kuasa pemerintahan dan bimbang sekiranya Yoriie
merupakan seorang yang berkaliber dan bijak
mentadbir satu masa nanti pasti kedudukan dan
keistimewaan mereka akan goyang. Ini telah
membawa kepada peristiwa pembunuhan Yorrie
oleh Hojo Tokimasa pada 1204 kerana beliau
mahu berkuasa penuh. Peristiwa ini juga berlaku
terhadap adik Yorrie iaitu Sanetomo yang
menggantikan tempatnya.

Kerajaan Kamakura mendapat ancaman dari


kerajaan luar yang cuba melemahkan penguasaan
mereka. Ini merupakan cabaran kepada kerajaan
kamakura. Ancaman yang diterima oleh mereka
ialah serangan tentera Monggol yang diketuai oleh
Kublai Khan lewat abad ke 13. pada masa itu
Monggol yang menguasai China mahu Jepun
tunduk kepada kekuasaannya. Kublai Khan terus
menyerang Utara Kyushu pada tahun 1274 dan
1281 kerana Kerajaan Kamakura tidak melayan
kehendak mereka.

Walau bagaimanapun serangan ini gagal kerana


berjaya dipatahkan oleh pemangku raja iaitu Hojo
Tokimune. Faktor lain yang menyebabkan
kegagalan serangan ini adalah kubu pertahanan
yang dibina oleh pihak Jepun dan serangan kecil
dari bot-bot penyerang di perairan Jepun. Bukan
itu sahaja, ribut taufan juga telah berjaya
melemahkan dan memusnahkan angkatan laut
Kublai Khan.

Akhirnya, Kerajaan Kamakura berakhir pada tahun


1333 Masihi akibat timbulnya cubaan dari
beberapa orang maharaja Jepun yang berusaha
menggulingkan kerajaan tersebut. Pada tahun
1333, Maharaja Godaigo (1288-1339) dengan
bantuan jeneral-jeneral utama seperti Kosunoki
Masashige (1294-1336), Nitt Yoshisada (1301-
1338) dan Ashigaka Takauji (1305-1358).
Akhirnya maharaja Godaigo berjaya
mengambilalih namun selepas dua tahun baginda
telah kehilangan kekuasaan politiknya. Ini adalah
kerana baginda sendiri tidak mampu melawan
kuasa kelas-kelas tentera wilayah, termasuklah
golongan Shugo dan Jito.

Akibatnya kerajaan imperal tidak mampu menjaga


dan menguruskan hal ehwal pentadiran negara
Jepun semakin kehilangan kuasa, sedikit demi
sedikit rakyat mula hilang kepercayaan terhadap
pemerintahan Imperal. Pada ketika ini seorang
jeneral tentera telah membantu Maharaja Godaigo
pada ketika itu iaitu Ashikaga Takauji telah
muncul memberontak dan menentang kerajaan
imperal dalam tahun 1335. Pada tahun 1338,
Takauji melantik dirinya sebagai Sei-I-Taishogun
dan mengasas kerajaan Bakufu yang baru
dinamakan Kesyogunan Ashikaga.
http://dukeamienerev.blogspot.com
 

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 7:59 pm Post #7

2.4 Zaman Kesyogunan Ashikaga

Sebelum zaman kebangkitan pemerintahan


kerajaan Kesyogunan Ashikaga, Jepun berada di
Administrator/Anggota SPTians bawah pentadbiran Maharaja Godaigo. Pemerintah
Posts: pada zaman kesyogunan Ashikaga Takauji adalah
seorang pemimpin tentera di bawah pentadbiran
2,766 Maharaja Godaigo Kebangkitan Pemerintahan
Kesyogunan Ashikaga adalah di sebabkan oleh
Group: kegagalan pemerintahan Maharaja Godaingo
Admin menjaga kepentingan komander tentera di bawah
pentadbirannya. Ashikaga Takauji pada masa itu
Member tidak berpuas hati dengan Maharaja Godaigo
mengenai perlantikan gabenor wilayah tentera
#1 kepada puteranya dan bukan kepada tentera yang
menyokongnya. Ashikaga Takauji telah bangkit
Joined:
dan memberontak menentang kepimpinan
October 6, 2004 Maharaja Godaigo. Pada tahun 1336 Ashikaga
Takauji dengan kerjasama Maharaja Komya
berjaya mengalahkan Maharaja Godaigo. Dua
tahun kemudian Ashikaga Takauji telah di beri
taraf shogun.

Ashikaga shogun yang berjaya mengambil alih


pemerintahan mengalami kesukaran untuk
membentuk satu kerajaan yang kuat. Ini di
sebabkan kekurangan ilmu dalam hal-ehwal
menguruskan pentadbiran negara. Namun
demikian pengaruh Ashikaga Shogun bertambah
teguh melalui sistem persekutuan feudal
diperkenalkan serta kemampuan Ashikaga
mengawal vassal dengan tentera. Keluarga
Ashikaga di beri kelebihan dalam kekayaan dan
sumber tentera pada setiap vasalnya.Untuk rumah
tentera yang mana memberi khidmat kepada
shogun sebagai vasdal dan kawasan pengaruh dan
kekuasaan..Ashikaga Shogun mengambil tindakan
mengabungkan dengan kekuasaan tentera bagi
mengukuhkan kedudukanya. Ashikagun telah
membina Bakufunya di Kyoto iaitu Shikimoku
sebagai satu piagam politik yang boleh membawa
perubahan dalam pentadbirannya. Namun hakikat
pembinaan itu tidak membawa banyak kesan yang
positif seperti yang dirancang. Sistem pentadbiran
Ashikaga yang termaktub pada Bakufu
mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Shugo
merupakan pegawai tertinggi dalam kerajaaan
persekutuan dan kerajaan tentera tempatan.
Organisasi pusat yang terdiri daripada shogun-
shogun menjadi vassal yang merupakan pembantu
yang baik. Oleh yang demikian mereka telah
menjadi satu unit yang boleh mengimbangi kuasa
ashikaga. Shogun berada di tahap yang paling
tinggi dan dibawahnya dibahagikan kepada empat
wilayah iaitu Kanto Kubo (Timur), Kyoto Kanrei,
Wilayah Shogun dan Wilayah Barat.Kanto.
Di Wilayah Timur ia di ketuai oleh Kanta Kanrei
yang merupakan wakil kepada shogun. Di system
pentadbiran pusat, ketua pentadbiran ialah Kanrei
yang dipilih daripada tuan-tuan tanah shogun
yang paling berkuasa iaitu Shaiba, Hatakeyama
dan Hosokawa. Ketiga-tiga kuasa ini di kenali
sebagai sankan yang mampu mengimbangi kuasa
vassal Ashikaga. Dari segi perancangan
ketenteraan, ketua pentadbiran yang penting
digelar Ketua Samurai. Jawatan ini akan di berikan
oleh keluarga yang bertanggungjawab serta
mampu mempertahankan polisi Ashikaga.
Mandora pula bertanggungjawab bagi kewangan
shogun, manakala jawatan setiausaha dan
perekod gudang cadastral di gelar Manchujo. Polisi
pentadbiran jeneral pula dibahaskan dalam Dewan
Perundangan majlis tertinggi. Shogun berkuasa
untuk melantik sejumlah pentadbir rasmi yang
akan memegang jawatan-jawatan tertentu dari
kalangan keluarga.

Selepas tahun 1368, pemerintahan kerajaan


Ashikaga di warisi oleh Yoshimitsu, struktur
pemerintahan yang di buat berdasarkan kesetiaan
dan perpaduan. Peranan yang dimainkan oleh
Yoshimitsu dan pegawai bawahannya dikawal
dengan keras tetapi adil, dan pengawasan vassal
adalah terlalu subjektif untuk dikawal. Undang-
undang dikuatkuasakan dan arahan pemimpin
dipertahankan walaupun kebanyakan baron tidak
setuju dan tidak menyenangi tindakan
pemerintah. Disini dapat dilihat kekurangan
kekuatan dan sokongan pada kuasa pusat untuk
merancang dan mengatur perjalanan pentadbiran
kepada polisi yang lebih mantap. Kekuatan baron
semakin berpengaruh dan pemimpin Ashikaga
tidak mampu mengawal dan menyekat pengaruh
baron yang semakin kuat. Pada akhir abad ke-14,
Kanrai yang menjadi ketua pentadbiran di pusat
dapat megimbangi kuasa di Bakufu daripada
pentadbiran Ashikaga. Mereka dapat melantik
pegawai daerah di setiap kawasan dengan kuasa
yang terbatas. Kepentingan pentadbiran kerajaan
Ashikaga juga terjejas kerana kelemahan mereka
mengawal tindakan pemimpin bawahan mereka
yang suka membuat keputusan yang terburu-
buru. Samurai-dokoro juga telah berjaya
mengambil alih kuasa pentadbiran di Bandar dan
daerah daripada Ashikaga. Mereka telah
mengambil alih kuasa dan memegang
tanggungjawab yang penting bagi mengawal
keselamatan awam.

Pada zaman kerajaan Ashikaga, perkembangan


ekonami berlaku dengan pesat melalui pengagihan
kuasa yang diperkenalkan. Masyarakat yang
terpisah berdasarkan kelas dapat disatukan
melalui pembinaan Bakufu. Apabila hubungan
masyarakat bertambah baik, proses pembinaan
ekonomi bertambah mantap diikuti oleh hasil
pengeluaran yang banyak dari bidang pertanian
secara komersil. Sistem tanaman secara giliran
diusahakan dengan menanam gandum atau barli
selepas penanaman padi. Pembaziran tanah
selepas penanaman padi dapat di atasi dan
membantu menambahkan pendapatan kerajaan
Ashikaga. Ketua tentera wilayah juga memberi
galakan kepada petani supaya meningkatkan hasil
pertanian mereka dengan menggunakan teknologi
yang baik dalam pertanian.Kaedah pengairan
secara pengawalan sungai telah di pertingkatkan
bagi mengairi kawasan pertanian.Pembukaan
tapak pertanian secara komersil telah membantu
sepenuhnya perkembangan ekonomi
Ashikaga.Sapi dan kuda digunakan dengan lebih
meluas untuk proses penanaman.Kawasan
pertanian yang mempunyai perkampungan kecil
telah bertukar kepada perkampungan besar
dengan jumlah penduduk semakin
bertambah.Dalam bidang industri, pengeluaran
barang-barang tembikar telah meningkat dengan
pesat dan bandar Seto di wilayah Omari menjadi
pusat pengeluaran barang-barang tembikar di
Jepun.Dari segi status kawasan pentadbiran
Ashikaga, setiap daerah mempunyai Bandar dan
penduduk sentiasa bertambah terutamanya di
kawasan kuil dan makam yang menjadi tumpuan
rakyat.Pengekalan secara langsung golongan
feudal berkuasa dan terpengaruh membantu
perkembangan ekonomi seterusnya
menambahkan kemajuaan sesuatu bandar.
Kawasan pasar juga mula mengalami perubahan
apabila banyak gudang-gudang dibina sambil
mendiri rumah kecil untuk peniaga tinggal
akhirnya berkembangan menjadi
bandar.Pertumbuhan ekonomi Kesyogunan
Ashikaga juga dikenalpasti melalui pengenalan
dan pertumbuhan tanomoshiko atau mujinko yang
merupakan persatuan-persatuan kewangan.
Pusat-pusat pertukaran wang,kedai-kedai beras
dan sake (sekaya) juga mila berkembang secara
pesat dan proses ini telah dipercepatkan oleh
kemajuan perdagangan tempatan dan luar negeri,
terutamanya dengan negara China.

Melalui dasar pentadbiran yang di lakukan oleh


kerajaan Ashikaga ini sebanarnya telah
menyebabkan pemerintah Ashikaga yang digelar
shugo mengalami kekurangan pengaruh secara
berperingkat-peringkat seterusnya mengalami
kejatuhan.Dari segi kawalan politik,Kesyogunan
Ashikaga telah gagal mengenakan kawalan
sepenuhnya keatas kelas tentera wilayah dan
daimyos atau tuan-tuan tanah feudal.Mereka amat
berkuasa dan siap sedia berperang atau
memberontak terhadap pemerintanan Ashikaga
yang berpusat di bakufu.walaupun mereka terdiri
dari daripada provokasi yang kecil.Pentadbiran
Ashikaga pula tidak mempunyai pemimpin yaang
berkaliber. Sebahagian daripada mereka banyak
membazirkan kekayaan Bakufu keatas projek-
projek mewah.Di bawah pimpinan
Yoshimitsu,Kerajaan Ashikaga telah membina kiul
Pavilion Emas yang termashur sementara di
bawah pemerintahan Yoshimoto telah membina
sebuah bangunan yang hampir sama yang
dipanggil Pavilion PerakPembinaan bangunan ini
mengaut sumber-sumber ekonomi
Bakufu.Keadaan ini telah membawa kejatuhannya.
Faktor-faktor lain yang telah membawa kepada
kejatuhan Ashikaga ialah kebuluran yang telah
berlaku pada tahun 1940 dan wabak penyakit
yang berlaku pada tahun 1425.Pemberontakan
petani dan Perang onin telah melemahkan lagi
Kesyogunan Ashikaga.Perang Onin (1467-1478)
telah memusnahkan pusat pentadbiran Kerajaan
Ashikaga di Kyato.Ia berpunca kegagalan kuasa
pusat untuk campur tangan dalam perselisihan
yang sengit di antara dua kumpulan keluarga
Kavei yang bersaing untuk merebuk
pengaruh.Perselisihan itu dipimpin oleh Hosokawa
dan Yamana. Tuan-tuan tanah feudal yang lain
juga telah campur tangan dalam perselisihan ini
yang menyebabkan huru-hara bertambah
runcing.Pergaduhan ,rompakan dan pembakaran
harta benda telah berlaku secara berluasa selama
beberapa tahun dan menyebabkan kemusnahan
Kyoto dan kawasan-kawasan sekeliling.Dalam
peperangan ini, kemenangan di perolehi oleh
kumpulan Hosokawa dan mereka meluaskan
pengaruh dan kekuasaan ke atas Syogun-syogun
Ashikaga.Kejatunhan Syogun-syogun Ashikaga
dipercepatkan lagi oleh kedudukan dominan
keluarga Hosakawa yang mula berkuasa melantik
dan memecat beberapa orang Syogun.Mereka
telah memaksa beberapa orang Syogun yang di
kalangan keluarga Ashikaga meletak jawatan dan
melantik ahli keluarga mereka sebagai Syogun.
Keadaan ini menyebabkan Kesyogunan Ashikaga
beransur-ansur hilang pengaruh dan kuasanya di
Jepun. Pada tahun1565,Syogun Ashikaga iaitu
Yoshiteru telah dibunuh dan beliau telah diganti
oleh Ashikaga Yoshihide yang meninggal dunia
tiga tahun kemudian. Yoshiaki telah dilantik
sebagai Syogun oleh Oda Nobunaga yang telah
menjadi seorang daimyo yang paling berkuasa di
Jepun.Yoshiaki kemudian telah dipecat oleh
Nobunaga dalam tahun 1573.Keadaan ini telah
menamatkan zaman pemerintahan Kesyogunan
Ashikaga di Jepun.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:01 pm Post #8

2.5 Zaman Sengoku Jidai

Zaman Sengoku Jidai ini berlangsung sekitar


tahun 1460 hingga 1573 masihi. Zaman ini juga
Administrator/Anggota SPTians dikenali sebagai zaman peperangan. Dimana pada
Posts: zaman ini, pertempuran dan dan siri peperangan
antara daimo-daimo seringkali berlaku. Setiap
2,766 daimo-daimo bersaing diantara satu sama lain
untuk menguasai suatu kawasan. Khususnya,
Group: kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian.
Admin Penguasaan kawan seperti ini membolehkan kuasa
dan kedudukan suatu daimo akan lebih kauta dan
Member stabil.

#1 Faktor kelemahan pengaruh dan kuasa penganti


Youshimasa serta ketiadaan kuasa keluarga
Joined:
Liosokawa terhadap daimo-daimo menyebabkan
October 6, 2004 daimo-daimo ini bebas bersaing dan berperang
diantara satu sama lain untuk mnguasai wilayah-
wilayah bagi mengukuhkan kedudukan masing-
masing. Oleh itu, pergolakan, peperangan dan
ketidak stabilan osial seringkali berlaku pada
zaman ini.
Dari segi sruktur politik dan sosial pada zaman ini,
daimo berkuasa keatas suatu kawasan yang
dikuasainya dan ini sekali gus mengantikan sistem
pemerintahan Bakufu atau hubungan feudal.
Tanah milik daimo ini diwariskan pada seorang
pewaris yang sulung dan pewaris ini tidak
semestinya anak lelaki atau perempuan. Ini
menyebabkan kuasa dan kedudukan daimo
semakin kuat. Dari segi ketenteraan dalam zaman
ini, semangat kepahlawanan dan berani mati
dikalangan pahlawan daimo serta kesetiaan
terhadap ketua juga telah melahirkan manusia
yang sanggup mlakukan apa sahaja demi untuk
mengekalkan dan mengembalikan kuasa.
Penguasaan daimo terhadap suatu kawansan
membolehkan ia mempunyai pekerja dan tentera
yang ramai. Ini sekali gus menyebabkan kuasa
dan kedudukan daimo semakin kuat. Disamping
itu, kemasukan pedagang portugis di Jepun ini dan
pengenalan terhadap senjata api iaitu sejenis
senapang yang dikenali juga sebagai matchock
muskets menyemarakkan lagi peperangan. Para
daimo juga turut menyambut baik kemasukan
pedagang portugis ini menyebabkan senjata yang
lebih moden diperkenalkan. Oleh itu, pertempuran
dan pergolakan dalam negara seringkali berlaku
antara daimo. Sementara itu juga, raja yang
memerintah Jepun ini juga tidak mempunyai
kuasa dan pengaruh terhadap daimo-daimo.

Pada 1551, Oda Nobunaga telah menjadi penganti


ayahnya dalam Daimo Owari. Bagi mengukuhkan
kedudukannya, Oda Nobunaga telah melancarkan
kempen ketenteraan bagi menghapuskan musuh-
musuhnya. Menjelang 1559, Oda Nobunaga
berkuasa penuh di wilayah Owari setelah
menumpaskan adiknya. Selain itu juga, kuasanya
makin bertambah apabila shogun-shogun
menjalinkan hubungan persahabatan dengannya.
Kebijaksanaan oda Nobunaga di dalam mengatur
strategi dan tenteranya yang sanggup berani mati
demi untuk kemenangan membolehkan beliau
mengalahkan Imaga iaitu seorang daimo yang
sangat berkuasa di wilayah Suruga dan juga
menewaskan Saito Dosan iaitu tuan tanah di
daerah Mino. Ini memnyebabkan kuasanya
semakin mantap. Pemerintahan Oda Nobunaga
bersifat kuku besi iaitu beliau berkuasa mutlak di
dalam perlantikan dan pemecatan seorang bakufu.
Sistem ini sekali gus menamatkan sistem
pentadbiran Keshogunan Ashikaga di Jepun. Pada
1570 Oda Nobunaga telah memecat Yoshiaki yang
mula menentang dan dan mencabar
kekuasaannya.

Oda Nobunaga juga turut mendapat tentangan


daripada Ishiyama Honganji iaitu pemimpin
mazhab Ikko. Pada 1570, angkatan tentera Oda
Nobunaga telah ditewaskan oleh sami-sami dari
mazhab tersebut. Namun, angkatan tentera Oda
Nobunaga bangkit dan seterusnya berjaya
memusnahkan kediaman Ikko di Naga di
Nagashima. Seterusnya pada 1580, Ishimayama
Honganji turut ditewaskan. Pada 1568, beliau
berjaya menguasai kawasan peleburan logam di
wilayah-wilayah sekitar Kyoto. Namun hasrat
beliau untuk menyatukan Jepun tidak kesampaian
apabila Akechi Mitsuhide iaitu jeneral yang
dipercayainya telah membunuhnya pada tahun
1582. Kematian Oda Nobunaga telah dibela oleh
Toyotomi Hideyoshi apabila berjaya menewaskan
Akechi dalam pertempuran Yamakazi dan hasrat
untuk meneruskan impian untuk menyatukan
Jepun telah diteruskan oleh Toyotomi Hideyoshi.

Toyotomi Hideyoshi bertindak bijak di dalam


perwarisan takhtah terhadap dua anak Oda
Nobunaga dengan melantik cucu Oda Nobunaga
sebagai penganti. Sekali gus menyelesaikan
masalah ini. Disamping itu, pembahagian tanah
Oda Nobunaga turut diselesaikan dengan
membahagikan wilayah-wilayah kepada anak-anak
Oda Nobunaga dan di kalangan jeneral-jeneralnya.
Selain itu, majlis yang terdiri daripada empat
orang jeneral ditubuhkan dan ia berfungi untuk
menjalankan pentadbiran hal ehwal kerajaan.
Selain daripada itu, terdapat juga ahli majlis yang
lain iaitu Ikeda, Niwa dan Shibata. Namun,
pertikaian dikalangan ahli majlis telah
menyebabkan kekacauan politik iaitu permusuhan
Toyotomi Hideyoshi dengan Shibata berlarutan
hingga tahun 1583. Pada tahun yang sama,
Toyotomi Hideyoshi berjaya mengalahkan Shibata
dalam pertempuran di Shizugatake. Toyotomi
Hideyoshi mara dengan menawan wilayah-wilayah
Noto, Kaga dan Etchu. Tindakan ini sekali gus
memperkukuhkan kedudukan politik Toyotomi
Hideyoshi. Selain itu juga, Toyotomi Hideyoshi
berjaya menangani konfrantasi di Onai.

Pada tahun 1585 Masihi, Toyotomi Hideyoshi


menjadi pemangku raja dan menakluki pulau
Shikoku. Setahun kemuadian, beliau menjadi
ketua menteri dan pada 1587, Toyotomi Hideyoshi
menakluki Kyushu. Toyotomi Hideyoshi berjaya
menguasai Istana Odawara iaitu milik keluarga
Ujimasa di wilayah Sagami. Toyotomi berkuasa ke
atatas wilayah Kanto apabila berjaya mengalahkan
kebangkitan di Mitsu dan Dewa. Penaklukkan
terhadap wilayah Kii dan Izuma merealisasikan
usaha penyatuan Jepun.

Selepas berjaya menyatukan Jepun, sasaran


Toyotomi Hideyoshi seterusnya adalah untuk
menawan China. Pada tahun 1592, tentera Jepun
menceroboh Korea dan menakluk Seol selama
beberapa minggu. Bagaimana pun, mereka
dihalau balik oleh askar-askar China dan Korea
dalam tahun yang berikutnya. Toyotomi Hideyoshi
tidak mengaku kalah sehinggalah penyingkiran
terakhir dari Korea pada tahun 1598 dan pada
tahun yang sama Toyotomi Hideyoshi meninggal
dunia.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:06 pm Post #9

2.6 Zaman Kesyogunan Tokugawa

2.61 Pembinaan

Administrator/Anggota SPTians Kesyogunan Tokugawa telah diasaskan oleh


Posts: Tokugawa Ieyasu (1603-03). Beliau telah
menyertai Perang okehazama antara Oda
2,766 Nobunaga dan Imagawa. Beliau telah
mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi
Group: sekutu rapat Oda Nobunaga yang dipercayai. Ini
Admin dapat dibuktikan apabila Oda Nobunaga
mengahwinkan anak perempuannya dengan anak
Member sulung Ieyasu iaitu Nobuyasu. Pada yahun 1567,
beliau menjadi pemerintah Mikawa dan
#1 diiktirafkan oleh kerajaan imperial kuasanya dan
memakai nama keluarga Tokugawa. Beliau telah
Joined:
dilantik sebagai salah seorang majlis pemangku
October 6, 2004 raja yang diwujudkan oleh Toyotomi Hideyosi.
Pada tahun 1603, beliau telah dilantik menjadi
Shogun dan meletakkan jawatan dan digantikan
oleh anaknya iaitu Hidetada. Beliau juga terkenal
sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun.

2.62 Pengukuhan

Aspek feudalisme tidak dapat diketepikan kerana


ia berperanan untuk mencorakkan dan merupakan
unsur-unsur penting dalam pembentukan
pentadbiran.Ini bertujuan untuk memberikan
pemerintah sama ada Syogun Tokugawa atau
pengganti-penggantinya mentadbir negara jepun
melalui kuasa mutlak.

Di peringkat asas, pentadbiran digerakkan oleh


tiga badan terpenting pentadbiran peringkat
tertinggi iaitu pertama Tairo (majlis penasihat-
penasihat agung). Tairo berperanan dan
bertanggungjawab untuk meemberikan
nasihatkepada syogun mengenai dasar-dasar
penting negara menjadi pemangku raja jika
syogun yag dilantik belum dewasa. Kedua Roju
(majlis tertua) membentuk majlis negara dengan
keanggotaannya berubah mengikut keperluan
pentadbitan feudalisme. Roju berperanan dan
bertanggungjawab untuk menguruskan dan
mengendalikan hal ehwal istana raja, kuge
(golongan bangsawan) dan golongan daimyo,
menyelia hal ehwal dalam negeri selain
mengawasi tempat-tempat suci(biara). Ketiga
Hyojoho(majlis kehakiman) ialah sebuah majlis
yang dianggotai oleh roju dan sebilangan kecil
pesuruhjaya(bug-yo) yang mengetahui beberapa
jabatan penting dalam pentadbiran feudalisme
bakufu.peranan dan tanggungjawab hyojosho
terakluk dalam bidang kehakiman kerana tidak
wujud pemisahan bidang kuasa yang jelas antara
kuasa eksekutif (pelaksana) dan kuasa
kehakiman.

Selain tiga badan ini pentadbiran Kesyogunan


Tokugawa terdapat beberapa jabatan-jabatan
penting kerajaan berpengaruh. Antaranya ialah
penasihat-penasihat rendah(waka doshiyori)
,setiausaha-setiausaha sulit syogun(sobayonin),
penyelia upacara(sojabon), gabenor-gabenor raya
istana di Kyoto dan Osaka(jodai), dan wakil
peribadi syogun di Kyoto(Kyoto shoshida). Dalam
bidang pentadbiran, kekuasaan dan keunggulan
kesyogunan tokugawa ditentukan oleh bentuk
pentadbiran Bakufu.

Bakufu pertama Kesyogunan Tokugawa iaitu


Syogun Tokugawa Ieyasu telah memeperkenalkan
beberapa dasar-dasar untuk mengukuhkan
kesyogunan ini dan bermatlamat untuk
melemahkan kuasa-kuasa tuan daimyo atau tuan-
tuan feudal. Dasar-dasar ini diperkenalkan
berikutan kebimbangan tentang konsep kesetiaan
daripada kuasa-kuasa daimyo yang berpotensi dan
berkeupayaan menggugat Kesyogunan Tokugawa.
Antara dasar-dasar yang diperkenalkan adalah
seperti berikut:

Pertama membentuk satu sistem untuk


membolehkan kawalan dan perhatian ketat
diberikan ke atas kuasa-kuasa daimyo dan
kegiatan tuan-tuan tanah feudal yang dianggap
mencurigakan.

Kedua, mengeratkan beberapa sekatan ke atas


daimyo dengan memberikan tugasan yang
dianggap membebankan sumber kewangan
antaranya membaiki kerosakan-kerosakan istana.

Ketiga, langkah mengelakkan komplot dan


subahat dengan memperkenalkan peraturan
menghadkan keluasan istana-istana daimyo ini
dan perkahwinan di kalangan daimyo dikawal.
Keempat, pengenalan suatu kod panduan
tatatertib dan kelakuan mereka dikenali sebagai
buke so-hatto(peraturan bagi rumah-rumah
tentera). Kelima, mengukuhkan kekuatannnya
melalui pengumpulan harta kekayaan dan
meembendung kegiatan kelas tentera dan
daimyo-daimyo Tozama.

Selain itu, beliau telah mewujudkan struktur


politik yang telah mengekalkan kuasanya ke atas
semua lapisan masyarakat feudal Jepun termasuk
maharaja dan golongan bangsawan istana(kuge)
selain golongan daimyo, samurai atau pahlawan,
petani, golongan pertukangan dan pedagang-
pedagang. Beliau juga telah memperkenalkan satu
peraturan untuk menyekat kuasa maharaja dan
golongan bangsawan.

2.63 Cabaran

Dalam mejalankan pemerintahan shogun


tokugawa menjalankan pentadbiran yang tegas
dan menindas. Walaupun shogun tokugawa
memberi jaminan akan menjaga dan
mempertahankan kedudukan maharaja, namun
pengawasan yang ketat dikenakan terhadap
maharaja dan juga rakyat. Maharaja dinasihatkan
jangan turut aktif dalam soal pentadbiran.
Maharaja kecuali mendapat kebenaran daripada
shogun tokugawa. Rakyat hanya dibenarkan
melihat maharaja setahun sekali. Rakyat
hendaklah membuat pekerjaan-pekerjaan yang
ditetapkan dan golongan daimyo hendaklah
mengabdikan diri kepada shogun tokugawa di
istana dalam masa tertentu selama empat bulan.
Kelemahan pentadbiran shogun tokugawa. Di
peringkat awal pemerintahan Shogun Tokugawa
merupakan zaman kejayaan dan kegemilangan.
Kemajuan-kemajuan telah dicapai pada zaman
Ieyashu, Hidetada dan Iematsu.

Pada zaman Shogun Tsunayoshi(1680-1709),


Jepun mencapai zaman kemewahan. Dalam
pemerintahan Shogun Yoshimune, Jepun
mengalami kejatuhan ekonomi sehingga berlaku
peristiwa kebuluran. Keadaan itu secara tidak
langsung menjejaskan kedudukan shogun
tokugawa. Keadaan menjadi bertambah buruk
apabila Yoshimune meniggal dunia, ia diganti oleh
shogun-shogun yang lemah. Misalnya Shogun
Ieshige(1745-88) adalah bebal dan gagap hingga
sukar memahami percakapannya. Shogun Ieharu
adalah pemalas dan tidak mengambil berat
tentang urusan pentadbiran. Selain itu, Shogun
Tokugawa telah mengabaikan soal-soal
pertahanan dan hubungan dengan penyokongnya.
Akibatnya ramai penyokongnya tidak lagi taat
kepada Shogun Tokugawa.

Pada awal pemerintahan Shogun Tokugawa,


orang-orang Jepun telah digalakkan mempelajari
ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sastera
dan sejarah Jepun kuno. Dalam sejarah Jepun
kuno terdapat kepercayaan Shinto yang
menyatakan raja adalah keturunan Dewi
Matahari(Amiterasu). Akhirnya beberapa buah
buku sejarah telah dapat dihasilkan seperti kojiki
dan nihon shoki yang mengandungi unsur-unsur
dongeng dan lagenda. Berdasarkan ajaran Shinto,
ahli sejarah Shinto dapati bahawa maharaja yang
semestinya berkuasa dan dihormati, bukan
Shogun Tokugawa. Akibatnya timbul rasa curiga
terhadap pemerintahan Shogun Tokugawa. Fakta-
fakta di atas menyebabkan perasaan taat setia
kepada maharaja semakin meningkat di kalangan
rakyat jepun. Rasa tidak puas hati terhadap
Shogun tokugawa. Pada abad ke-18 dan awal ke-
19, berlaku zaman kemeseletan ekonomi. Zaman
ini dkatakan ‘musim kebuluran’ sehingga ramai
kanak-kanakdibiarkan mati. Zaman kemelesetan
ini juga melibatkan golongan daimyo-daimyo yang
mana hasil pendapatan mereka berkurangan.
Untuk mengatasi kekurangan pendapatan,
daimyo-daimyo termasuk tuan-tuan tanah
memeras petani-petani. Kedudukan orang jepun
terutama golongan petani bertambah buruk
apabila berlaku bencana alamdan bertambahnya
penduduk Jepun. Menjelang pertengahan abad ke-
18, jumlah penduduk jepun kira-kira 30 juta
orang. Rasa tidak puas hati datangnya daripada
golongan daimyo-daimyo. Ini disebabkan mereka
dikenakan sekatan-sekatan dan kawalan rapi
seperti yang dihadapi oleh daimyo Tozama.
Daimyo-daimyo juga menentang sistem Sankin
Kotai yang dikenakan kepada mereka.
Perkembangan perdagangan dan pengaruh
golongan saudagar. Perdagangan terus
berkembang pada zaman Shogun Tokugawa.
Bandar-bandar Osaka dan Yedo telah menjadi
pusat perdagangan. Dengan berkembang
perdagangan, golongan saudagar berpendapat
bahawa dasar isolasi yang diamalkan oleh Shogun
Tokugawa menjadi penghalang kepada
perkembangan perdagangan. Oleh kerana itu
terdapat golongan saudagar yang menentang
Shogun Tokugawa. Misalnya, sudagar-saudagar di
Bandar Osaka telah membantu golongan anti-
Tokugawa. Selain itu, prkembangan perdagangan
menyebabkan kedudukan dan pengaruh golongan
saudagar semakin meningkat dalam masyarakat.
Mereka menjadi kaya raya dan kekuasaan mereka
bertambah besar sehingga jauh lebih besar
daripada golongan Daimyo dan Samurai. Ramai
daimyo dan samurai telah membuat pinjaman
dengan golongan saudagar sehingga mereka
terikat dengan golongan saudagar. Malahan telah
berlaku perkahwinan di antara golongan daimyo
dan samurai dengan golongan saudagar. Salah
satu golongan saudagar yang sangat berpengaruh
ialah Mitsui. Oleh kerana kedudukan mereka
semakin kukuh, mereka sering mengadakan
pakatan dengan suku-suku kaum lain untuk
menentang Shogun Tokugawa. Tentangan suku
kaum dari barat juga berlaku. Suku kaum dari
barat iaitu Satsuma, Choshu, Toza, dan Hizen
merupakan golongan yang sangat aktif menentang
Shogun Tokugawa. Mereka menentang Shogun
Tokugawa disebabkan Tokugawa merupakan
saingan politik kepada mereka dalam merebut
kekuasaan di Jepun. Oleh kerana itu mereka terus
mengadakan penentangan setelah Tokugawa
berjaya mengambil alih kekuasaan di Jepun.
Mereka menentang Shogun Tokugawa juga
disebabkan Shogun Tokugawa menjalankan dasar
menindas terhadap suku kaum lain. Untuk
menentang Shogun Tokugawa, mereka
menyatakan sokongan dan taat setia kepada
maharaja yang selama ini ditindas oleh Shogun
Tokugawa. Mereka juga bersatu dengan golongan
bangsawan Kyoto serta golongan suadagar yang
anti-Tokugawa. Seterusnya mereka telah
menggunakan isu kemasukan orang asing untuk
menentang Shogun Tokugawa. Mereka menentang
tindakan Shogun Tokugawa menandatangani
perjanjian Kanagawa untuk mandapat sokongan
maharaja dan rakyat yang turut menentang
perjanjian Kanagawa dan perjanjian-perjanjian
lain. Kedatangan barat iaitu Kedatangan komodor
perry dan mamaksa Shogun Tokugawa
menandatangani perjanjian Kanagawa telah
menjadi punca kemarahan orang Jepun dan
mempercepatkan kejatuhan Shogun Tokugawa.
Suku kaum Satsuma, Choshu, Toza, da Hizen
menggunakan kesempatan ini untuk mengkritik
pemerintahan Shogun Tokugawa. maharaja yang
telah terasing turut juga mengkritik Shogun
Tokugawa kerana segala perjanjian dan hubungan
dengan orang-orang asing tidak dibincangkan
terlebih dahulu degan maharaja. Masalah-masalah
inilah yang menyebabkan keruntuhan Kesyogunan
Tokugawa di negara Jepun.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:08 pm Post #10

2.7 Zaman Meiji

Permodenan Meiji pada tahun 1868 merupakan


suatu peristiwa yang penting dalam sejarah Jepun.
Administrator/Anggota SPTians Tumpuan utamanya ialah untuk mengembalikan
Posts: Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar
sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi
2,766 dan pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke
Edo. Pada bulan Disember 1868, Eo telah ditukar
Group: kepada Tokyo. Maharaja Meij yang masih muda
Admin telah muncul dari tempat pengasingannya di Kyoto
ke Tokyo yang berjarak 6.4 kilometer. Beliau telah
Member diiringi oleh seribu orang bangsawan, pembesar,
samurai dan lain-lain pegawai tinggi. Pemilihan
#1 tersebut tidak memperlihatkan Maharaja Meiji
mempunyai kuasa autokratik untuk memerintah
Joined:
negaranya. Sebaliknya, Maharaja Meiji hanya
October 6, 2004 merupakan ketua negara yang simbolik. Kuasa
politik terletak terutamanya dalam tangan
beberapa orang pemimpin samurai muda yang
telah menjalankan inisiatif menjatuhkan rejim
Tokugawa. Pemimpin-pemimpin samurai ini
berasal dari kawasan-kawasan penguasaan feudal
atau Han suku kaum Satsuma, Choshu, Tosa dan
Hizen. Diantara mereka termasuk Okubo, Saigo,
Matsukata Masayoshi dan Kuroda (dari Satsuma),
Kido, Ito, Inone, Yamagata Aritomo dan Katsura
(dari Choshu); Okuma (dari Hizen) dan Itagaki
Taisuke (dari Toza). Pemimpin-pemimpin baru
Meiji juga termasuk Saionji Kimmochi, seorang
bangsawan dari Kyoto. Bermula dari zaman
pemulihan Meiji 1868, kepimpinan kerajaan baru
telah didominasikan oleh samurai muda dari suku
kaum Satsuma dan Choshu atau Oligarki Sat-cho.

Pemimpin-pemimpin baru Meiji menyedari bahawa


Jepun tidak dapat menandingi kuasa-kuasa
imperialisme Barat yang telah memaksa negara
tersebut supaya menandatangani perjanjian-
perjanjian tidak adil. Tambahan pula, pemimpin-
pemimpin ini juga sedar bahawa kuasa-kuasa
Barat yang berada di puncak imperialisme
mereka, merupakan satu ancaman utama kepada
kedaulatan Jepun. Oleh yang demikian, mereka
menyedari satu-satunya cara untuk mengatasi
ancaman ini ialah dengan mewujudkan sebuah
negara moden yang mempunyai kuasa tentera
yang kuat. Oleh itu, tujuan utama, kerajaan baru
ialah “Fukoku Kyohei”(sebuah negara yang kaya
dan tentera yang kuat).

Bagi mencapai hasrat tersebut, pemimpin-


pemimpin Meiji sengan teliti telah menggubal
suatu dasar modenisasi yang tertumpu
terutamanya keatas penyerapan teknologi,
pengetahuan, institusi barat secara besar-besaran.
Sehubungan dengan perkara ini, asas intelektual
bagi pengaliran dan penyerapan pengetahuan
Barat telah disumbangkan oleh Fukuzawa Yukichi
iaitu salah seorang intelek moden teragung dalam
sejarah Jepun. Fukuzawa Yukichi yang telah
melawat Eropah dan Amerika Syarikat telah
menyebarkan tamadun Barat sebagai asas bagi
modenisasi dan mewujudkan Jepun sebagai
sebuah negara yang kukuh.

Proses modenisasi ini merangkumi pembentukan


semula secara besar-besaran dalam aspek
institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial
berdasarkan garis panduan dari Barat. Perubahan-
perubahan yang luas dan drastik ini menyebabkan
berlaku satu revolusi dalam masyarakat dan
kerajaan Jepun.

Langkah pertama ke arah proses modenisasi


Jepun ialah penghapusan sistem feudal. Oligarki
Meiji khususnya Kido, Okubo,Itagaki dan Okuma
telah berjaya mempengaruhi golongan daimo dari
suku kaum Choshu, Satsuma, Tosa dan Hizen
supaya menyerahkan tanah mereka secara
sukarela pada maharaja. Dalam bulan Julai 1869,
semua daimo yang lain telah diperintahkan oleh
kerajaan Meiji agar menyerahkan tanah mereka.
Pada mulanya, tanah-tanah yang telah diserahkan
oleh semua daimo tidak berada dalam kawalan
terus maharaja. Sebaliknya, pembesar-pembesar
feudal telah dilantik sebagai Gabenor di dalam
kawasan-kawasan penguasaan mereka sendiri.
Namun, pada 29hb Ogos 1871, maharaja telah
mengumumkan penghapusan semua tanah feudal.
Semua tanah menjadi hak milik diraja. Pada bulan
berikutnya semua tentera feudal telah dibubarkan
dan dengan itu meninggalkan Kerajaan Pusat
sebagai satu-satunya pemilik sah pasukan tentera
di Jepun. Dengan penghapusan tanah-tanah
feudal ini, nagara Jepun telah dibahagikan kepada
daerah-daerah (Ken) yang diketuai oleh pagawai-
pegawai pentadbir. Menjelang akhir tahun 1870
ken sabagai tambahan kepada bandar-bandar,
tokyo, Kyoto dan Osaka. Dalam tahun 1872,
bilangan ken telah dikurangkan kepada 72 dan
menjelang tahun 1890 hanya terdapat 45 ken
sahaja.

Penghapusan feudalisme memperkukuhkan


kedudukan Kerajaan Meiji Baru. Ia membolehkan
Kerajaan mempunyai bidang kuasa yang
sepenuhnya keatas seluruh penduduk dan negara,
selain dari meletakkan hasil-hasil pendapatan
bekas Han dibawah penguasaan Kerajaan Pusat.
Ini memberi jalan kearah mewujudkan sebuah
negara moden.

Langkah selanjutnya kearah modenisasi ialah


penghapusan sistem atau hiraki sosial ketat yang
telah diwujudkan oleh Kesyogunan Tokugawa.
Pemimpin-pemimpin Meiji telah menghapuskn
sistem kelas yang terdiri dari golongan samurai,
petani, petukang dan saudagar dalam tahun 1871.
Golongan samurai telah menikmati taraf sosial
yang tinggi semasa era atau zaman Tokugawa
telah terjejas oleh penghapusan hiraki sosial
tersebut. Dalam bulan september 1871, golongan
samurai telah kehilangan hak menggunakan
pedang terhadap kelas-kelas yang lebih rendah.
Pada bulan Mac 1876, Kerajaan telah
mengharamkan pemakaian pedang oleh samurai.
Golongan samurai juga telah kehilangan hak
tradisional mereka sebagai pahlawan.

Dalam bulan Disember 1872, kerajaan telah


memperkenalkan sistem tentera kerahan moden
yang terdiri dari Helmin atau rakyat biasa. Pada
tahun yang berikutnya, gaji yang diberi kepada
samurai telah ditukar dari bentuk beras kepada
wang tunai. Golongan samurai juga telah diberi
elaun tahunan dalam bentuk wang tunai. Pada
bulan Ogos 1876, Kerajaan telah mengumumkan
bahawa sistem pemberian elaun tahunan akan
digantikan dengan sistem pembayaran sekali gus
yang akan dibayar dalam bentuk bon-bon
kerajaan. Dibawah sistem ini, Kerajaan
mengumumkan bahawa bon-bon ini akan matang
dalam masa 14 tahun dan bahawa kadar faedah
tahunan sebanyak 7% akan diberi kepada
samurai. Langkah-langkah ini telah
mengahapuskan keistimewaan kelas golongan
samurai dan menurunkan taraf mereka sebagai
rakyat biasa Maharaja. Langkah-langkah ini
ternyata telah meningkatkan kemarahan kelas-
kelas samurai dan ini terus memuncak hingga
membawa kepada tercetusnya beberapa
pemberontakan samurai. Pemberontakan yang
paling serius ialah Pemberontakan Satsuma yang
telah dipimpin oleh Saigo dalam tahun 1877.
Bagaimana pun, pemberontakan ini telah
ditumpaskan oleh tentera kerahan yang baru
ditubuhkan itu. Dengan tumpasnya
pemberontakan Satsuma telah menamatkan
kedudukan istimewa golongan samurai. Ini juga
membuka jalan bagi pembentukan sebuah Negara
Jepun yang moden dan bersatu padu.

Kerajaan Meiji telah memberi tumpuan khusus


kepada pengwujudan sebuah angkatan Tentera
Darat dan Laut yang kuat mengikut cara Barat. Ini
perlu bagi menentang ancaman kuasa-kuasa Barat
di Jepun. Pemimpin-pemimpin Meiji sedar tentang
keunggulan kuasa-kuasa Barat dari segi organisasi
ketenteraan dan alat-alat kelengkapan senjata.
Mereka yakin bahawa Jepun hanya dapatberdiri
dengan teguh melalaui proses memodenisasikan
angkatan tenteranya. Selain itu, ia juga
disebabkan oleh faktor Rusia yang sedang giat
mengamalkan dasar perluasan pengaruhnya di
Asia Timur. Rusia dibawah pemerintahan Tzar
dalam tahun 1870an sedang menunjukkan minat
yang semakin besar ke atas Korea iaitu jiran
Jepun yang paling hampir. Tambahan pula, ramai
pemimpin Meiji sedar bahawa orang-orang Rusia
mungkin akan memperluaskan pengaruh mereka
ke Hokkaido.

Modenisasi Angkatan Tentera bermula dalam


tahun 1870an. Awal tahun 1868, Timbalan Menteri
Hal ehwal Tentera iaitu Omura Masojiro telah
mencadang kerahan tentera dilaksanakan di
Jepun. Walau bagaimana pun, beliau terpaksa
menunggu sehingga penghapusan sistem
feudalisme dan sistem Han selesai dilaksanakan.
Dalam tahun 1872, Yamagata Aritomo yang
mengantikan Omura Masojiro telah
mengemukakan suatu usul yang menyokong kuat
tindakan kerajaan Meiji melakukan polisi kerahan
tentera dan polisi memodenkan Angkatan Tentera
Darat dan Laut Jepun. Yamagata dan rakan-rakan
sejawat beliau telah memperdebatkan bahawa
angkatan tentera yang wujud iaitu sebanyak 20
batalion yang telah ditugaskan untuk menjaga
keamanan dalam negeri tidak berkeupayaan untuk
membalas sebarang tindakan luar yang akan
mengancam kedaulatan Jepun. Oleh yang
demikian, mereka mendesak kerajaan Meiji
supaya melaksanakan suatu kerahan tenaga
moden mengikut cara Barat. Mereka juga telah
mengesyorkan penubuhan akademi-akademi
tentera untuk melatih pegawai dan askar dan
penubuhan sebuah biro bekalan tentera untuk
membekalkan mereka senjata-senjata
ketenteraan. Sistem kerahan tentera telah
dilaksanakan ke atas mereka yang telah berusia
20 tahun. Askar-askar yang telah dikerah harus
berkhidmat dalam Angkatn Tentera Darat atau
Laut. Angkatan tentera telah dibahagikan kepada
Pasukan Tetap dan Pasukan Simpanan. Pada
tahun 1878, Yamagata Aritomo telah menyusun
semula pentadbiran Angkatan Tentera Ala Negara
Jerman. Beliau menambahkan tempoh
perkhidmatan kerahan tenaga dari tahun 1878
sehingga tahun 1883 dan ini mewajibkan seorang
askar kerahan supaya berkhidmat dalam Angkatan
Tetap atau Simpanan selama 12 tahun iaitu 3
tahun dalam Angkatan Tetap dan 9 tahun dalam
Angkatan Simpanan. Sebagai tambahan 200,000
orang dikerakan pada waktu darurat atau perang.
Angkatan Tentera Jepun juga diperkukuhkan oleh
senjata-senjata moden termasuk senapang dan
meriam yang dibuat oleh industri-industri
tempatan. Cara-cara latihan juga telah diperbaiki
dan beberapa orang pegawai tentera asing telah
diambil berkhidmat untuk melatih teknik-teknik
berperang kepada pegawai-pegawai dan askar-
askar Jepun.

Angkatan Tentera Laut Jepun diperkembangkan


dan mengalami proses modenisasi yang pesat.
Pada tahun1872, Kementerian Angkatan Tentera
Laut telah ditubuhkan. Pada tahun tersebut Jepun
memiliki 17 buah kapal tentera laut yang beratnya
berjumlah 14,000 tan. Dalam tahun 1875-1876,
Angkatan Tentera Laut telah membina 2 buah
kapal api. Tiga buah kapal laut yang besar telah
dibeli dari Britain dalam tahun 1876. Kemudahan-
kemudahan limbungan telah diperbaiki dan
Pegawai-pegawai Tentera Laut British telah
diambil bekerja sebagai arkitek-arkitek angkatan
laut dan sebagai jurulatih-jurulatih Angkatan Laut
Jepun. Menjelang tahun 1894, Kerajaan Meiji telah
memperhebatkan kekuatan Tentera Lautnya. Ia
mempunyai 28 buah kapal moden engan jumlah
isipadu 57,000 tan serta 24 buah anak-anak kapal
perang dan turpedo.

Proses memodenkan Angkatan Tentera telah


meletakkan Negara Jepun kedalam masalah
kewangan yang membebankan. Hampir 1/3
belanjawan negara tersebut terpaksa di bahagikan
kepada dua cawangan Angkatan Tentera iaitu Laut
dan Darat. Kerajaan Meiji juga bertanggungjawab
mengendalikan beberapa industri strategik yang
mengeluarkan senjata, peluru, turpedo, kapal-
kapal laut dan sebagainya di mana kesemua ini
membebankan lagi masalah kewangan kerajaan.
Oleh yang demikian adalah jelas bahawa
kewangan kerajaan Meiji telah memberi
penekanan keatas pengwujudan satu Angkatan
Tentera yang moden dan berkuasa. Menjelang
thun 1880an Jepun berjaya mewujudkan sebuah
Angkatan Tentera yang mampu mempertahankan
ancaman asing. Disamping itu, Jepun juga bersiap
sedia untuk melancarkan kempen ketenteraan di
Asia Timur.

Sistem ketenteraan Jepun memainkan peranan


penting dalam kemajuan dan modenisasi
komunikasi. Modenisasi keatas sistem komunikasi
Jepun dilakukan, di mana Rejim Meiji telah
menumpukan perhatian yang besar keatas
pembinaan rel keretapi. Menjelang tahun 1881
Jepun mempunyai 26 batu landasan keretapi.
Pada tahun 1872, Tokyo dan Yokohama telah
dihubungkan oleh landasan keretapi. Dua tahun
kemudian Kobe dan Osaka telah dihubungkan oleh
landasan keretapi. Pada tahun 1877, landasan
keretapi ini telah diperluaskan ke Kyoto. Pada
tahun berikutnya, kerja-kerja pembinaan telah
dimulakan ke atas suatu projek landasan keretapi
baru untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu,
Tsuruga dengan Nagahama. Landasan keretapi
Tsuruga-Nagahama telah siap dibina empat tahun
kemudian.

Pada tahun 1880an Landasan keretapi Tokyo-


Yokohama telah mengangkut diantara 2 juta
hingga 3 juta penumpang. Muatan kargo juga
telah meningkat dengan banyak 848,000 tan.
Angkatan ini agak besar jika dibandingkan dengan
taraf Barat.

Kemajuan telegraf jauh lebih pesat berbanding


dengan kemajuan yang dicapai dalam pembinaan
landasan keretapi. Menjelang tahun 1880 hampir
kesemua bandar-bandar utama Jepun telah
dihubungkan oleh ibusawat telegraf. Beribu-ribu
batu cawangan talian dan stesen-stesen telegraf
telah dibina merentangi negara Jepun. Dalam
tahun 1893, Jepun telah mempunyai 4000 batu
kawat telegraf. Jumlah bilangan berita kawat yang
telah diterima dan dihantar telah bertambah dari
19448 dalam tahun 1871 kepada 1.27 juta dalam
tahun 1878. Angka ini telah berlipat ganda
menjadi 2.7 juta dalam tahun 1884. Semua kawat
telegraf dimiliki dan diusahakan oleh Kerajaan
kecuali beberapa cawangan. Kemajuan sektor
komunikasi yang membanggakan jelas
mencerminkan keazaman pemimpin-pemimpin
Meiji untuk menampakkan keupayaan gerakan
angkatan militari negara tersebut serta
pembangunan ekonomi yang menyeluruh untuk
proses modenisasi Jepun.

Dalam bidang pendidikan, beratus-ratus penuntut


Jepun telah dihantar ke luar negeri untuk
mempelajari sains dan pentadbiran serta teknik
perindustrian Barat. Kerajaan juga telah mengkaji
sebilangan besar pakar-pakar, golongan
profesional, pakar teknologi Barat dan lain-lain
untuk mengajar berbagai-bagai kemahiran kepada
rakyat Jepun di dalam negeri. Pada tahun 1871,
sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan
dan langkah-langkah telah diambil untuk
mewujudkan sistem pelajaran yang seragam di
negara tersebut. Pada tahun 1872, kerajaan telah
mengumumkan bahawa negara Jepun akan
dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dan
pendidikan. Setiap kawasan ini akan mempunyai
sebuah universiti, 32 sekolah menengah dan 210
sekolah rendah. Semua kanak yang berusia 6
tahun ke atas akan menerima pendidikan dan
pelajaran wajib selama 16 tahun menjelang tahun
1880, terdapat hampir 28000 buah sekolah
rendah dengan lebih dari 2 juta murid-murid.
Dalam tahun 1886, Mori Arinori yang menjadi
Menteri Pelajaran dari tahun 1885 hingga 1889
telah membuat perubahan selanjutnya kepada
sistem persekolahan. Beliau telah memulakan satu
sistem yang mengandungi sekolah-sekolah
rendah, diwajibkan selama 8 tahun sementara
sekolah menengah menawarkan kursus selama 4
tahun. Sekolah-sekolah tinggi terutama sekolah-
sekolah teknikal peringkat tinggi telah ditubuhkan
meliputi bidang-bidang seperti perubatan, sains,
ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan,
perikanan dan lain-lain. Pusat tertinggi sistem
pendidikan dan pelajaran di Jepun ialah Universiti
Diraja Tokyo yang telah ditubuhkan pada tahun
1886. Menjelang tahun 1910, beberapa buah
Universiti Diraja telah ditubuhkan di Sapporo,
Sendai, Kyoto dan Fukuoka. Selain daripada
sistem pelajaran negara, terdapat banyak sekolah-
sekolah, maktab-maktab dan universiti-universiti
persendirian ditubuhkan. 2 daripada universiti
persendirian yang terkemuka ialah Universiti Keio
yang diasaskan oleh Fukuzawa Yukechi dalam
tahun 1858 dan Universiti Waseda yang diasaskan
oleh Okuma dalam tahun 1882.

Kementerian Pelajaran mengawal rapi semua


aspek pendidikan dan pelajaran termasuk latihan
guru-guru, penyeliaan sekolah-sekolah dan
kurikulum. Sekolah-sekolah dan institusi-institusi
persendirian juga tertakluk kepada kawalan rapi
ini. Sistem pelajaran bukan sahaja memberi
latihan praktikal yang berorientasikan Barat tetapi
juga memberi penekanan ke atas pendidikan
moral dan semangat nasionalisme yang berpusat
suasana diraja.

Dalam bidang undang-undang, pemimpin-


pemimpin Meiji telah membuat pembaharuan.
Sistem undang-undang yang moden dianggap
sebagai syarat mutlak yang penting untuk
mengkaji semula perjanjian-perjanjian tidak adil
dan berat sebelah yang telah ditandatangani di
antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat dalam
tahun 1850-an dan 1860-an. Sistem undang-
undang yang moden juga perlu bagi
perkembangan industri kapitalisme di negara
tersebut. Pada tahun 1873, seorang peguam
Perancis, Gustave Roissonade de Fontarabe telah
dilantik sebagai penasihat kepada Kementerian
Keadilan di Jepun. Beliau ditugaskan mengubal
satu undang-undang jenayah moden yang telah
dikuatkuasakan dalam tahun 1882. Satu undang-
undang sivil dan perdagangan turut digubal dan
kedua-dua enakmen ini diluluskan dalam tahun
1898 hingga tahun 1899.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:11 pm Post #11

2.71 Dasar Luar Meiji.

Dasar luar semasa zaman Meiji merupakan


perkara yang menarik dan penting kepada
Administrator/Anggota SPTians masyarakat Jepun. Sebagaimana yang diketahui
Posts: sebelum ini, salah satu matlamat kepimpinana
Meiji yang paling penting ialah menjalankan
2,766 proses transformasi negara tersebut kepada
pengwujudan sebuah negara yang moden dan
Group: kuat. Sealain dari menyalurkan sebahagian besar
Admin daripada tenaga mereka untuk membangunkan
Jepun menjadi sebuah negara militari yang kukuh.
Member Pemimpin-pemimpin Meiji juga telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mempastikan
#1 pengkajian semula perjanjian-perjanjian tidak adil
yang telah ditandatangani diantara Jepun dengan
Joined:
kuasa-kuasa Barat dalam tahun-tahun 1850an dan
October 6, 2004 1860an. Berhubung dengan isu-isu hak wilayah
asing dan penafian autonomi tarif, dimana Jepun
kehilangan hak untuk meletakkan tarif keatas
barang-barang asing telah menimbulkan perasaan
marah dan terhina dikalangan rakyat Jepun sejak
tahun 1860an. Pemimpin-pemimpin Meiji telah
membuat banyak percubaan-percubaan
diplomatikdalam tahun 1860an dan 1890an untuk
memujuk negara-negara Barat supaya mengkaji
semula perjanjian-perjanjian yang tidak adil.
Tetapi usaha ini tidak pernah tercapai
terutamanya disebabkan keenganan kuasa-kuasa
Barat untuk merunding semula perjanjian-
perjanjian mereka dengan Jepun.

Dalam tahun 1890an, isu perjanjian-perjanjian


tidak adil tersebut telah menjadi isu politik yang
penting dalam arena politik tempatan negara
tersebut. Parti-parti pembangkang termasuk Parti
Jiyuto dan Kaisinto telah menggunakan isu
tersebut untuk membangkitkan perasaan rakyat
Jepun menentang kepimpinan Meiji. Apabila
tekanan mengenai isu tersebut mula meningkat
terhadap pemimpin-pemimpin Meiji, Ito iaitu
perdana menteri pada ketika itu telah
mengarahkan Menteri Luar Negerinya iaitu Mutsu
Munemitsu supaya mengambil pendirian yang
lebih tegas terhadap kuasa-kuasa Barat mengenai
isu mengkaji semula perjanjian-perjanjian
tersebut. Mutsu Munemutsu telah mengumumkan
kepada negara-negara Barat terutamanya Britain
bahawa sekiranya perjanjian-perjanjian ini tidak
dikaji semula, Jepun mungkin akan terpaksa
menolaknya. Disebalik ancaman ini, Menteri Luar
Negeri Jepun telah memberi jaminan kepada
Britain dengan menyatakan bahawa sekiranya
Britain bersetuju untuk merundingkan semula
perjanjian-perjanjia dengan Jepun, maka kerajaan
Meiji akan memberi peluang yang lebih besar
kepada saudagar-saudagar asing untuk berniaga
di mana-mana wilayah Jepun. Ini merupakan
suatu konsesi yang penting kerana mengikut
perjanjian-perjanjian yang termaktub saudagar-
saudagar asing hanya boleh menjalankan
perniagaan di pelabuhan-pelabuhan tertentu
sahaja di Jepun. Kerajaan British akhirnya
bersetuju dan pada bualan Julai 1894 suatu
perjanjian baru telah ditantangani. Ini membawa
kepada penghapusan hak wilayah asing.
Perjanjian-perjanjian baru juga telah memberi
Jepun hak untuk meletakkan tarif yang sesuai
keatas barang-barang asing.

Selain daripada isu pengkajian semula perjanjian,


penentuan batas sempadan dan keselamatan
negara juga terkandung didalam dasar luar Jepun.
Isu penentuan batas sempadan dan keselamatan
negara telah menjejas perhubungan Jepun dengan
Korea, negara China dan Rusia. Berhubung
dengan isu ini, satu persetujuan sempadan telah
ditandatangani dengan Rusia dalam tahun 1875
dimana Jepun mengugurkan tuntutannya keatas
Shakalin sebagai ganti terhadap kepulauan Kurile.
Persetujuan ini bermaksud bahawa Russia bahawa
Rusia megiktiraf kuasa Jepun keatas Hokaido.
Kemudian dalam tahun 1879, kepulauan Ryukyu
atau Okinawa telah diserap sebagai sebahagian
wilayah Jepun. Pulau-pulau ini menjadi kawasan
jajahan Satsuma sejak abad ke 17. Kepulauan
Okinawa telah lama mengekalkan hubungan
jajahan takluk dengan negara China. Namun
demikian dalam tahun 1879, kepulauan ini telah
dijadikan sebahagian dari wilayah Jepun apabila
mereka diberi status wilayah oleh kerajaan Meiji.

Dalam tahun-tahun 1880an dan 1890an, Korea


telah menjadi isu penting di Jepun. Sebenarnya,
pada awal tahun 1873, isu mengenai Korea telah
mengakibatkan satu krisis besar dalam
kepimpinan Meiji apabila Itagaki dan Saigo
mahukan Jepun supaya mengamalkan satu dasar
yang agresif terhadap korea. Dasar ini telah
ditentang oleh Okubo dan Iwakura yang telah
mendebatkan bahawa walaupun Korea merupkan
satu isu penting kepada Jepun tetapi Kerajaan
harus menumpukan ke arah melaksanakan proses
tranformasi Jepun kepada sebuah negara yang
moden dan kuat. Dalam pertikaian mengenai
Korea, Iwakura dan kumpulannya telah berjaya
dan ini telah menyebabkan Itagaki dan Saigo
meletakkan jawatan. Walaupun kerajaan Meiji
tidak menyerang Korea, ia telah bersikap lebih
tegas terhadap kerajaan Korea. Dalam tahun
1874, kerajaan Meiji telah menggunakan
diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kojong
dari Korea supaya menandatangani satu
perjanjian yang memberi hak keistimewaan
perdagangan kepada Jepun. Kepentingan Jepun di
Korea telah mula meningakat dalam tahun-tahun
1880an dan 1890an disebabkan beberapa faktor
dalam negeri dan antarabangsa.

Di Jepun sendiri terdapat banyak kumpulan yang


menyokong penyerangan ke atas Korea. Salah
satu kumpulan penganjur yang paling
bersemangat menyokong serangan ke atas Korea
ialah kumpulan ultranasionalis seperti Genyosha.
Kumpulan Genyosha yang diasaskan dalam tahun
1881 telah melakukan tekanan ke atas kerajaan
Meiji supaya memperluaskan sistem militarinya di
Korea dan dibahagian-bahagian lain di Asia Timur.
Ramai pemimpin-pemimpin Meiji sendiri telah
menyokong dasar perluasan ini. Mereka
menyedari bahawa Jepun memerlukan lebih
banyak bahan-bahan mentah dan saluran pasaran
untuk menjadi sebuah kuasa dunia yang utama.
Mereka juga yakin bahawa Jepun dalam tahun-
tahun 1890an telah memiliki kekuatan militari
yang secukupnya untuk memulakan satu dasar
perluasan di Korea. Pemimpin-pemimpin tentera
seperti Yamagata, telah mengukuhkan keyakinan
ini dengan menyatakan bahawa Angkatan Tentera
Darat dan Laut yang baru dipermodenkan itu
berkeupayaan untuk melaksanakan kempen
militari secara besar-besaran untuk menyerang
Korea yang masih mengiktiraf kuasa Negara
China.

Faktor-faktor ekonomi dan strategik merupakan


faktor yang mendorong perluasan kuasa Jepun di
Korea. Negara Jepun sedang menghadapi masalah
kewangan yang serius kesan dari rancangan
modenisasi negara tersebut. Inflasi kian
meningkat manakala kos kehiupan mula
melambung tinggi di bandar-bandar. Petani-petani
Jepun telah dibebani dengan cukai-cukai yang
tinggi sementara buruh perindustrian di pekan-
pekan dan bandar-bandar merasa gelisah.
Kesatuan-kesatuan sekerja telah diharamkan dan
pekerja-pekerja terpaksa bekerja lebih masa dan
dibayar upah yang rendah. Perasaan tidak puas
hati mula bertakhta di hati rakyat. Oleh itu dalam
tahun-tahun 1880an dan 1890an, kerajaan Meiji
telah menyokong perlaksanaan suatu dasar
perluasan untuk mengalihkan perhatian rakyat
dari isu-isu dalam negeri kepada antarabangsa.

Kerajaan Meiji yang telah pun memperolehi


banyak faedah-faedah ekonomi dan politik di
Korea sebagai hasil Perjanjian Chemulpo pada
1876 ingin mengeksploitasi selanjutnya pasaran
dan sumber-sumber asli Korea. Golongan Zaibatsu
terutamanya, Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan
lain-lain mendesak kerajaan Meiji supaya
menyerang Korea. Sebenarnya sebelum tahun
1890 lagi, Korea telah menjadi pasaran terpenting
bagi pasaran kapas Jepun. Disebalik
ketidakstabilan negara Korea, Mitsui dan zaibatsu-
zaibatu lain telah pun mendirikan kilang-kilang
kain dan kertas di negara tersebut. Tambahan
pula, Zaibatsu-zaibatsu dan syarikat-syarikat
Jepun yang lain juga telah membeli beras, kacang
soya, kulit lembu, emas dan lain-lain pada harga
yang rendah dan dengan itu memperolehi banyak
keuntungan. Oleh itu, tidak hairan bahawa Perang
China-Jepun yang tercetus terutamanya mengenai
isu Korea sebahagian besarnya telah dibiayai oleh
Zaibatsu-zaibatsu berkenaan.

Pertimbangan-pertimbanagan strategik telah


menambahkan lagi keyakinan dikalangan rakyat
Jepun bahawa Korea harus diletakkan dibawah
kuasa Jepun. Korea telah menjadi pintu masuk
yang penting bagi penyusupan Jepun ke Asia
Timur. Lebih penting lagi, pihak Rusia sedang
menunjukkan minat ke atas Korea. Rakyat Rusia
yang mempunyai aspirasi-aspirasi imperialis di
Asia Timur telah mendirikan sebuah pangkalan
tentera laut di Vladivostok dan bersiap sedia untuk
bergerak ke arah selatan ke dalam Korea dan
Manchuria. Kerajaan Meiji sedar bahawa sekiranya
Korea jatuh ke bawah pengaruh Rusia, ia akan
mempunyai seorang musuh berhadapan
dengannya. Berdasarkan kepada alasan ini Jepun
telah mengambil tindakan menyerang Korea.

Dasar-dasar dan polisi Negara China di Korea


telah memberi dorongan seterusnya kepada Jepun
untuk memperluaskan kuasanya di Korea. Korea
telah lama mengiktiraf kuasa China. Oleh itu,
apabila Jepun memaksa Korea supaya
menandatangani Perjanjian 1876, negara China
menyatakan perasaan tidak puas hatinya dan
dengan serta-merta telah mencabar kesahihan
perjanjian ini. Negara China menuntut bahawa
Korea adalah sebuah negeri dibawah naungan
China. Dalam suasana ini, Kerajaan Manchu di
Peking telah menegaskan bahawa perjanjian 1876
itu adalah tidak sah. Akibat dari isu Korea,
hubungan China mula maeruncing.

Sementara itu, satu pertikaian merebut kuasa


berlaku di istana Korea. Pihak Jepun dan China
masing-masing menghantar pasukan tentera
mereka di Korea. Akibatnya, pada tahun 1884
berlaku pertempuran pasukan-pasukan tentera
China dan Jepun di Seol, Korea. Pertempuran-
pertempuran kedua-dua pihak ini dihentikan
melalui rundingan-rundingan terus yang dibuat.
Pada awal tahun 1885, Jepun dan China bersetuju
mengundurkan pasukan tentera mereka di Seol
dan berjanji tidak akan campur tangan dalam hal
ehwal dalam negeri di Korea. Namun, kedua-dua
negara Jepun dan China tetap masih campur
tangan dalam hal ehwal dalam negeri di Korea.

Krisis yang lebih serius berlaku di Korea pada


tahun 1894, yang mana telah mengakibatkan
konfrontasi terus diantara negara China dan
Jepun. Pada bulan Jun 1894, berlaku
pemberontak-pemberontak tempatan yang juga
dikenali sebagai Tonghak telah memberontak
menenatang Raja Korea. Raja Korea telah
meminta bantuan dari Negara China. Pada bulan
yang sama, pemberontakan ini berjaya dipatahkan
melalui bantuan pasukan tentera China.
Sementara itu, Jepun telah menuduh Negara
China mencerobah Perjanjian 1885,
mengakibatkan tercetusnya krisi Chian-Jepun.

Ito yang merupakan perdana menteri Jepun pada


ketika itu mengumumkan bahawa Jepun tidak
akan menarik tenteranya di Korea kecuali
kerajaan Korea melaksanakan pembaharuan-
pembaharuan yang akhirnya membawa Korea di
bawah pengaruh Jepun. Pada bulan Julai 1894,
pasukan-pasukan tentera Jepun telah menduduki
istana diraja Korea. Tindakan ini menyebabkan
China mengistiharkan perang keatas Jepun.
Perang China-Jepun telah meletus sekitar tahun
1894 hingga 1895. Jepun telah memenangi
peperangan ini dalam masa 9 bulan sahaja.
Tentera China tidak dapat mengalahkan tentera
Jepun yang lebih moden dan berdisiplin. Selain itu,
Tentera Laut Jepun lebih unggul daripada Tentera
Laut China dari segi kelengkapan, kepimpinan,
latihan dan strategi. Selepas menguasai lautn
dimana tentera Jepun berjaya mengalahkan
Tentera laut China di muara sungai Yalu dan di
Weihaiwei, Jepun telah masuk ke Korea dan
mengusir keluar tentera China dari Korea. Dari
Korea, tentera Jepun mara ke manchuria dan
Shangtung. Pihak Jepun bersiap sedia untuk
bertindak ke atas Peking, pusat kerajaan kuasa
Manchu. Akibatnya, kerajaan Manchu telah
menghantar Li Huang-Chang untuk berunding
dengan pihak Jepun. Pada 17 April 1895
termeterainya Perjanjian Shimonoseki. Syarat-
syarat perjanjian ini ialah Negara China mengakui
kemerdekaan dan autonomi Korea, Negara China
menyerahkan Semenanjung Liaotung, Farmosa
dan kepualuan Pescadores kepada Jepun, Negara
China bersetuju membayar gantirugi sebanyak
230,000 taels atau lebih kurang US$150 juta.
Kawasan Weihaiwei yang dimiliki oleh negara
China akan diduduki oleh pihak Jepun sehingga
China berjaya membayar gantirugi ini. Empat
pelabuhan baru iaitu Shasi, Chungking, Soochow
dan Hangchow dibuka kepada pedagangan asing.
Jepun telah menjadi sebuah kuasa kolonial dengan
pengambilan Taiwan. Perjanjian Shimonoseki telah
membuka jalan bagi Jepun untuk memperolehi
konsesi-konsesi yang penting dari segi strategik di
Tanah Besar tetapi dalam satu rancangan
diplomatik yang dikenali sebagai Campurtangan
Tiga Kuasa, rusia, Negara Jerman dan Perancis
telah menghalang Jepun dari memiliki kawasan-
kawasan yang berada di bawah naungan Negara
China. Sebaik sahaja Perjanjian Shimonoseki
dimeterai, Rusia, Perancis dan Negara Jerman
telah menuntut bahawa Jepun harus
memulangkan Semenanjung Liaotung kepada
Negara China. Pada 5 Mei 1895, Jepun telah
bersetuju melepaskan Semenanjung Liaotung
sebagai ganti pampasan dari Negara China.
Akhirnya pada 5 November 1895, Semenanjung
Liaotung telah diserahkan semula kepada China
dengan jumlah gantirugi tambahan sebanyak 300
juta tael. Campurtangan Tiga Kuasa telah
membangkit perasaan benci Jepun terhadap Rusia
yang telah mendapat kuasa ke atas Semenanjung
Liaotung. Pada tahun 1898, Moscow telah
memaksa China supaya memajak bahagian
Selatan Semenanjung Liaotung termasuk
Pelabuhan Arthur dan Dairen. Sementara itu,
negara Jerman telah memperolehi Semenanjung
Shangtung dari Negara China, manakala Perancis
pula telah menguasai Indochina. Jepun sangat
marah apabila menyedari tipu helah rancangan
tersebut. Ini tela menaikkan kemarahan Jepun
dan ia bersiap sedia untuk membalas dendam
terhadap Rusia.

Jepun telah mengambil beberapa tindakan bagi


mengekalkan kuasanya terhadap Korea. Diamana,
Jepun telah memaksa Raja Korea agar mengatur
semula organisasi-organisasi tentera Korea dan
pegawai-pegawai Jepun telah diupah sebagai
jurulatih-jurulatih dalam Angakatan Tentera Laut
Korea. Miura Goro iaitu menteri Jepun di Korea
telah membuat keputusan untuk menghapuskan
anasir-anasir anti-Jepun di istana Korea. Pada 8
Oktober 1895, askar-askar Jepun telah menyerbu
masuk ke dalam istana Kyongbokung dan telah
membunuh Ratu Min. Rakyat Korea telah
memohon bantuan daripada Rusia dan rusia yang
ingin memperluaskan pengaruhnya telah
menawarkan bantuan kepada berbagai-bagai
anasir-anasir anti-Jepun di Korea. Hubungan
Rusia-Jepun mula merosot dan akhirnya sampai
ke kemuncak dengan meletusnya Perang Rusia-
Jepun pada tahun 1904-1905. Dimana,
termeterainya perjanjian perikatan antara Britain
dan Jepun pada 30 Januari 1902 yang juga
dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Jepun.

Menjelang bulan januari 1904, kerajaan Meiji telah


mengikuti suatu dasar peperangan. Pada 28
Disember 1904kerajaan telah mengeluarkan satu
ordianan darurat diraja yang memberi peruntukan
khas bagi perbelanjaan-perbelanjaan tentera.
Kerajaan juga telah mewujudkan satu Majlis
Tertinggi bPepranagan. Pertempuran meletus pada
awal Febuari 1904. pada 8 Febuari, Jepun telah
melepaskan tembakan ke atas kapal-kapal
Tentera Laut Rusia dari Inchon dan Pelabuhan
Arthur. Menjelang 10 nFebuari 1904, Jepun telah
menguasai kawasan selatan dan telah
mempercepatkan kemarahan pasukan militarinya
ke wilayah Korea. Jepun telah memenagi
peperangan di Korea dan telah mengalahkan
tentera-tentera Rusia di Pyongyong. Pada bulan
April Jepun telah berjaya mengusir pasukan
tentera Rusia dari Sungai Yalu dan juga Korea.
Jepun mengukuhkan kedudukan politiknya yang
sebenar pada 23 Febuari 1904 dan pada bulan
September 1904, Jepun telah mengistiharkan
kuasa militari ke seluruh Negara Korea. Jepun
turut merampas sistem telegraf dan telefon Korea
menjelang september 1904. Jepun telah
merampas secara kekerasan banyak tanah bagi
kegunaan tentera, merampas seluruh sistem
pengangkutan dan kemudahan-kemudahan
komunikasi serta mengekplotasi konsesi-konsesi
dalam bidang pertanian, perikanan, perhutanan
dan perlombongan. Harta benda Korae dirampas
dan juga nilai mata wang Korea juga di turunkan.
Menjelang Januari 1905, Jepun telahmengambil
tanggungjawab untuk menjaga keamanan di Seol
dan Korea. Korea secara beransur-ansur menjadi
sebuah negara naungan Jepun.

Perang Rusia-Jepun tamat dengan termeterainya


Perjanjian Portsmouth. Usaha menamatkan
perang ini diambil oleh Jepun dan bukan oleh
Rusia. Persidangan keamanan itu telah bermula
pada 10 Ogos 1905 di Postsmout, New Hampshire.
Dalam perjanjian itu, Rusia mengiktiraf
keunggulan Jepun di Korea dan menyerahkan
bahagian Selatan pulau Shakhalin kepada Jepun.
Jepun juga akan memperolehi dari Rusia pajakan
ke atas Liaotung, bahagian selatan landasan
keretapi Timur China dan lombong-lombong arang
batu yang dimiliki oleh Rusia.

Kesan-kesan Perang Rusia-Jepun ke atas Jepun


ialah perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan
pengambilan Semenanjung Liaotung. Keunggulan
Jepun juga diiktiraf oleh Rusia melaui Perjanjian
Portsmouth. Salah satu kesan terpenting perang
tersebut ialah kemunculan kuasa Jepun sebagai
kuasa besar di Asia Timur. Kemenangan Jepun
melalui Perang China-Jepun 1894-1895 telah
menaikkan imej Jepun. Kemengan Jepun terhadap
Perang Rusia-Jepun telah mengubah pandangan
lura terhadap Jepun. Ini sekali gus meninggikan
status Jepun sebagai sebuah kuasa besar di Asia
Timur.

Jepun juga telah memperolehi Semenanjung


Liaotung dan bahagian selatan Pulau Sakhalin dari
Rusia. Selain itu, Korea telah disahkan berada
dibawah lingkungan pengaruh Jepun. Selepas
tahun 1910, korea telah menjadi sumber bahan-
bahan mentah dan pasaran yang penting bagi
Jepun. Jepun telah mengeksploitasi hasil-hasil dan
ekonomi Korea. Lebih 75% pengeluaran
perindustrian Korea dimiliki oleh perbadanan-
perbadanan Jepun terutamanya golongan Zaibatsu
atau golongan kapitalis.

Perang Rusia-Jepun 1904-1905, telah memberi


kesempatan kepada Jepun untuk menguasai
manchuria. Melalui Perjanjian Peking pada 22
Disember 1905, Jepun mempunyai kuasa penuh
ke atas Manchuria selatan. Ekonomi Manchuria
selatan juga di eksplotasi oelh Jepun.

Dari segi strategik, Korea menjadi sebuah pusat


pertahanan Jepun dan menjadi batu loncatan bagi
Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia
Timur. Jepun telah mendirikan banyak pangkalan-
pangkalan tentera darat, laut dan udara serta
turut membina landasan-landasan keretapi dan
jalan raya dengan tujuan bagi memenuhi
keperluan militarinya.

Perang Rusia-Jepun juga mempunyai kesan yang


penting ke atas kerajaan Meiji. Apabila perjanjian
keamanan tersebut diumumkan, majoriti rakyat
Jepun berasa bahawa mereka telah di khianati
oleh kerajaan dan mengaharapkan gantirugi yang
besar dari Rusia. Jepun telah pun meneriam 200
tael dari Negara China sebagai hasil
kemenangannya dalam Perang China-Jepun.
Rusuhan dan tunjuk-tunjuk perasaan telah
berlaku. Rakyat telah bangun dan menentang
kepimpinan Perdana Menteri Katsura. Beliau telah
dipaksa meletakkan jawatan pada bulan Januari
1906 dan telah digantikan oleh Saionji iaitu
seorang pemimpin Parti Seiyukai.
Peperangan tersebut juga mengakibatkan
kerugian sumber-sumber dan tenaga manusia.
Hampir 20,000 rakyat Jepun terkorban dan Jepun
telah membelanjakan 1.5 bilion untuk membiayai
peperangan tersebut. Selain itu, Perang
Rusia_jepun juga telah mempergiatkan aktiviti
imperialisme Jepun. Perang China-Jepun telah
membawa Taiwan di bawah kuasa Jepun. Ini
diikuti oleh Perang Rusia-Jepun 1904-1905 yang
telah memperlihatkan perkuasan kuasa Jepun ke
atas Korea dan juga di Manchuria Selatan. Dasar
perluasan kuasa ini telah membawa Jepun ke
Negara China dalam tahun 1930an dan akhir
sekali ke Asia Tenggara dalam tahun 1942, di
mana negara tersebut akhirnya mengalami
kekalahan dalam tahun 1945.

Zaman pemerintahan Meiji berakhir dengan


kematian Maharaja Meiji iaitu Mutsuhito pada 30
Julai 1912. Ini merupakan salah satu zaman yang
paling gemilang dalam sejarah Jepun. Dibawah
pemerintahan Meiji, Jepun telah diubah kepada
sebuah negara yang moden dan berkuasa.
Pemerintahan Meiji telah berjaya membangunkan
bidang perindustrian disamping memimpin negara
tersebut ke arah imperialisme. Zaman Meiji ini
juga telah memperlihatkan perubahan-perubahn
politik dan sosial yang luar biasa yang telah
mempengaruhi kehidupan setiap lapisan
masyarakat Jepun. Pencapaian terbesarnya ialah
proses tranformasi ekonomi negara yang telah
disertai oleh perkembangan perindustrian yang
pesat serta juga kebangkitan kapitalisme Jepun.
Bidang-bidang lain seperti pertanian, dan
pendidikan telah mengalami perubahan dan
perkembangan yang pesat dan drastik.

Pada keseluruhannya, Zaman Meiji telah


memainkan peranan yang penting dalam sejarah
Jepun. Zaman ini telah mempopularkan Jepun ke
dalam bidang politik antara bangsa sebagai
sebuah negara yang moden dan berkuasa.
Transformasi Jepun yang begitu pesat dan cepat
sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa
memperlihatkan bahawa proses-proses
perkembangannya adalah suatu yang ajaib dan
menakjubkan.
http://dukeamienerev.blogspot.com

 
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:13 pm Post #12

ZAMAN JEPUN MODEN

3.1 Pengukuhan

Administrator/Anggota SPTians 3.11 PERHUBUNGAN DENGAN BARAT


Posts:
Hubungan awal dengan Barat bermula dengan
2,766 kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian, terutama
di Selatan Jepun. Sedar atas bahaya kedatangan
Group: mission-mision tersebut, maka pihak berkuasa
Admin Jepun telah melarang penyebaran agama Kristian.
Kemasukan orang-orang asing juga telah dihadkan
Member kecuali beberapa orang pedagang Belanda dan
China. Mereka hanya dikhususkan berdagang di
#1 Pulau Deshima.
Joined:
Rusia atau Britain yang mula-mula memaksa
October 6, 2004 pemerintah Shogun membuka pintu ke Jepun.
Oktober 1852, Laksamana Putiyatin (Rusia) telah
diberi kuasa untuk memujuk Jepun untuk
menandatangani suatu perjanjian perniagaan.
Tetapi dalam bulan Ogos 1853 satu angkatan
Amerika Syarikat di bawah Komander Matthew
Perry menuntut agar diadakan hubungan
perniagaan. Terdapat empat factor penting
mengapa Amerika berminat terhadap Jepun :
2. Perkembangan perniagaan dengan China
melalui Canton.
3. Perkembangan perusahaan orang Amerika
ikan paus di Pasifik.
4. Pembukaan Carlifornia yang dilambangkan
oleh “ Rebutan Emas” dalam tahun 1849.
5. kemajuan dalam bidang pelayaran dengan
menggunakan tenaga wap.

Satu daripada tujuan Perry ialah untuk


mendapatkan jaminan daripada orang Jepun agar
memberi layanan baik kepada orang-orang
Amerika yang menghadapi kesulitan pelayaran ke
negeri China.
Namun tujuan ini boleh disangsikan. Yang lebih
penting ialah keinginan untuk mendapatkan
bekalan, termasuk bekalan arang batu untuk
kapal-kapal Amerika yang belayar ke Canton atau
dari Conton. Diharapkan juga agar perniagaan
dapat diadakan dengan Jepun yang ingin
diransangkan lagi dengan persaingan-pesaingan
dari Britain.

Pada tahun 1854, Perry datang semula dengan 7


buah kapal, Puttyatin juga tiba di Nagasaki
dengan 4 buah kapal Rusia. 31 Mac 1854, telah
dimaterikan ‘Perjanjian Kanagawa’. Hasil dari
perjanjian ini, pelabuhan Hakodate dan Shimoda
dibuka kepada kapal-kapal Amerika. Seorang
konsul Amerika ditempatkan di Shimoda.
Sementara Rusia yang diwakili oleh Puttyatin
belum membawa sebarang hasil. Rundingan-
rundingan Rusia-Jepun diteruskan di Shimoda
pada tahun 1855. perjanjian tersaebut telah
memberikan pulau-pulau Kurile di Selatan dan
Etofuru kepada Jepun. Pulau-pulau di bahagian
Utara diserahkan kepada Rusia. Pelabuhan
Nagasaki, Shimoda dan Hakodate dibuka kepada
kapal-kapal Rusia.
Sebelum penghujung tahun 1855, satu lagi
perjanjian dengan Belanda diadakan. Mulai 1856,
Townsent Harris menjadi wakil kedutaan Amerika
Syarikat di Jepun. Beliau berjaya mendapatkan
hak ‘undang-undang sendiri’ bagi orang-orang
Amerika yang bermastautin di Jepun. Amerika
Syarikat berjaya menamatkan sikap perjanjian diri
Jepun.

Pembangunan Jepun Baru

Dalam perlembagaan baru negara Jepun, rakyat


Jepun berikrar untuk menghormati cita-cita mulia
keamanan dan demokrasi. Pada pendahuluan
termaktub ikrar seperti berikut iaitu “Kami rakyat
Jepun, ingin kepada keamanan selama-lamanya…
Kami ingin mendapat tempat yang mulia dalam
masyarakat antarabangsa yang berusaha
memlihara keamanan dan menghapuskan
kezaliman dan perhambaan, penindasan dan
penderitaan buat selama-lamanya dari muka
bumi.”
Sebagai mengisi perlembagaan baru itu kerajaan
Jepun telah berusaha dalam segala lapangan
mengikut beberapa projek yang telah
dirancangkan. Contohnya “Rancangan Baru
Pembangunan Negara” yang telahpun berakhir
pada tahun 1985. dalam rancangan itu kerajaan
berusaha mengatasi kawasan yang sesak,
mengatasi masalah penduduk yang semakin
bertambah dan mengatasi jurang perbezaan
antara daerah. Rancangan itu juga berusaha
membangunkan tenaga manusia sejajar dengan
masyarakat moden untuk mencapai cita-cita
kebajikan bagi seluruh rakyat.
Untuk mengatasi masalah kawasan yang sesak
dan penduduk yang semakin bertambah,
Rancangan Baru itu menitikberatkan tiga tugas
utama iaitu pembentukan rangkaian baru bagi
kemajuan tanah negara, melaksanakan projek-
projek pembangunan perindustrian dan
pemeliharaan alam sekitar. Menurut Rancangan
Baru itu, kemudahan perhubungan dan
pengangkutan akan diperluas ke seluruh negara
menyambungkan tujuh buah bandaraya iaitu
Sapporo, Sendai, Tokyo, Nagoya, Osaka,
Hiroshima dan Fukuoka disamping
menghubungkan beberapa buah bandar tempatan
yang lain. Membahagikan penduduk perindustrian
dan pembangunan ke serata daerah, manakala
tujuh buah bandaraya menjadi pusat menjalankan
pentadbiran.
Rancangan pembangunan perindusrtrian mengikut
dasar keadaan pada satu-satu tempat yang
berkaitan dengan rangkaian baru pengangkutan,
perhubunga dan pembahagian. Bagi mendapatkan
daging dan susu untuk keperluan akan datang,
Jepun memerlukan 10 ribu ekor lembu. Oleh
sebab itu, padang ternakan lembu diadakan di
beberapa daerah termasuklah Hokkaido dan
Kyusyu. Pembangunan industri barang-barang
buatan akan di perkembang ke kawasan
pedalaman dengan mendirikan industri besar dan
tempat-tempat membawa masuk minyak mentah.
Pemeliharaan alam sekitar merupakan satu
perkara utama dalam Rancangan baru ini.
Keindahan alam dan kebudayaan tradisi akan
diperlindungi. Semua jenis tenaga akan digunakan
untuk mencegah bahaya bencana alam seperti
ribut dan banjir. Pendidikan, pelajaran,
kebudayaan, pengangkutan dan kelengkapan-
kelengkapan kesihatan akan dimajukan dalam
bandar-bandar daerah. Manakala bekalan air akan
dibina ke kawasan pedalaman yang jauh.
Dasar penting yang merubah keadaan
perindustrian dan corak kependudukan ialah
supaya tidak menghalang pengaliran barang-
barang, orang ramai dan komunikasi ke seluruh
ceruk rantau kepulauan Jepun. Untuk mencapai
tujuan itu, sistem pengangkutan ke seluruh
tempat yang akan dibina bagi pengangkutan laju,
umpamanya ialah jalan keretapi super-ekspres
Tokaido “Syinkansen” yang merupakan
pencapaian teknologi yang tinggi bagi
perindustrian Jepun. Perkara-perkara penting lain
yang berhubung dengan sistem pengangkutan
termasuklah pembinaan pelabuhan dan limbungan
kapal dan saluran paip minyak.
Rangkaian perhubungan cepat merupakan satu
faktor dalam hal menghapuskan apayang disebut
kepincangan perhubungan. Rangkaian
perhubungan rangkaian perhubungan talian jauh
telefon akan dibina, disamping memperluas proses
perhubungan dengan komputer, telefon,
televisyen dan sebagainya. Bagi mengadakan
rangkaian pengangkutan dan perhubungan baru
itu akan memekan belanja yang besar. Jepun
melancarkan satu sistem pelaburan modal yang
cukup dari semasa ke semasa untuk mengatasi
masalah kawasan sesak dan kawasan kosong.
Bagi perhubungan luar negara Jepun dengan
negara lain, Jepun mengadakan perhubungan
diplomatik dengan negara China dan Soviet Union.
Hubungan Jepun dan China diwujudkan kerana
mereka mempunyai keyakinan perhubungan
diplomatik dapat diadakan antara kedua-dua buah
negara atas dasar hormat menghormati
kedaulatan masing-masing. Manakala hubungan
dengan Soviet Union dipercayai bukan sahaja
menguntungkan kedua-dua negara itu tetapi juga
mencapai keamanan dan perseimbangan di Timur
Jauh.

PEMBANGUNAN JEPUN BARU

Selain itu Jepun juga mengadakan hubungan


persahabatan dengan Eropah Barat dan Asia.
Persahabatan dengan Eropah Barat boleh memberi
kesan yang mendalam terhadap saling
persefahaman dan kerjasama dalam suasana yang
harmoni untuk memberi khidmat yang besar
kepada cita-cita pembangunan dan keamanan
dunia. Persahabatan Jepun dengan Asia penting
kerana Asia ialah kawasan yang penting sekali
bagi Jepun. Suasana kerjasama serantau dapat
menolong diri sendiri dalam bidang politik dan
ekonomi.

Bukan itu sahaja, negara Jepun juga mengadakan


kerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kerajaan Jepun sentiasa berkerjasama dengan
Bangsa-bangsa Bersatu sebagai satu daripada
dasar luarnya dan memberi galakan kerjasama
antarabangsa dengan tiap-tiap negara di dalam
Bangsa-bangsa Bersatu. Jepun mengambil
bahagian yang positif dalam aktiviti-aktiviti
Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencapai cita-cita
pertubuhan dunia itu.

Dalam mendukung cita-cita memlihara


kehidupannya serta kemakmurannya, mereka
berpegang kepada prinsip keadilan dan
kepercayaan negara-negara lain terhadapnya.
Jepun telah menetapkan tidak akan kembali
kepada kuasa tentera sekalipun Jepun mempunyai
kesanggupan dan ekonomi yang kukuh untuk
berbuat demikian. Ini merupakan satu cabaran
dalam satu percubaan yang tidak pernah tercatat
dalam sejarah. Namun demikian harapan untuk
dapat mengatasi kesukaran-kesukaran ini dengan
kebijaksanaan dan ketekunan rakyat amatlah
besar. Buktinya jelas dari kebolehan Jepun
membangun semula dari kebinasaan dan
kehancuran perang. Jepun akan bergerak maju
untuk mendapatkan tempat yang mulia di dunia
sebagai satu negara yang stabil dan masyarakat
berkebudayaan yang makmur, dan itulah yang
memjadi asas diplomasi Jepun pada masa
hadapan.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:14 pm Post #13

3.12 PEMODENAN NEGARA

Kemasukkan orang-orang asing secara lansung


menyebabkan kerajaan ‘Syogun’ tidak popluar dan
Administrator/Anggota SPTians akhirnya jatuh. Ahli-ahli sejarah memberi
Posts: pendapat yang berbeza tentang punca kejatuhan
kerajaan Tokugawa. Pendapat pertama mendakwa
2,766 bahawa sistem kerajaan Tokugawa mungkin tidak
berubah pada dasarnya jika Amerika Syarikat dan
Group: negara-negara asing membuka pintu yang
Admin tertutup itu dengan paksa. Kedatangan kuasa
asinglah yang merosak kerajaan Tokugawa.
Member
Pendapat lain mendakwa, bahawa kejatuhan
#1 Tokugawa secara tidak langsung disebabkan oleh
berbagai factor dalam negeri Jepun, sebelum
Joined:
kedatangan Perry lagi, desakan agar dilakukan
October 6, 2004 perubahan ekonomi telah merosakkan asas-asas
‘Bakufu’. Kedatangan Barat yang dilambangkan
oleh kedatangan Perry hanya sebagai sebab
terakhir yang menuntutkan kerajaan Tokugawa.

Kerajaan Meiji yang dipegang oleh ketua suku


Chosu, Setsuma dan tokoh-tokoh istana yang
menggulingkan Shogun dahulu, percaya bahawa
Jepun memerlukan satu kerajaan nasional yang
bersatu padu bagi mencapai tingkat persamaan
dalam bidang ketenteraan serta kebudayaan.

Pegawai-pegawai pentadbir dan pemimpin-


pemimpin menyukat mendapat sokongan hangat
dari maharaja sendiri. Cogankata juga telah
ditukarkan menjadi ‘ Fukokukyohei’. Banyak
rombongan-rombongan di atas ke luar negeri bagi
meninjau perkembangan kemajuan pelajaran di
Barat bagi dicontohi. Pada tahun 1871, satu
deligasi pemimpin dan ketua-ketua kerajaan yang
dipimpin oleh Iwakura Tomomi dihantar melawat
Eropah dan Amerika Syarikat.

Kerajaan Meiji menganggap bahawa punca


kelemahan pentadbiran ialah kerana sistem
feudal. Usaha-usaha telah dilakukan untuk
mengubahkan sistem ini. Bila Syogun Tokugawa
tewas, mereka segera bertindak untuk membasmi
sistem susun lapis masyrakat feudal. Pada
tahun1869, satu undang-undang telah dikeluarkan
untuk menggantikan sistem susunan peringkat
yang lama dengan satu sistem pembahagian yang
mudah iaitu pembesar istana digelar orang
bangswan ( Kazuko), samurai dipanggil ‘Shizoku’
dan yang lain dipanggil orang awam (Heimin).

Samurai dihentikan dari tugas-tugas pentadbiran


dengan diberi pencen. Ini menimbulkan
kemarahan golongan samurai yang akhirnya
menyebabkan meletusnya ‘pemberontakan
Satsuma’. Pemberontakan ini dapat dihapuskan.

Satu sistem cukai akhirnya dilaksanakan. Jumlah


pendapatan dari cukai tanah yang bertambah.

Kerajaan baru ini telah berjaya memalingkan taat


setia penduduknya daripada taat kepada tokoh
kepada negara kebangsaan. Untuk meneguhkan
rasa taat setia ini, satu sistem pelajaran
kebangsaan telah dilaksanakan.

Cita-cita hedak meluaskan kekuasaan Jepun


bertumbuh selaras dengan perkembangan
pendidikan. Pendidikan yang diwajibkan dimulakan
dalam tahun1872. kemajuan sistem pendidikan
bersama-sama dengan sisitem kerahan tenaga
membentuk rakyat Jepun yang menjadi suatu
bangsa yang termaju di Asia.
http://dukeamienerev.blogspot.com

 
Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:15 pm Post #14

3.13 PERUBAHAN PERLEMBAGAAN

Permintaan lembaga-lembaga perwakilan di


zaman awal pemerintahan Meiji datang dari
Administrator/Anggota SPTians segolongan kecil masyarakat. Mereka ini amat
Posts: penting kerana terdiri daripada bekas ahli-ahli
Oligarki, sarjana, penulis dan tuan-tuan tanah
2,766 kecil serta sederhana. Merekalah yang menjadi
tulang belakang persatuan-persatuan politik paling
Group: awal. Dan persatuan politik ini kemudiannya
Admin berkembang menjadi parti Kebangsaan (Jiyuto).

Member Pada tahun1881, Okuma Shigenobu telah


menubuhkan ‘Parti Kemajuan’ ( Kaishinto). Parti
#1 ini bergiat dikawasan bandar. Kedua-dua parti ini
tidak ada persamaan ideologi.
Joined:

October 6, 2004 Sementara menunggu sebuah perlembagaan baru


digubal, suatu reformasi dalam pentadbiran
diadakan. Suatu sistem jemaah menteri dengan
Ito Hirobumi sebagai Perdana Menteri telah
dibentuk dalam tahun1885. Dalam tahun1888,
satu Majlis Penasihat Raja (Privy Council) telah
dibentuk. Ito menjadi pengerusi yang pertama
setelah menyerahkan jawatan Perdana Menteri
kepada Kuroda Kiyotaka.

Pada 11 Februari 1889, maharaja Meiji


menyerahkan perlembagaan Negeri Jepun yang
pertama kepada Perdana Menteri. Ini
melambangkan hakikat yang penting bahawa
perlembagaan itu merupakan suatu penggunaan
daripada maharaja kepada rakyatnya. Antara isi
kandungan perlembagaan baru ini ialah Jepun
hendaklah diperintah dan ditadbirkan oleh satu
keturunan maharaja, maharaja adalah ‘suci’ dan
tak boleh dicabuli. Maharaja tidak patut dijadikan
perbualan umum. Maharaja mempunyai kuasa
undang-undang dengan persetujuan Parlimen
maharaja (Imperial Diet). Walaupun maharaja
mempunyai kuasa tetapi tiap-tipa undang-undang
hendaklah dibentangkan dalam parlimen
maharaja. Undang-undang ini menjadi sah kalau
Parlimen tidak meluluskannya.

Suatu hakikat yang nyata, kuasa membuat


undang-undang telah berpindah dari tangan
maharaja ke tangan Parlimen. Perlembagaan Meiji
telah menetapkan fungsi dua buah dewan iaitu
Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan. Dewan
Pertuanan mempunyai ahli-ahli yang terdiri
daripada golongan bangsawan. Kuasa Dewan
Pertuanan sama dengan Dewan Perwakilan. Ia
boleh membatlkan undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Perwakilan.

Dewan Perwakilan dianggotai oleh ahli-ahli yang


dipilih secara undi. Tetapi hak mengundi itu
terbatas kepada orang yang mempunyai harta
sahaja.

Rakyat Jepun dijamin hak-hak asasi mereka


seperti kebebasan bercakap, menulis dan
bersuara, namun pengakuan hak-hak tersebut
tidak pula menghalang pelaksanaan kuasa-kuasa
maharaja dalm masa darurat. Perlembagaan Meiji
merupakan satu kemajuan yang penting ke arah
suatu bentuk kerajaan yang disertai oleh rakyat.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:16 pm Post #15

3.14 PERANG RUSIA-JEPUN

Perluasan Rusia ke Manchuria amat


membimbangkan Jepun. Dalam tahun 1898 Rusia
Administrator/Anggota SPTians memajak Port Arthur dari China. Manchuria pula
Posts: menjadi satu kawasan di Timur Jauh yang penting
bagi Rusia dari segi ketenteraan dan ekonomi. Bila
2,766 berlaku Pemberontakan Boxer, Rusia mendapat
alasan untuk membawa askar-askarnya ke
Group: Selatan melalui Manchuria. Ini memungkinkan
Admin Rusia untuk menguasai Teluk Chili dari Taku Bar
dan ke Chemulpo, jalan masuk ke Seoul. Ini amat
Member membimbangkan Jepun. Jepun berminat terhadap
Korea dan dengan kemaraan Rusia, minat Jepun
#1 ke atas Korea sendiri pasti tergugat.
Joined:
Pada tahun 1901, Britain dan Jepun percaya
October 6, 2004 menghasilkan satu perikatan. Ini amat penting
bagi Jepun agar ia diberikan kebebasan untuk
bertindak di Korea.

Rusia menuntut kuasa ekonomi atas kekayaan


Manchuria Selatan dan juga menuntut agar
diadakan satu kawasan berkecuali di Korea di
Utara Garisan Lintang 39 darjah.

Ini menimbulkan ketegangan. Jalan penyelesaian


buntu.akhirnya Jepun mengistiharkan perang pada
10 Februari 1904 dengan Rusia.

Perang ini mengambil masa paling singkat, iaitu


tidak sampai 18 tahun. Jepun memberi layanan
yang baik kepada tawanan-tawanan perangnya.

Perang ini ditamatkan dengan Perjanjian


Porstmouth ( 5 September 1905 ). Rusia telah
bersetuju untuk mengakui ‘kepentingan-
kepentingan politik, tentera dan ekonomi Jepun di
Korea serta menyerahkan kepada Jepun pajakan
ke atas Semenanjung Liaotung serta jalan
keretapi yang menyambung Port Athur dengan
Mukden. Rusia juga menyerahkan separuh dari
Pulau Sakhalin serta hak-hak istimewa menangkap
ikan kepada Jepun.

Jepun mendapat faedah besar dari peperangan ini.


Ancaman Rusia ke atas Korea telah dihapuskan.
Rusia mula menumpukan perhatian semula ke
kawasan Balkan yang telah ditinggalkan sejak
sekian lama. Jepun berjaya menapak semula di
Manchuria.

Jepun juga telah meneguhkan kedudukannya di


Korea. Dalam tahun 1904, Jeoun telah pun
menempatkan penasihat kewangan dan diplomat-
diplomat Jepun. Ini berjalan sehingga terjadilah
suatu trajedi di mana Ito ( seorang pemimpin Meiji
) dibunuh oleh seorang Korea. Ini memberi alasan
ayng kuat untuk Jepun bertindak. Pada Ogos
1910, menerusi suatu perjanjian paksaan Jepun
memulakan penduduknya di Korea yang kelak
mengambil masa sehingga 35 tahun.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:17 pm Post #16

3.21 PERANG DUNIA PERTAMA

Semasa meletusnya Perang Dunia 1, Jepun masih


lagi tertskluk kepada Pakatan Inggeris Jepun. Bila
Administrator/Anggota SPTians meletus perang pada tahun 1914, semua kuasa-
Posts: kuasa Barat tertumpu ke Eropah. Dalam perang
ini, Jepun berperanan menawan pulau-pulau di
2,766 Lautan Pasifik serta Semenanjung Liaotung yang
dikuasai Jerman.
Group:

Admin Bila kerajaan China menuntut wilayah tersebut,


maka Jepun telah mengemukakan ‘ Dua Puluh
Member Satu Tuntutan’. Jepun terus berjaya menguasai
Manchuria. Di samping itu, untuk meneguhkan
#1 kedudukannya, Jepun membuat satu pakatan baru
yang dianggotai oleh Jepun, Great Britain,
Joined: Amerika Syarikat dan Jerman. Sekaligus, pakatan
ini memansuhkan pakatan Inggeris-Jepun dulu.
October 6, 2004
Pakatan ini disamping meneguhkan kedudukan
Jepun tetapi juga telah mengehadkan aktiviti
militer Jepun.

3.22 PERANG DUNIA KEDUA

Kejayaan Hittler di Eropah menimbulkan 2 akibat


serta merta di Jepun. Jepun mula membentuk
totalirisme dalam pemerintahan bila Putera
Konoye membubarkan semua parti-parti politik.
Kemenangan Jerman juga mewujudkan ‘
Perjanjian Paksi Tiga Pihak’ dalam bulan
September 1940.

Perikatan Jerman, Jepun dan Itali telah


meletakkan satu sekatan yang efektif ke atas
sebarang tindakan keras oleh Amerika Syarikat di
Antlantik atau Pasifik. Hanya Amerika Syarikat
yang berupaya menghalang kemaraan Jepun
diAsia.

Dalam bulan Julai 1941, Jepun menduduki


pengkalan-pengkalan di Selatan Indo-China dan
pendudukan ini merupakan satu ancaman ke atas
Siam, Tanah Melayu, dan Pulau-pulau Hindia-
Timur.

Persidangan yang berlansung di Washington untuk


mengelakkan dari meletusnya peperangan
ternyata gagal. Jepun terpaksa bersedia
memerangi Amerika dan Britain. Ini ternyata
kerana pada 3 Disember 1941, Jepun telah
menyerang Hawaii, Hong Kong, Tanah Melayu,
Singapura dan Filipina. Dan enam bulan kemudian
Jepun mencapai kemenangan cemerlang bila
seluruh Asia Tenggara berada di dalam
gengamannya.

Dari segi ketenteraan, kemenangan Jepun


mungkin kerana kekuatan angkatan udara dan
lautnya. Semangat keperwiraan di kalangan
askar-askar Jepun juga tinggi.

Dari semangat perjuangan, timbul pula kisah-


kisah kekejaman yamg dilakukan oleh askar-askar
Jepun. Orang-orang tawanan Jepun diberi layanan
yang zalim. Tawanan-tawanan perang tidak
dilayan dengan selaras syarat-syarat Perjanjian
Geneva.

Jepun langsung tidak mengendahkan janji-


janjinya sebagai pelindung bagi rakyat Asia dan
juga moto ‘ Asia untuk Orang Asia’.

Namun kejayaan Jepun berjaya menghancurkan


mitos bahawanya orang putih itu suatu bangsa
agung yang serba boleh. Ini menimbulkan
semangat yang berkobar-kobar untuk berjuang
untuk kemerdekaan selepas pendudukan Jepun
nanti.

Dalam bulan Jun 1942, tentera Jepun dikalahkan


di Lautan Pasifik dalam Peperangan Midway.
Tentera-tenra Jepun juga tertewas di pulau-pulau
Solomons, New Guinea, dan Utara New Guinea.

Jepun mulai sedar bahawa pakatan antara Jepun-


Jerman-Itali tida menguntungkan Jerman.
Walaupun Jerman berjaya mengalih perhatian
Amerika Syarikat dari Asia ke Eropah, namun
perang antara Jerman-Sovient Union paling
membimbangkan Jepun.

Di Tokyo, Tojo terpaksa menerima tanggungjawab


di atas kekalahan teruk Jepun Piminan kerajaan
baru di bawah Jeneral Kaiso mengharapakn agar
Jepun masih berikhtiar untuk mencari pendamaian
menerusi perdamaiaan menerusi perundingan
dengan pihak Berikat.

Di saat-saat akhir peperangan, Jepun terpaksa


berhadapan dengan berbagai-bagai tekanan.
Semangat keperwiraan di kalangan tentera sudah
merosot, bekalan minyak simpanan hampir
kehabisan dan juga ketegangan hubungan dengan
Rusia. Ini kian cemas bila Amerika Syarikat dan
British pada 26 Julai 1945 mendesak agar Jepun
menyerah kalah atau menghadapi bahaya
kehancuran negaranya. Pada 6 dan 9 Ogos Bandar
Hiroshima dan Nagasaki telah dibomatomkan.
Secara rasmi, Jepun menyerah kalah pada 2
September 1945.

Jepun tentu tidak memasuki peperangan ini


andainya angkatan-angkatan bersenjata
mengasingkan diri dari politik. Namun, tentera
darat telah menyalahgunakan kuasanya. Dan ini
telah memburukkan nama baik Jepun di seluruh
Asia. Mereka hampir-hampir menghancurkan buat
selama-lamanya sistem pemerintahan beraja dan
negara yang mereka telah bersumpah akan
berkhidmad untuknya.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:18 pm Post #17

3.23 JEPUN : ZAMAN SELEPAS PERANG

Selepas, Jepun melaksanakan satu dasar


pemerintahan yang diselaraskan dengan
Administrator/Anggota SPTians ‘Pengistiharaan Postdam’( 29 Ogos 1945 ).
Posts: Laporan ini menghendaki agar Jepun tidak lagi
muncul sebagai kuasa yang boleh menggugat
2,766 Amerika Syarikat serta keamanan dunia.

Group: Matlamat-matlamat laporan ini akan dilaksanakan


Admin oleh Majlis Tertinggi Kuasa Berikat ( Supreme
Comander of Allied Powers-SCAP ) yang diketuai
Member oleh jeneral Daughlas Mac Arthur.

#1 Pada peringkat awal, SCAP telah bertindak segera


untuk menghapuskan sokongan tentera kepada
Joined:
pemerintahan yang membawa Jepun ke kancah
October 6, 2004 peperangan dahulu.

Angkatan Bersenjata telah dilumpuhkan Agama


‘Shanto’ yang mendewa-dewakan maharaja
dirombak individu-individu yang aktif dalam politik
dan organisasi penting. Gerakan pembersihan
dijalankan untuk memberkas orang-orang yang
bertanggungjwab dalam peperangan dahulu.
Bekas Perdana Menteri Tojo dan Hototo serta
beberapa orang pengikutnya dibicarakan di
Mahkamah Pengadilan Antarabangsa.

SCAP telah merangka satu Perlembagaan Baru


untuk beberapa garis panduan. Sistem
pemerintahan beraja akan dipertahankan tetapi ini
tertakluk kepada kehendak rakyat. Kegiatan
ketenteraan dan yang berbentuk ‘perang’ tidak
dibenarkan. Segala bentuk feudalism mesti
dihapuskan. Perlembagaan ini menetapkan
bahawa kedaulatan tidak terletak pada maharaja
tetapi pada rakyat Jepun.

Parlimen menjadi ‘alat negara yang tertinggi’.


Maharaja bertindak sebagai lambing negara dan
perpaduan rakyat.

Dewan Pertuanan telah digantikan oleh suatu


Dewan Penasihat (Councillors). Ahli-ahli dipilih
tiap-tipa 6 tahun dan 3 tahun sekali. Ahli-ahlinya
terdiri dari orang lelaki. Perlembagaan baru ini
walaupun hasil buah tangan Amerika Syarikat
tetapi ia dapat oleh rakyat Jepun.

Amerika juga menjadikan Jepun sebagai benteng


penghalang kepada perkembangan pengaruh
Komunis di Timur. Pemerintah baru ini mengambil
tindakan tegas terhadap Komunis.

Perang Korea meletus pada tahun 1950 dan


banyak askar-askar Amerika yang ditempatkan di
Jepun dikerahkan untuk mempertahankan Korea
Selatan dari jatuh ke tangan Komunis. Perang
Korea banyak menguntungkan Jepun kerana
Jepun menjadi pembekal utama untuk alat-alat
keperluan peperangan di Korea. Menjelang
penghujung tahun 1951, Mac Arthur telah
dilucutkan jawatannya. Beliau digantikan oleh
Foster Dulles yang memainkan peranan penting
hingga berjaya mengadakan satu persidangan
perdamaiaan di San Francisco pada 8 September
1951.

Persidangan yang dihadiri oleh 48 buah negara


lain lebih merupakan satu perhimpunan rasmi
untuk mempersetujui apa yang telah ditetapkan.
Rusia, Poland dan Czechoslovakia enggan
menandatanganinya.

Pada hari yang sama juga Jepun bersama Amerika


Syarikat mematerikan satu Perjanjian
keselamatan yang membenarkan penempatan
askar-askar Amerika di Jepun untuk keperluan
pertahanan.

Perjanjian ini dikuatkuasakan pada 28 April 1952.


tarikh ini menandakan tamatnya pendudukan
Amerika Syarikat ke atas Jepun. Jepun sekali lagi
muncul sebagai negara yang merdeka dan dengan
penuh yakin melangkah ke hadapan untuk
membentuk sebuah negara industri yang moden.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer Sat Jul 30, 2005 8:20 pm Post #18


RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI untuk topik
TAMADUN JEPUN :rolleyes:
ii. Kebangkitan Semula Jepun – Abu Yazid
Abidin DBP
Administrator/Anggota SPTians iii. Siri Bimbingan Peperiksaan STP/ HSC,
Posts: Sejarah Asia Moden, Ibrahim Mustafa B.A.
(HONS) Dip. Ed. (Malaya), Utusan
2,766 Publication and Distribution Sdn Bhd.
iv. Sejarah Jepun, M.Rajendra, arena buku
Group: Sdn Bhd, KL 1998.
Admin v. Nota Lengkap STPM, Sejarah China Dan
Jepun, Maswari Rosdi, Fajar Bakti.
Member vi. Japan Past and Present, Edwin O. Schauer,
DBP, Kementerian Pelajar KL 1970.
#1 vii. Japan in Postwar Asia, Lawrence Otson.
viii. Modern Japan - Richards Sims.
Joined:
ix. The Meiji Oligarchs.
October 6, 2004 x. Jepun kini.
xi. Asian History- China, Japan India,
Indonesia-Ronald Laidlaw
xii. The Japanese- Richard Tames.

xiii. http://www.japan-guide.com/e/e641.html
http://dukeamienerev.blogspot.com

« Previous Topic · Sejarah dan Geografi · Next Topic »

Theme: Zeta Original Track Topic · E-mail Topic 1:32 AM Mar 20


JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:

Anda mungkin juga menyukai