Anda di halaman 1dari 4

5 Cara eratkan perkahwinan

1. Elak tuduh-menuduh

Suami isteri perlulah menumpukan perkara yang baik-baik sahaja ketika berbincang.
Elakkan dari tuduh-menuduh. Situasi begini seolah-olah mereka bermusuh antara satu
sama lain dan bagaimana keharmonian rumahtangga boleh diwujudkan kalau saling
tuduh-menuduh dan bertengkar.

Sebenarnya pasangan begini memang mempunyai minat yang sama kepada


sesetengan barang tetapi disebabkan mereka hanya menceritakan perkara yang tidak
baik semata-mata maka yang baik dan romantis hilang begitu sahaja.

2. Jangan ungkit perkara lama

Jangan bangkitkan perkara yang lepas-lepas. Biarkan yang lepas itu menjadi bahan
untuk renungan bersama. Memang kadang-kadang suami atau isteri melemparkan kata-
kata kesat yang melukakan dalam pertengkaran. Ianya tidak harus diulang-ulang
tentang perkara itu apabila setiap kali bertengkar dan menjadikannya sebagai isu untuk
memanjangkan pertengkaran.

Perkara seumpama itu anggaplah sebagai suatu yang tidak disengajakan.

3. Segera memaafkan

Suami isteri mesti sentiasa bermaaf-maafan antara satu sama lain supaya rasa kasih
sayang itu sentiasa segar. Jangan amalkan perangai yang suka membangkitkan
sesuatu perkara itu berpuluh malah beratus kali untuk menguatkan hujah. Perkara yang
berlalu biarlah berlalu.

4. Remeh temeh

Soal yang remeh temeh janganlah dijadikan punca pergaduhan. Sikap bertolak ansur
haruslah menjadi asas yang utama dalam keluarga. Ada sesetengah pasangan
bergaduh kerana soal kecil seperti menyediakan sarapan pagi, rumah bersepah, anak
menangis dan sebagainya. Jika di hari-hari lain isteri menyediakan sarapan, tidak salah
sekiranya sesekali suami pula yang menyediakan sarapan sendiri.

Soalnya bukan kerana tanggungjawab menguruskan makan minum suami itu tugas isteri
yang melaksanakan tetapi sikap timbang rasa suami.
5. Jangan ambil kesempatan

Isteri janganlah pula mengambil kesempatan atas suami. Sebaliknya kedua belah pihak
perlu bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Kalaulah isteri yang
bekerja dan anak nakal, apa salahnya suami yang menyediakan sarapan sendiri.
Manakala isteri janganlah pula mengambil kesempatan menggunakan peluang ini
sengaja malas menyediakan sarapan untuk suaminya. Bagi si suami pula tidak dinafikan
kerja-kerja begini adalah merumitkan. Tambahan pula sikap ego suami memang ada.

Kadang-kadang dia lebih rela makan di kedai dari menyediakan sarapan untuk dirinya
sendiri. Isteri haruslah memahami dan cuba sedaya upaya menjalankan tugasnya
dengan baik supaya suami senang hati dan tidak bergaduh kerana perkara remeh
temeh.

Subject: Kubu pertahanan godaan syaitan

Assalamualaikum

KUBU PERTAHANAN GODAAN SYAITAN

Untuk membantu manusia dalam menghadapi cabaran-cabaran syaitan dan iblis, Islam
telah menunjukkan kepada manusia beberapa perkara supaya dapat menolongnya
bertahan dalam pertarungan dengan syaitan dan membolehkannya berjaya
menewaskan musuh ketatnya itu.

Perkara-perkara tersebut telah dirumuskan oleh salah seorang dari para salihin dengan
katanya:

"KU RENUNG DAN KU FIKIR, DARI PINTU MANAKAH SYAITAN ITU MEMASUKI
HATI MANUSIA, TIBA-TIBA KU DAPATI SYAITAN MEMASUKI DARI SEPULUH (10)
PINTU". _____

1. TAMAK DAN JAHAT SANGKA lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh
kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2. CINTA HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN lantas aku menghadapinya dengan


rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

3. CINTA KEREHATAN DAN NIKMAT lantas aku menghadapinya dengan meyakini


bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

4. KAGUM DENGAN DIRI ('UJUB) lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri


nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.
5. PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI
MEREKA lantas aku menghadapinya dengan mengetahui hak-hak dan kehormatan
mereka.

6. HASAD lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah (berpuas hati dengan apa
yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada
makhluknya.

7. RIYA' DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA lantas aku menghadapinya dengan sifat
ikhlas.

8. BAKHIL lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada
ditangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada disisi Allah itu akan kekal.

9. TAKABBUR lantas aku menghadapinya dengan tawadhu'.

10. TAMAK lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak
mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia. (Sumber: "Apa Ertinya Saya
Menganut Islam?" pp 114 - 115; Perterjemah Ustadz Alias Othman: Akademi Islam;
Universiti Malaya)

Subject: FW: Ayam & Kambing

CERITA DONGENG AYAM DAN KAMBING

Al kisah maka tersebutlah cerita tentang persahabatan antara si kambing dan si ayam.
Walaupun kedua duanye bersahabat baik, tetapi mereka selalu bertelagah pendapat dan
memberi komen tentang personaliti masing-masing.

Pada suatu pagi mereka memberi komen yang amat sensitif di antara satu sama lain:

Kata si Kambing kepada Ayam " Kau ni eksyen Yam, baju aje lawa tapi kaki ayam"

Ayam dengan marah dan spontan menjawab... " Kau lagi teruk bing..,jangggut aje
panjang, alim konon..tapi nampak buah pelir"

Berikut diturunkan beberapa nama nama pilihan orang Jawa:

1. Harap besar esok akan pandai tanam bunga, diberikan nama Rosman
2. pandai membaiki kereta, namakan Karman
3. average dalam golf, Parman
4. pandai dlm penulisan, Suratman
5. gagah perkasa, Suparman
6. boleh mendengar sambil berjalan, Wakiman
7. selalu bertanya, Azman (loghat jawa bunyi Asman)
8. pandai buat kuih, Paiman
9. pakar jualan, Salman
10. pakar pasal alam sekitar, JASman
11. pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu, Saniman
12. doktor gigi, Sugiman
13. supaya cepat naik pangkat, Yasman
14. Bakal kaki pukul dan dera orang, Deraman
15. yang ada darah Bengali, Manbai
16. pandai organise skim cepat kaya, Pakman (Te' Lo) ada lagii...
17. Buat kerja ala kadar KADARISMAN
18. Suka bagi orang susahSUKARMAN
19. Suka mengadangada –NGADIMA
20. Dua alam HERMAN
21. Paling Haprak KOMAN
22. Kalau yang kuat berlawan Ultraman
23. Suka makan makanan Jepun Sukiman