Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pendahuluan

Semua orang Islam yang berilmu khususnya ilmu Aqidah dan Fiqah berlumba-lumba
ingin menjadi orang mukmin dan orang solih, mereka sentiasa berusaha dan berdoa
agar terhindar daripada menjadi orang munafik atau memiliki sifat munafik.

Orang munafik ialah orang yang berpura-pura Islam.sifat pura-pura ini kekadang
mereka sendiri tidak menyedarinya kerana ketentuan itu bergantung kepada
tingkahlaku dan tindakan yang dilakukan oleh seseorang individu.

Sekiranya diketahui lebih awal sifat-sifat yang boleh menyebabkan seseorang itu
menjadi munafik, mungkin akan dielakkannya, jika dengan sengaja merempuh dan
melanggarnya bermakna mereka itu sememangnya tergolong di dalam golongan
tersebut.
Antara hadis yang hrus diteliti dan dikaji adalah dua Hadis di bawah ini.

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang
munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia
mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya .
(Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai dia khianat, apabila bercakap dia
berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia melampaui
batas
(Hadis riwayat Ahmad)
__________

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka
dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu
daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya
iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia
mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia
melampaui batas"
( Hadith Sahih Riwayat Muslim )

Hadis-hadis ini merujuk kepada ciri-ciri seorang individu munafik dan haruslah dijadikan
sebagai teladan kepada diri setiap individu muslim untuk meghindari dan membentuk
peribadi membentuk peribadi muslim yang cemerlang terselamat dari azab Allah S.W.T.

1
2.0 Definisi

Munāfiq atau Munafik (kata nama, daripada bahasa Arab: ‫افق‬---‫من‬, jamak munāfiqūn)


adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura
mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya

2.1Munafiq atau Nifaq

Munafiq atau nifaq ialah menzahirkan islam dengan sebutan lidah tetapi hati dan
amalannya berlawanan dengan apa yang disebutkan. Firman Allah bahawasanya:

“(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan
orang-orang islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, mereka dengan sebab
itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana
benar dan yang mana salah)”.

2.2Jenis-jenis nifaq

2.2.1 Nifaq Besar

Nifaq besar ialah kekufuran yang paling besar sekali. Justeru, hukumannya adalah
yang paling berat. Firman Allah SWT bahawasanya:

“Sesungguhnya oaring-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah


sekali dan (lapisan-lapisan) dalam neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat
sesiapapun yang bolehmenolong mereka”.

(Surah An-Nisa’: 145)

2.2.2 Nifaq kecil

Nifaq kecil ialah nifaq yang bersangkutan dengan amalan tanpa beriktikadkan ke
atasnya seperti sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Empat perkara yang sesiapa ada pada dirinya maka tergolong sebagai munafiq; dan
sasiapa yang mempunyai sebahagian darinya maka dia mempunyai sebahagian dari
(sifat-sifat) munafiq sehingga dia meninggalkannya iaitu apabila dia bercakap bohong,
apabila dia berjanjidia mungkirinya, apabila dia diberi amanah dia mengkhiatinya, dan
apabila dia berbalah dia membuat jahat”.

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

2
3.0 Individu Munafiq

Antara individu yang munafiq adalah sering dikaitkan dengan orang yang pada
awalnya bukan beragama islam (mualaf). Ini adalah beberapa ayat dari surah Al-
Baqarah yang ada menjelaskan serba sedikit mengenai ciri-ciri, ideology dan
perwatakan orang-orang munafiq. Dibawah adalah beberapa ayat daripada surah Al-
Baqarah.

ِ ُ‫إِ َّن الَّ ِذين َك َفرواْ سواء علَي ِهم أَأَن َذرَتهم أَم مَل ت‬
‫نذ ْر ُه ْم الَ يُ ْؤ ِمنُو َن‬ ْ ْ ْ ُ ْ ْ ْ َ ٌ ََ ُ َ
(Surah Al-Baqarah: 6) 

Sesungguhnya orang-orang kafir tidak akan berubah, samada engkau ingatkan


atau tidak, mereka tidak akan beriman.

ِ ِ ِ ‫ختَم اللّه علَى ُقلُوهِب م وعلَى مَسْعِ ِهم وعلَى أَب‬


‫يم‬ ٌ ‫صا ِره ْم غ َش َاوةٌ َوهَلُ ْم َع َذ‬
ٌ ‫اب عظ‬ َْ ََ ْ ََ ْ َُ ََ
(Surah Al-Baqarah: 7) 

Allah telah menutup hati serta pendengaran mereka dan penglihatan mereka. Bagi
mereka seksaan yang berat.

Ayat-ayat ini menjelaskan mengenai kaum kafir. Hati mereka telah ditutup Allah
S.W.T. Ini kerana mereka telah menyembunyikan kebenaran dan menolak hakikat
sebenar. Kemunkaran mereka kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Kuasa,
mengakibatkan mereka telah dimurkai dan seterusnya dilaknat Allah S.W.T. Situasi ini
adalah amat di geruni oleh setiap invividu muslim. Disebabkan sifat takbur dan
kurangnya pengabdian diri kepada Allah S.W.T

ِ ِ ‫مِب‬ ِ ِ ِ ِ ‫َو ِم َن الن‬


َ ‫ول َآمنَّا بِاللّه َوبِالَْي ْوم اآلخ ِر َو َما ُهم ُْؤمن‬
‫ني‬ ُ ‫َّاس َمن َي ُق‬
(Surah Al-Baqarah: 8)  

Di antara manusia ada yang berkata, "Kami beriman kepada Allah dan Hari
Kiamat," padahal sebenarnya mereka tidak beriman.

Kemunafikan tumbuh subur akibat kejahilan. Perkataan Arab bagi


munafiq, "nifaq" berkait erat dengan perkataan nafaq yang bermaksud "terowong" atau
"jalan bawah tanah." Jika aspek diri yang lebih rendah tidak digantikan dengan aspek
diri yang lebih tinggi, maka hawa nafsu akan berkeliaran di dalam terowong demi
terowong, demi menghindarkan diri daripada perkara yang lebih baik. Hawa nafsu akan
cuba dan berusaha untuk menyelamatkan dirinya dengan cara menghindakan diri dari

3
segala perkara berkaitan dengan amalan kebaikan. Kaum munafik sering mencari-cari
kebenaran. Namun mereka tidak pernah cuba untuk melawan sifat-sifat mazmumah
yang membelenggu diri individu tersebut. Sifat utama seorang individu munafik adalah
selalu menghindarkan diri daripada idea yang berkaitan tentang ketaatan dan
keimanan kepada Allah. Untuk menghindarkan perkara sebegini, dia sanggup mengaku
beriman kepada Allah dan hari kiamat, meskipun sebenarnya dia tidaklah demikian.
Individu tersebut beranggapan bahwa dengan melakukan perkara tersebut, dia dengan
mudah dapat melarikan diri dari hakikat sebenar.

‫ين َآمنُوا َو َما خَي ْ َدعُو َن إِالَّ أَن ُف َس ُهم َو َما يَ ْشعُُرو َن‬ ِ َّ ِ
َ ‫خُيَادعُو َن اللّهَ َوالذ‬
(Surah Al-Baqarah: 9) 

 Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal sebenarnya
mereka hanya menipu diri mereka sendiri, sedangkan mereka tidak sedar.

Mereka berusaha—atau beranggapan bahawa mereka mampu—menipu Allah.


Mereka tidak sedar bahawa mereka hanya menipu diri mereka sendiri. Mereka tidak
mampu menyedari keadaan atau situasi mereka, kerana ilmu mereka berasaskan
kepada prinsip yang mengasingkan tauhid, dan tidak mengamalkan kedua-dua prinsip
tauhid iaitu tauhid uluhiyyah dah tauhid rububiyyah. Mereka tidak menyedari bahawa
mereka sebenarnya telah sesat dan sebenarnya hukum-hukum Allah S.W.T yang telah
menentukan kesemua aspek di dalam kehidupan, termasuklah aspek penipuan diri.
Kerana, mereka berpendapat bahawa mereka telah terselamat jika bersembunyi di
dalam diri mereka sendiri.

‫يم مِب َا َكانُوا يَ ْك ِذبُو َن‬ِ ‫يِف ُقلُوهِبِم َّمرض َفزادهم اللّه مرضاً وهَل م ع َذ‬
ٌ ‫اب أَل‬
ٌ َ ُ َ ََ ُ ُ ُ َ َ ٌ َ
(Surah Al-Baqarah: 10) 

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu; dan
memberikan mereka siksaan yang pedih, kerana mereka telah berdusta.

Orang munafik adalah orang yang telah dijangkiti penyakit hati (qalb, suatu
perkataan yang berasal dari perkataan “qalaba” yang bermaksud "kembali," atau
"bebas,"). Hati yang sihat adalah hati yang bebas dari segala hasrat, keinginan, dan
kegelisahan. Hasrat hati orang munafik yang sakit berpunca daripada penipuan kepada
diri sendiri. Nikmat kurniaan Allah yang tak terkira dan sentiasa bertambah hanya
digunakan untuk perkara tersebut. Akibatnya, keadaan itu hanya memberikan
keresahan dan penderitaan yang tiada penghujung.

‫صلِ ُحو َن‬ ِ ‫َوإِ َذا قِيل هَلُ ْم الَ ُت ْف ِس ُدواْ يِف األ َْر‬
ْ ‫ض قَالُواْ إِمَّنَا حَنْ ُن ُم‬ َ
4
(Surah Al-Baqarah: 11)

 Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan
kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang
hanya membuat kebaikan".

‫أَال إِنَّ ُه ْم ُه ُم الْ ُم ْف ِس ُدو َن َولَ ِكن الَّ يَ ْشعُُرو َن‬


(Surah Al-Baqarah: 12)

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-


benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. 

ُّ ‫الس َف َهاء أَال إِنَّ ُه ْم ُه ُم‬ ِ ِ ‫وإِذَا قِيل هَل م‬


‫الس َف َهاء‬ َ ‫َّاس قَالُواْ أَنُ ْؤم ُن َك َم‬
ُّ ‫اآم َن‬ ُ ‫ن‬ ‫ال‬ ‫ن‬
َ ‫آم‬
َ ‫ا‬ ‫م‬
َ ‫ك‬
َ ‫ا‬
ْ ‫و‬‫ن‬
ُ ‫آم‬ ُْ َ َ
‫َولَ ِكن الَّ َي ْعلَ ُمو َن‬
(Surah Al-Baqarah: 13)

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-


orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana
berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-
orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Individu yang menghidap penyakit hati —ketika saat inkar kepada tauhid mereka
dipertontonkan—akan tidak percaya kepada perkara sebegini . Gejala lain dari penyakit
ini adalah kesombongan dan penyanjungan diri sendiri. Dengan menyanjung diri sendiri
berada di taraf yang lebin tinggi daripada orang lain. Para penipu memandang rendah
sistem-sistem lain. Mereka menganggap para pengikut sistem lain sebagai orang yang
bodoh(sufaha). Padahal, hakiakatnya, mereka —golongan yang munafiq—yang bodoh.
Alngkah baiknya jika para munafiq igin memikirkan sejenak megenai perlakuan mereka,
mungkin mereka akan sedar akan kesilapan mereka. Namun, mereka telah tersesat
dari jalan yang benar.

‫اطينِ ِه ْم قَ الُواْ إِنَّا َم َع ْك ْم إِمَّنَ ا حَنْ ُن‬


ِ ‫ىش ي‬ ِ ِ ِ َّ‫وإِ َذا لَ ُق واْ ال‬
َ َ َ‫ين َآمنُ واْ قَ الُواْ َآمنَّا َوإ َذا َخلَ ْواْ إل‬
َ ‫ذ‬ َ
‫ُم ْسَت ْه ِز ُؤو َن‬
(Surah Al-Baqarah: 14)

5
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "
Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka,
mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami
hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)"

Perkataan "syaitan" berasal daripada kata kerja Arab "syatana," yang bermaksud


memberontak, menyimpang dari jalan yang benar dan kasih
sayang. Syaitan merupakan lawan kepada Rahman, yang Maha Pengasih. Berdusta
adalah sifat yang tidak baik untuk diri bagi diri, kerana ia merupakan sifat negatif.
Manusia selalu mencari ketenangan. Makananya, siapa yang tidak memperoleh
kemanisan iman, beerti dia berada sedang berada dalam ilusi dan konsep-konsep
palsunya.

‫ُّه ْم يِف طُ ْغيَاهِنِ ْم َي ْع َم ُهو َن‬ ِ‫اللّه يسَته ِز ُ هِب‬


ُ ‫ئ ْم َومَيُد‬ ْ َُْ
(Surah Al-Baqarah: 15)

Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam


kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). 

Ayat di atas mencerminkan niat dan tindakan manusia. Jadi, kerana belas kasihan
Allah, orang-orang yang ingin memperolok-olok pun dibiarkan berbuat begitu. Setiap.
Jika diikuti dengan bersungguh-sungguh, Iman seseorang akan bertambah. Demikian
juga dengan orang yang memilih untuk menjadi munafiq. Kerananya, orang-orang yang
terjebak akan terjebak lebih jauh ke dalam dasar terowongan gelap munafik.

‫ين‬ ِ ‫حِب جِّت‬ ِ َّ ْ‫ك الَّ ِذين ا ْشَتروا‬ِ


َ ‫الضالَلَةَ باهْلَُدى فَ َما َر َت َ َارتُ ُه ْم َو َما َكانُواْ ُم ْهتَد‬ ُ ُ َ َ ‫أ ُْولَئ‬
(Surah Al-Baqarah: 16)

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan


petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh
petunjuk hidayah. 

Petunjuk (huda) adalah hak manusia yang diberikan semenjak dia lahir. Petunjuk
kebenaran ini merupakan modal yang akan digunakan manusia dalam menuju ke alam
seterusnya. Namun begitu, hak tersebut harus cuba untuk digapai bermula dari
sekarang. Ada beberapa orang bodoh yang menukarnya dengan kesesatan. Orang-
orang bodoh ini terlalu menuruti hawa nafsu. Mereka sentiasa berasa gelisah, dan takut
terhadap sesuatu yang belum diketahuinya.

6
‫اءت َم ا َح ْولَ هُ َذ َهب اللّ هُ بِنُ و ِر ِه ْم وَت ر َك ُه ْم يِف‬
ْ ‫َض‬
َ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫م‬
َّ ‫ل‬
َ ‫ف‬
َ ‫ا‬
ً ‫ار‬ ‫ن‬
َ ‫د‬
َ ‫ق‬
َ ‫و‬
ْ ‫ت‬
َ ‫اس‬
ْ ‫ي‬ ِ َّ‫مثلُهم َكمث ِل ال‬
‫ذ‬ َ َ ْ ُ ََ
َ َ َ
‫ص ُرو َن‬ ٍ ‫ظُلُم‬
ِ ‫ات الَّ يب‬
ُْ َ
(Surah Al-Baqarah: 17)

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang
menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan
cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak
dapat melihat (sesuatu pun). 

Orang munafik yang kebingungan kadan-kadang akan diberikan oleh Allah cahaya
Hidayah. Namun, jika mereka tidak sedar dan tidak cuba menggapai cahaya dalam hati
mereka, sama ertinya dengan mengingkari perintah Allah S.W.T malah akan lebih
bingung dalam kegelapan, keraguan, dan putus asa.

‫ص ٌّم بُ ْك ٌم عُ ْم ٌي َف ُه ْم الَ َيْر ِجعُو َن‬


ُ
(Surah Al-Baqarah: 18)

Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu
mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). 

Seringkali di dalam Al-Quran, perkatan kembali (raj') membawa maksud taubat,


iaitu kembali kepada jalan yang benar dan berlandaskan hukum syarak.

‫َص ابِ َع ُه ْم يِف آ َذاهِنِم ِّم َن‬


ْ ‫ات َو َر ْع ٌد َو َب ْر ٌق جَيْ َعلُ و َن أ‬
ِ ِ
ٌ ‫الس َماء في ه ظُلُ َم‬ ٍ ِّ‫ص ي‬
َّ ‫ب ِّم َن‬ َ ‫أ َْو َك‬
‫ين‬ ِ
‫ر‬ ِ‫ط بِالْكاف‬ٌ ‫ي‬ ِ‫ت واللّه حُم‬ِ ‫اع ِق ح َذر الْمو‬
ِ ‫الصو‬
َ ُ ْ َ َ َ َ َّ
(Surah Al-Baqarah: 19)

Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,
bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke
dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati.
(Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi
orang-orang yang kafir itu. 

Sebagian daripada unsure keindahan badai adalah guruh dan kilat. Namun, jika
seseorang itu takut mendekati dan menelaahnya, maka dia akan tetap berada dalam

7
kesesatan dan hal ini adalah penghalang seseorang dalam mendalami tauhid.
Seseorang pasti akan terpesona dengan keagungan dan keindahan ciptaan Allah.
Seseorang boleh memilih antara keadaan memahami keagungan Tuhan atau
kesesatan dan hidup penuh rasa takut. Makna lain yang dapat diturunkan dari ayat ini
adalah bahawa janji, peringatan, dan ilmu di dalam Al-Quran bersifat menerangi, seperti
kilat.

‫َض اء هَلُم َّم َش ْواْ فِ ِيه َوإِذَا أَظْلَ َم َعلَْي ِه ْم قَ ُامواْ َولَ ْو َش اء‬
َ ‫ص َار ُه ْم ُكلَّ َم ا أ‬
َ ْ‫ف أَب‬
ُ َ‫اد الَْب ْر ُق خَي ْط‬ُ ‫يَ َك‬
‫صا ِر ِه ْم إِ َّن اللَّه َعلَى ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ِد ٌير‬ ِ
َ ْ‫ب بِ َس ْمع ِه ْم َوأَب‬
َ ‫اللّهُ لَ َذ َه‬
(Surah Al-Baqarah: 20)

Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-


tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam
cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu
dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya
pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu. 

Ayat ini menyatakan bahawa orang kafir tidak dapat melihat tauhid dalam kejadian
makhluk, kerana mereka tidak mahu tunduk kepada Allah yang Maha Pengasih dan
Maha menguasai seluruh alam.

4.0 PERBANDINGAN IMAN ORANG MUNAFIK DAN IMAN ORANG YANG


SEMPURNA IMAN

ORANG MUNAFIK          Keimanan mereka berpura-pura sahaja


         Menunjukkan diri mereka beriman kepada
Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh
Allah
ORANG YANG SEMPURNA          Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan
IMAN ayat-yat Allah
         Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh
harapan
         Sentiasa membelanjakan harta pada jalan
kebaikan

8
5.0 Rumusan

Daripada semua perkara yang telah di nyatakan adalah dapat dirumuskan bahawa
mempelajari megenai konsep munafiq dan kesannya dalam kehidupan muslim adalah
amat penting. Hal ini adalah untuk menyedarkan disamping dapat meningkatkan
keimanan dan ketakwaan seseorang individu tersebut supaya tidak menjadi seorang
yang munafiq.

Selain itu kita juga akan lebih bersedia apabila didatangi dengan ujian atau
dugaan yang bakal diberikan oleh Allah S.W.T. kita akan lebih bersabar dalam
menghadapinya dan tidak terus berputus asa dan mengambil jalan mudah seperti
menjadi seorang yang munafiq.

Seterusnya aktiviti ini juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan seseorang


individu dan boleh digunakan dalam proses menyebarkan atau lebih tepat berdakwah
mengenai ajaran agama Islam.

9
6.0 Refleksi

Dengan mengenali ciri-ciri individu atau perkara-perkara yang boleh menyebabkan


seseorang itu menjadi munafiq kita telah semaki9n hamper untuk berjaya dalam usaha
menjauhkan diri daripada terjebak menjadi individu munafiq. Individu munafiq iman dan
amalannya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.

Selain itu individu munafiq juga adalah individu yang tiada komitmen dalam
kerja dan kurang dipercayai oleh masyarakat. Seterusnya amalan individu yang
munafik yang tidak diterima cuma membazirkan masa dan tenaga. Individu yang
munafik juga tidak akn dirahmati aAllah S.W.T dan ini adalah perkara yang tidak baik
kerana impian setiap muslim adalah untuk mempunyai hidup yang dicucuri rahmat dan
mendapat hidayah-Nya dan seterusnya cuba untuk menggapai nikmat pemberian Allah
yang mutlak iaitu ‘Syurga’ .

Oleh itu umat Islam akan berusaha untuk cuba menggapai nikmat mutlak itu
dengan sentiasa jujur, amanah dan menepati janji. Dengan ini umat islam akan dapat
maju dan agama Islam akan terus berkembang dan menjadi tunggak utama di bumi
Allah ini.

10
Bibliografi

Internet

http://www.al-shia.org/html/id/quran/tafsir/tafsiir-e-baqarah/

http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

http://www.sabah.edu.my/cwm010/akidah_1.htm

http://www.aism.co.cc/index.php?option=com_content&view=article&id=80:apakah-itu-
akidah-dari-segi-adat-istiadat&catid=31:general&Itemid=46

Buku

Dr. Musa Nashr.(2005). Munafiq Menurut Al-Quran dan As-Sunnah: Darus Sunah

Sayyid Na’ Imullah.(2002). Keajaiban Akidah. Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa Sdn.Bhd.

11
Lampiran

Buku hasil karya, Dr. Musa Nashr

12

Anda mungkin juga menyukai