Anda di halaman 1dari 11

1

NOVEL TERMINAL TIGA

SINOPSIS

Novel ini mengisahkan Rimpa atau juga dikenali sebagai Rim, iaitu penuntut Akademi Seni Kebangsaan
(ASK) ingin pulang ke Sabah. Tetapi dia telah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul
Aziz di Subang akibat jerebu. Sewaktu duduk menunggu di Terminal Tiga Rim teringat akan kisah silamnya,
iaitu kehidupannya yang sangat susah setelah ayahnya menghilangkan diri tanpa sebarang pesan. Rim kemudian
mengikut Bang Maily ke Kota Kinabalu kerana ingin mengubah nasibnya. Dari situ, Rim telah mengikuti kursus
Penulisan Kreatif di ASK, Kuala Lumpur. Tujuan Rim pulang adalah untuk mencari ayah yang dipercayai berada
di Nabawan. Selain itu, Rim juga ingin menguruskan biasiswa atau pinjaman bagi membiayai pengajiannya di
ASK. Seterusnya, Rim juga teringatkan peristiwa semasa dia dan Bang Maily menguruskan kursus penulisan
dan kursus drama di Kota Kinabalu.
Semasa tiba di Kota Kinabalu, Rim telah pergi ke rumah Bang Maily. Pada masa itu, Rim teringat
kembali peristiwa-peristiwa dia bersama Bang Maily. Rim telah berkali-kali meminta Bang Maily supaya
mengislamkannya, tetapi Bang Maily memintanya supaya bersabar. Rim telah bermalam di rumah Bang Maily.
Di desa, Rim menemui ibunya, adik-adiknya, dan Ruzaini. Setelah tiga hari dua malam di kawasan
pedalaman itu, Rim bersama dua orang adiknya pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya. Walau bagaimanapun
usaha mereka telah gagal. Selepas itu, Rim telah pergi ke pejabat Bang Maily untuk menguruskan biasiswa
atau pinjaman. Semasa Rim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz, Rim berjumpa dengan
bekas gurunya iaitu, Cikgu Ahmad Ibrahim yang terkandas di Terminal Tiga.
Semasa di ASK Rim telah menerima sepucuk surat daripada Ruzaini yang mengatakan bahawa ayah
Rim telah pulang ke rumah. Selepas tamat peperiksaan semester pertama, Rim bergegas pulang ke Kota
Kinabalu untuk berjumpa dengan ayahnya. Rim juga berasa gembira kerana masalah kewangan yang dihadapinya
telah dapat diatasi apabila dia berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM 3 000 setahun. Di desa, Rim telah
diberitahu oleh ibunya bahawa Ruzaini telah lari dari rumah seminggu sebelum Rim pulang. Ruzaini dipercayai
telah mengikut pemuda yang berdakwah di kampung itu dan mungkin telah memeluk agama Islam serta
berkahwin dengan pemuda tersebut.Rim sangat kecewa dengan tindakan Ruzaini.
Kemudian Rim kembali semula ke ASK untuk meneruskan pengajiannya. Sewaktu di ASK, dia
diberitahu oleh rakannya, Jasmin bahawa kampus mereka akan berpindah ke Matic.

TEMA
Tema novel ini adalah tentang KEGIGIHAN, iaitu kegigihan seorang pemuda Dusun yang bernama Rimpa yang
berjuang untuk membaiki taraf hidupnya dengan berhijrah dari kawasan pedalaman ke Kota Kinabalu dan
seterusnya ke Akademi Seni Kebangsaan di Kuala Lumpur. Walaupun Rim menghadapi pelbagai masalah iaitu
kehilangan ayahnya dan masalah kewangan, namun Rim tetap gigih berusaha memburu cita-citanya. Di samping
gigih belajar Rimpa juga gigih mencari ayahnya tanpa mengenal erti putus asa. Rimpa berusaha gigih untuk
mengatasi masalah kewangannya melalui penulisan. Rimpa juga gigih berusaha untuk mendapatkan biasiswa
atau pinjam akhirnya dia berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM 3000.00

PERSOALAN
1. Persoalan tentang kasih sayang
Rimpa sangat sayang kepada keluargannya berusaha untuk mencari ayahnya yang hilang selama 10
tahun.

2. Persoalan tentang tanggungjawab


Rimpa walaupun sibuk dengan pelajarannya tetapi dia tidak melupakan bertanggungjawabnya terhadap
keluarganya.
2

3. Persoalan tentang keyakinan diri


Rimpa mempunyai yakin diri untuk mengubah taraf hidupnnya dengan bakat yang dimilikinya telah
bertindak keluar dari kawasan pedalaman untuk melanjutkan pelajarannya ke ASK.

4. Persoalan tentang ketakwaan kepada Allah


Bang Maily walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai pegawai kebudayaan tidak pernah mengabaikan
tanggungjawabnya terhadap agama, iaitu tidak mengabaikan sembahyangnya.

5. Persoalan tentang pencemaran


Keadaan pencemaran iaitu jerebu menimbulkan pelbagai kesulitan masyarakat seperti menyebabkan
penerbangan kapal terbang tertangguh.

6. Persoalan tentang sikap prihatin dan kemuliaan hati


Bang Maily bukan sahaja prihatin dengan bakat yang dimiliki Rimpa malah berhati mulia kerana
sanggup membantu Rimpa mengembangkan bakatnya dengan membawanya keluar dari kawasan
pedalaman.

7. Persoalan tentang amalan tolong-menolong hidup berjiran


Ruzaini sebagai jiran Rimpa telah banyak menolong keluarga Rimpa semasa Rimpa melanjutkan
pelajarannya di ASK.

PLOT
Plot novel Terminal Tiga adalah disusun tidak mengikut kronologi, iaitu peristiwanya disusun tidak
mengikut urutan waktu. Walau bagaimanapun, plot ini mudah difahami. Bahagian eksposisi plot, pengarang
memulakan cerita tentang Rimpa yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz, Subang
akibat jerebu. Pada bahagian perkembangan plot, pengarang telah menggunakan teknik imbas kembali iaitu
Rimpa yang berada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, terkenang akan bapanya yang telah 10
tahun menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Rimpa juga teringat akan bagaimana dia boleh memasuki
Akademik Seni Kebangsaan. Rimpa juga terkenangkan peristiwa dia tinggal bersama Bang Maily semasa di
perkampungan sastera di Ranau. Selain itu, Rimpa juga teringat akan rayuan ibunya yang menghalangnya daripada
meninggalkan kawasan pedalaman.
Pada bahagian pertengahan inilah pengarang telah memaparkan pelbagai konflik yang dihadapi oleh Rimpa
iaitu tentang kegagalannya mencari ayahnya. Konflik Rimpa semakin bertambah apabila dia masih gagal
mendapatkan pinjaman untuk membiayai pengajiannya.
Plot menuju ke arah klimaks apabila Rimpa menerima surat daripada Ruzaini yang mengatakan bahawa
bapanya telah pulang.
Peleraian novel ini, adalah apabila Rimpa balik ke kampung untuk berjumpa dengan ayahnya. Selain itu,
masalah kewangan yang dihadapi oleh Rimpa juga selesai apabila Rimpa berjaya memperoleh pinjaman untuk
membiiayai pengajiannya di ASK.
Pengarang berjaya menjalinkan plot novel ini dengan baik. Pengarang banyak menggunakan teknik monolog
untuk mengembangkan plotnya. Di samping itu, pengarang juga berjaya mewujudkan unsur saspens iaitu pembaca
akan tertanya-tanya ke manakah ayah Rimpa menghilangkan diri. Malah pembaca juga tertanya-tanya sampai
bilakah Rimpa akan terkandas di lapangan terbang ? Ke manakah Ruzaini menghilangkan diri ?
Plot novel ini menjadi lebih menarik lagi apabila pengarang telah berjaya menimbul kejutan iaitu tentang
Ruzaini yang digambarkan sejak awal lagi sebagai seorang gadis yang baik tetapi secara tiba-tiba dikatakan
telah meninggalkan kampung bersama kumpulan pendakwah.

WATAK DAN PERWATAKAN

Rimpa
-watak utama/pemuda Dusun
-juga dikenali sebagai Rim
-dilahirkan di kawasan pedalaman Sabah
3

-merupakan anak sulung dalam keluarga


-penuntut Akademi Seni Kebangsaan
-tinggal bersama ibu dan adik-adik perempuannya kerana ayahnya telah 10 tahun menghilangkan diri.

Perwatakan
Rimpa ialah seorang yang gigih iaitu gigih berusaha untuk membaiki taraf hidupnya dengan meninggalkan kawasan
pedalaman Sabah untuk melanjutkan pelajarannya ke ASK.
Rimpa juga seorang yang berpendirian teguh, walaupun ibunya menghalang dia meninggalkan kawasan pedalaman
untuk mengikut Bang Maily tetapi Rimpa tetap tidak berganjak dengan keputusannya untuk ke Kota Kinabalu.
Rimpa juga memiliki bakat dalam bidang lakonan, oleh itu dia mengambil kursus penulisan kreatif di ASK.
Rimpa juga seorang yang tabah dan cekal. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan seperti masalah
ayahnya yang menghilangkan diri selama 10 tahun dan masalah kewangan tetapi Rimpa tetap tabah dan cekal
menghadapi dugaan tersebut
Rimpa juga ialah seorang yang mengenang budi. Hal ini terbukti setiap kali Rimpa pulang ke Sabah, dia akan
singgah di rumah Bang Maily untuk bertanyakan khabar berita Bang Maily dan keluarganya.
Selain itu, Rimpa juga dapat dianggap sebagai seorang yang berani. Rimpa yang sebelum ini hanya tinggal di
kawasan pedalaman berani keluar dari kawasan pedalaman untuk ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke ASK di
Kuala Lumpur.
Di samping itu Rimpa juga yakin kepada diri sendiri. Rimpa dengan bakat yang dimilikinya mampu membawa
kejayaan dalam hidupnya. Oleh itu, Rimpa tidak berganjak daripada keputusannya untuk meninggalkan kawasan
pedalaman kerana yakin keputusan yang dibuatnya itu adalah tepat.
Rimpa juga seorang yang bertanggungjawab. Walaupun Rimpa sibuk dengan tugas dan tanggungjawabnya sebagai
seorang pelajar, tetapi Rimpa tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Rimpa sengat menyayangi keluarganya. Walaupun ayah telah menghilangkan diri selama 10 tahun, tetapi Rimpa
masih berusaha untuk mencari ayahnya itu. Rimpa segera pulang menemui ayahnya setelah mendapat berita akan
kepulangan ayahnya daripada Ruzaini.
Rimpa juga seorang yang berjimat cermat. Rimpa amat berhati-hati dalam berbelanja kerana dia sedar akan
masalah kewangan yang dihadapinya. Buktinya, Rimpa sanggup menunggu sehingga hari siang untuk menaiki bas ke
ASK memandang tambang teksi lebih mahal.
Rimpa juga seorang yang mampu berdikari, hal dapat terbukti, apabila Rimpa berusaha mendapatkan wang untuk
membiayai pengajiannya dengan giat dalam bidang penulisan yang membolehkannya memperoleh honororium.
Rimpa juga seorang yang taat kepada agama. Setelah Rimpa memeluk agama Islam Rimpa sangat taat kepada
agama dengan mengerjakan sembahyang walau di mana jua ia berada.
Rimpa juga seorang yang tidak mudah putus asa. Kegagalan usahanya menemukan ayahnya tidak pernah
melunturkan semangatnya untuk terus mencari.

Bang Maily
-seorang pegawai kebudayaan di Jabatann Kebudayaan Negeri Sabah
-suami kepada Kak Naspura
-ayah kepada Enah dann Jani
-beragama Islam
Perwatakan
-taat kepada agama
-prihatin/ bijak menilai bakat seseorang
-baik hati
-murah hati
-bertanggungjawab
-berhati-hati dalam setiap tindakan
-dedikasi terhadap tugas

Ruzaini
4

-watak sampingan
-gadis Dusun
-lulusan SPM
-jiran Rimpa
Perwatakan
-baik hati
-suka menolong
-amanah
-lemah lembut
-mudah terpengaruh

Kak Naspura
-watak sampingan
-isteri kepada Bang Maily
-ibu kepada Enah dan Jani
Perwatakan
-baik hati
-peramah
-mengambil berat
-suka memberi nasihat

Ramon
-seorang belia yang bekerja dengan Bang Maily
-sahabat Rimpa
Perwatakan
-suka menghina
-iri hati

Ibu Rimpa
-tinggal di kawasan pedalaman
-mempunyai tiga orang anak
-ditinggalkan suami hampir 10 tahun

Perwatakan
-tabah
-mengambil berat

NILAI

1. Nilai kegigihan
contohnya Rimpa seorang yang gigih berusaha untuk membaiki taraf hidupnya dengan melanjutkan
pengajian ke Akademi Seni Kebangsaan.
2. Nilai ketabahan
Contohnya, Rimpa tabah menghadapi cabaran dan dugaan walaupun berhadapan dengan masalah keluarga
dan kewangan.
3. Nilai bertanggungjawab
Contohnya, Rimpa bertanggungjawab menjaga ibu dan adik-adiknya selepas bapanya menghilangkan diri
tanpa sebarang berita.
4. Nilai yakin pada diri sendiri
Contohnya, Rimpa yakin bahawa dia dapat mengembangkan bakatnya dengan berhijrah ke Kuala Lumpur
dengan menuntut di Akademi Seni Kebangsaan
5. Nilai taat kepada agama
5

Contohnya, walaupun rimpa baru sahaja memeluk agama Islam tetapi dia sangat taat kepada suruhan
Agama dan tidak pernah meninggalkan sembahyang walau di mana jua ia berada.
6. Nilai berpendirian teguh
Contohnya, Rimpa tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan kawasan pedalaman untuk
mengembangkan bakat dengan belajar di ASK.
7. Nilai berjimat cermat
contohnya, Rimpa berjimat cermat kerana belum memperoleh bantuan kewangan iaitu dia sanggup
menunggu hari siang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah untuk menaiki bas Srijaya dari Subang
ke Kuala Lumpur.
8. Nilai berdikari
Contohnya, Rimpa berusaha menampung perbelanjaannya dengan bergiat dalam penulisan kerana tidak
mahu bergantung kepada Bang Maily.
9. Nilai tolong-menolong
Contohnya, Ruzaini banyak menolong Rimpa menjaga keluarganya semasa Rimpa belajar di ASK.
10. Nilai baik hati
Contohnya, Kak Naspura yang menyedari Rimpa menghadapi masalah mencari tempat tinggal telah
mempelawa Rimpa menumpang di rumahnya.
11. Nilai kasih sayang
Contohnya, Rimpa sangat menyayangi keluarganya dan berusaha untuk mencari bapanya bagi menyatukan
keluarganya semula.
12. Nilai Kesederhanaan
Contohnya, Rimpa yang bersikap sederhana iaitu sering menaiki penerbangan pada waktu malam kerana
kadar tambang pada waktu malam lebih murah.
13. Nilai mengenang jasa
Contohnya, Rimpa yang tidak melupakan jasa baik Bang Maily dan Kak Naspura dengan mengunjungi
mereka setiap kali pulang ke Sabah.
14. Nilai murah hati
Contohnya, Bang Maily murah hati sanggup mengeluarkan wangnya untuk menampung perbelanjaan Rimpa
Ke ASK.

AMANAT & PENGAJARAN

 Kita hendaklah gigih berusaha untuk membaiki taraf hidup yang lebih baiK Contohnya, Rimpa yang
berusaha gigih untuk membaiki taraf hidupnya, telah bertindak keluar dari kawasan pedalaman untuk
mengembangkan bakatnya dengan melanjutkan pelajarannya di ASK.
 Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup ini. Contohnya Rimpa yang
menghadapi pelbagai masalah iaitu masalah kehilangan ayahnya yang telah 10 tahun menghilangkan diri
tanpa sebarang berita dan masalah kewangan tetap tabah dan cekal mengharungi kehidupannya.
 Kita hendaklah bertanggungjawab kepada keluarga kita. Contohnya, Rimpa yang mempunyai
tanggungjawab terhadap dirinya sendiri iaitu belajar di ASK tetapi Rimpa tetap tidak mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang anak iaitu berusaha mencari ayahnya.
 Kita hendaklah yakin terhadap kemampuan diri kita jika ingin berjaya dalam hidup. Contohnya, Rimpa
yakin akan kebolehan yang dimilikinya telah bertindak nekad meninggalkan kawasan pedalaman dan
keluarganya untuk mengembangkan bakatnya supaya taraf hidupnya dapat ditingkatkan.
 Kita hendaklah taat kepada agama. Contohnya, setelah Rimpa memeluk agama Islam dia sangat taat
kepada suruhan agama dengan tidak meninggalkan amalan sembahyang walau di mana jua ia berada.
 Kita hendaklah berpendirian teguh agar tidak mudah terpengaruh. Contohnya, Rimpa yang berpendirian
teguh tetap tidak berganjak dengan keputusan yang diambilnya untuk meninggalkan kawasan pedalaman
walaupun mendapat tentangan daripada ibunya dan juga Ruzaini. Sebaliknya, Ruzaini yang tidak
berpendirian teguh telah mudah terpengaruh dengan kumpulan pendakwah sehingga sanggup bertindak
lari dari rumah bersama dengan kumpulan tersebut.
6

 Kita hendaklah berjimat cermat dan tidak bersikap boros dalam kehidupan kita. Contohnya, Rimpa
yang menyedari akan masalah kewangan yang dihadapinya selalu berjimat cermat dan berhati-hati semasa
berbelanja. Hal ini dapat kita lihat apabila Rimpa sanggup menunggu untuk menaiki bas yang lebih murah
tambangnya berbanding dengan teksi yang kos tambangnya lebih mahal.
 Kita hendaklah berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada orang lain. Contohnya, Rimpa
mencari sumber kewangan melalui kegiatan penulisan. Melalui bayaran honororium yang diperolehnya,
digunakan untuk membiayai kos kehidupannya di ASK.
 Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain lebih-lebih lagi yang memerlukan pertolongan
kita. Contohnya, Ruzaini yang banyak menolong Rimpa sewaktu Rimpa berada di ASK. Ruzainilah yang
menolong Rimpa menjaga ibu dan adik-adiknya serta menyampaikan khabar berita keluarga Rimpa kepada
Rimpa melalui surat.
 Kita hendaklah sentiasa mengenang jasa terhadap orang yang pernah menolong kita. Contohnya,
Rimpa boleh dianggap sebagai seorang yang mengenang budi. Rimpa banyak terhutang budi kepada Bang
Maily, sering berkunjung atau singgah di rumah Bang Maily setiap kali dia pulang ke Sabah untuk
bertanyakan khabar Bang Maily.
 Kita hendaklah berbuat baik terhadap sesama insan tanpa melihat warna kulit mahupun agama.
Contohnya, Bang Maily banyak menolong Rimpa walaupun tidak mempunyai pertalian persaudaraan. Bang
Mailylah yang bertanggungjawab membawa Rimpa keluar dari kawasan pedalaman untuk mengembangkan
bakatnya agar dapat membaiki taraf hidupnya.
 Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga kita. Contohnya, Rimpa sangat saying akan keluargaan iaitu
dia berusaha untuk menyatukan keluarga dengan berusaha mencari ayahnya yang telah 10 tahun
menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Setelah Rimpa menerima berita tentang kepulangan ayahnya,
Rimpa segera pulang ke Sabah pada cuti semester untuk berjumpa dengan ayahnya.
 Kita hendaklah berfikiran secara rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan. Contohnya, Bang Maily
tidak bertindak secara terburu-buru apabila Rimpa ingin memeluk agama Islam. Bang Maily Hal ini
kerana Bang Maily bimbang Rimpa ingin memeluk agama Islam kerana terpengaruh dan bukan lahir dari
hati nuraninya.
 Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas, bak kata pepatah ringan sama
dijinjing, berat sama dipikul. Contohnya, Bang Maily, Rimpa dan pembantu Bang Maily telah menunjukkan
komitmen dan kerjasama yang padu telah membolehkan bengkel kesusasteraan yang diadakan berjalan
dengan lancar.
 Kita hendaklah insaf dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Contohnya, Rimpa yang telah
meminum air tapai bersama dengan Ramon telah menyedari akan kesilapannya lalu memohon maaf daripada
Bang Maily dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
 Kita hendaklah menghormati orang tua lebih-lebih lagi ibu bapa kita. Contohnya, Rimpa sangat
menghormati ibunya.
 Kita hendaklah amanah terhadap tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita. Contohnya, Bang
Maily melaksanakan tugasnya sebagai pegawai Kebudayaan Sabah dengan penuh dedikasi dan penuh
tanggungjawab.

LATAR

1. Tempat
i. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Latar tempat ini merupa permulaan cerita iaitu sewaktu Rimpa mahu pulang ke Sabah.

ii. Lapangan Terbang Kota Kinabalu


Ketika Rimpa mengakhiri cuti semester pertamanya dan hendak balik ke Kuala Lumpur.
7

iii. Akademi Seni Kebangsaan


Latar tempat ini merupakan tempat Rimpa dan rakan-rakannya menimba ilmu dalam bidang penulisan
kreatif.

iv. Rumah Bang maily


Latar tempat ini menjadi tempat persinggahan Rimpa semasa pulang ke daerah kelahirannya atau pulang
ke Kuala Lumpur.

v. Kampung Rimpa
Latar tempat ini digambarkan sebagai kawasan pedalaman yang mundur dan tidak menjanjikan apa-apa
kepada penduduknya. Ekoran daripada itu, Rimpa telah mengambil keputusan untuk berhijrah untuk
mengubah hidupnya.

vi. Nabawan
Latar tempat ini merupakan tempat Rimpa bersama adiknya mencari bapanya yang hilang.

vii. Ranau
Latar khususnya di Dewan Masyarakat Ranau yang menjadi tempat peserta tarian dan drama
mempersembahkan persembahan mereka.

2. Masa
- zaman kini pada dekad 1990-an
- Waktu negara kita dilanda masalah jerebu
- waktu malam, subuh, pagi dan tengah hari

3. Latar Masyarakat
 Masyarakat tani di daerah pedalaman Sabah
masyarakat ini diwakili oleh ibu Rimpa dan lain-lain yang bergantung hidup kepada penanaman tomato,
kobis dan sebagainya.

 Masyarakat pelajar yang sedar akan kepentingan ilmu


Masyarakat pelajar diwakili oleh Rimpa, Azlina, Jasmin dan Sabri yang menunut di Akademi Seni
Kebangsaan

 Masyarakat luar bandar yang masih mengamalkan semangat kejiranan


Contohnya, Ruzaini sebagai seorang jiran Rimpa sangat mengambil berat tentang keluarga Rimpa,
Ruzainilah yang menjaga ibu Rimpa dan adik-adiknya sewaktuRimpa di ASK.

 Masyarakat yang meminati bidang kesusasteraan


Golongan ini diwakili oleh Bang Maily, Rimpa, Azlina, Jasmin dan Sabri. Bang Maily, misalnya sebagai
seorang Pegawai Kebudayaan Sabah telah berusaha untuk menghidupkan bidang kesusasteraan dengan
menganjurkan bengkel-bengkel sehingga ke kawasan pedalaman.

 Masyarakat yang taat kepada perintah agama


Golongan ini diwakili oleh Bang Maily dan Rimpa yang menunjukkan ketaatan terhadap agama, iaitu Islam
dengan tidak meninggalkan amalan sembahyang walaupun sibuk dengan tugas masing-masing.

 Masyarakat kota yang tidak mementingkan diri sendiri


8

Golongan ini diwakili oleh Bang Maily dan Kak Naspura yang digambarkan suka menolong dan baik hati.
Bang Maily telah banyak menolong Rimpa dalam soal pengajiannya di ASK walaupun tidak mempunyai
sebarang perhubungan persaudaraan

TEKNIK PLOT

i. Teknik imbas kembali


Teknik ini banyak digunakan dalam novel ini, iaitu melalui imbas kembali Rimpa tentang peristiwa atau kejadian
lampau. Contohnya, sewaktu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Rimpa teringat kembali peristiwa ibunya
merayu agar dia tidak meninggalkan kawasan pedalaman untuk mengikut Bang Maily.

ii. Teknik monolog dalaman


Teknik ini banyak digunakan untuk menggambarkan konflik jiwa yang dihadapi oleh watak, khasnya Rimpa yang
menghadapi pelbagai konflik terutamanya masalah kewangan dan masalah keluarganya.

iii. Teknik pemerian


Melalui teknik ini pengarang menyatakan secara langsung tentang sesuatu kepada pembaca. Teknik ini biasanya
digunakan untuk menggambarkan suasana atau keadaan. Contohnya, suasana di Terminal Tiga di Lapangan
Terbang Sultan Abdul Aziz.

iv. Teknik dialog


Teknik ini digunakan untuk menghidupkan sesebuah novel sebagaimana keadaan realiti iaitu perbualan antara
watak.

v. Teknik imbas muka


Teknik ini membolehkan pembaca meramal atau menjangka sesuatu yang akan berlaku dalam plot. Contohnya,
semasa berada di dalam pesawat untuk pulang ke Kota Kinabalu untuk menemui bapanya yang telah pulang ke
kampong halaman. Rimpa telah membayangkan dialog yang bakal dicetuskan oleh ibunya.

vi. Teknik Kejutan


Teknik ini menerbitkan suatu perasaan yang bertentangan dengan harapan dan dugaan pembaca. Contohnya,
Ruzaini yang digambarkan baik dan tidak akan terpengaruh dengan dakyah pendakwah berjubah putih kerana
dia sendiri yang menegaskannya kepada Rimpa melalui suratnya. Walau bagaimanapun, yang sebaliknya telah
berlaku iaitu Ruzaini bukan sahaja telah terpengaruh malah telah melarikan diri mengikut seorang pendakwah
yang berjanggut sejemput.
9

Soalan 1
Pada pandangan anda, mengapakah novel yang anda pelajari itu dianggap menarik? Berikan alasan anda.

Berdasarkan novel Terminal Tiga yang saya kaji, saya berpendapat bahawa novel ini adalah sangat
menarik. Pengarang berjaya mengambungjalinkan unsur-unsur penting yang membina novel tersebut.
Dari segi tema, novel Terminal Tiga mengungkapkan tema tentang KEGIGIHAN seorang remaja yang
berketurunan Dusun yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah yang tidak mahu terpinggir dalam memburu ilmu
sanggup meninggalkan keluarga dan kawasan pedalaman untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni
Kebangsaan di Kuala Lumpur. Walaupun, Rimpa menghadapi masalah keluarga iaitu kehilangan ayahnya dan
masalah kewangan tetap tidak melunturkan semangat Rimpa. Sebaliknya cabaran tersebut mendorongnya untuk
berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai cita-citanya.
Persoalan-persoalan yang digarapkan oleh pengarang menunjukkan keperihatinan pengarang iaitu
persoalan tentang tanggungjawab seorang anak terhadap keluarga, Rimpa sebagai seorang anak yang
bertanggungjawab terhadap keluarga setelah kehilangan ayah telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan
baik. Persoalan tentang pencemaran alam iaitu masalah jerebu yang pernah melanda negara kita pada 1997
adalah untuk menginsaf masyarakat agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka. Persoalan tentang
penghijrahan golongan belia desa ke kota dalam mengejar ilmu dan pembangunan.
Manakala, dari segi binaan plotnya, novel Terminal Tiga adalah menarik kerana olahan plotnya adalah
secara tidak konvensional. Plot novel ini, disusun secara tidak kronologi, namun demikian pembaca dapat
mengikuti perkembangan ceritanya dengan mudah. Pengarang banyak menggunakan teknik imbas kembali, iaitu
melalui kenangan Rimpa terhadap peristiwa lampau. Misalannya, Rimpa terkenang akan peristiwa dia
meninggalkan kawasan pedalaman dan peristiwa rayuan ibunya yang menghalang Rimpa meninggalkan kawasan
pedalaman. Selain teknik imbas kembali pengarang turut menerapkan unsur suspen untuk menjadikan
perkembangan plot novel ini lebih menarik. Misalannya, pembaca akan tertanya-tanya ke manakah ayah Rimpa
menghilangkan diri? Adakah ayah Rimpa masih hidup? Sampai bilakah Rimpa akan terkandas di lapangan
terbang?
Di samping itu, perkembangan plot novel ini menjadi lebih menarik apabila pengarang mewujudkan kejutan
kepada pembaca. Misalnya, Ruzaini dari awal cerita digambarkan sebagai seorang gadis yang berbudi bahasa,
baik tiba-tiba telah bertindak di luar dugaan iaitu melarikan diri bersama dengan kumpulan pendakwah.
Novel Terminal Tiga menjadi lebih menarik apabila pengarang menerapkan nilai-nilai murni dan mesej yang
amat berguna kepada pembaca, khasnya pelajar. Watak Rimpa dapat dijadikan model atau idola kepada para
pembaca. Kegigihan Rimpa dalam mengejar ilmu walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
dugaan tetapi tidak mudah mengalah wajar dicontohi oleh pelajar-pelajar. Selain kegigihan, Rimpa juga seorang
yang bertanggungjawab kepada keluarga, berpendirian teguh dan sebagainya.
Peleraian cerita dalam novel ini juga menarik kerana masalah keluarga yang dihadapi oleh Rimpa selesai
apabila ayahnya pulang semula ke pangkuan keluarganya. Demikian juga dengan masalah kewangan yang dihadapi
oleh Rimpa turut selesai apabila dia berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM 3000.00. Pendek kata dengan
selesainya masalah-masalah yang dihadapi oleh Rimpa membolehkan Rimpa menumpukan perhatian kepada
pengajiannya.
10

Soalan 2

Jelaskan maksud konflik dan huraikan konflik yang dihadapi oleh watak utama dalam novel yang anda kaji.

Berdasarkan novel Terminal Tiga yang saya kaji, watak utama dalam novel tersebut ialah Rimpa. Rimpa
digambarkan menghadapi pelbagai konflik. Konflik adalah pertentangan yang timbul antara dua belah pihak dalam plot
cerita, sama ada melibatkan fizikal mahupun melibatkan idea, pemikiran dan sikap. Konflik dapat dibahagikan kepada
konflik dalaman dan konflik luaran.
Dalam novel Terminal Tiga Rimpa menghadapi pelbagai konflik. Antara konflik yang dihadapi Rimpa adalah
belum mendapat pinjaman atau biasiswa bagi menampung biaya pelajarannya.
Rimpa juga menghadapi konflik yang sering menghantui dirinya iaitu kegagalannya mencari ayah yang telah
menghilangkan diri sejak 10 tahun yang lalu.
Selain itu, Rimpa juga menghadapi konflik yang ditimbulkan oleh ibunya yang tidak membenarkan Rimpa
meninggalkan kampung halaman bagi melanjutkan pelajarannya di ASK.
Di samping itu, Rimpa juga berhadapan dengan konflik yang dicetuskan oleh Ruzaini
11

Penulis banyak menerapkan nilai dalam karyanya untuk dijadikan panduan hidup. Huraikan tujuan penulis berbuat
demikian dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.

Tujuan penulis berbuat demikian:


1) Menjadi teladan kepada pembaca
2) Isi cerita dan watak sebagai model atau idola kepada pembaca
3) Mempengaruhi sudut pandangan dan pegangan hidup pembaca