Anda di halaman 1dari 4

1.

1 Pergerakan asas

 lokomotor
 bukan lokomotor
 manipulasi alatan

 Lokomotor: Cara bagaimana kita membawa badan dari titik A ke titik B.


 Badan akan mencuba pelbagai cara untuk menghasilkan pergerakan dan
untuk membawa badan kita ke mana-mana destinasi.
 Pergerakan ini biasanya melibatkan arah, haluan dan masa.
 Arah mungkin ke hadapan, belakang, atas, bawah, kiri atau kanan.
 Haluan mungkin lurus atau bengkang-bengkok atau zig-zag.
 Masa bermaksud masa yang diambil untuk melakukan pergerakan
tersebut sama ada ia dilakukan dengan cepat atau perlahan, dengan cara
yang tiba-tiba atau terkawal.

Pergerakan lokomotor
 Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat
badan dari satu kaki ke kaki yang lain
 Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota
terangkat daripada mencecah bumi
 Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap
supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.
 Melompat - pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat
berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.
 Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja.
Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak
digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah.
Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di
atas tanah.

2
 Bukan Lokomotor: keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan
tanpa beralih tempat.
 Pergerakan-pergerakan yang dilakukan adalah statik, dan penekanannya
adalah pada keseimbangan.
 Pada amnya, badan seharusnya berkeadaan fleksibel, dan seimbang
untuk memastikan bentuk badan disenangi apabila dilihat.
 Apabila badan bergerak ke posisi yang tegang, ia harus berada dalam
keadaan tertutup dan padat.
 Ringkasnya, apa jua posisi yang dilakukan, ia harus dilakukan tanpa
sebarang tekanan pada mana-mana bahagian badan, yang mungkin akan
mengganggu imbangan yang baik.

Pergerakan bukan lokomotor


 Membongkok
 Meregang
 Memulas
 Berpusing
 Mengangkat badan
 Merebah
 Menghayun

Perbezaan Lokomotor Dengan Lokomotor


Lokomotor – Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti
melompat, berjalan berlari dan sebagainya.
Bukan Lokomotor– Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil seperti
mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya.

3
 Manipulasi Alatan: mengkoordinasikan bahagian-bahagian tubuh badan
bagi manipulasi alatan.

Cadangan aktiviti
 Melambung
 Menyambut
 Membaling
 Menyentuh
 Menampar
 Menggolek
 Memukul
 Menendang

4
 Aktiviti yang dijalankan
Aktiviti pertama (stesen A ke stesen B)
1. demonstrator berlari pecut hingga ke pertengahan stesen. Berlakunya
proses lokomotor.
2. kemudian, berhenti seketika. Proses bukan lokomotor berlaku.
3. seterusnya kembali ke permulaan.

Aktiviti kedua (stesen B ke stesen C)


1. demonstrator berlari sambil melambung gelung, kemudian
menyambutnya.
2. proses yang berlaku dalam aktiviti ini ialah manipulasi alatan dan
lokomotor.

Aktiviti ketiga (stesen C ke stesen D)


1. demonstrator membaling bola dan seorang lagi demonstrator lain
menyambut bola tersebut.
2. berlaku manipulasi alatan ketika membaling bola dan menyambutnya,
manakala proses lokomotor berlaku semasa melompat atau berlari
semasa menyambut bola.

Aktiviti keempat (stesen C ke stesen D)


1. demonstrator berlari sambil melompat kon.
2. kon berfungsi sebagai penghadang.
3. ketika demonstrator berlari sambil melompat kon berlakunya proses
manjipulasi alatan dan lokomotor secara serentak.

Anda mungkin juga menyukai