Anda di halaman 1dari 5

Harap dan Takut Buah Keikhlasan

www.Halaqah.net
Pengirim : Nur'Ain
Editor : PenaHalaqah

Seorang mu’min haruslah berharap dan cemas atas setiap


amal baik yang ia kerjakan, ia berharap mendapatkan
rahmat Allah dan cemas kalau-kalau amal baik yang ia
kerjakan tidak diterima oleh Allah Subhana waTa’ala.
Imam Bukhari rahimahullah menamakan sebuah bab dalam kitab
Al-Iman dengan Bab khaufil mu’min min an yahbatha a’maluhu wa
huwa la yasy’ur, ertinya “Bab takutnya seorang mu’min kalau-
kalau amalannya terhapus sedang dia tidak menyedarinya”.
Kemudian beliau membawakan ucapan Ibrahim At-Taimi
rahimahullah secara mu’allaq.
[Dan dalam kitab Tarikhnya beliau meriwayatkannya secara
maushul sebagaimana dijelaskan oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar
rahimahullah dalam Fathul Bari juz 1 hal.136] :
Dan Ibrahim At-Taimi berkata.
“Apabila saya mempertimbangkan antara ucapanku dan amalanku
saya takut kalau-kalau saya termasuk seorang pendusta.”
Al Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata.
“Ucapan beliau (Imam Bukhari, pent) : “Dan Ibrahim At-Taimi
berkata,” dia adalah termasuk ahli fiqh Tabi’in dan ahli ibadah di
kalangan mereka, dan ucapannya diriwayatkan dzalnya berfathah,
iaitu: Saya takut orang yang melihat amalku bertentangan dengan
ucapanku akan mendustakanku, (maksudnya) ia berkata: Jika
engkau benar tentu perbuatanmu tidak bertentangan dengan
ucapanmu, ia mengucapkan demikian ketika ia sedang memberi
nasihat kepada manusia. Dan diriwayatkan pula huruf dzalnya
berkasrah, dan yang ini paling banyak riwayatnya, adapun
maknanya, meskipun ia seorang pemberi nasihat kepada manusia,
ia merasa bahawa amalannya belum mencapai target yang
semestinya. Dan Allah mencela orang yang ber-amar ma’ruf nahi
munkar, sedang dia lalai dalam segi amal, sebagaimana dalam
firmanNya.
“Amat besar kebencian di sisi Allah, kalian mengatakan apa-apa
yang tidak kalian kerjakan.”[As-Shaff :3]
Maka dia takut seperti para pendusta.[1]
Selanjutnya Imam Bukhari rahimahullah menyebutkan ucapan
Ibnu Abi Mulaikah secara mu’alaq juga. [2]
“Dan Ibnu Abi Mulaikah berkata,
“Saya mendapatkan tiga puluh orang dari para shahabat Nabi
shalallahu ‘alaihi wasallam, mereka semuanya takut kalau dirinya
terjangkit penyakit nifaq, tidak ada seorangpun di antara mereka
yang mengatakan bahawa dirinya seperti imannya Jibril dan
Mikail”.[3]
Al Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah berkata.

“Yang demikian kerana seorang mu’min mungkin sekali datang


kepadanya sesuatu yang menodai amalnya sehingga berubah
niatnya menjadi tidak ikhlas. Tidak bererti mereka terjerumus
kepada kemunafikan, kerana ketakutan mereka tersebut, tetapi ini
menunjukkan keutamaan mereka dalam hal wara’ dan taqwa,
semoga Allah meredhai mereka semuanya.”
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, isteri Nabi shalallahu ‘alaihi
wasallam, ia berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah shalallahu
‘alaihi wasallam tentang ayat ini “Dan orang-orang yang
memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang
takut.” [Al-Mu’minun 60]. Apakah mereka itu orang-orang yang
meminum minuman keras dan mencuri?
Beliau menjawab,
“Bukan! Wahai puteri Ash-Shidiq! Akan tetapi mereka itu adalah
orang-orang yang berpuasa, menjalankan shalat, bershadaqah dan
mereka takut kalau-kalau amal baik mereka itu tidak diterima,
mereka itulah orang-orang yang bersegera untuk mendapatkan
kebaikan-kebaikan.[4]
Saudara-saudaraku sekalian, pada kesempatan ini saya nukilkan
tulisan Imam Adz Dzahabi rahimahullah dalam bukunya
SiyarA’laami An-Nubalaa ketika beliau menulis biografi Al-Allamah,
Al Hafizh Abu Muhammad Abdurrahman Ibnu Abi Hatim Ar Razi
rahimahullah (327H), Imam AdzDzahabi rahimahullah berkata.
“Dan Abu Ar Rabi’ Muhammad bin Al Fadhl Al Balkhi berkata,
“Saya mendengar dari Abu Bakr Muhammad bin Mahrawaih Ar
Razi, saya mendengar dari Ali bin Al-Husein bin Al Junaid, saya
mendengar dari Yahya bin Ma’in bahawasanya ia berkata,
“Sesungguhnya kami mencela manusia, padahal mungkin mereka
yang dicela tersebut telah disediakan tempat mereka di Syurga
sejak dua ratus tahun yang lalu (sejak wafatnya, pent)”.” Saya
berkata (iaitu Imam Adz-Dzahabi, pent), “Barangkali yang benar
sejak seratus tahun yang lalu, kerana sesungguhnya di zaman
Yahya belum sampai ke angka tersebut.”
Ibnu Mahrawaih berkata, “Maka saya masuk menemui
Abdurrahman bin Abi Hatim dan dia sedang membacakan buku Al-
Jarhu wat Ta’dil kepada manusia, lalu saya sampaikan perkataan
Yahya bin Ma’in, maka beliau menangis, dan kedua tangannya
gementar sampai mengakibatkan bukunya terjatuh, dan terus
menangis sambil meminta kepadaku untuk mengulangi hikayat
tersebut.
Saya berkata (Iaitu Imam Adz-Dzahabi,pent), “Dia menempuh
jalan gentar dan takut akan akibat yang buruk, padahal ucapan
pengkritik yang wara’ mengenai orang-orang dhu’afa, termasuk
nasihat bagi dien Allah dan dalam rangka membela As Sunnah.[5]
Semoga kisah di atas menjadi pelajaran yang berharga bagi kita
semua. Wahai Allah yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah
hati-hati kami agar selalu dalam keadaan istiqamah di atas dien
Mu yang lurus, dan kami memohon kepadaMu untuk mengakhiri
kehidupan di dunia ini dengan kesudahan yang baik.
http://daudm.com/index.php
213 dibaca | 4 komen
Top of Form

Berikan Undian! article_rating 380

Give this article a rating of


40482ff09f33a49

Bottom of Form

Komentar: (4 Komentar , 0 are new)


Report comment
khlas kepada Allah subhanahu wata’ala maknanya seseorang bermaksud melalui ibadahnya
tersebut untuk ber-taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah subhanahu wata’ala dan
mendapatkan keridhaanNya.
Oleh: Delima Biru pada 15 January, 2010, 06:49:22 AM
Report comment
Ikhlas itu buah daripada taqwa. Ianya termasuk rahsiaNya, dicurahkan kepada mereka-mereka
yang muflis. Muflis itu permulaan kepada mukhlis. Muflis bermakna tidak memiliki dan tiada
berkehendak. Hanya hati yang kosong akan dapat dipenuhi oleh nur yang sejahtera, sebagaimana
gelas terisi dengan air yang jernih...

Wallahua’lam...
Oleh: Ummi Munaliza pada 15 January, 2010, 06:54:53 AM
Report comment
Apa itu mukhlis?

Mukhlis itu satu darjat yang terpuji, darjat orang-orang ikhlas. Sebenarnya ikhlas ini perkara
besar, ianya merupakan salah satu perkara yang menyebabkan terpeliharanya seseorang hamba
itu daripada tipu daya iblis dan kuncu-kuncunya.

Tahap ikhlas awam macam kita ini, tahap di mana kita melakukan sesuatu kebajikan tanpa
mengharapkan balasan daripada makhluk. Hanya mengharapkan pahala dan redha Allah swt
semata-mata. Ada yang menyatakan kepada saya bahawasanya mengharapkan pahala itu bukan
masuk kategori ikhlas, saya cuma menyatakan kepadanya tiada masalah untuk kita
mengharapkan kampung akhirat dengan segala kesenangannya itu kerana ianya akan menjadi
pemangkin untuk kita mendekatkan diri kepadaNya. Cuma, jangan berkira-kira dengan amalan
kita itu. Contohnya, jika aku buat amal sekian-sekian maka dapatannya sekian-sekian dan kita
mula menghitung amalan-amalan kita itu ibarat berniaga dengan Tuhan.

Sedangkan kita kena menyedari bahawasanya, penerimaan dan pembalasan setiap perkara baik
yang kita lakukan itu adalah Hak dan UrusanNya. Mengikut piawaianNya. Umum biasa
mendengar atau membaca tentang solat yang diangkat ke hadratNya. Ada banyak tapisan yang
perlu dilalui dan akhirnya barangkali solat kita itu akan hanya dilontarkan kembali ke muka kita
kerana gagal memenuhi piawaian yang sepatutnya.

Berdasarkan keadaan ini maka kita akan merasa malu untuk memikir-mikirkan sangat akan
pembalasan atau pahalaNya. Yang lebih penting dari memikirkan tentang pembalasan atau
pahala itu adalah memikirkan tentang penerimaan Allah swt terhadap ibadat kita itu. Bukan pula
bermakna kita bersangka buruk tetapi ianya lebih kepada berhati-hati dan penumpuan kita
terhadap kualiti ibadat kita itu.

Semasa dalam proses pembaikian itu juga kita akan melihat kepada kelemahan kita dan
ketidakupayaan kita dalam mencapai puncak kesempurnaan ibadah. Kita akan sedar sewaktu itu
betapa kita ini tidak terdaya dan berupaya, sebalikNya Dialah Yang Maha Memiliki segala-
galanya. Kita sedar yang kita sedang mencuba sedaya-upaya dengan kekuatan yang kita
sandarkan kepada kita. Kita lupa tentang Lahawlawalaquwwataillabillahil’aliyyil’adzim. Kita
lupa yang sandaran segalanya adalah kepada Yang Maha Hidup lagi Menghidupkan. Kita tidak
sedar bahawasanya, keinginan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah swt itu sendiri
merupakan kehendakNya dan atas rahmatNya.

Bila kita sudah terfikir akan keadaan itu maka kita sudah cukup bersyukur kerana terpilih untuk
tunduk sujud kepadaNya. Tiada kebahagiaan kecuali jika dipilihNya untuk sujud kepadaNya.
Sujudnya kita atau pegibadatan kita itu akan berubah dari tujuan asal untuk mengharapkan

pembalasan kepada satu luahan perasaan syukur dan berserah diri…

Wallahua'lam...