Anda di halaman 1dari 9

GEOGRAFI - TINGKATAN 1

GRAF

Mengumpulkan Dan Merekodkan Data


1. Terdapat beberapa kaedah mengumpulkan maklumat, iaitu melalui pemerhatian, temu
bual,
banci, soal selidik/tinjau siasat/survei dan rujukan ke perpustakaan.
2. Kaedah pemerhatian melibatkan penglihatan dan catatan perkara-perkara yang
berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan.
3. Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan
berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang.
4. Banci adalah kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu jumlah
yang dihitung. Contohnya, jumlah penduduk Malaysia.
5. Kaedah pengumpulan maklumat melalui soal selidik/tinjau siasat/survei dilakukan
dengan mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai.
6. Kaedah rujukan ke perpustakaan adalah kaedah pengumpulan maklumat dengan
merujuk pada bahan-bahan seperti buku, majalah, risalah, keratan akhbar, laman web
atau cakera padat.
Menyusun Data
1. Data adalah maklumat atau fakta tentang sesuatu yang dikumpulkan.
2. Jadual di bawah menunjukkan cara pelajar datang ke sekolah.

 Senarai nama pelajar Tingkatan Satu Bijak dan cara mereka datang ke sekolah

3. Data-data ini dapat diringkaskan dan disusun semula supaya mudah dibaca dan
difahami. Data-data tersebut disusun daripada bilangan yang terbesar sehingga ke
bilangan yang terkecil.
4. Data-data yang tersusun, direkodkan dalam bentuk jadual.

Cara pelajar Tingkatan Satu Bijak datang ke sekolah serta bilangannya.

5. Langkah-langkah mentafsirkan jadual adalah seperti yang berikut.


(a) Perhatikan tajuk jadual kerana tajuk meringkaskan maklumat-maklumat yang
terkandung dalam jadual tersebut.
(b) Perhatikan butir-butir yang terkandung dalam jadual.
(c) Perhatikan nilai yang tertinggi dan nilai yang terendah. Kemudian, buat rumusan.
6. Berdasarkan Jadual di bawah:
(a) barangan elektrik dan elektronik merupakan barangan eksport utama, iaitu RM 299
256 juta;
(b) barangan eksport kedua terpenting ialah barangan keluaran kilang, iaitu bernilai RM
52 887 juta;
(c) barangan eksport yang paling kurang nilainya ialah getah, iaitu berjumlah RM 1 890
juta.

Nilai eksport utama beberapa barangan Malaysia (2005)

Membina dan Mentafsirkan Graf Bar Mudah dan Graf Garisan


1. Graf dapat dilukis dalam dua bentuk, iaitu graf bar dan graf garisan.
2. Data-data dalam bentuk jadual dapat disampaikan dalam bentuk graf juga.

Graf Bar

1. Graf bar terdiri daripada bar-bar yang dilukis secara menegak atau mendaftar.
2. Graf bar sesuai untuk menunjukkan jumlah atau bilangan yang berbeza seperti jumlah
hasil pengeluaran tanaman, bilangan penduduk, dan sebagainya.
3. Data-data yang terdapat dalam jadual di atas sesuai disampaikan dalam bentuk graf
bar.
4. Langkah-langkah melukis graf bar.
(a) Lukis paksi menegak dan paksi mendatar di atas kertas graf. Paksi menegak
mewakili bilangan pelajar, manakala paksi mendatar mewakili cara pelajar datang ke
sekolah.
(b) Label kedua-dua paksi itu.
(c) Lukis bar-bar berdasarkan nilai yang diberikan.
(d) Lorek bar-bar tersebut dan berikan tajuk yang sesuai.

Cara pelajar Tingkatan Satu Bijak datang ke sekolah serta bilangannya.

5. Graf di bawah menunjukkan graf bar mendatar.


Cara pelajar Tingkatan Satu Bijak datang ke sekolah serta bilangannya.

6. Graf di atas dapat ditafsirkan seperti yang berikut.


(a) Jumlah pelajar Tingkatan Satu Bijak paling banyak ke sekolah dengan menaiki
kereta,         iaitu sebanyak 10 orang. 
(b) Yang kedua banyak datang ke sekolah dengan menaiki bas sekolah iaitu sebanyak 8
orang.
(c) Terdapat 7 orang yang datang dengan bas awam.
(d) Yang keempat banyak datang ke sekolah dengan menunggang basikal, iaitu
sebanyak 6 orang.
(e) Yang paling sedikit, iaitu 4 orang datang ke sekolah dengan berjalan kaki.

Graf Garisan

1. Graf garisan ialah jenis graf yang dilukis dengan menggunakan titik atau garisan.
2. Graf garisan sesuai digunakan untuk menunjukkan perubahan berterusan seperti
perubahan suhu sepanjang tahun. 

Suhu bulanan di Ipoh.

3. Langkah-langkah melukis graf garisan.


(a) Lukis paksi menegak dan paksi mendatar di atas kertas graf. Paksi menegak
mewakili unit suhu, manakala paksi mendatar mewakili bulan.
(b) Label kedua-dua paksi.
(c) Tandakan titik pada graf untuk menunjukkan nilai suhu bagi setiap bulan.
(d) Kemudian sambungkan kesemua titik itu dengan garis lurus.
(e) Berikan tajuk yang sesuai.
 Min suhu bulanan di Ipoh

4. Graf di atas dapat ditafsirkan seperti yang berikut:


(a) Bulan Julai mengalami suhu maksimum, iaitu 280C.
(b) Bulan Januari dan Febuari mengalami suhu minimum, iaitu 24 0C
(c) Suhu mula meningkat ke 25 0C pada bulan Mac dan meningkat ke 27 0C pada bulan
Mei dan Jun.
(d) Suhu mencapai tahap maksimum pada bulan Julai, iaitu 28 0C
(e) Pada bulan Ogos, suhu menurun daripada 27 0C ke 250C dan 24 0C pada bulan
Disember.

Membina Jadual dan Graf Dengan Menggunakan Komputer


1. Beberapa program komputer dapat digunakan untuk membina jadual dan graf mudah.
Contohnya, program Microsoft Word.
2. Rujuk kepada menu di program Microsoft Word serta arahannya.
Menu table untuk membina jadual daripada program Microsoft  Word.

3. Rujuk jadual 4.1 sebelum membina jadual.

Cara pelajar Tingkatan satu 1 Pintar datang ke sekolah.

4. Cara Chart Wizard dalam program Microsoft Excel dapat juga digunakan.

5. Berikut adalah langkah membina graf dengan menggunakan Chart Wizard.

Anda mungkin juga menyukai