Anda di halaman 1dari 3

PENGAMBILAN PELAJAR

o Proses pengambilan pelajar dibuat 2 kali setahun iaitu pada setiap januari dan
julai.
o Iklan akan dikeluarkan melalui akhbar-akhbar tempatan 3 bulan sebelum
pengambilan. Syarat-syarat dan pemilihan jurusan dinyatakan didalam iklan
tersebut.
o Kaedah permohonan terbahagi kepada 2 cara iaitu:-

1. Borang permohonan berkomputer-boleh diperolehi di Kementerian Belia


dan sukan Malaysia, Jabatan Belia atau di IKBN berdekatan diseluruh
Malaysia

2. Permohonan secara ON-Line melalui laman web Kementerian Belia dan


Sukan Malaysia www.kbs.gov.my .

o Proses pengambilan dibuat oleh pihak kementerian belia dan sukan Malaysia.
Calon-calon yang berjaya akan ditawarkan mengikut kursus-kursus yang
dipohon ke IKBN sedia ada.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE IKBN

o LULUS SPM/SPMV atau layak mendapat sijil


o Warganegara Malaysia
o Belum berkahwin/bujang
o Umur 17 – 24 tahun kecuali Kursus Penjaga Jentera Elektrik
o Sihat tubuh badan/ tidak cacat anggota
o Tidak pernah terlibat dengan kesalahan jenayah atau najis dadah
o Mampu menjalani latihan sehingga tamat pengajian (sekiranya berhenti sebelum
tamat latihan, anda dikehendaki membayar balik perbelanjaan yang telah
dikeluarkan oleh pihak Kementerian ini sejak mula melaporkan diri di IKBN)
TEMPOH LATIHAN DAN SYARAT KEMASUKAN

BIL JURUSAN TEMPOH KELAYAKAN


1. Kejuruteraan Elektronik Industri
Kejuruteraan Penyejukbekuan dan Lulus SPM/SPMV atau layak
2.
Penyaman Udara (Domestik) 18 bulan mendapat sijil dengan lulus
Lukisan Seni Bina (architectural matapelajaran Bahasa Melayu,
3.
drawing) Matematik dan Sains atau Fizik
4. Pendawaian Elektrik PW2 2 tahun
Tamat tingkatan 5 dengan lulus
matapelajaran Bahasa Melayu.
Keutamaan diberi pada calon yang
Binaan Bangunan (Building
5. 18 bulan layak mendapat sijil atau Lulus
Construction)
SPM/SPMV atau SAP dengan lulus
dalam matapelajaran Bahas Melayu,
Matematik dan Sains / Fizik / Kimia
Lulus SPM/SPMV atau layak
mendapat sijil dengan lulus
6. Penjaga Jentera Elektrik A1 3 tahun matapelajaran Bahasa melayu,
Kepujian dalam Matematik dan lulus
Sains / Fizik / Kimia

KURSUS-KURSUS DITAWARKAN PADA MASA AKAN DATANG

o Kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (Komersial)


o Kejuruteraan Elektronik Audio-Video
o Pendawaian Elektrik PW4
o Penjaga Jentera Elektrik A4
STATISTIK PERMOHONAN BAGI JANUARI 2005

IKBN kinarut menawarkan empat kursus kemahiran pada sesi Januari 2005 yang lalu
dan telah mencatatkan angka yang tertinggi. Ini menunjukkan permintaan dari
masyarakat setempat untuk mempelajari bidang kemahiran dan Vokasional ini amatlah
tinggi. Kebanyak dari mereka memilih didalam jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman
Udara berikutan permintaan pasaran buruh dalam bidang ini khususnya di Negeri Sabah
amatlah menggalakkan. Ini terbukti apabila pelajar yang telah menamatkan latihan
didalam bidang ini telah berjaya mengisi kekosongan tersebut. Bidang Elektronik Industri
menjadi pilihan kedua tertinggi berikutan teknologi dialaf baru ini menarik minat
khususnya golongan belia dalam meningkatkan pengetahuan mereka. Sektor
pembinaan negeri Sabah yang semakin berkembang telah memberi kesan kepada IKBN
Kinarut dimana 36% permohonan menunjukkan golongan belia-beliawanis dikawasan ini
berminat didalam sektor tersebut. Ini terbukti apabila 21% darinya memilih untuk
menjadi pelukis pelan senibina di IKBN Kinarut ini dan selebihnya memilih Jurusan
Binaan Bangunan. Pastinya dimasa-masa yang akan datang, apabila IKBN Kinarut
beroperasi sepenuhnya pastinya permintaan untuk melanjutkan pelajar ke IKBN ini
menjadi keutamaan golongan belia di Negeri Sabah ini.

HOME NEXT

Anda mungkin juga menyukai