Anda di halaman 1dari 16

1.

Pencarian sumber dan bahan serta membuat pemahaman :

1.1 Rudolf Laban dan Analisis Pergerakan

 Analisis Pergerakan Laban atau Laban Movement Analysis (LMA)


boleh ditakrifkan sebagai satu sistem serta bahasa untuk
memahami, mengenal pasti dan menyatakan semua jenis bentuk
pergerakan. Analisis pergerakan yang menggunakan bahasa itu
merujuk kepada pergerakan yang insani daripada suatu gerak
isyarat di dalam perbualan untuk tindakan yang kompleks.

 Rudolf Laban telah mengkaji dan melontarkan teori ini. Beliau


menyatakan bahawa Analisis Pergerakan Laban adalah
berdasarkan aksi usaha (effort) dan bentuk (shape) untuk
menyatakan pergerakan manusia. Sistem ini banyak digunakan
oleh penari, atlet dan terapi fizikal.

 Analisis Pergerakan Laban adalah hasil daripada pembangunan


teori Laban. Berdasarkan teori dan analisis yang telah dilakukan,
terdapat 4 kategori penting iaitu badan, usaha, bentuk dan ruang.

 Analisis Pergerakan Laban (LMA) adalah satu modul atau indikator


yang digunakan oleh seseorang individu untuk menjelaskan
sesuatu pergerakannya atau perlakuannya. Oleh kerana setiap
pergerakan manusia mampu memperlihatkan dan
menggambarkan perasaan dan cara manusia hidup di dunia, LMA
juga boleh digunakan bagi memahami dan meneroka aspek
psikologikal diri pelaku.

1
 Irmgard Bartenieff, turut menyumbang idea dalam menghasilkan
teori analisis ini. Sejarah analisis teori ini pada mulanya lebih
dikenali sebagai Laban / Barteneieff Movement Analysis atau
Laban Movement Studies. Analisis tersebut membuat kajian
tentang :

o Analisis Pergerakan Laban


o Anatomi dan Kinesiologi
o Bartenieff Fundamentals (sm)
o Labanotation

 Tauliah bagi seseorang pelatih yang mendalami ilmu ini dikenali


sebagai ‘ Certified Movement Analysts’ (CMA) atau ‘Certified
Laban Movement Analysts’ (CLMAs).

 Pentaulihan latihan pertama dalam Analisis Pergerakan Laban


ialah pada tahun 1966 di New York City. Sejak daripada titik itu,
latihan dalam Analisis Pergerakan Laban telah mengupas satu
pengetahuan teoretis dan pengalaman pergerakan manusia. Selain
itu ia juga mengandungi kajian tentang sains anatomi dan
biomekanik manusia.

 Sehingga kini, Analisis Pergerakan Laban telah berkembang dan


mengandungi kemahiran dan pengajian tentang :

o Latihan dan Penyelidikan Tarian


o Gerak Tubuh Badan dan Somatik
o Fisioterapi

2
o Koreografi
o Kesihatan
o Sukan
o Kejurulatihan korporat
o Psikoterapi dan Psikoanalisis
o Terapi Tarian
o Pendidikan dan Kejurulatihan

1.1.1 Rudolf Laban - Visi, Ahli Seni dan Ahli Teori

 Rudolf Laban (1879 - 1958) telah dilahirkan di Austria Hungary.


Beliau adalah seorang penari, pereka tari dan seorang ahli teori
pergerakan.

 Beliau juga merupakan salah seorang pelopor dalam Tarian Moden


Orang Eropah. Hasil daripada kerjanya, Laban mengiktiraf status
tarian sebagai satu bentuk seni, dan penjajahannya kepada teori
dan amalan bagi tarian serta pergerakan mengubah sifat biasiswa
tarian. Beliau menubuhkan choreology, disiplin analisis tarian, dan
tercipta satu sistem tatatanda tarian, dikenali kini sebagai
Labanotation atau Kinetography Laban.

 Laban adalah orang pertama untuk memajukan kelompok tarian


dan beliau telah menyatakan keinginannya untuk menyusun
semula peranan pendidikan tarian, dan menekankan
kepercayaannya iaitu tarian patut dibuat untuk semua orang.

3
 Pada 1948 Laban memulakan hidupnya sebagai Art Movement
Studio di Manchester, dan berpindah ke Addlestone di Surrey
kerana berkembang pesat pada 1953.

 Laban telah meninggal dunia pada tahun 1958 dan pelajar-


pelajarnya telah menyambung dan memperkembangkan lagi teori
dan sistem laban yang sedia ada.

4
1.2 Empat Jenis Pergerakan dan Simbol Mengikut Analisis Laban

 Berdasarkan Analisis Pergerakan Laban, terdapat 4 jenis


pergerakan utama dalam gimnastik :
i.

TERUS (DIRECT )

KUKUH (FIRM )

ii.

5
LENTUR (FLEXIBEL )

KUKUH (FIRM )

iii.

RINGAN (LIGHT )

TERUS (DIRECT )

iv.

LENTUR (FLEXIBEL )

RINGAN (LIGHT )

6
 Menurut Analisis Pergerakan Laban, setiap pergerakan yang
dilakukan terdapat dua sifat atau ciri masa iaitu:

i. Menahan (Sustained)
 Diwakili dengan satu garisan pendek yang
mempunyai sudut kiri pada graf.

ii. Mengejut (Sudden)


 Diwakili dengan graf pergerakan sebagai satu garisan
pendek yang mempunyai sudut di sebelah kanan.

7
1.3 Lapan Aksi Usaha Asas Pergerakan dan Lakaran Simbol Analisis
Laban

a) Menekan (Press) – Terus, Menahan

 Aksi ini memberikan kesan yang ketara pada bahagian tangan,


bahu, kaki, badan dan tapak tangan.

 Tekanan pada tapak tangan akan dibawa terus ke zon yang


berbeza-beza.

 Ianya dibawa merentasi badan dan ke hadapan secara mendalam


atau kuat.

 Menekan juga boleh dirasai dibahagian anggota badan lain seperti


bahu, dada, bahagian belakang, pinggang, lutut dan kaki.

8
b) Menumbuk (Punch) – Terus, Kukuh

 Aksi usaha ini melibatkan tangan dan lengan seseorang pelaku.

 Juga boleh digunakan pada angota badan yang lain seperti kaki
iaitu dengan menghentak kaki pada mana-mana permukaan pada
satu titik sasaran.

 Pergerakan pertama yang dilakukan ialah dengan membuat


genggaman dan menekan dengan kuat dan pantas pada satu
garisan lurus terus kepada satu titik sasaran.

9
c) Mengilas (Wring) – Lentur, Kukuh

 Melibatkan pergerakan ‘menarik’ iaitu melalui aktiviti kilasan.


Kilasan melibatkan beberapa bahagian anggota badan seperti
bahu, tangan, kaki, pinggang dan pergelangan kaki.

 Aktiviti ‘mengeliat’ badan merupakan salah satu aktiviti mengilas


yang mampu melibatkan seluruh anggota badan.

10
d) Menghayun (Slash) – Kukuh, Lentur

 Banyak variasi yang dapat dilakukan seperti memukul.

 Melibatkan banyak bahagian anggota badan selain tangan dan


kaki seperti bahu, siku, pingul, lutut dan kepala.

 Contoh Pergerakan ialah seperti menghayun kaki dengan kuat.

11
e) Melungsur (Glide) – Ringan, Terus

 Banyak melibatkan kawasan permukaan tangan.

 Contoh aktiviti pergerakan ini adalah dengan meletakkan tapak


tangan ke bawah pada permukaan lantai dan bergerak selari
atau sejajar dengan permukaan lantai dalam semua arah sambil
badan dalam keadaan membulat (gulingan depan atau gulingan
roda)

12
f) Memedap (Dab) – Terus, Ringan

 Lebih tertumpu pada pergelangan tangan.

 Aktiviti yang mudah dilakukan untuk memperlihatkan aktiviti ini


ialah aktiviti menaip.

 Juga boleh melibatkan bahu dan juga berlaku ketika pergerakan


pantas mengerakkan kepala.

13
g) Apungan / Layangan (Float) – Lentur, Ringan

 Pergerakan yang mudah untuk mengetahui aksi usaha ini adalah


dengan layangan ke udara ketika seseorang individu atau pelaku
itu melompat.

 Juga boleh dilakukan mengunakan anggota tubuh badan yang lain


seperti bahu, lutut, kepala, dada, kaki, dan pergelangan kaki.

 Aksi usaha ini bukan sahaja melibatkan pergerakan menjauhi


ruang tapi mendekati ruang atau mengunakan ruangan yang kecil.

14
h) Merejang (Flick) – Ringan, Lentur

 Aksi usaha melibas atau merejang ini melibatkan bahagian bahu,


kepala dan kaki anggota badan pelaku.

 Aksi usaha merejang boleh dilakukan dalam keadaan berdiri,


melutut atau duduk dan boleh digunakan dalam pertukaran dari
satu posisi kepada posisi yang seterusnya.

15
16

Anda mungkin juga menyukai