Anda di halaman 1dari 13

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Garis Panduan Pengurusan


Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah
(MAKDIS)

1. Pendahuluan

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) adalah sebuah organisasi yang terletak di
bawah fungsi Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran
Malaysia. Fungsi MAKDIS adalah sebagai penyelaras kepada semua kegiatan kokurikulum
Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di seluruh Sekolah
Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Konsep

2.1 MAKDIS berfungsi merancang dan menyelaras kegiatan dakwah Islamiah yang
merangkumi aktiviti dakwah dan kokurikulum pendidikan islam peringkat sekolah.

2.2 kegiatan dakwah menjadi

3. Latar Belakang

2.1 Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) atau


dikenali sebagai Majlis Kegiatan Agama Sekolah-Sekolah (MAKUS) telah
ditubuhkan pada tahun 1979 OLEH Bahagian Pelajaran dan Agama
Kementerian Pendidikan dengan Pekeliling Bil,KP.5206/133 (44) bertarikh
21 mac 1979 yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pelajaran
Agama Ustaz Haji Nik Mohyideen Musa.

2.2 Mengikut penyusunan semula struktur organisasi JAPIM pada bulan


Oktober 1995, antara fungsi Bahagian Dakwah dan Kepimpinan JAPIM
ialah merancang dan menyelaras Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah
Sekolah (MAKDIS) seluruh Negara. Mulai tahun tersebut organisasi ini
dengan rasminya telah menggunakan nama Majlis Kegiatan Dakwah
Islamiah Sekolah (MAKDIS).

2.3 Perbezaan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) dan Pertubuhan


Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah- Sekolah Malaysia (PEKDIS).

MAKDIS

MAKDIS - Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah


yang ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Pengarah
Bahagian Pelajaran Agama, Tuan Haji Nik
Mohyideen Musa.

1
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Keahlian - Semua murid yang sedang belajar di


sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peruntukan - Menggunakan peruntukan yang disediakan


Kewangan oleh Sektor Dakwah dan Kepimpinan Bahagian
Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

PEKDIS

PEKDIS- Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-


Sekolah Malaysia adalah sebuah pertubuhan
berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia. Ia diluluskan di peringkat pusat pada 13
September 2004 dengan nombor pendaftaran1764-
04-5 no PPM WKL 000108/04 No PPP WKL
000024/04 dan pendaftaran cawangan pula pada
8/12/2004.

Keahlian- Semua guru Pendidikan Islam (Bahasa Arab dan j-


QAF) Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada
yang sedang bertugas ataupun yang telah bersara.

Sumber - Kutipan yuran ahli.


Kewangan- Aset-aset sendiri yang diuruskan oleh PEKDIS.

3.0 Objektif MAKDIS

3.1 Merancang semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan
kepimpinan di semua peringkat.

3.2 Menyelaras dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam
bidang dakwah dan kepimpinan di Sekolah Rendah dan Menengah seluruh
Negara.

3.3 Memastikan aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan
kepimpinan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian
Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

2
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

4.0 Struktur Organisasi

Ahli Jawatankuasa Pusat MAKDIS

Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengerusi : Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Timbalan : Timbalan Pengarah,


Pengerusi Operasi Dakwah
Bahagian Pendidikan Islam.

Naib : Timbalan Pengarah,


Pengerusi 1 Pengurusan Pendidikan Islam
Bahagian Pendidikan Islam.

Naib : Timbalan Pengarah,


Pengerusi II Pengurusan Institusi Pendidikan Agama
Bahagian Pendidikan Islam.

Setiausaha : Ketua Sektor


Sektor Operasi Dakwah dan Kepimpinan.

Penolong : Penolong Pengarah


Setiausaha Operasi Dakwah
Bahagian Pendidikan Islam.

Ahli Jawatankuasa : Semua Penolong Pengarah,


i) Operasi Dakwah
Bahagian Pendidikan Islam.
ii) Wakil-wakil di semua Bahagian Pendidikan Islam.
iii) Semua Ketua Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran
Negeri iaitu:

a. Negeri Perlis.
b. Negeri Kedah.
c. Negeri Pulau Pinang.
d. Negeri Perak.
e. Negeri Selangor.
f. Negeri Sembilan.
g. Negeri Melaka.

3
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

h. Negeri Kelantan.
i. Negeri Terengganu.
j. Negeri Pahang.
k. Negeri Johor.
l. Negeri Sabah.
m. Negeri Sarawak.
n. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
o. Wilayah Persekutuan Labuan.

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Negeri Johor

Penasihat : Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Pengerusi : Pengarah Pelajaran Johor

Timb. Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Johor


.
Setiausaha : Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Johor

Pen. Setiausaha : Ketua Unit Operasi Dakwah,


Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor

AJK : - Semua Ketua Sektor, JPN Johor.


- Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Johor.
- KPP BTPNJ
- KPP dan Ketua-ketua Unit SPI, JPNJ

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Daerah

Penasihat : Pengarah Pelajaran Johor

Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah

Timb. Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran

Setiausaha : Penolong PPD Pendidikan/Penyelia Kanan Pendidikan Islam


Pejabat Pelajaran Daerah.

Pen. Setiausaha : Penyelia Pendidikan Islam,


Pejabat Pelajaran Daerah.

AJK : Pengetua yang dilantik


Guru Besar yang dilantik Ikut keperluan PPD
Guru Pendidikan Islam yang dilantik

4
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Sekolah

Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah.

Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar beragama Islam.

Timb. Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM).

Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran (GPI 1).

Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koko)

Setiausaha : Ketua Panitia Guru Pendidikan Islam (GPI).

Penyelaras Dakwah : Guru Pendidikan Islam (GPI).

Penyelaras
Kewangan : Guru Pendidikan Islam (GPI)

AJK : Guru Pendidikan Islam.


Guru-guru yang beragama Islam.
(bilangan ajk seramai 10 orang)

*Bagi sekolah-sekolah di mana pihak pentadbirnya terdiri daripada mereka yang bukan
beragama Islam, jawatan Pengerusi, Timb. Pengerusi, Naib Pengerusi I dan Naib
Pengerusi II hendaklah dipegang oleh mana-mana pentadbir yang paling kanan
(disesuaikan mengikut kekananan) di sekolah tersebut.

Panduan Tugas Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Negeri

1. Penasihat:
a. Bertanggungjawab untuk memberi nasihat terhadap pengurusan MAKDIS

2. Pengerusi:
a. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.
b. Memantau aktiviti MAKDIS
c. Menerima waran peruntukan daripada Bahagian Pendidikan Islam dan akaun
amanah negeri.
d. Mengagihkan peruntukan ke daerah.
e. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS.
f. Menghantar laporan pemantauan dan pelaksanaan MAKDIS kepada Bahagian
Pendidikan Islam, KPM.

5
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

3. Setiausaha:
a. Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.
b. Menyediakan agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.
c. Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.
d. Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS
e. Menerima laporan dan dokumentasi setiap setiap program MAKDIS daripada
daerah.
f. Mengumpul dan merumus laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS
g. Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

4. Ahli Jawatankuasa kecil


a. Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan

Panduan Tugas Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Daerah

1. Penasihat:
a. Bertanggungjawab untuk memberi nasihat terhadap pengurusan MAKDIS

2. Pengerusi:
a. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.
b. Memantau aktiviti MAKDIS
c. Memantau perjalanan kewangan MAKDIS.
d. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuaratMAKDIS.
e. Melantik AJK MAKDIS.

3. Setiausaha:
a. Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.
b. Menyediakan agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.
c. Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.
d. Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS
e. Mengurus semua surat keluar masuk MAKDIS.
f. Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS
g. Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

4. Ahli Jawtankuasa kecil


a. Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan

PANDUAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA MAKDIS PERINGKAT SEKOLAH


6
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

1. Penasihat:

- Bertanggungjawab untuk member nasihat terhadap pengurusan MAKDIS.

2. Pengerusi:

- Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.


- Memantau aktiviti MAKDIS.
- Menerima dan melaksana perjalanan kewangan MAKDIS.
- Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS.
- Melantik AJK MAKDIS.

3. Timbalan Pengerusi:

- Membantu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.


- Membantu memantau aktiviti MAKDIS.
- Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS ketika ketiadaan
Pengerusi.

4. Naib Pengerusi:

- Membantu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS.


- Membantu memantau aktiviti MAKDIS.
- Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS ketika ketiadaan
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

5. Setiausaha:

- Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS.


- Menyediakan segala agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS.
- Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.
- Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS.
- Mengurus semua surat keluar masuk MAKDIS.
- Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS.
- Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

6. Penyelaras Kewangan:

- Mengurus dan merekod perbelanjaan yang diperuntukan oleh pihak


kementerian.
- Menyediakan laporan perbelanjaan.

7
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

7. Penyelaras Dakwah:

- Menyusun Ahli Jawatankuasa Kecil (AJK) pelaksana mengikut kesesuaian


aktiviti program.
- Menyediakan jadual aktiviti program
- Memastikan semua peralatan yang diperlukan untuk aktiviti berada dalam
keadaan yang baik.
- Menyelaras perjalanan aktiviti lancar.

8. Ahli Jawatankuasa Kecil

- Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan.

5.0 Bidang Penyelarasan

Fungsi MAKDIS adalah untuk menyelaras aktiviti ko-kurikulum Pendidikan Islam dalam
bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Bidang
penyelarasan aktiviti ini adalah seperti berikut:

1. Sambutan Hari Kebesaran Islam.


2. Usrah atau majlis ilmu.
3. Majlis Tadarus al-quran/Ihtifal.
4. Festival Nasyid.
5. Kompang Selawat
6 Berzanji Marhaban
7 Kem Bestari Solat j-QAF
8. Kempen nilai-nilai murni.
9. Kem pengukuhan kerohanian.
10. Aktiviti ko-kurikulum merentas kurikulum (AKMK).
11. Pengukuhan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA).
12. Kegiatan kebajikan.
13. Pengurusan Solat Murid di sekolah
14. Lain-lain yang berkaitan dengan pembentukan sahsiah murid Islam.

5.1 Senarai Contoh Aktiviti Kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan
kepimpinan.

8
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

1. Hari Kebesaran Islam:

o Maal Hijrah.
o Maulidur al-Rasul.
o Israk Mikraj.
o Ihya’ Ramadhan.
o Nuzul al-Quran.
o Aidil Fitri.
o Aidil Adha.

2. Majlis ilmu atau usrah:

o Usrah murid.
o Usrah pelajar.

3. Majlis Tadarus al-Quran/Ihtifal SMKA/KKQ:

Sekolah Menengah SMKA/KKQ:

o Tilawah al-Quran.
o Hafazan.
o Syarahan.
o Ikhtifal Bahasa Arab.

Sekolah Menengah:

o Tilawah al-Quran.
o Hafazan.
o Syarahan.

Sekolah Rendah:

o Tilawah al-Quran.
o Hafazan.
o Bercerita kisah al-Quran.

Sekolah Rendah (j-QAF):

o Tilawah al-Quran.
o Hafazan.
o Bercerita kisah al-Quran.
9
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

o Kem Bestari Solat.


o Mahrajan Bahasa Arab.
o Kelab seni khat tulisan jawi.
o Iktifal Khatam al-Quran.

4. Festival Nasyid:

o Peringkat sekolah.
o Kursus penggunaan peralatan nasyid (gendrang).
o Latihan nasyid/vocal.

5. Kempen nilai murni:

o Kempen menutup aurat.


o Kempen member salam.
o Kempen berbudi bahasa.
o Kempen tepati waktu.

6. Kem Pengukuhan kerohanian:

o Kem pengukuhan akidah.


o Kem pemantapan solat.
o Kem kepimpinan Islam.
o Kem pemantapan akhlak.
o Kursus pengurusan jenazah.
o Kem Bestari Solat.

7. Aktiviti ko-kurikulum merentas kurikulum (AKMK):

o Khat.
o Menjawikan teks rumi.
o Selawat kompang.
o Hafazan doa harian.
o Terjemahan surah.
o Azan dan iqamah.
o Khutbah.

8. Pengukuhan fardu ain (PAFA):

o Kem PAFA.
o Amali wudhuk.
o Amali solat.
o Aktiviti lain (rujuk buku panduan PAFA).

9. Kegiatan kebajikan:

o Gotong royong.

10
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

o Derma.
o Ziarah.
o Skim wakaf.

10. Kem Kepimpinan:

o Nadwah kepimpinan pelajar sekolah rendah.


o Nadwah kepimpinan pelajar sekolah menengah
o Nadwah kepimpinan pelajar SMKA/SABK/SBP/SMT
o Imam Pelapis SK/SM.

5.2 CONTOH PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI TAHUNAN MAKDIS SEKOLAH


RENDAH / MENENGAH
* Mengikut kesesuaian bulan dan sekolah berkenaan.

BULAN PERKARA AKTIVITI CATATAN

1. Hari Kebesaran Islam - Sambutan hari kebesaran


2. Majlis Tadarus al-Quran. Islam mengikut kesesuaian
3. Kegiatan kebajikan. masa.
4. Kem Pengukuhan - Melantik AJK, menyelaras
Kerohanian. dan menyusun aktiviti.
- Melaksanakan aktiviti Majlis
Januari
Tadarus al-Quran: Tilawah
al-Quran, hafazan,
syarahan dan bercerita
kisah al-Quran.
- Gotong Royong.
- Kem Bestari Solat.

1. Hari Kebesaran Islam. - Sambutan hari kebesaran


2. Usrah / majlis ilmu. Islam mengikut kesesuaian
3. Kempen kesedaran. masa.
Febuari 4. Kegiatan kebajikan. - Tema : Profesion sebagai
ibadah.
- Kempen salam.
- Program wakaf buku.

Mac
1. Hari Kebesaran Islam. - Sambutan hari kebesaran
2. Pengukuhan Penilaian Islam mengikut kesesuaian
Asas Fardhu Ain. masa.
3. Festival Nasyid. - Halaqah bacaan dalam
4. Kegiatan Kebajikan. solat/wirid.
5. Kem pengukuhan - Pertandingan nasyid antara
Kerohanian. kelas.
- Gotong-royong.
11
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

- Kem Bestari Solat.

1. Kem pengukuhan rohani - Program pemantapan


2. Majlis ilmu/Usrah. Aqidah.
April 3. Aktiviti kokurikulum - Tema : Budaya ilmu.
merentas - Aktiviti menjawikan teks
kurikulum.(AKMK) rumi.

1. Hari Kebesaran Islam. - Sambutan hari kebesaran


Mei 2. Kem Pengukuhan Islam mengikut kesesuaian
Kerohanian. masa.
- Kem pemantapan akhlak.

1. Pengukuhan Penilaian - Amali wuduk.


Asas Fardu Ain (PAFA). - Sambutan hari kebesaran
2. Hari Kebesaran Islam Islam mengikut kesesuaian
Jun 3. Kegiatan kebajikan. masa.
4. Kempen kesedaran. - Kutipan derma anak yatim.
5. Kem Pengukuhan - Kempen menutup aurat.
Kerohanian. - Kem Bestari Solat.

1. Kem Pengukuhan rohani. - Kursus pengurusan


2. Majlis ilmu/Usrah. jenazah.
Julai 3. Pengukuhan Penilaian - Tema: Mengurus tekanan.
Asas Fardu Ain (PAFA). - Amali Solat.

1. Aktiviti kokurikulum - Pertandingan kompang


merentas kokurikulum selawat.
(AKMK). - Kempen menepati masa.
Ogos
2. Kempen kesedaran. - Sambutan Hari Kebesaran
3. Hari Kebesaran Islam. Islam mengikut kesesuaian
masa.

1. Kem Pengukuhan - Majlis bacaan surah yassin


Kerohanian. dan solat hajat.
2. Hari Kebesaran Islam. - Sambutan hari kebesaran
September 3. Kempen Kesedaran. Islam mengikut masa.
4. Aktiviti Kebajikan. - Kutipan derma.
5. Kem Pengukuhan - Kem Bestari Solat.
Kerohanian.

Oktober
1. Hari Kebesaran Islam. - Sambutan hari kebesaran
2. Kem Pengukuhan islam mengikut kesesuaian
Kerohanian. masa.
12
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

3. Majlis ilmu/Usrah. - Majlis bacaan surah yassin


dan solat hajat.
- Tema: Muhasabah.

6.0 Penutup

Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu menyelaras dan menyusun aktiviti
MAKDIS selaras dengan hasrat Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan
Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai