Anda di halaman 1dari 11

7a0af85a3a1e34

Pandang darat fizikal di kawasan kajian kami terdiri daripada kawasan tanah pamah.

Sekeliling kawasan kajian terdiri daripada tanaman kelapa sawit, getah dan nanas. Berhampiran

dengan kawasan kajian, terdapat sebuah universiti dan kilang-kilang seperti Fujitsu dan PCCS. Peta

Lokasi kawasan kajian saya adalah seperti yang ditunjukkan dalam peta 1.1.
Kaedah kajian yang saya gunakan ialah

(a) Kaedah pemerhatian

(b) Kaedah temu bual

(c) Soal selidik

(d)Rujukan
Kaedah pemerhatian - Saya memerhatikan perkara berikut di kawasan kajian iaitu sumbangan
kegiatan penduduk terhadap sosioekonomi penduduk sekitar. Kami lakukan pemerhatian ini selepas

waktu persekolahan pada jam 2.00 petang. Kami melakukannya dengan cara mengambil gambar
dan mencatat maklumat.
Kaedah temu bual - Kami juga telah mengumpulkan maklumat dengan menemu bual penduduk-
penduduk di Taman Ria Bahru, seperti :
(a) Dr. Abd Halid b. Abdullah

(Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Ria Bahru)

(b) Dr. Ishak b. Baba

(c) Pn. Rozana bt. Mohd Ali

(d) En. Halim b. Ibrahim

(e) Pn. Hasnah bt.Selamat


Soal selidik - Semasa menjalankan kajian, kami telah menjalankan soal selidik terhadap 20 orang
responden yang terdiri daripada pelbagai kaum. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah seperti
yang terdapat dalam lampiran 1.
Rujukan - Kami mendapatkan maklumat melalui beberapa sumber, iaitu Buku Teks Geografi
Tingkatan (1,2,3), Atlas, Internet, dan Buku rujukan PMR.

Anda mungkin juga menyukai