Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS

Sudin seorang graduan (jurusan kesusasteraan) yang berjawatan tinggi. Beliau menghadapi dilema untuk
membuat kertas kerja seminar yang perlu di siapkan dalam tempoh masa dua puluh satu hari.
Walaupun sudin seorang ketua yang dedikasi tetapi dia tidak berkemampuan untuk membuat kertas
kerja yang telah diarahkan kepadanya. Semasa menuntut di Universiti dahulu semua kerja kursusnya
telah dibuatkan oleh kawan rapatnya dengan upah tertentu. Sudin hanya menyunting dan
mengemaskinikan apa yang perlu sahaja, Kerana itulah sudin tidak mendapat tarbiah dan kemahiran
dalam membuat kertas kerja yang berkaitan dengan kesusasteraan. Semenjak bertugas dia tidak pernah
melibatkan diri dengan sebarang aktiviti kesusasteraan. Di akhir cerita, Sudin menghubungi pihak
penganjur menolak untuk membuat kertas kerja seminar dengan alasan kesuntukan masa dengan
tugasan harian. Namun begitu pihak penganjur tetap menginginkan Sudin membuat dan
membentangkan kertas kerja pada tarikh yang ditetapkan.

Peristiwa penting

1. Di bilik pejabat Sudin mencatat buku diarinya dan tanpa disengaja beliau terselak nota yang
telah dibuatnya tentang tarikh beliau memberikan seminar kesusasteraan.
2. Sudin merasa runsing bagaimana untuk menyiapkan kertas seminarnya yang hanya tinggal 21
hari saja lagi.
3. Sudin diganggu oleh deringan telipon daripada setiausahanya yang mengatakan tentang
kedatangan seseorang dan Sudin menyuruhnya untuk berurusan dengan orang kanannya.
4. Di bilik pejabatnya, Sudin memikirkan bagaimana cara terbaik bagi menyiapkan kertas kerja itu
dan cara yang mudah adalah menyalin tesis yang telah dibuatnya semasa di universiti.
5. Sudin terfikirn untuk meminta bantuan dari kawan lamanya tetapi dia merasa segan
memandangkan kedudukannya lebih baik dari kawannya itu.
6. Selepas itu Sudin berazam untuk membuat kerja itu dan dia meminta seorang budak pejabat
untuk mencari beberapa senarai buku di perpustakaan.
7. Sudin merasa malu kerana semenjak keluar dari universiti, dia tidak pernah mengikuti
perkembangan dunia sastera lagi.
8. Sudin akhirnya menghubungi pihak penganjur dan mengatakan bahawa dia tidak sanggup
menyiapkan kertas kerja tersebut namun pihak penganjur terus meminta Sudin menjadi ahli
panel dan menyiapkan kertas kerja tersebut.
TEMA

Sudin menghadapi Tema bagi cerpen ‘Buat saja’ adalah ketidakmampuan melakukan tugas. Tugas yang
dibebankan tidak dapat di jalankan dengan baik kerana tidak berkeyakinan dan tidak berkemampuan
melaksanakannya. Perkara ini mungkin disebabkan oleh perbuatannya sendiri yang sering
mengharapkan bantuan dan pertolongan dari orang lain. Dalam cerpen ini, Sudin diminta oleh pihak
penganjur DBP untukmembuat kertas kerja seminar mengenai perkembangan cerpen selepas
kemerdekaan. Sudin tidak mampu menyediakan kertas kerja itu kerana tidak yakin pada diri sendiri dan
tidak yakin pada kemampuan yang ada padanya. Perkara ini disebabkan oleh kebiasaannya semasa
berada di universiti dulu dia selalu mengharapkan bantuan dari kawannya.

Persoalan bagi cerpen ‘Buat saja’

Sudin menghadapi perkara dilema dan konflik dalaman


sehingga menggangu tugas hariannya. Pekerjaannya tidak Pihak tertentu telah memilih Sudin sebagai ketua
lancar hanya kerana perkara ganguan jiwanya yang tidak jabatan sedangkan dia seorang yang tidak sesuai
mampu membuat kertas kerja yang telah di tugaskan. menjawat jawatan itu memandangkan jurusan yang
di ambilnya di Universiti berbeza dengan tugasannya
sekarang.

Kesilapan
Konflik Dalaman

Tidak mandiri
Kesanggupan
Sudin tidak yakin pada dirinya sendiri dan pada Kawan Sudin membantu Sudin dalam membuat kerja
kemampuan yang ada padanya. Padahal dia seorang yang kursus dengan bayaran yang lumayan walaupun
boleh membuat kerja sekiranya dia menumpukan menjejaskan pelajarannya sendiri.
perhatian semasa belajar tetapi sebaliknya dia lebih banyak
berfoya-foya dan melakukan tugas lain.

Watak dan perwatakan

1. Sudin
Seorang yang masih muda belia. Beliau baru menjawat jawatan Ketua Jabatan setelah tiga
tahun keluar dari Universiti. Beliau bergiat dalam sukan golf. Beliau memakai kaca mata dan
merupakan seorang yang dedikasi terhadap pekerja bawahanya dan dapat menjalankan tugas
pejabat dengan baik. Sudin merupakan seorang yang tidak berminat dalam sastera walaupun
dia mengambil jurusan ini semasa di universiti. Dia tidak yakin pada kemampuan diri sendiri dan
tidak dapat mengawal perasaannya apabila dalam kerunsingan tetapi dari sudut lain dia juga
seorang yang bersyukur, bertimbang rasa dan bertolak ansur.
2. Kawan sudin
Beliau tidak ada nama khusus diberikan. Dalam cerpen ini, beliau hanya dikenali sebagai kawan
rapat sudin semasa menuntut di universiti dulu. Dia seorang yang rajin berusaha dan tidak kenal
penat lelah dalam berkarya dan menulis bahan sastera, mengkritik dan menghasilkan novel,
cerpen dan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan kesusasteraan. Dia telah banyak
membantu sudin membuat kertas kerja dan tesis semasa di universiti. Dia mempunyai sifat suka
berpuas hati tentang apa yang dikurniakan kepadanya. Dia berpuas hati apabila tesisnya hanya
diberikan ‘D’ sahaja.
3. Budak pejabat
Dia tidak mempunyai nama khusus tetapi kita dapat mentafsir bahawa dia seorang budak
pejabat yang patuh kepada ketua dan ia mempunyai sifat bersopan santun dan juga hormat
menghormati. Dia juga pernah menghasilkan beberapa buah cerpen dan dia juga seorang yang
prihatin terhadap perkembangan cerpen tanah air.

Pengajaran

1. Kita mesti berhati-hati membuat keputusan agar tidak menyusahkan diri sendiri.
2. Kita jangan berlagak pandai walaupun berkelulusan tinggi.
3. Jangan menghina orang yang lebih rendah dari kita.
4. Bekerjalah mengikut kemampuan diri sendiri agar tidak merunsingkan diri sendiri.
5. Apabila melantik seseorang hendaklah dipilih orang yang betul-betul berkebolehan dan jangan
hanya melihat dari segi luaran sahaja.

Kesimpulan

Cerpen ‘Buat saja’ adalah sebuah cerpen yang sinis dan mengkritik dengan tajam kepada orang tertentu.
Jadi tidak hairanlah jika cerpen ini tidak begitu menonjolkan unsur atau elemen struktur yang istimewa,
mungkin kerana tujuan penulisan cerpen ini adalah sebagai luahan hati, teguran dan kritikan terhadap
sesetengah orang yang berjawatan tinggi tetapi tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai