Anda di halaman 1dari 41

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Mukasurat

1. Isi kandungan 2

2. Esei tentang ras, identity dan budaya 3-23

3. Lampiran 24-41

4. Bibliografi 42

ETNIK ,RAS DAN IDENTITI


2
Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, anutan

agama dan kepercayaan, bahasa pertuturan serta amalan adat yang berbeza antara mereka serta

kumpulan etnik dan lainnya. Penduduknya terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu,

Cina dan India di samping kaum-kaum lain yang tergolong dalam kumpulan etnik minoriti.

Dianggarkan terdapat sekitar 80 kaum wujud di Malaysia yang menuturkan sekitar 60 bahasa (J.

S. Furnival dalam Muhammad Agus, 1993).

Ia sebenarnya bermula setelah penghijrahan orang-orang Cina dan India ke Tanah

Melayu sebaik pembukaan lombong bijih timah dan ladang-ladang getah pada awal tahun 1900.

Mengikut J. S. Furnival (dipetik dalam Muhammad Agus, 1993), masyarakat yang berbilang

kaum atau majmuk adalah masyarakat yang mana setiap kaumnya berpegang teguh kepada

kepercayaan dan agama, bahasa, budaya dan amalan adat masing-masing. Sebagai kumpulan

masyarakat mereka hanya bertemu di kedai, semasa berjual beli tetapi apabila mereka pulang ke

rumah, mereka akan mengamalkan adat masing-masing. Sesetengah pihak mendakwa rusuhan

dan pertelingkahan antara kaum boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja akibat daripada

perbezaan tersebut. Pandangan ini seolah menandakan yang ikatan serta persefahaman antara

kita terlalu rapuh dan begitu mudah sekali untuk kita bertelingkah.

3
Etnik ialah satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui

nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang

mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan

ekonomi. Konsep ‘kelompok etnik’ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari

segi kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,

pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, dan hiburan.

Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme

Etnisiti :Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujudnya satu

kebudayaan atau sub budaya yang jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu

sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Etnosenterisme:Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih

baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Sesuatu kelompok dikatakan

‘etnosentrik’ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai

kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah.

Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk

menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain. Selagi manusia

menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip

yang sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)

4
Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna

kulit dll). Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi

contoh: Mongoloid, Negroid dan Austroloid. Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai

kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-

biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebaganya. Ciri yang

paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga merujuk kepada

satu kelompok manusia yang menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok lain sebagai

berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah

dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.

5
Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik

seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada

tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberapa

pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah

kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung

Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa

UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk

hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang

kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.

Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar

kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah

perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan

sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang

mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di

Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen

sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.

6
Limapuluh tahun setelah kemerdekaan, ras dan agama tetap menjadi isu pemisah di

Malaysia, dimana bangsa itu kadang “hampir mendekati bencana,” kata Perdana Menteri

Abdullah Ahmad Badawi pada Minggu lalu.Umat Muslim Malaysia mencapai 60% dari populasi

negara yang penduduknya berjumlah sekitar 26 juta jiwa. Pemeluk Hindu, Buddha, dan Kristian

mendominasi keturunan India dan Cina yang merupakan minoriti

Banyak warga non Muslim mengatakan bahawa pemerintah dan pengadilan

membolehkan hak-hak mereka, termasuk kebebasan beragama, diabaikan mayoritas Muslim.

Abdullah mengatakan negara itu tidak akan sukses jika isu-isu ras dan agama tidak dibahas.

“Kita menyelesaikan dari satu isu rasial ke isu rasial berikutnya. Ini adalah fakta,” kata Abdullah

dalam sebuah pertemuan partai Gerakan yang didukung oleh keturunan Cina, yang termasuk

komponen koalisi berkuasa. “Saya tidak mau berpura-pura kalau semuanya baik dan tidak ada

masalah, tidak ada kelemahan dan kekurangan. Saya tidak mau ada dalam penyangkalan,”

katanya.

Ditakutkan, perbedaan ras dan agama akan semakin meruncing menjelang pemilihan

umum yang akan dimajukan. Saat ini para pejabat semakin mendesak warga Malaysia untuk

mengingat pelajaran tahun 1969 ketika ketegangan antara ras meledak jadi kerusuhan berdarah.

Abdullah mengritik mereka yang terjebak dalam cara pandang yang mengaitkan segalanya

sebagai isu ras atau agama.

“Kami siap merespon bila ada sesuatu yang kami lihat sebagai masalah rasial. Kami merespon

sangat cepat bila ada orang yang tidak kami sukai membawa-bawa permasalahan ini. Hal ini

membuat isu semakin rumit dan lebih sulit untuk diselesaikan,” katanya.

7
Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-

sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan hidup. (Bangsa pula

ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan

ketatanegaraan) .Masyarakat didefinisiskan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-

sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut

istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai

individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat

juga menggambarkan rakyat sesebuah negara. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang

‘multiracial’ dan ‘multiculture’ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan

masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa

Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Melalui konsep negara bangsa ini, semua

masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang

sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan

sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang

bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Pembentukan bangsa Malaysia

boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu,pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah

aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah aspek kebangsaan. Konsep kenegaraan perlu

ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan

sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan

negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.

Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India

dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.
8
Aspek kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang mana merupakan

penggerak yang sangat hebat dalam mengisi semangat kebangsaan dan mejadi batu asas kepada

pembentukan bangsa Malaysia. Pada hakikatnya hubungan antara kebudayaan kebangsaan

dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal-balik kerana masing-masing saling menyokong

dan menguatkan antara satu sama lain.

Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu, seseorang

yang menghormati orang laian atau rajin bekerja dicermin dan mencerminkan masyarakatnya.

Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap

masyarakat itu menjadi penting kerana melaluinya, kita dapat memahami manusia secara

keseluruhan. Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu

bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Iini akan

mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud

di dalam lingkungan sosialnya. Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan

mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang

wujud.seseorang yang mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke negara

tersebut.

Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi

merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti

pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan kerjasama antara

masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan membolehkan kita memahami dan

memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat.Manusia ialah mereka hidup bersama dan

membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali

antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan
9
sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa

bergantung kepada manusia lain.

Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan

kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi

ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian. Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut

mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari

masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan

perubahan kepada masyarakat itu. Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya

perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi.

Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila masyarakat

bertemu di antara satu sama lain. Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua

kampung, ketua negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah

bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan. Stratifikasi sosial meletakkan

seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada

susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas,

status dan kasta. Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan

harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan .Status

ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan

gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang keahlinya ditentukan

hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam

zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra

Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia

seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. Budaya berasal dari perkataan Jawa:

10
“bu da ya” hasil cantuman “bu dhi ” dan “da ya ”. Perkataan “bud hi ” yang dipinjam dari bahasa

sanskrit bererti ‘ kecergasan fikiran dan akal’ “daya ” ialah perkataan Melayu Polynesia

bermakna ‘ kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’Jika dicantumkan kedua-dua perkataan

ini( budaya ) akan membawa maksud ’ tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa yang

menggerakkan jiwa’. ( Kajian Kebudayaan Melayu,1963 ).

Budaya juga diertikan sebagai, ‘ The way of life of a people, including their attitudes,

values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural

features of forms of life are learned but are often too pervasive to be readily noticed from within

’. ( Dictionary Of Philosophy, 1996 ).

Di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota

kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,

kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh

mereka sebagai anggota masyarakat.( Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, 2001).Budaya itu

dari sudut bahasanya membawa makna cara hidup manusia, manakala sudut istilah pula

menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai

kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan

jiwa.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu :

- budaya kebendaan

- budaya bukan kebendaan ’

11
Budaya kebendaan

Ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya,

Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang

Eskimo.Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.

Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani

kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi

hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri)

perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan

terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi

dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan

hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya

Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti

Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai ‘ budaya ’ dan

budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya.

Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya

boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat

memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan

sekeliling.
12
Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan

antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Sesuatu kebudayaan berkembang

dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila

berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai

alternatif atau menokok tambah dari apa yang telah sedia ada. Maka boleh di katakan bahawa ‘

manusia itu sendiri membentuk budaya ’ dan perkembangan budaya akan mengikut

perkembangan masyarakat itu sendiri.

Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit

daripada tingkahlaku dan akal manusia :

Dipelajari

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk

menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan

budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, akulturasi,

difusi dan integrasi. Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung

kepada beberapa faktor iaitu:

a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan

dan sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c.Umur seseorang.
d.Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

13
Dikongsi - Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat.

Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan

mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa

Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan

seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya

seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya

menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Sejagat -Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud

dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.

Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh

alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur

yang terdapat dalam semua budayaiaitu:

i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.

ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi

iii. sistem sosial.

iv. bahasa

v. kesenian

vi. sistem pengetahuan.

vii. agama dan kepercayaan.

(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg.

Hutington etc.)

14
Diwarisi - Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini

bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan

daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini.

Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini

adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

Berubah - Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga

sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan

proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia.

Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas

seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya

kebendaan lebih cepat berubah. Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:

i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.

ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.

iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.

iv. pertembungan budaya.

v. konflik yang berlaku.

vi. perubahan alam sekitar.

Perlambangan- Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang

memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian
15
tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan

berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan

alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia

mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula

diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing,

ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Fungsi Budaya Dalam Kehidupan - Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup

manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta

manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.

Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian,

manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan

sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan

aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewrisi ilmu pelayaran, maka akan

dibina kapal Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia.

Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai

peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam

memberikan panduan, meliputi:

i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.

ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.

16
iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan

sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran

Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan

mengatur hubungan sesama manusia. Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaituethnos

yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri

budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu

kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu

sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya

seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik,

kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau,

dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu

menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain

yang dipandang rendah dan anggil ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.

Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa

makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan

dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang

Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan

seharian.

17
Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang

paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula

etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri

budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa

perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik

lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini

mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu. Etnik

dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut

demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan

Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. Perbezaan

budaya bagi kumpulan etnik yang dikelaskan melalui demografi ini. Dengan ini jelas

memperlihatkan bahawa setiap satu etnik mempunyai perbezaan budaya dengan etnik yang lain

Segregasi .Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah

negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat

tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.ia wujud sama ada didasari

oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

18
Akomodasi.Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu

sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka

hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat,

setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling

bergantungan. Negara Swtzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat

akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara

mereka.

Akulturas. Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau

kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasi terjadi apabila satu kelompok

manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan

asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke

dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak

menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:

1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian

dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.

2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi,

pemikiran dan sebagainya.

3.

Asimilasi
19
Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya

sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan

dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna

menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di

Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan

Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi

Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:

1. Etnik yang berbeza budaya.

2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.

3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

Kejayaan asimilasi bergantung kepada:

1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima

identiti etnik lain.

2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.

3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah

kecil

4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan

6. menyukarkan proses asimilasi.

20
Faktor penghalang asimilasi ialah:

1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya

lain.

2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.

3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

Amalgamasi

Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk

jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi

ialah perkahwinan campur antara etnik.

Hubungan etnik tidak boleh ditangani secara emosi dan sentimen. Perlu kepada aras

pemikiran dan tindakan yang didasarkan oleh ilmu (baik sudut konseptual/teori dan juga sejarah)

Apabila berhadapan dengan masalah pertukaran agama atau kekeliruan identity seseorang

dari segi agama, negara kita nampaknya masih lagi tidak mempunyai pendirian yang teguh.

Terdapat pelbagai kes dimana setelah seseorang meninggal dunia, masalah agama muncul entah

dari mana. Dan bermulalah pertelingkahan antara orang-orang yang mempunyai talian darah

dengan mangsa dan orang-orang yang bertanggungjawab dalam hal-hal agama ini. Pertukaran

agama oleh seseorang tanpa pengetahuan sesiapa sepatutnya tidak patut dikira sah secara

undang-undang atau dari segi peraturan agama tersendiri. Orang-orang yang bertanggungjawab

dalam pertukaran agama pula haruslh memikirkan jauh tentang kesannya akan pertukaran agama

tanpa pengetahuan sesiapa. Jikalau seseorang itu memegang ataupun menukar agama dia tanpa

pengetahuan dan agama tersebut adalah dikatakan agama rasmi di sesebuah negara, maka
21
tindakan mereka bertukar agama tanpa pengetahuan sesiapa dikatakan sah manakala jikalau

seseorang itu bertukar agama kepada agama minoriti maka muncullah masalah yang akan

memakan masa bertahun-tahun untuk mencari penyelesaiannya. Jadi untuk mengelakkan

masalah ini daripada berulang, kerajaan haruslah menluluskan undang-undang untuk membantah

permohonan pertukaran agama tanpa pengetahuan ibu, bapa, suami, isteri orang tersebut.

Persetujuan juga haruslah diminta terlebih dahulu sebelum sebarang pertukaran agama. Dengan

ini takkan ada sebarang pertelingkahan sesama agama yang mungkin berlaku di negara Malaysia

ini kerana kita hidup dengan rakyat yang mempunyai pelbagai agama, identiti dan budaya maka

perkara-perkara sensitif begini haruslah dikendalikan dengan amat teliti. Dilampirkan berserta

dengan tugasan ini adalah beberapa arikib berita yang berkait rapat dengan pertukaran agama

dan identiti. Jikalau kita hendak berbincang tentang ras, identiti dan budaya maka perkara

tentang agama ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sama sekali.

Secara kesimpulannya, perbincangan terbuka mengenai sensitiviti kaum harus

dirangkumkan dalam konteks negara sendiri, dengan mengambil iktibar daripada sejarah lalu

serta memahami asas konsep kenegaraan yang majmuk dan berbilang kaum. Generasi muda

harus melihat pemahaman agama ini sebagai faktor kestabilan.

22
LAMPIRAN

23
ARKIB : 14/08/2008

Remaja dan sensitiviti kaum

OLEH NURUL IZZAH SIDEK


(fikrahremaja@yahoo.com)

DALAM konteks masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama, konsep kerukunan dan
harmoni harus difahami dan diterapkan dalam kehidupan seharian. Allah menciptakan manusia
berpasang-pasang serta pelbagai bangsa supaya memberi asas kekenalan dan litaarafu iaitu
mempunyai asas kesalingan, bekerjasama dan saling mempelajari antara satu sama lain (al
Hujurat: 13).

Dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia pada hari ini, sensitiviti kaum adalah suatu perkara
yang seringkali mencetuskan keresahan dan adakalanya menimbulkan provokasi terhadap
keamanan negara. Sebagai warga Malaysia yang bertanggungjawab dalam batas demokrasi,
apakah peranan yang harus dimainkan oleh setiap warga terutamanya remaja dalam memastikan
bahawa isu sensitiviti kaum ini tidak dimanipulasi sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri?

Sensitif atau peka?


Apabila menyebut mengenai sensitiviti kaum, ia secara tidak langsung menyentuh mengenai
sensitiviti agama, budaya dan cara hidup sesuatu kaum yang juga dikaitkan dengan
perkembangan ekonomi, taraf pendidikan serta taraf hidup sosial sesuatu kaum.

24
Menyoroti kembali perjalanan Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum, pelbagai peristiwa
dan kompromi yang berlaku di saat kemerdekaan di mana status orang mendatang diberikan
status kekal dan kewarganegaraan di samping untuk menjalankan kontrak sosial untuk
menghormati status agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa serta lain-lain seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Asas-asas ini amat penting difahami oleh generasi pewaris supaya tidak timbul ungkitan untuk
mengubah kontrak sosial atas asas bahawa zaman dan suasana sudah berubah dan lebih terbuka.

Generasi remaja bukan Islam juga harus mempunyai kecenderungan yang sama kerana tanpa
pengetahuan mengenai sejarah silam dan toleransi yang berlaku, tidak mungkin tercapai
kemajuan seperti yang kita saksikan kini. Peristiwa 13 Mei 1969 memberi peringatan jelas
bahawa api perkauman yang melampau boleh menganggu gugat asas-asas yang telah disepakati
bersama.

Rencah masyarakat Malaysia yang hidup kaum tidak boleh disamakan dengan negara lain.
Masyarakat Malaysia harus berupaya mengambil iktibar daripada bangsa-bangsa yang berjaya.
Namun begitu, liberalisme dan kekaguman terhadap Barat atau tradisi lain bukanlah suatu jalan
penyelesaian terbaik tanpa adanya usul periksa mengenai falsafah mereka. Menjadi maju dan
moden tidak bermakna boleh meremehkan budaya dan sistem kepercayaan yang terbina sekian
lama.

Apatah lagi dengan limpahan ilmu dan maklumat yang dipacu oleh perkembangan teknologi
mendorong rakyat bersikap lebih terbuka dan lantang menyuarakan sesuatu isu. Kemunculan
sesuatu isu di dalam negara juga akan dibincangkan secara meluas di laman-laman forum dan
blog yang rata-ratanya adalah generasi muda. Penggunaan bahasa yang kurang sopan, bersifat
menghasut serta tidak beretika sering mencetuskan kemarahan di kalangan pengguna.

Apakah perbincangan mereka ini berteraskan kepada ilmu sejarah silam yang mereka ada atau
bersandarkan kepada emosi dan logik semata-mata? Apatah lagi dengan perbincangan yang tidak
mempunyai kesimpulan yang konkrit serta alasan yang rapuh, dibimbangi akan memahatkan
pemahaman yang salah terhadap sesuatu isu, terutamanya mengenai sensitiviti kaum.

Gerbang langit terbuka dan globalisasi tidak harus disalah guna untuk mengapi-apikan semangat
perkauman. Tindakan menghasut serta berusaha mencetuskan api perkauman dikhuatiri menjadi
bibit-bibit perpecahan dan ketidakstabilan sesuatu negara. Dalam tradisi Islam ada asas akidah,
syariah, ibadah dan akhlak yang dijadikan landasan dalam kehidupan beragama. Dalam tradisi
Islam juga, agama adalah sumber peradaban. Justeru, nilai-nilai yang disepakati bersama menjadi
asas kefahaman dan toleransi kepada setiap warga untuk terus hidup aman dan harmoni.

Toleransi dalam hidup bermasyarakat majmuk


Al-Quran juga memberikan asas perbezaan agama (agamamu adalah agamamu dan bagi kami
adalah agama kami). Ia memberi ruang yang patut kita berbeza dan di mana yang patut kita
bersama. Apabila ajaran Islam menganjurkan umatnya amanah, adil dan telus ia bererti bahawa
asas-asas nilai ini adalah sesuatu yang fitrah iaitu diperlukan oleh semua manusia.

25
Fitrah kejadian manusia sifatnya pelbagai. Asas kepelbagaian bila terangkum dengan akidah
yang sama ia menjelmakan konsep ummat. Konsep ummatan wasata (‘umat pertengahan)
mendukung makna sejagat bahawa Islam dan umatnya mendukung sikap sederhana serta
membimbing jalan pertengahan.

Rasulullah SAW membentuk masyarakat berbilang agama sebagai landasan persefahaman yang
unik. Kaum Muhajirin dan Ansar dipertautkan ukhwah atau persaudaraan mereka dengan talian
akidah yang sama. Orang Yahudi, Nasrani dan Majusi ditautkan hubungannya dengan orang
Islam berasaskan Piagam yang disepakati bersama. Dari situ Madinah berkembang menjadi
sebuah kota yang akhirnya menjadi model bagi sebuah tamadun.

Menyelusuri perkembangan pemerintahan Islam di Andalusia di zaman puncaknya, kaum


Yahudi dan Nasrani hidup aman dengan masyarakat Islam. Sikap keterbukaan terhadap ilmu
yang bermanfaat dan memiliki kualiti universal kemudian diolah menjadi secara kreatif tidak
mengurangi pengunggulan ilmu yang Islami.

Al Farabi, Al Kindi, Ibnu Khaldun serta Ibnu Sina terimbau dengan ilmu falsafah Greek seperti
Aristotle, Plato dan Socrates. Al-Biruni dan Al-Khawarizmi mendalami budaya dan angka
daripada tamadun India. Namun sumbangan mereka ini sedikit pun tidak mengurangi
keunggulan tradisi ilmu Islam, sebaliknya membangunkan Tamadun Islam.

Terdapat manfaat berbanding kaum-kaum lain daripada bangsa berjaya yang diolah dalam
kerangka sendiri.

Justeru, nilai-nilai murni seperti bantu-membantu sesama kaum, menghormati budaya dan adat
mereka serta berbudi bahasa adalah nilai universal yang mendorong kestabilan dan kerukunan
masyarakat majmuk.

Kepimpinan dalam masyarakat majmuk merujuk kepada asas keilmuan yang baik, memiliki
akhlak contoh, keupayaan menawarkan khidmat yang terbaik, mampu memikir dan mencari
pendekatan terhadap masalah kepimpinan dan kepengikutan dengan bijaksana.

Kepimpinan umat Islam yang terdiri daripada orang yang mempunyai asas ilmu yang kukuh,
daya profesionalisme yang tinggi, upaya strategik yang merintis ke arah kebijaksanaan,
keramahan dalam memberi daya kepimpinan akan mampu memikat perhatian orang lain. Kerana
pada asasnya isu di kalangan rakyat adalah asas-asas mengenai hak untuk hidup dan bekerja, hak
untuk diberi khidmat yang saksama dan hak untuk bersuara dalam lingkungan yang terizin.

Oleh itu, kepimpinan umat Islam yang menjadi teras kepimpinan di Malaysia seharusnya mampu
mencerminkan wibawa yang lebih jelas supaya syak-wasangka dan konflik dapat dielakkan.
Dalam tradisi Islam, kepimpinan adalah suatu amanah yang menuntut nilai-nilai yang Islami
menjadi faktor yang dapat diterima.

26
ARKIB : 30/05/2009

Jenazah ditahan kerana keliru status agama

SHAH ALAM 29 Mei - Kejadian 'merebut' jenazah dan dilema untuk dikebumikan secara Islam
ataupun mengikut agama kelahiran, berlaku lagi di Selangor.

Kali ini membabitkan jenazah seorang pengarah seni bebas, Mohan Singh a/l Janto Singh, 41,
yang memeluk agama Islam pada 11 Ogos 1992 di Pulau Pinang dipercayai tanpa pengetahuan
keluarganya.

Dia meninggal dunia pada 25 Mei lalu akibat serangan jantung di rumahnya di Apartmen
Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya, dekat sini.

Akibatnya, jenazah Mohan Singh atau nama Islamnya, Mohd. Azari Shah Mohan Abdullah
terpaksa disimpan di bilik mayat Hospital Sungai Buloh sejak dia meninggal dunia.

Selepas memeluk Islam, Mohd. Azari pernah berkahwin dengan seorang wanita berketurunan
Iban yang beragama Kristian, Alice Ajan pada 12 September 1997 dan dikurniakan seorang anak
perempuan, Sharon Simran Kaur sebelum mereka berpisah.

'Kemelut perebutan' berlaku apabila keluarganya menuntut jenazah Mohd. Azari untuk ditanam
mengikut upacara agama Sikh.

Namun Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan Pengarah Hospital Sungai Buloh membuat
keputusan untuk menyimpan jenazah Mohd. Azari sementara merujuk persoalan mengenai
agama sebenar lelaki itu kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

27
Mais telah bertindak segera memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada
sebelah petang hari Mohd. Azari meninggal dunia untuk mendapatkan pengesahan status
pengislamannya.

Permohonan Mais didengar di hadapan hakim syarie, Mohamad Khalid Shaee @ Shaii hari ini.

Dalam prosiding itu, mahkamah mendengar keterangan pegawai hal ehwal Islam bahagian
pembangunan Islam, Che Mohamad Noorlee Abdullah Lee selaku pemohon.

Menurutnya, beliau telah menerima panggilan daripada Jabatan Forensik hospital berkenaan
pada pukul 10.30 pagi, 25 Mei lalu berhubung satu mayat yang disyaki jenazah orang Islam.

''Lelaki itu memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Justeru pihak hospital
memohon Mais mengambil tindakan sewajarnya. Hospital tersebut juga telah memberikan
salinan permit untuk menguburkan mayat,'' kata Che Mohamad Noorlee.

Berdasarkan carian yang dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata saksi, Mohd.
Azari tidak pernah membuat permohonan pindaan status agama di dalam kad pengenalannya
selepas memeluk Islam.

Disoal oleh peguam syarie yang mewakili MAIS, Juraish Kamaruddin berhubung perkahwinan
Mohd. Azari, saksi tersebut berpendapat perbuatan itu sememangnya bertentangan dengan Islam
tetapi tidak menyebabkan lelaki berkenaan terkeluar daripada agama Islam (murtad) namun ia
adalah dosa besar.

28
ARKIB : 11/01/2006

Perjelas hal tukar agama -- Masih ada


kekeliruan dalam undang-undang sedia
ada - PM

Oleh ROZILAN SALLEH dan AZIAH


JAAFAR

ABDULLAH Ahmad Badawi mengagihkan daging korban kepada


penduduk Kampung Guar Kepar semasa melawat surau Haji Abdul Aziz
KEPALA BATAS 10 Jan. - Datuk Seri selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Jamiul Badawi di
Abdullah Ahmad Badawi berkata, undang- Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - Gambar Bernama.

undang dan perlembagaan berhubung perkara-


perkara yang berkaitan dengan penukaran agama perlu diperjelaskan supaya masyarakat di
negara ini tidak keliru.

Menurut Perdana Menteri, ketika ini timbul tanda-tanda kekeliruan mengenai perkara itu, malah
perlembagaan serta undang-undang yang sedia ada tidak begitu jelas berhubung hal tersebut.

``Banyak yang fikir, perlu diperjelaskan soal undang-undang dan perlembagaan supaya tidak ada
kekeliruan yang timbul.

``Soal apa tindakan yang perlu kita ambil dari segi undang-undang itu adalah sesuatu yang perlu
dipertimbangkan, yang penting kita bagi keadilan kepada semua.

``Dalam apa jua tindakan kita hendak ambil, kita perlu berhati-hati supaya nanti tidak berlaku
sebarang tindakan yang menyalahi kepercayaan kaum-kaum yang tidak seagama dengan kita,''
katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Kubang
Menerong di sini, hari ini.
29
Bagaimanapun, Perdana Menteri mahu sebarang tindakan yang akan diambil berkaitan undang-
undang dan perlembagaan berhubung perkara itu, perlu dilakukan dengan berhati-hati.

Beliau berkata, ia bagi mengelak daripada menyalahi kepercayaan kaum dan agama lain.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu mengenai pendaki Everest, M. Moorthy
yang nama Islamnya, Mohamad Abdullah menjadi `rebutan' antara isterinya, S. Kaliammal, 31,
dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bulan lepas.

Moorthy selamat dikebumikan mengikut hukum syarak di tanah perkuburan Taman Ibukota di
Gombak pada 28 Disember lalu sekali gus mengakhiri episod perebutan tuntutan jenazahnya
yang disimpan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) lapan hari sebelum itu.

Pengebumian disempurnakan oleh Jawi yang menuntut jenazah tersebut di bilik mayat HKL
sebaik Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa
menentukan sama ada pendaki itu seorang Islam atau tidak sebelum kematiannya.

Pada 28 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas membuat
keputusan menolak saman pemula oleh Kaliammal dalam usaha mendapatkan deklarasi bahawa
suaminya bukan beragama Islam.

Moorthy meninggal dunia akibat penyakit cervical sick selepas terjatuh ketika menjalani latihan
`somersault' di Kem Sungai Udang, Melaka pada 14 Ogos 1998.

Mengulas lanjut, Abdullah mengakui bahawa hak untuk setiap rakyat yang menganut sebarang
agama harus dihormati dan meminta mereka supaya mengamalkan sifat saling menghormati,
bekerjasama dan bermuafakat bagi mengekalkan keharmonian negara.

``Apa-apa jua masalah yang timbul perlu ditangani dengan berhati-hati.

``Emosi yang berasaskan agama, emosi yang berkait dengan bangsa dan kaum tidak dibenarkan
di negara ini,'' tegas Perdana Menteri yang memberitahu bahawa beliau sedang meneliti perkara
itu dan berharap masalah sedemikian tidak lagi berbangkit pada masa akan datang.

30
ARKIB : 11/01/2006

Peguam perjelas soal tukar agama

Oleh FAUZI JAAFAR

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Pengamal undang-undang berpendapat undang-undang sedia ada


terutama dalam konteks tukar agama dari bukan Islam kepada Islam sudah jelas.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat adalah lebih wajar jika orang bukan Islam dibenarkan
membuat tuntutan dalam soal tukar agama dari bukan Islam kepada Islam di Mahkamah Syariah.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar
berkata, perkara mengenai tukar agama telah termaktub dalam undang-undang sedia ada. ``Kalau
kita lihat, Mahkamah Tinggi juga telah membuat keputusan iaitu kes tukar agama dari agama
bukan Islam kepada Islam adalah terletak di bawah Mahkamah Syariah...ini sudah jelas,'' kata
beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi hari ini mengenai banyak perkara dalam perlembagaan yang kurang jelas dan perlu
diperbaiki terutamanya berkaitan konteks tukar agama.

Zainul Rijal berkata, bukan sahaja Mahkamah Tinggi yang memutuskan bidang kuasa
Mahkamah Syariah dalam hal-hal berkaitan agama Islam tetapi juga Mahkamah Sivil.

``Kalau kita lihat ini, ia sudah jelas. Cuma ia dipertikaikan bila ada pihak yang masih tidak
berpuas hati,'' katanya.

Beliau juga melahirkan kebimbangan jika ada hasrat untuk memansuhkan Perkara 121(1A) iaitu
antara lain mengatakan Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan dalam keputusan atau yang
mana sesuatu itu di bawah kuasa Mahkamah Syariah.

``Jika ini dimansuhkan atau diubah yang akan memberi kuasa untuk Mahkamah Sivil menyemak
keputusan Mahkamah Syariah, lebih baik Mahkamah Syariah yang menjadi panduan orang Islam
di negara ini dimansuhkan,'' kata beliau.

Tegasnya, Mahkamah Syariah berasaskan kepada hukum syarak dan berbeza dengan Mahkamah
Sivil dalam membuat keputusan.
31
Sementara itu, Profesor Salleh Buang menyifatkan ia sebagai langkah ke belakang jika kerajaan
ingin meminda Perlembagaan yang berkaitan menukar agama bukan Islam kepada Islam.

Dahulu, katanya, Mahkamah Syariah dibayangi Mahkamah Sivil sehinggalah pada tahun 1998
yang meletakkan Mahkamah Syariah sebagai satu mahkamah yang berkuasa dalam soal agama
Islam tanpa campur tangan Mahkamah Sivil.

``Saya tak nak cakap banyak mengenai isu ini, nanti orang marah tetapi apa yang penting ialah
adakah kita (orang Islam) mahukan Mahkamah Syariah dibayangi oleh Mahkamah Sivil,''
katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya sebarang pindaan dalam konteks tukar agama
membabitkan orang bukan Islam memeluk agama Islam mesti mendapat persetujuan Majlis
Raja-Raja.

``Saya berpendapat isu ini perlu diserahkan kepada Majlis Raja-Raja kerana Sultan adalah ketua
agama,'' kata beliau.

Tambahnya, jika ada sesiapa yang ingin mengusulkan pindaan terhadap Perkara 121(1A), ia
mestilah merujuk kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

32
ARKIB : 14/03/2007

Tukar agama ubah nama?

Oleh NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH

SETIAP benda di atas muka bumi ini dikenali melalui nama masing-masing, dan Islam sebagai
agama yang lengkap, pastinya memberikan perhatian kepada persoalan ini.

Lebih-lebih lagi, nama menjadi identiti pengenalan umatnya. Lantaran itu, hal berkaitan
pemilihan dan penggunaan nama yang baik kepada anak ditegaskan dalam sebuah hadis yang
bermaksud: ‘‘Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan
mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal dan mengahwinkan si anak apabila
mereka ingin berkahwin.”

Bagaimanapun, sekiranya anak tersebut menukar agama, maka sudah tentulah nama asalnya
tidak mengikut makna yang dikehendaki oleh agama baru kerana kelainan bahasanya. Sedangkan
pemilihan nama yang baik adalah disunatkan dalam agama Islam. Apatah lagi, panggilan nama
tersebut merupakan doa kepada seseorang.

Salah satu hak anak yang harus dipenuhi oleh orang tuanya ialah memberikan nama yang baik.
Abu Hasan meriwayatkan bahawa suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:
‘‘Ya Rasulullah apakah hak anakku terhadapku?”

Jawab Rasulullah: ‘‘Anak berhak mendapat nama yang baik kerana nama yang diberikan oleh
orang tuanya menentukan kehormatannya.’’

Justeru itu, tidak boleh menamakan anak atau menamakan diri sendiri dengan nama yang tidak
mempunyai erti yang baik. Dari perspektif Islam, walaupun perbincangan mengenai nama adalah
sesuatu yang sangat luas skopnya, akan tetapi sebagai pengenalan, nama sebenarnya menjadi
lambang kepada seseorang.

Apabila sebut Muhammad atau Abdullah, itulah lambangnya dan nama ini mempunyai hubungan
yang sangat rapat dengan empunya nama. Atau dengan kata lain, dia akan terpengaruh dengan
nama itu, dan kalau nama itu bermaksud baik maka baiklah hasilnya. Begitu juga sebaliknya.
Sebab itulah apabila pelumba motor haram digelar ‘mat rempit’, ramai yang menganggap
mereka tidak layak dipanggil ‘mat’ yang merupakan singkatan kepada nama Muhammad, malah
lebih elok digantikan dengan ‘kodok’ menjadikannya ‘kodok rempit’, sesuai dengan pepatah
‘mati katak’ sekiranya terbenam mati di jalan raya kerana merempit.

Nama juga melibatkan nasab atau keturunan, yang bermaksud apabila kita mempunyai anak,
anak tersebut akan membawanya sehingga akhir hayat. Hal ini boleh dilihat melalui anjuran
33
Rasulullah s.a.w supaya kita memilih nama yang baik untuk anak-anak. Sabda baginda
bermaksud: Sesungguhnya kamu akan diseru pada Hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu
dan nama ayah kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu. (Riwayat Abu Darda)

Ini juga secara tidak langsung menjelaskan kepada kita bahawa nama mempunyai kaitan rapat
dengan keperibadian seseorang itu. Melalui nama juga ia menjamin keselamatan agama itu
sendiri. Oleh kerana itu, nama yang mirip kepada agama lain, tidak sahaja mengundang
kekeliruan malah lebih dibimbangi ialah anggapan segelintir pihak mengatakan bahawa ia
mewakili agama tersebut.

Makna

Lantaran nama yang baik seperti dikehendaki oleh Islam ialah yang mempunyai sandaran
terhadap Allah dan Rasul-Nya, maka sewajarnya juga sekiranya ada mualaf yang ingin
mengekalkan nama bapa sama ada dari apa bangsa sekalipun, maka pastikan maknanya tidak
buruk dan melanggar akidah. Sabda Rasulullah mengingatkan: Sesungguhnya sebaik-baik nama
kamu adalah yang disandarkan dengan nama Allah, umpamanya Abdullah atau Muhammad.
(Riwayat Muslim)

Bagaimanapun, ia mestilah disusuli dengan nama yang berkaitan dengan 99 nama Allah s.w.t.
Sekiranya terkeluar atau bertentangan dengan 99 nama Allah ini, ia menjadi haram kerana
seolah-olah telah melanggar akidah. Contohnya, Abdul Nabi (hamba nabi), Abdul Muhammad,
Abdul Rasul dan Abdul Kaabah. Apatah lagi sekiranya nama yang bukan dari bahasa Arab yang
mengandungi makna yang melanggar akidah tentulah dilarang sama sekali walaupun hakikatnya
ingin mengekalkan nasab.

Hukum haram ini berasaskan kepada dua dalil: Pertama, tiap-tiap nama yang berunsur
penyembahan dan pengabdian selain Allah haram digunakan mengikut ijmak ulama.

Ibn Hazam berkata: ‘‘Mereka bersepakat menghukumnya haram ke atas nama yang bermaksud
penyembahan dan perhambaan selain Allah seperti Abdul Uzza, Abdul Habl, Abdul Umar,
Abdul Kaabah dan sebagainya.”

Kedua, nama khusus yang digunakan oleh orang-orang bukan Islam untuk mendewa-dewakan
tuhan mereka. Ia adalah dilarang. Contoh, Abdul diikuti dengan nama-nama tuhan Nasrani
seperti James, Jimmy. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi, memberi nama dengan ciri-ciri Nasrani
dan agama mereka ada disebut di dalam sebuah hadis bermaksud: Sesiapa yang menyerupai
sesuatu kaum maka ia tergolong di dalam kaum itu.

Pengaruh nama ini dibimbangi menyebabkan dirinya dikenali sebagai seorang yang bukan Islam
walaupun hakikatnya dia beragama Islam. Sungguhpun Islam tidak mewajibkan ke atas keluarga
Muslim menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama tertentu sama ada Arab atau bukan
Arab, tetapi panduan-panduan mengenainya disediakan, iaitu:

Walaupun nama tersebut tidak mempunyai makna tetapi hendaklah nama yang baik dan tidak
dipandang buruk oleh orang ramai serta tidak ditolak oleh anak itu selepas dia dewasa.
34
Nabi pernah menukar nama-nama yang buruk seperti Qalilan (sedikit) kepada Kathiran (banyak),
‘Asiyah (gemar berbuat maksiat) kepada Jamilah (cantik) dan sebagainya.

* Nama tersebut bukan sesuatu yang disembah melainkan Allah seperti Abdul Kaabah, Abdul
Nabi, Abdul Hussein, Ghulam (sama dengan maksud Abdul iaitu hamba) Ahmad, Ghulam Ali,
Ghulam Jailani dan sebagainya. Perkataan yang bukan berasal daripada Arab tetapi maknanya
hamba, hukumnya sama dalam bahasa Arab. Sungguhpun diketahui niat pemberi nama itu baik
tetapi apabila menjadi nama ia tidak baik.

* Nama itu juga tidak cenderung kepada kebesaran, takbur dan meninggikan diri daripada
manusia lain. Hadis bermaksud: ‘‘Seburuk-buruk nama di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah
lelaki yang dinamakan Malikul Amlak, Malikul Muluk (Raja segala raja) kerana tiada kerajaan
melainkan kerajaan Allah.” Termasuklah juga nama seperti Ar-Rahman, Al-Muhaimin, Al-
Jabbar, Al-Mutakabbir, Al-Khaliq, Al-Bari. Nama-nama daripada 99 nama Allah tidak boleh
dicantumkan dengan ‘Al’ kerana ia menjadi nisbah kepada Allah.

Sementara itu Rasulullah s.a.w. mengingatkan: ‘‘Nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah
dan Abdur Rahman. (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Selain itu, nama yang tidak dikhususkan kepada Allah tidak boleh disebut dalam bentuk ma‘rifah
(ada alif dan lam) seperti al-Aziz, al-Hakim dan sebagainya. Sekiranya dinamakan dalam bentuk
nakirah (tiada alif dan lam), ia dibolehkan. Contohnya, Hakim.

Disunatkan menamakan dengan nama nabi untuk mengekalkan ingatan kepada mereka dan
sebagai galakan mencontohi mereka. Contohnya, Daud, Ismail dan Musa. Tiada larangan
meletakkan nama yang bukan berasal dari Arab selagi tidak membawa makna yang buruk. Orang
Islam pada zaman jahiliah banyak mengekalkan nama-nama bukan Arab selepas keislaman
mereka, walaupun mereka memeluk agama Islam.

Berlainan halnya dengan gelaran yang diberikan oleh Rasulullah seperti Abu Hurairah (bapa
kucing) dan sebagainya. Ia sebenarnya satu pengiktirafan daripada baginda kepada para sahabat.
Malah ia bukan bermaksud satu keaiban.

Di kalangan masyarakat bukan Islam, apabila mereka meninggalkan agama asal dan menjadi
saudara baru, lazimnya nama mereka turut mengalami perubahan kepada ‘nama Islam’. Tidak
menjadi masalah sekiranya seorang saudara baru tidak mahu menukar nama tetapi yang menjadi
masalah nama tersebut boleh menimbulkan perasaan was-was atau keraguan terhadap pegangan
kepercayaannya. Di situlah pentingnya nama.

Seseorang saudara baru itu menukar nama kerana ia menentukan anggapan orang terhadap
agamanya atau pegangan akidahnya. Penggunaan nama keluarga atau surname masih dibolehkan
dengan syarat nama tersebut membawa makna yang baik kepada agama asalnya. Kalau sudah
terang-terangan namanya atau nama bapanya sebelum Islamnya membawa maksud tidak elok
seperti Rama, Sita yang merupakan nama tuhan bagi penganut agama Hindu, maka wajiblah dia
menukar namanya.

35
Menyentuh mengenai mengekalkan nama keluarga (surname) pada kebanyakan nama saudara
baru, ia adalah sesuatu yang patut dikekalkan jika kena pada tempatnya. Ia bersesuaian lagi
dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun
2003. Saudara-saudara baru tidak diwajibkan lagi menggunakan ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah.

Sebaliknya, mereka diberi pilihan untuk menggunakan nama bapa asal atau bapa kandung
mereka. Kelonggaran yang diberikan oleh Jakim secara tidak langsung membantu saudara-
saudara baru ini membina hubungan yang baik dengan keluarga kandung.

Bagaimanapun, pastikan nama tersebut baik pada maknanya kerana nama adalah identiti
pengenalan umat Islam dan kurang manis sekiranya penganut agama Islam tidak dibenarkan
menggunakan nama-nama baik yang disarankan kerana mereka berhak menamakan diri mereka
seperti yang diingini.

- PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam
Malaysia.

36
ARKIB : 05/08/2008

Rayuan mualaf tukar agama, hapus nama Islam ditolak

05/08/2008 7:48pm

PUTRAJAYA 5 Ogos - Mahkamah Rayuan menolak permohonan seorang mualaf wanita


berketurunan Tionghua untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak
membenarkannya menukar agama kepada Kristian.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud turut menolak
rayuan wanita berusia 35 tahun itu agar mahkamah memberinya kebebasan menghapuskan nama
Islam untuk digantikan dengan nama asal.

Dalam saman pemulanya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, wanita itu
menyatakan, dia memeluk Islam pada 27 Oktober 1992 dan berkahwin dengan seorang lelaki
pada 14 April 1994.

Bagaimanapun, dia kemudian membuat akuan bersumpah dan surat ikatan pol pada 9 Jun 2003
untuk menukar agama kepada Kristian dan menggunakan semula nama asalnya setelah mengaku
tidak mengamalkan perintah agama dan memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin.

Hakim Tengku Baharuddin Shah yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Vincent Ng dan
Datuk Sulong Matjeraie memutuskan menolak rayuannya dengan majoriti 2-1 selepas berpuas
hati bahawa mualaf tersebut bukan entiti yang sah untuk mengemukakan rayuan.

Menurut beliau, rayuan tersebut tidak sempurna kerana dia menggunakan nama asal dalam
saman pemula yang dikemukakannya di Mahkamah Tinggi sedangkan nama itu tidak lagi wujud
selepas dia memeluk Islam yang mana ia digantikan dengan nama baru seperti yang tertera pada
Kad Pengenalan. – Utusan

37
ARKIB : 04/07/2009

Sultan Selangor arahkan MAIS bincang pindaan akta tukar agama

SHAH ALAM 3 Julai - Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS) supaya membuat perbincangan dengan teliti berhubung cadangan pindaan tiga akta
bersabit isu pertukaran agama.

Tiga akta berkenaan adalah Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan


Penceraian) 1976 (Akta 164), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984 (Akta 303) dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1993.

Setiausaha MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, titah baginda itu dibuat dalam
satu perjumpaan semalam ekoran keputusan Majlis Raja-Raja menangguhkan keputusan
cadangan pindaan undang-undang tersebut agar ia dapat dikaji oleh semua majlis agama Islam
negeri.

Menurutnya, baginda bagaimanapun menasihatkan MAIS agar bersikap terbuka jika cadangan
itu baik kepada umat Islam dan semua rakyat.

Malah kata beliau, pindaan itu juga titah baginda haruslah diterima oleh semua pihak asalkan
tidak bertentangan dengan hukum syarak selain tidak mengurangkan kuasa raja-raja selaku ketua
agama Islam di negeri.

"Baginda juga menitahkan agar Pengerusi MAIS memanggil satu mesyuarat bagi
membincangkan perkara ini dengan Jabatan Peguam Negara turut diminta hadir untuk memberi
taklimat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Majlis Raja-Raja telah memutuskan supaya pandangan majlis agama Islam negeri-
negeri diperoleh terlebih dahulu sebelum cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan
penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Keputusan tersebut dibuat pada satu mesyuarat khas yang diadakan selama dua setengah jam di
Istana Negara yang dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada 22 April lalu, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal
ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya
memeluk agama lain.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan membubarkan sesuatu
perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

38
Dalam pada itu, Mohammed Khusrin turut memberitahu pihaknya amat menghargai keputusan
bijak Majlis Raja-Raja yang memutuskan supaya pandangan majlis agama Islam negeri-negeri
diperoleh terlebih dahulu berhubung isu berkenaan.

Malah katanya, segala maklum balas MAIS berhubung cadangan-cadangan pindaan berkenaan
akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor untuk dibawa dan dibincangkan semula semasa
Mesyuarat Raja-Raja.

39
ARKIB : 06/08/2010

Kerajaan usaha selaras undang-undang tukar agama

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kerajaan pusat masih berusaha mendapatkan persetujuan majlis
agama negeri-negeri bagi menyelaraskan undang-undang berkaitan pertukaran agama individu
bukan muslim kepada Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sehingga kini
terdapat beberapa perkara yang masih perlu diperhalusi.

Kerajaan jelas beliau, berhasrat membuat penyelarasan itu agar tidak timbul masalah
terutamanya ketika individu terbabit meninggal dunia.

"Kita sedang menuju ke arah itu. Tidaklah nanti apabila seseorang itu memeluk Islam, timbul
masalah tidak berdaftar atau berdaftar secara sembunyi-sembunyi sehingga keluarga tidak tahu
individu itu telah memeluk Islam sekali gus mencetuskan masalah kemudian hari.

"Saya tidak dapat beritahu bila ia akan berlaku. Setakat ini, kita masih gunakan kaedah sedia ada
iaitu pergi ke majlis agama negeri untuk buat pendaftaran mengikut undang-undang negeri
masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Manual Islam dan HIV/AIDS terbitan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Majlis AIDS
Malaysia.

Jamil bagaimanapun menegaskan, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya mengubah undang-


undang tersebut tanpa mendapatkan pandangan daripada majlis agama setiap negeri.

Mengenai manual tersebut, Jamil berkata, ia akan menjadi panduan kepada masyarakat
terutamanya ilmuwan agama untuk berdepan dengan masalah dadah.

"Dalam manual itu juga diberitahu cara yang sepatutnya untuk berdepan dengan golongan yang
menghidap HIV/AIDS.

"Ia sedikit sebanyak membantu masyarakat memahami tanggungjawab dan keperluan untuk
mendekati pesakit terlibat. Saya harap manual ini dapat membantu semua golongan untuk lebih
berusaha memerangi dadah dengan cara yang betul," ujarnya.

40
Bibliografi

Laman web:

http://www.utusan.com.my/utusan/search.asp?pub=Utusan_Malaysia

http://firdausrosli.wordpress.com/2009/04/30/kabinet-malaysia-bertindak-melulu-dalam-soal-
pertukaran-agama-anak/

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?
file=/2010/4/8/mstar_berita/20100408135720&sec=mstar_berita

Buku:

Zaid Ahmad (2006) Buku Teks hubungan etnik di malaysia. Oxford Fajar
Mohamad khadafi rofie, azman md zain et. Al. 2008. Buku hubungan etnik. Kl: penerbit
yadim

41

Anda mungkin juga menyukai