Anda di halaman 1dari 8

6.

1 PENGENALAN KEPADA SISTEM RANGKA

6.1.1 JENIS-JENIS SENDI

Sendi adlah tempat penemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan
tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi,
sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan (sinatrosis),
sendi yang boleh digerakkan sedikit (amfiartrosis) dan sendi yang boleh bergerak bebas
(diartrosis).

Jenis-jenis sendi berdasarkan fungsi:

Rajah 2.20 Jenis-jenis sendi

Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis sendi berdasarkan fungsi.

Rajah (a) jenis sendi tanpa gerak (sinatrosis).

Rajah (b) dan (c) jenis sendi gerakan terhad (amfiartrosis)

Rajah (d), (e)dan (f) jenis sendi gerakan bebas (diartrosis)


JENIS-JENIS SENDI BERDASARKAN STRUKTUR

Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada


titik pertemuan semakn kuat sendi itu walaupun pergerakan sendi tersebut agak
terbatas atau terhad.

Sebaliknya, sendi yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan,


semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Namun begitu, sendi seperti ini
mudah mengalami dislokasi atau terkehel.Pergerakan sendi, ditentukan oleh kelenturan
tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligament, otot dan tendon.

Jadual 2.1 jenis-jenis sendi berdasarkan struktur

Jenis sendi Struktur Contoh


Pada sendi fibrous tulang
bercamtung dengan tisu fibrous
Sendi fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi
ini tidak membenarkan sebarang
pergerakan.

Pada sendi cartilangenous


Sendi tulang-tulang disambung dengan
cartilangenous kartilej atau diikat oleh ligament.
Jenis sendi ini hanya
membenarkan pergerakan yang
terhad.
Sendi synovial diselaputi oleh
membrane synovial yang
merembeskan cecair synovial bagi
melicinkan pergerakan sendi untuk
Sendi sinovial
membantu memelihara sel kartilej
dan mengurangkan kesan geseran
antara dua tulang. Jenis sendi ini
membenarkan pergerakan berlaku
secara bebas antar tulang-tulang.

Rajah 2.21 jenis-jenis sendi sinovial

Terdapat beberapa jenis sendi yang dikategorikan sebagai sendi synovial. Sendi-sendi
tersebut ialah:

a) Sendi gelungsur (sendi antara karpal dan tarsal)


b) Sendi engsel (sendi siku)
c) Sendi paksi (sendi antara radius dan ulna)
d) Sendi kondil (sendi antara metacarpal da falang)
e) Sendi pelana (sendi antara metacarpal pada ibu jari berartikulasi dengan karpal)
f) Sendi lesung (sendi bahu)
6.1.2 JENIS - JENIS PERGERAKAN

Terdapat dua posisi rujukan bagi pergerakkan iaitu kedudukan biasa dan
kedudukan anatomi. Kedudukan biasa merujud kepada subjek berdiri dalam keadaan
lurus dan tegak dengan kedua-dua kaki rapat. Kedudukan tangan pula rapat ke sisi dan
tapak tangan menghala ke badan seperti yang ditunjukkan gambar foto 2.3 dibawah.

Gambar foto 2.3 kedudukan biasa

Kedudukan anatomi pula merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus da
tegak dengan kedua-dua tapak menghala ke kanan dank ke kiri seperti gambar foto 2.4
di bawah.

Gambar foto 2.4 kedudukan anatomi


Kedudukan anatomi merupakan kedudukan yang terbaik untuk mendapatkan
satu pusat sebagai panduan bagi menjelaskan jenis-jenis pergerakan.

i. Pergerakan linear
Pergerakan linear ialah pergerakan yang belaku secara mendatar ke hadapan
atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan. Sebagai contoh, pergerakan
gelongsor.
ii. Pergerakan Putaran
Pergerakan putaran adlah pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek
bergerak mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran.
Pergerakan pronasi dan supinasi merupakan pergerakan unik putaran pada
bahagian lengan.

Gambar foto 2.5 Pergerakan-pergerakan putaran.

iii. Pergerakan Bersudut


Pergerakan bersudut merupakan suatu prgerakan yang berkeadaan lurus tetapi
masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagiannya bergerak dari
satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Antara pergerakan bersudut ialah
fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi dan sirkumduksi.
Gambar foto 2.6 Pergerakan-pergerakan bersudut.

iv. Pergerakan Khusus


Pergerakan khusus ialah pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua
sendi sahaja. Antara pergerakan khusus ialah inverse, eversi, depresi, evelasi,
dorsi-fleksi dan plantar-fleksi.

Gambar foto 2.7 Pergerakan-pergerakan khusus.


6.2 PENGENALAN KEPADA SISTEM OTOT RANGKA

Manusia direka bentuk untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai
hasil gabungan system rangka dan otot. Kajian menunjukkan bahan reka bentuk
struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan.
Pergerakan dihasilkan oleh pengucupan dan pemanjngan otot. Otot juga menentukan
magnitud pergerakan.

Anda mungkin juga menyukai