Anda di halaman 1dari 1

Saya Saravanan a/l Thangavelu telah mengikuti tugasan Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil)


Ladang Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan selama empat hari. Sekolah
tersebut terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya. Saya pergi ke
sekolah dengan menaiki kereta guru.
Sebelum menjalani tugasan semua pelajar PISMP Semester dua diberi
taklimat oleh pensyarah-pensyarah Jabatan sains. Kami ditugaskan untuk
mendapat maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberi iaitu subjek
major. Saya membuat pemerhatian di tahun 4 selama satu jam. Saya rasa
selesa kerana saya sempat menyelesaikan tugasan ini dengan baik hasil
kerjasama yang diberikan oleh rakan sekumpulan saya dan guru-guru di
sekolah.
Pendapat saya tentang sekolah yang saya menjalankan PBS ialah baik
dari segi pentadbiran, keceriaan, kebersihan dan prasarana. Kebersihan dan
keselamatan diberi keutamaan di sekolah ini. Tandas kelihatan bersih dan
dibersihkan pada setiap hari. Pengawal juga menjaga keselamatan murid pada
waktu pagi dan tengah hari. Kantin juga bersih dan meja-meja makan kelihatan
tersusun dan dimop setiap hari. Makanan RMT diberi pada waktu rehat.
Akhir sekali Pengalaman Berasaskan Sekolah telah tamat dengan
jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
terutama kepada pihak sekolah walaupun mereka sibuk mereka sanggup
memberikan maklumat dan tunjuk ajar kepada saya. Seterusnya saya
mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan tugasan saya.

Anda mungkin juga menyukai