Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENGURUSAN INDUSTRI

UNISEL BESTARI JAYA, SELANGOR

PENGAJIAN ISLAM

MPW 1133

TAJUK : KONSEP PEMERINTAHAN DAN

PENTADBIRAN DALAM ISLAM.

AHLI :

NAMA PROGRAM NO. KAD MATRIK

SITY AISHAH BINTI DIPLOMA PERAKAUNAN 3081013581


MAHMOOD ZOHDY
NUR AZRIN BT. MHD DIPLOMA PERAKAUNAN 3081019071
AZMI

NAMA PENSYARAH : USTAZAH WAN YUSNEE

TARIKH : 15 OCTOBER 2009


Isi kandungan

No. Tajuk Muka surat

1. Pengenalan 2

2. Definisi politik 3

3. Pembentukan kerajaan islam 4

4. Pembentukan khulafa’ ar-rasyidin 5

5. Konsep khalifah dan tugas khalifah 6

6. Pembentukan kerajaan Bani Umaiyah 7

7. Sumbanagn Kerajaan Bani Umaiyah 8

8. Kerajaan Bani Abbashiah 9

9. Pembentukan Kerajaan Bani Abbashiah 10

10. Kerajaan turki uthmaniah 11

11. Pembentukan Kerajaan Bani Uthmaniah 12

12. Rumusan 13-14

13. Rujukan 15

PENGENALAN

Keunggulan Islam sebagai satu cara hidup mencakupi seluruh kehidupan manusia dari

sekecil-kecilnya sehingga hal-hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran


negara. Aspek pemerintahan politik adalah sebahagian daripada sari ajaran islam, oleh itu

ia tidak dapat dipisahkan sama sekali dengan agama Islam.

Dalam erti kata yang lain, elemen-elemen ini tidak dapat dipisahkan dalam petak-petak

yang berasingan malah disatupadukan dalam satu acuan yang sama iaitu Islam. Langkah

memisahkan antara elemen-elemen tersebut dengan Islam akan membawa kerosakan

sebagaimana yang dilakukan oleh pihak sekular.

Politik dalam islam adalah berpegang kepada konsep kuasa pemerintahan yang mutlak

adalah milik ALLAH (S.W.T). tanggungjawab kepimpinana atas diri manusia adalah

sebagai satu amanah iaitu mengajak kearah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

DEFINISI POLITIK
DARI SEGI BAHASA-Pemerintahan dalam bahasa Arab dipanggil sebagai Al- siyasah

yang secara umumnya bermaksud ilmu tata Negara atau ilmu yang menjaga dan

mentadbir urusan manusia. Perkataan al-siyasah juga merujuk kepada makna ilmu

pemerintahan atau hal ehwal pemerintahan. Seorang Sarjana Islam bernama Kurdi Ali
dalam bukunya yang bertajuk ‘aqwaluna wa af’aluna’ mendefinisikan al-siyasah sebagai

ilmu pemerintahan.

Bahasa Inggeris- perkataan al-siyasah dipanggil politik. Perkataan ini sebenarnya diambil

daripada bahasa Greek iaitu polis yang membawa erti sebuah kota atau a city. Selain

penggunaan kata polis, bangsa latin juga telah menggunakan beberapa perkataan lain

iaitu politicos atau politaca yang bererti pengurusan pemerintahan. Perkataan ini telah

digunakan sejak abad ke-5 sebelum masehi lagi.

DARI SEGI ISTILAH-Definisi al-siyasah menurut Ahmad Atiyatullah dalam kitabnya

yang berajuk Da’irat al- Ma’arif al-Hadithah ialah ilmu pengetahuan yang berkaitan

dengan kenegaraan, melaksanakan urusan rakyat, memelihara haiwan dan melatihnya

dengan member petunjuk dan kepimpinan.

Perkataan politik menurut Harold D. Laswell pula didefinisikan sebagai suatu kajian

empirical tentang pembentukan dan pengagihan kuasa. Perkataan ini telah digunakan di

Negara-negara barat sejak zaman Plato dan Aristotle lagi. Di Malaysia, perkataan ini

mula mendapat perhatian apabila golongan nasionalis melayu yang berakhir dengan

kemerdekaan Negara pada tahun 1957.

Teuku Iskandar mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan

pemerintahan yang meliputi ilmu kenegaraan, parti dan ahli politik.

PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM

PENGENALAN
Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w pada musim haji tahun ke-10 H. mempunyai

mesej penting kepada umat Islam. Antara intipati khutbah tersebut termasuklah gesaan

agar umat Islam bersatu padu, mencintai perdamaian dan berpegang pada agama Islam

dengan berteraskan al-Quran dan sunnah. Perkara ini jelas menjadi asas kekuatan umat

Islam kemudiannya.ini adalah kerana selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat, umat Islam

mengahadapi dugaan besar terutama untuk menadapatkan calon bagi menggantikan

baginda sebagai pemimpin kerana semasa hayatnya baginda tidak pernah menamakan

bakal penggantinya.

Pada ketika itu juga telah muncul golongan yang mengambil kesempatan,iaitu yang

mengaku dirinya sebagai nabi, yang enggan membayar zakat dan yang murtad. Golongan

in dikenali juga sebagai golongan al-Riddah.

PEMERINTAHAN KHULAFAH AL-RASYIDIN

Nabi Muhammad s.a.w setelah berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. telah Berjaya

membentuk sebuah pemerintahan Islam. Baginda berjaya menyatu padukan golongan


Islam dan bukan Islam. Perlembagaan Madinah yang digubal pada tahun 622 M. lebih

menyerlahkan peranan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin kerajaan Islam

sehingga Madinah menjadi pusat pemerintahan dan bukan sebagai pusat perdagangan

semata-mata.

Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 623 M. sistem pemerintahan kerajaan

Islam yang diasaskan oleh baginda telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang

diketuai oleh khalifah. Zaman pemerintahan khalifah dikenali sebagai zaman Khulafah

al- Rasyidin. Tokoh-tokoh yang memegang jawatan ini ialah Saidina Abu Bakar al-

Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali b. Abu

Talib.

Kewujudan sisitem pengganti pemimpin untuk meneruskan pemerintahan ini,

menunjukkan bahawa umat Islam tetap bersatudan dapat mengatasi masalah kepimpinan

yang timbul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w..

KONSEP KHALIFAH
Khalifah ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti (kata

jamaknya,khulafa). Dalam koteks ini khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan

tanggungjawab pemerintahandan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya telah dilakukan

oleh Nabi Muhammad s.a.w.. dalam konteks agama pula perkataan ini bermaksud

tanggungjawab memelihara kemurniaan agama Islam yang disampaikan oleh Nabi

Muhammad s.a.w. dan juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabila

umat Islam

TUGAS KHALIFAH

Sebagai ketua Negara, khalifah mempunyai tugas memelihara kedudukan agama Islam

serta mentadbir Negara mengikut hokum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunnah.

Khalifah juga berkewajipan menitikberatkan sistem politik, sosial, dan ekonomi supaya

berlaku keseimbangan anatara keperluan rohani dengan jasmani.

Dalam bidang politik khalifah bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran

Negara termasuk mempertahankan Negara Islam daripada ancaman musuh dan

bertanggungjawab melantik jika perlu, melucutkan jawatan pegawai pentadbiran Negara.

Dalam bidang sosial, khalifah bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat

menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Khalifah juga

bertanggungjawab menjaga dan memeruskan ajaran Allah yang telah disampaikan

melalui Nabi Muhammad s.a.w., mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep

musyawarah atau syura dan memantapkan sistem perundangan Islam. Dalam bidang

ekonomi pula, khalifah bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan dan

perbendaharaan Negara juga baitulaml serta mengatur lpungutan kharaj, jizyah dan zakat.
PEMBENTUKAN KERAJAAN BANI UMAIYAH

Selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, pentadbiaran kerajaan Islam seterusnya telah

dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umaiyah. Nama kerajaan ini mengambil sempena

keturunan Bnai Umaiyah, iaitu Umaiyah bin Abdu Syams bin Abdu Manaf. Beliau

merupakan tokoh peniaga yang terkenal dan dipandang tinggi oleh masyarakat Arab pada

aktu tersebut.

Pemerintahan Bani Umaiyah yang diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan berlaku

berikutan penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada Muawiyah. Penyerahan kuasa ini

dilakukan adalah untuk mengelakkan umat Islam pada waktu tersebut daripada terus

berpecah belah. Pemerintahan Bani Umaiyah bermula dari tahun 661 M. hingga tahun

750 M. dan berpusat di Damsyik. Tahap ini dikatakan sebagai tahap pertama dan pada

tahap ini pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran khalifah.

Pemerintahan Bani Umaiyah di Sepanyol pula telah diasaskan oleh Abdul Rahma al-

Dakhil atau Abdul Rahman 1 dan berpusat di Cordova dengan Andalusia menjadi ibu

kotanya. Pemerintahan ini berlangsung dari tahun 756 M. hingga tahun 1031 M.. Thap ini

dikatakan sebagai tahap kedua. Pada tahap kedua ini pemimpin Bani Umaiyah

menggunakan gelaran amir.

Struktur umum pembentukan pentadbiran wilayah Bani Umaiyah ialah perlantikan

beberapa orang gabenor adalah untuk memastikan keberkesanan sistem pentadbiran di

wilayah yang besar. Sementara itu perkhidmatan pos berkuda turut diperkenalkan.
SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM POLITIK

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam politik dapat dilihat dalam sistem

pemerintahan dan pentadbiran. Terdapat empat aspek utama di dalam sistem pentadbiran

Bani Umaiyah. Yang pertama ialah sistem Khalifah, iaitu perlantikan Khalifah sebagai

ketua pemerintah. Yang kedua ialah sistem wazarah, iaitu pelantikan wazir untuk

mengetuai sistem pentadbiran Negara di bahagian kerajaan pusat, sementara gabenor

dilantik untuk mengetuai pentadbian wilayah. Yang ketiga ialah sistem urus setia. Melalu

sistem ini beberapa orang pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan rekod, megurus

surat menyurat dan sebagainya. Yang keempat ialah sistem hijabah. Melalui sistem ini

seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui Khalifah,

mengawal keselamatan Khalifah, dan juga sebagai pemegang amanah. Semua ini

memperlihatkan kewujudan pengurusan pentadbiran yang sistematik kerana setiap

jawatan yang dibentuk, tugas, dan fungsinya adalah jelas.


KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Pada peringkat akhir pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, penentangan berlaku dari

dalam dan luar Negara. Penentangan tersebut berpunca daripada pelbagai sebab, mslnya,

orang islam yang bukan keturunan Arab (golongan mawali) seperti bangsa Parsi dan

Barbar menganggap mereka telah didiskriminasikan. Mereka tidak senang hati kerana

tidak mendapat jawatan yang diaanggap layak oleh mereka. Selain itu, mereka juga

dikenakan kepada orang Arab Islam. Akibatnya, golongan mawali inimmenyokong

danmenyertai Gerakan Abbasiyanh menentang pemerintahan bani Umaiyah.

Pada masa yang sama, iaitu pada peringkat akhir zaman Bani Umaiyah, para khalifahnya

telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat disamping mengabaikan

ajaran Islam. Sikap tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat. Selain itu,

pemilihan khalifah mengikut sistem warisan yang diamalkan oleh Bani Umaiyah terus

ditentang oleh sebilangan orang Islam, khasnya golongan Syiah dan Khawarij yang

kemudiannya turut menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.


PEMBENTUKAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. selepas gerakan atau Revolusi

Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah yang sama. Pada mulanya

gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dan telah bergerak secara sulit, namun, bermula

dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dikendalikan secara terbuka.

Mereka meneruskan kempen atasnama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w.)

untuk mendapatkan sokongan. Mereka telah menjadikan Khurasan, Khufah, dan

Huamimah sebagai pusat operasi. Gerakan ini diperkukuh dengan keanggotaan dua orang

pahlawan besar, Abu Salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah dan Abu

Muslim al-Khurasani yang menjadi ketua di Khurasan.

Kerajaan Bani Abbasiyah ini mengambil sempena nama al-Abbas, iaitu nama bapa

saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Kerajaan ini juga mengamalkan pemerintahan bercorak

sistem warisan atau sistem monarki, iaitu sistem pemerintahan keturunan raja. Pada

ketika Abu Jaafar al-Mansur memerintah, pusat pemerintahan telah diubah dari Damsyik

ke Baghdad. Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258 M. apabila ibu kotanya ditawan oleh

tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

Antara sumbangan Bani Abbasiyah ialah terbinanya Baitulhikmah, iaitu institusi

keilmuan yang telah diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Tetapi, institusi ini hanya

berkembang luas pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun. Kegiatan utamanya

ialah pertejemahan karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani.
KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifah telah menjadi lemah

yang kemudiaannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan

Parsi dan Turki. Pemerintahan kerajaan abbasiyah berakhir pada tahun 1258 apabla

Baghdad diserang oleh oarag Mongol.

PEMBENTUKAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini, iaitu Uthman bin

Ertughrul bin Sulaiman Shah ynag brasal daripada suku Qayi. Pada peringkat awal,

Uthman ialah amir ataupun gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia.

Kawasan ini bersempadan dengan kawasan empayar Byzantine, ataupun dikenalai juga

sebagai Rom Timur. Oleh itu, kawasan di bawah pentadbiran Uthman ini menghadapi

ancaman yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah yang lain. Pada tahun 1301,

Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan ini menyebabkan ramai

ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman

dalam memperluas kawasan penakhlukannya.

Uthman mula menakhluki kawasan sekitar Anatolia dan kemudiannya menjadikan

Bandar Bursa sebagai ibu negeri. Uthman meninggal dunia pada tahun 1326 dan usaha

perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan I dan pemerintahan Uthmaniyah yang

seterusnya.
Antara tahun 1336-1354 Orhan I berjaya menguasai kawasan Marmara dan Pantai

Aegean, Ankara dan Gallipoli. Semasa pemerintahan Murad I dan Bayezid I pula

kerajaan Uthmaniyah berjaya menguasai kawasan Balkan selatan dan Utara Bulgaria,

Philisppopolis, Sofia, Salonica, Kosovo, utara Albania dan Wallachia. Pada masa

pemerintahan Mehmed II, beliau telah menjalankan dasar perluasaan wilayah dan berjaya

menawan Isntanbul(Constantinopole), ibu negeri Rom Timur, pada tahun 1453.

Zaman pengukuhan empayar Uthmaniyah bermula semasa pemerintahan Mehmed II.

Pengukuhan ini berlanjutan dari tarikh penguasaan Istanbul, iaitu pada tahun 1453

hinggalah ke tarikh kematian Sulaiman I pada tahun 1566. Empayar ini berlanjutan

hingga ke awal abad ke-20. Namun begitu, peguasaan politik dan ekonominya terhadap

seluruh empayarnya tidak lagi sekuat seperti pada abad ke-16. Antara faktor yang

mengakibatkan kemerosotan kuasa ini termasuklah terdapatnya pemimpin yang lemah,

keruntuhan sistem pungutan cukai, pemberontakan, dan pertambahan penduduk yang

sangat pesat sehingga sukar dikawal sepenuhnya.


RUMUSAN

Kemunculan kerajaan Islam yang bermula dengan kerajaan Islam di Madinah telah

memberikan kesan yang amat mendalam kepada perkembangan ketamadunan dunia

secara keseluruhannya. Sumbangan kerajaan-kerajaan Islam seperti semasa zaman

Lhulafa al-Rasyidin, Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah sangat besar bukan sahaja

kepada orang Islam tetapi juga kepada semua umat manusia tanpa mengira agama, warna

kulit, dan kawasan geografi tempat tinggal mereka.

Kemunculan, perkembangan, dan kejatuhan kerajaan Islam dalam sejarah perkembangan

tamadun manusia memberikan banyak pengajaran kepada manusia pada hari ini. Zaman

kerajaan Islam di Madinah terutamanya selepas kewfatan Nabi Muhammad s.a.w.

mengajar kita bahawa perpaduan amt penting dalam menentukan penerusan sesuatu

ummah. Pemimpin kerajaan Islam sentiasa menekankan perpaduan di kalangan penduduk

dalam kawasan Islam untuk memastikan perkembangan Islam berterusan.

Perkembangan kerajaan Islam juga menunjukkan bahawa pemerintahan dan

kepemimpinan kerajaan sangat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah

tamadun, misalnya, dalam aspek kegemilangan keilmuan pada zaman kerajaan Islam

Umaiyah, Abbasiyah. Selain sumbangan golongan cerdik pandai, peranan pemerintah

juga penting sekali.


Pihak pemerintah bukan sahaja telah memberikan galakan kea rah tersebut tetapi juga

telah membina kemudahan seperti kawasan pembelajarandan perpustakaan demi

memajukan perkembangan intelektual.

Kerajaan Umaiyah dan Uthamaniyah yang berkembang di Eropah juga mengajar kita

bahawa dasar kompromi dan toleransi amat penting dalam sesebuah Negara yang

mempunyai pelbagai kaum dan anutan agama.

Dasar kerajaan Islam di kedua-dua buah kawasan ini yang mengamalkan toleransi yang

memberikan kebebasan beragama kepada rakyatnya bukan sahaja untuk menjaga

keamanan tetapi juga membawa kerajaan tersebut ke zaman kegemilangan.


RUJUKAN

 Buku teks pengajian islam,UNISEL.Siti rafidah bt.dollah hamadani dan Sanusi

bin sharif.

 Ahmad, Akbar S.1992. Postmodanisme and islam:Predicament and

promise.London:routledge.

 Al-Qardawi, yusof. 1994. Kebangkitan Islam di Antara Tantangan dan

Ekstrimisme. Angkatan Belia Islam Malaysia.

 www.google search/kerajaan islam.com

 www.google search/khulafa’ islam .com

Anda mungkin juga menyukai