Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

1. Tujuan utama artikel ini ditulis :

Tujuan utama artikel ini ditulis adalah untuk mendedahkan dan meuar-uarkan
isu-isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam keluarga, isu dan cabaran yang
terdiri daripada pengaruh budaya barat iaitu budaya skinhead, budaya punk dan
budaya black metal, isu kemaksiatan, penagihan dadah, pembuangan bayi, mat rempit
serta vandalisme yang berlaku dalam keluarga di Malaysia.

2. Isu yang ingin disampaikan penulis :

Penulis ingin menyampaikan isu mengenai keruntuhan akhlak dan gejala


sosial dalam keluarga, isu dan cabaran yang telah menjadi tajuk musyawarah yang
aktuil dan tidak pernah engsot daripada bibir masyarakat.Isu-isu tersebut merangkumi
pengaruh barat iaitu budaya skinhead,budaya punk dan budaya black metal,maksiat,
penagihan dadah,pembuangan bayi,mat rempit serta vandalisme.Selain itu,penulis
juga telah mempolemikkan punca-punca yang menjadi penyebab berlakunya senario
ini serta kesan merangkumi aspek individu,keluarga dan masyarakat.Penulis turut
membincangkan tindakan dan langkah-langkah bagi mengurangkan dan sekaligus
menghapuskan gejala sosial yang telah menjadi barah dalam masyarakat.

3. Maklumat-maklumat yang disampaikan penulis :

Antara maklumat-maklumat utama yang ingin disampaikan oleh penulis ialah


pengaruh budaya barat.Pengaruh barat ini merupakan budaya hedonisme yang
dapat dilihat semakin menular dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini
terutamanya golongan mua-mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran muzik dan
budaya Barat seperti Black Metal,Punk dan Skinhead.Skinhead adalah sub-budaya
yang lahir di London,berasal dari kaum tertindas dari kelas pekerja(utamanya buruh
pelabuhan) dan merujuk kepada kelompok orang(biasanya remaja)yang merupakan
peminat muzik streetpunk dan juga punk.

1
Punk pula lahir di London,diertikan sebagai ideologi hidup yang mencakup aspek
sosial dan politik serta terdiri dari anak-anak kelas pekerja yang membantah Amerika
mengalami masalah ekonomi dan kewangan yang dipacu oleh kemerosotan moral oleh para
politik yang memicu peningkatan pengangguran yang tinggi.Black Metal merujuk kepada
muzik keagamaaan pagan.Individu yang mendakwa muzik Black Metal tidak mencemuh
agama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal manakala
individu yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka
terkeluar dari semua jenis agama.

Isu kemaksiatan dan keruntuhan akhlak merupakan kotemporari yang sofistikated


yang amat membimbangkan dan boleh meruntuhkan kecemerlangan Malaysia.Rakyat
Malaysia ini berjiwa kerdil,pasif ,tidak menghargai diri,tidak berpendirian,tidak
berwawasan,tidak mempunyai identiti sendiri,mudah terpengaruh dan lebih mengagung-
agungkan budaya kuning dari Barat.Antara gejala keruntuhan akhlak tersebut ialah perbuatan
maksiat seperti khalwat,zina dan sumbang mahram,minum arak,penggunaan pil khayal,judi
dan penagihan dadah.

Ancaman penagihan dadah merupakan musuh pertama negara.Hal ini berpunca


daripada fenomena akhlak yang tidak diurus dengan bijaksana sehingga terjerumus ke
lembah kehancuran ini.Selain itu,isu mat rempit merupakan masalah kebejatan sosial yang
melibatkan pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak
bertanggungjawab.Mereka merempit untuk mencari kepuasan,keseronokan,wang,perempuan
dan kemasyhuran.Isu pembuangan bayi pula membuktikan masyarakat kita sedang dilanda
masalah keruntuhan moral yang serius.Faktor dominan yang menyebabkan fenomena ini
berlaku ialah pengaruh rakan sebaya terutamanya kalangan remaja lelaki yang mendorong
melakukan hubungan seks tanpa mengetahui risikonya dan kurangnya didikan agama
sehingga mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat ini.

Maklumat lain yang disampaikan penulis ialah punca-punca keruntuhan akhlak.


Antaranya ialah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba.Mereka akan mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di
sekeliling.Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin
dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara-perkara tersebut lebih-lebih lagi
apabila mereka tiada ‘guide line’ dari para ibu bapa,keluarga,jiran dan sebagainya

2
Punca yang lain ialah pengaruh rakan sebaya.Hal ini berpunca dari sikap remaja
yang terlalu mempercayai orang lain apabila mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih
rapat dan lebih memahami,dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh
rakan-rakan sehingga mereka terjerumus ke dalam gejala sosial.

Selain itu,pengaruh media massa juga merupakan faktor dominan yang


menyumbang kepada senario ini.Hal ini berlaku apabila terdapat segelintir program-program
realiti televisyen,serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata
mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik,Misalnya,corak pergaulan remaja
yang jauh dari nilai-nilai ketimuran,cara berpakaian yang kurang sopan,gaya hidup mengikut
cara barat serta terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan didapati dengan mudah
di pasaran.Sikap keluarga juga merupakan antara punca fenomena ini berlaku.Hal ini terjadi
apabila sesetengah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu
memberikan kebebasan kepada para remaja.Keluarga yang terlalu mengongkong
mengamalkan sikap terlalu tertutup dengan menetapkan suatu undang-undang atau peraturan
yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi.Keadaan ini boleh menyebabkan
jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akn melakukan
apa sahaja yang terlintas tanpa berfikir panjang.Manakala keluarga yang terlalu memberi
kebebasan ini bersikap terbuka yang keterlaluan apabila mereka tiada suatu peraturan atau
ketetapan khusus yang diamalkan.Keadaan ini tidak baik kerana remaja perlukan sesuatu
yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka agar tidak mudah
terjerumus ke arah gejala sosial ini.

Kesan atau natijah terhadap fenomena ini merupakan salah satu maklumat yang
disampaikan penulis.Kesan terhadap fenomena ini meliputi dari aspek diri
sendiri,keluarga,masyarakat dan negara.Antara kesan ke atas individu adalah individu
tersebut akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.Antara kesan ke atas
keluarga ialah keruntuhan institusi keluarga,wujudmya penceraian akibat ketidakharmonian
dalam kekeluargaan,masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara serta wujudnya
masalah sosial yang lain. Kesan ke atas masyarakat pula ialah masyarakat akan menjadi
porak-peronda,berpecah-belah dan tidak bersatu padu,wujudnya pergaduhan dalam
masyarakat,kadar jenayah dalam kalangan masyarakat akan meningkat serta hilangnya
keharmonian dalam masyarakat.

3
Antara kesan ke atas negara pula ialah negara akan kehilangan generasi dan
kepimpinan pada masa hadapan,kerancakan pembangunan negara akan terbantut,ekonomi
negara sukar berkembang,kadar jenayah dalam negara akan meningkat,perbelanjaan negara
akan turut meningkat sejajar dengan peningkatan kadar jenayah,anasir-anasir luar akan
mudah meresap masuk ke dalam negara serta bangsa lain akan memandang serong dan buruk
terhadap kehancuran akhlak remaja Islam.

4. Kesimpulan yang dibuat oleh penulis :

Kesimpulan yang dibuat oleh penulis ialah keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat
Malaysia begitu membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan
jika ini tidak ditangani dengan bijaksana serta perancanganyang teliti pastikanya akan
mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh
menjerumuskan seseorang itu kearah kehancuran.Kecemerlangan yang dilaungkan dan
digembur-gemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa mekna kiranya akhlak rakyat sering
dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa.Inilah antara yang menjadi isu dan
cabaran besar pemimpin dan semua pihak untuk menentukan negara dan rakyat benar-benar
menepati kecemerlangan 51 tahun merdekaan.

4
BAHAGIAN B

1. Faktor-faktor penyumbang kepada keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat


melayu di Malaysia :

Terdapat pelbagai faktor penyumbang kepada keruntuhan akhlak di kalangan


masyarakat melayu di Malaysia. Antaranya ialah perasaan ingin tahu dan ingin
mencuba.Mereka akan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap apa-apa sahaja
perkara baru yang terjadi di sekeliling.Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong
mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara-
perkara tersebut lebih-lebih lagi apabila mereka tiada ‘guide line’ dari para ibu
bapa,keluarga,jiran dan sebagainya.

Punca yang lain ialah pengaruh rakan sebaya.Hal ini berpunca dari sikap remaja
yang terlalu mempercayai orang lain apabila mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih
rapat dan lebih memahami,dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh
rakan-rakan sehingga mereka terjerumus ke dalam gejala sosial.

Selain itu,pengaruh media massa juga merupakan faktor dominan yang


menyumbang kepada senario ini.Hal ini berlaku apabila terdapat segelintir program-program
realiti televisyen,serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata
mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik,Misalnya,corak pergaulan remaja
yang jauh dari nilai-nilai ketimuran,cara berpakaian yang kurang sopan,gaya hidup mengikut
cara barat serta terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan didapati dengan mudah
di pasaran.

Sikap keluarga juga merupakan antara punca fenomena ini berlaku.Hal ini terjadi
apabila sesetengah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu
memberikan kebebasan kepada para remaja.Keluarga yang terlalu mengongkong
mengamalkan sikap terlalu tertutup dengan menetapkan suatu undang-undang atau peraturan
yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi.Keadaan ini boleh menyebabkan
jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akn melakukan
apa sahaja yang terlintas tanpa berfikir panjang.

5
Manakala keluarga yang terlalu memberi kebebasan ini bersikap terbuka yang
keterlaluan apabila mereka tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang
diamalkan.Keadaan ini tidak baik kerana remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan
panduan untuk menjalani kehidupan mereka agar tidak mudah terjerumus ke arah gejala
sosial ini.

2. Huraian tentang kesan daripada masalah ini terhadap institusi perubatan negara
Malaysia. Penerangan daripada aspek psikososial :
BAHAGIAN C

1. Masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan remaja yang menyebabkan mereka


terjebak dalam keruntuhan akhlak dan gejala sosial :

2. Fungsi-fungsi jururawatan dalam membantu penyelesaian ini :

Anda mungkin juga menyukai