Anda di halaman 1dari 63

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

PSIKOLOGI REMAJA
(BBE 2072)
TAJUK:
ALAM CINTA DAN SEKS REMAJA

AHLI KUMPULAN :

NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA (CB090011)

NURHAFIZA BT FADZIL (CB090016)

NORLIANA BT MOHAMAD (CB090029)

NORHAIDA BT ISMAIL (CB090062)

NAMA PENSYARAH: EN ABDUL RASID BIN ABDUL RAZZAQ

TARIKH HANTAR : 16 MAC 2010

ISI KANDUNGAN

1
PENGHARGAAN 1

1.0 PENGENALAN 2

2.0 PERKEMBANGAN REMAJA 3

2.1 Kematangan Biologi 4

2.2 Tingkahlaku Heroteksual 4

2.3 Akil Baligh 5

2.4 Teori dan Konsep 5

2.5 Perkembangan Psikososial 6

2.6 Perkembangan Identiti 7

3.0 REMAJA DAN CINTA

3.1 Apa Ertinya Cinta Bagi Seorang Remaja 8

3.2 Antara Cinta dan C.I.N.T.A 11

4.0 REMAJA DAN SEKS

4.1 Erti Seks kepada Remaja 11

5.0 KAJISELIDIK 13

6.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MERANSANG KEINGINAN SEKS

6.1 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba 18

6.2 Pengaruh Rakan Sebaya 19

2
6.3 Pengaruh Media Massa dan Media Elektronik 19

6.4 Sikap Keluarga 20

6.5 Takat Agama atau Pelegiositi 22

7.0 CARA MENANGANI MASALAH CINTA DAN SEKS REMAJA

7.1 Peranan Ibu Bapa 22

7.2 Peranan Sekolah 23

7.3 Institusi Kekeluargaan 24

7.4 Pendidikan Seks 24

8.0 KESAN DAN CABARAN TERHADAP FENOMENA CINTA REMAJA HARI INI

8.1 Kesan Ke Atas Individu 26

8.2 Kesan Ke Atas Keluarga 27

8.3 Kesan Ke Atas Masyarakat 28

8.4 Kesan ke Atas Negara 28

KESIMPULAN 30

RUJUKAN 32

LAMPIRAN

PENGHARGAAN

3
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami

menyiapkan tugasan projek kami yang bertajuk “Alam Cinta Dan Seks Remaja” dengan jayanya.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi

penghargaan kepada En. Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq, selaku pensyarah kami dalam subjek Psikologi

Remaja di atas segala bimbingan, perbincangan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh

penyiapan tugasan projek ini. Walaupun beliau sibuk dengan tugas tetapi tetap memberi tunjuk ajar dan

sanggup meluangkan masa berbincang dengan kami tentang masalah yang timbul dalam tugasan projek

ini.

Di samping itu, kami turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kumpulan di atas

kerjasama dan komitmen yang tinggi sehingga dapat menyiapkan tugasan projek ini dengan jayanya.

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada semua responden yang sudi menjawab soalan kaji

selidik yang telah kami sediakan.

Akhir sekali kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

lain dan sesiapa sahaja yang turut membantu samada secara langsung atau tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN

4
Menurut Kamus Dewan, remaja bererti, mula hendak dewasa, telah mencapai aqil baligh dan sudah

sampai umur untuk berkahwin. Belia pula ialah golongan muda remaja dan pemuda. (Kamus Dewan.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia. Th: 1970. hal: 48 dan 95). Remaja dan belia adalah

anak-anak muda lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur yang telah melimpasi umur kanak-kanak

dan mula memasuki umur dewasa, umur yang cukup untuk mendirikan rumah tangga, kerana telah

baligh. Pada peringkat remaja, golongan ini mengalami peralihan zaman, antara zaman kanak-kanak

dengan zaman dewasa. Pada peringkat usia remaja, berlaku perubahan yang pesat sama ada perubahan

biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan tanggungjawab dan peranan. Perubahan-perubahan ini

menyebabkan remaja akan mengalami masalah dan konflik. Bagi remaja yang tidak mampu

menyesuaikan diri atau menerima perubahan ini maka akan timbul ganguan psikologi dalam diri mereka.

Keadaan ini boleh menyebabkan remaja mungkin menunjukkan sikap yang agresif dan mudah

memberontak. Alam remaja dan belia adalah merupakan zaman keemasan dan menyeronokkan.

Kehidupan yang penuh ceria dan menyukakan hati. Perubahan-perubahan dari segi jasmani dan tubuh

badan akan berlaku dengan cepat dan jelas. Sifat kelelakian dan kewanitaan akan menonjol.

Perkembangan jiwa, emosi dan perasaan akan menjadi subur, keinginan hawa nafsu dan naluri

kemanusiaan amat tinggi dan berpengaruh. Remaja dan cinta bagaikan dua perkara yang tidak dapat

dipisahkan. Ketika di ambang usia remajalah, cinta mula dikenali. Semuanya berlaku apabila seorang

insan yang dahulunya kanak-kanak kini mengalami perubahan dari sudut fizikal, mental, emosi, sosial

dan moral. Inilah perubahan yang membawa seorang insan ke alam yang penuh mencabar iaitu alam

remaja.

2.0 PERKEMBANGAN REMAJA

Zaman remaja adalah tempoh yang mana seorang individu dikelilingi oleh isu-isu seksual, iaitu

keupayaan mengalami ataupun melahirkan perasaan seks. Perubahan kematangan seks dan perubahan
5
hormon yang terlibat adalah asas bagi kematangan seks seorang remaja. Zaman remaja adalah masa

mempelajari seks dengan tujuan mencari suatu identiti seks peribadi. Pada peringkat usia ini remaja

mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai misteri alam seks. Pada peringkat ini remaja

memikirkan sama ada mereka mempunyai daya tarikan seks, adakah perkembangan mereka berterusan,

adakah mereka akan dicintai oleh seseorang dan adakah normal apabila mereka melakukan hubungan

seks. Kebanyakan remaja akhirnya menunjukkan perkembangan seksual yang matang tetapi terdapat

jangka masa yang mana hadirnya perasaan kekeliruan dan perasaan mudah dilukai sepanjang kehidupan

seksual mereka.

Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904) zaman remaja ialah jangka masa seseorang itu

mengalami perbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress ). Ini bermaksud remaja yang mengalami

perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan perbagai konflik di dalam dirinya

dan juga masyarakat. Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang

sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah kesan-kesan

disebaliknya. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami

perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan

hormon dalam bentuk badan. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara

remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu

dengan individu yang lain.

2.1 Kematangan Biologi

Pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang

berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin bertambah. Ini sudah pasti memberi

kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada usia beginilah mereka terlalu prihatin dengan

6
keadaan tubuh. Mereka sering membezakan diri dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat

matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang. Mereka

terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang

perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok

remaja.

2.2 Tingkah Laku Heroteksual

Remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding

dengan remaja zaman sekarang, terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok

pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980 menunjukkan

peratusan orang muda yang melakukan hubungan seks meningkat; dan kadar pelajar perempuan yang

melakukan hubungan seks meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar lelaki. Remaja perempuan

belajar mengaitkan seks dengan cinta. Beberapa buah kajian di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah

faktor utama ramai remaja perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan

pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang bagi pelajar lelaki. Faktor-faktor

lain adalah seperti desakan teman lelaki, perasaan ingin tahu dan keinginan seks yang tidak berkaitan

dengan cinta.

2.3 Akil Baligh

Di akhir zaman kanak-kanak, satu siri perubahan biologi dan psikologi akan berlaku yang membawa

mereka ke alam remaja. Alam remaja akan membawa mereka ke dalam kematangan sama ada dari segi

fizikal, dan pemikiran mereka turut berubah serta turut berperanan dalam masyarakat. Baligh adalah

merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap
7
hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak

iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan

kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang

permulaan akhil baligh. Apabila ini berlaku perkara yang paling ketara semasa baligh adalah merupakan

perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan. Bagi remaja lelaki perubahan yang akan

berlaku ialah suara menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang,

jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta

zakar dan buah zakar mula membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh.

Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah dada (payudara) mula

membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri

kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari suara keanak-

anakan kepada suara yang lebih matang.

2.4 Teori dan Konsep

Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih

awal dari yang dianggarkan. Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk

badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam, "Perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran,

membuatkan mereka tidak dapat mengawal". Mula berasa segan atau malu apabila berhadapan dengan

kehadiran orang yang berlainan jantina, mereka mula merasai perasaan seksual. Dengan kata lain

mereka mula tertarik antara satu sama lain. Remaja juga mengalami perkembangan kognitif. Mereka

sudah mampu menghadapi konsep yang lebih abstrak dan mula berminat dalam perkara-perkara yang

melbatkan teori dalam pelajaran sains dan moral.

Manakala Sigmund dan Anna Freud, awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan

perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa ini. Dorongan seksual dan agresif, yang bukan

semasa peringkat latensi, sekarang mengganggu ego dan daya tahannya. Zon genital, khasnya didorong
8
tenaga seksual yang hebat, dan remaja ini sekali lagi dilanda fantasi oedipal. Remaja ini mungkin rasa

susah atau tidak selesa apabila berada di kalangan ibu bapanya.

Stanley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-

tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai

zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang

berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila

emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan

perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.

2.5 Perkembangan Psikososial

Zaman remaja bukan sahaja suatu jangka masa yang dapat menggugat diri remaja tetapi juga

keluarganya. Proses pembesaran dan usaha ke arah kematangan bukanlah suatu perjalanan yang

mudah. Dalam usaha menyatupadukan tuntutan biologi dan sosial (yang mungkin bertentangan),

kekeliruan boleh terjana dalam kehidupan seorang remaja. Umpamanya dorongan syahwatnya wajib

dikekang menurut ajaran agama serta norma-norma sosial.

2.6 Perkembangan Identiti

Setiap individu mempunyai identiti. Akan tetapi bukanlah mudah untuk memberi pengertian yang tepat

tentang identiti. Ini disebabkan setiap identiti seseorang itu amatlah rumit dan ia melibatkan pelbagai

kualiti dan dimensi. Selain itu erti identiti juga bergantung atas pengalaman subjektif. Dari situ boleh juga

secara ringkasnya identiti ini bermaksud satu set ciri personaliti yang lebih kurang stabil.

9
Individuasi merupakan proses di mana remaja mula mempunyai satu identiti yang berbeza antara sama

lain. Proses ini melibatkan empat fasa iaitu perbezaan, amalan dan eksperimen, memperbaharui

perhubungan dan konsolidasi.

Fasa perbezaan yang berlaku pada awal remaja, di mana mereka akan tahu bahawa wujud perbezaan

antara mereka dengan ibu bapa dari segi psikologi. Ini akan menjadikan remaja menyoal dan

membincang nilai dan nasihat ibu bapa walaupun ianya adalah betul. Mereka tidak akan melakukan

perkara yang dicadangkan , ini semakin mendalam apabila remaja itu sedar bahawa ibu bapanya

bukanlah begitu sempurna seperti yang dianggapnya semasa kanak-kanak.

Semasa amalan dan eksperimen pula, remaja berpendapat dia tahu segalanya dan tidak akan melakukan

kesilapan. Remaja pada masa ini tidak akan menerima nasihat dan mencabar kewibawaan ibu bapa

dalam keadaan tertentu. Remaja meningkatkan komitmen terhadap rakan sebaya yang memberinya

sokongan dan persetujuan yang dicari-carinya.

Membaharui perhubungan merupakan fasa yang berlaku pada pertengahan zaman remaja apabila

mereka telah dapat mengasingkan dirinya daripada ibu bapa. Kesedaran yang menimbulkan sedikit rasa

gelisah dan ketakutan akibat pengasingan ini membawanya kembali ke pangkuan ibu bapa dan menerima

semula autoriti ibu bapa tetapi dengan syarat. Selalunya remaja akan mencabar dan pada masa yang lain

akan bekerjasama dan berdamai. Pada fasa ini, didapati remaja sering cuba sedaya upaya menerima

tanggungjawab di rumah tetapi akan merasa marah dan geram apabila ibu bapa berkeras untuk

memastikan masa untuk balik ke rumah dan harus diberitahu ke mana remaja itu pergi.

Konsolidasi pula merupakan fasa keempat yang akan berlarutan sehingga akhir remaja. Pada masa ini

remaja akan membina identiti personaliti dan ini menjadi asas memahami dirinya dan orang lain serta

mengekalkan autonomi, kebebasan dan individulitinya. Sebagai contoh remaja pada fasa ini berumur

lingkungan 18 dan 19 tahun boleh menentukan kerjayanya dan berusaha terhadap pencapaian cita-

citanya dan boleh membayangkan cara bagaimana untuk menyara dirinya pada masa hadapan. Proses

individuasi ini berlanjutan masa zaman remaja dan selalunya sehingga dewasa.
10
Menurut teori Erik Erikson (1963), terdapat lapan tahap perkembangan yang berlaku sepanjang hayat

manusia dan setiap tahap mempunyai tugas perkembangan yang unik. Remaja kini berada pada tahap

perkembangan identiti melawan kekeliruan identiti ataupun peranan. Perubahan besar yang dialami

remaja adalah perkembangan sosial. Mereka sedang meneroka identiti yang sesuai dengan jiwa mereka.

Hubungan dengan dunia luar selain anggota keluarga kini bertambah penting dan memainkan peranan

yang besar dalam pembentukan identiti. Remaja adalah golongan yang sentiasa memerlukan bimbingan

dan sokongan. Oleh itu, mereka perlu dibantu supaya tidak terkeliru sepanjang membuat keputusan

dalam kehidupan. Kesilapan memilih ‘jalan’ pada usia remaja akan menghancurkan hidup mereka.

3.0 REMAJA DAN CINTA

3.1 Apa ertinya cinta bagi seorang remaja?

Dalam memberikan pendapat tentang cinta, Imam al-Ghazali dalam bukunya Kimia as-Sa'adah (Rahsia

Kebahagiaan) mendefinisikan cinta sebagai "Satu kecenderungan yang membawa kepada perasaan yang

menyenangkan. Ia adalah tarikan pemikiran, kesudian dan kecenderungan kepada yang disukai.”

Manakala ilmuan tersohor, Profesor Dr Hamka dalam memberikan pendapat tentang cinta menyatakan

bahawa, "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun

yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah

yang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perkara tercela.

Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti

yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

Begitu indah ungkapan cinta diterjemahkan oleh dua insan mulia ini, Imam al-Ghazali dan Profesor Dr

Hamka. Namun bagaimana pula tafsiran cinta oleh remaja secara umumnya. Adakah ia selari dengan

11
ungkapan yang diberikan para ulama dan cerdik pandai, atau menepati kehendak agama dan adat?

Adakah ia mengambil kira antara kebaikan dengan kemudaratan?

Bagi mendapatkan kepuasan bagi memenuhi keperluan social seperti intimasi, afiniti, hormat dan

kawalan remaja perlu menggunakan strategi tertentu supaya hubungan interpersonal itu menjadi lebih

kukuh. Christhoper dan Fransden (1990) mengatakan pelbagai strategi yang digunakan oleh remaja

misalnya mengggunakan cara logic, merayu, dan menggunakan kontak fizikal. Tolhuizen (1989)

menyenaraikan jenis strategi yang digunakan oeh pasangan bercinta dikalangan remaja mengikut

peratus.

Peratus (%) Strategi yang Digunakan

Kerapkan perhubungan: selalu berinteraksi dengan teman dalam tempoh masa yang
39.2%
lama.

Berunding semasa mewujudkan perhubungan: memulakan dengan sikap


29.1 %
perbincangan secara konsep “menang-menang” dan tiada yang kalah.

26.1% Bantuan sosial: meminta nasihat, bantuan dan sokongan.

17.6% Tambahkan pujian dan buat sesuatu yang memberi sanjungan kepada orang lain.

Ingin berhubung secara lansung: menanya seseorang untuk berkawan secara


16.6%
lansung tanpa berbincang terlebih dahulu bagi tujuan yang serius.

Memberi dalam bentuk kebendaan: kad, bunga dan barang-barang yang sentimental
16.1%
kepada teman.

Komunikasi secara peribadi: menggunakan bahasa yang boleh menggambarkan


15.1%
keunikan perhubungan seperti nama timbangan.

Luahan perasaan melalui kata-kata: menyatakan perasaaan yang terpendam secara


14.1%
berterus-terang kepada teman.

Langkah-langkah yang dicadangkan antaranya ialah meluahkan perasaan secara


13.1%
tidak disedari oleh teman misalnya melalui simbol.

12
12.1% Ekspresi bukan lisan: sentuhan, kontak mata dan lain-lain.

Penglibatan sosial secara mendalam: berusaha untuk mengetahui berkaitan kawan


11.6%
dan keluarga teman.

Menerima cadangan: bersetuju menerima permintaan daripada teman untuk


9.5%
berkawan secara serius.

9.5% Wajah peribadi: cuba melihat kepada paras rupa teman.

Jadual: Strategi yang digunakan oleh pasangan bercinta remaja mengikut peratus

Sumber: Tolhuizen, J.H (1989). Communication Strategies for Intensifiying Dating Relationship

Identification Use and Structure. Journal of Social and Personal Relationship.

Daripada jadual diatas menambahkan kontak hubungan sesama mereka adalah strategi utama yang

dapat meningkatkan hubungan antara pasangan remaja yang bercinta. Kedua adalah sejauh mana kedua

pasangan itu bertolak ansur daripada segi hubungan mereka dan ketiga berhubung dengan sokongan

yang diberikan oleh pasangan itu.

3.2 Antara cinta dengan C.I.N.T.A

Remaja dan cinta bagaikan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ketika di ambang usia remajalah,

cinta mula dikenali. Semuanya berlaku apabila seorang insan yang dahulunya kanak-kanak kini

mengalami perubahan dari sudut fizikal, mental, emosi, sosial dan moral. Inilah perubahan yang

membawa seorang insan ke alam yang penuh mencabar iaitu alam remaja.

Ketika menjadi salah seorang panelis forum remaja dan cinta di sebuah kolej di Negeri Sembilan baru-

baru ini, Ustaz Wan Aminuddin Haji Wan Abdullah berkongsi tentang C.I.N.T.A. Dalam ceria beliau

menterjemahkan C.I.N.T.A. sebagai "Cuma Ingin Nak Test Aje".

13
Maka atas tafsiran inilah cinta yang suci menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah remaja. Buktinya ialah

apabila bertambahnya kes-kes perzinaan, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi secara berleluasa dan

pelbagai lagi penyakit sosial dalam kalangan remaja yang menjadikan cinta sebagai "C.I.N.T.A".

4.0 REMAJA DAN SEKS

4.1 Erti Seks Kepada Remaja

Pada asasnya, zaman remaja adalah suatu tempoh peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada

dewasa. Dalam tempoh ini, pastinya remaja masih memiliki sebahagian sifat dan sikap keanak-anakan

dan dalam masa sama berusaha untuk berkelakuan dan berfikiran sebagai orang dewasa. Konflik dua

zaman dalam diri seorang remaja biasanya menimbulkan perselisihan antara remaja dengan pelbagai

pihak seperti kawan-kawan, guru, ibu bapa, jiran dan masyarakat.

Zaman remaja yang membabitkan perubahan fizikal, mental dan psikososial seorang kanak-kanak

bermula dengan peningkatan pengeluaran beberapa hormon penting seperti androgen, estrogen dan

testosterone. Perubahan jumlah hormon dikeluarkan kelenjar tubuh mempunyai pengaruh besar ke atas

tingkah laku, emosi dan pemikiran remaja.

Bagaimanapun, kesannya ke atas tumbesaran fizikal remaja lebih nyata. Pada zaman ini, kanak-kanak
14
akan mengalami proses baligh dan mencapai kematangan dalam sistem reproduksinya atau secara

fizikalnya, mereka layak dan mampu menjadi ibu atau bapa kepada seorang kanak-kanak lain. Ini

menjadikan isu seks sangat akrab dengan remaja. Malah, dengan perasaan ingin tahu serta sikap ingin

mencuba sesuatu yang baru sering bergelora, isu berkaitan seks dilihat sebagai sangat penting bagi

remaja.

Walaupun isu berhubung seks sangat sensitif dan memalukan untuk dibicarakan secara terbuka,

tanggapan bahawa remaja tidak perlu tahu mengenai seks perlu diubah. Kita bimbang, jika semakin

disekat semakin jauh mereka meneroka. Naluri ingin tahu mereka tidak boleh dinafikan. Dengan

perkembangan teknologi yang pantas, remaja mempunyai peluang sangat luas untuk belajar mengenai

seks. Sebelum mereka mendapat maklumat yang salah daripada sumber meragukan, mengapa tidak kita

mengambil langkah memperbetulkan kefahaman mereka mengenai seks dari awal lagi?

Berdasarkan tinjauan dibuat, ada pelajar percaya remaja yang mengadakan hubungan seks tidak akan

mengandung kerana mereka masih muda atau kerana mereka masih belum berkahwin. Dengan kata lain,

bagi mereka hanya orang yang berkahwin saja akan mengandung jika melakukan hubungan seks.

Mereka juga percaya kehamilan boleh dielak dengan mengamalkan hubungan seks dengan posisi

tertentu serta penggunaan kondom. Ada juga yang merasakan adegan peluk cium dengan kekasih adalah

perkara biasa yang mesti dilalui setiap pasangan bercinta dan tidak salah untuk menikmatinya.

Sebahagian besar turut menyatakan bahawa isu onani, gambar serta video lucah juga perlu dimaklumkan

kepada remaja dengan alasan supaya mereka pandai melayar bahtera bersama isteri kelak dan tidak

kecundang mudah pada malam pertama.

5.0 Kaji Selidik

15
Kaji selidik ini dilakukan ke atas pelajar UTHM adalah bertujuan untuk mengetahui tahap remaja

terhadapa cinta dan kesan kepada diri mereka apabila mereka putus cinta. Selain itu kaji selidik ini juga

bertujuan untuk mengetahui dari manakah remaja mendapat info seks dan pernahkah remaja terbabit

dengan perlakuan seks. Untuk mencapai tujuan ini, kaji selidik telah dilakukan ke atas 30 orang

responden yang terdiri daripada remaja lelaki dan remaja perempuan yang berumur 18-22 tahun.

Daripada 25 soalan yang dikaji kami memilih tiga soalan untuk dibincangkan.

Carta pai di atas menunjukkan peratusan pelajar mendapat info seks iaitu samada remaja mendapat

bahan daripada media cetak, cd dan video, media elektronik mahupun daripada pengalaman dari rakan.

Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan didapati media elektronik menjadi tumpuan utama remaja

untuk mendapat maklumat berkaitan seks iaitu sebanyak 47%. Media elektronik termasuklah internet,

televisyen dan radio. Tidak dapat dinafikan lagi, media elektronik merupakan penyumbang utama kepada

keruntuhan moral di kalangan remaja. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan

hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak

unsur-unsur ketimuran yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai
16
halwa mata bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja, akan

meniru stail dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah budaya seks bebas dan lebih dahsyat lagi

pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Secara tidak langsung, ia mencetuskan kemelut jati diri bagi

remaja yang sedang mencari identiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme ini.

Remaja juga berkecenderungan mendapat info seks daripada media cetak iaitu sebanyak 37%. Media

cetak di sini bermaksud segala bahan bercetak termasuk surat khabar, majalah seperti Remaja, Wanita,

Playboy, artikel atau risalah-risalah yang mengandungi info-info yang berkaitan seks. Melalui media

cetak, artis-artis tempatan yang kononya menjadi contoh dan teladan sebenarnya semakin membawa

remaja ke arah kemaksiatan dan keruntuhan moral. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang

memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semat-mata untuk mengaut

keuntungan yang maksima menyebabkan rosak minda para remaja.

Sebanyak 10% daripada kaji selidik didapati bahawa pelajar mendapat info seks daripada pengalaman

rakan sebaya. Ini adalah kerana remaja lebih suka berkongsai pendapat dan cerita dengan kawan-kawan

berbanding dengan ibu bapa. Mengikut Teori Perkembangan Emosi-Fizikal: Sigmund Freud (1956-1039)

remaja pada peringkat umur 12-19 tahun sudah mula menaruh minat pada rakan sebaya yang berlainan

jantina. Selain itu mereka mula suka bersosialisasi dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa dan suka

melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.

Daripada carta pai di atas didapati sebanyak 6% pelajar mendapat info seks daripada cd dan video. Ini

mungkin berlaku akibat daripada penyeludupan video-video dan CD dari luar negara yang semakin

berleluasa. Remaja boleh mendapatkannya dengan mudah kerana video-video tersebut dijual di pasar-

pasar malam dan juga terdapat di pasar-pasar gelap. Jika muda-mudi disajikan dengan aksi-aksi lucah

secara berterusan justeru lahirlah generasi alaf baru yang nilai moralnya mencecah ke paras sifar, malah

sentiasa mengikut ideologi dan pandangan asing.

17
Berdasarkan carta pai peratusan kesan putus cinta kepada pelajar didapati peratus yang paling tinggi

ialah 41% iaitu pelajar berasa kecewa apabila putus cinta. Lazimnnya kesan putus cinta pertama

memberi kesan mendalam pada diri remaja sama ada perhubungan yang dijalinkan itu dalam

jangkamasa pendek atau pun panjang. Remaja harus sedar bahawa cinta di peringkat usia muda remaja

lebih merupakan suatu bentuk permainan interpersonal yang bersifat psikologikal yang tercetus dan

berkembang di dalam hati.

Sebanyak 28% pelajar mengatakan bahawa mereka tiada kesan apabila putus cinta. Hal ini disebabkan

oleh remaja bercinta pada masa sekolah hanya sekadar untuk merasai keseronokan mempunyai

pasangan dan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Kajian Choo, Levine & Hatfield (1996)

mendapati perempuan lebih banyak menyalahkan lelaki bila putus cinta sementara lelaki menyibukkan

diri dengan kerjaya atau melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Daripada kaji selidik juga didapati 23% pelajar mengaku mengalami tekanan perasaan apabila putus

cinta. Ini mungkin disebabkan kerana mereka kurang arif untuk mengendalikan, mengurus minda, emosi

18
dan tindakan kesan putus cinta. Biasannya jangka masa yang diambil untuk merawat derita sakit

psikologikal kesan putus cinta secara realitinya agal lama untuk dipulihkan.

Manakala 8% mengatakan bahawa pelajaran mereka merosot apabila putus cinta. Ia mungkin terjadi

akibat kesan putus cinta yang begit hebat sehingga mampu menganggu, mengubah status, kualiti,

kesihatan, kebahagiaan diri fizikal, mental dan spiritual golongan remaja menyebabkan pelajaran mereka

secara tidak langsung merosot.

Daripada carta pai peratusan perkara yang dilakukan apabila putus cinta kami dapati remaja lebih banyak

bermuhasabah diri apabila mengalami putus cinta iaitu sebanyak 35%. Ini mungkin kerana kajian ini

dilakukan kepada para pelajar universiti yang mana mereka lebih bijak untuk menyelesaikan masalah

akibat putus cinta dengan mengenal pasti segala kelebihan dan kelemahan diri dan sentiasa bertaubat di

19
atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Muhasabah diri dapat membantu remaja menjadi pelajar

yang lebih berkeyakinan untuk menempuhi kehidupan mendatang.

Diikuti oleh 27% remaja menangis apabila putus cinta. Biasanya remaja perempuan lebih mudah

menangis berbanding remaja lelaki. Ini mungkin disebabkan remaja perempuan lebih mudah tertekan

dan tidak dapat menahan emosi daripada menangis. Dengan menangis mereka akan dapat melepaskan

tekanan. Apabila remaja menangis, emosi mereka turun pada tahap yang paling rendah. Emosi mereka

akan reda selepas tidak kurang daripada 50 jam.

Manakala 23% remaja menyatakan mereka akan duduk berseorangan apabila putus cinta. Ini terjadi

kerana remaja mungkin berada dalam kekeliruan dan kekecewaan. Oleh itu mereka akan cuba

mengasingkan diri daripada kelurga dan persekitaran.

15% responden mengatakan bahawa mereka akan memperbaiki diri apabila putus cinta. Ini mungkin

kerana remaja ingin membaiki diri mereka supaya menjadi insan yang lebih baik dan cuba untuk belajar

daripada kesalahan lalu. Golongan remaja dituntut untuk Berjaya di dalam pelajaran kerana mereka

masih lagi di bawah tanggungan ibu bapa. Namun begitu, pengalaman cinta remaja boleh menjadikan

diri remaja lebih matang, berhati-hati dan waspada.

20
6.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MERANGSANG KEINGINAN SEKS

6.1 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai

perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka

akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan

mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya

adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari

orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan

ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau

buruknya perkara perkara tersebut. Remaja melakukan seks sebelum nikah kerana ingin tahu dan ingin

merasa seks, lakukan seks kerana sudah terangsang, mahukan pengalaman seks, ingin membuktikan

rasa cinta dan ingin memuaskan kehendak pasangan. Menurut jantina, remaja lelaki lebih banyak

mengatakan ingin tahu dan sudah terangsang sebagai alasan melakukan seks manakala remaja

perempuan mengatakan sebagai bukti cinta. Terdapat dua perbezaan signifikan di antara remaja lelaki

dan perempuan. Perbezaan yang pertama ialah menyentuh soal melakukan seks kerana sudah

terangsang. Didapati lebih ramai remaja lelaki yang melaporkan alasan ini untuk tingkah laku melakukan

seks berbanding dengan remaja perempuan. Satu lagi perbezaan yang signifikan ialah mahukan

pengalaman seks di mana remaja lelaki banyak melaporkan sebab ini bagi tingkah laku seks mereka

berbanding dengan remaja perempuan.

21
6.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka

kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-

perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka

ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka

lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-

rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai

para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial. Sebilangan remaja menyatakan malu dan rasa cemburu

terhadap kawan yang menpunyai teman istimewa.

6.3 Pengaruh Media Massa dan Media Elektronik

Kebanjiran bahan-bahan erotik dan keganasan seperti foto, buku, komik dan majalah, khususnya

daripada internet, cakera padat dan cakera video digital (DVD) dapat merangsang keinginan seks

terutamanya remaja lelaki yang memiliki nafsu dan fantasi seks yang tinggi. Tanpa unsur-unsur negatif

ini, mereka merasakan seperti tidak ada ‘umph’ dalam media cetak dan media elektronik yang dibaca,

dilihat ataupun didengar. Ia mudah merangsang golongan remaja kerana mereka memiliki pemikiran

yang belum matang walaupun fizikal mereka sudah mencapai tahap baligh. Selain itu, harga bahan-

bahan lucah yang murah ini dianggap sebagai ‘bonus’ kepada remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah.

Program televisyen yang mempengaruhi tindakan remaja. Selain itu, kajian James, Foe & Breed (1988)

menunjukkan, secara purata remaja menghabiskan 24 jam seminggu bagi menonton televisyen. Oleh itu,

maklumat yang diterima oleh deria mereka akan masuk ke minda dan tindakan mereka juga tidak lari

daripada apa yang terkandung di dalam otak. Remaja akan terpengaruh apabila mereka kerap

didedahkan dengan bahan-bahan yang kurang sihat itu. Menerusi pembacaan yang tidak terkawal,

mereka akan berimaginasi sendiri dan membangkitkan rasa ingin mencuba. Keadaan ini berbetulan

dengan teori pembelajaran iaitu teori pelaziman klasikal yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Pelaziman

22
klasikal ini berdasarkan kepada konsep rangsangan dan tindak balas. Dalam kes ini, remaja yang sering

menonton bahan-bahan lucah dan erotik bagi mendapat kepuasan akan belajar daripada keadaan itu dan

mencubanya bagi mencapai kepuasan. Di samping itu, ia juga dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial

di mana tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan serta melibatkan ‘role model’

terutamanya di dalam VCD lucah ataupun artis-artis popular. Remaja mencontohi apa sahaja yang

menarik minatnya (Bandura, 1977). Biarpun ada kajian yang membuktikan bahan-bahan erotik ini tidak

menimbulkan keinginan seks luar kawalan, namun kekerapan melihat ataupun membaca bahan-bahan

sedemikian mampu mengubah persepsi remaja mengenai seks. Kajian mendapati, peningkatan

pendedahan bahan-bahan lucah di kalangan pelajar universiti (lelaki dan perempuan) adalah tiga hingga

enam filem seminggu dalam tempoh enam minggu dan ini dapat mengubah persepsi mereka mengenai

seks. Contohnya, mereka akan menganggap seks luar nikah itu sebagai perkara normal.

6.4 Sikap Keluarga

Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial dalam kalangan

remaja. Walaunpun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu

mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja, boleh menjadi penyumpang

kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tapi tidak diperduli dan

tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang

terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu

seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli

keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika

berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa

berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka

yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang

diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan

panduan untuk menjalani kehidupan mereka.

23
Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan

mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini. Institusi keluarga penting untuk membantu

mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah

tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus

kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai

model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal

anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti

dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu

perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’

kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai

rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa

hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus

menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di

bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun

bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu

sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh

membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain

itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-

anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak berkawan.

Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak

diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.

24
6.5 Takat Keagamaan atau Relegiositi

Remaja yang tidak menganuti apa-apa agama merupakan golongan yang paling cenderung melakukan

hubungan seks dan remaja yang melakukan seks pada umur yang sangat muda didapati kurang dari segi

didikan agama dah lebih toleran terhadap devian. Kajian-kajian psikologi yang lepas juga telah

menunjukkan remaja yang kuat agama atau alim kurang cenderung menjadi aktif dari segi tingkah laku

seks (lees sexually active). Banyak juga kajian-kajian di barat yang telah melaporkan sering pergi ke

gereja dan kuat agama adalah faktor penting dalam membentuk sikap terhadap seks. Hujah-hujah politik

dan moral sering mengatakan hakisan nilai-nilai adalah punca utama kepada trend remaja mula

mengadakan seks pada umur yang masih muda. Hujah ini mengatakan menjauhkan diri dari agama dan

tuhan dan nilai moral yang rendah adalah sebab utama kenapa remaja-remaja melakukan seks terlalu

awal. Majoriti orang melayu adalah beragama Islam tetapi malangnya inisiasi seks ketika usia masih

terlalu muda sangat nyata dan secara perlahan-lahan meningkat.

7.0 CARA MENANGANI MASALAH CINTA DAN SEKS REMAJA

7.1 Peranan Ibu Bapa

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak

mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu

bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka

serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya

mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan

bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah

menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan
25
keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu

tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara

bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang

mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah

menjadi role model kepada anak.

7.2 Peranan Sekolah

Pendekatan akademik ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik

dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-

perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar

dan teknik pengajaran luar kelas

Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh

menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan

tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.

Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada

perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir

hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat

sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah

mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan

berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

26
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih

kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.

Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

7.3 Institusi Kekeluargaan

Makan bersama erat hubungan ahli keluarga. Walaupun makan bersama mungkin menjadi keutamaan

pada sesetengah keluarga berbanding dengan yang lain, namun tahap kekerapan makan bersama telah

menurun. Gejala-gejala sosial seperti kegagalan dalam sekolah hingga kerosakan akhlak yang timbul

dikatakan berpunca daripada kurang makan bersama dalam keluarga. Remaja yang dibiarkan makan di

luar akan berjumpa dan lama-kelamaan akan lebih gemar mencari kawan untuk bersama dan berbual

kosong. Mereka bukan sahaja memenuhi masa untuk berbual tetapi juga akan terlibat dengan

permainan video, snuker, merokok dan mabuk dan tidak mustahil mereka akan terjerumus kepada seks

bebas.

7.4 Pendidikan Seks

Pendidikan seks penting bagi memberi kesedaran serta berterus terang dengan anak berkenaan

permasalahan berhubung kait dengan seks, rangsangan dan apa-apa yang bersangkut paut dengan

perkahwinan. Pendidikan seks perlu diberi fokus utama mengikut empat peringkat usia iaitu tahap

sekitar usia lapan hingga 10 tahun (mumaiyiz) iaitu dengan mengajar adab meminta izin dan adab

pandangan. Pada tahap usia 10 hingga 14 tahun (remaja), anak perlu dijauhi daripada sebarang perkara

yang boleh menimbulkan rangsangan manakala usia 14 hingga 16 tahun (usia akil baligh), anak perlu

diajar adab berkaitan hubungan seksual sekiranya mereka sudah bersedia mendirikan rumah tangga.

Usia selepas akil baligh (belia atau dewasa), anak-anak perlu diajar bagaimana menjaga kehormatan diri.

Kebimbangan terhadap pelbagai masalah sosial terutama dengan bertambahnya bilangan kes
27
pembuangan bayi, anak luar nikah, pembabitan remaja dalam aktiviti seks bebas adalah berpunca

daripada dorongan syahwat yang disalurkan bukan pada waktu yang sesuai.

Pendidikan seks sebenarnya sangat luas dan tidak terhad kepada hubungan kelamin semata mata.

Pemupukan perasaan malu yang harus dimulakan pada usia kecil adalah asas penting dalam pendidikan

seks. Anak yang dididik dengan perasaan malu tidak sewenang-wenang menayangkan tubuh di depan

khalayak yang mengundang ghairah seks.

Dalam pendidikan seks juga perlu dijelaskan mengenai perbezaan jantina dan setakat mana hubungan

antara orang berlainan jantina dibenarkan. Bilik tidur anak lelaki dan perempuan perlu diasingkan. Jika

bilik mereka bersebelahan dan menggunakan tandas sama, pemantauan perlu dibuat supaya mereka

tidak sewenang-wenangnya menceroboh bilik abang atau kakak melalui pintu tandas.

Dalam pada itu, kita tidak harus lupa untuk berkongsi maklumat dengan anak mengenai hubungan

sesama jantina yang dilarang. Misalnya, mereka tidak boleh dibenarkan tidur berkongsi selimut kerana

dibimbangi nafsu mudah terangsang.

Justeru, ibu bapa perlu lebih proaktif dalam mendidik anak dan meningkatkan kesedaran bagi melakukan

islah (perubahan), mendidik dan mempersiapkan anak-anak mereka daripada terjebak dengan perkara

yang boleh merangsang syahwat. Alangkah ruginya jika anak yang terlanjur dalam hubungan seks

memaklumkan mereka tidak tahu perlakuan itu salah.

8.0 KESAN DAN CABARAN TERHADAP FENOMENA CINTA REMAJA HARI INI

28
Cinta yang salah ditafsirkan dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak

yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang,

memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan

jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk

membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang

individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu

itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada

diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.

8.1 Kesan Ke atas Individu

Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat penting dalam

kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang

mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan

dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan

ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim,

mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian seperti

pembuangan bayi, zina dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan

mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat

dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat

dinafikan juga kesan terhadap cinta sekadar untuk seks sahaja akan memberikan kesan yang mendalam

pada diri individu.

8.2 Kesan Ke atas Keluarga

29
Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan

keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan

hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Remaja yang mempunyai akhlak

yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.

Benarlah kata–kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab

itu, percintaan remaja yang bersandarkan seks sahaja dan menganggap perkara itu adalah normal akan

menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi

kekeluargaan itu.

Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah:

i. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya

daripada keluarga yang harmoni dan bahagia.

ii. Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud

penceraian.

iii. Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak akan

hilang tempat bergantung dan bermanja.

iv. Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan

dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang

lain.

8.3 Kesan Ke atas Masyarakat

30
Percintaan yang bertunjangkan nafsu dan seks di kalangan remaja menunjukkan keruntuhan akhlak dan

moral akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara,

agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak

remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah

meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak

yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak

hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja

Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh itu pihak–pihak atau anasir luar akan cuba mengambil

kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan

dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal.

8.4 Kesan Ke atas Negara

Tidak dapat dinafikan juga hal ini akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan

bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada

waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang

membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu

sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

Antara kesan yang akan berlaku ialah:

i. Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.

ii. Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga

sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang

yang tinggi di kalangan masyarakat.

iii. Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam

31
peningkatan dalam kadar jenayah.

iv. Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya

generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.

v. Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam hancur dan

rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini

tentulah serong dan buruk.

KESIMPULAN

32
Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini

namun bagi cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan

mengawal perasaan cinta itu. Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh

semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi

remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaingan dalam bidang

pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka. Namun remaja

haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa

bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi

orang dewasa yang lebih baik. Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak

mengetahui mengapa dan Kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan

yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan

cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki

dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada

kekecewaan. Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa,

suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. oleh itu

bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada

halangan yang menimpa. Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak

kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali

pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-

sebut lagi. Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih

dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara

istilah "cinta" bagi lelaki dan wanita.

Walaupun remaja Melayu secara umumnya dilihat sebagai lebih konservatif dari segi seks berbanding

dengan Barat dan terikat pada nilai-nilai agama dan adat-adat yang secara relatifnya ketat, kes-kes seks

sebelum nikah masih berlaku. Janji temu ketika usia masih muda dan mempunyai hubungan yang agak
33
stabil telah didapati berhubung kait dengan aktiviti seksual dan mempunyai teman lelaki atau perempuan

menawarkan dan mewujudkan satu tekanan kepada remaja untuk melakukan seks. Janji temu

menawarkan satu laluan bagi aktiviti seksual dan apabila satu-satu hubungan telah menjadi stabil,

transisi yang pesat dari hubungan yang bersifat kasual ke hubungan seksual akan berlaku. Teman lelaki

atau perempuan adalah faktor peramal (predictor) yang signifikan dalam menentukan aktiviti seks

remaja. Para remaja memerlukan bimbingan dalam memperkembangkan hubungan peribadi yang akrab

(close personal relationships) dengan rakan-rakan dari jantina yang berlawanan. Remaja lelaki didapati

lebih belajar seks dari kawan-kawan, manakala remaja perempuan dari teman lelaki mereka. Remaja

yang kuat agama kurang cenderung untuk melakukan hubungan seks dan remaja yang mula melakukan

seks sejak usia yang muda cenderung untuk tidak berminat dengan agama. Aspek rangsangan

memainkan peranan penting walaupun remaja percaya kepada balasan Allah s.w.t, rangsangan teman

lelaki, kawan, VCD lucah, internet dan cinta telah mengatasi kepercayaan mereka.

Elemen-elemen penting dalam pendidikan Islam iaitu pendidikan keimanan, akhlak dan mewujudkan

suasana yang baik yang boleh mendorong kepada perlakuan baik dan menghalang suasana-suasana

yang boleh merangsang kepada seks adalah perkara-perkara asas yang paling penting dalam menjauhi

remaja daripada seks sebelum nikah. Jika pendidikan iman dan akhlak sahaja ditekankan tetapi perkara

yang merangsangkan seks tidak dibuang, maka mustahil sesuatu pendidikan itu akan berjaya kerana

yang merangsangkan itu akan mencemarkan didikan yang diberikan.

34
RUJUKAN

Dr. Shahizan, Tsai Chen Chien, Saw Hooi Chin. 2003. Intrapersonal Dan Interpersonal Untuk Remaja. PTS

Publication & Distributor Sdn Bhd.

http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/roha-hassan/38-apa-ertinya-cinta-bagi-seorang-

remaja

http://www.sepaku.net/sepaku-cinta/10731-zaman-remaja-cabarannya-berganda.html (10/3)

http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/roha-hassan/38-apa-ertinya-cinta-bagi-seorang-

remaja (27/1)

http://www.kotex.com.my/body-and-you-kesihatan/perhubungan/cinta-vs-nafsu.aspx (capaian pd

28/1hb)

http://www.kotex.com.my/body-and-you-kesihatan/perhubungan/family-relationships.aspx (capaian

28/1hb)

SUMBER ASLI : [Kutipan Langsung] http://www.e-psikologi.com/remaja/100702.htm (28/1)

http://www.wattpad.com/77072-pendidikan-seksual-pada-remaja?p=1 (2/2)

http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/roha-hassan/38-apa-ertinya-cinta-bagi-seorang-

remaja (2/2)

http://rohahassan.blogspot.com/2008/02/teori-dan-fakta-tentang-remaja-yang.html (2/2)

http://purplegreen.blogdrive.com/archive/116.html 10/3)

35
LAMPIRAN

36
Ajar ilmu gender di sekolah

Oleh Suliati Asri

suliati@hmetro.com.my

2010/02/01

SUBJEK pendidikan seks yang dulunya mahu dilaksanakan di sekolah tiba-tiba senyap tanpa sebarang

keputusan.

PENYAMPAI...tenaga pengajar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam supaya ilmu yang

disampaikan lengkap. - Gambar hiasan

Ketika subjek itu dicadangkan akan dilaksanakan di sekolah, ramai pihak yang membantah dan menyalah

tafsirkan pendidikan seks itu. Ada juga yang menganggap pengajaran subjek itu akan mendatangkan

lebih banyak kesan negatif daripada positif kepada pelajar.

37
Namun, ada juga yang menganggap subjek itu sangat penting dan harus disampaikan kepada pelajar

supaya mereka mempunyai ilmu mengenai seks yang halal.

Kini, subjek pendidikan seks itu muncul kembali, tetapi bukan di sekolah sebaliknya dilaksanakan dalam

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan diubah menjadi pendidikan gender.

Pendidikan seks mahu diperkenalkan kepada peserta PLKN kerana mereka dikatakan matang dan

menerima secara terbuka pembelajaran berkenaan.

Persoalannya, adalah wajar subjek pendidikan seks ini dilaksanakan dalam PLKN? Bagaimana dengan

implikasi negatif tambahan pula seks sesuatu yang tabu kepada masyarakat timur? Adakah peserta PLKN

boleh menerima pembelajaran itu dan memahaminya secara serius? Pensyarah Program Kaunseling,

Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Prof Madya Dr Sapora Sipon, berkata pendidikan seks wajar

dilaksanakan dalam PLKN daripada ia langsung tidak diajar kepada pelajar.

Bagaimanapun, katanya, subjek itu perlu disampaikan dengan cara yang betul supaya jangan memberi

kesan yang negatif kepada pelajar.

"Saya menyokong cadangan itu dalam modul pembelajaran di PLKN, tetapi banyak perkara yang perlu

dititikberatkan terutama masa dan individu yang mengajarnya.

38
"Pendidikan seks sangat meluas dan mempunyai peringkat-peringkat selain ia seharusnya dimulakan

daripada awal.

"Saya bimbang pelajar tidak dapat maklumat yang mendalam dan ia mungkin mengelirukan mereka,"

katanya.

Beliau berpendapat pendidikan seks perlu diajar di peringkat sekolah lagi kerana elemen pendidikan seks

ada pelbagai peringkat selain mempunyai enam tunjang penting.

"Enam tunjang itu ialah perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan keluarga, kemahiran

kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual masyarakat serta budaya.

"Ia memerlukan masa yang panjang dan jika ia dilaksanakan dari sekolah, mereka mempunyai peluang

menyesuaikan diri," katanya.

Selain itu, katanya, fasilitator yang menyampaikan subjek itu perlu mempunyai latihan secukupnya dalam

pendidikan seks dan agama.

Walaupun pendidikan seks masih dalam cadangan, dalam Islam ia sudah dilaksanakan ibu bapa.

"Dalam Islam sendiri, pendidikan seks berlaku secara tidak formal di rumah. Contohnya, rumah keluarga

39
Muslim mestilah mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik iaitu satu untuk ibu bapa, anak

lelaki dan perempuan.

"Di sekolah pula, ia sudah diajarkan melalui subjek Sains mengenai proses reproduksi pokok dan haiwan

serta sedikit disentuh melalui manusia di peringkat rendah.

"Bagaimanapun, subjek Sains itu tidak membincang mengenai akhlak atau moral dalam hubungan seks

termasuk keburukan seks di luar tabii.

"Begitu juga, Sains tidak memberitahu perlakuan seks tidak sihat yang menyebabkan penyakit kelamin

atau mengandung anak luar nikah yang membawa kepada kes buang anak.

"Justeru, subjek pendidikan seks ini sangat penting kepada golongan muda terutama pelajar sekolah,"

katanya.

Mengulas mengenai kepentingan pendidikan seks, Dr Sapora berkata pendidikan seks adalah ilmu yang

perlu dipelajari dan disampaikan kepada golongan muda terutama pelajar.

Ini kerana, jika ada ilmu dalam pendidikan seks, ia memberi banyak kebaikan dan boleh menyelamatkan

pelajar daripada jenayah seksual.

"Remaja yang berusia antara 11 hingga 18 tahun adalah kelompok yang mengalami perkembangan dan

perubahan fizikal serta emosi khasnya berkaitan seksual.

40
"Tanpa ilmu seks, mereka akan cenderung mendapatkan maklumat daripada sumber tidak rasmi dan

kesannya, kes jenayah seksual, kehamilan bawah umur, jangkitan penyakit kelamin hingga kepada kes

pembunuhan membabitkan pengguguran haram dan pembuangan anak," katanya.

Kebanyakan masyarakat yang membantah pelaksanaan subjek ini, katanya, kerana mereka takut pelajar

menyalahgunakan ilmu berkenaan.

"Tetapi dengan penyampaian yang betul dan berdasarkan ilmu, perkara itu tidak akan berlaku.

"Pendidikan seks patut mengajar pelajar terhadap kepentingan asas emosi dan psikologi dalam seksualiti

manusia secara semula jadi dan bukannya menerusi aspek fizikal. "Mereka juga perlu difahamkan

bahawa asas kebahagiaan seksual wujud kualiti asas perkahwinan iaitu keintiman, kasih sayang dan

komitmen," katanya.

Katanya, topik pendidikan seks juga mesti menegaskan bahawa remaja yang terjebak dalam seks secara

kasual bukan hanya terdedah kepada kehamilan dan jangkitan penyakit kelamin, tetapi juga hilang

kebolehan membina perhubungan kasih sayang apabila dewasa.

41
Ulasan Buku: Pendidikan seks dalam Islam

2009/12/30

NALURI seks diciptakan Tuhan kepada manusia adalah sesuatu yang mulia dan mengandungi hikmah

tersendiri.

Tajuk: Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam

Penulis: Dr Abdullah Naseh Ulwan terjemahan Ahmad Hassan Mohd Nazam dan Mohd Nizam Mohd Ali

Penerbit: Yamani Angle Sdn Bhd

Cetakan: Pertama

Harga: RM20.00 (Semenanjung) RM22.00 (Sabah dan Sarawak)

Muka Surat: 171 muka surat

NALURI seks diciptakan Tuhan kepada manusia adalah sesuatu yang mulia dan mengandungi hikmah

tersendiri.

42
Nafsu seks yang tersembunyi ini menyebabkan manusia terus kekal di muka bumi selain meramaikan

umat Nabi Muhammad S.A.W.

Islam menggariskan kaedah terperinci dan halus bagaimana manusia dapat melaksanakan

tanggungjawab kekeluargaan.

Ini termasuk adab bertunang, perkahwinan sehinggalah kepada adab mengadakan hubungan kelamin.

Buku ini menerangkan sebahagian peraturan serta adab dalam Islam memandangkan permasalahan seks

serta dorongan syahwat bersifat semula jadi.

Pendidikan seks penting bagi memberi kesedaran serta berterus terang dengan anak berkenaan

permasalahan berhubung kait dengan seks, rangsangan dan apa-apa yang bersangkut paut dengan

perkahwinan.

Pendidikan seks perlu diberi fokus utama mengikut empat peringkat usia iaitu tahap sekitar usia lapan

hingga 10 tahun (mumaiyiz) iaitu dengan mengajar adab meminta izin dan adab pandangan.

Pada tahap usia 10 hingga 14 tahun (remaja), anak perlu dijauhi daripada sebarang perkara yang boleh

menimbulkan rangsangan manakala usia 14 hingga 16 tahun (usia akil baligh), anak perlu diajar adab

berkaitan hubungan seksual sekiranya mereka sudah bersedia mendirikan rumah tangga.

Usia selepas akil baligh (belia atau dewasa), anak-anak perlu diajar bagaimana menjaga kehormatan diri.

Kebimbangan terhadap pelbagai masalah sosial terutama dengan bertambahnya bilangan kes

pembuangan bayi, anak luar nikah, pembabitan remaja dalam aktiviti seks bebas adalah berpunca
43
daripada dorongan syahwat yang disalurkan bukan pada waktu yang sesuai.

Justeru, ibu bapa serta pendidik perlu meningkatkan kesedaran bagi melakukan islah (perubahan),

mendidik dan mempersiapkan anak-anak mereka daripada terjebak dengan perkara yang boleh

merangsang syahwat

Bahana bertuhankan nafsu

44
2010/02/05

KEBANYAKAN remaja perempuan bermasalah mengakui mereka lari dari rumah kerana bosan dengan

leteran ibu bapa dan inginkan kebebasan maksimum.

Paling ramai disebabkan termakan pujuk rayu teman lelaki yang berjanji akan memberikan perlindungan

sekiranya mereka tiada tempat tinggal. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Terdapat banyak kes

remaja yang dirogol teman lelaki kemudian hamil dan melahirkan anak luar nikah. Begitu juga dengan

gadis yang melarikan diri ke Lombok, Indonesia gara-gara termakan dengan pujukan teman lelaki. Ikuti

pengakuan dua wanita yang kini tinggal di Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah yang

akhirnya menyesal kerana lari dari rumah. Begitu juga wanita tiga anak yang baru saja pulang ke

pangkuan keluarga di Terengganu selepas melarikan diri bersama teman lelaki ke Lombok, Indonesia,

seperti diceritakan kepada wartawan Oleh Siti Zarinah Sahib (sitizarinah@hmetro.com.my).

Cerita 1 NORIZA, 16, (bukan nama sebenar) sudah enam bulan memasuki Pusat Bimbingan Remaja

Puteri Raudatus Sakinah (RS). Anak kedua daripada lima beradik ini dibawa keluarga ke RS selepas

mengandung enam bulan. Selepas mengetahuinya, Noriza tekad mahu menggugurkan kandungan

dengan mengambil ubat di klinik. Tetapi rancangan itu tidak berjaya dan dari sehari ke sehari

kandungannya semakin membesar. "Selepas tiga bulan, saya beritahu ibu yang saya mengandung. Ibu

hampir pengsan mendengarnya. "Namun dia tidak marah kerana tahu saya seorang yang nakal dan tidak

mendengar kata," katanya. Menurut Noriza, kenakalannya bermula ketika di tingkatan dua. Dia pernah

lari dari rumah dan tinggal di rumah kawan selama dua hari. Puncanya ibu selalu membebel dan bising

apabila Noriza pulang lewat ke rumah.

45
"Saya tidak tahan mendengar bebelan ibu setiap kali balik lambat. Selepas pulang ke rumah, saya lari lagi

kali kedua dan tinggal di rumah kawan yang sama. Kemudian kakak datang memujuk saya supaya

pulang ke rumah," katanya. Menurut Noriza, ketika ponteng sekolah dia keluar bersama teman lelaki,

melepak di pusat beli-belah, bermain snuker serta merayau sehingga ke malam baru pulang ke rumah.

Malah, dia pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. Keseronokan yang dikecapinya

serta tiada halangan ibu bapa menyebabkan dia tidak pernah teringat untuk kembali ke pangkuan

keluarga. Sebab itu dia cuma bertahan tinggal di rumah beberapa minggu saja, kemudian lari semula.

"Bukan ibu tidak mencari, tetapi saya matikan talian telefon selepas mendengar suaranya. Akhirnya

kakak memujuk saya pulang. Kasihan melihat kakak, akhirnya saya akur untuk kembali ke pangkuan

keluarga, " ujarnya. Selepas tiga bulan, alangkah terkejutnya Noriza kerana mendapati dia mengandung

kerana sebelum ini dia amat berjaga-jaga. Tidak sangka selepas kali keempat melakukan hubungan seks,

apa yang ditakuti terjadi juga. Sepanjang sembilan bulan Noriza tidak mengalami sebarang alahan, malah

masih boleh aktif seperti remaja lain. Pada November 2009, Noriza selamat melahirkan bayi perempuan.

Namun anak itu diserahkan kepada keluarga angkat untuk dijaga. "Memandangkan saya masih bawah

umur, ibu berhasrat menghantar saya ke RS dengan harapan saya akan berubah menjadi anak yang

baik. "Pada mulanya memang saya menentang. Saya tidak mahu dikongkong dan inginkan kebebasan.

Namun ibu tetap berkeras, ini menyebabkan saya akur dengan keputusan ibu," katanya. Sebulan di RS,

Noriza tidak dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti yang terlalu padat dan memenatkan. Hidup

dirasakan seperti dalam penjara, tidak dapat keluar berfoya-foya dengan kawan. Aktiviti harian semuanya

berbentuk keagamaan. Tambah pula sebelum ini dia tidak pernah sembahyang atau membaca al-Quran.

"Saya mengambil masa empat bulan menyesuaikan diri. Selepas itu barulah saya muhasabah diri

kemudian mengenang kembali apa yang sudah saya lakukan. Apabila mengenangkannya, saya menangis

semahu-mahunya. Dulu saya melakukan tindakan bodoh. Kini saya insaf dan ingin kembali ke pangkal

jalan. "Saya menasihati rakan yang ingin lari dari rumah supaya tidak melakukan tindakan bodoh seperti

saya kerana akhirnya akan merosakkan diri sendiri. Dengar nasihat ibu bapa kerana apa yang mereka

katakan adalah untuk kebaikan diri sendiri," katanya. Bukan ibu tidak mencari, tetapi saya matikan talian
46
telefon selepas mendengar suaranya. Akhirnya kakak memujuk saya pulang. Kasihan melihat kakak,

akhirnya saya akur untuk kembali ke pangkuan keluarga"

Cerita 2 MIMI, 23 (bukan nama sebenar) sudah tujuh bulan tinggal di RS. Dia yang dihantar keluarga

baru saja melahirkan anak luar nikah Februari tahun lalu. Mimi mengakui dia berubah selepas mengenali

rakan sekelas yang baru saja berpindah dari Kuala Lumpur ke Pahang. Melihat penampilan rakan yang

ranggi, moden dan sosial, Mimi teringin menjadi sepertinya. "Saya teruja melihat dia berpakaian. Dia juga

merokok dan minum arak, kali pertama mencuba saya rasa sangat seronok kerana bebas daripada

segalanya. Dunia seperti saya yang punya," kata Mimi yang ketika itu berusia 15 tahun. Satu demi satu

aktiviti mereka lakukan bersama. Daripada tiada teman lelaki, Mimi mulai berkawan dengan mat motor

yang ada di kawasan sekitar rumahnya. Tanpa pengetahuan ibu bapa, dia mulai ponteng sekolah dan

melepak di pusat beli-belah bersama rakan bermotosikal. Pernah dua hari dia tidak pulang ke rumah dan

bermalam di rumah teman lelakinya. "Apabila pulang ke rumah puas saya dimarahi ibu namun saya

pekakkan telinga kerana keseronokan mengatasi segala-galanya. Saya tidak kisah asalkan dapat

berjumpa dengan teman lelaki. "Kalau ikutkan hati saya mahu tinggal bersama teman lelaki dan tidak

mahu ke sekolah," katanya yang melakukan seks kali pertama ketika berusia 15 tahun.

Menurut Mimi, ketika tinggal di rumah teman lelaki setiap hari dia keluar ke pusat beli-belah tanpa arah

tujuan. Merokok dan minum arak menjadi perkara biasa. Malah, ketika di tingkatan dua, dia sudah

menghisap ganja dan dadah.

"Beritahu apa saja, semuanya saya pernah lakukan. Saya langsung tidak bimbang sekiranya ditangkap

atau mengandung. Jika tiada duit membeli rokok dan ganja saya mencuri duit ibu. Semua yang saya

lakukan untuk keseronokan semata-mata," katanya.

47
Selepas tamat belajar Mimi terus mengikut teman lelakinya bekerja di Pulau Pinang. Keluarga tidak

membantah kerana sudah faham dengan perangai Mimi. Di sana dia lebih bebas kerana berjauhan

dengan keluarga. Malah, empat tahun dia tidak pulang ke kampung.

Dalam pada itu, tanpa Mimi sedari benih teman lelaki membesar dalam rahimnya. Panik dengan apa yang

berlaku, teman lelaki menasihati Mimi supaya menggugurkan kandungan namun Mimi menolak kerana

takut.

"Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Takut, terkejut, marah dan sedih. Selepas dua bulan baru saya

berani beritahu ibu. Namun ibu tenang menerima berita itu dan meminta saya kembali ke pangkuan

keluarga," kata Mimi. Selepas melahirkan anak perempuan pada Februari lalu, keluarga Mimi terus

menghantar Mimi ke RS dengan harapan dia akan berubah. "Mulanya saya tidak mahu dan menentang

hasrat ibu. Berkali-kali ibu memujuk, tetapi saya tetap berkeras sehinggalah suatu hari mereka membawa

saya bercuti ke Port Dickson. Selepas bergembira bersama keluarga dalam perjalanan pulang, saya tidak

sedar sudah dibawa ke RS," katanya. Menurut Mimi, pada mulanya dia kekok dengan segala peraturan di

RS. Jadual terlalu ketat, malah dia juga tidak dibenarkan keluar. Dia pernah berazam untuk melarikan

diri, tetapi memandangkan tidak tahu jalan keluar hasrat itu dipendamkan saja. Selepas empat bulan

barulah dia boleh menyesuaikan diri. Jika sebelum ini tidak pernah melakukan solat dan membaca al-

Quran, kini solat lima waktu tidak pernah ditinggalkan, begitu juga membaca al-Quran. "Saya semakin

tenang selepas solat dan membaca al-Quran. Apabila mengenangkan apa yang sudah saya lakukan saya

menangis semahu-mahunya. Terasa diri ini begitu kotor dan kerdil. Setiap hari saya berdoa semoga

Tuhan mengampunkan semua dosa yang sudah saya lakukan," katanya. Mimi menasihati rakan-rakan

supaya tidak terus hanyut dengan keseronokan sehingga mengabaikan pelajaran. Selain itu jangan cepat

terpengaruh dengan ajakan rakan kepada perkara tidak berfaedah. Paling penting sentiasa mengikut

nasihat ibu bapa kerana semuanya untuk kebaikan diri sendiri.

48
Layu di Tasik Titiwangsa

49
Oleh Amirul Haswendy Ashari

am@hmetro.com.my

2010/02/19

KUALA LUMPUR: Gelagat segelintir remaja berpelukan dan memadu kasih di Taman Tasik Titiwangsa di

sini merimaskan pengunjung berkeluarga yang datang beriadah.

Perbuatan kurang sopan pasangan muda-mudi itu termasuk pada waktu siang dapat dilihat hampir setiap

petang terutama pada hujung minggu dan sewaktu cuti persekolahan.

TAK MALU...sepasang kekasih ‘bermesra’ di tengah panas terik mentari di Taman Tasik Titiwangsa.

Seorang pengunjung berkata, kebanyakan pasangan remaja datang ke situ dengan tujuan untuk

memadu kasih.

“Mata kami ‘berbulu’ apabila melihat mereka tanpa segan silu berpelukan di hadapan pengunjung.
50
“Ada antara mereka dengan selamba bercumbuan seolah-olah bukan berada di negara sendiri yang ada

adat, budaya dan pegangan agama,” katanya.

Beliau yang sering berkunjung ke taman tasik itu untuk beriadah pernah menegur beberapa pasangan

yang berkelakuan sumbang berikutan tidak tahan dengan sikap mereka.

Bagaimanapun, katanya, teguran itu tidak diendahkan sebaliknya dia pula dimarahi kerana dituduh

menjaga tepi kain orang lain.

Menurutnya, papan tanda larangan berkelakuan sumbang juga ibarat hiasan taman berikutan tidak

dipedulikan muda-mudi berkenaan.

“Mula-mula berpeluk di taman, lepas itu tunggulah kelak ada pula kisah bayi tak bersalah dibuang,”

katanya.

Beliau berharap pihak bertanggungjawab terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan

Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dapat menjalankan pemantauan lebih kerap bagi mengekang

aktiviti tidak bermoral itu daripada terus menjadi parah.

Tinjauan Metroplus mendapati hampir setiap sudut taman tasik yang tidak pernah lekang dengan

pengunjung itu ‘dihiasi’ pasangan muda-mudi yang ‘mabuk’ cinta.

51
Dakwaan pengunjung juga berasas berikutan memang terdapat segelintir daripada mereka yang sedang

asyik berpelukan, langsung tidak menghiraukan pandangan sinis pengunjung yang melihat gelagat

mereka.

Lebih merosakkan pandangan, kehadiran Mat dan Minah Rempit yang menjadikan kawasan tasik sebagai

‘port’ lepak sambil bersosial turut mendapat pandangan kurang senang pengunjung.

Sementara itu, Penguasa Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan DBKL, Muhamad Irwan Abdullah,

ketika dihubungi, berkata pihaknya hanya mampu menasihati pasangan muda-mudi terbabit daripada

terus berkelakuan sumbang.

“Ini berikutan pihak jabatan tidak mempunyai kuasa untuk menahan mereka.

“Bagaimanapun, mereka boleh dikompaun RM300 jika melanggar peraturan yang ditetapkan di taman,”

katanya.

Menurutnya, DBKL sentiasa melakukan rondaan berkala bagi memantau aktiviti kurang sihat yang berlaku

di taman rekreasi di bawah pengurusan mereka.

Nilai kemanusiaan makin hilang

Oleh Mohd Fadly Samsudin

fadly@hmetro.com.my

2010/03/05
52
HILANG akal! Itu gambaran sikap melampau remaja yang terjerumus dalam aktiviti seks luar nikah

sehingga 'bunting' anak haram lalu membuang atau membunuh zuriat itu tanpa berperikemanusiaan.

SIASAT...anggota polis mengeluarkan mayat bayi yang ditemui terbenam di tepi pantai

53
TIDAK BERHATI PERUT...bayi yang dibungkus dengan plastik hitam diletakkan di tempat pembuangan

sampah di Taman Wahyu, Kepong.

Kes pembuangan bayi kian menjadi-jadi dan lebih memalukan, jenayah itu dilakukan remaja Melayu

beragama Islam yang dikatakan memiliki adab serta akhlak yang tinggi. Pelik kerana hari ini masyarakat

mempunyai tahap pemikiran yang baik, asas agama kuat, tinggal dalam suasana aman dan damai dan

penuh ciri ketimuran. Tetapi, mengapa perkara ini masih berlaku? Jika dikaji, memang tidak dinafikan

perhubungan seks bebas mendorong gejala pembuangan bayi. Apabila sudah mengandung dan bagi

mengelak malu kepada keluarga, cara mudah ialah membuang atau membunuh bayi itu.

Sudahlah melakukan dosa berzina, selepas itu tergamak membunuh zuriat sendiri tanpa rasa bersalah,

lebih buruk berbanding haiwan.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu

satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (Surah Al-Israa' ayat 32) Memang benar manusia

secara fitrah memerlukan seks. Justeru, Islam menggalakkan manusia berkahwin supaya hubungan yang

sebelumnya haram menjadi halal.

Bayangkan wajah kudus zuriat yang dilahirkan, adakah si ibu sanggup membunuh makhluk itu sedangkan

dia bersusah payah mengandung selama sembilan bulan? Bagi setiap wanita yang merasai saat

melahirkan bayi, ia ibarat di persimpangan, antara hidup dan mati. Kesakitan ketika bersalin diibaratkan

54
yang kedua tersakit selepas kesakitan Izrail datang mencabut nyawa. Sebagai manusia waras, tentu kita

tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita sanggup melahirkan bayi dan membuang atau

membunuh bayi itu dalam masa yang sama.

Sudah terlalu kerap berita penemuan bayi yang menjadi tajuk utama media massa. Tong sampah, kubur,

semak, sungai, kaki lima, lubang tandas, malah kawasan masjid juga menjadi sebahagian kawasan

pembuangan bayi.

Bayi yang ditemui amat jarang sekali masih bernyawa kerana kebanyakannya sudah meninggal dunia

akibat dihurung semut atau hilang anggota badannya kerana 'dimamah' haiwan liar.

Ada juga yang meninggalkan bayi mereka dengan menulis nota seperti 'tolong kebumikan mayat ini.'

Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan bayi ketika ini adalah kerana mereka mahu menutup aib

serta bimbang diketahui keluarga. Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan dalam diri masyarakat

sekarang kerana bayi adalah kurniaan Allah yang tiada nilainya? Jika zaman sebelum Islam, masyarakat

sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup, apa bezanya masyarakat hari ini? Perbuatan

membuang dan membunuh bayi ibarat perlakuan jahiliyah moden yang tidak boleh dimaafkan.

Al-Quran dan Sunnah mengingatkan kita bahawa setiap ciptaan Allah di muka bumi ini amat berharga.

Bukan saja manusia dan haiwan, malah tumbuhan pun dilarang dicabut hidup-hidup. Perbuatan segelintir

mereka melakukan perkara terkutuk terbabit turut memberi impak buruk kepada umat Islam. Firman

Allah dalam bermaksud: "Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya

memutuskan sesuatu, ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka." (Surah al-Ahzab ayat 36)

Justeru, ibu bapa perlu memastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri Islam sejati. Budaya hidup

bebas terutama perlu diberi perhatian serius kerana dikhuatiri 'lesen' berkenaan akan merencatkan

55
pembinaan watak dalam diri anak mereka. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Setiap suami

pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas

penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (Riwayat

Bukhari) Manusia yang ditakrifkan sebagai jahil adalah mereka yang tiada hati dan akal fikiran. Mereka

tidak berpijak di bumi nyata sehingga berani melakukan sesuatu di luar pertimbangan. Tiada guna jika

mereka hanya malu kepada masyarakat, tetapi bukan kepada Allah s.w.t. Remaja perlu segera insaf dan

sedar bahawa hidup pada zaman remaja hanya seketika. Maka mereka perlu bijak memilih jalan

kehidupan yang sempurna. Pensyarah Jabatan Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata

tanda manusia hari ini kembali semula ke zaman jahiliah bukan bermakna mereka tidak berilmu, tetapi

kerana nilai kemanusiaan sudah hilang.

"Perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan. Binatang mungkin membunuh anak

mereka ketika dilahirkan, tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan).

"Naluri keibubapaan tetap menganggap perbuatan berkenaan salah. Perbuatan itu tetap tidak dapat

menghapuskan kesalahan yang mereka lakukan," katanya.

Beliau berkata, Islam amat menekankan aspek pencegahan dan sebab itu Allah melarang mendekati

apatah lagi melakukan zina.

"Zina adalah dosa besar. Ia merosakkan sistem keturunan manusia kerana jika sudah terlanjur pasti

membawa kepada mengandung anak luar nikah.

56
"Sebenarnya tiada alasan mereka membunuh dan membuang anak yang tidak berdosa berkenaan,"

katanya.

Menurutnya, manusia hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. "Imam al-

Ghazali menjelaskan kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka

boleh menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup

bertunjangkan nafsu," katanya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari

jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan

yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang

mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti

binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-A'araf ayat

179)

Didikan ibu bapa penentu akhlak anak

Oleh Mohd Fadly Samsudin

fadly@hmetro.com.my

2010/02/19

REMAJA sering dikaitkan dengan zaman paling mencabar dan kritikal, penuh dengan keseronokan dan

kebebasan.

57
BERI DIDIKAN SEMPURNA...anak adalah pelaburan besar yang bakal menjadi modal insan negara. -

Gambar hiasan

sebelum  selepas

BERI DIDIKAN SEMPURNA...anak adalah pelaburan besar yang bakal menjadi modal insan negara.

- Gambar hiasan

58
Remaja adalah manusia yang tidak suka dikongkong dengan peraturan termasuk kekangan ibu bapa

dalam mencari jati diri sebenar.

Justeru, dalam perjalanan yang panjang itu, mereka mudah terpengaruh dengan pelbagai elemen

termasuk persekitaran, rakan sebaya dan media massa.

Remaja era 30-an, 70-an dan zaman siber mempunyai masalah yang sama, cuma persekitaran mungkin

berbeza. Anak muda kini menghadapi krisis yang amat parah kerana mereka terdedah dengan pelbagai

masalah sosial yang saban hari menjadi tatapan akhbar.

Seks bebas, minum arak, pembuangan bayi, lumba haram, rogol dan meragut antara beberapa kes

membabitkan remaja masa kini.

Justeru, apakah kita tiada penyelesaian dan membiarkan masalah itu diwarisi turun temurun. Bagaimana

dengan Islam, mengapa kita tidak mahu mengikut acuan Islam dalam membentuk remaja?

Rasulullah s.a.w membesar sebagai remaja yatim piatu tetapi Baginda mampu bangun sebagai manusia

yang hebat. Apakah rahsianya?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara iaitu masa

hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa muda sebelum tua dan

masa kaya sebelum papa." (Riwayat Hakim dan Baihaqi). Jelas Rasulullah s.a.w menerangkan perkara

yang penting diberikan tumpuan.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Mu'az bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak

akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat hingga disoal empat perkara: tentang usianya pada apa
59
dihabiskannya, tentang masa mudanya dan apa yang diperjuangkannya, mengenai hartanya dari mana

datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya."

Namun kehidupan remaja tidak dapat lari daripada menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai model ikutan

sepanjang zaman kerana baginda memiliki keperibadian unggul dan terpuji.

Allah berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh

ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari

Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

(Surah al-Ahzab ayat 21).

Watak Rasulullah dibentuk Allah melalui al-Quran. Sifat Nabi Muhammad terserlah daripada peribadinya

yang mulia, bijaksana, bersederhana dalam kehidupan harian dan bersifat lemah-lembut.

Rasulullah s.a.w juga mampu membuktikan dirinya sebagai individu terbaik walaupun tanpa didikan,

perhatian dan kasih sayang seorang ayah yang meninggal dunia ketika baginda masih di dalam

kandungan.

Kemudian baginda menjadi yatim piatu selepas ibunya pula meninggal dunia dalam usia nabi begitu

muda. Keperitan membesar tanpa kedua-dua ibu bapanya menjadikan Nabi Muhammad seorang yang

matang dan berdikari.

Justeru, remaja harus dididik agar memahami dengan sepenuh hati kaitan penghayatan sirah dengan

kelangsungan hidup mereka terutama sebagai remaja serta kepentingan mereka menghargai sirah demi

menjayakan misi hidup.

Cara dan gaya mendidik remaja perlu bersesuaian dengan jiwa remaja iaitu ke arah melatih mereka lebih

bertanggungjawab memikul amanah yang Rasulullah tinggalkan kepada setiap umat Islam.
60
Selain itu, Rasulullah ditonjolkan sebagai tokoh terbaik ketika baginda melalui zaman remaja. Ketokohan

baginda sebagai ahli perniagaan terserlah kerana berjaya membina strategi perniagaan berlandaskan nilai

murni dan kejujuran.

Baginda terkenal sebagai pengembala kambing yang memiliki sifat amanah, jujur, sabar dan ikhlas

sehingga membawa keuntungan. Bayangkan sejak berusia lapan tahun lagi, Nabi Muhammad sudah mula

hidup berdikari dan mencari rezeki hasil usahanya sendiri.

Selain diri Rasulullah, ramai tokoh remaja lain yang gemilang hasil didikan Rasulullah seperti Ali bin Abi

Talib, Usamah bin Zaid ,Tariq bin Ziyad, Abdullah bin Abu Bakr, Abdullah bin Zubair, Fatimah binti

Muhammad, Aisyah binti Abu Bakr, Asma binti Abu Bakar dan ramai lagi tokoh remaja yang menonjol

kewibawaannya dalam masyarakat.

Rasulullah mendidik mereka mewarisi peribadi unggul dan keberanian dalam menegakkan agama Islam.

Baginda menampilkan perubahan besar kepada aspek sosial masyarakat, aspek pemerintahan dan aspek

teladan yang boleh dicontohi. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w membawa rahmat seluruh alam.

Pensyarah Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata proses pendidikan awal kanak-kanak sangat

penting bagi menentukan keperibadian anak apabila remaja.

"Proses tarbiah (pendidikan) sejak kecil adalah faktor terbesar dalam menyumbang serta menentukan

kejayaan anak pada masa depan.

"Nabi Muhammad dihantar menyusu dengan suku kaum Saad kerana ia tradisi Arab Quraisy. Selain itu, ia

bagi memudahkan si anak menguasai bahasa Arab yang tulen, biasa dengan kesusahan, tahan lasak dan

hidup dalam persekitaran yang bersih," katanya.

Katanya, ibu bapa tidak boleh disalahkan sepenuhnya terhadap masalah sosial remaja.
61
"Anak-anak perlu bijak menilai baik atau buruk perbuatan itu dan dengan siapa mereka berkawan,"

katanya.

Beliau berkata, sebelum remaja, anak perlu diberikan penekanan aspek sahsiah dan akhlak.

"Didikan dan komitmen ibu bapa terhadap pembangunan ilmu dan sosial perlu berlaku secara berterusan

walaupun membabitkan pelaburan besar," katanya.

Rasulullah s.a.w menggariskan landasan utama bagi menyempurnakan akhlak terbaik untuk dijadikan

ikutan. Usamah, anak angkat Nabi adalah contoh yang unggul.

Usamah hidup dalam keluarga Rasulullah yang penuh dengan kasih sayang. Walaupun sibuk dengan

tugas harian, Rasulullah sentiasa meluangkan masanya bermain dengan cucunya, Hassan dan Hussien.

Kasih sayang Rasulullah kepada cucunya itu menyamai kasih dan sayang diberikan kepada Usamah.

Perwatakan Usamah sangat terserlah apabila meningkat dewasa.

Inilah kesan didikan Rasulullah kepada Usamah walaupun bukan daripada keturunan baginda.

Jelas, keperibadian seseorang itu akan terbentuk melalui didikan ibu bapa. Jika baik perangai ibu dan

bapanya di rumah, maka baiklah perwatakan anak mereka.

Anak diibaratkan seperti sehelai kain putih. Maka ibu bapa mereka yang bertanggungjawab mencorak

anak mereka itu menjadi seorang Islam, Majusi atau Nasrani.

Tidak hairanlah, Rasulullah memerintahkan ibu bapa menitikberatkan soal akhlak dan solat terhadap anak

62
seperti maksud hadis yang bermaksud: "Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun

dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki

dan perempuan) dari tempat tidur" (Hadis Abu Daud).

Perintah menunaikan solat juga termaktub dalam al-Quran yang bermaksud, "Dan perintahkanlah

keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

Kami tidak meminta rezeki kepadamu, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan

yang baik adalah bagi orang yang bertakwa" (Surah Toha ayat 132).

Ibadah itu akan memberi kesan yang baik bukan saja terhadap diri, bahkan juga kehidupan masyarakat

seluruhnya. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Tuhanku. Jadikanlah aku orang yang mendirikan

solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

(Surah Ibrahim ayat 40).

Jadi, ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hala tuju kehidupan anak mereka selain

mengurus masa dengan bijaksana.

63

Anda mungkin juga menyukai