Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pendahuluan

Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini juga turut dikenali sebagai Triti London 1824

atau Perjanjian London 1824. Perjanjian ini telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di

London yang diwakili oleh George Canning wakil pihak British dan Charles W.Wymn

yang merupakan wakil pihak Belanda telah melakukan rundingan di antara mereka untuk

menyelesaikan masalah persaingan antara mereka yang berkaitan dengan soal

Singapura.1 Akhirnya British dan Belanda bersetuju untuk menamatkan persaingan dan

pergeseran antara mereka demi kepentingan politik dan ekonomi masing-masing di

Kepulauan Melayu dengan menandatangani Perjanjian London 1824. Tambahan pula,

British dan Belanda mendapati ketegangan di antara mereka tidak memberi sebarang

faedah malah merugikan mereka. Selain itu, Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ini

dilakukan tanpa merujuk kepada raja-raja Melayu jelas memberi kesan kepada negara

Malaysia. Hal ini bermakna perkembangan kuasa politik dan ekonomi dapat dilihat

sebaik sahaja termeterainya perjanjian ini dalam masa yang singkat. Lantaran itu,

terdapat pelbagai perkara yang berlaku dalam perkembangan negeri melayu sebelum

tahun 1850. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan lagi melalui Perjanjian Inggeris

Belanda 1824 ini terdapat pelbagai kesan yang berlaku sama ada dalam aspek politik

mahupun ekonomi terhadap perkembangan negara Malaysia.

1
Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 101.

1
2.0 Politik

2.1 Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh.

Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh merupakan

kesan daripada Perjanjian Inggeris Belanda 1824.2 Bagi pendapat saya, pembahagian

kawasan yang dibuat ini adalah untuk menamatkan masalah perebutan kuasa antara

British dan Belanda. Apabila masalah ini dapat diselesaikan maka politik di Malaysia

akan berada dalam keadaan stabil dan secara tidak langsung akan menyakinkan pihak

pelabur atau pemodal untuk melabur di Malaysia dan seterusnya akan berlaku

perkembangan ekonomi. Sememangnya, Perang Napoleon asas kepada Perjanjian

Inggeris Belanda 1824. Setelah tamatnya perang, Belanda kembali semula ke Asia

Tenggara dan mendapati British menjalankan aktiviti perdagangan di Betawi tanpa

kebenaran Belanda. Betawi sebenarnya merupakan tanah jajahan Belanda dan keadaan

ini telah menimbulkan keadaan kurang senang Belanda dengan petempatan British di

Betawi. Bagi pendapat saya, Belanda merisaui petempatan British di Betawi kerana

Belanda takut kedudukan atau pengaruh Belanda tergugat. Selain itu, pihak Syarikat

Hindia Timur Inggeris (SHTI) di London juga berang dengan tindakan Stamford Raffles

yang menjalankan aktiviti perdagangan di Singapura tanpa persetujuan mereka. 3

Akhirnya, bagi menjaga hubungan baik British dan Belanda di Eropah, di samping mahu

memelihara kepentingan masing-masing di Timur, mereka bersetuju menjalankan

rundingan dengan menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda 1824.4 Perjanjian ini

2
Graham Irwin, 1986, Borneo Abad Kesembilan Belas, Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd, hlm 80-81.
3
Tan Ding Eing, 1975, Oxford Progressive History: A Potrait of Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur:
Oxford University Press, hlm 47.
4
D.G.E.Hall, 1981, A History Of South-East Asia(Fourth Edition), London: the Macmillan Press Ltd. Hlm
550.

2
telah membawa kesan yang amat ketara sehingga menyebabkan gugusan Melayu

dipisahkan kepada dua kawasan di bawah pengaruh British dan Belanda. Hal ini jelas

menunjukkan pembahagian kawasan tersebut mengikut syarat yang telah dipersetujui

iaitu Belanda menyerahkan Melaka dan kawasan takluknya serta logi di India kepada

British manakala British mengundur diri dari Hindia Timur dan menyerahkan Sumatera

serta Bengkahulu. Perjanjian ini jelas menunjukkan titik permulaan pembentukan entiti

geopolitik baharu yang dikenali sebagai Tanah Melayu.5 Tegasnya, Tanah Melayu secara

keseluruhan telah menjadi hak milik British dan dengan ini membolehkan British dengan

mudahnya menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu tanpa sebarang penentangan

daripada kuasa Barat lain.

2.2 Pepecahan Empayar Johor-Riau

Setelah termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 maka empayar Johor–

Riau juga turut menerima kesannya kerana sebahagian wilayahnya terletak dalam

pengaruh Belanda dan sebahagian lagi terletak pada British. Empayar Johor runtuh

kerana pembahagian dua kawasan pengaruh iaitu Singapura dan Tanah Besar Johor serta

Pahang yang berada di bawah kawalan British dan Riau-Lingga pula jatuh ke bawah

pengaruh Belanda. Hal ini bermakna perjanjian ini telah berjaya menyelesaikan masalah

perebutan takhta Johor antara Sultan Hussain dan Sultan Abdul Rahman. Hal ini jelas

terbukti apabila Sultan Hussain diiktiraf menjadi Sultan yang sah di Tanah Besar Johor

dan Sultan Abdul Rahman menjadi Sultan di Kepulauan Riau-Lingga. 6 Hal ini sekali gus

memberi kesempatan kepada Bendahara Ali di Pahang untuk membebaskan diri dari
5
Abdul Rahman Haji Ismail, 2005, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm 234.
6
Abdullah Zakaria, 1984/1985, Kemunculan Keluarga Pemerintah Baru Dalam Kerajaan Tanah Melayu,
1600-1900-Satu Kajian Awal, hlm 52.

3
kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengistiharkan kemerdekaan

Pahang dan empayar Johor dikatakan runtuh sejak saat itu. Perkembangan politik terus

memecahkan empayar Johor yang diperintah oleh Sultan Hussain kerana baginda tidak

mempunyai kuasa yang kuat ke atas wilayahnya. Selepas kemangkatan sultan Ali pada

tahun 1877, putus zuriat Bendahara sebagai pemerintah Johor.7 Akhirnya, kuasa politik

Johor terus beralih ke tangan keluarga Temenggung. Hal ini jelas apabila Temenggung

Ibrahim berjaya meletakkan asas yang kukuh dan akhirnya berjaya mengasaskan sebuah

kesultanan baru. Maharaja Abu Bakar terus memantapkan lagi kedudukan dan mula

menggunakan gelaran sultan pada tahun 1885.

2.3 Perkembangan Politik di Borneo Utara ( Sarawak)

Perkembangan politik Inggeris telah berlaku di Sarawak walaupun syarat-syarat

Perjanjian Inggeris Belanda 1824 adalah samar-samar mengenai lingkungan pengaruh

Inggeris dan Belanda di Borneo. Hal ini bermakna syarat perjanjian tersebut tidak

dinyatakan dengan jelas kawasan pengaruh kuasa Eropah sama ada di bawah pengaruh

British ataupun Belanda. Sebenarnya, sebelum tahun 1841 kuasa-kuasa Eropah ini

dikatakan tidak menunjukkan minat terhadap Borneo Utara dan alasannya adalah kerana

Borneo Utara tidak berfaedah dari segi perdagangan. Seterusnya, pada tahun 1839 James

Brooke pernah datang ke Sarawak dengan tujuan berjumpa dengan Pangeran Muda

Hashim dan menghantar hadiah kepadanya yang di suruh oleh Gabenor Singapura dan

ahli perniagaan Singapura. Mereka dikatakan mempunyai hubungan persahabatan yang

baik dan setahun kemudian James Brooke datang semula ke Sarawak kerana Pangeran

7
Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, hlm 6.

4
Muda Hashim menjemputnya datang kembali ke Sarawak.8 Apabila James Brooke datang

ke Sarawak, beliau mendapati keadaan Sarawak berada dalam keadaan kucar-kacir

kerana pemberontakan orang-orang Dayak yang menentang pemerintahan Pangeran

Muda Hashim. Hal ini menyebabkan Pangeran Muda Hashim meminta bantuan daripada

James Brooke untuk mengamankan Sarawak dan ternyata pemberontakan tersebut

berjaya dihapuskan oleh James Brooke. Seperti yang telah dijanjikan oleh Pangeran

Muda Hashim, James Brooke di lantik menjadi Raja Sarawak pada 24 September 1841.

Dengan ini, Brooke telah berjaya mengukuhkan kuasanya dan meluaskan pengaruhnya di

Sarawak.9 Jelaslah, selepas James Brooke dilantik menjadi raja Sarawak dan mendapat

pengiktirafan daripada Sultan Brunei, maka politik di Sarawak terus berkembang.

2.3 Penubuhan Negeri-negeri Selat (NNS)

Penubuhan Negeri-negeri Selat (NNS) merupakan kesan daripada Perjanjian

Inggeris Belanda 1824. NNS ini terdiri daripada Melaka, Singapura dan Pulau Pinang dan

telah disatukan di bawah satu pentadbiran oleh kerajaan British.10 Sebenarnya, penubuhan

NNS ini merupakan dasar British yang mahu menyeragamkan pentadbiran supaya corak

pentadbiran yang seragam dapat mewujudkan pentadbiran yang lebih sistematik. Hal ini

secara tidak langsung membawa kepada perkembangan politik di Malaysia. Hal ini jelas

menunjukkan pentadbiran NNS diketuai oleh gabenor dan setiap negeri dilantik seorang

residen konsular untuk membantu gabenor menjalankan pentadbiran.11 Sememangnya,

NNS ini ditadbir di bawah satu pemerintahan politik yang seragam bagi memudahkan
8
Graham Irwin, 1986, Borneo Abad Kesembilan Belas, Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd, hlm 80-81.
9
Ibid, hlm 96.
10
Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, hlm 143.
11
Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, hlm 144.

5
gabenor untuk mengawal pentadbiran dengan lancar. Melalui penubuhan NNS ini juga,

kuasa politik, dasar dan undang-undang dapat diselaraskan. Buktinya sekitar 1830, sistem

mahkamah yang teratur dipekenalkan di NNS dan dikenali Mahkamah Recorder.

Mahkamah ini telah diberikan kuasa laut dan mentadbir berdasarkan kanun Piala India.

Seterusnya, Pulau Pinang dan Singapura lebih strategik berbanding Melaka. Melaka

dikatakan kurang penting ketika itu kerana pelabuhan yang cetek dan tidak sesuai untuk

aktiviti pelabuhan. Pada tahun 1832, Pulau Pinang dikatakan kurang maju menyebabkan

pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura.12 Perpindahan pusat pentadbiran ini

disebabkan Singapura telah menjadi sebuah pelabuhan yan pesat pada ketika itu dan

kekal sehingga 1867. Tegasnya, penubuhan NNS merupakan satu titik tolak

perkembangan kuasa politik Malaysia, hasil termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda

1824.

3.0 Ekonomi

3.1 Perkembangan ekonomi Negeri-negeri Selat (NNS)

Kesan daripada perjanjian tersebut telah membawa kepada perkembanagn

ekonomi di NNS. Pelabuhan Singapura telah menjadi pelabuhan yang tersibuk di dunia

ekoran pemisahannya dengan Johor. Singapura di tadbir sepenuhnya oleh Inggeris

selepas mendapat kebenaran daripada perjanjian tersebut.13 Singapura telah menjadi

pelabuhan interpot dan maju dari segi ekonomi dan pengangkutannya. Kemajuan pesat

ini memberikan keuntungan kepada pihak Inggeris dan secara tidak langsung kepada

masyarakat tempatan juga. Contohnya, Bijih timah merupakan kegiatan yang paling

12
Ibid, hlm 144.
13
Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, hlm 24.

6
penting sekali di bawah ketegori NNS dieksport dari semenanjung ke bahagian dunia

melalui Selat Melaka iaitu Singapura dan Melaka.14 Negara China dan Great Britain

merupakan pengimport utama bijih timah dari Singapura. Kuantiti yang dieksport ke

negara China berjumlah $117,386 Sepanyol, Great Britain $101,204. 15 Tahun 1835 dan

1836, Singapura import 4616 pikul bijih timah secara langsung dari Melaka. Dalam

pertengahan tahun 1830-an, semenanjung membekalkan kira-kira 15000 pikul bijih timah

kepada Singapura. Pada hakikatnya, perdagangan Singapura sangat penting dan

bergantung kepada kedua-dua negeri tersebut di samping pengangkutan jalan laut yang

baik serta laluan Selat Melaka yang strategik menjadikan ekonomi di NNS terus

berkembang. Tegasnya, perjanjian ini memberikan kesan kepada perkembangan ekonomi

khususnya kepada ekonomi-ekonomi NNS.

3.2 KEPESATAN PERKEMBANGAN PERDAGANGAN

Perjanjian Inggeris Belanda telah memberi kesan kepada kepesatan perdagangan.

Contohnya, dapat dilihat di Singapura selepas termeterainya perjanjian ini, pelabuhan

Singapura dilihat sebagai sebuah pasar atau pelabuhan entrepot yang semakin

berkembang. Syarat-syarat perdagangan dalam perjanjian ini telah menyebabkan

berlakunya kepesatan perdagangan di Singapura dan British dapat meluaskan pengaruh

di kawasan masing-masing tanpa gangguan seperti sebelumnya. Belanda juga telah

menghapuskan dasar monopoli perdagangannya di Kepulauan Melayu. Pelabuhan

Singapura berkembang menjelang tahun 1830-an. Contohnya, import dari Pantai Timur

semenanjung adalah sangat besar. Buktinya, nilai serbuk emas yang dibawa dengan

14
Khoo Kay Kim, 1984, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1875, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd,
hm 62.
15
Ibid, hlm 62.

7
kapal pada tahun 1835 dan 1836 berjumlah $143,840 dolar Sepanyol manakala di Pantai

Barat berjumlah $12000. Contoh negeri Pantai Timur ialah Pahang, mengeluarkan serbuk
16
yang mempunyai pasaran yang tinggi iaitu sebanyak 28 ringgit Sepanyol sebangkal.

Perdagangan utama dari Pantai Barat ialah dari daerah pedalaman Melaka dan Johor.

Purata import dari pantai timur semenanjung sahaja lebih daripada $300,000 dolar

Sepanyol setiap tahun dan begitu juga dengan jumlah eksportnya. 17 Jumlah peningkatan

dagangan Singapura pada tahun 1821 ialah 5 juta, pada 1824 meningkat menjadi 11 juta

dan pada tahun 1833 terus meningkat menjadi 18 juta. Kemajuan Singapura juga

mempengaruhi perkembangan perdagangan di Johor dan Pulau Pinang. Johor menjadi

pengeksport gambir, lada, balak dan getah perca terpenting ke London. Manakala Pulau

Pinang menjadi pelabuhan eksport dan import terpenting. Jadi, perkempangan pesat

dalam sektor perdagangan di Malaysia merupakan kesan perjanjian.

3.3 Pembentukan dwiekonomi

Selepas perjanjian ini, sistem ekonomi yang wujud di malaysia terbahagi kepada

dua iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersial. Hal ini bermakna ekonomi sari diri

tetap diusahakan oleh orang Melayu khususnya dan ekonomi komersial diusahakan oleh

orang luar. Orang Cina dan Eropah banyak menanam modal dan membawa masuk

teknologi mereka khususnya dalam perlombongan bijih timah18 sehingga mendorong

kepada pengeluarannya secara besar-besaran. Contoh pada tahun 1830 pengeluaran

adalah sebanyak 7000 pikul di Sungai Ujong. Selain itu, para pemodal Eropah dan Cina

16
Khoo Kay Kim, 1984, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1875, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd,
hlm 61
17
Ibid, hlm 62.
18
Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, hlm 190.

8
ini juga banyak menanam modal mereka dalam tanamam komersial seperti gambir dan

lada hitam. Contohnya, pada 1840 penanaman gambir dan lada hitam menjadi

penanaman terpenting di Singapura yang menunjukkan bahawa sebanyak 1000 pikul

gambir dan 15000 pikul lada hitam telah dikeluarkan di Singapura. Perkembangan

penanaman tebu pula dapat dilihat apabila sebanyak 11 buah ladang tebu telah dibuka

dan kebanyakannya dimiliki oleh orang Cina sementara kilang-kilang gula telah dibuka

dan diusahakan oleh pemodal-pemodal Eropah. Kemasukan imigran Cina khususnya ke

Malaysia mendorong penambahan buruh dan pengeluaran hasil dapat ditingkatkan. Hal

ini menyebabkan sistem kangcu diperkenalkan pada tahun 1844 supaya tidak berlaku

huru hara seperti di Perak dan aktiviti ekonomi dapat dijalankan dengan lancar tanpa

sebarang gangguan.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulan Perjanjian Inggeris Belanda memberi impak yang cukup besar dan

bermakna terhadap perkembangan kuasa politik dan ekonomi Malaysia. Perkembangan

kuasa politik dan ekonomi dikaitkan dengan usaha penjajah untuk mengusai kepentingan

9
ekonomi dan politik di Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan pengaruh kolonialisme

kerana perjanjian ini dimeterai tanpa merujuk kepada raja-raja Melayu. Selain itu, dua

kuasa berpakat membahagikan pengaruh masing-masing di Malaysia dan tiada lagi unsur

persahabatan. Setiap perkara yang berlaku selepas perjanjian ini menjadi titik tolak

kepada pembentukan negara moden Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia dan

Indonesia.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

10
Abdullah Zakaria, Kemunculan Keluarga Pemerintah Baru Dalam Kerajaan Tanah
Melayu, 1600-1900-Satu Kajian Awal, 1984/85

D.G.E. Hall, A History Of South-East Asia(Fourth Edition), London: the Macmillan


Press Ltd, 1981.

Graham Irwin, Borneo Abad Kesembilan Belas, Selangor: Malindo Printer Sdn Bhd,
1986.

Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1978.

Khoo Kay Kim, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1875, Selangor: Fajar Bakti
Sdn Bhd, 1984.

Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd, 2002.

Tan Ding Eing, Oxford Progressive History: A Potrait of Malaysia and Singapore, Kuala
Lumpur: Oxford University Press, 1975.

11

Anda mungkin juga menyukai