Anda di halaman 1dari 8

EXCEL 2 2010 1 SULIT*

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara
250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

1. Kemelut sosial remaja pada masa ini amat kritikal dan membimbangkan. Ibu bapa
tidak boleh dipersalahkan semata-mata kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi
golongan remaja. Bincangkan pernyataan di atas.

2. Mutakhir ini, kenaikan harga pelbagai jenis barangan secara drastik menuntut
kebijaksanaan pengguna dalam berbelanja. Pada masa yang sama, pihak kerajaan
perlu mengambil langkah berkesan agar hak pengguna sentiasa terpelihara. Jelaskan.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara
250 hingga 300 patah perkataan. [ 25 ]

3. Biodiversiti penting kepada semua hidupan bumi. Justeru, pelbagai pendekatan yang
proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangkan.

4. Kepentingan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembangunan


sumber manusia memang tidak dapat disangkal lagi. Namun demikian, terdapat
kesan negatif terhadap perkembangan tersebut. Bincangkan.

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
EXCEL 2 2010 2 SULIT*

Bahagian C

Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5 (a) atau 5 (b) dan
satu daripada soalan 6 (a) atau 6 (b). [ 20 ]

5. (a) “…Dalam membicarakan soal kualiti siswazah, semua pihak tidak dapat lari
daripada membicarakan peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Malah peranan IPT
pada asalnya menjadi pusat kecemerlangan akademik dan intelektual, kini semakin
bertambah apabila mereka perlu memastikan bahawa siswazah yang dilahirkan
memenuhi spesifikasi pasaran kerja…”
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Dewan Masyarakat, Mac, 2010)

(i) Apakah peranan IPT?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan ciri-ciri
yang diperlukan oleh seseorang siswazah untuk memenuhi spesifikasi pasaran
kerja pada masa ini.

Atau

5. (b) “…Potensi pasaran industri makanan halal sewajarnya menggerakkan usahawan


Muslim tempatan untuk segera menceburi industri ini. Malaysia beriltizam menjadi
pengeluar makanan halal terbesar di dunia pada 2010. Namun, Malaysia sedang
berdepan dengan masalah pemalsuan sijil halal dan bilangan syarikat tempatan yang
memohon sijil halal masih sedikit.…”
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Dewan Masyarakat, Mac, 2009)

(i) Apakah cabaran Malaysia untuk menjadi negara pengeluar makanan halal?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, terangkan


faktor-faktor yang menunjukkan Malaysia berpotensi mewujudkan industri
makanan halal.

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
EXCEL 2 2010 3 SULIT*

6. (a) “... Meningitis meningokokal adalah radang pada selaput sekeliling otak dan
saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah
oleh bakteria meningokokus). Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria
meningococcus Neisseria meningitides. Penyakit Meningokokal berjangkit secara
langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang
dijangkiti. Penyakit ini kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur
bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka
yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang
melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi... ”

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada laman web myhealth.gov.my, Mac 2009 )

(i) Apakah yang boleh mengakibatkan seseorang boleh menjadi penghidap


penyakit meningokokal?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bagaimanakah


cara untuk mengelakkan diri daripada penyakit meningokokal?

Atau

6. (b) “…. Makanan organik semakin popular di negara kita, terutamanya bagi
mereka yang mementingkan kesihatan dan bagi mereka yang mempunyai masalah
kesihatan seperti asma, barah dan alah kepada sesuatu bahan kimia. Makanan organik
sebenarnya mestilah dihasilkan tanpa penggunaan baja, racun serangga, bioteknologi,
pertumbuhan hormon, iradiasi dan antibiotik. Lantaran sifatnya yang sedemikian,
makanan organik lazimnya dirujuk sebagai makanan yang asli dan dikaitkan dengan
makanan golongan orang kaya …."

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Majalah Estidomy, Julai 2005)

(i) Siapakah yang berpotensi menjadi pengguna makanan organik?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan


mengapa makanan organik ini mahal harganya?

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
EXCEL 2 2010 4 SULIT*

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[15]

7. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi
membandingkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut sektor
tahun 2006 dan tahun 2007.

Kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan kekal terkawal pada tahun 2007 berdasarkan
prospek ekonomi yang menggalakkan. Teras dasar fiskal negara terus memberi
penekanan kepada kecekapan dan keberkesanan serta perbelanjaan yang lebih memberi
nilai.

Pada tahun 2007, kerajaan membelanjakan sebanyak RM4 157 juta untuk sektor
pertanian dan pembangunan luar bandar, iaitu meningkat sebanyak RM476 juta
berbanding pada tahun sebelumnya. Perbelanjaan ini merupakan 9.2 peratus daripada
keseluruhan perbelanjaan pembangunan kerajaan pada tahun tersebut. Sektor
perkhidmatan, perdagangan dan perindustrian menerima peruntukan perbelanjaan
pembangunan sebanyak RM3 791 juta pada tahun 2006 dan meningkat sebanyak
RM1 311 juta pada tahun 2007. Peningkatan ini sebanyak 34.6 peratus. Negara telah
mensasarkan tiga strategi utama dalam pengurusan ekonomi, iaitu mempertingkatkan
daya saing negara, memperkasa pembangunan modal insan dan menjamin kemakmuran
rakyat.

Pada tahun 2006, sektor pengangkutan diperuntukkan sebanyak RM6 198 juta atau
17.3 peratus. Perbelanjaan sektor ini ditambah kepada RM7 298 juta pada tahun 2007.
Perbelanjaan untuk sektor sosial iaitu bidang pendidikan dan latihan diperuntukkan
sebanyak RM8 731 juta. Sektor pendidikan dan latihan ini terus ditingkatkan
peruntukan perbelanjaan pada tahun 2007 kepada RM7 941 juta atau 17.6 peratus.
Sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk prasekolah, RM3.0 bilion untuk pendidikan
rendah dan menengah sementara RM6.0 bilion untuk pendidikan tinggi.

Sementara itu, sektor kesihatan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan


sebanyak RM1 297 juta atau 3.6 peratus pada tahun 2006, berbanding sebanyak
RM1 629 juta pada tahun 2007. Kerajaan Persekutuan juga membelanjakan sebanyak
RM1 895 juta untuk sektor perumahan pada tahun 2006. Kerajaan Persekutuan juga
telah memperuntukkan sebanyak RM10 194 juta untuk perbelanjaan pembangunan
dalam sektor sosial yang lain pada tahun 2006 dan perbelanjaan untuk sektor ini
meningkat sebanyak RM4 024 juta atau 39.5 peratus pada tahun 2007.

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
EXCEL 2 2010 5 SULIT*

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang


tahun 2010, hasil pembangunan akan diagihkan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Jumlah perbelanjaan pada tahun 2008 berbanding pada tahun 2006 dan 2007
masing-masing berjumlah RM35 787 juta dan RM45 146 juta.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Unit Perancang Ekonomi, 2007)

8. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf garisan yang


sesuai untuk menunjukkan pelbagai jenis perbelanjaan kerajaan sebagai komposisi
jumlah perbelanjaan mengurus kerajaan Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2005.

Perbelanjaan mengurus yang diperuntukkan oleh kerajaan digunakan untuk


mengurus sektor awam yang menjadi tulang belakang kerajaan. Perbelanjaan
mengurus terdiri daripada gaji, pencen dan ganjaran, perkhidmatan bayaran hutang,
pemberian kepada Kerajaan Negeri, bekalan dan perkhidmatan, subsidi, dan
perbelanjaan mengurus yang lain.

Bagi kategori gaji, jumlah yang diperuntukkan menunjukkan peningkatan.


Peruntukan bagi tahun 2001 adalah sebanyak RM12,084 juta. Pada tahun 2002,
jumlahnya adalah sebanyak RM12,488 juta dan berkurang sebanyak RM18 juta pada
tahun berikutnya. Pada tahun 2004, angka ini meningkat sebanyak RM2,024 juta
berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2005, perbelanjaan pembangunan
dalam gaji adalah sebanyak RM14,807 juta. Kategori pencen dan ganjaran pula
menerima peruntukan sebanyak RM2,127 juta pada tahun 2001 dan pertukaran ini
meningkat kepada RM2,355 juta dan RM2,413 juta pada tahun-tahun yang
berikutnya. Pada tahun 2004 dan tahun 2005, jumlahnya adalah sebanyak RM3,864
juta dan RM3,515 juta masing-masing.

Bagi kategori khidmat bayaran hutang pula, jumlahnya adalah sebanyak


RM7,248 juta pada tahun 2001. Pada tahun 2002, peruntukannya adalah sebanyak
RM7,136 juta dan meningkat sebanyak RM95 juta pada tahun berikutnya dan
berkurang sebanyak RM720 juta pada tahun 2004 berbanding dengan tahun
sebelumnya. Pada tahun 2005, jumlah perbelanjaan pembangunan dalam khidmat
bayaran hutang adalah sebanyak RM6,463 juta. Kategori pemberian kepada Kerajaan
Negeri menerima peruntukan sebanyak RM1,334 juta, RM1,378 juta dan RM1,406
juta bagi tahun 2001 hingga tahun 2003. Pada tahun 2004 dan tahun 2005, jumlahnya
adalah RM1,683 juta dan RM1,525 juta.

Bagi tahun 2001, peruntukan bagi bekalan dan perkhidmatan, subsidi, dan
perbelanjaan mengurus yang lain ialah RM4,367 juta, RM576 juta, dan RM4,579 juta
masing-masing. Seterusnya, pada tahun-tahun 2002, 2003, 2004, dan 2005, jumlah
perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan meningkat kepada RM5,047 juta, RM5,241
juta, RM5,975 juta, dan RM6,309 juta. Subsidi pula mendapat peruntukan sebanyak
RM548 juta, RM660 juta, RM708 juta dan RM934 juta. Manakala perbelanjaan
mengurus yang lain menerima peruntukan sebanyak RM4,801 juta, RM4,974 juta,
RM8,730 juta, dan RM10,456 juta bagi keempat-empat tahun tersebut.

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
EXCEL 2 2010 6 SULIT*

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2001-2005)

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan jadual di bawah, berikan ulasan anda tentang jenis-jenis pencemaran alam
di negara ini pada tahun 2006, 2007 dan 2008.

Malaysia: Bilangan Kes Pencemaran Alam Mengikut Jenis pada


Tahun 2006, 2007 dan 2008

Jenis Pencemaran Bilangan kes


2006 2007 2008
Udara 1 631 2 516 3 127
Darat 940 1 120 1 350
Saliran air daratan 1 209 1 917 2 522
Laut 955 1 275 1 815
Jumlah 4 735 6 828 8 814

(Disesuaikan daripada Dewan Masyarakat, Februari 2009)

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
EXCEL 2 2010 7 SULIT*

10. Berdasarkan rajah di bawah, jelaskan faktor tarikan dan faktor tolakan yang
mempengaruhi kedatangan buruh asing ke Malaysia.

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kedatangan Buruh Asing

Kemakmuran Ekonomi Keperluan Buruh Negara

Persamaan Budaya S E F
O K I
S O Z
I N I
Geografi
A O K
L M A
I L
Keadaan Anarki

Masalah Bencana
Ekonomi Alam

( Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada,


Federal Marshall Cavendah, Education, 2005)

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
EXCEL 2 2010 8 SULIT*

KERTAS SOALAN TAMAT

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Anda mungkin juga menyukai