Anda di halaman 1dari 2

©hadir

2010

To :
Edaran Dalaman

Topik Penting Esei STPM (Siri 6)

1. ”Laporan Iabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan bahawa kecuaian pemandu merupakan penyebab
utama kemalangan jalan raya berlaku. Namun begitu, faktor cuaca turut menyumbang kepada masalah
tersebut di samping isu-isu yang lain.” Jelaskan pernyataan di atas.

2. Dewasa kini isu inflasi yang berkait dengan kenaikan harga pelbagai jenis barangan secara mendadak
menuntut pihak pengguna untuk berberbelanja dengan berhemah. Dalam konteks ini, pihak kerajaanlah yang
dilihat berperanan dalam memperkenalkan pelbagai langkah proaktif agar kehidupan rakyat tidak terjejas.
Bincangkan.

3. ”Akuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia. Salah satu
kepentingan akuakultur membekalkan sumber protein. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu
dijalankan untuk meningkatkan sektor ini”.
Jelaskan pernyataan tersebut.

4. Konvensyen Biodiversiti di Geneva baru-baru ini mengesahkan negara Malaysia tersenarai dalam ”Top Ten
Hot Spot of Biodivercity”. Dalam hal ini biodiversiti memang berperanan kepada semua hidupan yang ada di
bumi ini. Oleh itu, pelbagai pendekatan yang efisen perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya.
Bincangan.

5. Penyakit berjangkit bawaan vektor dan virus sering berlaku disebabkan tindakan serta kelalaian manusia
sendiri. Justeru, langkah langkah yang berkesan adalah perlu untuk mengawal pembiakan penyakit berjangkit
tersebut.
Bincangkan.

6. “Globalisasi adalah sinonim dengan “bordless world” yang telah memberikan banyak impak positif terhadap
kehidupan harian komuniti Malaysia. Namun kita tidak boleh alpa akan kesan sebaliknya.”
Ulaskan pernyataan di atas.

7. “Laporan Bank Negara Tahun 2007 menunjukkan kira-kira 40% pemegang kad kredit gagal melangsaikan
tunggakan hutang yang berjumlah RM18.6 bilion. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sikap pengguna
sendiri yang mementingkan gaya hidup mewah. Justeru, pelbagai langkah proaktif wajar diperkenalkan”.
Jelaskan kenyataan di atas.

8. Fenomena pemanasan global memberi pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar. Oleh yang demikian,
pihak berwajib melalui R&D (Pembangunan dan Penyelidikan) perlu memainkan peranan penting di samping
langkah yang lain.
Bincangkan.

9. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa penyakit berkaitan dengan sistem kardiovaskular
merupakan penyebab utama kematian di Malaysia. Dalam hal ini punca-punca penyakit tersebut perlu
dikenalpasti di samping langkah untuk mengatasinya.
Bincangkan.

10. Kes kehilangan adik Nurin Jazlin Jazimin dan adik Sharlinie Mohd Nashar seolah-olah
memperlihatkan ciri-ciri masyarakat Malaysia yang bersikap individualistik. Dalam hal ini sudah sampai
masanya pelbagai langkah harus dilaksanakan dalam menangani jenayah tersebut.
Bincangkan.
©hadir
2010

12. Penubuhan Koridor Pembangunan Ekonomi seperti Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor Timur (ECER),
Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Pembangunan Tenaga Sarawak (SCORE) yang telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi adalah bertujuan untuk
membasmi kemiskinan di seluruh Negara. Namun, terdapat pelbagai lagi langkah yang perlu diambilkira oleh
pihak kerajaan.

13. Penerokaan angkasa lepas sememangnya berperanan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan
khususnya bidang perubatan. Justeru, Malaysia tidak terkecuali dalam membangunkan teknologi aeroangkasa
dengan menghantar angkasawan yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada 10 Oktober 2007.
Jelaskan kepentingan negara mendalami ilmu teknologi aeroangkasa serta berikan langkah-langkah untuk
memajukan teknologi tersebut.

14. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet seperti asid benzoik dan asid borik sering
dikaitkan sebagai punca penyakit kanser. Dalam kes ini tidak dinafikan kecanggihan teknologi perubatan
mampu menghasilkan pelbagai kaedah rawatan.
Bincangkan.

15. “Penyakit bawaan vektor dikaitkan dengan kemunduran Negara-negara Sedang membangun.
Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kemiskinan dan alam sekitar.”
Ulaskan pernyataan di atas.

Anda mungkin juga menyukai