Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN JAMUAN HARI RAYA 2009.


SK BANDAR TEMERLOH
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2009

TARIKH : 17 okt. 2009 (SABTU)


MASA: 10.00 PAGI – 1.00 TGH
TEMPAT : DEWAN PENDETA ZAABA, SK BANDAR TEMERLOH.
TENTATIF
10.00 Pagi : PERARAKAN PESERTA KHATAM AL-QURAN
: UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
: MAJLIS KHATAM AL-QURAN
: PERSEMBAHAN
: UCAPAN ALUAN GURU BESAR SKBT
: PERSEMBAHAN
: UCAPAN PERASMIAN
: PERSEMBAHAN
: PENYAMPAIAN CENDERAMATA
: PERSEMBAHAN
12.00 TGH : JAMUAN HARI RAYA

TEKS PENGACARA DI SEDIAKAN OLEH : USTAZ ROZI BIN ZAKARIA / 019-9885781


MASA PANDUAN PENGUMUMAN
10.00 Tetamu/ Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Hj Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin,
PG perarakan khatam Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, sains, teknologi dan inovasi Negeri Pahang
al-quran hampir Dengan diiringi ,Tn Hj Azmi bin Hj Muhammad, Guru Besar Sk Bandar Temerloh, Ustaz
sampai ke dewan. Aminudin b Awang Derani, YDP PIBG Sk Bandar Temerloh, beserta yang diraikan
peserta-peserta khatam al-Quran sk Bandar temerloh tahun 2009.
Tetamu / yang Hadirin sekelian dipersilakan berdiri.
diraikan
mengambil Hadirin sekelian dipersilakan mengambil tempat
tempat. Peserta khatam al-quran dipersilakan mengambil tempat.

Melayang serindik di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara,


Pemanis kata selamat datang Awal bismilah pembuka bicara.

Nuri berkicau di hujung pecan Membuat sarang di tanah rendah


Kehadiran tuan/puan kami alukan, Kecil tapak tangan dewan kami sediakan.

Bismillahirahmanirahim…..
Yang Berbahagia, Dato’ Hj Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin,
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, sains, teknologi dan inovasi Negeri Pahang
Yang berbahagia , Tn Hj Nadzri bn Adb Wahab, Peg.Pelajaran Drh Temerloh
Yang berusaha, Tn Hj Azmi bin Hj Muhammad, Guru Besar Sk Bandar Temerloh, Yang
dihormati, Ustaz Aminudin b Awang Derani, YDP PIBG Sk Bandar Temerloh
Yang berusaha Dato; Zulkifli bin Yaacob, YDP Majlis Perbandaran Temerloh,
Pegawai-pegawai PPD Temerloh, Guru-guru besar ,Pengurus-pengurus Bank cawangan
Temerloh,Barisan Guru-guru Penolong kanan Sk Bandar Temerloh, AJK PIBG SKBT,
guru-guru dan kakitangan sekolah, dato’/datin para ibu bapa, , pelajar-pelajar, tuan tuan
dan puan-puan dan Yang diraikan para peserta khatam al-Quran tahun 2009 serta sidang
hadirin yang dikasihi sekelian.

Assalamualaikum…Alhamdulillah, Bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-


Nya dapat berhimpun dalam majlis khatam al-Quran dan Jamuan hari raya 2009

Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung terima kasih atas kesudian Dato’ Hj Mohd
Sharkar bin Hj Shamsudin meluangkan masa dalam kesibukan beliau, bersama-sama kita
pada majlis ini seterusnya nanti merasmikan majlis Majlis Khatam Al-Quran dan jamuan
hari 2009.

Untuk makluman sidang hadirin sekelian, Majlis Khatam Al-Quran Sk Bandar temerloh
tahun 2009, merupakan kesinambungan majlis yang diadakan pada setiap tahun
bersempena program tadarus al-quran yang diadakan sepanjang bulan ramadhan.
Manakala jamuan hari raya yang diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan
silaturrahim antara warga sekolah dengan ibu bapa serta masyarakat setempat.

Hadiri sekelian, Peserta khatam al-Quran pada tahun ini adalah seramai 170 orang yang
terdiri dari murid tahun 4-tahun 6. Hadirin sekelian, majlis khatam al-quran pada hari ini
menggunakan manhaj tradisional iaitu setiap peserta akan membaca satu surah dan ayat
yang terakhir dari setiap surah akan dibaca secara beramai-ramai. Majlis khatam al-
quran akan dipimpin oleh al-fadil Ustaz Hisyamuddin bin Mohd Yatim.

Hadirin sekelian,

Al-quran mukjizat bahasa tersusun, Indah alunan tersemat dihati,


Majlis dimula perhatian dipohon,Semoga rahmat berkat menanti .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadil ustaz Hisyamuddin memulakan


majlis khatam al-quran sk Bandar temerloh tahun 2009.

MASA PANDUAN PENGUMUMAN


Amin amin ya rabbal alamin
-SELINGAN
MUZIK Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
-peserta turun Hisyamudin selaku khalifah majlis khatam al-Quran dan peserta-peserta khatam al-
- pasukan nasyid quran serta sidang hadirin sekelian yang menyertai sama dalam majlis ini.
naik.
Hadirin yang dihormati sekelian, Majlis khatam al-Quran dan jamuan hari raya kali ini
cukup bermakna dimana hasil kerjasama warga sekolah dibawah kepimpinan Tn Hj Azmi
bin Hj Muhammad dan hasil sokongan padu PIBG yang diketuai oleh Us Aminudin bin
Awang Derani dan masyarakat setempat, majlis ini Berjaya menumbangkan seekor
kerbau untuk jamuan kita hari ini.. Gagasan satu Malaysia yang dicanangkan oleh
Perdana Menteri Malaysia diaplikasikan dan direalisasikan bilamana semua warga SKBT,
PIBG dan masyarakat setempat bersama-sama memotong daging, membuat persiapan
bahan2 makanan dan memasak makanan secara bergotong-royong bermula jam 3 petang
hari semalam lagi.

SELINGAN Hadirin sekelian


MUZIK Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan yang berusaha Tuan haji Azmi Bin Hj
-GB turun Mohamed, Guru besar sK Bandar temerloh untuk menyampaikan ucapan.
- pasukan nasyid
naik. Terima kasih, Tn Hj Azmi atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekelian, Al-Quran bukanlah hanya untuk dibaca tapi menjadi panduan dalam
semua aspek kehidupan. Kehidupan lebih bermakna bilamana hubungan dengan allah
dan hubungan dengan manusia dapat ditunaikan dengan sempurna. Yang jelas,
Silaturrahim terbina erat, kerja yang berat, terasa mudah dibuat, tambahan pula Dato’
Sharkar memberi sokongan kuat, belum datang sumbangan kanopi diberi bagai kilat,
dapatlah kami berteduh memotong daging yang liat, mudah2an berterusan dan berkat,
dihitung sebagai amalan diakhirat.
Hadirin sekelian,
Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang,
Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang,
Tak lengkap acara jika tamu kehormat tidak berbicara,

Untuk itu, majlis mempersilakan yang berbahagia Dato’ Hj Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin,
Pengerusi Untuk menyampai ucapan dan seterusnya merasmikan majlis khatam al-quran, sk
dan jamuan raya 2009, dipersilakan.

SELINGAN Pagi petang memikat belatuk, Anak ayam makan di tangan,


MUZIK Takkan hilang jasamu Dato’, Jadi ingatan sepanjang zaman.
-YB turun &
pasukan nasyid Buah Longan beli sekati, Buat makan di atas jambatan,
naik. Pesanmu Dato’ kami ingati, Jadi azimat dalam ingatan.

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan itu tadi.

MASA PANDUAN PENGUMUMAN

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada peserta khatam al-
cenderamata Quran 2009 . Bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata ini, Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan yang berusaha Tn Hj Azmi bin Hj Muhammad, G.Besar SKBT
untuk mengiringi yang berbahagia Dato’ Hj Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin, Naik ke
pentas bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata.

SELINGAN Terima kasih kepada Dato’ atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi. Sebagai
MUZIK tanda terima kasih, Majlis mempersilakan Tn Hj Azmi menyampaikan cenderamata
-YB turun & kepada YB Dato Sharkar.
pasukan nasyid Terima kasih.
naik.
Penyampaian Seterusnya dipersilakan barisan AJK PIBG dan barisan Guru-Guru Penolong kanan SK
cenderamata Bandar Temerloh untuk menyampaikan cenderamata kepada peserta khatam al-Quran
sambil kita menikmati persembahan Nasyid di bawah bimbingan Cikgu Zalina Mohd
Noor.

Terima ksih kepada AJK PIBG dan barisan GPK SKBT.


Sebaik sahaja Dengan itu berakhirlah sudah Majlis Khatam Al-Quran SK Bandar Temerloh Tahun 2009.
selesai nasyid
Bagi pihak majlis, kami merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan
kepada hadirin hadirat sekelian atas kesudian memeriahkan majlis pada hari ini. Bagi
pihak majlis juga, ingin memohon kemaafan jika terdapat sebarang kecacatan dan
kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini. Akhir kata, dipersilakan Dato’ dan sidang
Lagu raya hadirin ke jamuan hari raya . Dengan itu sekian terima kasih ……..wabillahi taufik ……

Anda mungkin juga menyukai