Anda di halaman 1dari 2

SABTU, 2010 JULAI 03

Globalisasi

peningkatan saling bergantungan antara negara dengan negara asing dan kemudiannya menjadikan
dunia sebagai satu sistem pasaran antarabangsa yang saling bergantung.

Kesan Globalisasi Terhadap Negara

(a) Perdagangan
- dapat menghantar barang dengan cepat.
- pertumbuhan eksport berkembang.
- pertumbuhan import berkembang.
- kegiatan ekonomi dalam pelbagai bidang berkembang.
- harga barang menjadi rendah dan berkualiti tinggi.
- perubahan terhadap imbangan pembayaran.

(b) Aliran Faktor
- kemasukan tenaga kerja asing meningkat.
- buruh mahir asing berhijrah ke dalam negara dan ini dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
- dapat mengembangkan pembanggunan sumber manusia dan kemudiannya meningkatkan mobiliti
buruh.
- buruh tempatan yang tidak dapat bersaing dengan buruh asing akan menganggur.

(c) Pelaburan Langsung Asing (FDI)


- aliran modal ke dalam negara semakin mudah.
- menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.
- pembukaan pasaran baru dalam negara.
- dapat mengurangkan kadar pengangguran.
- mengembangkan industri negara.

(d) Kegiatan Syarikat Multinasional (MNC)


- mempercepatkan pemindahan teknologi asing ke dalam negara.
- memperluaskan pasaran eksport negara.
- berlaku perubahan operasi dalam sesebuah firma.
- membuka banyak peluang pekerjaan.
Faktor-faktor Yang Menggalakkan Globalisasi

(a) Pengaruh Sistem Pasaran Bebas Yang Semakin Meluas


- negara-negara yang membangun yang melonggarkan sistem perdagangan mereka akan
menggalakkan globalisasi.

(b) Sekatan Terhadap Perdagangan Bebas Semakin Berkurangan


- pengurangan sekatan perdagangan antarabangsa sesetengah negara akan mempercepatkan
globalisasi. begitu juga kerajaan yang mengurangkan tarif dan bukan tarif terhadap perdagangan
bebas akan juga menggalakkan globalisasi antara negara asing.

(c) Kemajuan Teknologi Dalam Bidang Kewangan


- kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan urus niaga 24 jam dan
mempermudahkan pergerakan modal antarabangsa. keadaan ini menggalakkan globalisasi di negara-
negara rantau.

(d) Peningkatan Aliran Wang Dalam Pasaran Saham dan Pasaran Modal Ke negara Membangun
- kemajuan ICT dalam bidang kewangan serta pertambahan dana pelaburan di negara-negara maju
akan meningkatkan aliran wang dalam pasaran saham dan pasaran modal ke negara membangun.
keadaan ini akan meluaskan globalisasi.

Anda mungkin juga menyukai