KANTA LEKAP
Kanta lekap ialah kepingan plastik nipis dan melengkung yang dilekapkan terus
ke bola mata bagi memperbaiki penglihatan. Kadangkala disebut juga sebagai
kanta sentuh.
Individu yang kanta matanya telah dikeluarkan. Memakai kanta lekap ini
akan memberi manfaat kepadanya.
SEBAB-SEBAB LAIN
1
• Individu yang menghadapi masalah pengeluaran air mata yang tidak
mencukupi atau tidak normal.
• Pesakit Diabetes tidak harus menggunakan kanta lekap.
2
CARA UNTUK MENJAGA KANTA LEKAP
• Bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan
menyebabkan jangkitan.
• Tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-
bahan lain dalam air mata.
• Selesa ketika memakainya.
• Basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.
• Keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas
tapak tangan.
• Titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan
perlahan-lahan.
• Bilas kanta tersebut dengan larutan salina.
• Tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di
dalam larutan tersebut untuk disimpan.
• Keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.
• Rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali
dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang
terkumpul di atas kanta.
Patuhi nasihat pakar mata ketika memilih dan menggunakan produk penjagaan
kanta.
PENJAGAAN SENDIRI
3
JIKA ANDA MEMAKAI ALAT SOLEK
Jika anda mengalami gejala yang dinyatakan di bawah ini, berhenti dari
menggunakan kanta lekap dan berjumpalah pakar mata untuk rawatan segera:
4
JANGKITAN MATA
Pada amnya, jangkitan mata bermaksud keradangan di kelopak mata atau dalam
mata yang disebabkan oleh organisma.
Blefaritis
Gejala-gejalanya ialah kelopak mata menjadi merah, bersisik dan menebal, bulu
mata melekat antara satu sama lain atau tertanggal. Ciri-ciri lain ialah bulu mata
menjadi berselerak (tidak tersusun).
Masalah yang lazim berlaku ialah mata terasa gatal dan pedih.
Rawatan:
Tuam dengan sesuatu yang panas selama 15-20 minit, untuk 2-4 kali sehari.
Kemudian bersihkan mata dengan menggunakan syampu bayi dan putik kapas
yang bersih.
Hordeolum
5
Kalazion
Konjunktivitis
Keratitis
Keratitis Bakteria
Keratitis Virus
Uveitis
• Ia adalah keradangan pada saluran uvea. Saluran uvea ini terdiri daripada
iris, jasad siliari dan koroid. Maka jangkitan boleh terjadi pada mana-mana
bahagian ini.
• Ia boleh dibahagikan kepada:
6
1. Berjangkit
Uveitis jenis ini adalah disebabkan jangkitan beberapa jenis
organisma seperti toksoplasmosis, toksokariasis dan jangkitan
endogenus yang lain. Uveitis berjangkit boleh dibahagikan kepada:
Uveitis/iritis Anterior (melibatkan bahagian anterior saluran
uvea iaitu iris)
Uveitis/vitritis Posterior (melibatkan bahagian posterior
saluran uvea)
Uveitis Panuveal:
2. Tidak berjangkit
Rawatan
7
4. Titiskan beberapa titik ubat ke dalam kantung di tepi kelopak mata
tersebut.
5. Lepaskan kelopak mata perlahan-lahan.
6. Pejamkan mata dan putarkan bola mata anda perlahan-lahan selama 1-2
minit.
7. Jangan mengelip mata terlalu kerap atau memejam kelopak mata dengan
kuat.
8. Tekan perlahan-lahan bukaan duktus air mata di sudut dalam mata
(berdekatan dengan hidung) menggunakan jari anda.
9. Lapkan cecair yang berlebihan.
Penjagaan sendiri
8
GLAUKOMA
Pengenalan
Glaukoma ialah sejenis penyakit mata. Terdapat empat jenis Glaukoma yang
lazimnya berlaku, iaitu, Glaukoma akut/Glaukoma sudut tertutup, Glaukoma
kronik/Glaukoma sudut terbuka, Glaukoma sekunder dan Glaukoma kongenital.
Kesemua empat jenis Glaukoma ini dicirikan oleh peningkatan tekanan di dalam
bola mata. Oleh yang demikian, kesemuanya boleh menyebabkan kerosakan
pada saraf optik secara beransur-ansur.
Ketika keadaan saraf optik menjadi bertambah teruk, perubahan turut berlaku
pada titik buta dan medan penglihatan yang boleh membawa kepada kebutaan
kemudiannya. Semua jenis kebutaan yang disebabkan oleh Glaukoma
sebenarnya boleh dielakkan jika ianya dapat dikesan lebih awal. Glaukoma tidak
boleh disembuhkan, namun dalam kebanyakan kes ia dapat dirawat dengan baik
jika rawatan yang tepat diberikan.
** Gejala ini wujud dengan cepat sekali jika ia berlaku di kalangan warga tua,
terutama bagi mereka yang rabun dekat.
Pesakit kerap menukar kaca mata tetapi tidak ada satu pun yang sesuai.
Tidak dapat menyesuaikan mata ketika berada di dalam bilik gelap, misalnya
dalam pawagam.
9
Penglihatan menjadi kabur atau berkabut.
Komplikasi
Faktor-faktor Risiko
Glaukoma Akut
• Lanjut Umur
• Rabun dekat
• Sejarah keluarga yang pernah menghidap glaukoma
• Diabetes
• Tekanan perasaan/stres
• Penggunaan ubat anti kolinergik sistemik seperti atropin atau ubat titisan
untuk membesarkan anak mata.
Glaukoma Kronik
Glaukoma Akut
Glaukoma Kronik
Terdapatnya sekatan yang tidak normal pada pengaliran cecair dalam mata.
10
Glaukoma Sekunder
Ianya disebabkan oleh beberapa penyakit mata sistemik dan kesan dari ubat-
ubat tertentu (seperti ubat jenis Kortikosteroid).
Glaukoma Kongenital
Pengurusan
Diagnosis Glaukoma
Pengubatan
Ubat titisan mata dan/atau ubat pil diberi untuk mengurangkan pembentukan
cecair dalam mata atau menggalakkan pengaliran keluar bendalir mata.
Pembedahan Laser
Pembedahan
Kaedah ini jarang dilakukan kecuali apabila rawatan lain gagal memberi kesan
yang dikehendaki. Ia dilakukan untuk memperbaiki pengaliran bendalir mata. Ia
juga dilakukan untuk pesakit muda yang menghidapi Glaukoma lebih awal dan
juga dilakukan ke atas kebanyakan kes Glaukoma Kongenital.
Langkah Pencegahan
11
pemeriksaan mata dengan lebih kerap bagi membolehkan masalah ini dikesan
lebih awal.
• Basuh tangan dengan teliti kemudian keringkan. Tarik turun kelopak mata
dengan menggunakan jari telunjuk supaya terbentuknya kantung kecil
pada kelopak tersebut. Titiskan setitik ubat titisan mata ke dalam kantung
kelopak mata tersebut. Perlahan-lahan pejamkan mata untuk selama 1-3
minit tetapi jangan menggosokkannya. Ini akan membantu menyerapkan
ubat tersebut.
• Jika 2 jenis ubat digunakan, setiap ubat hendaklah digunakan pada masa
yang berasingan sekurang-kurangnya pada jarak 3-5 minit setiap satu
(seboleh-bolehnya selama 10 minit) untuk mengelakkan ubat yang
dimasukkan lebih awal terlupus.
• Jangan sentuhkan penghujung botol penitis ubat mata itu pada mata,
tangan atau mana-mana permukaan.
Penjagaan Sendiri
12
Mata Merah
• Gejala
Kemerahan, kerengsaan dan sakit.
• Penyebab
Sebarang bahan yang memasuki mata secara tidak sengaja.
Habuk, pasir, bulu mata, serpihan besi, plastik atau kayu.
• Rawatan
Cuba keluarkan bahan asing tersebut menggunakan hujung sapu
tangan atau tisu muka.
Basuhkan mata menggunakan air atau bahan pencuci mata yang
banyak.
Dapatkan nasihat pakar mata jika bahan asing itu tidak dapat
dikeluarkan
Jangan menggosok mata kerana ia akan mencederakan kornea
(selaput jenih yang meliputi mata hitam di bahagian hadapan mata)
dan boleh menyebabkan jangkitan.
Konjunktivitis
13
Konjunktivitis Alahan
Gejala
Kadangkala diikuti dengan ruam kulit atau gejala-gejala alahan pada bahagian
atas saluran pernafasan seperti bersin dan bunyi ronkus (bunyi berdesit apabila
bernafas).
Penyebab
Rawatan
Tuam dengan air sejuk dan dapatkan udara yang bersih bagi melegakan gejala-
gejalanya.
Gunakan ubat-ubat mata (seperti ubat yang boleh menyempitkan salur darah/
yang boleh melegakan rasa "senak" dalam mata akibat pengumpulan darah
yang luar biasa dan antihistamin) yang boleh dibeli dari kedai-kedai farmasi.
Gejala
Penyebab
14
Rawatan
Menggunakan ubat mata (seperti ubat yang dapat melegakan rasa "senak"
dalam mata akibat pengumpulan darah yang luar biasa) yang boleh dibeli dari
kedai farmasi.
• Gejala
Konjunktivitis akut dengan pengeluaran air mata yang berlebihan
Terasa tidak selesa dan terasa seperti adanya benda asing yang
mengganggu dalam mata.
Pandangan menjadi kabur
Demam ringan mungkin berlaku
• Penyebab
Jangkitan kuman virus.
Berpunca dari selesema atau sakit tekak yang baru lepas atau berjangkit
dari orang yang mendapat konjunktivitis akut.
• Rawatan
Biasanya rawatan sendiri sahaja dan gejala-gejala jangkitan akan hilang
dalam tempoh 1-3 minggu. Rawatan bertujuan untuk meredakan gejala-
gejala utama dengan menggunakan sediaan air mata tiruan dan ubat
mata yang boleh meredakan rasa 'senak' dalam mata.
• Gejala
Mata terasa tidak selesa tetapi tidak sakit
Lelehan nanah/tahi mata yang pekat, berwarna putih, kuning
kehijauan dan berkeruping. Ini menyebabkan kelopak mata melekat
semasa pesakit bangun dari tidur
• Penyebab
Jangkitan bakteria
• Rawatan
Rawatan sendiri untuk selama 2 minggu. Ubat antibiotik yang
diperolehi dari doktor akan dapat menyembuhkan jangkitan lebih
cepat
Boleh dirawat dengan ubat titis mata yang boleh didapati dari
doktor dan digunakan setiap hari untuk selama 2-3 hari
15
• Jangan berkongsi ubat mata, kain atau tuala mandi
• Jangan berenang di dalam kolam renang yang tercemar
• Buang tisu yang telah digunakan untuk mengesat mata.
• Gejala
Menyerupai keradangan yang disebabkan oleh alahan atau jangkitan virus
• Penyebab
Konjunktivitis toksik atau terlalu sensitif
• Rawatan
Hentikan penggunaan agen atau benda yang menyebabkan jangkitan
Mata Kering
• Gejala
Mata kelihatan putih atau sedikit kemerahan, terasa panas di mata,
berpasir seperti adanya gangguan dari benda asing dan diikuti
dengan mata berair
• Penyebab
Kurangnya pengeluaran air mata
Penuaan
Penyakit sistemik, artritis reumatoid, penyakit vaskular kolagen
• Rawatan
Menitiskan air mata tiruan dan pelincir ke dalam mata
Kedua-dua ubat titis mata dan sediaan salap mata boleh didapati
dengan mudah.
Elakkan mata dari kekeringan berterusan dengan mengelakkan
berada di dalam bilik berhawa dingin terlalu lama
Mengambil sediaan vitamin A
Dapatkan nasihat doktor jika gejala ini berterusan selama lebih dari
72 jam
•
Pandangan kabur
•
Fotofobia (sensitif kepada cahaya)
16
Tanda dan gejala Pengurusan
Rujukan Rawatan
Mata kemerahan dengan: Rujukan
segera sendiri
•
Pernah mendapat kecederaan
•
Pemakaian kanta sentuh
17
Cara mengguna krim/salap mata
Petua berguna:
• Cuba kenal pasti dan elakkan sebarang bahan yang boleh mendatangkan
alahan
• Pakai alat penutup mata semasa di kolam renang
• Elakkan kawasan yang berasap, seperti meminta untuk duduk di kawasan
larangan merokok semasa di dalam restoran atau di dalam kapal terbang
• Jangan pakai kanta sentuh semasa dalam rawatan dan beberapa hari
selepas rawatan
• Sentiasa beringat mengenai langkah-langkah mencegah konjunktivitis dari
merebak (seperti jangan berkongsi tuala)
• Jangan mengabaikan gejala yang serius
• Dapatkan nasihat doktor bila perlu atau jika gejalanya berlarutan
• Redakan kesakitan mata yang bukan disebabkan oleh jangkitan kuman
dengan :
o Menuam dengan kain yang lembab dan suam di atas mata selama
5 minit. Lakukan berulang-ulang 2-3 kali/hari
o Gunakan ubat titis mata yang dibeli dari kedai farmasi
• Untuk mengeluarkan sesuatu daripada mata:
o Basuh tangan anda
o Titiskan air yang bersih ke dalam mata untuk membersihkannya
18
o Pintalkan tisu di kedua-dua hujungnya. Basahkan hujungnya
dengan air paip. Dengan perlahan sentuhkan hujung tisu pada
habuk yang terdapat dalam mata dan ia dengan sendirinya akan
melekat pada tisu itu
o Jangan menggosok mata
o Basuh mata dengan air yang sejuk
o Tutup mata selama 24 jam bagi membantu melegakan kesakitan
• Basuhkan semua kain yang telah terkena mata yang dijangkiti kuman
(seperti pakaian, tuala, sarung bantal)
• Jangan berkongsi alat solek (buang alat solek yang digunakan jika
jangkitan mata disebabkan oleh virus atau bakteria)
19