Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS NOVEL PAPA

Cerita bermula pada suatu petang, ketika Intan Julia perasan akan kemesraan
papa dengan mama.Mak cik Noraini, pembantu rumah mereka menyediakan
minuman petang. Ju berasa kagum tetapi jengkel melihat kehangatan hubungan
tersebut meskipun mereka sudah lama mendirikan rumahtangga.

mak cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan mama dan papa
Juliana. Perbualan mereka terputus tatkala papa memberitahu Juliana bahawa
mamanya sedang mengandung anak yang kedua.Mendengar berita tersebut,
membuatkan hati mak cik Noraini bimbang. Malah rakah-rakan Intan Marliana
juba bimbang risiko yang bakal dihadapi oleh Intan Marliana memandangkan
mama pernah mengalami komplikasi yang teruk tatkala melahirkan
Juliana.Namun, kedegilan Intan Marliana untuk membuktikan kasihnya kepada
papa, beliau bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah kepada
Tuhan.Hal ini demikian kerana, papa memang sudah lama teringin menimang
cahaya mata kedua.

Di dalam kereta, Cikgu Suzie mengingatkan Intan Marliana tentang risiko yang
bakal dihadapi oleh sahabatnya itu. Namun Intan Marliana tetap dengan
pendiriannya untuk terus mengandung dan melahirkan cahaya mata demi
cintanya yang mendalam kepada Jefri. Julia yang mendengar perbualan tersebut
perasan akan perubahan air muka mamanya. Hal ini menyebabkan Julia ingin
tertanya-tanya dan mencari jawapan daripada mak cik Noraini. Makcik Noraini
menceritakan sejarah kelahiran Julia yang tidak cukup bulan dan keadaan
mamanya yang pengsan serta betapa susahnya untuk menjaga Ju.

Memandangkan Intan Marliana mengandungkan anak kembar, maka Jefri


menyediakan dua buah katil buat bakal bayi mereka. Intan Marliana dibawa ke
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia tatkala saat melahirkan tiba.Doktor
memaklumkan bahawa mama perlu menjalani pembedahan kerana komplikasi
terhadap kandungannya itu.Akhirnya, bayi kembar lelaki yang melekat dari
bahagian kepala hingga punggung dilahirkan melalui pembedahan. Namun,
tidak panjang umurnya dan meninggal dunia. Manakala Intan Marliana pula
koma akibat kehilangan banyak darah.Kembar tersebut dinamakan Ahmad dan
Muhammad.

Kesedihan menyelubungi keluarga mereka lantaran anak yang dinanti-nantikan


pergi menyahut seruan Ilahi. Jefri menggantikan tempat Intan Marliana
menguruskan kehidupan dan tidak jemu-jemu menjaga dan mendoakan agar
isterinya pulih seperti sediakala. Ketika di rumah, Ju menatap foto-foto lama
milik mama dan papa sambil membayangkan kisah mereka semasa usia muda.
Sepucuk surat yang pernah dikirimkan oleh papa kepada mama dibaca.Melalui
surat itu, Ju mengetahui betapa tingginya kasih sayang papa terhadap mama.

Juliana pula kian dewasa dan rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya. Papa
benar-benar menentang akan hubungan tersebut memandangkan Rasylan
merupakan anak angkat yang status keturunannya serta asal-usulnya tidak
diketahui.Ju dan Rasylan memperoleh keputusan cemerlan dalam SPM dan
berjaya melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam
Antarabangsa(UIA).Dalam masa yang sama, papa mula rapat dengan pelajar
beliau yang bernama Aishah. Aishah, sentiasa mengambil berat dan memberi
perhatian kepada papa menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat. malah
,Ju telah beberapa kali terserempak mereka berbual-bual di kedai makanan
segera.

Hakikatnya, papa mula tertarik kepada Aishah dan ingin memperisterikannya.


Hasrat hatinya disuarakan kepada mak cik Noraini. Perbualan tersebut telah
didengari oleh Ju dan bermula konflik antara mereka kerana Ju berasa kurang
senang dengan hasrat papa yang ingin berkahwin lagi. kata-kata Ju
menimbulkan kemarahan papa. Ju juga telah ditampar oleh papa. Akhirnya
konflik tersebut dapat dileraikan apabila papa berbincang dari hati ke hati
dengan Ju.Ju bersetuju kerana kasihan melihat papa yang kesunyian sepanjang
mama koma.

Aishah pandai mengambil hati Ju dan sering bertanya khabar dan mengajak
bermain tenis.Malah Aisyah membawa Ju pulang ke rumahnya dan ketika itu
barulah Ju tahu bahawa Aisyah anak orang berada.Jefri pula tidak jemu-jemu
"berbual-bual" dengan isterinya tentang masa depan anak mereka.

Papa selamat diijabkabulkan dan Ju pula akhirnya berjaya menamatkan kursus


di UIA.

Intan Marliana telah bertahun-tahun koma akhirnya telah membuka mata di


biliknya. Ju terkejut dan berasa amat gembira. Papa hanya tersenyum tenang
menghadapi situasi tersebut. Namun keadaan bertukar sepi apabila Aishah
masuk ke bilik itu sambil memegang bahu papa. Situasi tersebut menyebabkan
papa serba salah lalu menceritakan keadaan yang sebenar. Mama kelihatan
marah mendengar berita tersebut dan mendengus dengan kuat sambil
melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya mama meninggal dunia selepas
lebih tiga tahun koma.

Anda mungkin juga menyukai