Anda di halaman 1dari 8

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

PENULISAN ILMIAH

Pengenalan
1. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk
mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis
merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku
ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA, 2001).
2. Merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada warga
organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya
membentangkan hasil penulisan ilmiah yang baik.
3. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan yang sering
digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek
kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar,
kolokium, simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk
diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah.

Kerta Kerja Konsep/ Kajian


(a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan.
Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide penulis berdasarkan
pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan. Sementara itu,
penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan
daripada analisis data yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah
tertentu dengan menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam penulisan
ilmiah berbentuk kertas kajian, beberapa aspek penting seperti objektif
kajian, persoalan kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian perlu dinyatakan
dengan jelas.

Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian


Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu.
Berikut adalah format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak
pihak:
1. Kertas dan Saiz - Simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz
A4.

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 1


PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

2. Jidar/ Margins- 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih
besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.
3. Huruf/ Fonts - Times New Roman bersaiz 12pt, Courier bersaiz 12pt
atau huruf Arial 12pt (pilih mana-mana satu-selaraskan)
4. Jarak Antara Baris - satu setengah langkau (1.5 spacing).
5. Muka surat -Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i,
ii, iii dan seterusnya digunakan untuk menandakan halaman isi
kandungan, synopsis atau exsecutive summary, senarai jadual,
penghargaan dan sebagainya. Nombor menggunakan angka 1, 2, 3
dan sebagainya pula digunakan untuk muka surat seterusnya bermula
dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan
dan lampiran.

Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah kertas kajian untuk
pembentangan dalam seminar atau untuk dimuatkan sebagai artikel jurnal.
Halaman
Halaman Judul i
Isi kandungan ii
Abstrak (Ada kalanya versi Bahasa Inggeris turut
disertakan pada mukasurat berikutnya) iii
Teks (body)
1.0 Pengenalan/ Latarbelakang Kajian 1
2.0 Definisi Konsep/ Operasional 2
3.0 Kajian / Tinjauan Literature 5
4.0 Matlamat Kajian 6
5.0 Objektif Kajian 7
6.0 Persoalan Kajian (jika ada) 8
7.0 Hipotesis Kajian (jika ada/ jika statistik
Inferensi digunakan) 10
8.0 Kepentingan Kajian 12
9.0 Skop dan Kekangan Kajian (jika ada) 13
10.0 Kaedah/ Methodologi Kajian 14
11.0 Analisis Data Kajian 16

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 2


PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

12.0 Dapatan Kajian dan Rumusan 20


13.0 Cadangan 25
14.0 Penutup 27
Rujukan 16
Lampiran 17

Penggunaan Bahasa
Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan
tepat serta sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan
komunikatif. Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan
secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat,
kesejajaran atau kemungkinan.

Paragraf
Paragraf biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru,
atau pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan
tujuan dan kedudukannya dalam penulisan :

6.1 Paragraf Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka


• Pengantar
• Penarik minat dan perhatian pembaca
• Penyiapan pikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan
• Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan
6.2 Paragraf Penghubung
• Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan.
• Analisa masalah
• Antara paragraf dengan paragraf harus berhubungan secara logis
6.3 Paragraf Penutup
• Mengakhiri sebuah karangan/wacana
• Berisi kesimpulan, penegasan dari paragraf penghubung
• Ringkas, padat dan pendek

Topik dan Tajuk

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 3


PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok


pembicaraan) perlu ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu
dipertimbangkan beberapa hal berikut :
1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas
2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis
3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis
4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi

Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop


pembicaraannya tidak terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses
pembatasan topik dapat dipermudahkan dengan cara membuat diagram jam,
diagram pohon atau piramid berbentuk terbalik.
Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik
yang telah dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah
pokok pembicaraan dalam keseluruhan karangan yang akan digarap
sementara judul ialah nama, tajuk atau semacam label untuk suatu
karangan.
Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul:
a. Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca
oleh orang lain
b. Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan
c. Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan
d. Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat
e. Tidak mengandungi singkatan atau akronim.

Kerangka Penulisan
Kerangka merupakan himpunan ide utama penulis yang disusun
dalam komposisi yang terpadu secara sistematik. Kerangka karangan
berguna bagi penulis sebagai pedoman penulisan laporan tersebut. Topik-
topik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik, langkah demi
langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada pembaca untuk
melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan
perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 4


PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai
tindak lanjut. Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide
yang diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan cepat

Format Rujukan
Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari
dengan senarai rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:
(a) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)
(b) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)
(c) Sistem Nombor (Nota Kaki)
Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan
menggunakan Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):
(i) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama
pengarang yang dirujuk, contohnya:
“Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang
merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti”
(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang
dan tahun perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya:
“Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah
yang lebih berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).”
(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,
nama kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya:
“Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama
dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995).”
(iv) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang
atau lebih, hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis
seperti:
“Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini
tersebut dalam menyediakan jadual waktu untuk universiti.”
(v) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh
pengarang yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a,
b, c dan seterusnya perlu digunakan untuk membezakan sumber-sumber
tersebut, contohnya:

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 5


PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

”Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir


dan Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil
seni rakyat tradisional Jawa.”

Bibliografi/ Rujukan
Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran
ilmiah dalam bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang
disajikan dalam bentuk bahan pustaka. Bahan pustaka itu kemudian
dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada
dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan yang berkaitan
dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu penulisan.
Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui
sumber yang digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut
terlebih dahulu. Berdasarkan bibliografi tersebut pembaca yang
berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan suatu tulisan, karena
tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan karya ilmiah
tersebut.
Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan
sumbernya:
(a) Buku
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). ”Wawasan Pendidikan : Agenda
Pengisian.”Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). “Pukal Latihan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan.” Kuala Lumpur:
DBP.
(b) Artikel dalam buku
Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership in Schools: Reflections and
Empirical Evidence.” dlm. Mikac, N. “School Leadership and
Management.” Boston: Allyn & Bacon. 73-91.
(c) Artikel dalam jurnal
Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). “Assessing The Intructional Management
Behavior Of Principal.” The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.
(d) Tesis

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 6


PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

Chew Chee Wan (1993). ”Instructional Supervision For Curriculum


Implementation: A Case Study Of A School.” Universiti Malaya: Disertasi
Sarjana Pendidikan.
(e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan
Salim Sulaiman (2000). ”Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk
Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan.” PPD Kulai, Johor: Kertas
kerja tidak diterbitkan.

Cadangan
Selepas kursus ini, Guru-guru Kanan Tingkatan Enam akan
menggunakan panduan penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di
atas bagi membantu guru dan pelajar untuk menyediakan dan seterusnya
membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti.

12.0 Rumusan/ Kesimpulan


Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan
sesuatu kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa
perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang
lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah
panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang
digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.

Rujukan

American Psychological Association (2001). “Publication Manual of the


American Psychological Association.” 5th ed.Washington, D.C.: Author.

Gallaudet University (2003). “APA Style Ganeral Guidelines.” Washington DC:


Gallaudet University.

Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). “Pedoman Penulisan


Skripsi.” Jakarta: LIPI.

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 7


PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

Universiti Teknologi Malaysia (2001). “Panduan Menulis Tesis.” Skudai, Johor:


Penerbitan UTM.

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 8