Anda di halaman 1dari 2

25 September 2010, adalah hari yang paling menyorokan kepada semua pelajar – pelajar daripada

Management and Science University (MSU) terutamanya mereka yang mengambil mata pelajaran
Community Service.

Kenangan terindah telah terbentuk tatkala kami sesisi pelajar subject berkenaan menaiki bas mewah
milik Universiti kami. Berkat doa dan pemanduan yang berhemah daripada pemandu bas MSU, kami
sesisi bas telah selamat tiba di rumah Bakti yang terletak di bumi Sungai Boluh.

Perjalanan kami telah tetapkan pada jam 8 pagi, namun kebijaksanan pensyarah kami telah
menyebabkan kami menghadirkan di kaki kampus se awal jam 7.30 pagi. Setelah selesai sesisi
menandatangani kehadiran, kami telah memulakan perjalanan ke rumah Bakti. yang memakan masa
lebih kurang satu jam setengah ke rumah.

Di awal perjalanan ramai para pelajar di dalam berasa gusar di dalam hati, entah mengapa masing –
masing kelihatan pening dengan rumah bakti. Mereka tidak mengerti apakah kandungan sebenar rumah
bakti berkenaan.

Lantas pelbagai persoalan timbul tenggelam di dalam pemikiran para pelajar, namun segelanya terjawab
apabila bas milik universiti berlabuh dengan selamat di dalam perut rumah Bakti. Dengan segera saya
dan rakan keluar daripada bas.

Langkah pertama di pancakan ke atas tanah bumi sungai buloh, terpancar sinar ke ikhlas di dalam hati
kami apabila mengetahui aktiviti yang bakal kami jalankan di rumah sana adalah program jamuan raya
bersama kanak – kanak istimewa dan juga orang – orang tua.

Dengan pantas saya dan rakan – rakan segera melangkah masuk ke dalam dewan yang tersergam indah,
kami mula mengemas dan menghias setiap penjuru dewan. Seperti yang di jadualkan aktiviti kami
bermula selepas kehadiran para tetamu istimewa.

Tersentuh hati kami apabila melihat mereka, kanak – kanak kecil yang terkurang nikmat tuhan, tanpa di
jemput telah hadir perasaan insaf di hati kami, betapa bertuahnya kami ini di kurniakan segala nikmat
tuhan namun hati yang kudus ini sentiasa terpengaruh dengan gangguan bisik syaitan.

Lalu dengan segera kami berdoa di sudut hati kalbu dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi, lalu
dengan segera kami memimpin mereka masuk dan melabuhkan punggung masing – masing di kerusi
yang tersedia.

Lalu kami memulakan aktiviti yang seterusnya iaitu aktivit mewarna bagi kanak – kanak yang yatim
piatu, bermain congkak kepada warga emas yang di tempatkan di sana. Namun tidak ketinggalan di situ
sahaja, kami sempat mengambil gambar – gambar kenangan bersama mereka.
Namun tidak laman bermain masa telah jauh berganjak ke waktu tengahari, dengan segera persiapan
untuk menjamah waktu tengahari mula bersidang. Kami sebagai pelayan mereka segera membawa
makanan mereka dan melayani mereka dengan penuh kasih dan sayang.

Setelah selesai menjamah waktu menjamah selera, lantas segela aktiviti kami telah sampai penghujung
apabila selesai sudah majlis memberikan duit raya kepada kanak – kanak sekalian. Namun sebelum
bergerak pulang kami sempat berkunjung ke rumah kediaman mereka.

Akhirna di dalam kira – kira pukul 2 petang kami selamat tiba di perkaragan kampus.

Anda mungkin juga menyukai