Anda di halaman 1dari 13

………………………………………………………………………………………………

Soalan tugasan:

HBEF1403: SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada


kedua-duanya; iaitu guru dan pelajar.Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching
involves offering children an array of activities built arround a central idea.” Machedo
(1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan
sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan
merangkumi banyak bidang kurikulum.Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-
kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-
kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Pendekatan tema
atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit
menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan
mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran
dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran
dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema
pembelajaran.Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun
aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang
disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.
Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar
belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.Pendekatan ini melibatkan
bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema.
Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran
yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai
rangsangan ke arah pembelajaran.

1
………………………………………………………………………………………………

Jenis-jenis tema
Pendekatan Bertema ia merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang
disusun sekitar konsep atau tema. Pendekatan Bertemamerupakan alat pengelolaan
kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Pendekatan Bertema juga
membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran
termasuk juga bidang-bidang kurikulum. Pemilihan dan Penentuan Tema ia berasaskan
konsep, berasaskan kemahiran, berasaskan kandungan dan kemahiran, berfokus kepada
isu, berfokus kepada projek, berorientasikan kajian kes.
1. Tema dan Masyarakat - penekanan terhadap manusia, sosial dan budaya.
2. Tema Komunikasi - Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas
seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks
mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Verbal ( dlm
bentuk bahasa ) bukan verbal ( isyarat) .
3.Tema-Persekitaran - Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk
bermain dan cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak
bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan
rakan sebaya serta sokongan.
4. Persekitaran- Alam Semulajadi - peranan dan kefahaman tentang persekitaran
alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat dan
habitat semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem
yang seimbang.

Soalan (a)
Pendekatan Bertema dalam lawatan pelajar
Perbincangan dalam Pendidikan Seni selalunya berkenaan dua aspek iaitu content
(isi, tema, subject matter, estetika) dan form (bentuk luaran, sifat-sifat plastik, elemen &
prinsip seni, estetika dan lain-lain). Content ialah berkenaan apa yang hendak
disampaikan, maksud tersirat dan tersurat, informasi berkenaan karya dan desain.
Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema
yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan

2
………………………………………………………………………………………………
pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema
membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan
pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam
berkenaan subjek ataupun idea utama.Pendekatan Bertema adalah dalam lawatan kegaleri
seni dimana pelajar berfokus kepada pendidikan seni bersama karya seni dari segi
kemahiran dan ketangkasan tangan. Mungkin merupakan satu komen terhadap
masyarakat, akhlak dan strata sosial masyarakat, di mana pengkarya sendiri sebagai
kelompok masyarakat tersebut. Manusia adalah pembuat imej. Imej-imej catan di
dinding-dinding gua manusia sejak beribu-ribu tahun hingga ke-abad mutakhir; rakaman
seni rupa dan juga bidang kesenian telah terus berkembang. Pemilihan tema perlu
mempertimbangkan aspek-aspek berikut:-

(i) Boleh merentas semua matapelajaran


(ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar
(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa
(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih
(vi) Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar

Kelebihan Pendekatan Bertema kepada Pelajar


(i) untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
(ii) untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,
(iii) dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan
pengetahuan dan pengalaman lalu,
(iv) dapat menghadapi cabaran
(v) dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan,
(vi) untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal
(vii) menyemai nilai empati ,harmoni dan pemahaman sesame insan yang
pelbagai budaya

3
………………………………………………………………………………………………
(viii) untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait
pengetahuan dan kemahiran

Cara menjalankan Pendekatan Bertema


(i) Aktiviti K-W-L.
K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?
W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?
L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini?
(ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti
alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama,
moral, kemahiran hidup.
(iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan membacakan
sebuah cerita kepada kelas
(iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu
unitjika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian sebuah kolej tentang gambar-gambar boleh
dipamerkan di atas papan bulletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai manusia
dan mesin yang berupaya mengajar atau menyatakan mesej.
(v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset
(vi) Dedahkan pelajar mempelajari puisi contohnya bahasa dan muzik
(vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian contohnya sains dan
matematik
(viii) Bawa bahan bantu mengajar contoh batu karang

Soalan (b)
Tajuk tema dan soalan
Tajuk tema dan soalan dalam karya seni mempunyai seribu satu cerita untuk
diterangkan yang mungkin hanya seniman sahaja yang dapat mengerti makna dan tujuan
di sebalik karyanya. Aspek hasil kerja murid yang dipersembakan adalah merupakan
bidang seni seperti seni rupa/visual dikategori sebagai bidang kreatif kerana tiada yang
mutlak dalam menyelesaikan sesuatu kerja yang dilakukan dengan kreatif mengikut
kemampuan mereka. Kesenian ini juga berbeza-beza dikalangan murid-murid kerana

4
………………………………………………………………………………………………
daya persepsi yang berbeza-beza atau dari satu bangsa dengan bangsa yang lain. Apa
yang jelas, manusia berkeinginan untuk menukar pengalaman mereka menjadi bentuk
lain samada seni rupa, sastera, muzik, tarian dan sebagainya. Sehingga kini, seni menjadi
wadah kemajuan hidup dan pengembangan pemikiran manusia, lantas membina tamadun
besar dunia. Seni berhubungan dengan bidang yang lain seperti sosiologi, falsafah,
politik, ekonomi, pendidikan, keagamaan, sains dan teknologi. Perkembangan dan
kemajuan seni kian ketara terutama bidang seni rupa; dari seni halus (seni terawal dan
asas kepada bidang seni lain) kemudiannya berkembang kepada seni gunaan meliputi
rekabentuk fesyen, grafik, lanskap, industri, seramik dan sebagainya. Ini kerana sejak
dahulu seni mempunyai bidang kesenian sebenarnya dikaitkan yang erat dengan
masyarakat. Pelajar dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-
kanak dapat belajar melalui pengalaman yangdilalui sendiri.
a.Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap
kali merancang jadual aktiviti.
b.Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran
dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri,
sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama
antara kanak-kanak.
c.Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam
kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta
pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

(a) Kekuatan
(i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal
dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan
muzik berasaslam tema yang diberi
(ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan
kreativiti yang tinggi
(iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan
(iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru
(v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

5
………………………………………………………………………………………………
(vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran
(b) Isu/Cabaran
(i) kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran
(ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan
(iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza
(iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas
(v) kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza
Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran
- Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan
cuba terokai.

Soalan yang dipilih melalui tema seperti:


a.Soalan : Di manakah letaknya Pantai Port Dickson?

bSo.alan : Berdasarkan tayangan yang kamu lihat tadi,tempat apakah yang terdapat di
Kuala Lumpur?

c.Murid menyebut semula nama tempat-tempat menarik yang telah mereka lihat tadi.

d.Soalan : Sebutkan nama tempat-tempat menarik yang kamu lihat tadi?

e.Soalan : Di manakah letaknya Pulau Langkawi?

f.Soalan : Di manakah letaknya Menara Berkembar Petronas?

Soalan (c)
Pandangan jumlah mata pelajaran dan pelaksanaan tema mata pelajaran
dari segi pengabungjalinan

Pengabungjalinan hasilkerja seni sebenarnya boleh disesuaikan sebagai alat untuk


membantu proses pengajaran dan pembelajaran bagi perkembangan pemikiran beraras

6
………………………………………………………………………………………………
tinggi kanak-kanak. Peranan ini hanya akan berkesan apabila guru membuat perancangan
dari isi dan strategi berdasarkan objektif pengajaran dan kumpulan sasaran. Setelah itu
guru harus memindahkan bahan ini kepada bentuk yang difahami .Memberi pendapat
terhadap hasil karya dan persembahan seni ,kanak-kanak dapat menyatakan apa yang
berkaitan dengannya secara lisan dan bertulis. Analisa yang diperolehi melalui kajian ini
secara amnya murid dilatih secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang
digunakan dalam pembelajaran seni. Pengabungjalinan ini diterangkan seperti yang
berikut:
1. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai
tema yang mencakupi hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.
2. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang
berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara
sedar dan terancang, namun murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.
3. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu memberikan penekanan pada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Konsep Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa


Satu strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagaimana yang
terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran ialah penggabungjalinan. Ini merupakan
proses yang sangat penting kerana melalui penggabungjalinan, beberapa kemahiran
berbahasa dapat dikuasai oleh murid serentak. Penggabungjalinan ini berlaku antara
kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu inter bidang atau kemahiran
berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intra bidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa
kata, dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu
dihuraikan seperti yang berikut:
a.Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis
boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya
antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur

7
………………………………………………………………………………………………
digabungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan
inibertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.Tatabahasa boleh digabungkan secara
terancang dalam konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang
dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau
perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada kata umum atau
istilah), dan peribahasa; serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa
yang betul dalam pelbagai genre penulisan.
b.Penyerapan dalam Konsep Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa
Kertas kerja ini memberikan fokus kepada penyerapan ilmu, kemahiran bernilai tambah
dan kepintaran emosi dalam konsep penggabungjalinan kemahiran berbahasa.
c.Penyerapan Ilmu dalam Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa.

Menurut Kamus Dewan, ilmu bermakna pengetahuan, kepandaian (dalam perkara


dunia, akhirat, zahir, batin). Ilmu merangkumi pelbagai bidang dan disiplin yang luas.
Ilmu bukan sekadar merentas kurikulum seperti ilmu dalam bidang sains, matematik,
geografi, sejarah atau agama, tetapi juga meliputi seluruh kehidupan
bermasyarakat.Penggabungjalinan kemahiran berbahasa dan penyerapan ilmu merupakan
dua perkara yang berjalan seiring semasa proses pengajaran dan pembelajaran .Bahasa
Melayu. Pengabungjalinan kemahiran berbahasa merupakan strategi manakala ilmu
merupakan bahan. Guru diberi sepenuh kebebasan untuk menggunakan pelbagai disiplin
ilmu (asalkan tidak bertentangan dengan nilai norma masyarakat Malaysia) agar murid
merasakan keseronokan meneroka sesuatu bidang dan melihat manfaatnya dalam
kehidupan mereka.

Pengabungjalinan Bahasa Melayu berdasarkan tema

Pengabungjalinan Bahasa Melayu berdasarkan tema di peringkat rendah, didapati


memberi penekanan kepada penguasaan kecekapan berbahasa yang dikendalikan melalui
aspek penerimaan dan penghasilan. Aspek pertama, iaitu penerimaan dikendalikan
menerusi pengajaran dan pembelajaran kemahiran-kemahiran mendengar dan membaca

8
………………………………………………………………………………………………
manakala aspek penghasilan pula dikendalikan melalui kemahiran bertutur dan menulis.
Aspek pertama dan kedua disebut sebagai empat kemahiran terpenting pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.Murid-murid diajar sehingga berjaya menguasai keempat-
empat kemahiran berkenaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menyatakan
bahawa bahasa Melayu akan terus memainkan peranannya yang terpenting sebagai
bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perhubungan yang utama dan bahasa perpaduan.
Penguasaan yang baik dalam kemahiran berbahasa akan membantu murid-murid
mengikuti pelajaran mereka dengan lebih mudah dan berkesan. Atas hakikat ini, maka
kemahiran berbahasa diberi penekanan yang berat dalam kurikulum sekolah rendah
supaya di akhir persekolahan nanti, murid-murid akan dapat menggunakan bahasa sejajar
dengan peringkat perkembangan umur mereka. Program bahasa Melayu peringkat rendah
merangkumi asas berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis yang meliputi aspek-aspek mekanis, penggunaan dan penaakulan.
Memandangkan bahawa perhubungan di dalam dan di luar bilik darjah adalah melalui
pertuturan dan penulisan, semua murid-murid hendaklah menguasai kemahiran lisan iaitu
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Pada Tahap I, murid-murid dipimpin untuk mendengar, menyebut,mengenal dan


membentuk lambang huruf dan perkataan serta menggunakan kemahiran-kemahiran
tersebut dalam penulisan. Pada Tahap II, penekanan diberi kepada kemahiran belajar
melalui pembacaan,perbincangan dan penulisan serta penggunaan bahasa untuk berfikir
dan berkomunikasi.Selain penguasaan kecekapan berbahasa, aspek tatabahasa bahasa
Melayu dan ciri-ciri bahasa Melayu yang lain seperti penjodoh bilangan dan peribahasa
ikut dijadikan kandungan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ( Teo Kok
Seong,1999 ). Di peringkat sekolah rendah, sungguhpun diajar aspek tatabahasa, aspek
berkenaan masih di tahap asas dan merupakan komponen sampingan. Di antara aspek
tatabahasa yang diajar ialah golongan perkataan, frasa,klausa dan ayat. Sekadar
contoh,golongan perkataan diajarkan secara tidak langsung. Murid-murid didedahkan
tentang kata nama,kata kerja dll melalui petikan cerita atau ayat. Ciri-ciri bahasa Melayu
yang lain seperti penjodoh bilangan dan peribahasa diajar secara langsung dalam masa
pengajaran dan pembelajaran. Keperluan belajar penjodoh bilangan dan peribahasa dapat

9
………………………………………………………………………………………………
dilihat dengan jelas apabila terdapat soalan-soalan yang berkaitan dengan penjodoh
bilangan dan peribahasa dalam Ujian Penilian Sekolah Rendah ( UPSR ).Kalau di
peringkat sekolah rendah, tatabahasa merupakan komponen sampingan tetapi di sekolah
menengah tatabahasa merupakan komponen penting yang ditekankan bersama peribahasa
dan unsur sastera. Pada tahun 2000, sukatan bahasa Melayu telah melalui satu lagi
pembaharuan.Unsur sastera yang diajar bersama-sama tatabahasa telah dijadikan
komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kursus sastera dalam pengajaran
bahasa Melayu ini dikenali sebagai komponen sastera ( Komsas ).Kursus ini telah
diperkenalkan secara berperingkat-peringkat mulai Mac 2000 di peringkat tingkatan satu
dan tingkatan empat. Kemudian, pada tahun 2001, Komsas diperluas ke tingkatan dua
dan tingkatan empat. Menjelang tahun 2003, Komsas telah dapat dilaksanakan
sepenuhnya daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Calon sulung bagi sukatan
bahasa Melayu edisi penyesuaian ini mula diuji secara rasmi dalam Peperiksaan
Menengah Rendah dalam subjek Komsas mulai tahun 2002 manakala calon Sijil
Pelajaran Malaysia pada tahun 2001, setahun lebih awal daripada pelajar tingkatan 1,
2000.
Melalui pengajaran dan pembelajaran Komsas, unsur atau bahan sastera dalam
pendidikan bahasa akan menjurus kepada aspek nilai estetik, keindahan bahasa dan sosio
budaya yang tergarap dalam sesebuah karya. Hal ini dapat dilihat melalui matlamat
pengajaran dan pembelajaran Komsas. Antara matlamat itu ialah untuk melahirkan
pelajar yang kreatif dan kritis, meningkatkan kekuatan rohani dan intelek, memupuk
kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa, mengenali dan mengurus
perasaan pelajar serta meningkatkan kemahiran intrapersonel dan interpersonel.
Matlamat Komsas ini tergambar dalam kandungannya. Kandungan Komsas dibahagikan
kepada dua bahagian utama. Bahagian A, Antologi yang disoal dalam Kertas 1 manakala
bahagian B pula membicarakan novel dan diuji dalam Kertas 2. Ini bermakna dalam
sukatan pelajaran bahasa Melayu terdapat empat kemahiran bahasa yang diajar kepada
para pelajar iaitu aspek tatabahasa, Komsas, perbendaharaan kata, istilah dan peribahasa
dan sebutan serta intonasi.Bagi sukatan pelajaran bahasa Melayu baik untuk sekolah
rendah dan menengah prinsip penggabungjalinan, penyerapan, nilai murni, kemahiran
bernilai tambah, patriotisme dan sebagainya turut diajar bersama-sama kemahiran bahasa.

10
………………………………………………………………………………………………

Sukatan pelajaran dibina berdasarkan kurikulum, dan mengandungi topik, objektif,


kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu, di
negara ini dibentuk oleh sebuah panel yang dilantik oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia, di bawah kelolaan Bahagian Pembangunan Kurikulum ( dahulunya PPK, kini
BPK ). Memandangkan sukatan bahasa Melayu yang direkabentuk mengikut acuan FPN,
maka tiga perkara diberikan perhatian dalam perubahan sukatan 2003 agar selari dengan
arus globalisasi.

a.Pertama, kemahiran bahasa yang mahu diajarkan adalah bersifat lokal dan
global.Bersifat lokal bermaksud bercirikan tempatan dan bersifat global berkait dengan
antarabangsa.

b. Kedua, terdapat empat kemahiran bahasa yang diberikan perhatian utama iaitu
kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur ), kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Sukatan pelajaran bahasa Melayu yang dibina menekankan keempat-empat kemahiran ini
hingga ke akar umbi. Ketiga, sukatan pelajaran Bahasa Melayu memasukkan perkara-
perkara seperti penggabungjalinan, penyerapan, nilai murni, ilmu merentasi kurikulum,
sistem bahasa/nahu, kemahiran bernilai tambah dan sebagainya.

c. Perkara ketiga ini lebih kepada satu usaha membentuk dan memperkasa
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang lebih kukuh.Dengan garis panduan
yang ada, perkara seperti tema, tajuk, objektif, hasil pembelajaran, fokus utama dan fokus
sampingan akan tertumpu kepada perkara yang pertama, bersifat lokal dan bersifat
global. Misalnya, tema dan tajuk tempatan akan diperkenalkan terlebih dahulu dalam
sukatan bahasa Melayu, diikuti oleh tema dan tajuk tentang masyarakat, negara dan hal
ehwal antarabangsa.

Kesimpulan

Di dalam akitiviti ini murid-murid adalah lebih baik mengikut arus perkembangan
teknologi masa kini dengan menggunakan kreativiti yang sesuai sebagai satu alat untuk

11
………………………………………………………………………………………………
membantu mereka menyelesaikan hasilkerja seni.Penggunaan hasilkerja bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran pada sifatnya yang interaktif. Sifat ini menghidupkan
suasana pembelajaran dua hala yang menarik dan efektif. Oleh itu kefungsian keluarga
yang dinamik perlu dioptimunkan dan sentiasa memberi perhatian secukupnya keatas
individu yang terlibat semoga dirinya sentiasa diberi perhatian dan dihargai terutamanya
oleh ahli keluarga.

12
………………………………………………………………………………………………
Rujukan

1. Alex Inkeles, 1982 . What is Art : An Introduction to the Discipline and 


Profession. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Amir Hasan Dawi, 2001 . Penteorian Sosiologi  Dan Pendidikan. Tanjong Malim


:  Quantum Books.

3. Cunningham. D. J. 1991. Assessing constructions and constructing assessments: a


dialouge, Educational Technologu, 31,

4. Gagne, R. 1985. The conditions of learning and theory of instruction. Ed ke 4.


New York : Holt Pub.

5. Nik Azis Nik Pa. 1997. Konsep tentang realiti dan prospek pendidikan di abad ke
21. Jurnal Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia. 2:

6. Merill, M.D. 1983. Component Display Theory in Regeluth, C (ed). Indtructional


design theories and models. New Jersey: Erlbaum Hillsdale.

13

Anda mungkin juga menyukai