Anda di halaman 1dari 7

Guru juga hendaklah mahir melaksanakan Kemahiran melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta


mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-
murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang
hati.Jenaka:  Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira
kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang
suka didekati oleh muridnya.Sabar:  Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar
adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat
menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.Bertanggungjawab:  Sifat
bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah
diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya
dengan sempurna.Yakin:  Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut
apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih
menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.Kepimpinan:  Murid-
murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat
kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti
pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Akauntabiliti :

AKAUNTABILITI GURU

o Akauntabiliti guru bermaksud bertanggungjawab kepada seseorang atau


bertanggungjawab terhadap sesuatu, jadi konteks keguruan akauntabiliti
boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme
keguruan
2.
o Bidang tugas
o Bidang pekerjaan : akauntabiliti terhadap kurikulum yang ditugaskan untuk
dilaksanakan.
o Sekolah : akauntabiliti terhadap kemajuan dan perkembangan sekolah.
o Tingkah laku kendiri : guru harus mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang
boleh diteladani oleh murid-murid
o Murid : akauntabiliti terhadap taraf pencapaian, kemajuan serta kelakuan
murid-muridnya.
o Profesion : bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan
dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi.
3. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP NEGARA
o Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPK dan Rukun
Negara dengan jelas.
o Mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab serta berguna.
o Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang proaktif
dan bersepadu.
o Mengeratkan persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dalam
kalangan guru serta ibu bapa muridnya.
o Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
o Bersopan santun dan bertingkah laku dalam segala aktiviti sosial.
4. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PROGRAM PENDIDIKAN
o Membaca dan memahami selengkapnya tentang ilmu pengetahuan yang
diajarnya.
o Menyertai seminar untuk meningkatkan tahap pengajaran.
o Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang menyeluruh.
o Mengajar dengan menggunakan fakta yang betul
5. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PELAJAR DAN IBU BAPA
o Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi seperti mematuhi masa.
o Mengutamakan kebajikan murid daripada diri sendiri.
o Bersikap adil terhadap semua pelajar tanpa diskriminasi.
o Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid.
6. Akauntabiliti guru terhadap diri sendiri
o Menjaga kesihatan rohani dan jasmani.
o Bijak dalam menguruskan kewangan.
o Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta ilmu-ilmu semasa.
o Mengisi masa lapang secara berhemah seperti bersukan.
7. Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional
o Antara ciri-cirinya ialah:
o Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.
o Banyak menggunakan keupayaan intelek.
o Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa
menjalankan tugas.
o Mendapat latihan khusus.
8.
o Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.
o Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.
o Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.

Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

CIRI-CIRI GURU

o Intelek
o - Menanamkan sifat ingin tahu Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri
sekiranya setiap guru menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan
mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia
pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum,
mahupun kaedah mengajar.
9.
o Berkualiti dari Segi Jasmani
o - Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian,
tingkah laku dan tutur kata.
o - Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas
dengan berkesan.
o   - Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-
mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri
dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.
10.
 Berkualiti dari Segi Emosi.
 Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari
segi emosi ialah:
o -Sentiasa menghayati nilai-nilai murni , norma dan Etika Perkhidmatan.
o -Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu
menganggap pergi ke sekolah seb a gai pergi ke medan jihad dan kerja
mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.
11.
o Minat suka membaca.
o - Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai
ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang
memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran
dengan berkesan.
o - Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang
yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca amat
penting untuk meningkatkan kualiti profesion guru.
12.
o Mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris.
o -Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas pada masa kini
memerlukan guru untuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan
kemahiran penggunaan bahasa ini.
o - Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran
Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor
utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada
setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa
inggeris guru perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk
berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.
o  
13.
o
14.
o  
15.
o Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan
o Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal .
 -mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung
dengan pelajar, ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan
sekolah.
16.
17.
o Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke
semasa.
o Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara
aktif.
o Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang
sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.
18.
o Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan
mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan
pedagogi pelajar.
o Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan
bermakna.
o Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam
pelajaran dan pembelajaran.
o Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan.
o Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.
19.
o Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru
yang berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato'
Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan
sebagaimana berikut:
o Bersikap profesional.
o Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
o Kaya ilmu.
o Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
o Bermoral teguh.
20.
o Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
o Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
o Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
o Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan
semasa.
o Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan
sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
21.
o Memastikan situasi ' Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
o Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
o Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
22.
o Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai
diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu).
o Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya.
o Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah
bahagi.
o Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
23. CEKAP JASMANI BERKUALLITI MAHIR ICT MINAT MEMBACA BERDAYA
TAHAN MENGHARGAI WARISAN KEBUDAYAAN EMOSI STABIL AKTIF
BERPENGETAHUAN PEDAGOGI PENGUASAAN BAHASA INGGERIS CIRI-
CIRI GURU
24.
o Ciri-ciri dan potensi diri guru profesional adalah penting dalam
merealisasikan pendidikan cemerlang.