Anda di halaman 1dari 5

Congkak 

adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman


atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah
dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Latar belakang
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang
anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh
Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari
bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-
pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan


pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa
Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana
melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak
dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang
berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di
dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web
di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya
dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian

Asas permainan
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan
mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan
mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Papan congkak berbentuk bangau menyudu.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak
berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang
sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali
sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.[1][2]

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan
permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah
dibiarkan kosong.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah
congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke
rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang
kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.
Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas
itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan
permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang
terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang
menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang
pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-
dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang
sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah
sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak"

Peraturan permainan
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:[2][3]

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua
pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi
satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan
kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong
di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau
mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan
kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas
membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah
terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil
buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di
kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh
memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada
dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak
dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh
diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan
mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki
buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah
kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Perbezaan peraturan
Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah
seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan.

Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak
antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam
berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam

Cara membuat congkak


Congkak plastik moden.

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan
congkak yang dibuat dari kayurambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang
pembuat congkak.

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang
bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan
dalam membuat congkak.
3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau
pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan
dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.
5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak
menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-
tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau
hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa


digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan
pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk
dibawa ke mana-mana sahaja.
Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian,
buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh
digunakan

Rujukan

1. ↑ "Congkak" (in B. Inggeris). ThinkQuest


Library. http://library.thinkquest.org/C001252F/aesthetics/games/congkak.htm. Retrieved 18 April
2008.
2. ↑ 2.0 2.1 "Congkak, a game of wits" (in B. Inggeris). Brunei Darussalam Newsletter. Brunei
Darussalam Information Department. 9 Februari
2008.http://www.information.gov.bn/bdnewsletter/index.php?
option=com_content&task=view&id=95&Itemid=44. Retrieved 18 April 2008.
3. ↑ 3.0 3.1 "Permainan Tradisional : Congkak". Malaysiana. Perpustakaan Negara Malaysia.
2000. http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm. Retrieved 18 April 2008

Anda mungkin juga menyukai