Anda di halaman 1dari 12

PROSPEKTUS

PAMERAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENDIDIKAN KE ARAH
KECEMERLANGAN

DIANJURKAN OLEH

IPG KAMPUS ILMU KHAS


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Guru

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha “ Guru yang berpekerti mulia,


berterusan ke arah berpandangan progresif dan saintifik,
memperkembangkan lagi potensi individu bersedia menjunjung aspirasi negara serta
secara menyeluruh dan bersepadu menyanjung warisan kebudayaan negara,
untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, menjamin pembangunan individu dan
emosi dan jasmani berdasarkan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Usaha ini adalah bertujuan melahirkan Visi BPG


rakyat Malaysia yanberilmu2pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, Sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia
bertanggungjawab dan berkeupayaan dari segi kualiti yang dapat memenuhi
mencapai kesejahteraan diri serta memberi aspirasi negara Malaysia.
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.” Misi BPG

Misi Pendidikan Negara Melaksana sistem pendidikan guru yang


bertaraf dunia untuk memastikan guru-guru
Membangunkan sistem pendidikan yang sentiasa berketrampilan bagi memenuhi
bertaraf dunia bagi memperkembangkan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi Negara Malaysia Matlamat BPG

Matlamat Pendidikan Negara  Melahirkan guru permulaan untuk


memenuhi keperluan Kementerian
• Melahirkan warga negara yang Pelajaran Malaysia
mempunyai sahsiah yang  Menyediakan program
baik,seimbang dan bersepadu dari pembangunan profesionalisme yang
segi intelek,rohani,emosi dan berterusan untuk guru-guru terlatih
jasmani.  Membina insan guru yang berakhlak
mulia, kreatif, ikram dan berdaya
• Percaya dan patuh kepada Tuhan tahan yang boleh mendidik dengan
cekap dan berkesan
• Berilmu pengetahuan dan berfikiran  Mengembangkan institut pendidikan
kreatif dan rasional, Berakhlak guru sebagai pusat rujukan dalam
mulia, Berketrampilan bidang keguruan

• Berkeupayaan memberi sumbangan


kearah menambahkan kemakmuran
masyarakat dan negara

• Setia kepada negara dan


bertanggungjawab untuk menjaga
hubungan baik dan mesra di antara
insan dan memupuk perpaduan
masyarakat Malaysia

2
i. Membentuk Ciri-Ciri Sosial Individu

Pendidikan memainkan peranan penting untuk


membentuk kesedaran :
o kekeluargaan
o komuniti dan masyarakat
o kebangsaan
o kejiranan
o organisasi
o serantau dan antarabangsa
PERANAN PENDIDIKAN

INDIVIDU

ii. Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu

Sistem pendidikan negara adalah juga berperanan membentuk


rakyat yang sentiasa bermotivasi, iltizam, bermaruah, dedikasi,
kuat daya saing, dan daya juang dari segi aqidah dan ilmu.

iii. Membentuk Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang

Sistem pendidikan diharapkan dapat memainkan peranan untuk membentuk


akhlak/etika berasaskan agama dan moral yang tinggi. Individu yang terdidik
mestilah boleh bertoleransi di antara kaum dan agama. Mereka juga hendaklah boleh
menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai kebudayaan kebangsaan.

iv. Membentuk Individu Yang Berilmu Dan Berkemahiran Tinggi

Sistem pendidikan negara diharapkan dapat mengeluarkan individu yang boleh


berkomunikasi sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Pendidikan juga diharapkan dapat membentuk individu yang berpengetahuan
matematik, sains dan teknologi. Mereka mempunyai daya fikir dan mahir menyampai
ilmu dan kemahiran.

3
i. Sumber Kemahiran dan
Ketrampilan
ii. Sumber Kebudayaan dan Ilmu
Mempunyai atau mengetahui
sesuatu bidang ilmu sahaja tidak Sekolah memainkan peranan yang
mencukupi untuk sebuah penting bagi menyalurkan kebudayaan
masyarakat menjalani kehidupan dan ilmu sesuatu bangsa kepada
yang sempurna. Setiap ahli generasi berikutya. Tanpa sesuatu agen
masyarakat perlu mahir dan untuk mewariskan serta
berketrampilan dalam memperluaskan budaya, sesuatu
melaksanakan tanggungjawab generasi baru akan kehilangan
masing-masing. pedoman dan arah. Peranan
PERANAN PENDIDIKAN

mewariskan kebudayaan dan ilmu ini


iii. Sumber Pemupukan Kepercayaan boleh dimainkan oleh institusi keluarga.
MASYARAKAT

dan Sistem Nilai Dalam abad ini


masyarakat telah menjadi lebih maju
Sepanjang sejarah kehidupan menyebabkan kebanyakan ibu bapa
manusia, mereka tidak pernah lepas telah terperangkap dalam arus mengejar
daripada sesuatu kepercayaan dan kemajuan. Mereka tidak mempunyai
sistem nilai. Manusia fitrahnya cukup masa untuk memberikan ilmu
sentiasa mencari-cari jawapan bagi yang lengkap kepada anak-anak.
persoalan-persoalan kerohaniannya.
Banyak berlaku, manusia tersesat
dalam memberikan jawapan-jawapan
persoalan kerohanian mereka.
iv. Menyediakan Tenaga Manusia Untuk
Dengan kesesatan itu mereka akan
Alam Pekerjaan
membinasakan diri dan masyarakat
mereka. Di sinilah peranan
Pada masa kini dan pada masa akan
pendidikan menjadi penting bagi
datang terdapat pelbagai jenis
memberi petunjuk dan panduan
pekerjaan. Lebih maju sesuatu
yang benar.
masyarakat maka lebih banyajk jenis
pekerjaan yang wujud. Tenaga manusia
pelbagai peringkat pendidikan perlu
dikeluarkan bagi mengisi jawatan
v. Pusat Penjagaan Belia, Remaja Dan Kanak-Kanak pekerjaan yang sesuai. Dengan
wujudnya kepelbagaian pelajaran
Dalam dunia perindustrian yang bertambah maju, individu akan terdorong untuk (kerap)
semakin ramai ibu bapa terpaksa menumpukan banyak bertukar pekerjaan.
masa untuk pekerjaan masing-masing. Tambahan pula
terdapat ibu dan bapa terpaksan bekerja. Dengan ini
sekolah akan memainkan peranan yang tersirat iaitu
sebagai pusat penjagaan kanak-kanak, remaja dan belia.
Untuk ini peranan persekolahan mestilah suatu tempat
yang selesa, mengembirakan dan dapat memenuhi naluri
proses perkembangan kanak-kanak menjadi dewasa.

4
HALA TUJU KEMERDEKAAN asas kepada penggubalan Akta Pelajaran
1961 yang menggariskan Bahasa Melayu
Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957) sebagai bahasa pengantar utama pada
semua peringkat pendidikan serta
Sebelum negara mencapai kemerdekaan,
pendidikan yang wujud adalah terasing. penggunaan kurikulum dan peperiksaan
Setiap kaum menubuhkan sekolah mereka yang sama untuk semua pelajar.
iaitu sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan
Tamil yang menggunakan bahasa Dasar pendemokrasian pendidikan bermula
pengantar, kurikulum, buku dan guru pada tahun 1962 dengan memberi
masing-masing kecuali sekolah inggeris penekanan kepada pendidikan percuma
Menjelang kemerdekaan, beberapa untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas
jawatankuasa telah ditubuhkan untuk dengan mengadakan pendidikan universal
mengkaji sistem persekolahan pada masa selama sembilan tahun apabila peperiksaan
itu dan menghasilkan laporan-laporan pemilihan masuk ke sekolah menengah
berikut: dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan
peperiksaan pemilihan ini menyebabkan
 Laporan Barnes (1951) – menyemak peningkatan kadar penyertaan ke sekolah
dan memperbaiki keadaan pendidikan menengah. Kadar ini terus meningkat
kaum Melayu; apabila terdapat perubahan dasar yang
 Laporan Fenn-Wu (1951) – melanjutkan pendidikan universal kepada
menyemak pendidikan kaum Cina; 11 tahun secara berperingkat mulai tahun
1992.
 Ordinan Pelajaran (1952) –
mengesyorkan sekolah kebangsaan
sebagai corak sistem persekolahan Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
kebangsaan; dan Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB,
 Laporan Razak (1956) – meletakkan 1970-1990) bermatlamat untuk
asas bagi perkembangan sistem mengukuhkan perpaduan negara melalui
pendidikan untuk memupuk pembasmian kemiskinan di kalangan
perpaduan melalui Sistem Pelajaran semua kaum dan penyusunan semula
Kebangsaan untuk semua, Bahasa masyarakat.
Melayu sebagai bahasa pengantar
utama serta kurikulum kebangsaan, Sistem pendidikan mengalami banyak
sukatan pelajaran dan sistem perubahan, antaranya Bahasa Melayu
peperiksaan yang sama bagi semua dijadikan sebagai bahasa pengantar utama
sekolah. yang dilaksanakan sepenuhnya pada
peringkat menengah di Semenanjung
Zaman Pasca Merdeka (1957-1970) Malaysia dan Sabah pada tahun 1982,
manakala di Sarawak pada tahun 1990.
Sebaik mencapai kemerdekaan,Ordinan
Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai
perakuan Laporan Razak (1956) yang bahasa kedua juga turut diberi tumpuan.
mengutamakan perpaduan dan menjadi Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta
teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan
Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh dan bantuan kerajaan yang menggunakan
Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai
1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi bahasa pengantar terus dikekalkan.

5
Mata pelajaran Sivik diperkenalkan untuk  Akta Pendidikan 1996 – menggantikan
menyemai semangat jati diri di kalangan Akta Pelajaran 1961 khususnya
pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal peruntukan kuasa-kuasa Menteri
diberi lebih penekanan pada peringkat Pelajaran dan penginstitusian
prasekolah;
menengah bagi menghasilkan tenaga kerja
 Akta Institusi Pendidikan Tinggi
mahir. Swasta 1996 – bermatlamat
menjadikan Malaysia Pusat
Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan Kecemerlangan Pendidikan;
untuk warganegara ditingkatkan dengan  Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara
menambahkan kemudahan fizikal dan 1996 – membolehkan penubuhan
infrastruktur terutama di luar bandar. Untuk sebuah majlis untuk menentukan
mengurangkan jurang perbezaan peluang dasar dan menyelaras pembangunan
pendidikan tinggi;
pendidikan antara golongan kaya dengan
 Akta Perbadanan Tabung Pendidikan
miskin, program sokongan pendidikan Tinggi Negara 1996 – menyediakan
seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), peruntukan pinjaman pelajar dan skim
Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama tabungan bagi meningkatkan akses
Penuh (SBP), asrama desa dan asrama kepada
harian, biasiswa, Rancangan Makanan  Akta Universiti dan Kolej Universiti
Tambahan (RMT) dan program kesihatan (Pindaan) 1996 – memperluas
autonomi dalam pengurusan dan
dipertingkatkan. Selain itu juga, usaha
kewangan kepada universiti awam
merekaraya kurikulum dibuat dan ini bagi menentukan program ke arah
menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru kecemerlangan dalam pendidikan;
Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983  Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996
dan diikuti dengan Kurikulum Bersepadu – memastikan tahap akademik yang
Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun tinggi, jaminan kualiti tinggi dan
1989. kawalan mutu pendidikan terpelihara
dalam penyediaan pendidikan tinggi
swasta;
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
 Akta Institut Teknologi MARA
digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh (Pindaan) 2000 – membolehkan ITM
hala tuju dan matlamat pendidikan negara. dinaiktaraf menjadi
Falsafah ini menekankan pendidikan yang  Akta Perbadanan Tabung Pendidikan
menyeluruh dan bersepadu bagi Tinggi Negara (Pindaan) 2000 –
membentuk pelajar yang seimbang membenarkan pinjaman kepada
daripada segi jasmani, emosi, rohani dan pelajar di institusi pengajian tinggi
intelek. awam dan swasta

Zaman Dasar Pembangunan Negara


Terdapat juga perubahan di dalam
(1991-2000)
institusi pendidikan di bidang yang
berlainan antaranya :
Antara akta yang digubal bagi
 Peningkatan akses dalam
mengukuhkan pelaksanaan dasar
pendidikan Negara ialah : pendidikan khususnya
peringkat tertiari;
 Perkembangan ICT dalam
pendidikan termasuk

6
penubuhan Sekolah Bestari Program Sekolah Ke Kerjaya di bawah
pada tahun 1999; pembiayaan Bank Dunia, 1998-2003);
 Menaiktarafkan kelayakan  Program j-QAF diperkenalkan pada
guru-guru daripada sijil kepada tahun 2005 dan diperluaskan pada
diploma; tahun 2006 bagi memastikan murid
 . Penubuhan kolej matrikulasi; Islam menguasai Jawi, Al-Quran,
 Penubuhan kolej komuniti; Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila
 Menaiktarafkan Maktab tamat sekolah rendah (Keputusan
Perguruan Sultan Idris kepada Jemaah Menteri, 2003);
Universiti Pendidikan Sultan  Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah
Idris (UPSI); dan Agama Negeri didaftarkan sebagai
 Menaiktarafkan Sekolah sekolah agama bantuan kerajaan mulai
Menengah Vokasional kepada 2005 (Keputusan Jawatankuasa Tan
Sri Murad Mengenai Sekolah Agama
Sekolah Menengah Teknik.
Rakyat dan Sekolah Agama Negeri,
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001- 2005);
 Aktiviti kokurikulum dijadikan syarat
2010
kelayakan kemasukan ke institusi
pengajian tinggi awam mulai 2006
Pada abad ini terdapat banyak perubahan
(Keputusan Jemaah Menteri, 2005);
yang dilakukan untuk meningkatkan lagi
 Program Pensiswazahan Guru bagi
taraf pendidikan Negara. memenuhi dasar menyediakan 50
peratus guru sekolah rendah dan 100
 Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) peratus guru sekolah menengah
memperuntukkan pendidikan wajib bagi siswazah terlatih menjelang tahun 2010
pendidikan rendah yang dilaksanakan dengan memberi kelonggaran guru
secara berperingkat mulai Tahun 1 pada 1 mengikuti program ijazah melalui
Januari 2003; pelbagai kaedah termasuk Pendidikan
 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Jarak Jauh;
Matematik dalam Bahasa Inggeris  Menaiktarafkan maktab perguruan
dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)
Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif yang boleh menganugerahkan ijazah
Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan dilaksanakan mulai tahun 2006
pada tahun 2003; (Keputusan Jemaah Menteri 2005);
 Sekolah Pusat, Sekolah Wawasan dan  Kerjasama antara KPM dan
Sekolah Model Khas ditubuhkan dalam
Kementerian Pengajian Tinggi
Rancangan Malaysia Kelapan(RMKe-
8); Malaysia (KPTM) dalam aspek latihan
dan keluaran guru, dan menambah
 Skim Baucar Tuisyen (SBT) memberi baik norma perjawatan daripada 1.5n
bantuan tuisyen kepada murid sekolah (n ialah bilangan kelas) kepada 1.7n
rendah Tahun 4 hingga 6 yang miskin (Keputusan Jemaah Menteri, 2006).
dan berpencapaian rendah dalam mata  Penubuhan sekolah wawasan iaitu
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa sekolah integrasi ini berpegang
Inggeris, Sains dan Matematik mulai kepada konsep belajar bersama-sama
2004 (Keputusan Jemaah Menteri, di bawah satu bumbung atau
2003); satu kawasan yang sama tanpa
 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) mengira kaum dan agama.
diperkenalkan di Sekolah Menengah
Harian pada tahun 2004 (Berasaskan

7
Konsep ini bermaksud dua atau tiga i) prasekolah
buah sekolah yang berlainan aliran
dan pentadbiran dibina
dalam kawasan yang sama dan ii) linus
berkongsi kemudahan-kemudahan
asas seperti padang permainan, iii) sekolah berprestasi tinggi dan
dewan, pusat sumber, bilik komputer,
kantin dan sebagainya
iv) tawaran baru kepada pengetua/guru
 Penubuhan sekolah merupakan salah besar.
satu 'flagship' dalam Koridor Raya
Multimedia (MSC). Sekolah Bestari
akan membawa kepada NKRA telah dijadikan sebagai salah satu
pendemokrasian pendidikan teras dalam program transformasi
sepenuhnya. kerajaan(GTP )yang telah dilancarkan oleh
 Penubuhan sekolah kluster YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28
Januari 2010 yang lepas. Tujuan
merupakan hasil usaha kerajaan yang
mengadakan GTP kepada rakyat adalah
terkini. Sekolah yang terpilih akan untuk memperkasakan sistem pencapaian
mendapat hak autonomi dalam sistem kepada rakyat dan melaksanakan
pentadbiran serta pengurusan sekolah keputusan pantas dan berimpak bagi
itu sendiri. mencapai wawasan 2020.
Perubahan paling signifikan dalam
sejarah perkembangan pendidikan negara
ialah penubuhan KPTM pada tahun 2004.
Dengan pembahagian ini KPM
dipertanggungjawabkan kepada
pembangunan pendidikan prasekolah,
sekolah rendah, sekolah menengah,
matrikulasi dan pendidikan guru.

Di dalam Rancangan Malaysia Ke-10


RMK-10 iaitu dalam aspek pendidikan,
kerajaan telah menjalankan usaha untuk
membangun dan mengekalkan modal
insane bertaraf dunia.

Seiring dengan RMK-10, Pada11Julai


2009,YAB Perdana Menter Dato’ Seri
Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah pun
mengumumkan enam bidang Keberhasilan
Utama Nasional( NKRA) antaranya
termasuklah meluaskan akses kepada
pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Di bawah NKRA pendidikan iaitu meluaskan
akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan, empat sub NKRA telah
dikenalpasti iaitu

8
RUMUSAN

Kesedaran terhadap kepentingan pendidikan di Malaysia semakin meningkat. Namun ada


sesetengah masyarakat masih lagi beranggapan bahawa pendidikan di Malaysia masih berada di
takuk lama. Namun ada juga yang beranggapan bahawa pendidikan tidak diperlukan dalam
membina kehidupan. Oleh itu, kempen-kempen atau pameran mengenai pendidikan boleh membuka
mata pelbagai pihak tentang kepantingan,matlamat, serta tahap pendidikan negara kita. Seiring
dengan matlamat pendidikan negara bagi menyediakan masyarakat yang berpengatahuan, oleh itu
kempen ini merupakan landasan bagi masyarakat untuk menjana pengatahuan tentang pendidikan
di negara kita.

Melalui kempen ini kita akan dapat mengetahui tentang usaha-usaha yang telah kerajaan
jalankan bagi menjadikan institusi pendidikan negara kita bertaraf tinggi pada peringkat dunia.
Pendidikan di negara kita telah beberapa evolusi semenjak sebelum merdeka sehingga kini. Malah
kerajaan masih lagi membina perancangan yang banyak untuk member evolusi positif kepada
pendidikan di negara kita.

Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya menggunakan peluang yang sedia ada untuk
menimba ilmu bagi membina kehidupan yang selesa dan tenteram.. Melaui pendidikan juga,
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat disatukan seiring dengan slogan “Satu
Malaysia”. Begitu juga dengan slogan “Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” di mana
kerajaan telah menyediakan medium pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan generasi yang
cemerlang gemilang dan terbilang. Seiring juga dengan tema kemerdekaan yang ke -53 “Satu
Malaysia,Menjana Transformasi” di mana terdapat pelbagai transformasi yang positif yang dilakukan
oleh kerajaan terutamanya dalam pendidikan untuk menghasilkan negara yang berdaya saing di
antarabangsa. Oleh itu pendidikan merupakan teras kejayaan bagi menghasilkan generasi yang
cemerlang di mata dunia.

9
RUJUKAN

Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program
Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Rancangan Malaysia ke-9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Kementerian


Pelajaran Malaysia.

http://blogger.kebumen.info/docs/peranan-pendidikan-terhadap-negara-malaysia.php

http://www.scribd.com/doc/17546635/Pendidikan-Di-Malaysia-Selepas-Merdeka-SMS

http://www.scribd.com/doc/13322722/Sumbangan-Pendidikan-Kebangsaan-Ke-Arah-Perpaduan-
Negara

10
LAMPIRAN

11
ISI KANDUNGAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
---2---
PERANAN PENDIDIKAN
---3---
HALA TUJU PENDIDIKAN
---5---
RUMUSAN
---9---
RUJUKAN
---10---
LAMPIRAN
---11---

12

Anda mungkin juga menyukai