Anda di halaman 1dari 2

Congkak berasal dari 

Timur Tengah, yan g  menyebar di Asia Tenggara, terutama di kerajaan Malaka


melalui dunia perdagangan. Congkak berasal dari perkataan congak iaitu mengira dan  wujud  sejak
zaman Kesultanan   Melayu Melaka. Ini kerana kerajaan Melaka pada zaman  keagungannya terkenal 
sebagai pusat  perdagangan  utama  di rantau Asia Tengara. Permainan congkak ini terkenal dan hanya
dimainkan di istana dan seterusnya berkembang kepada rakyat jelata. Reka bentuk papan congkak
seperti sampan.

Melalui reka bentuk tersebut kita dapat menentukan asal usul permainan congkak. Menurut sumber
permainan congkak ini direka oleh seorang nelayan yang tidak dapat turun ke laut pada musim
tengkujuh. Ini menyebabkan dia kehilangan rezeki dan bagi memenuhi masa lapang, beliau telah
mendapat ilham membentuk papan congkak berdasarkan sampannya.Permainan ini berkembang pada
masa kesultanan Malaka pada abad ke-15, yang dimainkan oleh keluarga istana, seperti putri-putri raja.

Dalam perkembangannya, congkak sudah mulai dikenal di daerah Tanjung Pinang pada awal abad ke-17
sampai 18 M. Pada masa itu, congkak hanya dimainkan oleh keluarga istana, terutama puteri-puteri raja
dan bangsawan di sekitar Istana Penyengat. Selain kerabat istana, congkak dimainkan juga oleh rakyat
biasa, tetapi terbatas pada kelompok sosial tertentu, misalnya kelompok nelayan atau kelompok petani
saja.

Jadi, pada masa ini permainan congkak hanya dimainkan oleh orang-orang yang memiliki status sosial
yang sama. Setelah kekuasaan Kesultanan Riau runtuh, dan kemudian diganti oleh kekuasaan
penjajahan Belanda, secara perlahan suasana mulai berubah. Status sosial antara keluarga istana
dengan rakyat biasa mulai mencair. Rakyat biasa mulai bermain dengan keluarga istana, terutama
dengan putri-putri raja.

Salah satu permainan yang dimainkan pada waktu itu adalah congkak, sehingga permainan ini bukan
hanya milik keluarga istana atau rakyat biasa saja, tetapi juga milik masyarakat Melayu, yang kemudian
menjadi salah satu permainan rakyat Melayu.

       

Terdapat juga sumber yang mengatakan congkak yang dipercayai berasal daripada
duniaAfrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, buktitertua
yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographicmenjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000hingga 7000 SM di masa
kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan


pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak.
Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali
sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.Pada
zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir
mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam
tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga
peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan
pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga
permainan congkak dalam talian.

Anda mungkin juga menyukai