Anda di halaman 1dari 2

kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak

mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka
dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini
dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak
kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar dapat
menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh
masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang
dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang
penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Jelaslah, minda mereka dapat berehat sebentar
apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang
tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa
ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit
dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya,
mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini.
Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai
sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka
dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk
mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti
memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan
pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu.
Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan
sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan
mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka
buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam
peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu
proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses
kehidupan kita sebagai manusia.

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik
darjah. (AR) Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian
seragam dan kelab atau persatuan. (AR) Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-
kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. (AA) Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja
dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada
pelajar yang menyertainya.

(AJ) Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar
dapat meningkatkan daya kepemimpinan. (AH) Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila
seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. (AH) Daya kepemimpinan ini
juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. (AC) Sebagai contohnya,
pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan
sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu
hari nanti. (AP) Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau
hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, (AJ) kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan
kokurikulum. (AH) Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau
permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. (AH) Kegiatan sukan ini dapat membina stamina
yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan
perkumuhan manusia. (AC) Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola
sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan
minda seseorang. (AP) Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan sihat, otak cerdas.

Seterusnya, (AJ) kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam


kalangan pelajar. (AH) Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan
negara yang aman dan makmur. (AH) Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar

berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. (AC) Sebagai
contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan
yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. (AP) Secara tidak langsung,
hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu
untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh.

(AJ) Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. (AH)


Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. (AH) Melalui
kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat
dalam kokurikulum. (AC) Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan
yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan
terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. (AH)
Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada
peringkat sekolah. (AP) Secara tidak langsung, kejayaan pada peringkat sekolah ini akan
membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara .

Kesimpulannya, (A Cdgn) pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat
cergas dalam kegiatan kokurikulum. (A Pndpt) Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum
ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. (A Hrpn)
Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya
segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. (A Pndpt) Pepatah Melayu mengatakan
bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (A Cdgn) Oleh itu, semua pelajar
digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya
saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai