Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami:
Tarikh : 1 Julai 2009

Pengarah,
IPGM Kampus Darulaman,
06000 Jitra,
Kedah.

Melalui dan salinan,

NAMA,
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Perguruan Darulaman,
06000 Jitra,
Kedah.

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN PROGRAM AMALI LUAR BILIK


DARJAH PPISMP

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, pelajar Program Pra-Ijazah Sarjana Muda


Perguruan (PPISMP) merancang mengadakan Program Amali Luar Bilik Darjah
PPISMP. Program ini akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh : 1 Oktober 2009 – 4 Oktober 2009


Hari : Khamis – Ahad
Tempat : Tapak Perkhemahan Bendang Man, Kampung
Bendang Man, Sik.
Bil. Peserta : 94 orang
Bil. Pensyarah : 13 orang
3. Sehubungan itu, kami memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan
seterusnya meluluskan permohonan ini. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja
Program Amali Luar Bilik Darjah tersebut sebagai semakan tuan. Kerjasama daripada
pihak tuan amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

............................................................
(MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI)
Setiausaha II,
Program Amali Luar Bilik Darjah PPISMP
PPISMP Pend. Khas (BM)/PJ/BI,
Institut Perguruan Darulaman,
06000 Jitra,
Kedah.

s.k. KJ HEP
Mentor-mentor

Anda mungkin juga menyukai