Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN REKA CIPTA LOGO

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS PULAU PINANG / TUN SYED


SHEH SHAHABUDIN – BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

(ALSPEN)

1. PELAWAAN

ALSPEN akan menganjurkan satu pertandingan mereka cipta logo sempena penubuhan rasmi
persatuan. Ahli jawatankuasa menjemput individu atau mereka yang berminat menyertai
“Pertandingan Mencipta Logo “ALSPEN””.

2. TEMA

Reka cipta logo hendaklah mengambarkan tujuan dan objektif ALSPEN seperti berikut;

a. Memajukan persatuan
b. Menyatupadukan semua warga bekas pelajar
c. Mewujudkan jaringan antara semua bekas pelajar dan sekolah
d. Bertindak sebagai badan pemikir untuk perancangan, pelaksanaan dan penilaian pertumbuhan
dan pembangunan persatuan.

3. SPESIFIKASI

3.1 Reka cipta hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7cm )
berwarna putih dan dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board yang berukuran 20” x 15”
dan juga disediakan dalam softcopy dalam format JPEG (resolusi 800 x 600 pixel).

3.2 Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan ke atas reka bentuk dan warna yang
digunakan.

3.3 Reka cipta bolehlah dibuat sama ada menggunakan grafik komputer atau lukisan tangan (free
hand) dan hendaklah menggunakan tidak lebih dari tiga (3) warna sahaja.

3.4 Setiap reka cipta mesti disertakan dengan penerangan dalam Bahasa Malaysia.

3.5 Ciptaan mestilah asli dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif
dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
4. SYARAT- SYARAT PENYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan bekas pelajar yang menyertai secara
individu/perseorangan atau lebih daripada seorang atau atas nama organisasi atau syarikat
berdaftar di Malaysia.

4.2 Penyertaan hendaklah sampai ke alamat di bawah pada atau sebelum :

Penolong Setiausaha Kehormat ALSPEN


Puan Norazlina Zainon
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
14000 Bukit Mertajam
PULAU PINANG

atau email kepada:

webmaster@alspen.com

tarikh tutup penyertaan: 2hb. November 2010 jam 12.00 tengah hari

4.3 Setiap penyertaan mestilah disertai dengan borang penyertaan yang mesti diisi lengkap dengan
butiran peserta.

4.4 Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak penganjur tidak
akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas
hakcipta logo tersebut.

4.5 Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik
ALSPEN. ALSPEN mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan
mendaftarkannya sebagai hak milik harta intelek.

4.6 ALSPEN juga mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.

4.7 Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Tiada had penyertaan ditetapkan.

4.8 Pemenang akan dihubungi melalui surat/telefon/e-mel dan penghebahan melalui laman
web(facebook/alspen).Walaubagaimanapun, pihak ALSPEN berhak untuk tidak memilih
pemenang utama dikalangan peserta bertanding sekiranya panel penilai memutuskan bahawa
tiada peserta yang layak untuk dianugerah sebagai pemenang utama.
4.9 Segala kos untuk menyertai pertandingan ini atas tanggungan peserta sendiri

4.10 Keputusan panel penilai adalah muktamad.

4.11 Bukti pengiriman atau pengesahan pos tidak boleh dianggap sebagai pengesahan
penerimaan mana – mana penyertaan.

4.12 Keputusan akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh pernyertaan di tutup

5. HADIAH

5.1 Reka cipta yang dipilih akan memenangi wang tunai RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima ratus
ringgit sahaja).

5.2 Hadiah beserta sijil akan diberikan sebagaimana butiran yang dinyatakan dalam Borang
Penyertaan.
BORANG PERNYERTAAN

ALSPEN

PERTANDINGAN REKA CIPTA LOGO

(Sila gunakan satu borang untuk setiap penyertaan)

Saya mengesahkan bahawa logo yang dikemukakan adalah ciptaan saya yang asli.

Nama (seperti di dalam K/P) :

No. Kad Pengenalan:

Tahun akhir MCE/SPM/:

Alamat Pejabat: …………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

Alamat Rumah: …………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

Telefon (P) : ………………………………………….

Telefon (R): …………………………………………..

Telefon(H/P) :…………………………………………

E-mel: …………………………………………………

Tarikh: ………………………………………………...

Anda mungkin juga menyukai