Anda di halaman 1dari 94

MOTIVASI SUKARELAWAN PELANCONG:

SUKARELAWAN RALEIGH INTERNATIONAL

ZATUL IFFAH MOHD FUZA

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi


syarat penganugerahan ijazah Sarjana Sains Pelancongan

Fakulti Alam Bina


Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2008
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ……………………………..
Nama : Zatul Iffah Mohd Fuza
Tarikh : 14 Mei 2008
Saya akui saya telah membaca karya ini dan daripada pandangan saya karya ini
adalah dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Sarjana Sains
Perancangan Pelancongan

Tandatangan : ............................................
Nama penyelia :Dr. Hairul Ismail
Tarikh :14 Mei 2008
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, segala puji untuk Allah SWT, tuhan semesta alam. Selawat dan

salam ditujukan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad Sallallahu’ Alaihi Wassalam.

Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinNya yang telah memberi

ruang kepada saya menyiapkan tesis ini dengan jayanya.

Di sini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali kepada Dr. Hairul Nizam Ismail selaku

penyelia tesis yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dengan penuh

kesabaran serta sumbangan idea selama proses menamatkan kajian dan penulisan tesisi

ini. Tidak lupa kepada Prof. Dr. Amran Hamzah, Prof. Dr. Zainab Khalifah dan Assoc.

Prof. Dr. Shaharuddin Tahir (Pensyarah UUM) yang turut menyumbangkan fikiran dan

cadangan dalam menyiapkan tesis ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada

keluarga saya yang sentiasa menyokong dan memberi semangat sepanjang pengajian

saya. Tidak lupa juga kepada Encik Loh Shih Chung (Presiden Raleigh International) dan

Encik Shamsul Bastri (Projek Partner Raleigh di Ranau), serta rakan-rakan sekuliah yang

ada di antara mereka turut membantu saya menyiapkan tesis ini. Segala jasa, budi baik,

kerjasama dan kenangan selama ini tidak akan dilupakan. Semoga Allah memberikan

pahala atas segala kebaikan yang telah diberikan kepada saya. Amin.
ABSTRAK

Tesis ini bertujuan untuk mengkaji Motivasi Sukarelawan Pelancong yang mana
kajian kes adalah Sukarelawan Raleigh International. Ekspedisi Raleigh International
terbuka kepada sukarelawan pelancong yang berumur antara 17 hingga 25 tahun yang
kebanyakannya berasal dari UK dan negara-negara lain. Melalui penglibatan dalam
ekspedisi, sukarelawan pelancong ini akan memberi sumbangan untuk jangka masa
panjang terhadap alam sekitar, dan komuniti projek seperti akan melihat mereka
membuat kerja-kerja pemuliharaan, tinggal bersama komuniti tempatan yang jauh
terpencil di luar bandar disamping membina sistem graviti bekalan air. Raleigh
International bergantung kepada aktiviti mengumpul dana dan disyaratkan semua
sukarelawan pelancong untuk memberi sumbangan dalam kerja kebajikan.
Objektif kajian ini adalah untuk menjalankan analisis kaji selidik bagi motivasi
utama sukarelawan pelancong, untuk mengukur kepuasan sukarelawan dalam ekspedisi
Raleigh International, dan untuk mengkaji kesan kepada komuniti tempatan akibat
daripada aktiviti sukarelawan pelancong. Hasil kajian mendapati lima motivasi utama
pelancong daripada 14 motivasi yang disenaraikan dalam soalan kaji selidik adalah
“untuk menyumbang sesuatu yang baik”(19.5%), diikuti dengan “untuk belajar sesuatu
yang baru”(18.5%), “untuk membuat sesuatu yang berbeza daripada rutin harian”
(15.9%), “bersosial dengan komuniti”(15.2%) dan “untuk keseronokkan”(9.1%).
Daripada kajian, min yang paling tinggi bagi tahap kepuasan sukarelawan adalah
“pengalaman keseluruhan”dan “latihan orientasi”. Seterusnya diikuti dengan “organisasi
pengurusan”, “kerjasama dengan ahli kumpulan” dan “pencapaian peribadi”. Hasil
temubual dengan komuniti tempatan di Kampung Paus dan Kampung Miruru, hanya
terdapat kesan positif akibat daripada aktiviti sukarelawan Raleigh International, iaitu
“meningkatkan fasiliti”, “memperkenalkan kampung mereka kepada orang luar” dan
“meningkatkan pendapatan mereka dengan aktiviti pelancongan”. Secara
keseluruhannya, penemuan ini dapat memberi sokongan kepada kerajaan dan organisasi
lain secara umumnya ke arah pembangunan pelancongan mampan, membantu
meningkatkan kedatangan pelancong ke Malaysia dan pada masa yang sama
mengurangkan kesan negatif yang disebabkan oleh aktiviti pelancongan.
ABSTRACT

This research entails investigation of the Motivational of Volunteer Tourism:


Volunteer Raleigh International. Raleigh International expeditions are open to “volunteer
tourism”, aged 17 to 25, from the UK and abroad. In this expedition, all volunteers will
be contribute to long term environmental activity, community project such as
conservation effort, living with community in least developed rural areas whilst installing
gravity water feed system. As a registered charity, Raleigh International is dependent on
fundraising activities and asks all volunteer to contribute towards the charity work and
expenses. The objective of this study is to conduct survey analysis of volunteers’
motivational priorities, to measure volunteers’ satisfaction at the Raleigh International
expedition, and to define the impact to the local community cause of volunteer tourism
activities.
The result indicate that there are five motives priorities of volunteerism from 14
motives that listed in the questionnaire were “to contribute something good” (19.5%),
followed by “to learn something new” (18.5%), “to do something different from ordinary
job” (15.9%), “socializing with community” (15.2%), and “for fun” (9.1%). Investigation
on their satisfaction levels show the highest mean of satisfaction are “overall experience”
and “training / orientation” follow by “management’s performance”, “team performance”
and “personal accomplishment”. Research Findings from the local community at
Kampung Paus and Kampung Miruru, Ranau Sabah, found that there are only positive
impacts from the volunteer Raleigh International activity, which are “facilities
improvement”, “introduction of their village to other people” and “increase local
community income from the Raleigh International activity”. In general, these findings
should be able to provide support to government and others organization towards the
sustainable tourism development, help to increase the tourist arrival to Malaysia and at
the same time reduce the negative impact cause by tourism activity.
ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA


SURAT

I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1-2
1.2 Pernyataan Masalah 2-3
1.3 Objektif Kajian 3
1.4 Persoalan Kajian 3
1.5 Skop Kajian 4-5
1.6 Pendekatan Penyelidikan 6-8
1.6.1 Peringkat I – Kajian Awal 6
1.6.2 Peringkat II – Kajian Teoritikal 6
1.6.3 Peringkat III – Kajian Lapangan dan Pengumpulan 7
Maklumat
1.6.4 Peringkat IV – Analisis Data 8
1.6.5 Peringkat V – Hasil Penemuan 8
1.7 Kaedah dan Instrumen Penyelidikan 10-11
1.7.1 Kaedah Kajian 10
1.7.2 Pembentukan Borang Soal Selidik 10
1.7.3 Instrumen Kajian 11
1.8 Tempoh Kajian Lapangan 11
1.9 Kawasan Kajian 12
1.8.1 Daerah Ranau 12-15
1.8.2 Kampung Paus 16
1.8.3 Kampung Miruru 17
1.10 Kepentingan Penyelidikan 18
1.11 Rumusan 18
II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 19
2.2 Sukarelawan 19-21
2.3 Pelancongan 21-22
2.4 Sukarelawan Pelancong 22-23
2.5 Pembangunan Pelancongan Mampan 23-24
2.6 Tipologi Pelancong 25
2.7 Motivasi Sukarelawan Pelancong 26-28
2.8 Kepuasan Sukarelawan Pelancong 28-29
2.9 Kesan Pelancongan 29-30
2.10 Kesimpulan 31

III RALEIGH INTERNATIONAL


3.1 Pengenalan 32
3.2 Latar belakang Raleigh International 32-33
3.2.1 Empat Cabaran Raleigh International 34-35
3.3 Raleigh Internatioanl di Malaysia 35-36
3.3.1 Raleigh International di KL 37
3.3.2 Fasa Alam Sekitar 38
3.3.3 Fasa Komuniti 38-39
3.3.4 Fasa Kembara 39-43
3.3.5 Partnership Raleigh International di Sabah 43-45
3.4 Rumusan 45
IV ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 46
4.2 Sampel 46-47
4.3 Profil 48
4.3.1 Profil Demografik 49
4.3.2 Tempat Asal 49-50
4.3.3 Jantina 50
4.3.4 Umur 50-51
4.3.5 Taraf Pendidikan 51
4.3.6 Pekerjaan 52
4.3.7 Kekerapan menjadi sukarelawan sebelum terlibat dalam 52
ekspedisi
4.4 Faktor Motivasi Sukarelawan Pelancong 53
4.5 Tahap Kepuasan 54-55
4.6 Komen dan Cadangan Dari Responden 55
4.7 Kesan aktiviti Sukarelawan Pelancong Kepada Komuniti 59
Tempatan
4.7.1 Meningkatkan Kemudahan di Destinasi 60
4.7.2 Memperkenalkan destinasi 61
4.7.3 Menambah Pendapatan Komuniti Tempatan 62
4.8 Rumusan 63

V RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN


5.1 Pengenalan 64
5.2 Faktor Motivasi Mengikut Populariti 65-67
5.3 Tahap Kepuasan Sukarelawan Pelancong 67
5.4 Kesan Kepada Komuniti Tempatan 68-69
5.5 Kesimpulan 71-72
5.6 Kekangan Kajian 73
RUJUKAN
LAMPIRAN
SENARAI RAJAH

1.1 Carta Alir Kajian 9


1.1 Peta Sabah 12

2.1 Pembangunan Mampan 24

2.2 Tahap Keperluan Maslow 27

2.3 Respon Sikap / Kelakuan Tuan Rumah terhadap kegiatan pelancong 30

4.1 Tempat Asal 48

4.2 Jantina 50

4.3 Umur 51

4.4 Taraf Pendidikan 51

4.5 Pekerjaan 52

4.6 Kekerapan 52

5.1 Rumusan Keseluruhan Hasil Penemuan Kajian 72


JADUAL

1.0 Senarai Mukim Kampung di Daerah Ranau 14

1.1 Senarai Mukim Kampung di Daerah Ranau 15

3.1 Komiti Raleigh International Kuala Lumpur yang telah dilantik bagi tahun
2007/08 37

3.2 Senarai projek Raleigh International di Sabah pada tahun 2005-2007 40

3.3 Partnership Raleigh International 43

4.1 Pengagihan Sampel 47

4.2 Peratusan Responden Tempatan dan Luar negara 49

4.3 Rumusan bagi faktor motivasi 53

4.4 Rumusan Tahap Kepuasan Sukarelawan 54

4.5 Komen dan Cadangan dari responden 55

5.1 Faktor Motivasi mengikut populariti 65

5.2 Rumusan kesan kepada komuniti tempatan di Kampung Miruru dan


Kampung Paus 70
BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

VolunTourism (VT) memberi sumbangan kepada pembangunan mampan, yang


mana sukarelawan pelancong membantu pembangunan komuniti, disamping memelihara
budaya, flora dan fauna di destinasi yang mereka lawati (Wearing, 2001).
VolunTourism(VT) di Malaysia merupakan satu trend yang baru, dan hanya terdapat
sebuah organisasi yang telah dikenalpasti aktif membuat projek VolunTourism iaitu
Raleigh International. Raleigh International ini berasal dari United Kingdom (UK) di
mana pada mulanya dikenali sebagai Operation Raleigh dan bertujuan membangunkan
golongan belia dengan menjadikan mereka lebih berguna, pemuliharaan alam sekitar
untuk jangka masa panjang serta termasuk projek komuniti. Raleigh International
membuat ekspedisi di serata dunia seperti Chile, Rosta Rica, Ghana, Namibia,
Monggolia, Zimbabwe, Thailand, Singapore dan Malaysia. Ekspedisi dalam Raleigh
International terbahagi kepada 3 fasa iaitu kembara, komuniti dan persekitaran yang
mana mengambil masa sekurang-kurangnya 3 minggu.

Sukarelawan pelancong yang terlibat dalam ekspedisi Raleigh International tidak


memerlukan kelayakan yang khusus, pengalaman mahupun kebolehan tetapi cukup
sekadar mempunyai semangat yang tinggi dalam menghadapi cabaran ketika ekspedisi.
Sukarelawan Raleigh International ini biasanya terdiri daripada pelbagai latar belakang
iaitu pelajar, mahasiswa, host-country volunteers dan golongan belia dari serata dunia
yang berumur antara 17-25 tahun. Bagi sukarelawan yang berumur 25 tahun ke atas boleh
menjadi staf Raleigh International sewaktu ekspedisi dalam menguruskan para peserta.
Raleigh International juga menyediakan latihan kepada individu yang ingin memperbaiki
kelemahan dan membina keyakinan diri sebelum menyertai ekspedisi.

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Perancangan pelancongan biasanya dibuat tanpa penglibatan penduduk tempatan


di tempat yang hendak dibangunkan. Kebanyakan projek pelancongan disediakan oleh
mereka yang profesional dan pengurus tanpa input daripada penduduk tempatan di
destinasi tersebut. Apabila projek ini dibuat tanpa input daripada komuniti tempatan,
mereka biasanya akan gagal mendapat sokongan daripada penduduk tempatan kerana
mereka tidak memenuhi keperluan komuniti. Tambahan lagi, kebanyakan kumpulan
sosial dalam komuniti tempatan akan berasa tidak berguna dan kecewa kerana mereka
tidak pasti bagaimana hendak menyatakan kebimbingan dalam proses pembangunan
tersebut (Wearing, 2005). Oleh itu, dalam perancangan pelancongan perlu melibatkan
komuniti tempatan supaya dapat menyumbangkan kepada pembangunan mampan (Wood
dan Judikis,2001). Ini dapat mengelakkan konflik antara penduduk tempatan dan pihak
kerajaan dalam membangunkan aktiviti pelancongan seperti isu yang telah berlaku di
Pulau Duyong akibat daripada acara “Monsoon Cup”.

Setiap tahun Kementerian Pelancongan Malaysia menetapkan sasaran pelancong


yang datang ke Malaysia. Penetapan sasaran ini bertujuan untuk meningkatkan
kedatangan pelancong ke Malaysia pada setiap tahun kerana ia merupakan antara
penyumbang ekonomi utama di Malaysia. Menurut Menteri Pelancongan Malaysia,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam akhbar New Straits Times pada 24
Februari 2007;

“We managed to achieve our target of 17.5 million. We crossed the figure
registering 17,546,863 tourists, even though we had to deal with problems with taxis,
immigration, and tourist accused of khalwat.”
“…Tourist Malaysia is targeting an average monthly arrival of 1.675, up from
1.462 in 2006. The total 20.1 million tourists are expected to spend up to RM44.5 billion
during their stay here.”

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kedatangan pelancong


ke Malaysia di samping hendak mengatasi kesan negatif daripada aktiviti pelancongan di
sesebuah destinasi.

Terdapat banyak kajian dan aktiviti yang telah dibuat mengenai


VolunTourism(VT) di luar negara seperti di Thailand, tetapi isu ini masih baru dan kurang
kajian mengenainya dalam konteks Malaysia. Faktor motivasi dan kesan sukarelawan
pelancong penting untuk dikaji dan difahami agar VolunTourism ini dapat diketengahkan
sebagai aktiviti pelancongan di Malaysia.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti motivasi utama sukarelawan


pelancong, mengukur tahap kepuasan sukarelawan pelancong terhadap penglibatan
mereka dalam ekspedisi VolunTourism, mengkaji kesan kepada komuniti tempatan akibat
daripada aktiviti sukarelawan pelancong ini.
1.3 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan menyelidiki;


ƒ Apakah motivasi utama sukarelawan pelancong melibatkan diri dalam
ekspedisi Raleigh International?
ƒ Bagaimanakah tahap kepuasan sukarelawan pelancong terhadap ekspedisi
Raleigh International?
ƒ Apakah kesan aktiviti sukarelawan pelancong di destinasi kepada komuniti
tempatan?

1.4 SKOP KAJIAN

Berdasarkan objektif di atas, skop kajian akan tertumpu kepada:

a) Memahami dan membuat kajian literatur berkaitan dengan VolunTourism,


ciri-ciri permintaan dan kesan aktiviti sukarelawan pelancong.
Aspek yang dikaji adalah :
• Mengkaji aspek yang berkaitan dengan konsep, ciri- ciri dan senario
perkembangan semasa yang melibatkan VolunTourism.
• Melihat dan memahami antara bentuk permintaan pelancongan yang
terdiri daripada motivasi, dan tahap kepuasan sukarelawan pelancong.
• Memahami kesan aktiviti pelancongan kepada sesebuah destinasi.

b) Mengkaji faktor motivasi utama sukarelawan pelancong Raleigh International.


Sebanyak 14 faktor motivasi yang diambil dalam kajian bagi mengenalpasti
faktor motivasi yang paling utama dalam mempengaruhi sukarelawan
pelancong ini. Faktor motivasi tersebut adalah:
• Menyumbang kepada sesuatu yang baik (Contribute
something good)
• Untuk mempelajari sesuatu yang baru (To learn something
new)
• Untuk membuat sesuatu yang berbeza daripada rutin harian
(To do something different from ordinary job)
• Bersosial dengan komuniti (Socializing with community)
• Untuk keseronokkan (For fun)
• Untuk membantu kawan atau saudara (To help friends or
relatives)
• Untuk berkongsi kemahiran (To share skills)
• Untuk merasa diperlukan (To feel needed)
• Untuk kepuasan peribadi (Satisfaction from accomplishment)
• Untuk menjadi sebahagian daripada pasukan (To be a part of
the team)
• Untuk mendapatkan kemahiran kepimpinan (To gain
leadership skills)
• Untuk mendapatkan pengiktirafan (For recognition)
• Untuk mensibukkan diri / melarikan diri (To keep busy .
escape)
• Lain- lain faktor (Others)

c) Mengkaji tahap kepuasan sukarelawan pelancong yang terlibat dalam


ekspedisi Raleigh International.
Tahap kepuasan ini akan dinilai dari segi :
• Kepuasan dalam pencapaian peribadi
• Kepuasan dalam bekerjasama dengan ahli kumpulan
• Kepuasan dalam bekerjasama dengan pihak pengurusan
• Kepuasan menyeluruh pengalaman sukarelawan pelancong
• Kepuasan terhadap latihan dan orientasi yang diberikan.
d) Menghasilkan penemuan kajian yang boleh digunapakai dalam
memperkembangkan VolunTourism di Malaysia.
Hasil kajian akan mengenalpasti VolunTourism dapat dijadikan trend
pelancongan yang menyumbang kepada pelancongan mampan dan
meningkatkan kedatangan pelancong ke Malaysia.

1.5 PENDEKATAN PENYELIDIKAN

Rangka penyelidikan menjadi panduan utama kepada pengkaji dalam


menjalankan kajian agar penyelidikan dapat dijalankan seperti yang dirancang. Rangka
kerja kajian terdiri daripada 5 peringkat iaitu seperti yang berikut:
I. Peringkat 1 : Kajian Awal
II. Peringkat 2 : Kajian Teoritikal
III. Peringkat 3 : Kajian Lapangan dan Pengumpulan Maklumat
IV. Peringkat 4 : Analisis Data
V. Peringkat 5 : Hasil Penemuan Kajian dan Rumusan

1.5.1 Peringkat 1 : Kajian Awal

Pada peringkat ini, pembentukan objektif akan di tentukan berdasarkan isu dan
masalah yang telah dikenal pasti. Skop kajian akan dirangka agar penyelidikan dapat
dijalankan seperti mana yang telah dirancang. Dalam bahagian ini kajian ringkas literatur
turut dijalankan.

1.5.2 Peringkat 2 : Kajian Teoretikal Dan Literatur

Kajian pada peringkat ini lebih merupakan kepada pemahaman mengenai bidang
kajian melalui pembacaan dan rujukan bahan – bahan ilmiah yang dapat membantu
dalam menjalankan analisis. Bahan bacaan yang dirujuk adalah buku – buku rujukan,
jurnal-jurnal, keratan akhbar, majalah – majalah, laporan kajian terdahulu, dan laman
web yang berkaitan.

1.5.3 Peringkat 3 : Kajian Lapangan Dan Pengumpulan Maklumat

Pada peringkat ini maklumat yang diperolehi akan difokuskan kepada kaedah
yang berikut:
I. Temubual separuh berstruktur : Pengkaji menyediakan beberapa soalan
yang perlu dijawab oleh Presiden Raleigh International Kuala Lumpur dan
rakan kongsi projek Raleigh International di Ranau. Selain itu, pengkaji
juga akan menemubual penduduk kampung di Ranau iaitu Kampung
Miruru dan Kampung Paus bagi mengenalpasti kesan aktiviti sukarelawan
pelancong ini kepada komunti tempatan. Temubual ini dijalankan secara
informal untuk mendapatkan jawapan, penjelasan, dan maklumat –
maklumat tambahan yang lebih lanjut berkaitan dengan program,
perkembangan serta pandangan mereka dalam sukarelawan pelancongan
ini.
II. Menjalankan kajian soal-selidik sukarelawan pelancong: Kajian ini
dijalankan terhadap responden yang pernah menjadi sukarelawan
pelancong Raleigh International. Soalan kaji selidik ini akan diedarkan
melalui dua cara iaitu secara bersemuka dan menggunakan orang
perantaraan. Orang perantaraan yang membantu dalam mengedarkan
soalan kaji selidik ini adalah Encik Loh Shih Chung (Presiden Raleigh
International Kuala Lumpur) dan Encik Shamsul Bastri (Rakan kongsi
projek Raleigh International di Ranau).
III. Pengumpulan data sekunder : Data ini diambil dari organisasi Raleigh
International Kuala Lumpur bagi memperkemaskan lagi data setelah
menyemak kekurangan bahan pada pengumpulan data semasa peringkat
kedua sebelumnya.
1.5.4 Peringkat 4: Analisis Data

Segala maklumat dan data yang dapat dikumpul akan dianalisis dengan
menggunakan teknik dan kaedah bersesuaian. Data yang diperolehi akan dianalisis
dengan menggunakan kaedah statistik (pengekodan) melalui penggunaan teknik
frekuensi. Di sini pengkaji akan menggunakan perisian SPSS (Statical Package For The
Social Sciences) dalam menganalisis data-data tersebut. Bagi soalan temubual pula data
akan dianalisis secara manual iaitu dalam bentuk perihalan mengikut tema-tema dan
aspek-aspek yang dikehendaki. Dalam mendapatkan tema, proses analisis data dilakukan
berselang-seli dengan proses pengumpulan data.

1.5.5 Peringkat 5 : Hasil Penemuan Kajian

Penemuan kajian adalah merangkumi semua aspek yang telah dianalisis seperti
profil pelancong, motivasi pelancong, kepuasan pelancong. Di bahagian ini juga akan
mengeluarkan hasil temubual bersama dengan penduduk kampung yang mana dapat
mengenalpasti kesan aktiviti sukarelawan pelancong di destinasi tempat ekspedisi
dijalankan. .
Rajah 1.0 : Carta Alir Kajian

Peringkat Pertama
Pernyataan Masalah

Objektif Kajian

Persoalan Kajian
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peringkat Kedua
Kajian Literatur

• Mengkaji aspek yang berkaitan dengan konsep, ciri- ciri dan senario
perkembangan semasa yang melibatkan VolunTourism.
• Melihat dan memahami antara bentuk permintaan pelancongan yang
terdiri daripada motivasi, dan tahap kepuasan sukarelawan pelancong.
• Memahami kesan aktiviti pelancongan kepada sesebuah destinasi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peringkat Ketiga
Pengumpulan Maklumat

Data Sekunder Data Primer

• Temubual Separa
• Jurnal Berstruktur
• Buku • Soalan Kaji Selidik
• Internet\
• Dokumen
• Artikel

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peringkat
Keempat Analisis Data

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peringkat Kelima
Penemuan Kajian dan
Rumusan
Sumber: Olahan pengkaji 2008
1.6 KAEDAH DAN INSTRUMEN PENYELIDIKAN

1.6.1 Kaedah Kajian

Tujuan soalan kaji selidik dibuat adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai
faktor demografi, motivasi dan kepuasan diri sukarelawan pelancong berdasarkan
pengalaman mereka. Pendekatan kuantitatif memberi faedah kepada kajian di mana ia
dapat menghasilkan satu penemuan yang valid dan reliable. Selain itu, soalan kaji selidik
dibuat berdasarkan kajian – kajian yang terdahulu oleh golongan cerdik pandai seperti
Maslow (1943), dan Wearing (2001). Kandungan soalan kaji selidik ini adalah kombinasi
kajian – kajian golongan tersebut, yang mana mencapai ketepatan dalam mengukur
konsep tersebut. Kaedah ini dapat mengurangkan kos dan masa, serta dengan
penganalisaan data dengan menggunakan komputer. Seterusnya data dapat diinterpretasi
dengan mudah dan tepat.

Soalan bagi temubual pula dibuat bagi mengkaji kesan – kesan aktiviti
sukarelawan pelancong kepada komuniti tempatan. Soalan ini akan dianalisis mengikut
tema. Tema yang wujud berulang-kali akan dijadikan kategori. Sepanjang proses
pengumpulan dan analisis data, tema-tema tersebut diperkemaskan lagi.

1.6.2 Pembentukan Borang Soal – Selidik

Teknik ‘open ended’ dan ‘closed ended’ akan digunakan. Teknik ‘open ended’
digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat responden, manakala teknik
‘closed ended’ disediakan bagi memudahkan responden membuat pilihan jawapan yang
tepat. Format borang soal selidik dibahagikan kepada 3 bahagian, kandungan setiap
bahagian dibuat untuk mencapai objektif kajian ini. Bahagiannya adalah seperti berikut:
• Bahagaian 1: Latar belakang demografi sukarelawan pelancong
• Bahagian 2 : Faktor motivasi mengikut keutamaan sukarelawan pelancong
• Bahagian 3 : Tahap kepuasan sukarelawan pelancong
1.6.3 Instrumen Kajian

Kajian yang dijalankan dengan menggunakan teknik “pertemuan bersemuka” dan


“pertemuan tidak bersemuka”. Pertemuan bersemuka adalah cara yang digunakan untuk
temubual tidak berstuktur yang mana pengkaji akan menemubual beberapa orang
penduduk kampung di Kampung Miruru dan Kampung Paus di Ranau, Sabah.

Bagi soalan kaji selidik, di buat dengan tiga cara iaitu diberi kepada responden
melalui email, menggunakan orang perantaraan dan bersemuka. Soalan kaji selidik
bersemuka diberi kepada responden yang tinggal di Kota Kinabalu dan Ranau sewaktu
pengkaji pergi ke kawasan kajian. Manakala orang perantaraan pula adalah melalui
bantuan Encik Loh Shih Chung (Presiden Raleigh International Kuala Lumpur) dan
Encik Shamsul Bastri (Projek Partner Raleigh International di Sabah). Encik Shamsul
Bastri telah mengagihkan soalan kaji selidik kepada responden yang tinggal di Sabah dan
menghantar soalan kaji selidik yang telah dijawab melalui pos kepada pengkaji.
Manakala Encik Loh Shih Chung memberi soalan kaji selidik kepada responden yang
terdapat di Kuala Lumpur sewaktu perjumpaan bulanan Raleigh International dan melalui
email kepada responden luar negara.

1.7 TEMPOH KAJIAN LAPANGAN

Berdasarkan halangan masa dan skop kajian, kajian lapangan akan dijalankan
selama 5 hari di Sabah untuk bertemu dengan komuniti tempatan di Ranau iaitu di
Kampung Miruru dan Kampung Paus. Pengkaji bermalam di Kampung Paus satu malam
kerana jarak perjalanan dari destinasi ke destinasi kawasan kajian agak jauh. Tarikh
kajian lapangan ini dibuat bermula pada 23 April sehingga 25 April 2008. Pengkaji juga
akan pergi ke Kuala Lumpur sekali dalam sebulan iaitu bermula bulan Februari hingga
bulan April untuk bertemu dengan Presiden Raleigh International bagi mendapatkan
maklumat dan data yang lengkap serta mengutip soalan kaji selidik yang telah di jawab
oleh responden yang berada di Kuala Lumpur.

1.8 KAWASAN KAJIAN

1.8.1 Daerah Ranau

Ranau berasal dari perkataan ‘RANAHON’ yang membawa maksud kawasan


sawah padi. Biasanya masyarakat Kadazan dusun di Daerah Ranau mengusahakan
tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka buminya yang berbukit-
bukau. Tetapi bagi mereka yang tinggal di Lembah Ranau, mereka mengusahakan
tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan ‘RANAHON’. Panggilan singkat
‘RANAHON’ ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun sebagai pusat
pentadbiran daerah dan nama Ranau telah diambil sebagai pengenalan Daerah Ranau.

Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U
dan garisan bujur (Longitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan dikelilingi oleh 7 buah daerah
lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan dan Beluran sebelum
menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960-an. Ranau pernah menjadi Daerah
Kecil Daerah Tambunan dan Kota Belud.
Rajah 1.1: Peta Sabah
Keluasan Daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hektar atau 1978.5km
persegi. Walaubagaimanapun, apabila perubahan persempadanan baru yang melibatkan
Daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas Daerah Ranau akan bertambah
kepada 3555.9 km persegi. Jumlah penduduk (seperti pada 1.12.1998): 49,751 orang
(Banci 1991) dan anggaran jumlah penduduk bagi tahun 1998 ialah 55,000.00.

Daerah Ranau mempunyai 11 Mukim dengan sejumlah 184 kampung


keseluruhannya seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Kawasan kajian yang
dipilih adalah dua kampung iaitu Kampung Paus di Mukim Paus dan Kampung Miruru
yang terletak di Mukim Paginatan. Pemilihan kawasan kajian di daerah Ranau ini adalah
berdasarkan kepada kekerapan projek Raleigh International di Ranau antara tahun 2005 –
2007 berbanding dengan kawasan di daerah lain. Terdapat 5 projek fasa komuniti yang
telah dilakukan oleh sukarelawan pelancong Raleigh International di daerah ini iaitu
membaiki dan mengadakan sistem bekalan air (Kampung Sesondonton, Kampung
Miruru, Kampung Paus, dan Kampung Linapasan, Kampung Mohimboyan), pembinaan
klinik (Kampung Paka Satu), serta pembinaan tadika (Kampung Paus). Antara kampung-
kampung tersebut, kampung Paus dan kampung Miruru dipilih sebagai tempat kajian
kerana terdapat projek yang baru dibuat pada tahun lepas (2007) di kampung ini iaitu
pembinaan tadika, membaiki dan mengadakan sistem bekalan air. Selain itu, kajian
menfokuskan kepada kedua kampung ini berbanding dengan kampung dan daerah lain
disebabkan halangan dari segi faktor kos, masa dan kesukaran untuk akses ke kawasan
projek.
Jadual 1.0 : Senarai Mukim dan Kampung di Daerah Ranau.

Mukim Randagong Mukim Liwagu Mukim Nalapak Mukim Karanaan Mukim Tagudan Mukim Paus Mukim
Paginatan
1. Bayag 1. Ranau bandar 1. Matan 1. Karanaan 1. Kibbas 1. Bitoon 1. Nunuk
2. Poropot 2. Lingkudau 2. Sedul II 2. Kemburongoh 2. Tambiau 2. Tinanom Ragang
3. Mumpait 3. Paka II 3. Silou 3. Maukab 3. Toboh Baru 3. Kigiwit 2. Tampios
4. Suminimpod 4. Mihibbah 4. Nalapak 4. Sasondoton 4. Waang 4. Panalunga 3. Miruru
5. Tiang Lama 5. Tiang Baru 5. Kigiok / 5. Tudan 5. Mohimboyon -n 4. Mentapok
6. Tungou 6. Kimolohing Solong 6. Piasau 6. Paka 1 5. Paus 5. Toupos
7. Longut 6. Sagindai 7. Toboh Lama 7. Lipasu Lama 6. Kadop 6. Mengkadait
8. Gana-gana 7. Kintuntul 8. Sumalang 8. Lipasu Baru 7. Pinangkat- 7. Belisok
9. Gaur Lama 9. Himbaan an 8. Lungkida-u
10. Randagong 8. Nabutan 10. Ratau 9. Paginatan
11. Kapagian 9. Kintutul Baru 11. Tinatasan 10. Matupan-g
12. Niasan 10. Luanti Baru 12. Kiwawoi 11. Bunakan
13. Nampasan 11. Muruk 13. Terlobou 12. Maringka-n
Lama 12. Kebu Baru 14. Pahu
14. Kinarasan 13. Togoyog / 15. Tagudan
15. Kitaie Lipai
16. Lagkau 14. Rugading
17. Kasisingan 15. Kinapulidan
16. Badukan
17. Kandawayon
18. Mindahuan

*Sumber: Majlis Daerah Ranau


Jadual 1.1: Senarai Mukim dan Kampung di Daerah Ranau.
Mukim Mukim Timbua Mukim Mukim Lohan Mukim Malinsou
Kundasang / B. Bangkud
Tuhan
1. Kundasang 1. Manggis 1. Nalumad 1. Lohan 1 1. Tanid
Lama 2. Turuntonga 2. Takutan 2. Lohan 2 2. Malinsou
2. Lembah n 3. Napong 1 3. Lohan Ulu 3. Sumbilinga
Permai 3. Pinawantai 4. Napong 2 4. Keranaan n
3. Cinta Mata 4. Togop 5. Togis baru 4. Mangkapo
4. Sinisian Darat 6. Perancanga 5. Kinaratuan h
5. Kauluan 5. Togop Laut n1 6. Kilimu 5. Makadou
6. Dumpiring 6. Tibabar 7. Perancanga 7. Libang 6. Mansalu
7. Kinasaraba 7. Daramakan n2 8. Lasing 7. Meridi
n 8. Keiyep 8. Lutut 9. Minihas 8. Agan
8. Tawo- 9. Tarawas 9. Waluhu 10. Marakau 9. Karagasan
Tawo 10. Tinutuan 10. Langsat 11. Tagudan 10. Kiwakau
9. Sokid 11. Marungin I 11. Namaus baru 11. Pinitudaan
B.Tuhan 12. Marungin Bangkud 12. Poring 12. Patu U.
10. Naradau II 12. Narawang 13. Tudangan Sugut
11. Ruhukan 13. Pahu 13. Bangkud 14. Silad 13. Tinaum
12. Pinausok Pinawantai 14. Kilanas 15. Randaggon 14. Tanid
13. Hamad, 14. Lobou Baru g Baru 15. Girin
B.Tuhan 15. Timbua 15. Kirokot 16. Simpang 16. Kiwayan
14. Gondohon, 16. Tumalang Poring 17. Kilanas
B.Tuhan 17. Lobou 17. Sinarut 18. Namaus U.
15. Kinasaraba Baru 18. Kokob Sugut
n Lama 18. Lobou Baru 19. Pahu U.
Lama 19. Kinasaraba Sugut
19. Pinampada n Baru 20. Wayon
n 20. Nampasan 21. Gusi
Baru 22. Linapasan
21. Tanah 23. Tinigian
Merah 24. Malinsou
22. Sedul 1 25. Kaingaran
23. Bahab
*Sumber: Majlis Daerah Ranau
1.8.2 Kampung Paus

Kampung Paus adalah merupakan kampung komuniti kecil yang mana


penduduknya dalam lingkungan 400-600 orang sahaja. Kampung ini terletak di Sungai
Kegibangan iaitu di pertengahan laluan antara Telupid dan Ranau. Masyarakat di
kampung ini, membuat pertanian sara diri dan penorehan getah bagi menyara kehidupan
mereka. Majoriti penduduk di sini terdiri daripada etnik Kadazan Dusun dan beragama
kristian. Pada awal tahun 2006 projek Raleigh telah mengambil masa selama 3 minggu
bersama dengan komuniti bagi membantu mereka memperbaiki sistem bekalan air, dalam
memastikan penduduk kampung mendapat bekalan air yang bersih.

Sebelum Raleigh International membuat projek pembinaan tadika di kampung ini,


hanya terdapat sebuah sekolah rendah dan tidak mempunyai pra-sekolah. Justeru atas
permintaan penduduk kampung dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna untuk
kanak-kanak pra sekolah, dicadangkan membina satu bangunan bagi komuniti prasekolah
yang kecil dan bekerja dengan ‘PACOS Trust’ sebagai guru tadika tersebut. Guru tadika
diambil di kalangan komuniti tempatan dan diberi latihan.
1.8.3 Kampung Miruru

Kebanyakan kampung-kampung di Ranau mengalami masalah bekalan air.


Penduduk di kampung yang jauh terpencil dari bandar tidak mendapat bekalan air seperti
penduduk di bandar. Mereka hanya bergantung kepada air hujan yang di tadah dalam
tangki besar atau mengambil air sungai yang kadang kala keruh akibat daripada
pencemaran. Masalah ini turut dialami oleh Kampung Miruru. Kampung Miruru terletak
dalam daerah Ranau dan 30 km dari pekan Telupid serta dua jam perjalanan dari pekan
Ranau.

Penduduk Kampung Miruru majoritinya menyara hidup dengan pertanian sara


diri di mana mereka bekerja sebagai penoreh getah atau penanam padi. Penduduk
kampung lebih kurang seramai 600 orang penduduk dan ke semuanya beragama kristian.
Dengan kerjasama Raleigh International, wakil parlimen, komuniti tempatan dan Coca
Cola sebagai penaja dalam membantu membina satu sistem graviti bekalan air kepada
penduduk kampung di sini. Dari segi teknikal dan logistik, rancangan memasang satu
sistem baru yang lengkap kepada suatu sumber air yang jauhnya 6km adalah amat
mencabar. Sepanjang keseluruhan proses masyarakat tempatan amat membantu
sukarelawan Raleigh International dalam membina sistem graviti bekalan air di kampung
mereka.
1.9 KEPENTINGAN PENYELIDIKAN

Maklumat motivasi pelancong adalah sangat penting dalam kajian pelancongan


bukan sahaja dapat menentukan permintaan sebenar pelancongan bahkan dapat
memahami dengan lebih dekat pilihan-pilihan, keutamaan dan keperluan sukarelawan
pelancong yang dipengaruhi faktor psikologi serta tahap kepuasan mereka dalam
menyertai projek-projek sebegini. Kajian ini juga penting bagi mengetahui sejauh mana
kesan yang diterima oleh komuniti tempatan dalam menerima trend baru dalam
pelancongan iaitu sukarelawan pelancong. Ini disebabkan trend sukarelawan pelancong
berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah satu aktiviti pelancongan yang
menyumbang kepada pembangunan mampan serta mengurangkan kesan negatif di
destinasi.

1.10 RUMUSAN

Kajian ini merupakan kajian berbentuk campuran kuantitatif dan kualitatif dalam
mencapai objektif dengan berkesan. Penyelidikan ini dibuat untuk mengkaji motivasi
utama sukarelawan pelancong bagi meningkatkan lagi trend pelancongan sebegini pada
masa akan datang. Ini disebabkan ianya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi
negara dengan melancong, malah turut menyumbang faedah kepada komuniti tempatan
dan pemuliharaan alam sekitar. Di harap kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada
pihak Kementerian Pelancongan dalam membangunkan produk-produk pelancongan dan
meningkatkan kedatangan pelancong disamping mengurangkan kesan negatif yang
diterima di destinasi akibat daripada aktiviti pelancongan.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian teoritikal memberi pemahaman yang menyeluruh dan lengkap tentang


aspek-aspek yang hendak dikaji. Bahan rujukan yang dirujuk terdiri daripada ulasan-
ulasan buku, jurnal- jurnal, laman web, keratan akhbar serta kajian-kajian lepas yang
berkaitan. Antara perkara yang diperincikan adalah mengenai VolunTourism, aspek
pelancongan mampan, motivasi, tahap kepuasan sukarelawan pelancong serta impak
aktiviti pelancongan kepada destinasi. Secara keseluruhannya, bahagian ini akan
memberi panduan kepada pengkaji di samping untuk mendapatkan gambaran awal
mengenai kajian yang dijalankan. Kajian teoritikal juga menjadi asas kepada penemuan
kajian bagi mencapai objektif.

2.2 SUKARELAWAN (Volunteers)


Sukarelawan boleh didefinisikan sebagai individu yang menawarkan diri untuk
berkhidmat tanpa mengharapkan balasan kewangan. Perkhidmatan ini memberi faedah
kepada pihak lain selain daripada faedah kepada sukarelawan itu sendiri (Shin S.,
Kleiner B.H, 2003). Aktiviti sukarelawan ini melibatkan meluangkan masa, tidak
dibayar, membuat sesuatu yang memberi faedah kepada alam semulajadi, atau individu,
atau kumpulan selain daripada saudara terdekat. Tempoh masa dalam aktiviti
sukarelawan ini boleh melibatkan masa yang lama, ataupun masa yang singkat dengan
organisasi ataupun kumpulan tertentu.

Terdapat 3 jenis sukarelawan mengikut Powers (1998), pertama adalah “Spot


Volunteer”. Aktiviti sukarelawan ini ialah casual dan akan mensasarkan kepada
keperluan tertentu. Sukarelawan kedua pula lebih kepada formal dalam memberi
perkhidmatan sukarelawan. Mereka ini mempunyai komitmen peribadi dan hendak
mencapai perasaan kesempurnaan dan kepuasan. Jenis sukarelawan ketiga adalah
individu yang melibatkan diri dalam sukarelawan kerana perlu menyertainya seperti yang
disyaratkan oleh majikan atau entiti lain.

Merujuk kepada buku ‘Volunteering, a Code of Good Practice’, terdapat 4


prinsip dalam sukarelawan ini. 4 prinsip tersebut adalah seperti yang berikut:
• Pilihan : Sukarelawan pilihan yang dibuat sendiri oleh setiap
indivudu tanpa paksaan.
• Diversity : Sukarelawan haruslah terbuka kepada semua, tanpa
mengira latar belakang, umur, bangsa, jantina dan kepercayaan.
Jurang sosial yang wujud boleh diatasi dengan kemahiran,
pengalaman, keyakinan dan berhubung dengan membantu orang
lain.
• Reciprocity : Sukarelawan menawarkan sumbangan mereka tanpa
diupah namun perlu mendapat faedah melalui cara lain sebagai
balasan sumbangan mereka. Faedah sukarelawan yang diharapkan
adalah dari segi kepuasan diri, kemahiran yang berguna,
pengalaman, pergaulan yang meluas, dan keseronokan.
• Penghargaan: Penghargaan yang jelas ke atas sumbangan
sukarelawan kepada organisasi, komuniti, ekonomi sosial, menjadi
asas kepada perhubungan yang adil antara sukarelawan, organisasi,
dan polisi kerajaan.

Selain itu, terdapat 9 prinsip sukarelawan millennium (Millennium Volunteers)


iaitu, komitmen peribadi, faedah komuniti, penglibatan secara sukarela, hak milik
generasi muda, berkualiti, penghargaan, inclusiveness, pelbagai, kerjasama dengan
organisasi tempatan.

2.3 PELANCONGAN

Pelancongan biasanya merupakan antara industri yang terbesar di dunia.


Pelancongan mempunyai maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak-pihak yang
terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri pelancongan.
Ini termasuklah pelancong itu sendiri, organisasi penginapan dan pengangkutan,
organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya. Perkataan tourism datang daripada
perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu tornos yang membawa maksud
pergerakan dalam suatu bulatan. Pada awalnya, Jafari (1977), mendefinisikan
pelancongan sebagai, “Suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat
semulajadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan
mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya,
ekonomi, dan persekitaran”.

Leiper (1981) pula menjelaskan pelancongan sebagai, suatu sistem terbuka yang
mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong,
elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang
terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri
daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka
selama lebih kurang satu hari.
Seterusnya, istilah pelancongan menurut WTO (World Tourism Organization)
merujuk kepada, aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar
daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi
tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya. Menurut McIntosh, Goeldner, dan Ritchie,
(2000), pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat interaksi di
antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah dalam proses
menarik pelancong dan pelawat asing. Secara tidak langsung, definisi ini menjelaskan
pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan ke suatu tempat lain dalam tempoh
semalam, bertujuan berhibur, berehat, berniaga dan sebagainya.

2.4 SUKARELAWAN PELANCONG

Mengikut Wikipedia (2006), sukarelawan pelancong merupakan individu yang


sukarela bekerja untuk orang lain tanpa meminta bayaran atau ganjaran. Sukarelawan
pelancong juga didefinisikan sebagai penglibatan individu yang bebas dan bekerja tanpa
gaji, keinginan sosial, kepunyaan organisasi swasta yang tidak bermotifkan keuntungan,
perkhidmatan yang informal dan individu yang sukarela menawarkan diri (Fisher dan
Schaffer, 1993). Selain itu, ianya merupakan pelaburan peribadi bagi individu yang
meluangkan masa mereka, dengan tangible rewards (Kemp, 2002:109).

Walaubagaimanapun, kebanyakan sukarelawan pelancong berkeinginan untuk


mendapatkan pengalaman yang bermakna bagi diri mereka. Ganjaran dari segi wang
adalah tidak sepenting mendapatkan pengetahuan, kesedaran, persahabatan, dan faedah
sosial dan pendidikan yang lain. Antara pengalaman yang mereka akan ingat selepas
menyertai ekspedisi VolunTourism ini adalah pelbagai bentuk kebudayaan, keindahan
destinasi dan komuniti tempatan, masalah yang di hadapi oleh komuniti, dan
perhubungan mereka dengan penduduk setempat (Hinton,2003).
Secara umumnya, sesetengah orang mempunyai berlainan pendapat mengenai
sukarelawan pelancong ini. Contohnya, orang yang lebih dewasa beranggapan
sukarelawan pelancong merupakan peluang untuk berkongsi pengalaman mereka,
kebijaksanaan dan kemahiran dengan golongan muda, dewasa dan veteren (Rouse and
Clawson, 1992). Bagi golongan profesional pula, mereka menggunakan peluang ini
sebagai platform untuk mencapai pelbagai tujuan seperti untuk mengembangkan
‘networking’. Sehubungan itu, ini mewujudkan perhubungan melalui interaksi sosial dan
peluang perkhidmatan komuniti, yang mana menarik mereka keluar dari kesibukan
kehidupan rutinnya (Puffer,1990).

Menurut Emily (2006), projek pembangunan komuniti terbahagi kepada dua


bahagian aktiviti pemeliharaan dan aktiviti pembangunan. Aktiviti pemeliharaan ialah
sukarelawan melancong ke pelbagai destinasi yang berbeza geografi seperti Afrika, Asia
dan South Amerika misalnya untuk membantu isu alam sekitar. Aktiviti pembangunan
pula menawarkan pembantu perubatan, melibatkan diri dalam ekonomi dan
pembangunan sosial serta memelihara warisan, budaya dan sebagainya. Faedah daripada
VolunTourism diklasifikasikan kepada dua perkara iaitu peringkat individu dan peringkat
komuniti. Peringkat individu terdiri daripada matlamat melancong yang lengkap,
mempelajari sesuatu daripada komuniti tempatan, perasaan menjadi orang yang berguna,
dan perasaan membuat perubahan dalam membina dunia yang lebih baik. Faedah kepada
peringkat komuniti pula ialah sumbangan sukarelawan pelancong dari segi sosial,
ekonomi dan budaya.

2.5 PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAMPAN (Sustainable Tourism


Development)

Pelancongan mampan merujuk kepada aplikasi asas daripada idea pembangunan


mampan untuk sektor pelancongan. Di mana pembangunan pelancongan yang memenuhi
keperluan pada masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi pada masa depan.
Menurut Budowski (1976), ini merupakan senario simbiosis yang mana pelancongan
digunakan dengan cekap disamping memilihara sumber-sumber yang ada supaya dapat
dikekalkan untuk jangka masa panjang. Pembangunan pelancongan pula merupakan
perubahan ekonomi dan sosial yang berlaku sama ada dalam industri atau destinasi
pelancongan. (Nurhazani Mohd Shariff, 2004)

Konsep pembangunan pelancongan pernah diketengahkan oleh Noronha (1979)


dengan mengenalpasti tiga tahap pembangunan. Tahap pertama melibatkan perjumpaan
sesuatu kawasan oleh pelancong dan tuan rumah destinasi itu. Apabila wujudnya
kedatangan pelancong, maka tuan rumah dengan sendirinya mewujudkan kemudahan
seperti tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya lagi untuk kegunaan pelancong.
Seterusnya membawa kepada tahap ketiga di mana akan berlakunya institusi yang formal.
Institusi formal ini merujuk kepada kewujudan organisasi pelancongan seperti hotel,
resort, restoran, syarikat penerbangan dan lain-lain. Pada tahap ini juga akan berlakunya
perubahan dalam persekitaran dan sosiobudaya masyarakat tempatan.

Pada asasnya pelancongan mampan melibatkan meminimunkan kesan negatif dan


memaksimumkan kesan positif. Pelancongan mampan boleh menjadi satu bentuk
pembangunan mampan dalam mencapai objektif pembangunan. Merujuk kepada
Brundtland Commission Report (1987), pembangunan pelancongan mampan dibuat
untuk memastikan kualiti kehidupan untuk semua orang pada masa ini dan juga untuk
generasi pada masa akan datang. Pembangunan mampan memberi kesan positif dari segi
ekonomi, sosial dan alam sekitar di samping mengurangkan kesan negatif seperti yang
ditunjukkan dalam rajah dibawah.

Rajah 2.1: Pembangunan Mampan

Alam Sekitar

Sosial

Ekonomi

Pembangunan Mampan
2.6 TIPOLOGI PELANCONG

Tipologi pelancong membawa makna jenis atau kategori yang diberi ke atas
pelancong. Plog (1977) membahagikan pelancong kepada 2 kategori utama. Pelancong
yang dikenali sebagai psikosentrik adalah pelancong yang tidak suka kepada aktiviti
pelancongan yang mencabar dan mereka juga tidak suka berjumpa dengan orang ramai
sama ada daripada kalangan pelancongan itu sendiri, mahupun masyarakat sesebuah
destinasi yang dilawati. Sementara itu, pelancong allosentrik adalah pelancong yang suka
berjumpa dengan orang ramai. Malah, pelancong kategori ini melancong ke destinasi di
mana mereka dapat berjumpa dengan orang ramai terutamanya masyarakat di destinasi
itu. Kebanyakan sukarelawan pelancongan terutamanya dalam Raleigh International
terdiri daripada pelancong allosentrik. Mereka sukakan cabaran dan sanggup bergaul
dengan komuniti tempatan yang berlainan adat dan budaya.

Bagi Cohen (1979) pula, telah membahagikan pelancong kepada 5 kategori.


Kategori pertama dikenalpasti sebagai pelancong senggang iaitu pelancong yang lebih
menumpukan kepada aktiviti rekreasi dan riadah. Kategori kedua dinamakan sebagai
pelancong pelbagaian iaitu pelancong yang melancong kerana ingin keluar daripada
aktivti seharian mereka. Kategori ketiga dinamakan sebagai pelancong berpengalaman
iaitu pelancong yang melancong untuk mencari pengalaman baru. Kategori seterusnya
adalah pelancong percubaan iaitu pelancong yang ingin mengkaji suatu aspek
pelancongan di destinasi yang dilawati. Akhir sekali Cohen menamakan pelancong
sebagai pelancong yang sedia wujud iaitu pelancong yang ingin mendalami budaya dan
cara hidup masyarakat destinasi yang dilawati. Sukarelawan pelancong boleh termasuk
dalam kelima-lima kategori ini sama ada secara campuran kategori atau dalam 1 kategori
sahaja.

2.7 MOTIVASI SUKARELAWAN PELANCONG

Secara umumnya, Fridgen (1996) mendefinisikan motivasi sebagai suatu kuasa


yang wujud dalam diri seseorang dan menggerakkan mereka bertindak bagi memuaskan
keperluan psikologi ataupun biologi. Motivasi merupakan sesuatu yang menyebabkan
manusia bertindak (Heasen dan Shea,1997). Motivasi juga dikenali sebagai keinginan
diri sendiri. Seseorang itu tidak boleh mempengaruhi orang lain tetapi mereka boleh
mewujudkan situasi di mana individu lain akan memilih untuk memberi respon
(Rabey,2001).

Teori motivasi pada tahun 1950an dan 1960an fokus kepada keperluan manusia
tetapi sejak 1970an, teori baru telah diwujudkan, fokus kepada proses memandu ke
dasarnya dan ke atas self-systems yang mengenalpasti gelagat individu. Ianya datang dari
dalam diri individu dan mengutamakan emosi untuk membuat sesuatu (Haasan dan
Shea,1997). Teori asas motivasi pada awalnya diperkenalkan oleh Maslow (1943)
melalui tahap-tahap keperluan individu. Maslow percaya potensi manusia untuk
menggunakan pilihan, untuk perkembangan dan untuk mencapai kepada peringkat
keperluan diri yang sebenarnya (self-actualization) seperti rajah di bawah. Teorinya
terdiri daripada prinsip potensi yang mana keperluan mesti dipenuhi mengikut turutan
dari bawah ke atas. Sekiranya seseorang individu gagal mencapai kepuasan di sesuatu
peringkat maka sukar untuk dia ke peringkat seterusnya.
Rajah 2.2: Tahap
Keperluan Maslow

Keperluan diri yang


sebenarnya

Keperluan untuk disanjung

Keperluan sosial atau kasih sayang

Keperluan keselamatan

Keperluan psikologi

Seterusnya, bagi motivasi dalam sukarelawan pelancongan, motivasi boleh


dihuraikan sebagai individu yang bertanggungjawab kepada tindakan, dengan minat dan
tenaga yang bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat peribadi atau organisasi
(McDonnell, Allen dan O’Toole, 1999). Terdapat beberapa lagi model yang digunakan
untuk kajian ini. Antara model tersebut adalah model yang terbahagi kepada enam
kategori, iaitu altruism, kembara, personal growth, pertukaran budaya dan pembelajaran,
pembangunan profesional, masa dan tempat yang betul (Wearing,2001).

Selain itu, motivasi pelancong juga dikategorikan mengikut aspek atau faktor
yang menjadi pendorong kepada pelancong. Aspek itu adalah melepaskan diri, sosial,
perbandingan dan keanehan (Dann,1981; Mayo dan Jarvis,1981; Crompton,1979).
Melepaskan diri membawa maksud seseorang pelancong mengunjungi suatu destinasi
kerana didorong oleh faktor ingin lari daripada masalah atau tekanan kerja, keluar
daripada suatu budaya atau nilai hidupnya atau keluar mencari perkara baru. Sosial pula
bermaksud seseorang pelancong itu mengunjungi sebuah destinasi mungkin didorong
oleh perasaan ingin bersama orang lain, ingin mempelajari suatu yang baru atau mungkin
juga ingin berehat sendirian.

Manakala perbandingan merujuk kepada dorongan pelancong mengunjungi


sesebuah destinasi kerana ingin memenuhi kepuasan dalamannya, menyahut cabaran
ataupun kerana inginkan pengalaman yang lasak. Kategori motivasi yang terakhir iaitu
keanehan membawa maksud tingkah laku pelancong yang didorong oleh aspek ingin
mendalami perkara baru atau pun mungkin juga ingin meninjau destinasi itu dengan lebih
mendalam lagi.

Mengikut Swarbrooke dan Horner (1999), membariskan enam aspek yang


menjadi pendorong kepada gelagat sukarelawan pelancong ini iaitu fizikal, emosi,
peribadi, pembangunan peribadi, status atau kedudukan dan kebudayaan. Fizikal merujuk
kepada tingkah laku pelancong yang didorong oleh aspek berehat atau yang sukakan
aktiviti lasak. Emosi pula merujuk kepada tingkah laku pelancong yang didorong oleh
perasaan seperti fantasi dan perasaan yang mencabar mereka. Peribadi merujuk kepada
tingkah laku pelancong yang didorong oleh aspek gaya hidup, kewangan dan juga
kekeluargaan. Manakala aspek status atau kedudukan pelancong merujuk kepada tingkah
laku pelancong yang didorong jenis pekerjaan, taraf dalam kekeluargaan, serta pangkat.
Akhir sekali, kebudayaan merujuk kepada tingkah laku pelancong yang didorong oleh
cara hidup, kepercayaan dan amalan pelancong itu.

2.8 KEPUASAN SUKARELAWAN PELANCONGAN

Terdapat 6 kepuasan utama yang membawa sukarelawan terlibat dalam aktiviti


sebegini. Kepuasan tersebut adalah keadaan bekerja, ganjaran berkumpulan, pengawasan,
prosedur operasi, co-worker dan komunikasi. Secara umumnya, kepuasan mereka dapat
dicapai melalui job setting dan fungsi psikologi. Bagi sukarelawan pelancongan,
mengabungkan kedua-dua perkara tersebut dapat meningkatkan tahap kepuasan
dikalangan mereka. Kepuasan sukarelawan pelancong perlu dikenalpasti untuk
meningkatkan keberkesanan dalam mengurus dan menarik lebih ramai sukarelawan
pelancong (Silverberg, Marshall dan Ellis, 2001).

Kepuasan dan pengalaman mereka boleh mempengaruhi individu lain untuk


melibatkan diri dalam aktiviti VolunTourism pada masa akan datang. Ianya boleh dibuat
melalui penekanan ke atas kepentingan menilai kepuasan dengan aspek operasi bagi
pengalaman mereka dengan destinasi, kemudahan dan organisasi (Wearing, 2001).

2.9 KESAN PELANCONGAN

Kesan pelancongan perlu diberi perhatian penting kerana kesan itu menentukan
penerimaan penduduk terhadap pembangunan pelancongan sesebuah destinasi. Malah
kesan pelancongan perlu dititik beratkan dalam merancang dan membangunkan
pelancongan kerana ia menentukan sama ada industri pelancongan sesebuah destinasi itu
dapat terus berkembang ataupun sebaliknya. Dalam konteks pelancongan, impak merujuk
kepada kesan ke atas sesuatu aspek akibat daripada pembangunan pelancongan. Dengan
erti kata lain, dengan membangunnya pelancongan di sesebuah destinasi, maka sudah
tentu memberi sedikit kesan ke atas beberapa aspek terutamanya ekonomi, persekitaran
dan juga sosiobudaya. Kesan dapat dikategorikan kepada dua sama ada positif atau
negatif. Kebiasaannya kesan positif dapat membangunkan lagi industri pelancongan dan
kesan negatif sebaliknya menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam industri
pelancongan. (Nurhazani Mohd Shariff, 2004)

Banyak kajian pernah dijalankan bagi mengenal pasti impak pelancongan. Malah
terdapat juga kajian yang dijalankan bagi menentukan kaedah dalam mengukur setiap
impak yang berlaku. Walau apa sekalipun, kesan pelancongan agak sukar diukur kerana
ia melibatkan subjek dan objek yang sensitif. Antaranya budaya masyarakat setempat,
gelagat, serta tingkah laku penduduk. Walaupun penulis-penulis seperti Cohen
(1972:164), Robinson (1976:137) dan Pizam (1978:8) telah menekankan betapa perlunya
perhatian yang lebih diberikan kepada aspek kelakuan pelancong dan penduduk, dan
kesan perhubungan di antara sesebuah masyarakat dengan pelancongnya, namun hanya
dua rangka konsep yang digunakan secara meluas dalam penyelidikan tentang kesan
pelancongan terhadap keadaan sosial. Kedua-dua rangka konsep tidak menafikan bahawa
kesan pelancongan terhadap keadaan sosial berubah menurut masa sebagai reaksi
terhadap perubahan struktur dalam industri pelancongan, dan betapa jauh serta betapa
lama penduduk tuan rumah terdedah kepada pembangunan pelancongan.

Rajah2.3: Respon sikap / kelakuan tuan rumah terhadap kegiatan pelancong

(Anak panah menunjukkan kemungkinan perubahan)


Aktif Pasif

MENGUNTUNGKAN: MENGUNTUNGKAN:
P o sitif

Promosi dan sokongan yang Penerimaan dan sokongan yang


S ik a p / K e la k u a n

agresif terhadap kegiatan sedikit terhadap kegiatan


pelancongan. pelancongan.
N e g a tif

MERUGIKAN: MERUGIKAN:
Tentangan yang agresif terhadap Penerimaan secara diam tetapi
kegiatan pelancongan. menentang kegiatan
pelancongan.

Sumber: Menurut Bjorklund dan Philbrick 1972:8. Terdapat dalam Butler 1974:12

Menurut Butler (1975:89) rangka konsep yang dibuat oleh Bjorklund dan
Philbrick (1972:8; 1975:68) bagi menganalisis proses perhubungan dua kumpulan budaya
atau lebih, dapat digunakan bagi memahami hubungan sosial antara pelancong dengan
tuan rumah. Sikap dan kelakuan kumpulan atau individu terhadap pelancongan masing-
masing boleh jadi positif ataupun negatif, dan aktif ataupun pasif. Hasil gabungan reaksi
di atas terhadap pelancongan mungkin berlaku dalam salah satu daripada empat bentuk
sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah.
2.10 KESIMPULAN

Pengkaji akan menjadikan pemahaman pendekatan pengkaji-pengkaji sebelum ini


sebagai landasan dalam menjalankan kajian terutama dalam mengenalpasti motivasi,
tahap kepuasan dan kesan aktiviti pelancongan kepada destinasi. Daripada kajian
teoritikal ini, pelbagai aspek yang berkaitan dengan skop kajian telah dihuraikan dengan
terperinci. Harapan agar bahagian ini dapat menjadi panduan utama kepada pengkaji
dalam menjalankan kajian sekaligus dapat mencapai tujuan dan objektif kajian.
BAB 3

RALEIGH INTERNATIONAL

3.1 PENGENALAN

Ekspedisi Raleigh International telah membawa satu trend baru di Malaysia iaitu
sukarelawan pelancong. Walaupun ia nampak seperti satu trend yang baru hendak
berkembang di Malaysia, tetapi sebenarnya ia telah lama menjalankan ekspedisi di
Malaysia yang hanya diadakan di Sabah. Raleigh International ini merupakan perkara
yang berbeza untuk individu yang berbeza, kepelbagaian ini memberi pengalaman yang
berfaedah dan menarik kepada individu tersebut.

3.2 LATAR BELAKANG RALEIGH INTERNATIONAL

Pada mulanya Raleigh International ini adalah projek untuk 4 tahun di bawah
nama Operation Raleigh (1984 – 1989), kemudian diikuti dengan kejayaan Operation
Drake yang melibatkan 4000 sukarelawan dan 1500 staf yang menggunakan kapal
sewaktu melakukan ekpedisi. Disebabkan ekspedisi ini semakin mendapat sambutan,
ianya telah dijadikan projek tetap yang mana setiap ekspedisi akan berasaskan
penghijrahan ke negara lain. Pada tahun 1992, dengan pertambahan jumlah sukarelawan
antarabangsa, ekspedisi ini ditukarkan nama kepada Raleigh International dengan
meneruskan matlamat organisasi iaitu untuk pembangunan golongan belia.
Raleigh International telah menjalankan ekspedisi ke lebih 30 negara termasuk
Namibia, Mongolia, Oman, Zimbabwe, Belize, Uganda, dan Siberia. Kini, Raleigh
International sedang aktif menjalankan ekspedisinya di Coasta Rica & Nicaragua,
Namibia dan Malaysia. Raleigh International juga telah merancang untuk membuat
projek Raleigh di India pada masa akan datang. Ekspedisi Raleigh International memberi
faedah kepada pelbagai individu, masyarakat dan tempat yang dilawati. Mereka yang
mendapat faedah ini adalah terdiri daripada golongan belia dari seluruh dunia yang
terlibat dengan ekspedisi, komuniti tempatan yang bekerjasama dengan Raleigh
International, alam sekitar melalui kerja pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
yang telah dilakukan sewaktu ekspedisi.

Sukarelawan Raleigh International terdiri daripada golongan belia yang berumur


antara 17 – 25 tahun sahaja. Individu yang berminat untuk terlibat dalam ekspedisi
Raleigh, tetapi telah melebihi daripada umur 25 tahun, boleh menjadi staf Raleigh
International sewaktu ekspedisi diadakan. Bagi menyertai ekspedisi, Raleigh
International telah mensyaratkan para sukarelawan untuk mengumpul dana yang
bermatlamat sebagai sebahagian daripada derma. Sasaran yang perlu dicapai bagi peserta
dari Malaysia adalah RM1,500 dan RM25,000 untuk peserta antarabangsa. Cara untuk
mencapai sasaran itu adalah berdasarkan kepada alternatif peserta sendiri dalam membuat
kerja amal. Wang ini adalah untuk makanan, tempat penginapan, pengangkutan dan
insuran sepanjang tempoh ekspedisi. Ianya tidak termasuk penerbangan pergi dan balik
daripada tempat ekspedisi, peralatan, vaccinations dan personal gear. Sasaran
pengumpulan dana ini dibuat adalah untuk mencabar bakal sukarelawan menunjukkan
komitmen mereka dalam menyertai ekspedisi Raleigh International. Dengan cara ini
dana yang meningkat merupakan bahagian yang penting untuk Raleigh International’s
receipts, yang mana 96% daripada wang itu secara langsung untuk tujuan amal. Dana ini
juga adalah untuk kos bahan yang digunakan untuk projek di negara tempat ekspedisi
dijalankan dan untuk individu sokongan yang terlibat dalam ekspedisi.
3.2.1 Empat Cabaran Raleigh International

Melalui pengalaman selama 20 tahun, Raleigh International telah membina satu


reputasi yang cemerlang dan tiada tandingan. Komuniti yang unik serta pelbagai budaya
yang terdapat dalam ekspedisi Raleigh International dan memberi pengalaman yang
menarik dan berguna kepada para sukarelawan pelancong. Selain itu, dengan menyertai
ekspedisi juga dapat membentuk perasaan tanggungjawab dan hormat-menghormati di
kalangan para sukarelawan yang berlainan latar belakang. Terdapat 4 cabaran dalam
menyertai ekspedisi Raleigh International iaitu:

a) Pengenalan Hujung Minggu (Introduction Weekend / IW)


IW di buat sebagai langkah pertama untuk memaklumkan peserta-peserta
mengenai ekspedisi Raleigh International. IW juga dibuat untuk mengukur sejauh
mana ketersediaan peserta untuk menyertai ekspedisi Raleigh International ini.

b). Pengumpulan Dana (Fund Raising)


Seterusnya para peserta, perlu mengumpul dana untuk kos ekspedisi. Dana yang
perlu dikumpul adalah sebanyak RM1500 untuk peserta Malaysia dan RM25000
untuk peserta luar negara. Raleigh International akan menyediakan sokongan dan
bimbingan. Kutipan dana untuk satu ekspedisi adalah mencabar. Proses
penjanaan dana adalah sebagai satu latihan dan proses pembangunan untuk
peserta. Peserta dapat belajar bagaimana untuk menyusun PRESS conferences,
memenuhi tarikh akhir dan merundingkan dengan penaja-penaja serta secara
tidak langsung membangunkan tahap keyakinan dan keberanian peserta secara
keseluruhannya.

c) Ekspedisi
Setelah dana dapat dikumpul, barulah peserta akan pergi ke tempat ekspedisi
dijalankan. Ekspedisi dibuat dalam tiga fasa iaitu fasa komuniti, fasa alam sekitar
dan fasa kembara. Peserta akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan, setiap
fasa lebih kurang 15 hingga 20 peserta sahaja dalam satu masa. Kemudian selepas
tiga minggu ekspedisi, setiap kumpulan akan bertukar-tukar fasa. Setiap peserta
Raleigh International akan dinilai tahap kepuasan mereka dari segi
communication, teamwork, adaptability, motivation, participation, dan leaderhip.

d) Ekspedisi berakhir
Setelah ekspedisi berakhir, peserta masih berhubung dengan kumpulan mereka
dan staf Raleigh International bagi membantu menjalankan program-program
kemasyarakatan atau projek-projek pemuliharaan alam sekitar. Melalui
kemahiran-kemahiran yang mereka dapat sewaktu ekspedisi, para sukarelawan
pelancong ini dapat menggunakannya dengan memberi sumbangan dalam
program-program tersebut di tempat mereka.

3.3 RALEIGH INTERNATIONAL DI MALAYSIA

Pertama kali Raleigh International tiba di Malaysia adalah pada pertengahan


tahun 1987 di Sabah, Borneo Utara, di mana lebih daripada 20 ekspedisi telah dijalankan.
Sejak Raleigh International mula aktif di Sabah pada tahun 2003, organisasi ini bertuah
kerana berpeluang mendedahkan golongan belia bukan sahaja kepada kawasan hutan dara
dan lindungan hidupan liar tetapi juga termasuk kepelbagaian etnik komuniti yang
terdapat di Sabah. Ini mendorong strategi dalam membantu para sukarelawan pelancong
yang terlibat dalam ekspedisi di Malaysia, untuk mengalami sendiri cabaran di hutan dara
serta fahaman ke atas kehidupan komuniti luar bandar.

Seterusnya, dengan 23 kumpulan etnik yang pelbagai, Sabah menawarkan


pelbagai budaya yang boleh diperkenalkan kepada para sukarelawan yang tinggal di
sesebuah komuniti luar bandar. Sukarelawan pelancong yang tinggal dan bekerjasama
dengan komuniti selama beberapa minggu, akan dapat memahami kehidupan komuniti
luar bandar yang serba kekurangan berbanding dengan tempat asal sukarelawan
pelancong. Projek yang dijalankan oleh Raleigh International fokus kepada kerjasama
antara sukarelawan pelancong dan komuniti tempatan, tetapi perhubungan persahabatan
yang terjalin menjadi kenangan yang sukar dilupakan bagi kedua-dua pihak. Disamping
menjayakan projek yang dijalankan, matlamat lain adalah untuk memberi pengetahuan
kepada individu yang melibatkan diri dalam projek komuniti mendapat lebih pengetahuan
mengenai perbezaan budaya, menyedarkan mereka supaya menghargai kehidupan
mereka yang sememangnya lebih baik daripada komuniti tersebut, dan kepentingan
hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Terdapat 3 fasa projek yang dijalankan iaitu
alam sekitar, komuniti dan kembara.

Pemilihan destinasi berdasarkan cadangan daripada Projek Partner Raleigh bagi


setiap daerah di Sabah. Projek partner Raleigh di Sabah terdiri daripada orang tempatan
yang telah terlibat dalam ekspedisi Raleigh International seperti Encik Shamsul Bastri.
Beliau merupakan projek partner Raleigh bagi daerah Ranau. Beliau yang sentiasa
membuat survey di kampung-kampung tempat ekspedisi bakal dibuat bagi mengenalpasti
masalah di kampung yang terdapat di Ranau dan memilih kampung yang sesuai.
Kebanyakan kampung-kampung yang dipilih adalah jauh terpencil dari bandar dan tidak
mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik, dan jalan yang tidak diselenggarakan
dengan baik untuk akses ke kampung tersebut.
3.3.1 Raleigh International Kuala
Lumpur

Raleigh International Kuala


Lumpur (Raleigh KL) merupakan satu organisasi bukan bermotifkan keuntungan yang
berdaftar (Reg. 1212) di Lembah Klang. Organisasi ini merupakan kumpulan sokongan
yang terdiri daripada ex-Raleigh International Expedition Venturers dan staf.

Tujuan utama Raleigh KL adalah untuk memudahkan proses venturers yang


terdiri daripada rakyat Malaysia dan staf tempatan yang menyertai ekspedisi di seberang
laut. Raleigh KL menyediakan sokongan dalam terma-terma pentadbiran, menyuntik
vaksin, pembelian peralatan, dan sebagainya. Bagi memenuhi cabaran keempat iaitu
program selepas tamat ekspedisi di Sabah, Raleigh KL juga melaksanakan pelbagai
pengembaraan, masyarakat dan projek-projek persekitaran di sekitar semenanjung.

Jadual 3.1 : Komiti Raleigh International Kuala Lumpur yang telah dilantik bagi tahun 2007 / 08

President Loh Shih Chung


Secretary 1 Chow Xin Tong
Secretary 2 / Membership Officer Tan Bee Li
Treasurer William Chan
Expedition Officer Tham Pei Ting
PR Officer 1 Christal Loh
PR Officer 2 Tam Kar Lye
Logistics Officer Leong Chen Kang
Fundraising Officer Tang Chii Chie
Skills Officer Vignes Balasingam
Projects Officer Michelle Yap
Sumber: Raleigh International Kuala Lumpur

3.3.2 Fasa Alam Sekitar


Projek-projek yang dibuat oleh Raleigh International dalam fasa ini adalah
berkaitan dengan pemuliharaan dan isu-isu alam sekitar. Ianya termasuk kajian-kajian
biodiversiti, kajian geologi dan bangunan kemudahan-kemudahan penyelidikan. Biasanya
projek mendapat kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, universiti-universiti dan
dengan pakar-pakar dalam bidang kajian ini. Projek alam sekitar mendedahkan peserta
kepada kepentingan penjagaan alam sekitar.

Raleigh International mempunyai beberapa perhubungan jangka masa panjang


dengan projek alam semulajadi di Sabah iaitu di Danum Valley dan Imbak Canyon.
Imbak Canyon merupakan kawasan pemuliharaan yang baru di mana Raleigh
International membantu mengasaskan nama tempat tersebut dan membina kebanyakan
infrastruktur yang terdapat di sana, ini termasuk 4 bangunan di tapak utama, penerokaan
dan membina jalan-jalan di hutan, yang mana ianya merupakan peringkat permulaan ke
arah penyediaan jambatan gantung. Di Danum Valley, yang mana lebih dahulu
ditubuhkan sebelum Imbak Canyon, sukarelawan pelancong telah membina kem satelit
untuk saintis, memperbaiki rangkaian jalan di hutan termasuk denai semulajadi dalam
membina infrastruktur untuk jambatan gantung.

3.3.3 Fasa Komuniti

Projek komuniti dijalankan oleh Raleigh International bertujuan bagi


meningkatkan taraf hidup orang kampung melalui usaha sama antara pihak berkuasa
kerajaan tempatan, komuniti dan peserta Raleigh International. Peserta dapat peluang
untuk menghayati cara hidup komuniti, berpeluang terlibat dalam upacara-upacara
perkahwinan dan perayaan-perayaan penuaian. Fasa komuniti juga memberi peluang
kepada peserta untuk mencuba budaya komuniti tersebut seperti merasai masakan
tempatan dan mencuba pakaian tradisional masyarakat di situ.
.
Projek komuniti telah diperluaskan hampir ke seluruh Sabah dan sejak 2003
Raleigh International telah membina 7 tadika, 3 perpustakaan, beberapa dewan
masyarakat, 7 ‘gravity water feed system’, gereja dan klinik. Projek ini telah dapat
dicapai melalui penajaan dan pengumpulan dana serta kerjasama dengan komuniti
tempatan di kawasan yang jauh terpencil dan sedang membangun di Sabah.

3.3.4 Fasa Kembara

Selain itu, sukarelawan pelancong akan mengembara di tempat yang mencabar,


Sabah dapat menawarkan dan mengadakan “PADI Open Water diving qualification”
mereka. Sukarelawan pelancong yang memilih 10 minggu ekspedisi di Malaysia, akan
merasai keseronokkan 3 minggu melalui projek kembara sama seperti mana keseronokan
di projek komuniti dan alam semulajadi. Sukarelawan pelancong akan menghadapi
cabaran dan pengembaraan yang luas, ditambah pula dengan pilihan untuk mendapatkan
kelayakan menyelam PADI, atau sekiranya sukarelawan telah mempunyai kelayakan ini,
mereka boleh terus mendapatkan kelayakan menyelam yang seterusnya. Sukarelawan
pelancong juga dapat menggunakan kemahiran menyelam yang dipelajari apabila terlibat
dalam projek pemeliharaan di Taman Nasional Tunku Abdul Rahman. Aktiviti kembara
yang lain adalah mendaki, membersih pantai dan mengkaji terumbu karang.
Jadual : Senarai projek ‘Raleigh International’ di Sabah pada tahun 2005 - 2007
Tahun Bulan Projek Lokasi

2005 Februari - April Komuniti :


1. Pembinaan Tadika 1. Kampung Liu,
Daerah Pitas.
2. Pembinaan “Chapel” 2. Kampung Lumiri,
Daerah Keningau.
3. Batu Puteh,
3. Pembinaan “Eco Camp” Daerah Sandakan

Alam Sekitar :
1. Pembentukan ‘Trail’ & 1. Danum Valley
penyelidikan.
2. Pembinaan asas infrastruktur. 2. Imbak Canyon

Kembara:
1. Mengembara 1. Cracker Range
National Park.
2. Membantu memelihara ‘Marine 2. Tunku abdul
Park’ & mendaki gunnung. Rahman Marine
Park.

Julai - Komuniti :
September 1. Pembinaan tadika 1. Kampung Balat,
Kinabatangan.
2. Pembinaan dewan komuniti 2. Kampung Pegalan
Kusob,
3. Mewujudkan bekalan air (gravity Tambunan.
water feed system). 3. Kampung Saguan,
Tongod.
Alam Sekitar:
1. Membina jambatan gantung.
2. Membina “eco lodge” 1. Danum Valley
2. Batu Puteh,
3. Membuat ‘field centre” dan Sandakan.
mengukuhkan laluan penjalan kaki. 3. Imbak Canyon.

Kembara:
1. Penyelengaraan laluan di hutan
(trail).
2. Membersihkan pantai 1. Crocker Range
3. Mengkaji terumbu
2. Pulau Sulug
3. Pulau Mamutik
2006 Februari - April Komuniti:
1. Membina tadika 1. Kampung Saguan,
Tongod.

2. Membina perpustakaan 2. Kampung Rita,


Kudat.
3. Membaiki bekalan air (gravity water 3. Kampung Paus,
feed system). Ranau

4. Membina ‘Eco Lodge’ 4. Batu Puteh,


Sandakan.

Alam Sekitar:
1. Membina laluan pejalan kaki bagi 1. Danum Valley
membuka kawasan kajian baru untuk
saintis.
2. Membuat infrastruktur ‘field centre’ 2. Imbak Canyon
dan mengukuhkan laluan pejalan
kaki.

Kembara:
1. Penyelengaraan ‘trail’ & 1. Crocker Range &
mengembara Gunung Kinabalu
2. Pulau Mamutik,
2. ‘Marine Conservation’ Tunku Abdul
Rahman Marine
Park.

Jun - September Komuniti:


1. Pembinaan Tadika 1. Kampung
Mengkuwag,
Tungod.
2. Perpustakaan / Pusat Sumber 2. Kampung
Panaitan, Kudat
3. Membaiki dan mengadakan bekalan 3. Kampung
air (gravity water feed system). Linapasan /
Kampung
Mohimboyan,
4. Pembinaan Klinik Ranau.
4. Kampung Paka
Satu, Ranau.
Alam Sekitar:
1. Kajian saintifik dan membina
jambatan gantung. 1. Danum Valley
2. Kerja pemeliharaan dan ‘trails’.
2. Imbak Canyon

Kembara:
1. Penyelengaraan ‘Trail’ dan
mengembara. 1. Crocker Range &
Gunung Kinabalu.
2. ‘Marine Conservation & Diving’. 2. Pulau Mamutik

2007 Februari - May Komuniti:


1. Mengadakan bekalan air (gravity 1. Kampung
water feed system). Serudong Laut,
Tawau.
2. Mengadakan bekalan air (gravity 2. Kampung
water feed system). Sesondotan /
Kampung Miruru,
Ranau.
3. Pembinaan perpustakaan sekolah. 3. Pulau Mantanan,
Kota Belud.

Alam Sekitar:
1. Pembinaan jambatan gantung & 1. Danum Valley
kajian saintifik
2. ‘Eco Lodge’ 2. Batu Puteh,
3. Kerja Pemeliharaan dan ‘trail’. Mescot.
3. Imbak Canyon
Kembara:
1. Mengembara
1. Long Pa Sin &
2. ‘Marine Conservation & Diving’ Crocker Range.
2. Pulau Mamutik

Jun - September Komuniti:


1. Pembinaan tadika 1. Kampung
Paus, Ranau.
2. Pembinaan asrama sekolah 2. Kampung
Togudon,
Penampang.

Alam Sekitar:
1. Pembinaan ‘trail’ dan 1. Imbak Canyon
infrastruktur.
2. Penyelengaraan pusat sumber. 2. Danum Valley

Kembara:
1. Pembinaan ‘Eco Lodge’ 2. Batu Puteh,
Sandakan.
2. ‘Scuba Diving’ 3. Pulau Mamutik.
3. Mengembara 4. Long Pa Sin.
* Jumlah sukarelawan pelancong Raleigh International di Sabah dari tahun 2005 – 2007
adalah 671 orang.
* Sumber : Raleigh International Kuala Lumpur.
3.3.5 ‘Partnership Raleigh International’ di Sabah

Selain kerjasama dari Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Tourism Malaysia
Sabah, berikut merupakan organisasi utama yang bekerjasama dengan Raleigh
International dalam menjayakan projek – projek di Sabah.

Jadual 3.3: Partnership Raleigh International

Organisasi Perkara
1. PACOS Trust - Merupakan komuniti yang berasaskan organisasi
(Partnership for sukarelawan yang mana bermatlamatkan untuk
Community Organisations) membantu mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik
bagi komuniti orang asli.

- PACOS berusaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan


komuniti orang asli ini dengan membantu memberi
pengetahuan asas, bekerjasama dalam menyediakan asas
infrastruktur dan pendidikan.

- PACOS biasanya akan mengenalpasti keperluan


komuniti dan kemahuan mereka dengan Raleigh
International dalam menarik funding daripada penaja
korporat dan menggunakan sukarelawan pelancong
untuk membentuk apa yang diperlukan.

2.KOPEL (The Batu Puteh - Ditubuhkan untuk mempromosi dan mengekalkan


Community Ecotourism kawasan ‘Lower Kinabatangan’. Raleigh International
Co-operative) telah bekerjasama dengan komuniti sejak 2002 dalam
membangunkan projek.

3. Perpustakaan Negeri - Raleigh International telah bekerjasama dengan


Sabah Perpustakaan Negeri Sabah dalam beberapa projek yang
membina perpustakaan untuk komuniti yang jauh terpencil.

- Kebiasaannya dana di bawa oleh Raleigh International


yang mana menampung kos pembinaan, Perpustakaan
Negeri Sabah akan mengenalpasti kesesuaian dan
keperluan komuniti, dan menguruskan perpustakaan
sebagai pelengkap projek tersebut.

4. Jabatan Perhutanan - Bagi membina keyakinan dan kepercayaan komuniti yang


Sabah tinggal di pinggir hutan, Jabatan Perhutanan Sabah
mengadakan sejumlah program bantuan yang melibatkan
penyediaan asas infrastruktur termasuk jalan, jambatan,
dewan komuniti, dan sistem bekalan air.

- Secara umumnya Jabatan Perhutanan menyediakan dana


untuk projek Raleigh International di dalam kawasan
terpilih.

5. Yayasan Sabah - Ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengekalkan


penggunaan kawasan tanah yang telah diberikan kepada
mereka untuk faedah semua orang Sabah.

- Terdapat 4 kawasan lindungan di mana ianya termasuk


Imbak Canyon dan Danum Valley.

6. The Royal Society - The Royal Society mempunyai peranan sebagai akademi
UK Sains, ianya mewakili untuk kepentingan kebangsaan
dan antarabangsa. Hutan Hujan Asia Tenggara Rancangan
Penyelidikan (SEARRP) merupakan satu satu jumlah
projek-projek antarabangsa dibiayai oleh The Royal
Society.

- Rancangan ini ditubuhkan supaya ahli-ahli sains Britain


boleh membuat satu sumbangan untuk hutan hujan ekologi,
pemuliharaan, dan pengurusan terus inovatif, penyelidikan
yang ketat dan kuantitatif.

- Raleigh International bekerjasama dengan ahli-ahli sains


dan renjer di dalam Danum Valley di mana banyak
kegiatan itu dibantu oleh The Royal Society.

7. The Marine Research - Marine Research Foundation adalah satu yayasan


Foundation penyelidikan yang tidak bermotifkan keuntungan
berpangkalan di Sabah. Ditubuhkan untuk terus mengkaji
ekosistem marin dan pelbagai flora.

- Organisasi ini turut menjalankan sebilangan projek-


projek biodiversiti dan pemuliharaan alam sekitar.
- Raleigh International memulakan kerja dengan MRF
dalam dulu 2007 dalam membantu masyarakat di pulau
yang terpencil.
Sumber: Raleigh International Kuala Lumpur
Organisasi lain yang turut membantu memberi sumbangan dalam ekspedisi
Raleigh International adalah seperti yang berikut;
• Nestle
• HSBC Penyumbang dana utama dalam 14
projek komuniti dalam masa 3 tahun ini.
• Coca Cola
• Shell
• The Body Shop
• Popular Express
• Multi-Tech Electronics
• Philip Lee Printers

3.4 RUMUSAN

Bab ini telah menjelaskan mengenai organisasi Raleigh International secara


keseluruhannya. Dari segi kronologi, ekspedisi, partnership, kutipan dana dan bagaimana
organisasi Raleigh International menguruskan sukarelawan pelancong telah dihuraikan di
sini. Aspek ini perlu difahami bagi memudahkan kajian mengenai motivasi, tahap
kepuasan sukarelawan pelancong dan kesan aktiviti sukarelawan pelancong di destinasi
di jalankan.
BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan menganalisis data seperti yang dinyatakan dalam kaedah kajian.
Data yang dianalisis adalah data yang di dapati daripada pengagihan soalan kaji selidik.
Setelah penganalisaan dibuat, hasil analisis akan mengandungi rumusan penemuan kajian
yang akan menjawab persoalan-persoalan di dalam kajian. Dengan menjawab persoalan
kajian ini, akan membantu dalam mencapai objektif kajian. Kesimpulan penemuan-
penemuan akan dibincangkan bersama cadangan di dalam bab terakhir tesis.

4.2 SAMPEL

Sampel di ambil daripada jumlah keseluruhan peserta ekspedisi Raleigh


International di Sabah dari tahun 2005 sehingga 2007 yang menjadi sukarelawan
pelancong iaitu sebanyak 671 sukarelawan pelancong. Sampel ditentukan melalui teknik
Confident Limit & Percersion Yammane (1973). Berikut merupakan cara pengiraan
penentuan sampel;
n = _n__
1+Ne2

= ____671_____
1+(671 x 0.102)
= ___671___
1+6.71
n = 87

Daripada sampel, hanya 84 responden yang dapat dikumpul melalui temubual


bersemuka (5 responden), orang perantaraan (Encik Loh Shih Chung – 40 responden,
Encik Shamsul Bastri – 19 responden), dan email (20 responden). 84 responden ini akan
digunakan bagi menghuraikan pemboleh ubah, tetapi hanya 79 daripada mereka yang sah
bagi menghuraikan motivasi sukarelawan. 5 daripada 84 responden tidak sah kerana
gagal untuk mengemukan 5 faktor utama motivasi daripada motivasi yang telah
disenaraikan oleh pengkaji. Perisian SPSS digunakan untuk menganalisis data melalui
teknik frekuensi.
Jadual 4.1: Pengagihan Sampel
Sampel 87
Responden 84
Responden yang menyusun 5 faktor motivasi utama 79
mereka
Responden yang tidak menyusun 5 faktor motivasi 5
utama mereka

Bagi responden untuk kajian secara kualitatif pula, responden dipilih berdasarkan
kepentingan mereka sebagai komuniti tempatan di kawasan kajian. Kawasan kajian
kampung Paus, respondennya terdiri daripada penghulu, setiausaha JKK dan guru tadika.
Manakala bagi responden di kampung Miruru, respondennya terdiri daripada penghulu
dan pengurus JKK kampung.
4.3 PROFIL

Bahagian 1 dalam soalan kaji selidik merupakan profil latar belakang demografik
responden. Bahagian ini akan turut menunjukkan tipologi sukarelawan pelancong yang
terlibat dalam ekspedisi Raleigh International.

4.3.1 Profil Demografik

Data demografik ini dibentuk daripada bahagian 1 yang mana ia merupakan hasil
daripada soalan (Q1) tempat asal, (Q2) jantina, (Q3) umur, (Q4) taraf pendidikan, (Q5)
pekerjaan dan (Q6) pengalaman menjadi sukarelawan.

4.3.1.1 Tempat Asal

Carta pai di bawah menunjukkan tempat asal negara sukarelawan pelancong. 86%
datangnya daripada tempatan iaitu Malaysia sendiri dan 14% daripada responden
datangnya daripada luar negara. Responden yang menjawab dalam soalan kaji selidik ini
merupakan responden yang telah atau pernah menyertai ekspedisi. Sekiranya responden
diambil sewaktu dalam ekspedisi, keputusan ini akan berubah di mana sukarelawan
pelancong dari luar negara lebih ramai menyertai ekspedisi berbanding dengan
sukarelawan pelancong tempatan yang hanya 5% - 15% daripada jumlah keseluruhan
peserta sewaktu ekspedisi (En. Loh Shih Chung, Presiden Raleigh International Kuala
Lumpur 2008) .

Rajah 4.1: Tempat Asal

14%

Tempatan
Luar Negara

86%
Walaubagaimanapun, keputusan soalan kaji selidik bagi soalan ini masih boleh
mengenalpasti tempat asal sukarelawan pelancong dari Malaysia dan luar negara. Dari
Malaysia, kebanyakan responden adalah berasal dari Kuala Lumpur dan Sabah dengan
masing – masing 31% dan 26.2%. Manakala responden luar negara majoriti adalah dari
United Kingdom (UK) iaitu sebanyak 8.3% berbanding dengan Chile dan Netherlands
seperti yang ditunjukkan dalam jadual dibawah.

Jadual 4.2: Peratusan Responden Tempatan dan Luar Negara

Tempatan Frekuensi Peratus (%)


Kuala 26 31.0 Luar Negara Frekuensi Peratus
Lumpur (%)
Sabah 22 26.2 UK 7 8.3
Melaka 7 8.3 Chile 3 3.6
Selangor 4 4.8 Netherlands 2 2.4
Johor 2 2.4 Jumlah 12 14.3
Negeri 2 2.4
Sembilan
Kedah 2 2.4
Kelantan 2 2.4
Pahang 2 2.4
Penang 1 1.2
Terengganu 1 1.2
Sarawak 1 1.2
Jumlah 72 85.7

Sumber: Olahan Pengkaji 2008


4.3.1.2 Jantina

Carta pai di bawah menunjukan majoriti sukarelawan pelancong yang terlibat


dalam ekspedisi dari segi jantina adalah lelaki sebanyak 64% . Peratusan ini melebihi
daripada jantina perempuan yang hanya 36% sahaja terlibat dalam ekspedisi. Perempuan
kurang terlibat dalam ekspedisi berbanding lelaki berkemungkinan kerana aktiviti
sewaktu ekspedisi itu yang mencabar dan menguji ketahanan mental serta fizikal.
Biasanya golongan lelaki lebih berminat dengan aktiviti lasak dan mencabar ini.

Rajah 4.2:
Jantina

36%

Lelaki
Perempuan
64%

4.3.1.3 Umur

Berdasarkan rajah dibawah, responden yang berumur di antara 21 – 25 tahun


yang banyak terlibat dalam ekspedisi ini dengan peratusan sebanyak 57%. Diikuti dengan
responden yang berumur kurang daripada 20 tahun sebanyak 26% dan 17% bagi
responden yang berumur 25 – 30. Kebanyakan responden yang terlibat bawah 25 tahun
adalah disebabkan oleh polisi organisasi Raleigh International di mana mereka lebih
bermatlamat kepada pembangunan belia yang berumur antara 17 – 25 tahun sahaja. Hasil
keputusan kaji selidik bagi soalan ini, terdapat responden yang berumur 25 – 30 tahun
kerana responden menjawab berdasarkan umur mereka sekarang, tidak berdasarkan
umur sewaktu mereka terlibat di dalam ekspedisi.
Rajah 4.3:
Umur
17%

<20
21-25
25-30 26%
57%

4.3.1.4 Taraf Pendidikan

Daripada graf di bawah menunjukkan responden some college lebih tinggi terlibat
dalam ekspedisi berbanding yang lain dengan peratusan sebanyak 39.3%. Diikuti dengan
responden bachelor’s degree dan master’s degree iaitu sebanyak 27% dan 10%.
Responden dari Malaysia yang menjawab mempunyai taraf pendidikan some college ini
merupakan pemegang diploma ataupun sijil.

Rajah 4.4:Taraf Pendidikan


50
39.3
40 32.1
Peratus

30
20 10.7 11.9
10 2.4 3.6
0
High Some Associate Bachelor's Master's Others
School College Degree Degree Degree
4.3.1.5 Pekerjaan

Sukarelawan pelancong majoritinya terdiri daripada golongan pelajar sebanyak


76.2%. Ini disebabkan antara umur 17-25 lebih tertumpu kepada golongan bekerja.
Walaubagaimana pun terdapat juga responden yang telah bekerja menyertai ekspedisi
sekiranya umur mereka masih tidak melebihi daripada 25 tahun. Bagi lain-lain perkerjaan
sebanyak 13.1% mewakili mereka yang tidak bekerja ataupun bekerja sendiri.

Rajah 4.5: Pekerjaan

100
76.2
80
Peratus

60
40
9.5 13.1
20 1.27
0
Professional / Student Businessman Others
technical

4.3.1.6 Kekerapan menjadi sukarelawan sebelum terlibat dalam ekspedisi

Daripada carta di bawah menunjukkan kebanyakkan responden tidak pernah


terlibat dalam aktiviti sukarelawan sebelum terlibat dalam ekspedisi Raleigh International
ini. Hanya 17% daripada responden sahaja yang pernah terlibat dalam aktiviti
sukarelawan.
Rajah 4.6: Kekerapan

17%

Ya
Tidak

83%
4.4 FAKTOR MOTIVASI SUKARELAWAN PELANCONG

Daripada 84 orang responden, hanya 79 responden yang layak untuk dianalisis


kerana mereka telah menyempurnakan lima faktor motivasi seperti yang diperlukan.
Hasil daripada soalan ini digunakan untuk mengenalpasti faktor motivasi utama mengikut
susunan faktor popular yang dipilih oleh responden. Faktor yang paling popular dipilih
adalah contribute something good seramai 77 orang responden yang memilihnya dengan
19.5%. Faktor yang kedua paling ramai responden pilih adalah to learn something new
sebanyak 73 orang dengan 18.5%. To do something different from ordinary job
merupakan tempat ketiga yang popular di kalangan responden dengan 63 responden
(15.9%). Seterusnya diikuti dengan faktor socializing with community sebanyak 60
responden dengan 15.2% dan faktor for fun seramai 36 responden dengan 9.1%. Bagi
faktor lain disusuli dengan faktor to help friends or relatives (28 responden, 7.1%), to
share skills (19 responden, 4.8%), to feel needed (11 responden, 2.8%), satisfaction from
accomplishment (11 responden, 2.8%), to be a part of the team (9 responden, 2.3%), to
gain leadership skills (4 responden, 1.0%), for recognition (2 responden, 0.5%), others (2
responden, 0.5%) dan tidak dipilih bagi faktor to keep busy /escape).
Jadual 4.3: Rumusan bagi faktor motivasi

Faktor Motivasi 1 2 3 4 5 Jumlah Peratus


(N=395) (%)
Contribute something good 30 22 12 11 2 77 19.5
To learn something new 25 28 11 2 7 73 18.5
To do something different from 11 6 12 28 6 63 15.9
ordinary job
Socializing with community 9 11 19 9 12 60 15.2
For fun 2 4 7 5 18 36 9.1
To help friends or relatives 1 2 3 12 10 28 7.1
To share skills 0 5 5 4 5 19 4.8
To feel needed 1 0 6 2 2 11 2.8
Satisfaction from accomplishment 0 0 2 2 7 11 2.8

To be a part of the team 0 0 0 2 7 9 2.3


To gain leadership skills 0 0 1 2 1 4 1.0
For recognition 0 0 0 0 2 2 0.5
Others 0 1 1 0 0 2 0.5
To keep busy / escape 0 0 0 0 0 0 0
4.5 TAHAP KEPUASAN

Tahap kepuasan sukarelawan pelancong ini dikaji melalui soalan yang terdapat
dalam bahagian 3. Soalan tersebut adalah soalan pencapaian peribadi (Q10), prestasi
pasukan sukarelawan pelancong (Q11), pengurusan sukarelawan pelancong (Q12),
pengalaman keseluruhan yang didapati (Q13), dan latihan / orientasi program yang
disediakan (Q14). Tahap kepuasan ini adalah berdasarkan tahap kepuasan sukarelawan
pelancong sewaktu menyertai ekspedisi Raleigh International di Sabah.

Jadual 4.4: Rumusan tahap kepuasan sukarelawan pelancong


Kepuasan Min Sisiwan
piawaian
Kepuasan menyeluruh pengalaman sukarelawan 4.74 .47
pelancong.
Kepuasan terhadap latihan dan orientasi yang 4.74 .52
diberikan.
Kepuasan dalam bekerjasama dengan pihak 4.50 .55
pengurusan
Kepuasan dalam bekerjasama dengan ahli 4.19 .61
kumpulan.
Kepuasan dalam pencapaian peribadi 3.94 .68
Sumber: Olahan Pengkaji 2008

Jadual di atas, menunjuk tahap kepuasan sukarelawan pelancong yang paling


tinggi adalah bagi “kepuasan menyeluruh pengalaman sukarelawan pelancong” dan
“kepuasan terhadap latihan dan orientasi yang diberikan” dengan masing- masing
mempunyai min yang sama iaitu 4.74. Namun begitu antara kedua-dua ini, sukarelawan
pelancong lebih berpuas hati kepada “pengalaman keseluruhan” berbanding dengan
“latihan / orientasi” kerana terdapat seorang responden yang tidak berpuas hati dengan
“kepuasan terhadap latihan dan orientasi yang diberikan”. Di sini min menunjukkan
ketinggian tahap kepuasan dengan tingginya angka min tersebut manakala sisihan piawai
menunjukkan tahap kepuasan yang rendah sekiranya rendah angka tersebut.

Tahap kepuasan bagi “kepuasan dalam bekerjasama dengan pihak pengurusan”


mencatatkan min sebanyak 4.50 dengan sisihan piawai 0.55. Tahap kepuasan yang lain
pula adalah bagi “kepuasan dalam bekerjasama dengan ahli kumpulan” (min 4.19, sisihan
piawai 0.61) dan “kepuasan dalam pencapaian peribadi” sebanyak 3.94 min serta 0.68
untuk sisihan piawai. Secara keseluruhannya berdasarkan jadual di atas, kebanyakkan
sukarelawan pelancong Raleigh International mempunyai tahap kepuasan yang melebihi
daripada purata kepuasan dalam likert scale.

4.6 KOMEN DAN CADANGAN DARI RESPONDEN

Komen dan cadangan ini adalah berdasarkan soalan “open ended” kaji selidik
yang ke 15. Daripada 84 orang responden, hanya 22 responden sahaja yang mengisi
jawapan bagi soalan ini. Analisis bagi soalan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu
komen dan cadangan. Hasil analisis soalan ini akan ditunjukkan dalam bentuk jadual
seperti di bawah;

Jadual 4.5: Komen dan cadangan responden


Tema Jawapan Responden (R)
Komen
1. Program yang bagus • “Good Program”.(R38)
• “Those who have taught over what they want to
achieve in the expedition are most likely going to
benefit and learn the most in the expedition. This
expedition will help people to learn more about
themselves, their strength and their weaknesses. It’s a
good way to see how other people (Sabahan &
Foreigners) live differentially from us too. Good
friends can be made too”.(R39)
• “Raleigh has a good reputation and my parents were
keen from a safety perspective. You get to do stuff you
never normally do under your own team”. (R77)
• “Beautiful programme”.(R80)
• “The expedition gave me an invaluable inside into life
in another country”. (R81)

2. Meluaskan pergaulan • “Meetings so many new people from around the world
and making lots of friends”. (R4)
• “Making new friends and meeting, other people who I
will go, visit, and keep in touch with have been my
highlights from expedition”. (R73)
• “The mix of people is what I have enjoyed most about
Raleigh”. (R79)

3. Belajar sesuatu yang • “I’ve learned how to cook well things don’t go how I’d
baru like them to”. (R2)
• “Raleigh changed my whole view on life and the way
other cultures a living life. I am more open minded and
much more interested in the culture of others. Since my
study is in English and about the world economy,
attending Raleigh was a great move for not only my
personal development but also that of my career”.
(R74)
• “Taking to people with completely difference
background and future paths but still having lots in
common with is brilliant. I’ve learned about my self
and the world, which I will never forget”. (R78)
• “Raleigh has made me realized that I can empower my
self to change situation in live and face up to
challenge”.(R83)
• “After involve in the expedition make me realized that
having a positive mental attitude can have a big impact
on others”.(R84)

4. Pengalaman yang • “Being able to volunteer in are Raleigh International


berharga expedition was in deep great learning experience and it
has change my point of views in many different aspect
mainly the environmental and community”. (R41)
• “It was good experience, I gained a lot and I learn a lot
as well. This is something difference from normal
ordinary Malaysian youth life”. (R47)
• “Raleigh was probably the hardest things I have ever
done in my life and the most rewarding I would
recommend it to anyone looking for the something
significant with their life”. (R75)
• “Raleigh Is great experience that you probably won’t
get to do again, so take time out to think about your life
and what you want to do, and learned for the
challenges each phase brings”.(R76)
• “Volunteering with Raleigh is not just about giving
your time, or professional skill. Its also giving a peace
of yourself”.(R82)

Cadangan
1.Trend baru “Volunteer tourism is undoubtedly the new trend in the
tourism industry and in my opinion, this is very much due
to the increasing awareness of humanity and environment
issue among the younger generation and think that it is an
industry that should be less commercialized (as evident)
and encouraged among the younger individuals”. (R42)
2. Promosi • “The government and the department of youth and
sports should promote this kind of youth development
programme to the youth in Malaysia. Volunteerism is
not a common practice among the community and
society. Youth should learn to contribute their strength
to the least fortunate community. As a result, they will
feel more concern to their surrounding environment
and society”. (R44)

3. Pihak pengurusan • “The expedition management team could further help


Raleigh International the youths participating in the expedition by
transferring more practice and technical skill
(involving nature, community development, jungle-
surviving skills) to them”. (R46)
4.7 KESAN AKTIVITI SUKARELAWAN PELANCONG KEPADA
KOMUNITI TEMPATAN

Hasil temubual dengan komuniti tempatan di kawasan kajian iaitu di Kampung


Paus dan Kampung Miruru, didapati kesan aktiviti sukarelawan ini lebih kepada kesan
positif. Walaupun daripada literatur terdapat persepsi yang mengatakan bahawa
sukarelawan pelancong mempengaruhi budaya penduduk tempatan, tetapi berdasarkan
hasil temubual dalam kajian ini tidak terdapat kesan negatif kepada komuniti di kedua-
dua buah kawasan kajian. Analisis bagi soalan temubual akan dibuat mengikut tema.
Dalam konteks ini, terdapat 3 tema yang wujud yang mana tema tersebut merupakan
kesan positif yang diterima oleh komuniti tempatan di kawasan kajian iaitu
“meningkatkan kemudahan di destinasi”, “memperkenalkan destinasi”, dan “menambah
pendapatan komuniti tempatan”.

Kesemua responden bagi soalan temubual ini mengetahui dan bersetuju dengan
kedatangan sukarelawan Raleigh International ke tempat mereka. Bagi kedua-dua
kampung dalam kawasan kajian, orang yang bertangungjawab membawa ekspedisi
Raleigh International adalah Encik Shamsul Bastri yang berasal dari Kundasang, Ranau
merupakan projek Partner Raleigh di Ranau. Beliau yang berhubung dengan penghulu
dan pengurus JKK dalam merancang projek di kampung tersebut.

Beliau bekerja sepenuh masa dengan pihak Raleigh International dan kerja
separuh dalam construction secara free lance. Sebagai projek partner Raleigh beliau
bertanggungjawab dalam mengenalpasti kampung-kampung yang mempunyai masalah
melalui Pejabat Pemimpin Kemajuan Rakyat di Ranau. Beliau juga bertanggungjawab
dalam membawa projek manager dalam setiap ekspedisi membuat reccee di kawasan
kampung yang dicadangkan dua bulan sebelum ekspedisi berlangsung. Sewaktu ekspedisi
beliau turut bertanggungjawab menyediakan alat kelengkapan yang akan digunakan
seperti bahan binaan untuk projek di jalankan, alat perhubungan, pengangkutan,
makanan, memastikan keadaan penduduk kampung yang mengetahui mengenai
kedatangan Raleigh International.
4.7.1 Meningkatkan kemudahan di destinasi

Kesan positif yang pertama akibat daripada aktiviti sukarelawan pelancong di


kedua-dua kampung tersebut adalah meningkatkan kemudahan di kampung mereka.
Projek Raleigh International di kampung Paus dan kampung Miruru merupakan projek
yang lebih tertumpu dalam memberi sumbangan kepada komuniti. Menurut Encik Safry
B. Ambudang yang merupakan pengurus JKK kampung Miruru, melalui projek Raleigh
penduduk di kampung beliau mendapat kemudahan dari segi bekalan air yang mana
sebelum ini, mereka terpaksa berjalan beberapa kilometer untuk mengambil air di sungai
dan menadah air hujan. Kenyataan Encik Safry turut disokong oleh Encik Patrus
Dumayik iaitu penghulu kampung Miruru. Encik Patrus ada menyatakan selain membuat
sistem graviti bekalan air untuk mereka, sukarelawan Raleigh International ada membuat
aktiviti mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak kampung Miruru.

Keadaan yang sama juga berlaku di Kampung Paus. Merujuk kepada Encik
Piturus @ Razali B. Kunsal yang merupakan penghulu kampung, pembangunan sangat
diperlukan di kampung Paus. Mereka tidak mendapat bekalan elektrik, bekalan air,
bekalan untuk telefon, jalan raya yang dalam penyelenggaraan dan juga tiada tadika.
Pihak Raleigh International telah membuat dua projek di kampung ini dalam masa dua
tahun iaitu sistem graviti bekalan air dan tadika untuk pendidikan awal kanak-kanak.
Bagi Mairine Jjainggin yang merupakan satu-satunya guru tadika di kampung itu,
menyatakan beliau sangat bersyukur dengan kedatangan sukarelawan Raleigh
International kerana bukan sahaja membantu dalam menyediakan kemudahan bekalan air
dan tadika kepada penduduk kampung tetapi juga memberi perubahan kepada diri beliau
apabila dipilih untuk menjadi guru tadika di kampung beliau sendiri. Encik Piturus ada
menyatakan kepada pengkaji bahawa pihak kerajaan negeri dan persekutuan memberi
bantuan dari segi kemudahan jalan, masalah kemudahan asas ini juga telah diutarakan
kepada pihak kerajaan. Pihak kerajaan telah meluluskan projek tetapi perlaksanaannya
sangat lambat. Kedatangan Raleigh International membantu mempercepatkan mereka
mendapat kemudahan tersebut.
4.7.2 Memperkenalkan Destinasi

Semua responden menyatakan mereka bersetuju ekspedisi Raleigh International


di buat di kampung mereka kerana ekspedisi itu menyelesaikan antara masalah utama
yang mereka alami. Walaubagaimana pun terdapat responden bersetuju di sebabkan
bukan sahaja mereka dapat menyelesaikan salah satu masalah yang mereka hadapi tetapi
juga turut membantu memperkenalkan kampung mereka kepada orang luar. Merujuk
kepada Mairine JJainggin (guru tadika di kampung Paus), sebelum kedatangan
sukarelawan Raleigh International, kedatangan orang luar ke kampung Paus sangat
kurang malah ada yang tidak tahu tentang kewujudan kampung tersebut. Apabila
sukarelawan Raleigh International datang telah membuka mata pihak luar tentang
kewujudan kampung Paus. Encik Piturus (penghulu kampung Paus) menyatakan, beliau
dan penduduk kampung dapat memperkenalkan budaya tradisi mereka, keunikan yang
terdapat di kampung mereka seperti air terjun, gua, mandi sungai di Kagibangan dan Ulu
Sungai Tubing.

Mengikut Encik Safry B. Ambudang (pengurus JKK kampung Miruru),


penduduk kampung beliau sangat mengalu-ngalukan kedatangan orang luar ke kampung
mereka. Beliau menyatakan terdapat banyak keunikan di kampung beliau yang boleh
ditonjolkan seperti periuk kera yang ada udang di Gunung Mentuban. Kampung Miruru
ini terletak di kaki Gunung Mentuban. Beliau juga menyatakan terdapat 3 air terjun di
gunung tersebut, dan jambatan gantung.

4.7.3 M
enambah pendapatan komuniti tempatan

Kesan ini juga turut di persetujui oleh semua responden yang mana dengan
kedatangan sukarelawan Raleigh International menambah pendapatan mereka. Merujuk
kepada pernyataan Encik JJainggin Galuda (Setiausaha JKK / Setiausaha gereja kampung
Paus), beliau menyatakan semasa kedatangan sukarelawan Raleigh, penduduk kampung
telah membuat persembahan kebudayaan sebagai menyambut kedatangan mereka.
Terdapat juga penduduk kampung yang mengambil peluang menjual hasil kraftangan
yang dibuat sendiri. Selain itu, pihak JKK kampung juga merancang untuk membuat
aktiviti pelancongan homestay / kampung stay di kampung mereka pada masa akan
datang, selepas melihat aktiviti pelancongan ini boleh menambah pendapatan sewaktu
kedatangan sukarelawan Raleigh International ke kampung mereka.

Begitu juga yang dinyatakan oleh Encik Safry B. Ambudang (pengurus JKK
kampung Miruru), selepas kedatangan sukarelawan Raleigh International, telah
menyedarkan penduduk kampung bahawa, mereka boleh menambah pendapatan dengan
membuat aktiviti pelancongan di tempat mereka. Mereka telah merancang untuk
kampung stay yang mana mereka akan menyediakan aktiviti-aktiviti seperti sukaneka,
mendaki Gunung Mentuban, aktiviti air seperti memancing dan tubing dan membawa
melawat ke tempat-tempat pelancongan yang terdekat dengan kampung mereka seperti
yang mereka buat sewaktu kedatangan sukarelawan Raleigh International ke tempat
mereka. Penduduk kampung juga menyediakan aktiviti kebudayaan tradisi mereka untuk
dipersembahkan kepada sukarelawan Raleigh International.
4.8 RUMUSAN

Bab ini telah mengenalpasti dan menganalisis data yang didapati dan
menginterpretasi statistik berdasarkan hasil penemuan kajian. Selain itu, hasil temubual
telah dianalisis mengikut tema yang didapati sewaktu menemubual penduduk tempatan.
Ia juga telah menjawab persoalan kajian dan mencapai objektif. Bab seterusnya akan
merumuskan hasil penemuan kajian yang difokuskan serta memperkaitkannya dengan
objektif kajian.
BAB 5

RUMUSAN PENEMUAN KAJIAN

5.0 PENGENALAN

Bab lima merupakan pentafsiran dan perbincangan hasil data statistik yang telah
dibuat pada bab sebelumnya. Bab ini menjelaskan satu pemahaman yang lebih baik
mengenai keputusan individu dalam menjadi sukarelawan pelancong secara umum dan
untuk pelancongan mampan khususnya.

Kajian mengenai ekspedisi Raleigh International dibuat khusus untuk mengenal


pasti faktor motivasi dan tahap kepuasan para peserta ekspedisi tersebut. Peserta
ekspedisi Raleigh International ini membawa satu trend baru di Malaysia iaitu mereka
merupakan sukarelawan pelancong yang menyumbang kepada pelancongan mampan. Ini
disebabkan di samping mereka melancong mereka membantu dalam pembangunan
komuniti di destinasi dan memelihara serta memulihara alam sekitar. Raleigh
International merupakan organisasi yang telah kukuh dengan pengalaman selama 23
tahun dalam menawarkan ekspedisi kembara dan mencabar. Setiap sukarelawan Raleigh
akan terlibat dengan sukarelawan dari seluruh dunia termasuklah host country, yang
mana akan berlakunya pertukaran budaya disebabkan oleh latar belakang mereka yang
berbeza. Bekerjasama dalam kumpulan yang kecil dengan persekitaran yang baru, boleh
membina kemahiran dalam kehidupan di mana akan meningkatkan prospek pendidikan
dan profesional setiap individu. Kajian ini cuba untuk memahami faktor-faktor motivasi,
tahap kepuasan sukarelawan dan kesan kepada komuniti tempatan bagi menggalakkan
lagi trend pelancongan mampan dikalangan pelancong tempatan dan luar negara di
Malaysia.
5.1 FAKTOR MOTIVASI MENGIKUT POPULARITI

Daripada 84 responden hanya 79 responden sahaja yang dapat menjawab soalan


ini dengan betul apabila mereka dapat memilih dan menyusun lima faktor mengikut
keutamaan mereka daripada 14 faktor yang disenaraikan oleh pengkaji. Faktor tersebut
adalah “untuk menyumbang sesuatu yang baik, untuk belajar sesuatu yang baru,
membuat sesuatu yang berbeza daripada pekerjaan biasa, bergaul dengan masyarakat,
untuk keseronokkan, untuk membantu kawan atau saudara, untuk berkongsi kemahiran,
untuk merasa diperlukan, pencapaian peribadi, untuk menjadi sebahagian daripada
kumpulan, untuk mendapatkan kemahiran kepimpinan, untuk pengiktirafan, untuk
melarikan diri dari keadaan biasa”.

Faktor Motivasi Jumlah Peratus


Jadual 5.1: Faktor (N=395) (%)
Contribute something good 77 19.5
motivasi mengikut To learn something new 73 18.5
populariti To do something different from 63 15.9
ordinary job
Socializing with community 60 15.2
For fun 36 9.1
To help friends or relatives 28 7.1
To share skills 19 4.8
To feel needed 11 2.8
Satisfaction from accomplishment 11 2.8

To be a part of the team 9 2.3


To gain leadership skills 4 1.0
For recognition 2 0.5
Others 2 0.5
To keep busy / escape 0 0

Jadual di atas menunjukkan faktor motivasi yang telah disusun mengikut


populariti. Lima faktor yang paling terkenal adalah “menyumbang sesuatu yang baik”
dengan 19.5%, “untuk mempelajari sesuatu yang baru” dengan 18.5%, “membuat sesuatu
yang berbeza daripada rutin harian” dengan 15.9%, “bersosial dengan komuniti” dengan
15.2% dan “untuk keseronokkan” dengan 9.1% . Sebab realistik kebanyakan
sukarelawan pelancong memilih faktor “menyumbang sesuatu yang baik” dalam
mempengaruhi mereka untuk terlibat dalam ekspedisi kerana berdasarkan program
ekspedisi yang menyumbang kepada komuniti dan pemeliharaan alam sekitar. Seperti
yang dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah iaitu Datuk Masidi Manjun dalam
akhbar Daily Ekspress (8 Mac 2007);

“Apart from the scenery and hospitality, the works undertake in helping to
preserve a precious and priceless environment as well as improving the people’s lives, is
something cannot purchase and will be felt uniquely by each and everyone that
involved...”

Faktor kedua terpenting yang menjadi pilihan responden iaitu untuk mempelajari
sesuatu yang baru kerana dengan menyertai ekspedisi banyak perkara baru yang di buat.
Terutama sekali golongan belia yang peringkat umurnya 17-25 tahun, perasaan ingin tahu
sesuatu yang baru sangat tinggi. Faktor mempelajari sesuatu yang baru sangat berkait
rapat dengan faktor ketiga terpenting iaitu untuk melakukan sesuatu lain daripada rutin
harian mereka. Peserta yang menjadi sukarelawan Raleigh International ini mempunyai
latar belakang yang berbeze-beza dan apa yang dipelajari di dalam ekspedisi bukan
bidang mereka yang sebenarnya. Sewaktu ekspedisi mereka diberi latihan serta tunjuk
ajar daripada pihak yang pakar seperti PADI untuk aktiviti scuba diving. Sukarelawan
Raleigh juga mempelajari bidang pembinaan sewaktu ekspedisi bagi projek fasa komuniti
dan alam sekitar. Di mana di dalam projek tersebut mereka perlu bekerjasama dalam
membina kemudahan-kemudahan untuk komuniti tempata dan pengkaji seperti
pembinaan tadika, sistem graviti bekalan air, base camps, eco lodge dan sebagainya.

Faktor yang keempat terpenting adalah bersosial dengan komuniti. Menurut Sally
Brown (2005), faktor ini antara faktor yang terpenting kerana;

“Volunteer tourist further reported that they very much wanted to have the
opportunity to see real people, their lives, and their everyday living environment. It
appeared that volunteer travellers tended to attach strong value to seeking and
experiencing the authenticity of a place. They also reported a healthy curiosity about
other people and places. Respondents reported that working and interacting with the
local people and communities lead them to opportunities to become immersed in local
culture and to connect with the local people in a more profound way.”

Faktor yang kelima terpenting ialah untuk keseronokkan. Walaupun sukarelawan


pelancong ini perlu menghadapi cabaran dan sanggup berusaha untuk memberi
kemudahan kepada orang lain, tetapi mereka masih merasa seronok kerana mereka telah
buat apa yang mereka inginkan. Mereka ini sememangnya terdiri daripada pelancong
yang sukakan cabaran dan mereka juga suka berjumpa dengan orang ramai iaitu
allocentrik (Plog, 1977).

5.2 TAHAP KEPUASAN SUKARELAWAN PELANCONG

Hasil bagi tahap kepuasan sukarelawan pelancong dalam ekspedisi Raleigh


International menunjukkan majoriti responden berpuas hati dengan keseluruhan
pengalaman yang mereka dapat. Ini berkemungkinan disebabkan, menjadi sukarelawan
dalam Raleigh International merupakan pengalaman pertama bagi kebanyakan
responden. Seterusnya, mereka berpuas hati terhadap latihan dan orientasi yang di
berikan oleh pihak Raleigh International dalam menghadapi ekspedisi yang dijalankan.
Walaubagaimana kepuasan dalam pencapaian peribadi merupakan min yang paling
rendah berbanding dengan faktor-faktor lain. Ini merupakan hasil yang mengejutkan
kerana sepatutnya sukarelawan pelancong sangat berpuas hati dengan pencapaian
peribadi mereka kerana ia merupakan pengalaman pertama mereka terlibat dalam
ekspedisi di mana ekspedisi tersebut akan mencabar keupayaan diri mereka.
5.3 KESAN KEPADA KOMUNITI TEMPATAN

Merujuk kepada Stebbins dan Graham (2004), menyatakan aktivti sukarelawan


harus dilihat dalam konteks sumber dan faedah kepada komuniti lebih baik daripada aset
komersial. Aktiviti sukarelawan pelancong merupakan satu cara bagi komuniti untuk
meningkatkan taraf hidup. Projek komuniti yang melibatkan sukarelawan merupakan
perpindahan kemahiran manusia seperti sukarelawan ini mengajar, membuat pembinaan,
bertani, mengutip dana, menyumbang idea baru mereka dalam membangunkan kampung
dan sebagainya.

Akibat daripada interaksi sosial yang berlaku antara sukarelawan pelancong dan
komuniti tempatan telah menyebabkan, pihak komuniti akan sedar mengenai tarikan yang
ada di kampung mereka iaitu alam semulajadi, dan meneroka peluang baru dalam
menyumbang kepada ekonomi mereka selepas kedatangan sukarelawan di kampung
tersebut. Keadaan ini turut terjadi di Kampung Miruru dan Kampung Paus yang mana,
selepas kedatangan sukarelawan Raleigh International ini, baru mereka mula untuk
merancang dan membuat aktiviti pelancongan di tempat mereka secara meluas.

Seperti hasil penemuan kajian terhadap kesan kepada komuniti dalam bab
sebelum ini, komuniti tempatan di Kampung Miruru dan Kampung Paus merancang
untuk melaksanakan aktiviti homestay / kampung stay, yang mana kedatangan
sukarelawan pelancong Raleigh International telah melaksanakan konsep ini secara tidak
langsung apabila mereka menginap di kampung tersebut. Komuniti tempatan pula,
menjadi ‘tourist guide’ apabila mereka hendak membawa sukarelawan pelancong ini
mendaki di Gunung yang berhampiran dan melawat tarikan-tarikan yang terdapat di
kampung mereka.

Sukarelawan pelancong ini dapat membantu menyokong komuniti tempatan


dalam memberi perhatian kepada pembangunan pelancongan atau mengatasi masalah
yang mereka hadapi. Menurut Stebbins dan Graham (2004) ;
“It is important to note that local communities are never simply passive
recipients of volunteers, they are frequently the ones initiating and developing projects,
and it will be the residents who remain active in the projects once the volunteers go
home.”

Melalui aktiviti sukarelawan pelancongan Raleigh International, turut memberi


kesan positif kepada pihak kerajaan kerana mereka secara tidak langsung telah membantu
kerajaan dalam menyediakan prasarana kepada komuniti tempatan yang mempunyai
masalah dari segi kemudahan asas. Ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan
dalam memyediakan prasarana tersebut kepada penduduk tempatan kerana tugas tersebut
telah diambil alih oleh sukarelawan pelancong ini.
Berikut merupakan jadual yang dibuat berdasarkan hasil kajian yang didapati bagi
kesan aktiviti sukarelawan pelancong Raleigh International kepada komuniti tempatan
bagi Kampung Miruru dan Kampung Paus.

Jadual 5.2: Rumusan Kesan Kepada Komuniti Tempatan Di Kampung


Miruru Dan Kampung Paus
Kesan Kampung Miruru Kampung Paus
1.Meningkatkan kemudahan ƒ Sistem graviti bekalan ƒ Sistem graviti bekalan
air air
ƒ Tadika
2. Memperkenalkan kampung ƒ Persembahan budaya ƒ Persembahan
ƒ Tarikan alam kebudayaan
semulajadi: ƒ Tarikan alam
- Periuk kera yang semulajadi:
ada udang di - Air terjun
Gunung Mentuban - Gua
- 3 air terjun di - Aktiviti air du
gunung tersebut. Sungai
- Jambatan Kagibangan dan
gantung. Ulu Sungai
Tubing.

3.Menambahkan pendapatan ƒ Aktiviti Pelancongan: ƒ Aktiviti Pelancongan:


penduduk - Kampung - Kampung
Stay Stay
- Aktiviti - Kraftangan
sukaneka
- Mendaki
Gunung
Mentuban
- Memancing di
Sungai.
5.4 KESIMPULAN

Sukarelawan pelancongan sememangnya menuju ke arah kemampanan untuk


pencapaian sosial, alam sekitar dan juga mencapai matlamat ekonomi (Wearing, 2001).
Sukarelawan pelancongan menawarkan hasil yang berbeza di mana ianya merupakan
pendekatan yang mengenalpasti kebergantungan pelancongan kepada kebudayaan dan
ekologi tempatan sperti yang berikut:
ƒ Dalam kebanyakan kes, sukarelawan pelancongan dapat meneroka kaedah dalam
meningkatkan pelancongan mampan, dan mengurangkan kesan negatif yang
wujud.
ƒ Sukarelawan pelancongan mempunyai nilai dan gelagat yang jauh berbeza
daripada aliran utama pelancongan (mainstream tourism). Ia mempunyai kadar
altruism dan perlindungan faedah komuniti serta biasanya memberi kesan yang
positif kepada kedua-duanya iaitu alam sekitar dan komuniti tempatan.
ƒ Analisis yang baik, organisasi, dan perancangan dapat membantu meningkatkan
aspek positif bagi pembangunan sukarelawan pelancong dan mengurangkan kesan
negatif. Ini disebabkan setiap komuniti adalah unik, setiap keputusan perlu
berdasarkan keadaan tempatan.

Kesedaran yang semakin berkembang mengenai faedah dalam komuniti menjadi


panduan daripada membangunkan sukarelawan pelancongan sebagai penyumbang
kepada ekonomi mereka. Kesedaran ini datang apabila kejatuhan industri tradisi tempatan
seperti agriculture dan manufacturing. Bagi mendapat kejayaan sebenar dalam bahagian
ekonomi komuniti, pelancongan haruslah mampan, walaupun ianya bermusim.
Kemampanan boleh dicapai dengan perancangan yang cekap dan mampu memastikan
kesinambungan pengalaman kualiti yang tinggi untuk pelancong.

“Not every community is suited for tourism development, nor is tourism suitable
for every community” (Wearing, 2005).
Berdasarkan hasil penemuan kajian seperti dalam jadual di bawah, mendapati
trend aktiviti sukarelawan pelancongan ini berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah
satu cara dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke Malaysia. Trend ini boleh
dijadikan pelaburan oleh kerajaan dalam mengalakan kedatangan repeat tourist Malaysia
kerana melalui aktivti sukarelawan pelancongan dapat mempromosikan destinasi di
Malaysia di samping mengurangkan kesan negatif akibat daripada aktiviti pelancongan.
Tidak mustahil sekiranya dinyatakan sukarelawan pelancong yang datang ke Malaysia
akan berkunjung semula untuk melawat kawan-kawan atau kampung yang mereka telah
terlibat sewaktu dalam ekspedisi dahulu.

Rajah 5.1 : Rumusan Keseluruhan Hasil Penemuan Kajian

SUKARELAWAN
PELANCONG

MOTIVASI UTAMA EKSPEDISI RALEIGH


SUKARELAWAN PELANCONG INTERNATIONAL :

1. Menyumbang sesuatu yang baik. 1. Fasa Komuniti


2. Untuk belajar sesuatu yang baru 2. Fasa Alam Sekitar
3. Membuat sesuatu yang berbeza 3. Fasa Kembara
daripada rutin harian
4. Bergaul dengan komuniti
5. Untuk keseronokkan.
KESAN VOLUNTOURISM KEPADA
PENDUDUK TEMPATAN

POSITIF:
1. Meningkatkan kemudahan di
kampung tersebut
2. Dapat memperkenalkan kampung
kepada orang luar. (tarikan alam
semulajadi yang terdapat di
kampung)
3. Menambahkan pendapatan
TAHAP KEPUASAN
penduduk:
SUKARELAWAN PELANCONG
- menjual kraftangan
RALEIGH INTERNATIOANL:
- aktiviti pelancongan
1. Pengalaman keseluruhan (homestay / kampung stay,
2. Latihan dan orientasi program kebudayaan)
3. Kerjasama dengan pihak
pengurusan * Kesan negatif: persepsi sukarelawan
pelancong mempengaruhi budaya
4. Kerjasama dengan ahli
penduduk tempatan adalah tidak benar
kumpulan
5. Pencapaian peribadi dalam kajian kes ini.
5.5 KEKANGAN KAJIAN

Hampir setiap pengkaji mempunyai batasan dalam menjalankan kajian. Kajian ini
juga tidak terkecuali dalam mempunyai beberapa batasan sewaktu hendak menjalankan
kajian. Pertamanya, adalah dari segi mendapatkan responden bagi menjawab soalan kaji
selidik. Sewaktu pengkaji hendak bertemu dengan responden yang sedang menjalankan
ekspedisi di Sabah, pada saat-saat akhir pertemuan itu terpaksa dibatalkan kerana
sukarelawan sedang sibuk melakukan pertukaran fasa pada tarikh pengkaji pergi ke
Sabah untuk bertemu dengan responden. Pertemuan itu dibatalkan kerana proses
pertukaran fasa di tunda ke hari itu disebabkan oleh pilihan raya yang diadakan pada
bulan tiga. Justeru itu, pengkaji hanya bergantung kepada responden yang pernah terlibat
dengan ekspedisi Raleigh International di Sabah melalui email, menggunakan orang
perantaraan dan bersemuka dengan beberapa bekas sukarelawan pelancong yang tinggal
di kawasan kajian.

Batasan kedua adalah adalah dari segi kos perbelanjaan dan masa dalam
melaksanakan kajian ini. Pengkaji tidak boleh tinggal lama di kawasan kajian kerana kos
perbelanjaan yang agak tinggi dan ditanggung oleh pengkaji sendiri. Disebabkan itu,
pengkaji tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengkaji di kawasan kajian dan
berjumpa semula pada tarikh lain dengan responden yang sedang menjalankan ekspedisi
di Sabah.
BIBLIOGRAFI

Correia A., Valle P.O.D, Moco C. (2007) ‘Modeling motivations and perceptions of
Portuguese tourist’, Journal of Business Research, 60:76-80.

Coffey.G.C.J., (1997) ‘Trends in volunteerism’, Journal of Managing Library


Finance, 10:60-64.

Chi C.G.Q., Qu H., (2007) ‘ Examining the structural relationships of destination


image, tourist satisfaction and destination loyalty: an integrated approach’,
Journal Tourism Management, 8:286-290

Carlo G., Okun M.A, Knight P.G., Guzman.M.R.T. (2005) ‘The interplay of traits
and motives on volunteering: agreeableness, extraversion and prosocial value
motivation’, Journal of Personality and Individual Differences, 38:1293 –
1305.

‘Gift of Water: Yam Phui Yee witnessed a concerted effort by youth to bring hope
to the communities in rural Sabah’. News paper: The Star, Date 26 August
2006.

Goeldner.C.R., Ritchie.J.R.B., (2003) ‘Tourism Principles, Practices, Philosophies-


Ninth Edition’, John Wiley & Sons,Inc, United States of America.

Geroy.G.,Wright.P.C.,Jacoby.L.,(2000) ‘Toward a conceptual framework of


employee volunteerism:an aid for the human resource manager’, Journal of
Management Decision, 38:280-286.

Ganesan.V., ‘Tourist Arrivals in 2006 Hit Record High’, News Paper:New Straits
Times, Date 24 February 2007.

Hwang S.N., Lee C., Chen H.J., (2005) ‘The relationship among tourists’
involvement, place attachment and interpretation satisfaction in Taiwan’s
national parks’, Journal of Tourism Management, 26:143-156

Hui T.K., Wan D., Ho A., (2007) ‘Tourists’ satisfaction, recommendation and
revisiting Singapore’, Journal of Tourism Management, 28:965-975.

Jones A.A., (2000) ‘Volunteer services for vulnerable families and at-risk elderly’,
Journal of Child Abuse & Neglect, 24:141-148

Jang.,S.C., Feng.R., (2007) ‘Temporal destination revisit intention: The effects of


novelty seeking and satisfaction’, Journal of Tourism Management,28:580-590.
‘Kindie gives hope to remote village’, News paper: The Stars – Education School,
Date 30 April 2006 pg 22.

Karkatsoulis.P., Michalopoulos.N.,Moustakatou.V., (2005) ‘The national identity as


a motivational factor for better performance in the public sector’, International
Journal of Productivity and Performance Management, 54:579-594.

‘Largest Raleigh Expedition’, News Paper: Daily Express, Date 8 March 2007
online at http://www.dailyexpress.com.my

Peterson.D.K. (2004) ‘Benefits of participation in corporate volunteer


programs:employees’ perceptions’, Journal of Personnel Review,33:615-627.

Parmley.W.W., (2004) ‘ The power of volunteerism’, Journal of the American


College of Cardiology, 43:1101-1102.

‘Projects:First kindergarten brings hope’, News paper: New Straits Times Online,
Date 10 June 2006.

Raymond.E.M., (2007) ‘Volunteer Tourism in New Zealand: The role of sending


organizations in ensuring that volunteer tourism programmes ‘make a
difference’’, Ministry of Tourism Industry Report, Department of Tourism,
University of Otago, New Zealand.

Swanson.K.K, Horridge.P.E., (2006) ‘Travel motivations as souvenir purchase


indicators’, Journal of Tourism Management, 27:671-683.

Sinclair. C., Dowson. M., Martin.J.T., (2006) ‘Motivations and profiles of


cooperating teachers:who volunteers and why?’, Journal Teaching and
Teaching Education, 22:263-279.

Shin. S., Kleiner.B.H., (2003), ‘How to manage unpaid volunteers in organisations’


, Journal of Management Research, 26:2-4

‘Sole Asian Destination’, News paper: The Star Online, Date 4 September 2007

Timothy.D.J., Boyd.S.W., (2003) ‘Heritage Tourism’, Prentice Hall, China.

Weaver.D., (2006) ‘ Sustainable Tourism’, Elsevier Butterworth-Heinemann , Great


Britain.
Yoon Y., Uysal M. (2005) ‘An examination of the effects of motivation and
satisfaction on destination loyalty: a structural model’, Journal of Tourism
Management, 26:45-56.

Wearing.S.,(2005) ‘Voluntourism & Community Development’ , online at


http://www.voluntourism.org

‘Young People Volunteering’, Journal NACP, online at http://www.enxnotts.co.uk

‘Voluntourism:volunteering while holidaying’ (2007) online at


http://dancewithshadows.com/travel/voluntourism.asp

Wearing.S., (2005) ‘VolunTourism-Can it influence mass tourism?’, online at


http://www.voluntourism.org

Aabo.D., ‘Part 2-A Case study of adventure service tourism: Mixing Service and
Adventure:Getting The Adventure Voluntourism Mixture Right!’ Study and
Research vol II, issues 4, online at http://www.voluntourism.org

Aabo.D., ‘Part 1-A Case study of adventure service tourism: Exploring Coffee
Tourism’ Study and Research vol II, issues 3, online at
http://www.voluntourism.org

Brown.S., (2005) ‘Expanding the concept of volunteer vacations:The Mini-Mission,


or Mission Lite Concept’ online at http://www.voluntourism.org

Brown.S., (2005) ‘Understanding the motives and benefits of voluntourists:What


makes them tick?’ online at http://www.voluntourism.org

McGehee.N.G., Andereck.K., ‘Resident Attitudes Toward Voluntourism Part


1:Perceived Impacts of Voluntourism’ Study and Research vol II, issues 1,
online at http://www.voluntourism.org

McGehee.N.G., Andereck.K., ‘Resident Attitudes Toward Voluntourism Part


II:Resident Perceptions Regarding Community Planning for VolunTourism’
Study and Research vol II, issues 2, online at http://www.voluntourism.org

Pezzullo.P.C., (2007) ‘ Voluntourism: A brief history of tourists as witnesses and


advocates for justice’, Study and Research vol III, issues 2, online at
http://www.voluntourism.org