Anda di halaman 1dari 2

Nazrie bin Hizazi

BI 2
201006035

Refleksi Kemahiran Hidup (Sayur)

Terlebih dahulu ingin saya panjatkan rasa kesyukuran saya kehadrat ilahi kerana

diberikan peluang untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kemahiran hidup saya iaitu Encik Tay

Teck Pin yang telah memberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dan rakan

sekelas tentang kemahiran-kemahiran di dalam ilmu pendidikan jasmani ini. Saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu Salhan dan Zainuddin

kerana telah banyak memberikan kerjasama mereka dalam menjayakan tugasan ini.

Daripada tugasan ini saya telah banyak mempelajari teknik-teknik menanam, menjaga

dan memelihara tanaman sayuran. Sebelum ini saya agak kurang berminat terhadap aktiviti

menanam sayur namun kini setelah mendapat pengalaman di dalam bidang ini saya terasa

sangat teruja untuk lebih memahami dan mendalami bidang ini.

Selain daripada itu saya juga telah memahami tentang aspek keselamatan di dalam

melakukan kerja, aktiviti dan proses menanam sayur-sayuran ini. Saya dapati pengetahuan

ini boleh saya gunakan nanti dalam menjamin keselamatan pelajar saya ketika menjalankan

aktiviti luar kelas yang seumpama ini. Ianya merupakan aspek penting yang harus

dititikberatkan dan diambil perhatian pada setiap aktiviti.

Saya berharap dengan ilmu ini saya mampu mengaplikasi serta menggunakannya

ketika saya berada di sekolah nanti. Ilmu yang tak seberapa ini juga saya harap dapat saya

curahkan kepada murid-murid bagi membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat
dan secara tidak langsung memastikan masa depan mereka yang lebih cemerlang dan

bahagia.